Nafeesa seorang gadis berusia 21 tahun suka buat kerja gila! Sewaktu cuti semester universiti, Nafeesa nekad terbang seorang diri ke Vancouver untuk bertemu dengan abangnya Najwan. Si abang yang sedang sibuk belajar telah mengamanahkan teman serumahnya Khalil, menemani Nafeesa.
Bersama Khalil, Nafeesa belajar banyak perkara baharu: tentang hidup, tentang cinta, tentang agama.
Khalil sangat sempurna di mata Nafeesa. Segak, tampan, bijak, berkerjaya dan berdaya intelek. Belum pernah Nafeesa bertemu dengan seseorang yang mampu mencabar daya pemikirannya. Pencinta tegar sastera Shakespeare ini malah sempat berdebat dengan sang arkitek!
Dan itulah titik tolak bagaimana Nafeesa akhirnya jatuh cinta kepada Khalil. A man who reads makes Nafeesa weak.
Tetapi mampukah Nafeesa menawan hati Khalil yang banyak rahsia? Dan apabila rahsia tersingkap, sanggupkah Nafeesa menerima Khalil seadanya?
“Will you see me differently, if you knew my past?”
Antara trauma dan cinta? Apa pilihan Khalil dan Nafeesa, akhirnya?
***
Nirrosette pandai bercerita sehinggakan pembaca terasa berada di Vancouver tanpa perlu beli tiket pesawat. Menelusuri Buah Hati Nafeesa bagai ‘menonton’ buku diiringi muzik; dan berbusana cantik. Teruslah bercerita yang indah-indah, Nirrosette! – Noor Suraya, Editor
Dilahirkan pada August 2011 (mengikut kalendar Jemari Seni)
Loves listening to sad and sappy love songs while writing. Obsessed with the scent of roses hence the chosen pen name.
Here's a list of my published work: 1. Ikhlas A.K (2011) 2. Nah, Untuk Awak (2012) 3. Tunggu Aira Di Kota Bandung (2013) 4. Gaun Pengantin Untuk Hannah dalam Antologi Kerana Dia Ratu Sehari (2014) 5. Ice dalam Rasa (2014) 6. Warkah Untuk Abah dalam Antologi Di Bawah Langit Tanah Pertiwi (2015) 7. Bos Aku Kerek bersama The Awesome Five (2018) 8. Emma X Hud (2018) 9. Love, Kaseh dalam Malam 1000 Bulan (2020) 10. Masquerade dalam Love, Perhaps (2021) 11. Love You A Latte dalam Hope (2021) 12. Rhymes of Reason (2021) 13. Puisi untuk Aira (2021) 14. Buah Hati Nafeesa (2022) 15. Ikhlas A.K! revamped (2023) 16. Prelude Cinta Kita (2023) 17. Ice & Ian (2025)
Happy reading and reviewing! Find me on IG: Nirrosette
Sejujurnya, ini kali pertama aku mengenali penulis Nirrosette. Terima kasih kepada rakan pembaca yang membuatkan aku tertarik untuk membeli dan membaca novel ini. Dah lama tak membaca novel Melayu dan terasa sungguh seronok ye. Dua hari je sudah tamat!
Terus kepada reviu tidak tersusun daripada aku 🙈
Nafeesa, atau Naf, seorang gadis yang pandai masak, suka mengembara, berdikari, tak tahu multi-task 😁 Perwatakan Naf yang paling aku suka adalah dia tahu apa yang dia mahukan dari sudut fesyen dan yang paling utama, mengenai soal bakal imam dalam hidupnya.
"I love to engage in meaningful conversations. He doesn't offer me that." 👍🏻
Khalil pula? Alahai, siapa saja yang mampu menolak Khalil? Kisah silamnya menjadikan Khalil tidak mudah melafazkan dan menerima cinta walau perasaan itu sudah tumbuh dalam dirinya. Aku suka bila penulis menjadikan Khalil sebagai satu watak yang tenang dan memerlukan masa dalam menentukan apa yang dia mahu juga berdamai dengan kisah silamnya. Sesungguhnya, semua itu perlu untuk melangkah ke dunia baru.
Selain daripada Naf dan Kahlil, watak sampingan juga terbaik. Papa dan Mama, Najwan, dan The Lit Gang 🥰 Gaya penulisan juga turut aku minati. Mudah je susunan ceritanya.
Cara Khalil confess his feeling to Naf sangat lah 🥰🥰🥰 Sis tersenyum sorang-sorang tau! Tidaklah banyak dialog atau babak manis comel sweet cuma apa yang ada sudah cukup buat rama-rama bukan setakat ada dalam perut Naf, malah dalam perut aku juga. Tumpang nervous tau 😆 Suka juga babak antara Naf dan Najwan. Kata-kata papa Naf sebelum dia berkahwin pun mampu buat sis 🥺
Secara keseluruhan, aku suka novel ini dan sangat syorkan buat mereka yang suka baca novel romantis dan santai. Konflik pun takdelah berat. Seronok membacanya. Terbuai perasaan. Gitu ~ ❤️
"It's okay. I signed up for this. I signed up for you." 🫠
But the push and pull between Nafeesa and Khalil seriously made me want to pull the roots of my hair out because ughhh.
