Jump to ratings and reviews
Rate this book

Terusir

Rate this book
Hamka lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani dan dihormati di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik. Beliau juga adalah seorang pujangga ulung dan ahli fikir Islam tersohor.

"Diberinya gelaran yang buruk kepada perempuan itu, dinamainya 'sampah masyarakat', dinamainya 'bunga mengandungi racun', 'kupu-kupu malam' dan lain-lain nama yang hina dan buruk. Padahal dia sendiri yang menyuruh mereka sesat ke dalam lembah itu."

"Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, pahdal lelaki itu yang lebih iblis..."

(http://www.ujanailmu.com.my)

112 pages

First published January 1, 1963

140 people are currently reading
2350 people want to read

About the author

Hamka

111 books1,087 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
822 (51%)
4 stars
513 (32%)
3 stars
182 (11%)
2 stars
41 (2%)
1 star
32 (2%)
Displaying 1 - 30 of 304 reviews
Profile Image for Nik.
60 reviews5 followers
January 24, 2016
Melihat kepada kebanyakan novel-novel Hamka, trendnya sama. Hamka suka untuk memaparkan realiti sebenar di dalam novelnya. Memperlihatkan kepedihan dan keperitan hidup berbanding menonjolkan yang sebaliknya.
Sesetengah penulis lebih suka melukis jalan cerita yang enak, lebih suka untuk bermimpi - kerana realiti begitu pahit. Kalau realiti miskin selalu ditindas dan kalah, di dalam karya watak miskin itu walau ditindas akan menang. Tetapi Hamka memilih untuk menonjolkan realiti. Ditindas dan kalah.

Saya menyenangi kedua-dua gaya penulisan. Cuma entahlah, realiti mungkin terlalu pahit untuk ditelan. Dan bagi saya ada banyak juga realiti yang akhirnya berakhir dengan baik. Jujurnya pahit untuk diterima bahawa perempuan malang itu hingga ke akhirnya malang. Padahal kesilapan itu datang dari si lelaki.

Menyentuh soal perundangan, tidak logik seorang pembunuh dibiar lepas padahal tiada keraguan pada bukti-bukti tetapi hanya atas dasar kemanusiaan, perempuan itu dilepaskan. Bahkan dalam Islam, tersalah bunuh lagikan dihukum, ini pula sengaja membunuh.

Sekian.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
June 27, 2021
Ahh... Sedih betul cerita ni.

Pandai Arwahyarham Hamka bermain kata, membuatkan kita berair mata. Cerita ini mengingatkan ku pada karya Arwahyarham bertajuk Merantau Ke Deli. Punya tema yang sama, nasib malang seorang wanita gara-gara sikap kejam seorang lelaki.

Baiklah tuan, akan kujadikan kisah ini sebagai pengajaran demi menjalani hidup sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kaum hawanya insya-Allah.

Ayuh menyahut seruan Rasulullah s.a.w "Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.” (Riwayat Tirmizi).

Sabda Nabi lain juga yang bermaksud: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)

Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
August 14, 2020
Oleh kerana saya sudah membaca Merantau Ke Deli terlebih dahulu, tidak dapat tidak saya membandingkan cerita kedua-duanya. Hampir saja sama, kisah seorang isteri yang teraniaya ditangan suami.

Mariah, daripada seelok-elok isteri dan ibu, difitnah disebabkan rasa dengki dan tamak oleh ahli keluarga sendiri. Lalu terusirlah dia membawa diri melanglang buana mencari perlindungan. Salah memilih dan terdesak, hidupnya semakin rosak. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Bekas suaminya, Azhar, setelah dinasihatkan sahabat yang lebih waras, menyesal namun terlambat.

Pengakhirannya tidak membahagiakan, sudah dijangka kerana bagi saya itu adalah "trademark" novel nukilan Hamka.

Buya Hamka, seperti selalu mahu menyampaikan sesuatu yang membuatkan pembaca berfikir. Watak Haji Abdul Halim menjadi teman pendorong dengan nasihat-nasihat yang menyedarkan. Mudah saja menyalahkan orang sekeliling, namun kita sering gagal melihat pada kekurangan diri.

Terusir adalah bacaan pendek. Buku setebal 120 mukasurat ini boleh saja ditamatkan bacaan dalam tempoh sejam atau dua, namun kalau diambil ikhtibar dan pengajarannya, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas sepanjang masa.

Terima kasih Buya Hamka, kerana mengingatkan.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
April 12, 2020
Habiskan dalam masa 2 jam.
Ya bukunya nipis berbanding buku HAMKA yg lain. Namun yang pasti kisah dalam menarik dan penuh dengan tarbiyah. Ada sebab Allah jadikan lelaki itu sebagai ketua dan pelindung kepada wanita - tanggungjawab itu perlu dipikul dengan amanah supaya ia tidak memberi kesan pada yang lain.
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
September 14, 2018
Kalau anda pernah tonton movie Tenggelam Kapal Van Der Wick, Zainudin ada menerbitkan buku tajur Terusir. Terusir ini ditulis oleh Pak Hamka. Muka Surat hanya 130 halaman sahaja. Tidak tebal berbanding novel romantis yang lain.

