Hilmi berhijrah dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Dia menumpung di rumah sepupu bapanya iaitu, Datuk Johori. Kehadiran Hilmi tidak disukai oleh Datin Salmah kerana Datin Salmah memandang hina kepada orang kampung yang miskin. Hilmi bekerja sebagai tukang kebun. Kerajinan dan sifat artistik yang dimiliki oleh Hilmi telah mengubah pekarangan rumah Datuk Johari menjadi lebih cantik.
Hayati tertarik oleh kebolehan Hilmi bermain piano. Hubungan Hayati dengan Hilmi yang rapat menyebabkan Datin Salmah bertekad menghalau Hilmi. Hilmi meninggalkan rumah dan belajar bermain alat muzik daripada Encik Bakar. Hilmi berjaya sebagai seorang pemain alat muzik dan penggubah lagu yang terkenal. Sementara itu, Hayati hendak berangkat ke London dengan suaminya, Mohsin. Sebelum berangkat, Hayati datang berjumpa dengan Hilmi dan menyatakan perasaan cintanya kepada Hilmi.
Orkestra Hilmi berjaya memenangi Festival Muzik di Jepun. Hilmi berkahwin dengan Azizah tetapi Azizah meninggalkannya selepas mendapat seorang anak. Hilmi terjatuh dan terlantar di hospital pada malam "Pertunjukan Orkes Perdana".
Hayati pulang dan mengambil alih tugas Hilmi sebagai pemimpin orkestra. Di hospital, Pak Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi adalah anak Datuk Johari sendiri. Sebagai kesannya, Datuk Johari dan Datin Salmah insaf akan perbuatan mereka yang menyeksa Hilmi. Seterusnya, Datuk Johari mati mengejut semasa menerima berita kematian Hilmi.
'National Laureate, Dato' Abdullah bin Hussain, was born on 25 March 1920 at Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. In 1926, he received his early education at the Malay School until he passed his standard five in 1931 and continued his education at the St. Michael School, Alor Setar, Kedah from 1935 till 1933. Later in 1935, he continued his studies at the Anglo Chinese School, Alor Setar, Kedah until he passed his standard VII. During the Japanese occupation in the year 1943, he had a chance to study at the Syonan Koa Kunrenzo (Training School for Top Ranking Officers) in Singapore for three months. Career * Assistant Store-keeper, at a tin mine in Pahang (1939) * Served in the Publication Department, Sahabat newspaper, Penang (1939) * Assistant Editor, Saudara newspaper (1940) * A clerk and dobhi at an army camp in Sungai Petani, Kedah until the invasion of the Japanese army * A journalist of Merdeka newspaper, Berita Indonesia and Majalah Merdeka, Singapore (1951) * Editor of Majalah Bintang, Majalah Filem and Semenanjung newspaper * Assistant editor, the Franklin Book Programme and Oxford University Press (1965-1968) * An editor, Angkatan Baru magazine (1965-1968) * A research officer, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), (1968-1978) * Head of Language and Literature Unit, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabah branch (1978-1979) * Creatve Writer, Centre for Humanities Study, Universiti Sains Malaysia (1979-1981) * Head, Department of Literary Development and Progress, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Brunei Darussalam (1982) * Senior Literary Officer, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei * Guest Writer, Dewan Bahasa dan Pustaka His first literary work was a humorous story that was published in Tanah Melayu magazine around 1939. Later he kept on producing literary works such as in short stories, novels, biographies / an autobiography, translationa and literary essays. To date, he had produced 25 novels, three volumes of short stories, nine translations, an autobiography and six biographies. Besides using the pen-name Zamroed, he was also known as Roslani Shikin, A.A. Adiwijaya, A.H., Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda and Suryakanta. Through his writing literary works, he managed to portray the positive values of the society and worked hard in building his identity as a writer. He was a veteran literary figure who was committed and diligent in developing his creative talents. Now coming nearer to 74 years of age, his spirit of perseverance in the literary world is still blossoming. To honour his contributions and services, he was conferred the S.E.A Write Award at Bangkok in 1981 (first winner of the Sayembara Novel Nasional prize - a tribute to Pak Sako), First Prize for the National Novel competition organised by Utusan Malaysia and Public Bank for the year 1992/94 for his novel entitled Iman, the Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh in 1995, the National Laureate Award in 1996 and the Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) in 1996 which carries title Dato
SN Abdullah Hussain adalah antara Sasterawan Negara yang paling aku sanjungi. Novelnya Imam, Interlok dan novel ini Konserto Terakhir adalah karya sastera Melayu yang telah lama diangkat sebagai teks penting dalam khazanah kesusasteraan Melayu moden. Aku pertama kali baca novel ini dalam edisi pelajar, 25 tahun lalu, mungkin? Jadi secara peribadi, novel ini sangat nostalgik.