I also love the relationship between Nafeesa and her family, and her friends. There is really no antagonist in this book which is nice and fresh to me.
cute, santai, plot yang tak berapa berat & an okay reading for me actually. Tapitulah ada part yang aku agak rasa ‘meh, seriously, weii?!’ & agak mendatar.
And aku rasa aku akan faham kalau Nafeesa jatuh cinta dengan Khalil 2.0 kalau dah pick up linenya macam tu sebabnya aku pun terblushing 🤭. Pastu bak kata Nafeesa ‘I love to engage in meaningful conversation’ tapi ini jumpa pun kadang-kadang & Khalil 1.0 pun tak banyak cakap tang mananya boleh jatuh cinta? maybe sebab Khalil tu handsome, solat 5 waktu, jaga batas antara lelaki & perempuan, bekerjaya & bonus point ada lesung pipit? okay girl, faham.
ohh.. aku suka bila dah masuk part 2 masing-masing cuba berubah menjadi muslim yang lebih baik, Nafeesa agak matang & Khalil yang belajar melepaskan hal yang lama 👍
"I love to engage in meaningful conversations. He doesn’t offer me that.”
Antara dialog yang aku suka sangat dan masih teringat-ingat walaupun sudah membaca naskhah ini sebulan yang lalu. Dialognya sangat relate dengan aku dan dari dialog ni juga, pembaca boleh nampak yang perwatakan Nafeesa ni diterjemahkan sebagai seorang gadis yang jelas dengan apa yang dia mahukan dalam hubungan. Dia mencari yang serasi dengannya walaupun kalau dia nak tutup mata sebelah pun, dia masih ada pilihan lain yang menanti.
Sejujurnya, ni antara naskhah yang aku memang nanti-nantikan selepas mengikuti 'cerita drafting Nafeesa' dari penulis. Tersenyum-senyum ya aku sepanjang membaca Hati Buat Nafeesa sebab gaya penulisannya yang aku dah biasa. Emosinya senada dengan jalan cerita. Seolah-olah menjadi ubat terhadap kerinduan dengan novel-novel Jemari Seni.
Selain dari ciptaan dialog, aku suka Buah Hati Nafeesa sebab tempo jalan cerita, tak laju sangat tak perlahan sangat. Just nice. Straightforward. Aku suka dengan watak Nafeesa ni bukan saja sebab dia tahu apa yang di nak, tapi dia seorang yang bold, selamba dan suka buat kerja gila. Suka buat kerja gila sehingga dia terpaksa belajar menangung kesan dengan cara yang sukar.
Khalil? Siapa je lah yang boleh tolak dengan seseorang seperti Khalil? Tidak sempurna tetapi punya kualiti cinta. Aku suka bila ada insiden yang menunjukkan khalil mengambil masa untuk clear dengan perasaan dia untuk elak dari buat keputusan yang salah.
Tema yang dibawa oleh penulis adalah cinta dan keluarga. Konflik yang ada disampaikan dengan cara yang tidak berat. Boleh rasa ada konflik yang sedang berlaku tetapi pembaca tak kan terasa intense. Bagi korang yang suka baca tentang cinta dan keluarga, santai-santai, Buah Hati Nafeesa ini, recommended! Tahniah Nirrosette. Teruskan berkarya!
apa benda cute gila cara confess???? arghhhh stress
Buah Hati Nafeesa is a really light read with minimal conflict. I like the way Nirrosette described everything in this book - from Nafeesa's outfits, her dishes, the scenery, wedding details. Nicely written supaya readers senang immerse in the story, and her descriptions are all clear, tak pening kepala bila baca banyak sangat details.
While reading other people's reviews, ramai yang tak berapa suka Khalil's sudden behaviour change after the three years? Personally, I'm not bothered by it sebab love can change people, and Nafeesa is a sunshine. Cumaaaaa, macam orang lain cakap, Nafeesa kata nak engage in a meaningful conversation. Tapi, takde pun conversations diorang ni yang deep sangat. Cakap je la yang awak tu sebenarnya tangkap cintan dengan orang tu, Nafeesa. Kalau Khalil tu baca kuat-kuat jadual rancangan TV kat surat khabar pun awak suka je kan dengar? Kalau dah tak suka tu, sembang pasal perang dunia kedua pun awak pandang sebelah mata jeeee.