Pada awal muka surat sudah sedih. Mariah diusir oleh Azhar kerana kononnya telah curang. Sedih dengan Mariah. Aku mula memahami erti sumpah itu sendiri. Ia bukanlah sihir tetapi seperti doa orang yang dizalimi telah dimakbulkan kerana Azhar sendiri makan hati berulam jantung.

Walaupun Mariah dan Azhar telah pun berumah tangga selama sepuluh tahun tetapi hasutan keluarga telah mengaburi mata Azhar. Perkara ini masih lagi wujud pada tahun 2018 walaupun kisah ini ditulis lama dahulu. Ia masih relevan. Orang melayu sangat dengki dengan kelebihan orang melayu yang lain.

Mariah pula setelah diusir, ingatkan hidupnya menjadi lebih baik tetapi ia tidak lama kerana ditipu oleh suami kedua. Malang nasib Mariah. Mariah itu seorang yang kuat kerana dapat teruskan hidup.

Anak Mariah dan Azhar, Sofyan telah membesar dengan baik dan menjadi seorang yang dihormati dan dipandang mulia. Menarik Terusir kerana Hamka pandai membina plot untuk menemukan Mariah dan Sofyan. Kalau ia diadaptasi drama korea tentu sahaja Wirja akan memalukan Sofyan. Wirja itu orang yang dengkikan Sofyan.

Hamka tidak memanjang elemen negatif itu, Hamka lebih fokus pada penamat yang baik. Buat pembaca rasa senang. Buat pembaca percaya kebaikan itu mengatasi keburukan. Hamka juga tidak memalukan Azhar dan Mariah tetapi membuat pembaca sedar setiap kesalahan itu perlukan kesedaran. Baik lambat atau cepat. Tidak banyak penulis boleh menulis begini. Apalagi untuk zaman milenia ini.

Isu dalam terusir ini adalah tentang darjat wanita sendiri dan mengangkat isu pelacuran yang harus difikir secara kritikal. Secara logik wanita zaman itu, seluruh hidupnya adalah pada sang suami. Kalau sang suami tidak percayakannya, siapa lagi yang pertahankannya? Si suami adalah dahannya. si suami adalah pokoknya. patah dahan. tumbang pokoknya. hilang lah tujuan hidupnya. tiada lagi pembimbing hidupnya. Bila perlu menyara hidup, menjadi seorang pelacur adalah jalan terakhir. Lelaki zaman itu hanya menggunakan wanita sebagai hiburan dan langsung tidak bertanggungjawab. isu ni masih lagi relevan untuk 2018. Isu yang tidak pernah selesai.

Kebanyakan buku Hamka memang menyedihkan. Sama ada jodoh tidak kesampaian atau apa sahaja. Akhir buku ini aku menangis. Sedih dengan Mariah.

Gaya penulisan Hamka tidak meleret seperti novel sekarang. Lebih kepada isi yang ingin disampaikan. tidak perlu pada 500muka surat. Masa membaca juga tidak perlu dibazirkan dengan huraian yang merepek dan tidak perlu. Cukup rasa. sedih.Gembira. Mendapat pengajaran.
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
February 4, 2023
Buku ni ringkas, tepat memanah ke hati dan padat dengan isi. 👍🏻

Buku ni nipis je, jadi dalam sejam setengah camtu aku dah habis baca. Nama Hamka bukan lagi sesuatu yang asing sebenarnya, tapi ini kali pertama aku baca karya beliau dalam bentuk buku. Buku ni menggambarkan realiti yang cukup pedih dan jalan cerita yang menyentuh hati dan perasaan kita. Belum tentu kita mampu melalui apa yang Mariah lalui sepanjang hidup dia. 😩 Buku yang sarat dengan ilmu dan nasihat, buku yang menggambarkan realiti kehidupan perkahwinan yang bukan sahaja indah pada luaran tetapi dalamnya berat dengan nilai tanggungjawab berumah tangga. Asyik baca novel cinta yang nampak indah je kan, kadang-kadang kena selit juga dengan kisah yang berbentuk mcm ni supaya kita sedar tak semuanya indah, dan banyak benda yang kena dititikberatkan.
Buku ni juga bawa topik yang heavy dan dalam masa sama mengajar kita untuk tidak mudah menghukumi seseorang yang kita tidak tahu kisah disebaliknya. Kena pandang dengan mata hati.

Oklah, macam panjang benar bebelnya 😂. Overall, buku yang bagus 👏🏻👏🏻👏🏻 #emptycanvashida
Profile Image for Hasnul Adin.
46 reviews28 followers
August 15, 2015
Aku kira Terusir berjaya menyampaikan satu mesej kepada para pembaca; jangan terburu-buru dalam menghukum/menilai. Sesuatu yang aku percaya perlu diingatkan selalu kepada masyarakat.

Biar tersilap maaf, jangan tersilap hukum.

Lihatlah apa yang terjadi apabila Azhar tersilap dan menilai dan menghukum isterinya Mariah. Sehinggakan selepas menjadi terbuang Mariah menjadi serendah-rendah manusia. Hidupnya melarat dan teraniaya. Lebih perit, kerinduan Mariah kepada anaknya sering berkunjung. Maka khamar menjadi pilihan Mariah untuk melupakan segala kesengsaraannya.