Ia mengisahkan perjalanan hidup seorang pemuda kampung bernama Hilmi yang berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki dan akhirnya menjadi seorang seniman muzik yang terkenal. Naratifnya dibina dengan latar sosial yang kompleks, memperlihatkan pertembungan antara kelas, darjat, dan nilai kemanusiaan dalam masyarakat pasca-kolonial Malaysia.
Hilmi hanya bersekolah setakat darjah 4, dia menumpang di rumah Datuk Johari, seorang tokoh elit bandar. Kehadirannya tak disenangi oleh Datin Salmah yang memandang rendah kepada orang kampung. Melalui ketekunan dan bakat seninya yang tersendiri, Hilmi mula menonjol sebagai individu yang berjiwa besar. Hubungan rapat antara Hilmi dan Hayati, anak dara Datuk Johari, menjadi titik konflik - antara cinta, darjat, dan kehendak keluarga. Walaupun berjaya, kehidupan Hilmi terus menerus dilanda tragedi - rupa -rupanya Hilmi ni sebenarnya anak kandung Datuk Johari pula! Ini menambah lapisan dramatik dan ironi dalam dalam ceruta ini.
Dari segi gaya bahasa, SN Abdullah menggunakan pendekatan naratif yang bersih dan jelas, strukturnya konvensional tapi berkesan. Dialog dalam novel ini realistik dan berfungsi sebagai alat untuk memperlihatkan konflik sosial dan psikologi watak. Gaya penulisan beliau tak terlalu eksperimental dalam novel ini, dan cukup kuat untuk menyampaikan emosi dan mesej yang mendalam. Novel ini juga kaya dengan simbolisme – piano sebagai lambang seni dan kebebasan, rumah Datuk Johari sebagai simbol kekuasaan dan penindasan, serta hospital sebagai ruang peralihan antara kehidupan dan kematian. SN Abdullah berjaya mengangkat seni muzik sebagai medium perjuangan dan ekspresi diri, sesuatu yang jarang disentuh dalam sastera Melayu ketika itu.
Cuma pengalaman aku menelaah karya ini pada tahun 2024, dengan lensa alaf 21 - subconciuos mind aku tak berhenti mengatakan stereotaip watak dalam novel ini terlalu hitam putih. Datin Salmah umpamanya, digambarkan sebagai antagonis sosial dengan cara yang agak exaggerate, tiada ruang langsung diberikan kepadanya untuk perkembangan watak. Begitu juga dengan Hayati yang terlalu idealistik, dia ni umpama alat naratif untuk mengangkat Hilmi dalam novel ni, bukan sebagai individu yang berdiri sendiri. Even konflik kelas dalam novel ini kadangkala terasa terlalu didaktik, seolah-olah - novel ini memang ditulis untuk menyampaikan mesej moral secara langsung tanpa membiarkan pembaca membuat tafsiran sendiri. Ada beberapa babak yang aku rasa seperti ceramah sosial, bukan pengalaman sastera yang organik.
Tambahan pula, walaupun novel ini mengangkat seni muzik sebagai tema utama, pengolahan terhadap dunia muzik itu sendiri agak cetek. Hilmi, sebagai genius muzik, tetapi proses kreatifnya tidak diperincikan dengan mendalam. Jadi kejayaannya adalah mitos bagi aku, bukan hasil perjuangan artistik yang kompleks. Kalau dinilai dalam konteks sastera moden alaf 21 yang menuntut kedalaman psikologi dan realisme, aspek ini boleh dianggap sebagai kelemahan naratif.