Nafeesa ni gila², straight forward takde tapis² dan boleh kata menggelenyar juga la. 3 tahun yang lepas dia datang ke Vancouver untuk jumpa najwan selama 3 minggu. Dalam masa 3 minggu dia boleh terjatuh cinta pada khalil, housemate najwan. Terus dia bagitau pada khalil sebelum dia balik Malaysia. Disangkanya Khalil ada perasaan yang sama tapi Khalil terus menolak isi hati Nafeesa. Walaupun dah 3 tahun berlalu Nafeesa tak pernah lupa kan Khalil. Rupanya khalil ada menyimpan rahsia.
-----
At first aku tak suka perangai naf yang gila² ni. Sebab dia sangat straight forward macam aku pula yang rasa 2nd hand embarrassment tu bila dia cakap main lepas. Bayangkan dalam masa 3 minggu dia kenal Khalil, takde pun jumpa hari², nak kata selalu keluar sama² pun tak juga, nak kata ada really meaningful conversation pun jauh sekali tetiba dia suka and confess macam dia gila yakin khalil nak dekat dia sebab bila khalil reject dia, dia marah khalil. Part ni aku rasa cam lawak pun ada dengan perangai naf ni. Penulis berjaya menunjukkan yg dia memang tak matang. Lagipun hidup naf digambarkan macam mudah sangat nak dapat semua benda.
Lepas 3 tahun baru aku nampak la ada character development in naf. Dia mula berubah, dia mula matang. Tapi, benda yang aku tercari² dalam buku ni... Part mana yg khalil n naf ada meaningful conversation? Sebab basically Khalil cuma bagitau biodata hidup dia je.
Untuk character khalil, aku rasa dia ni macam perfect gila nak mati. Dia hensem ada lesung pipit, tinggi 1.8m idaman para waniteee, kaya, berkejaya, tinggal oversea ada harta semua kat sana, jaga agama, tak senang² nak ramah dgn perempuan, menjaga, hormat org tua, baik... Gila la. Perfect ya ampunnn. Dan benda pertama yang naf start suka kat khalil sebab dia hensem. Kalau character perfect sangat ni aku jadi turn off sikit.
Cuma part yang aku tak paham dengan khalil ni, dia cakap dia suka tapi dia macam tak tunjuk effort tiba² lepas 3 tahun dia bagi pick up line. Masa naf masuk hosp baru la dia nak call naf. Kalau naf x masuk hosp, sampai sudah gamaknya dia tak call. Dah tu kenapa macam bagi harapan berjela bagi pick up line bagai. Kalau aku jadi naf pun aku confuse.
Dia suruh naf berjanji naf akan tunggu dia tapi dia x bagitau pape selain tu. Kalau aku la.. payah juga aku nak berjanji macam ni. Sebab benda tak pasti, tergantung. Aku pun xtau nak janji apa. Tunggu sampai bila.
Tapi sebab naf tu naf kan, dah tangkap lentok baik punya, dia iyakan juga la.
Tu part yang aku tak suka pasal khalil ni. All his actions are too vague.
Penulisan dalam buku ni santai² je so terasa boleh connect with the dialogues.
Bagi aku kan.. buku ni takde sangat real problem to settle ke apa. Memang terlalu santai.
Sebab naf pernah cakap dia suka someone yg dia boleh ada meaningful conversation yet aku barely nampak dia ada meaningful conversation dengan khalil, so aku tercari² selain hensem dan kaya khalil, apa lagi yg buat dia suka khalil tapi tak jumpa maka aku bagi 3/5 ⭐ je. Haha
Oh aku lupa to add things yang aku suka pasal buku ni.. all the characters menjaga agama, tau batas. In fact, some characters digambarkan mula berubah dan mendalami agama. Part tu aku puji.
Mengisahkan seorang gadis muda yang berusia 22 tahun melawat abangnya, Najwan di luar negara dan terjatuh cinta pada housemate abangnya, Khalil. Tetapi Khalil ada kisah hitam dalam hidupnya yang membuatkan dia rasa dia tak layak untuk bercinta.
Aku suka watak semua orang dalam buku ini. Nafeesa yang sangat matang walaupun masih muda. Khalil yang sangaattttttttt green flag dan tak pernah langsung cuba untuk mengambil kesempatan terhadap Nafeesa walaupun age gap dorang agak besar, almost 10 years. Najwan yang sangat memahami adiknya sendiri.
Cerita ni sangat comel dan santai. Sesuai untuk bacaan ringan sebab tiada konflik yang berat sangat.
Excuse me, miss bookmark. I dont need u bcs I literally finished this in one seating. BHN is sooo good, i swear! 😭 if you’re looking for a light & heart-fluttering reading, do read this one. Highly recommended!