Dalam kisah ini, tidak hanya Mariah yang menderita. Bahkan Azhar, setelah disedarkan semula oleh sahabatnya, juga menderita serba salah kerana tahu bahawa dia tersilap dalam menghukum Mariah. Merata dicarinya Mariah, namun hampa.

Sofyan si anak juga terkesan apabila terpaksa membesar tanpa ibunya. Dinafikan hak kebenaran oleh ayahnya.

Setelah beberapa babak yang terjadi, akhirnya Mariah mendapat 'pelepasan' yang dimahukannya. Dapatlah jua Mariah mengucup anaknya walaupun Sofyan masih tiada tahu akan hakikat 'Neng Sitti' itu adalah ibunya. Hampir menitik air mata aku sebaik sampai pada bahagian yang ini.

Wahai manusia, janganlah terburu-buru dalam membuat satu keputusan. Siasatlah sehabisnya. Kelak jika khilaf, kan kau menyesal.
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews171 followers
September 4, 2018
Obviously, Hamka's novels are sharper and more captivating – at least for me – than his other non-fictional books (I've read Falsafah Hidup, Peribadi, Dari Lembah Cita-Cita, Pandangan Hidup Muslim, Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan, Sedjarah Islam di Sumatera and Ghirah: Cemburu karena Allah).

He is master in creating the story, twisting the plot, playing with emotion, giving a social criticism and embedding the moral values without complicating the narrative with excessive unnecessary new person, different from Mr. Faisal Tehrani and Mrs. Nisah Haron's style of writing.

Albeit, both of them have their own strength that is absent in Hamka's novels and I love the enormous amount of new words used by both of them more. Mr. Faisal Tehrani is stronger in the imaginative side (read 1511H [KOMBAT] and Advencer Si Peniup Ney) and ability to condense a lot of important facts into fiction though some said it's an info-dumping (read Tuhan Manusia and Perempuan Nan Bercinta). Mrs. Nisah Haron's strength is in the details and rationality of a judicial procedure and rule (read Mencari Locus Standi) which really lack in this novel, Terusir.

Basically, Tuan Direktur stresses on the real meaning of wealth, Angkatan Baru highlights the real meaning of love and responsibility of a marriage while this book, Terusir portrays how low can the women's dignity reach if it's neglected by the husband and how poverty can lead to a catastrophic life.

This is truly a sad story though I didn't reach the threshold to shed my tears at the end of this book (how I miss it!). Nevertheless, there are some internal messages that moved and affected me – to a certain extent – in addition with a scene that really surprised me.
Profile Image for Nur Elvina.
69 reviews20 followers
April 25, 2021
Terusir membawakan kisah Mariah seorang wanita malang yang diceraikan suami pertamanya akibat termakan fitnah keluarga sendiri. Bermulalah hari-hari gelap Mariah: dipisahkan daripada anak kesayangannya Sofyan, kemudian terpedaya dengan suami kedua yang tamakan harta dan tragis sekali Mariah menghabiskan sisa hidupnya sebagai pelacur. Kasih seorang ibu akhirnya menyatukan kembali Mariah dengan Sofyan di penghujung hayatnya walaupun bukan dengan cara yang aman.

Buya HAMKA menyelitkan kritikan terhadap golongan berada yang taksub dengan status mereka sehingga sanggup memecah belahkan keluarga sendiri. Turut menjadi teguran penulis, sikap terburu-buru mempercayai mulut orang yang akhirnya berakhir dengan penyesalan seumur hidup.

Saya mengemari watak Haji Abdul Halim; sahabat karib Azhar suami pertama Mariah. Beliau seorang yang setia menasihati dan tidak mudah menghakimi walaupun Azhar telah bertindak salah besar.

Suatu kisah ringkas yang wajar diambil pengajarannya. 3⭐ untuk kisah menyayat hati ini.
Profile Image for hans.
1,157 reviews152 followers
April 17, 2021
Idea naratif yang fokus kepada kritikan sosial, sarat mesej dan moral, karakter yang berjaya menggugah emosi dengan penceritaan yang kemas dan padat. Terusir bawa aku menjelajah tentang sengsara jiwa seorang perempuan yang dituduh berselingkuh dengan lelaki lain dan dihalau keluar oleh suaminya sendiri. Dipaksa berpisah dengan anak kecilnya, Mariah menjalani hidup serba melarat dan menderita, mendapat sedikit kesenangan namun dianiaya suami keduanya, ditinggalkan lagi dan akhirnya memilih sisi gelap bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Sisipan hal kekeluargaan yang agak tipikal bila Hamka mulakan konflik Azhar dan Mariah dengan perbezaan status dan taraf hidup yang menjadi punca pertelingkahan sehingga melarat ke fitnah selingkuh. Tertarik dengan dua refleksi naratif tentang isu fitnah ini-- kisah Azhar yang menghukum tanpa usul periksa dan Emi yang memilih untuk menyiasat. Plot yang ringan, cukup eksposisi dan perkembangan karakternya. Nuansa terjemahan yang sedap dibaca dengan gubahan ayatnya mudah dan tak meleret.

