Setiap dari kita pasti ada cerita yang kita simpan. Menjadi rahsia antara kita dan Tuhan. Sayangnya tiada rahsia yang mampu bertahan lama. Cepat atau lambat… akhirnya akan tiba jua pada insan yang tepat.
Dia kuburkan Cougar untuk mulakan hidup baharu tapi kisah silam masih terus mengejar dan mengganggu. Sama ada membunuh atau dibunuh, once and for all, titik penamat harus dinoktahkan.
Dan… si dia datang. Membawa seribu satu cerita.
Sesuatu berlaku menyebabkan haluan mereka bertemu.
Buat pertama kali, hati rasa tertawan. Jiwa terpana. Dia mula impikan bahagia.
Namun di saat syurga cuba digapai, neraka membuka pintunya. Dendam masa silam mula menjelma.
“I love you. Remember that, at least.” – Mejar Najmi Hariri
“Kisah silam kita terlalu membebankan hingga sukar untuk kita mencari bahagia.” – Auni Sofina
Mampukah hati yang terlerai bertaut semula? Apabila kita reda pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangkakan.
4.5*, kurang 0.5 sebab aku rasa tak cukup akan hal Jeff-Cougar tu.
Full review: 21/10/2015
Disebabkan aku meneliti tinta penulis dulu baru aku selak muka depan, jadi aku harus ucapkan -- muchas gracias Kak Dhiya! Terima kasih kerana masih berpegang pada prinsip yang sama. Ya, mungkin ada benarnya yang ‘hot-hot’ akan melariskan cerita [walau aku tak setuju dengan pendapat ni]. Tapi ya ampun, itu kah yang patut kita beri pada para pembaca?
Baik, berbalik pada isi cerita. Rasanya ramai yang dah tahu ini kisah abang Jimmy; abang kembar Afi dalam Jauh Kau Pergi. Jadi, rasanya dah tak perlu ulas bab kerja si Jimmy ni. Apa lagi pastinya sekapal dengan Kapten Rifqi ;P
Penting untuk membaca JKP sebenarnya sebab di sini baru kita tau apa yang membelenggu si Jimmy ni. Rahsianya tentang Cougar ‘bermain-main’ dalam TBK. Ditambah pula dengan kehadiran sang heroin keras; Auni Sofina [Auni], yang punya kaitan pula dengan kisah-kisah mereka di sekeliling Cougar.
Aku suka bila watak Jimmy dikembangkan sebenarnya. Baru tau dia rupanya pun acah-acah sweet juga ya. Boleh tahan ayat pancing hati ditaburkan, tapi yalah si Auni yang berhati batu tu payah betul nak dilembutkan. Namun, bila masing-masing sudah tahu isi hati... senang pula jodoh mereka diaturkan.
Tapi sayang, bila sejarah lama masing-masing terlalu menyakitkan. Kebetulan yang sangat pahit buat kedua-duanya. Seakan-akan tidak berpihak baik pada Jimmy mahupun Auni. Siapa sangka penantian Auni berakhir sia-sia. Si abang; Jeff yang dirindui telah mati dan paling memeritkan Jimmy adalah si dia bertanggungjawab akan kematian abang kandungnya. Pheww... *lap peluh di dahi*
Antara dendam dan cinta hati, agaknya apa pilihan yang tinggal buat Auni? Baca... sila baca, kerana di situ anda akan tau apa yang bakal terjadi.
Apa pun, aku perasan lebih banyak kisah cinta daripada thriller. Hmm, perasaan aku kot hahaha. Tapi apa pun, DZ masih di kelasnya tersendiri. Rasa tak puas bila dah sampai penghujung. Ishh... kena capai buku Kak Dhiya yang cover hitam menawan tu pula ahaksss ;))
•Jimmy diam memikirkan perkara itu. Mahu meminta Auni membawanya seolah-olah mengaku kepada wanita ini yang dia tidak boleh memandu bot. Huh, malu! Rosak imejnya kalau macam ini. Tetapi, demi si manis Auni Sofina, dia sanggup mengaku buta huruf sekalipun.•
•"Kalau aku bukan tentera... kalau aku peguam, doktor, petani atau tukang bawak bot ni sekalipun dan bukannya tentera... kau tetap akan benci aku? Masih melihat aku berdasarkan profesion yang aku sandang dan bukannya melihat aku sebagai "aku'. Seorang manusia biasa?"•
•Saya tak pernah minta balasan atas setiap apa yang saya lakukan, tuan. Saya ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Itu tanggungjawab saya tuan, dan saya tak akan sesekali memperjudikan tanggungjawab yang diamanahkan. Saya bukan nak berbangga atau mengungkit tapi selama ini saya serahkan seluruh hidup saya untuk ATM. Saya gadaikan nyawa saya untuk institusi ini, tuan. Saya tak pernah buat masalah.•
Aku tak tahu nak mulakan review ni macam mana terlalu banyakkkkk yang aku nak tulis ni. Pertama sekali, jalan cerita buku ni aku sukaaaa sangat dan bagi aku jalan cerita buku ini laju dan tak buat aku rasa bosan sikit pun. Mengisahkan tentang Jimmy @ Najmi Hariri iaitu kembar Afi. Buku ni mengisahkan tentang perjalanan kisah Jimmy selepas apa yang terjadi dalam ‘Jauh Kau Pergi’ dulu.