Buah Hati Nafeesa mengisahkan tentang Nafeesa seorang gadis yang aci redah dan suka buat kerja gila pergi melawat abangnya di Vancouver. Percutiannya ke Vancouver ditambah lagi seri dengan kehadiran Khalil, kawan serumah abangnya dalam hidupnya. Khalil terus menjadi cinta pertama Nafeesa.
Buah Hati Nafeesa ni merupakan satu pembacaan yang santai. Tak ada sakit kepala sangat dengan konflik-konflik yang barat. Jadi aku dapat habiskan pembacaan cepat sahaja.
Khalil is a green flag that every book girl out there needs in their life, tau? His love language toward Nafeesa tu is so adorable and buat my heart go kya kya gitu! Dia punya confession tu aku suka gila! Pleaselah, bakal suami saya buat macam tu, please!
Cuma, aku rasa the storyline is kinda draggy lah with Nafeesa punya work life in my opinion. Senang kata, terlampau fokus dekat Nafeesa je. Sebabnya baru setengah buku baru Khalil muncul balik because I was expecting more of Khalil. So, I don't feel any chemistry between them halfway through the book.
It is still an enjoyable read lah for me. Nafeesa punya fashion taste tu chef's kiss betul! I love it! Dia buat aku rasa macam nak berfesyen sambil dengar lagu Fashion Lady Gaga tau? Tunggu lagi beberapa tahunlah boleh ikut jejak langkah Nafeesa hihi!
Nafeesa yang awalnya sangat bold, naïve, peramah and suka sangat explore pasal banyak benda. Buat kerja gila pun salah satunya which is dia tiba-tiba datang ke Vancouver untuk melawat abangnya, Najwan.
Dan disitulah pertemuan antara Nafeesa dan Khalil. Khalil yang kelihatan pasif atau senang kata nampak pendiam itu seakan-akan mencuit hati Nafeesa. Sepanjang Nafeesa berada di sana, Khalil berjaya membuka kunci hati Nafeesa. Perasaan yang hadir itu buatkan Nafeesa terus memberitahu tentang isi hatinya pada Khalil.
Tapi mampukah Khalil balas rasa itu pada Nafeesa sedangkan banyak perkara dan rahsia yang masih belum diketahui? Adakah Nafeesa akan pergi sekiranya dia tahu kisah silam Khalil?
Siapa yang tak suka bila ada part dimana ml cuba untuk dapatkan cinta fl semula ecehh 🤣 And in this storyline, Nafeesa nampak like lady boss bila dia dah kerja 😩🤌🏻 saya suka saya suka!! Yk, zu dapat bayangkan yang Khalil tu hot and handsome tau! ❤️🔥
Comel comel pun storylinenya adalah juga a few part yang buatkan zu sedih 😭 tapi buku ni best! Yang suka second-chance romance 🫶🏼 this is for you!
'Tragedy is fun when you read it. But not as fun when you encounter it.'
'Your past is your rights. I don't need to know.'
'And I had to lose you too, to understand that I still want you in my life.'
________
Nafeesa muncul di tanah Vancouver -- tanpa amaran -- di hadapan rumah sewa abangnya Najwan. Tiga minggu berada di sana, Nafeesa bukan hanya meluangkan waktu dengan Najwan tetapi juga dengan Khalil, tuan rumah merangkap teman serumah abangnya.
Tempoh yang singkat itu namun telah membawa kepada perkenalan Nafeesa dengan Khalil, yang bukan sekadar perkenalan biasa, tetapi turut melibatkan perkenalan hati masing-masing. Khalil kenal dengan minat, tingkah, dan semangat dalam hidup Nafeesa; gadis itu kenal dengan keprihatinan -- tentang diri Khalil -- kenal dengan persaaman kecil yang mereka punya. Tapi barangkali Nafeesa tidak kenal semuanya -- meski rasa mereka mungkin serupa pada apa yang gadis itu dapat lihat -- kerana pada sudahnya luahan hatinya ditolak oleh Khalil begitu sahaja.
Tiga minggu yang berlaku membawa kesan kepada tiga tahun yang mendatang; kepada tanda tanya, kepada rahsia, kepada persoalan, dan akhirnya kepada jawapan -- jawapan hati mereka.
________
Buah Hati Nafeesa ialah sebuah buku yang cukup menarik hati penceritaannya. Garis masa utama yang berlaku dalam dua waktu; terasa kemas perlaksanaannya dan tidak mejadikan cerita meleret. Gaya penulisan yang tidak begitu formal tetapi tidak juga terlalu santai cukup buat fokus bacaan tidak terganggu. Naratifnya juga sangat terperinci; gaya penceritaan penulis sangat kemas dan lancar (impresi pertama yang bagus kepada pembaca seperti saya yang pertama kali membaca karya penulis).