Terkesan dengan penghujung cerita tentang bagaimana sehingga akhirnya Mariah tetap merasa jurang taraf itu tetap ada antara dia dan keluarganya sendiri.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
June 3, 2022
2/22

Terusir - HAMKA

Novelnya tipis. 100+ sahaja. Namun, berjaya membuatkan air mata saya menitis tanpa sedar. Menjadi seorang Mariah bukanlah mudah. Diusir kerana fitnah, dia berkelana seorang diri mencari sisi hidup yang tinggal. Satu demi satu dugaan yang menimpa, namun dia tetap kuat kerana dalam hatinya, masih ada anak yang dia ingati.

Semuanya menjadi lebih parah saat dia digelar pembunuh tanpa kerelaan sendiri. Adakah kehidupan Mariah akan kekal rawan sampai dia menutup mata? Sejujurnya, babak di mahkamah itu benar-benar memberi kesan yang mendalam. Kenyataan Sofyan, dan pengakuan Mariah begitu menyayat hati.

Buat peminat novel bergenre seperti ini, jangan lupa dapatkan segera. Anda pasti tidak menyesal. Paling penting, sediakan tisu!
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
July 6, 2023
Karya buya Hamka yang berseni, halus nadanya mencengkam jiwa yang membaca. Tema cerita seorang isteri dikhianati sang suami, maka termakan sumpahlah lelaki itu. Dulu dengan ayah isterinya dia telah berjanji, ingin menjaga sang isteri setulus hati hingga ke akhir hayat namun mata di kepala dan mata hatinya jadi buta dek pendeknya akal. Besar sungguh bahana fitnah. Meruntun jiwa juga luahan penulis tentang bencana sang perempuan, terjerumus melacur diri demi sesuap nasi, difitnah dek kaum sendiri, tidak dihirau oleh masyarakatnya. Tidak akan terhapus senario malang ini sehingga si lelaki mahupun wanita orang dari kalangan baik-baik, sedar akan kepincangan pemikirannya. Sejak beribu tahun dulu perempuan yang lemah iman mahupun yang tidak punya pilihan begitu mudah dilacurkan... oleh siapa? Oleh lelaki yang bertopengkan malaikat. Oleh lelaki yang bernafsu buas. Oleh lelaki yang memandang wanita hanya sebagai alat pemuas nafsu, sebagai komoditi mengaut keuntungan. Oleh wanita yang hatinya busuk. Oleh wanita yang tuli kasihan. Oleh masyarakat yang pincang. Siapa melanggani pelacur?

Cerita pendek ini juga menyerlahkan betapa kasih ibu terhadap anaknya terlalu suci, seringkali tidak cukup diucap mahupun diserahkan dengan benda. Ibu akan rela mengorbankan segalanya demi anak.

Kisah Mariah sungguh memilukan. Mujur, anak yang pernah dikandung dan dicintai sepenuh hati tidak mewarisi kekependekan akal sang ayah. Di helaian nafasnya yang penghabisan, terlerai impian mengucup kening anakanda yang dirindui. Sedih, tragik, mesti baca.
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
September 3, 2015
Yang penting adalah pengakhiran hidup kita... pengakhiran hidup. Entah apa nanti kebaikan yang aku, kau atau kita lakukan walau sekecil mana pun, kalau benar-benar sepenuh hati, insya-Allah akan diterima :)

Yang cantik tak semestinya baik, tapi yang baik akan ternampak cantik juga akhirnya.

Membaca sambil menangis sehingga sesak nafas kerana terlupa kita tengah menghidap selesema.
Profile Image for Anthophile 🪴.
378 reviews7 followers
October 27, 2023
Peritnya hidup wanita di tangan lelaki yg salah. Baik masyarakat, baik lah juga wanita nya. Jahat nya masyarakat jahat lah juga wanita nya.

Andai ia cantik, mencari kerja dijalan yg halal, tidak mahu diupah, takut dia tak guna hanya pandai bersolek atau takut menggoda suami nya. Andai cari kerja dijalan yg haram dituduhnya sundal dan pelacur, hina.. padahal lelaki yg merosakkan nya itu lah hina.

Memang menitis air mata baca buku ni, pace buku sgt laju baca dlm satu hari shj. Penulisan yg indah berpuitis dan mengusik jiwa even org yg tak suka puisi, perjalanan singkat tp terasa luka dan liku hidup dalam buku ni.

Kasih syg ibu tu Ya Allah buat aku menitis air mata. Mula2 mcm pelik kenapa ni pasal Mariah tp kisah dia sikit, rupa nya ada kaitan. Tak sangka juga lah Buya boleh terfikir plot twist tu, buku ni singkat tp padat isi padu dan effect dia pd pembaca , membuka mata dan minda pd seluruh liku hidup manusia 👍🏻 even pelacur, tiada siapa yg ingin jadi pelacur.