NAMUN, TETAPI, secara keseluruhan, novel ini tetap penting sebagai karya yang membuka ruang kepada perbincangan tentang identiti, seni, dan keadilan sosial dalam masyarakat Melayu pada era itu. Dan ini telah menghalalkan matlamat pengangkatan novel ini sebagai bahan Komsas. Above all that, aku baca karya ini sebagai cerminan semangat zaman dan perjuangan seorang SN dalam membina naratif bangsa. SN Abdullah Hussain telah memberikan aku sebuah konserto – bukan sekadar muzik terakhir, tetapi gema panjang tentang makna kehidupan dan seni dalam dunia yang penuh ketidakadilan.
konserto terakhir adalah novel sastera tingkatan 5 yang saya baca semenjak berusia 12 tahun. pada waktu itu saya baca buku abang saya. dan asyik baca berulang kali sampai sy masok tingkatan 5, dan boleh terangkan setiap chapter dekat kawan2 yg blom bace.. sy tak ingat brape kali sy bace.
saye sgt suke ngan tulisan abdullah hussain. kemudian sy terjumpa buku beliau bertajuk Masuk Ke Dalam Cahaya dekat library sekolah. that one was just as good if not better than Konserto Terakhir. he is just plain talented and amazing.
abdullah hussain remain my favourite malay author i really look up to until today, walaupun saya tak pandai menulis seindah tulisan beliau, cukuplah dapat bace novel ni. betol2 enjoy,terharu dan terbuai dengan keindahan bahasa.
Satu cerita yang penuh dengan suka & duka. Satu kisah tentang kecekalan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Membaca Konserto terakhir bagaikan melihat sebuah drama TV tentang kisah masyarakat. Satu penceritaan yang boleh menusuk jiwa pembaca dengan persembahan cerita yang digubah oleh penulis. Satu cerita yang boleh dikatakan mengkritik sesetengah golongan dalam masyarakat di mana perbezaan taraf lebih dititikberatkan berbanding dengan saudara sendiri tanpa disedari setiap manusia ada kelebihan tersendiri. Novel ini mampu menyentuh perasaan pembaca dengan jalan cerita yang dipersembahkan. Jadi tidak hairanlah novel ini di angkat menjadi Teks KOMSAS.
Saya kasihan pada Hilmi. Entah kenapa pada usia saya ketika itu (saya beli dan baca pada tahun 2004), saya rasakan yang Hilmi ini hanya dipergunakan oleh Hayati. Semua masalah Hayati akan dibebankan di bahu Hilmi. Dan terselit niat jahat di hati yang saya juga mahukan lelaki seperti Hilmi, tidak perlu menjadi hak mutlak saya tetapi sentiasa ada apabila diperlukan.
Dan penamatnya, begitu tidak adil untuk Hilmi. Mungkin Hilmi berjaya dari segi kerjaya. Tetapi bagaimana dengan cinta?
Kenapa buku sebegini tidak diangkat menjadi drama atau filem? Ya, tidak semestinya mengikut jalan ceritanya 100%. Penamatnya boleh diubah.
Hilmi ini baru hero sejati. Mencinta tanpa mengharap balasan. Sentiasa ada ketika diperlukan. Merendah diri tanpa menjatuhkan maruah.
Sebuah cerita tentang kehidupan. Saya sangat suka cara pengarang mengimaginasikan segala latar dalam buku ini. Kesemuanya nampak serasi. Apabila membaca buku ini, saya rasa seperti ingin merasai Malaysia 20 tahun yang lampau. Bagaimana tambang bas hanya 10 sen, dan segala perbelanjaan yang murah. Muzik. Semuanya tentang muzik. Perjalanan seorang pemuda dalam mempelajari muzik.
Tidak kisah la kalau buku ini diangkat sebagai karya klasik yang dihargai penulisannya dan dijadikan buku komsas tingkatan lima.
God, this book is so melodramatic. Also, it's quite a typical Malay story too where the main character is being punished over and over again for no reason. This guy can't catch a break but he's super nice and super talented and also super ill. Also, who can forget that incest subplot? Can't believe I had to read it for school when I think about it.