Watak-watak di dalam buku ini juga sangat menyenangkan -- pastinya saya sangat sukakan perkembangan watak Nafeesa. Watak Khalil pula tak perlu cakaplah (penambahan baru dalam senarai fictional crush semestinya). Ditambah dengan hubungan adik-beradik antara Najwan dan Nafeesa, sangat siblings goals.
Meski buku ini tidaklah berat dalam konfliknya, tetapi pasti sahaja cukup untuk kacau emosi dari segi ingin tahu pembaca; ketegangan dalam interaksi dan diri watak-watak cukup hidup. Tapi terpaling saya emosi (yang baik) adalah pada perbualan Nafeesa dengan papa, pada akhir-akhir bab, situasi yang semestinya ramai anak perempuan akan lalui bila menginjak ke alam perkahwinan, menangis juga dibuatnya. Penulis juga bawakan input kerohanian dan tentang menjadi diri sendiri, pengajaran yang boleh buat refleksi harian semestinya.
Secara keseluruhan, buku ini ialah sebuah karya yang pada saya mudah untuk direkomendasi kepada banyak golongan pembaca. Cukup dengan kualiti penulisan yang sangat bagus.
Nafeesa, terbang ke Vancouver utk berjumpa abangnya iaitu Najwan. Di sana, Nafeesa berkenalan dgn Khalil. Khalil adalah tuan rumah merangkap teman serumah Najwan. Tujuan Nafeesa ke Vancouver utk menghabiskan cuti semester. Khalil membuatkan Nafeesa merasakan rama-rama berterbangan di dlm isi perutnya. Dan dia confess perasaan cintanya pd Khalil. Mana tak terjatuh suka, sikap gentleman Khalil mmg buat cair wei!
“Will you see me differently, if you knew my past?“
Penolakan Khalil yg hanya menganggap Nafeesa spt adik buat Nafeesa patah hati. Pulang semula ke Singapore dgn hati yg kecewa. Manakala Khalil yg mempunyai rahsia silam sukar utk memulakan sesuatu yg baru kerana masih dihantui kisah lama.
Tiga tahun berlalu…
Majlis pernikahan Najwan telah menemukan mereka kembali. Adakah perasaan Nafeesa pd Khalil masih sama? Tetapi tak semudah itu utk melupakan kekecewaan yg Khalil berikan pd Nafeesa.
BHN sebuah karya yg santai, tak terlalu berat. Highly recommend kalau korang sukakan bacaan yg tak berat. Karya penulis mmg tak pernah menghampakan. Tq Nir kerana mewujudkan karakter Nafeesa yg strong. Gelagat Nafeesa sgt mencuit hati. Nafeesa tahu apa kemahuan diri dan matang. Khalil pula sgt charming. I love dress code Nafeesa dlm BHN. Ada gaya tersendiri dan hanya Khalil yg teliti ttg semua itu.
Ini karya ke empat Nir yg aku baca. Suka gaya bahasa yg digunakan, tersusun. Tak tahulah kenapa Nafeesa pd pandangan aku adalah sama mcm penulis sendiri. Nafeesa adalah Nirrosette. Hehe…
Bila baca buku Nirrosette selalu rasa sedang mengembara, sebab latar belakang ceritanya pasti di Singapura. Padahal negara jiran dengan Malaysia je, tapi terasa jauh sebab perkembangan ekonomi dia tu sangat dahsyat ya 😂
And the feels, macam nostalgic sebab waktu sekolah menengah dulu baca buku 'Nah, Untuk Awak!' rasa macam ada butterfly in my stomach and this book too! I got that feeling, that feels bila you jumpa crush lama you. Hahhh, macam tulah rasanya!
Suka gila watak Nafeesa, penulis pandai olah character development seorang Nafeesa. From a young lady yang aci redah je kepada matured grown woman. And saya memang boleh related sungguh dengan Nafeesa, saya rasa macam Nafeesa is me. Dengan perangai loud-nya, over excited with everything and of course really love books! Suka lelaki yang suka buku 🤭
Khalil pulak, aduh! Mana nak cari lelaki macam Khalil ni? Dalam mimpi jelah atau angan-angan yang tak tahu bila akan terjadi. Cara Khalil confess tu memang chef kiss lah 🤌
Bahasa yang digunakan pun bahasa santai, masih sama macam dulu tapi kali ini saya rasa penulisan lebih matang. Plotnya pun mudah dan tak memeningkan, bacaan ringan yang memberi kesan.
I love how Khalil Imran said this to Nafeesa
'Why compliment me for doing the bare minimum?'
Yes, indeed I love when Nafeesa called him alim but he denied it when he just did solat fardhu.
Saya rasa benda ni paling bagi kesan pada saya, ramai sangat gelarkan seseorang tu alim sedangkan dia hanya melakukan kewajipan utama and that's the bare minimum of being a muslim. Sampai rasa solat fardhu tu macam diambil ringan sedangkan itu tanggungjawab kita semua. Bukan kira alim atau sebagainya.