4 ★★★★ sebab ada beberapa tempat yg repetitive, bukan sebab buku ni tak best atau apa. Sgt best, mengayat hati. Kalau buat filem ni rasanya mmg dh boleh nangis dari awal kot 🥲

╰┈➤ Found family
╰┈➤ Fitnah
╰┈➤ Bahasa puisi
╰┈➤ Short story
╰┈➤ Grief and poignant story
Profile Image for Aina (Elfbookstagram).
23 reviews6 followers
January 20, 2021
Terusir By Hamka (Recommended) 130m/s
.
.
Firstly, ini pertama kali aku membaca karya Hamka yang bagi aku penulisannya sangat puitis❤️.
.
.
Terusir bercerita tentang seorang perempuan bernama Mariah. Hidup Mariah hancur apabila fitnah melanda rumah tangganya hingga suami sendiri mengusir keluar dari rumah mereka dan memisahkan dia dengan anaknya, Sofyan yang masih kecil.
.
.
Langit tidak selalu cerah. Mariah dianiayai oleh suami keduanya dan akhirnya hidup melarat sehingga terpaksa menjadi pelacur demi mencari sesuap nasi.
.
.
Naskah ini sangat sedih dan aku juga tidak dapat menahan sebak di dada. Perhubungan antara ibu dan anak yang tiada tandingan dan kesulitan hidup membuatkan Mariah dalam keadaan buntu. Pembelaan nasib Mariah bagai suatu yang mustahil berlaku.
.
.
"Masyarakat kini di akhir zaman, sikap dengki dan fitnah seakan sebati dengan jiwa manusia yang berhati iblis".
.
.
Pengolahan ayat yang sangat puitis dan sedap bila membacanya. Campuran bahasa yang bagi aku tidak mencacatkan langsung pembacaan. Tetiba aku rasa seronok bila membaca buku Indo. Naratif yang jelas dan lancar seakan menusuk hingga ke dalam hati. Cewahhh!! Dah jadi puitis pulak review kali ni😅😂
.
.
Rating: 10⭐
Kredit to @jejaktarbiah dan @prof.dr.hamka kerana 'melahirkan' naskah yang penuh dengan pengajaran ini. Sesiapa yang nak mengalir air mata, korang kena try. Ye, Aina pun dah menangis dah tadi😭😭. Recommended👍🏻
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
May 7, 2017
Ia kisah tentang seorang wanita bernama Mariah, yang teraniaya akibat fitnah kaum keluarga suaminya. Malang baginya bila suaminya Azhar, bertindak tanpa usul periksa dan mengusirnya keluar dari rumah dengan turut menyebabkannya terpisah dengan anaknya.

Sejak itu bermula episod-episod malang dalam hidupnya. Namun, kerana asalnya Mariah memang seorang yang baik, dalam banyak keadaan, beliau tetap cuba memilih jalan yang baik untuk kelangsungan hidupnya.

Sehingga pada akhirnya dia tiada pilihan lain melainkan dengan memilih jalan yang tidak halal. Hamka menceritakan keadaan Mariah saat ini tanpa perlu menceritakan babak-babak terperinci yang perlu dilaluinya seharian. Satu teknik yang perlu dicontohi oleh semua penulis.

Satu ketika dia mendapat berita tentang anaknya Sofyan yang sudah berjaya sebagai seorang peguam. Namun status dirinya menghalang keinginannya untuk mendekati anaknya. Dilihat dari jauh dengan kerinduan yang teramat.

Satu ketika berlaku kejadian yang menyebabkan Mariah memilih untuk membunuh demi menjaga kehormatan nama anaknya.

Hamka bercerita sambil menyelitkan seruan dakwah yang tidak sedikit kepada pembaca. Almarhum mengajarkan bagaimana sepatutnya kita bertindak saat berlaku sesuatu kejadian di sekeliling kita. Satu tindakan yang dirasakan kecil sebenarnya punya kesan panjang kepada ramai individu.

Berfikir sebelum bertindak. Dan saya teringat dengan kata-kata penulis prolifik tanahair, Ramlee Awang Murshid 'Biar tersalah ampun daripada tersalah hukum'.

Ia perlu dihayati oleh masyarakat Malaysia yang sejak akhir-akhir ini semakin banyak menjatuhkan hukuman kepada insan yang yang belum pun dibicarakan. Malah lebih buruk lagi, apabila terus-terusan menjatuhkan hukuman negatif kepada insan yang telah diputuskan tidak bersalah, dengan menganggap hakim tersalah dalam membuat keputusan.

Sangka baik dan beri peluang kedua seolah-olah sudah hilang dalam kamus hidup rakyat Malaysia yang dicanangkan halus budi pekertinya. Wallahua'lam.
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
October 29, 2014
Aku yakin feminis akan gembira dengan buku ini. Atau mungkin past tense/present tense. Masalah pelacuran tidak harus dipikul oleh kaum wanita sahaja. Malah masalah ini bukan eksklusif kepada mereka. Buku ini menceritakan tentang penderitaan wanita sehingga terjunam ke lembah pelacuran. Tapi aku tak ingin mengulas lanjut mengenai jalan cerita. Aku percaya pak HAMKA menulis bukan untuk mengatur jambangan bunga menyusun kata melirik baris tetapi ingin menghentam masyarakat. Masyarakat yang alpa serta pura pura buta. Yang terperangkap dalam perlumbaan tikus(rat race) menuju mati. Ingin mati dengan makam yang paling besar. Maka begitulah isu pelacuran ini. Semuanya berpunca daripada masyarakat yang tidak menghiraukan golongan tertindas. Sesungguhnya benarlah kemiskinan itu dekat dengan kekufuran. Semoga kita sama-sama lebih prihatin kepada golongan tertindas.
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
December 12, 2022
5/5!
Bahasa yang indah... jalan cerita yang cukup rasa.. penuh hiba...
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
November 29, 2023
Penulisan ringkas yang penuh hikmah untuk diteladani dan difikirkan, cukup menyentuh emosi juga.
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
January 21, 2016
Buya Hamka ternyata seorang yang selalu meletakkan martabat dan darjat seorang perempuan pada tempatnya. Walau dengan latarbelakang zaman yang terdahulu, yang sangat patriarki dan memandang wanita sebelah mata, namun Buya Hamka selalu mampu memandang sisi yang lain, sisi yang sepatutnya.