Baca buku ni sebab ada pengajian Bahasa Melayu untuk SPM tahun 2001 dulu. Nak tak nak kena baca juga sebab nak jawab SPM. Jalan cerita mengenai seorang pemuda miskin bercita-cita tinggi untuk menjadi pemain muzik dang pengubah lagu yang berjaya. Membawakan dia sentiasa berusaha keras sehingga dia dipertemukan dengan seorang guru piano yang bersedia membantu dan mengajarnya.
Sepanjang hidupnya itu, beliau melalui saat-saat suka, duka dan penuh cabaran sehingga akhirnya beliau berjaya mengetuai dan mempersembahkan konsert tetapi tidak dapat meneruskannya disebabkan jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Disebabkan itu la tajuk buku ni Konserto Terakhir.
Buku ini saya baca dengan expectation yang tinggi. Benarlah kata orang. Semakin tinggi harapan semakin besar kekecewaan. Ternyata ia tidak lah berbisa sebagaimana dikatakan. Bagi saya. Hanya pada pendapat saya. Jalan cerita adalah biasa. Cuma, penggunaan bahasa, gaya penceritaan yang sangat kemas menjadikan ia karya yang sangat bermutu. Apakah masih ada lagi warisan yang mampu menghasilkan karya yang berkualiti sebegini. Misi menggali warisan sastera Negara tak akan berhenti. Sedia menerima cadangan buku apa lagi yang mesti baca.
Had to read this for school, Form 5 Malay literature.. It was meh ~ Somehow I find the book to be hilarious and fucked up!! Hahahahahaha it's not supposed to be like that though.. *sigh* Malay books are so shitty...
Ramai ulas tentang kisah percintaan, tetapi ternyata kisah cinta itu hanya sedikit. Sebenarnya, kisah keperibadian Hilmi yang paling utama.
Betapa polosnya hati dan bersihnya jiwa Hilmi hinggakan dia lebih banyak berdiam diri apabila mendapat pelbagai dugaan yang lebih kepada stereotaip orang di sekelilingnya. Dia dibenci hanya kerana dia tidak belajar tinggi dan hanya bekerja sebagai tukang kebun. Dia lelaki yang berhati lembut, jadi agak banyak babak yang menyatakan dirinya sangat tersinggung dengan kata-kata pedas orang sekelilingnya, tetapi dia lebih memilih untuk berdiam.
Hilmi sangat kuat memendam. Aku rasa seronok bilamana dia jadikan muzik sebagai minat utama dia. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang boleh dijadikan inisiatif untuk dia meluahkan bebanan emosinya. Dalam muzik, dia "terjemahkan" segala pergelutan jiwa dan tekanannya ke dalam irama dan gubahan lirik. Mungkin kerana itulah segala lagu yang dia cipta itu benar-benar meresap ke jiwa sesiapa yang mendengarnya.
Emosi yang paling berat dalam novel ni bukan melalui peristiwa Hilmi diherdik oleh Datin Salmah, tetapi peristiwa Azizah (bekas isterinya) menciptakan perasaan benci ke dalam diri anak mereka supaya anaknya terus-terusan membenci Hilmi. Sumpah, ini paling sedih. Lagi bertambah sedih apabila ketika Hilmi di waktu hayatnya, dia tidak langsung menceritakan hal-hal buruk orang lain, tetapi dia hanya menceritakan hal indah sahaja biarpun orang itu mengeji dia.
Dia memiliki sahabat baik bernama Mamat. Bayangkan Mamat sangat suka berkongsi masalah dan dia mahu Hilmi meluahkan masalah juga, tetapi Hilmi tetap dengan pendiriannya untuk terus memendam rasa. Bagi aku, dia pendam kerana dia tidak mahu orang tahu perangai buruk ibu bapa saudaranya. Sumpah, dia sangat baik.