Kisah orang patah hati yang nak cari hati dia balik. Kisah orang yang mahu belajar bercinta setelah bertahun patah hati.
Betul lah, penulis² JS memang buat pembaca rasa di awang-awangan. Saya doakan rumah penerbitan Manés Wordworks berjaya hasilkan banyak lagi karya santai macam ni. I just love it!
5💫
ps: this is the second book I read from penulis, and I never regret on buying it. Nostalgic!
For me cerita ni abit draggy but still boleh diterima. Ada part yang okay, ada part yang sebaliknya cumanya i tak berapa nak berkenan part Hifzhan confess tu astu Nafeesa macam eh? main tarik tali pulak astu dia pulak yang frust? Dia actually sedih hilang kawan or sebab tak terima Hifzhan? haha.
This was nice, I generally think I set up high standards for contemporary romance seeing that I read a bunch of them over these past 2 years. And when you read too much focusing on a singular genre, you can’t run away from cliche-ness. But what makes a book differ from other books within its circle? What makes you stay for the book when you can already predict the happy ever after ending? It’s the writing. It has always been the writing.
And I think that is what Buah Hati Nafeesa should have known for. I have had a hard time staying away from its narration. This is my first book from the author Nirrosette and Reading Buah Hati Nafeesa makes me want to go back and read all of her previous published works. None of the characters in this novel feels stoic and one-dimensional, Nirrosette crafted them well with personalities.
This book features sunshine heroin x hero yang tenang. Tak grumpy mana pun. I believe Khalil in this book is 29? 30? but he sure does act like his age. He’s the quiet and brooding type with a past he hasn’t fully come to peace with. I thought readers who prefer character-driven book would feel this book is lacking of depth, but I’m personally a plot-driven, I hate being in the character’s head overthinking unnecessarily things that could lead into repitition in narrative, so the amount of conflict just fits nicely for me.
Nafeesa... amboi, bags have-have ye semua. She’s likeable, sunshine but far from being annoying. Buah Hati Nafeesa also features the age-gap trope if you consider the 9 years age difference between Khalil and Nafeesa. Khalil also happened to be Najwan’s roommate in Vancouver and Najwan is Nafeesa’s brother.
Despite it being a ‘santai’ read following the lack of dramas added to the plot, I fall for the realisticness of the writing. I adore the mature conversation between all characters. I love that each times I read the banters between Nafeesa and Khalil, every single word flow naturally as in what they say to each other in the book would realistically happen in real life too. I’ve been smitten throughout my reading and Khalil’s replies always send me to dead, like literally, dead 🫠.
Save for Nafeesa’s love confession that happened too quickly when the book haven’t even reached the 70 pages mark, everything else is just nice to read and I’d highly, gratefully recommending you the book. It fits in the role of a perfect beach, summer read written in Malay language. Most of the conversations happened in English, and I don’t mind at all. There’s a time gap happening throughout the novel that somehow fitting into the plot and it was due to covid-19 pandemic, so you see, this is what I tell you about realistic story-telling.
I kinda wish the author could have develop a little more time and depth and wasn’t in a rush when Nafeesa was visiting her brother in Canada.
Okay bagi sesiapa yg suka cerita ke arah travel, selit fesyen sikit ataupun karakter yg 'likeable', kita boleh katakan buku ni ada semua yg awk nak.
𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐫𝐚𝐤𝐭𝐞𝐫 (*´▽`*)
♡ Boleh dikatakan semua karakter dlm cerita ini kita suka. Tak rasa nak bertumbuk sbb annoying/cringe. Perbualan mereka santai dan writing-style sangat kena dengan jiwa kita. Watak sampingan mcm Najwan (abg Nafeesa) & mak ayah Nafeesa bagi impak yg positif untuk meriahkan lagi jalan cerita.
♡ Kalau nak cerita dari sudut perkembangan karakter, kita rasa mcm biasa sahaja. Adalah sedikit perubahan dkt watak Nafeesa semasa dia diusia 20-an nak menginjak ke arah zaman 'adulthood'. Tapi tak ketara sgt. Tapi! Her fashion sense? Halamak, bijak lah author ni tackle bab fesyen tu. Creative approach! Kita yg tak gheti sgt berfesyen (takde dalam kamus *𝘀𝗼𝗯*) rasa mcm boleh je ikut step yg Nafeesa tampilkan ( ´ ▽ ` )ノ
♡ Khalil pula - okay mamat ni sejenis tenang cool tapi secretive. Kontras dengan Nafeesa, maybe sbb dia dah masuk 30-an. Tapi takpe, kita approved mamat arkitek ni hehe tapi untuk Najwan, kita rasa kalau dia takde dlm cerita ni, mungkin akan hambar sikit. Dia penyeri! Apa sahaja usikan, argument dia buat dkt Nafeesa, nampak kematangan dkt situ <3
Hifzhan pula mcm mana? Kita rasa cara dia handle apa yg jadi dkt dia sangat kedewasaan. Walaupun susah nak lepaskan, at least dia tahu apa yg terbaik untuk diri dia. He is really Kita suka jalan penceritaan mcm tu.
𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐢 𝐧𝐚𝐫𝐚𝐭𝐢𝐟 *𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐮𝐬 𝐦𝐨𝐝𝐞* (*´▽`*)
♡ Taktahu lah for org lain, tapi kita rasa appreciate sangat kalau seseorang penulis itu ada effort untuk provide 'informative value' dlm storyline dia. Of course dlm buku ni ada. 𝙏𝙗𝙝, 𝙩𝙝𝙚𝙧𝙚 𝙞𝙨 𝙖 𝙡𝙤𝙩 𝙤𝙛 𝙚𝙙𝙪𝙘𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙞𝙣𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙩𝙝𝙖𝙩 𝙄 𝙜𝙚𝙩 𝙞𝙣𝙨𝙞𝙙𝙚 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙗𝙤𝙤𝙠 𝙨𝙪𝙘𝙝 𝙖𝙨 𝙘𝙪𝙡𝙩𝙪𝙧𝙚, 𝙥𝙡𝙖𝙘𝙚, 𝙖𝙣𝙙 𝙛𝙤𝙤𝙙. Maybe nmpk remeh tapi you got plus points from me.
Cuma kita rasa untuk penambahbaikan, better lebihkan lagi mcm mana suasana/persekitaran Vancouverr. As a first timer to know about Vancour, the detailing are not really there. Baru akan rasa seakan travel. So far, I'm not fully immersed with the place.
♡ Untuk plot twist, 4/5, tetapi konflik yg Khalil kena hadapi tidak terperinci. Bagi kita, isu tu agak berat sebenarnya tetapi alangkah baiknya kalau kita dpt tahu cerita daripada sisi Khalil juga.
♡ Mungkin kita sorang sahaja rasa mcm ni tetapi kita rasa on-off development diantara Khalil dgn Nafeesa apabila masuk part yg kedua. . . Overall, jalan cerita dan konsep menarik! ヽ(◕◡◕❀ฺ )ノ
Alhamdulilah another book check off my list! I was really thrilled and excited when I found out that the character of this book is a Singaporean. Because based on my experience in reading Malay novels, all the characters are from Malaysia.
Okay enough about other books let's talk about Buah Hati Nafessa. If I'm being honest most of the time I really relate to Nafessa. Her personality yang 'selamba badak' and her fashion reminds me of myself.
But throughout the plot, I was hoping Nafessa will grow more mature and more 'tegas' in a way. Yang never back down and serik from love and keras hati.
Khalil on the other hand, I feel that there's more story of Khalil that left us (readers or myself) hanging. Macam cerita silam dia tergangtung and not much we know about him. His past especially.
For me, I was hoping that both character's punya background story tells us more about them, even as small as watak-watak sampingan seperti keluarga Nafessa and Khalil.
Both are empty not much is told that makes the plot for me macam there's a gap. Other than character, I was hoping for more romance berputik for Nafessa and Khalil to show us their loving relationship.
And abit of a spoiler (my bad) I berharap that both ended up staying in Singapore instead of migrating to another country but I understand that Khalil has his career there and it makes sense to move there.
As I mentioned earlier I was thrilled that both characters are Singaporean and was hoping that both choose to start their life back in Singapore. But again it makes more sense to move back to where Khalil started his career because that is where they first met.
Overall, this is my first time reading Nirrosette work. I am fully impressed. Never knew Nirrosette is a Singaporean! So I'm really looking forward to more of her work! Kudos sister! I am rooting for you!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sangat best. Bila da start baca terus susah nak letak. I love how the character developed daripada young easy going Nafeesa to more matured personality. Kesian dengan Hifzhan tapi dia pun tak fight bersungguh. Dah penulis karang watak Hifzhan gitu kita pun terima je la. 😀. Ini first novel Nirrosette yang saya baca sonlooking forward nak baca previous books and ofcourse future writing jugak. Tahniah writer
Suatu masa dulu pernah baca karya Nirrosette tajuk Ikhlas, AK dengan Nah, Untuk Awak. Tapi dengan Buah Hati Nafeesa (BHN), nampak sangat sisi kematangan penulisan.
Karya yang santai, mood sesuai sangat nak baca masa tengah tenang atau cuti-cuti Malaysia (perumpamaan saja ni haha). Cerita yang 'straight forward'. Dah pernah baca buku penulis, jadi tak pelik bila kebanyakan latar tempat di Singapura sebab penulis berasal dari sana.