Novel ini punya kelas tersendiri, melakukan kritik sosial yang tajam, kepada penyakit-penyakit masyarakat yang wujud hingga kini. Garapan emosi dan perasaan yang sangat kuat berjaya sampai kepada pembaca.

Perempuan itu yang disinonimkan dengan lemah, mahu ditonjolkan sangat kuat berusaha hingga ke akhirnya. Menyentuh tentang tema pelacuran yang sangat sensitif dan kontroversi, ternyata Hamka sememangnya agamawan sejati yang berjaya melihat akar masalah masyarakat. Isu dosa yang hina ini berjaya disampaikan dengan halus.

Sisi pandang tentang kerukunan hubungan suami isteri, campurtangan keluarga besar dalam rumahtangga juga berjaya disentuh dengan baik. Hubungan ibu dan anak yang cukup dapat dirasai, membuatkan jiwa meruntun mahu agar ibu itu mendapat haknya.

Novel ini juga mengingatkan kita untuk berusaha untuk pengakhiran yang baik. Dalam beragama, moga dikurniakan pengakhiran yang baik.

Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
July 20, 2017
Terusir
Sebuah karya Hamka, yang cukup dikenali di serantau nusantara, diterbitkan oleh Gema Insani dan mempunyai sebanyak 129 muka surat. Tidak terlalu tebal jika hendak dibandingkan dengan novel-novelnya yang lain seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Merantau ke Deli. Di Malaysia, novel Terusir juga boleh didapati menerusi terbitan Pustaka Dini.

Secara kasarnya, Terusir mempunyai persamaan dengan novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Merantau ke Deli, iaitu kritikan Hamka terhadap masyarakat pada waktu tersebut. Jika Zainuddin dihalang untuk sehidup semati bersama Hayati oleh sebab penentangan kaum Minang, katanya bukan orang awak, begitu juga Poniem yang terpaksa berkongsi kasih bersama suaminya, Leman, disebabkan campur tangan kaum Minang juga. Di dalam Terusir, Mariah pula diusir oleh suaminya Azhar, di atas tuduhan berselingkuh dengan lelaki lain, yang juga merupakan fitnah oleh keluarga Azhar. Maka, jika kalian merasakan novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Merantau ke Deli itu pun sudah membuatkan air mata jantan mengalir, aku sarankan untuk menikmati Terusir pula.

Terusir mengisahkan tentang seorang perempuan miskin bernama Mariah yang mempunyai suami bernama Azhar, dikurniakan pula cahaya mata bernama Sofyan. Kehidupan mereka tidak mendapat tentangan ayah Mariah, walaupun pada awalnya diberitahu supaya Azhar bersiap sedia untuk menghadapi tentangan keluarga Azhar sendiri, oleh sebab Mariah berasal daripada keluarga miskin, yang tiada emaknya pula. Ternyata benar, bahawa Mariah tidak diterima oleh keluarga Azhar, katanya Mariah ini tidak tahu adat istiadat, miskin pula, sehinggalah difitnah oleh keluarga Azhar. Malangnya tempatnya yang terakhir bagi Mariah untuk mengadu nasib dan meminta perlindungan, Azhar temakan dengan fitnah tersebut. Sejak daripada itu, kehidupan Mariah mula terumbang ambing dalam meneruskan kehidupannya yang sekangkang kera.

Hamka jelas melemparkan kritikan terhadap masyarakat yang memandang enteng terhadap perempuan, tidak kira sama ada perempuan tersebut itu miskin ataupun punya harta, tidak punya rupa apatah lagi. Masyarakat terlalu memilih dalam memberi pekerjaan kepada orang yang tidak berkemampuan, jikalau perempuan miskin mempunyai rupa paras, tidak pula mahu menjadikannya isteri. Ada pula yang memberi alasan anti-poligami, sedangkan poligami itu tidak salah dan halal. Mereka hanya akan menikahi perempuan tersebut jika berharta. Kalau itupun berlaku sekalipun, mereka tetap punya niat buruk; menghabiskan harta perempuan itu. Sesudah itu, diusirnya pula. Hamka menjelaskan pada halaman 21 dan 22;

"Kalau sekiranya seorang perempuan cantik datang ke rumahnya mengemis meminta sedekah, atau menitikkan air mata meminta pekerjaan, harus mereka mau melengong, sebab perempuan itu dipandangnya hina dan rendah. Kalau kecantikan itu dipergunakan oleh perempuan tadi untuk membela hidupnya dengan jalan yang halal, manusia-manusia yang sombong itu tentu tak mau menikahi dan mengambilnya menjadi istri. Yang muda dan belum beristri mengambil orang rendah menjadi istrinya, sebab ia terhormat. Orang yang telah berumah tangga tidak mau pula karena mereka anti-poligami yang halal. Orang akan menikahinya kalau ia berharta.