Kisah hidup Hilmi telah mengingatkan aku akan kata-kata seorang ustaz di Indonesia: Di antara hidup dipenuhi dugaan dengan hidup tanpa diuji dengan dugaan, yang mana satukah yang patut dirisaukan? Hidup tanpa diuji dengan dugaan, yakni hidup yang teramat senang-lenang. Itu mungkin petanda Allah tidak memandangmu. Kenapa? Itu kamu perlu semak perihal solat, hati & sumber pendapatanmu. Saat kamu diuji bebanan hebat, kamu harus bersyukur. Kenapa? Ini kerana, Allah sedang memandangmu. Hanya orang-orang yang baik sahaja yang sering diuji.
Membaca buku ini sekali lagi bila dah menginjak dewasa ini telah memberikan perspektif baru terhadap pembacaan aku. Kalau dulu aku bersimpati terhadap Hilmi dan kisah hidup dia yang menyayat hati. Tapi sekarang aku rasa inilah pengakhiran yang terbaik untuk dia.
Hilmi, satu watak yang aku kira naif dan luhur. Walaupun dia tidak dapat mengecapi kebahagiaan yang dia inginkan, dan tidak akan tahu tentang rahsia salasilah hidupnya, aku menggangap pemergiannya pada ketika dia sedang berada di puncak kerjayanya adalah satu tamparan hebat buat kaum keluarga yang tinggal.
Penyesalan yang mereka kendong seumur hidup meratapi pemergian Hilmi memberikan aku satu macam kepuasan. Aku sedih untuk Hilmi, tetapi aku kira kaum keluarganya yang banyak melukakan hati Hilmi semasa hayatnya tidak layak diberikan kemaafan. Biarlah mereka meneruskan hidup dengan rasa sesalan menghimpit jiwa mereka. Selayaknya begitulah.
Kejam. Tapi aku puas.
Hargailah orang dalam hidup kalian semasa hayatnya, janganlah dipandang enteng sahaja dek kerana tidak sama status dan tingkat sosial. Mereka juga manusia, punya hati dan perasaan. Punya rasa untuk disayang dan menyayangi.
Saya membaca novel ini semasa menunggu result SPM tahun 1997. Entah apa yang hebat tentang buku ini sehingga saya baca berulang kali. Kisah tentang kekeluargaan, percintaan dan paling saya suka tentang bakat Hilmi dalam bidang muzik. Kehebatannya dalam bermain piano, memimpin kumpulan orkestra dan mencipta lagu. Saya seperti dapat menyanyikan lagu Sebuah Intermeso walau hanya dalam sebuah penceritaan. kerana saya juga mencipta lagu.
Cerita yang melodramatik. Tak suka bahagian tertentu tapi life is just like this. Bukan semua yg kita suka.
Saya tak suka bila hero mati dan masa hidup hadapi semua yg malang2 dan plot twist hayati dan hilmi macam tak berapa sesuai apa tah lg buku ini salah satu buku komsas yg dibaca murid sekolah.
Novel yg pernah menjadi bacaan Komsas utk pelajar SPM bg negeri Selangor. Jalan cerita yg menarik dan mengimbau kepada zaman² kegemilangan industri muzik sekitar pasca kemerdekaan negara. Wajar diberi peluang agar naskah novel ini diterjemahkan kpd bentuk filem. Sebuah karya terbaik allahyarham sasterawan negara Abdullah Hussain.
It was the very first Malay book I read when I was in school. I was form 5 at the time. It really captivated me of the life of the leading character including some of our culture back in those old days. A book filled with emotions. I love it.
Abdullah hussain merupakan penulis kegemaran sayaa..
Tapi entah kenapa saya rasa buku ni agak overrated. Juga kerana mungkin saya tak gemar dengan cara atau storyline bagaimana cinta dimainkan dalam novel ini.
Cerita yang sangat memilukan pada akhirnya, gaya penulisan yang cuba disampaikan dapat dirasa. Tamsilnya, pada situasi yang kabut, kita dapat merasakan kekabutan pada detik itu. Novel yang takkan dilupakan
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sudah lama saya simpan naskah ini namun baru perasan ianya adalah salah satu karya karyawan Abdullah Hussain. Suka alunan ayat, nada bahasa dan lenggok dialog. Walaupun banyak juga diisi dengan adengan menyilukan jiwa contohnya pabila Datin Salmah dengan semborono menfitnah-keji Hilmi, menghamba-abdikan anak muda itu tanpa belas, dan Datuk Johari pun beku hatinya mensia-siakan harapan Hilmi dan bapanya, saya baca buku ini dengan khusyuk dan penuh rasa ingin menghargai setiap nikmat yang pernah dirasai.