Nafeesa pergi ke Kanada melawat abang, Najwan yang lama tak bersua muka. Najwan yang sedang belajar di tahun akhir terkejut bila adik kesayangan terpacak depan pintu rumah sewa seorang diri. Maka menetaplah Nafeesa 2-3 minggu di sana dan owner rumah juga pemastautin sana yang juga asal Singapura, Khalil, tawarkan diri untuk tinggal dengan kawan lain buat sementara.
Dalam masa singkat, si manis Nafeesa berusia 22 tahun ni jatuh suka dekat Khalil. Yalah Khalil ialah seorang lelaki yang memenuhi taste Nafeesa. Bukan sebab kerjaya, kemampuan kewangan atau rupa paras Khalil, tapi Khalil boleh dijadikan teman berbual yang educated. Senang cerita, apa saja topik yang mereka bualkan boleh bawa ke tahap perbincangan yang Nafeesa suka.
Tapi, Khalil ni ada kisah lama yang buat dia takut komitmen lagi-lagi nak pergi lebih jauh dengan melihat kepada usia muda Nafeesa. Selebihnya, sila baca.
Buku BHN macam JS, juga seperti prinsip penerbit Manes ni untuk lahirkan penulis berkualiti dan matang. Lagipula penulis a.k.a penerbit juga suatu ketika dulu lahir bawah JS. I like, sebab prinsip diorang bagus. Jadi tak perlu risau, tak ada babak kureng sesuai. Semua peringkat umur boleh baca.
Kisah Nafeesa-Khalil manis. Tak kurang juga Najwan-Dewi (isteri Najwan). Sangat seronok kalau kita dapat inspirasikan orang untuk perubahan lebih baik. Macam Khalil,walaupun dia dah lama menetap di negara bukan Islam, solat dan ibadah dia sentiasa terjaga. Nafeesa juga turut terkesan dengan Khalil , lama-lama imej tak bertudung diubah. Solat juga diusahakan untuk dijaga.
Hati dan perasaan tak dapat dipaksa. Bila Hifdzan luah dia suka Nafeesa, Nafeesa jujur saja yang dia tak dapat terima luahan tu. Dia tak rasa apa-apa macam mana 'spark' bila dengan Khalil. Hifdzan pun matang, bukan watak lelaki yang membentak-bentak bila perempuan tolak perasaan. Terluka, tapi dia terima.
Overall, good job to the writer and the publisher.
P/s: Bila makin tua ni, betullah tak perlu tengok rupa kacak sangat bila cari pasangan. Cukup yang sejuk mata sendiri memandang, lelaki tu memahami macam mana Nafeesa rasa pada Khalil sudah cukup. Rupa kacak itu bonus.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Bukan buku ni tak best, cuma terlalu santai (or maybe too perfect) untuk aku. Penulisan smooth with minimal errors, plot pun boleh tahan menarik, even sometimes flat and no thrill, because of no major conflict injected in it. Plot twist di awal cerita? Quite good if you ask me, sebab aku terkejut jugak lah sepuluh sen.
What's funny is that i even like H better than K, and i feel bad for him, because obviously he's being judged by the FL. Aku tau agama merupakan aspek penting dalam pemilihan bakal imam, namun setiap orang berhak diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri. Lagi pula, diri kita juga masih bertatih, perlu sentiasa disuluh jalan dan sukar untuk lari dari sesuatu yang dinamakan dosa.
Minus 1.5 ⭐ because besides the reasons as per stated above, aku rasa annoyed dengan perangai merenyam FL pada permulaan cerita, i know the author might want to potray the boldness, or perhaps how immature she was at that time, but still i can't digest it. And adalah sedikit cheesiness over dialogue between the main characters. Overall, a light and pleasant read!
4.5/5 🌟 kerana saya rasa target buku ni adalah untuk mereka yang berusia 18/19 tahun ke atas sampai umur 25 sebab gaya penulisan yang mudah faham & mudah bayang serta plot, konflik serta jalan cerita yang ringan.
Salah satu bahan bacaan yang sesuai dibaca untuk me'release stress' selepas novel Ikhlas, A.K! oleh penulis yang sama. Setakat ni kedua-dua novel saya suka sebab ada pengajaran untuk perempuan yang masih muda dalam lingkungan umur yang sama dalam novel untuk dipelajari 🥰
Tak sabar nak baca novel Nirrosette yang seterusnya 👍🏻✨
Ni first time aku baca karya nirrosette and i didin't expect much la sbb takut kuciwaaa. But it turns out soooo good?!?!? Maksudnya aku boleh go la dengan penulisan author ni. Very recommended untuk yg nak buang reading slump atau yg suka light reading 🤝🏻. Btw cara khalil confess dkt nafeesa ni haihhh aku suka betul laaaa!! I bet every bookworm will love that type of confession though 😚 kalau nk tau kena la bacaa.