Apabila ringgrit itu telah habis untuk dibelanjakan oleh laki-laki tadi, perempuan itu boleh diusir seperti mengusir seekor anjing kurap, dengan: "perek sama lu!". Baru senang hati laki-laki tadi kalau kecantikan perempuan itu dijadikannya perkakas untuk pemikat uangnya".

Begitu juga kritikan terhadap kaum lelaki yang menggunakan kekurangan perempuan yang miskin, lalu dijadikan pelacur, sedangkan mereka mempunyai isteri yang sah. Kaum lelaki ini jugalah yang menghina perempuan tersebut dengan gelaran pelacur, sampah masyarakat dan sebagainya. Yang merosakkan lagi, kaum lelaki melarikan diri dan tidak bertanggungjawab di atas perilakunya terhadap perempuan yang malang tersebut. Terkontang kantinglah perempuan tersebut bersama anak kecil yang dikandungnya itu. Hamka menjelaskan pada halaman 22 dan 23;

“Diberinya gelaran yang buruk kepada perempuan itu, dinamainya "sampah masyarakat" dinamainya "bunga mengandung racun", "kupu-kupu malam" dan lain-lain nama yang hina dan buruk. Padahal ia sendiri yang menyuruh mereka sesat ke dalam lembah itu.
Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan ia wakil iblis, perdayaan setan, padahal laki-laki itu yang lebih iblis.

Kalau perempuan itu masih perawan, dipujuk, dicumbu diintai dikilang, dikirimi surat, diperdayakan. Kelak setelah ia sesat dan menanggung malu misalnya hamil dari perbuatan haram, maka si laki-laki hilang entah ke mana perginya, lekat pula pantolan dan dasinya, tampil pula ia di hadapan masyarakat, dan kutukan serta malu tercorenglah di muka perempuan itu sepanjang hidupnya. Ke mana ia akan pergi lagi, kalau tidak ke tempat yang lebih hina? Siapa yang memberinya gelaran sampah masyarakat adalah si laki-laki tadi juga!”

Hamka juga mengajar supaya tidak mengadili seseorang itu terhadap keburukan yang dia lakukan. Kita tidak tahu sama ada keburukan tersebut dilakukan oleh sebab kerelaan sendiri atau tekanan hidup yang dilaluinya. Kerana di atas perlakuan tersebut, pastinya akan ada punca-punca yang kita sendiri tidak pernah melaluinya. Hamka menjelaskan pada halaman 110;

"Betul perempuan ini jahat menurut pandangan kita, menurut pandangan kita. Tetapi kita tidak boleh segera mengutuk semua perempuan yang telah jadi jahat. Tiap hari kita mendengar perempuan yang dipaksa oleh kesulitan penghidupan sehingga kemiskinan itu menghilangkan rasa malu, da nada kalanya seorang perempuan tersesat, terjerumus ke lembah kehinaan bukan kerana salahnya sendiri, sebab ia seorang perempuan yang lemah tetapi dari salah kita laki-laki juga!”
Dan begitulah juga jika seseorang melakukan kesalahan dan keburukan, maka bukan selayaknya kita untuk menghina dan membenci terhadap perilakunya yang terdahulu. Kita bukan Tuhan dan Tuhan yang selayaknya memberi keampunan terhadap perilaku. Hamka memaparkan pada halaman 113;

"Jangan orang jatuhkan kebencian terhadap tertuduh karena hari mudanya yang gelap, hari mudanya yang kotor dan najis; janganlah kita hendak melebihi Tuhan. Sebab bagi Tuhan, menurut perkataan guru-guru agama, ‘Walaupun sampai dosa itu ke pintu lawang langit, kalau seorang meminta ampun dengan tulus atas kesalahan-kesalahannya, dosa itu diampunkan, dikikis, dan ia dipandang seperti seorang yang baru lahir dari perut ibunya’.

Pada yang belum membacanya, aku sarankan kalian untuk turut membaca Terusir dan mengambil iktibarnya sekali. Sebuah karya yang cukup dekat di hati.
Profile Image for Affan Yunus.
104 reviews3 followers
November 25, 2023
Penutup ceritanya sangat sedih dan pilu. Unexpected plot. Penulisan HAMKA dlm buku ini sangat menusuk ke jiwa pembaca.

Antara pengajaran dan isi2 utama yg saya dapati dalam buku ini ialah:
- Jangan memfitnah membabi buta menggunakan emosi. Kelak akan memakan diri sendiri.
- Berkat ibu bapa menjadi tunjang utama untuk mencapai kejayaan dunia akhirat.
- Jangan menghukum orang dengan dirinya sekarang, kerana setiap manusia ade latar belakang dan masa silam yang berbeza. Selami dan fahami orang itu terlebih dahulu.
- Ikhlaskan hati dalam bercinta. Berikan jiwa raga yang tulus murni utk insan yang kita betul2 cinta dan sayangkan.
- Dendam dan hasad dengki takkan membantu kita untuk mengelokkan keadaan. Maafkan dan berdamailah sesama manusia kerana lumrah manusia itu bersaudara & bukannya bersengketa.
Profile Image for Tamara Fahira.
130 reviews8 followers
January 6, 2022
Novel yang menurut saya, sangat sinetron. Tapi, karena novel-novel Buya Hamka rata-rata page turner (dan memang tipis juga), kurang dari dua jam saya bisa menghabiskan seluruh isi novel.