Pasti ianya a gem... hanya yang berjiwa halus dapat menghargai karya hebat ini. Adakah anda salah seorang?
Lawak pula Mak Datin Salmah sebut anaknya Yati '... dah masuk dakwah', penemuan telekung, sejadah, tafsir Quran dan buku-buku agama dqlam bilik Yati dikatanya berunsur subversif. Banyak juga perkataan-perkataan baru dari buku ini contohnya '...melepaskan anak muda itu dari kemasyghulannya, ...pada ghalibnya semua pokok ros ada bakat, dia lama sujud meletak jidadnya di lantai, dirompak oleh perompak yang terkenal lihainya, ...
Music box dari Vienna dengan alunan Blue Danube itu pastinya indah, nanti nak google kalau ada gambar dan nak dengar kemerduannya. Masterpiece pertama gubahan sulung Hilmi dan Biola Hikmatnya bertajuk 'Sebuah Intermeso'. Pengakhirannya cerita ini bagaimana? Begitu memeranjatkan.
Saya kongsikan sajak di kulit belakang buku Karya Klasik Moden ini.
"Konserto Terakhir
Cerita darah Cerita darjat ... birunya darah ... ponggahnya darjat Cerita lagu dan irama ... lagu jasad tegar ... irama nurani sunyi Cerita cinta Cerita luka Cerita Konserto Terakhir Sebuah Intermeso di pentas hidup."
Sebuah novel yang mana isi ceritanya mengingatkan saya kepada sebuah filem klasik, Ibu Mertuaku arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Cerita yang berkisar tentang dunia muzik , antara bezanya Hilmi lebih difokuskan kepada piano pada permulaan cerita berbanding Kassim Selamat, seorang pemain saksofon. Ceritanya mudah difahami dan seperti biasa akan mempunyai pengajaran bagus dan mantap kerana novel ini pernah dijadikan sebagai novel sastera tingkatan 5. Pada saya, plotnya berjalan dengan kemas dan dramanya juga ada unsur saspens dan emosi yang cukup memuaskan pada saya. Babak kesedaran tentang keagamaan juga diselitkan oleh penulis. Penghujung cerita yang cukup menarik dan nyaman(perit sebenarnya), slurppp.
kisah ini akan mengetuk minda masyarakat bahawa pangkat dan darjat itu tidak akan membawa kita ke mana-mana. kegigihan hilmi yang dipaparkan mampu menjadi pendorong kepada anak-anak muda untuk terus berjuang dan mencapai cita-cita mereka sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. pengarang berjaya meletakkan emosi ke dalam minda pembaca dan membawa pembaca untuk berasa teruja, saspens, marah dan sedih. tahniah kepada abdullah hussain kerana berjaya melahirkan sesuatu yang unik dan membawa kelainan. ^^
tiz novel is really awesome n also make me cry b'coz hayati n hilmi couldnt get 2gether and have 2 suffer towards their love which they couldnt express or show at the end of the part hayati get to knw tat hilmi is her stepbrother which her father datuk johari 1st wife son who he left at kampung wif his cousin brother named karim karim who raised hilmi send him 2 johari hse to find wrk and hilmi got interested towards music ....and his insprition was hayati who is clever 2 play piano and athe the end part he bocome a famous person n daed...:'(
This book is missing a warning label - "Warning: MAY CONTAIN INCEST". Otherwise it was funny and shit. This is considered VERY VERY GOOD for a MALAY book. (Trust me, Malay books are shitty) I was almost tempted to give it 3 stars - oh wtheck i'll give it 3 stars just because it managed to exceed all my expectations of it. I had really low expectations btw. Omg and the ending (not exactly the ending more of the climax).... AHAHAHAHAH you'll never see it coming. Its so fucked up i swear. Hillarious. It wasn't suppose to be hillarious, but it was.