Para lelaki harus baca. Pandangan Buya terhadap perempuan rasanya lebih ‘adil’ dibandingkan sabda para feminis jaman now.
Profile Image for Bunga ✿.
184 reviews10 followers
October 8, 2022
4.75⭐

Suka dengan permainan kata dan gaya penulisannya. Menceritakan tentang Mariah yang harus merasakan kejamnya kehidupan karena satu fitnah keji yang tak dapat termaafkan. Pada akhirnya, semua berjalan sesuai dengan kehendak takdir
Profile Image for Op.
373 reviews125 followers
April 11, 2017
Saya cukup bias sih sama Buya Hamka ini jadinya ya begitulah. Suka dengan cara berceritanya walaupun ceritanya (mungkin) bisa ditebak. Hahahahaha.
Profile Image for Bunga Mawar.
1,355 reviews43 followers
December 10, 2020
Dapat 3.5 bintang lah, gak sampai 4 sebenarnya, tapi kali ini saya bulatkan ke atas.

Sungguh tipis halaman buku ini, ceritanya juga standar khas Buya Hamka. Gak bisa diragukan: bikin nangis!
Profile Image for Tengku Khadijah.
88 reviews3 followers
June 11, 2023
⭐ ISI KANDUNGAN
"Sahabatku, barang sesuatu apabila berada dalam tangan, kecacatannya yang tampak, setelah ia lepas dari tangan, barulah kita akan ingat baiknya."

Kerana fitnah dari ibu mertua dan keluarga suaminya, Mariah diceraikan dan dibiarkan melarat. Suaminya, Azhar telah menghukumnya tanpa usul periksa. Hidup Mariah tidak terhenti setakat itu, bahkan diuji dengan pelbagai cabaran mendatang sehinggalah .... (kena baca sendirilah)

⏳ YA/TIDAK
Semestinya YA ✅ untuk karya Buya Hamka!
Buku Terusir mengetengahkan peranan seorang suami dalam menyelesaikan masalah rumahtangga. Jika bijaksana tindakannya, maka baiklah kesudahannya, tetapi jika terburu-buru, maka padahlah kesudahannya.

👤 KARAKTER
Setiap karakter ada baiknya dan buruknya. Yang baik, kita jadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

"Jangan orang jatuhkan kebencian kepada tertuduh karena hari mudanya yang gelap, hari mudanya yang kotor dan najis, janganlah kita hendak melebihi Tuhan."

📝 PLOT
Plot permulaan yang disertakan surat daripada Mariah sangat memberi kesan kepada perjalanan cerita. Terungkap dalam surat itu mengenai sumpah dan janji si suami untuk membela isteri sepenuh jiwa raganya. Janji si suami untuk tahan dan sabar menerima dugaan.

Dan juga مِّيثَٰقًا غَلِيظًا yang termeterai antara ayah dan menantunya,
"Kalau demikian permintaanmu anak muda! Anakku aku serahkan ke tanganmu, serahan yang bulat-bulat. Tidak ada tempatnya bergantung lagi, melainkan engkau, sebab ibunya telah meninggal. Engkau pegang ia, didik ia baik-baik karena meskipun kami orang yang tidak terkenal, hanya orang gajian, tetapi anakku menerima pusaka (warisan) dari ibunya, yaitu kesetiaan!.."
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
November 15, 2015
Kenapa saya lebih memilih untuk membaca Terusir berbanding Tuan Direktur atau Merantau Ke Deli? Sebab saya lebih suka kelihatan tenang berbanding ekstream dalam kemunculan buku Tuan Direktur dan Merantau Ke Deli di rak-rak buku ternama di bawah usaha PTS Litera sejak akhir-akhir ini.

Dan seperti kebanyakan buku Hamka yg lain, buku ini masih yg asli di tangan saya. Bahasanya tidak terusik. Tapi jujurnya saya bosan dengan kelembutan yg sama dihidangkan seperti buku-buku beliau yg lain. Saya ambil masa 2 minggu untuk sebuah buku nipis ini kerana saya berhenti terlalu banyak untuk membuang bosan membaca bahasa menangis itu. Maaf!

Bagaimanapun, tajuk Terusir itu sendiri telah mendokong watak Mariah dgn baik sedari awal cerita. Diusir dari kehidupan dan cinta. Merana dalam hidup dan bangkit dalam kesengsaraan. Sedih (meleret) seperti selalu.

Sehingga lah apabila akhirnya watak Wirja dan Neng Siti aka Mariah bertemu di rumah itu, mati dibunuhnya Wirja lantaran jiwa dan rahim masih kepada Sofyan, di situ lah klimaks yg akhirnya saya akui saya tak patut merasa bosan. Saya harus faham bagaimana Hamka menjalin watak-watak itu secara perlahan sehingga akhirnya bertemu dalam situasi penuh emosi seperti biasanya beliau lakukan. Dan seharusnya saya dan semua pembaca kena faham itu.

Lambat tapi pasti berkesan.
Displaying 1 - 30 of 304 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.