Untuk dipendekkan cerita, Jimmy ni pergi ke Pulau Langkawi dan disini la dia berjumpa dengan Auni Sofina yang ketika itu ditugaskan abang sepupunya, Shah untuk mengambil Jimmy di airport. Bayangkan la pertemuan pertama pun dia dah boleh bagitahu Jimmy straight to his face yang dia bencikan tentera.
Jadinya, kat Pulau ni la ada beberapa kejadia menimpa mereka dan dorang ni banyak menghabiskan masa bersama dan of course la terjatuh cinta. Walaupun Auni tak suka tentera, tapi Jimmy ni berjaya buka pintu hati Auni. Bila dah tahu sebab apa Auni ni benci tentera sejujurnya aku agak faham la sebab dia kehilangan orang paling dekat dengan dia. Kesian sebenarnya jalan hidup si Auni ni.
Dalam buku ini, part sweet banyak terjadi sebelum Auni dan Jimmy disatukan. Lepas mereka berkahwin, bertubi-tubi dugaan dan cabaran yang mereka kena tempuhi. Ada salah faham yang berlaku dan kebenaran yang tak menyenangkan terbongkar. Macam dalam buku sebelum ini juga, which is JKP, kawan-kawan Jimmy iaitu ; Eddie, Rif, Luqman dan Helmi pun ada muncul dalam beberapa babak-babak yang penting.
Buku Dhiya Zafira ni aku sangat suka sebab kita sebagai pembaca boleh rasa yang main character tu seorang askar. Sebab sebelum ni ada la beberapa buah buku yang aku beli dan baca dengan harapan boleh baca kisah yang berlandaskan askar (yang betul-betul buat kerja sebagai askar) tapi end up kecewa sebab buku-buku tersebut cuma hanya mention yang pekerjaan hero ni sebagai askar. Maknanya takde pun scene-scene action or scene hero berlawan or bergelut untuk tumpaskan penjenayah yang buat pembaca rasa yang hero tu betul-betul askar.
Dari segi perwatakan pula, Jimmy ni haih banyak kali la aku blushing part dia yang sangat suka menyakat si Auni 😆. Bukan main nakal ye dia bila dengan Auni. Tetapi paling aku suka dengan si Jimmy ni dia sangat penyabar. Sangat-sangat penyabar. Isteri keras kepala tambah pula dengan Afi yang Ya Allah aku tak tahu berapa banyak kali dia merajuk dengan Jimmy dalam ni sampai aku naik geram tau 😭 awak tu dah bersuami cik kak oii dah ada anak siap tapi sikap childish dia bila dengan abang dia pehh tak boleh buat main. Cuma ada kejadian sedih dalam buku ni yang menyebabkan Jimmy salah faham dan hilang sabar sampai beraku-kau dengan isterinya sendiri.
Seterusnya, Auni. Auni ni aku boleh describe as pemalu jugak la sebab banyak kali dia blushing especially bila part kawan-kawan Jimmy dan Jimmy sendiri menyakat dia 😆. Ada beberapa kejadian yang membuatkan Jimmy and his gang (dan juga kita as pembaca) salah faham dengan sikap Auni sampaikan satu tahap tu aku jadi bencikan Auni sebab tergamak dia buat macam tu dekat suami sendiri. Tapi bila kebenaran terbongkar, bila dah reveal kenapa dia sanggup buat macam tu baru lah aku faham dan rasa bersalah la jugak sebab benci kat watak dia ni . CUMA, Auni ni keras kepala sangat. Sampaikan si Jimmy pun surrender dengan dia 😆
Watak Rif pun boleh tahan nakal dalam ni. Kalau bercakap dengan si Afi memang dah tak tengok kiri kanan main bedal je.
Aku tak boleh bayang kalau watak Adli ni betul-betul wujud. Watak dia mengingatkan aku pada Jeb dalam movie Paskal. Bahaya betul bila bekas tentera yang terlatih mula berpaling tadah dan membelot sebab skill yang mereka ada ni bukan biasa-biasa.
Last but not least, Eddie. Aku belum baca Commando in Action (plannya nak baca lepas habis buku ni) tapi aku memang dah suka dengan watak dia yang rasional dan tak terburu-buru even dalam buku sebelum ni pun Eddie ada aura yang kuat yang membuatkan ianya mustahil bagi pembaca untuk tak jatuh suka dengan watak dia.
Siapa yang dah beli complete Commando series ni, aku sarankan korang ikut je cakap penulis mengenai urutan siri ini iaitu :
1. Jauh Kau Pergi 2. Cerita Tentang Kita 3. Commando in Action
Sebab bila korang baca JKP dulu then baca buku ni korang boleh nampak macam mana kebenaran tentang orang yang Auni tunggu selama ini rupanya ada di cerita kan juga dalam JKP. Dan kalau korang ingat part Jimmy cerita pada Afi tentang ‘mayat’ Jimmy tu, rupanya ada hubung kait dengan kisah ini dengan orang yang selama ini ditunggu Auni.
Aku sebenarnya bajet 150 m/s sehari tapi terhabis kan malam ni pulak sebab tak sabar nak tahu ending 🥹
"Okey..." Jimmy mematikan enjin bot. "Ready... Satu.." Auni terus terjun. Jimmy terpinga². Belum sempat dia mengira sampai 3 Auni sudah pun terjun terlebih dahulu. Salah cakap ke dia? Ataupun Auni yang tidak pandai mengira?
🤔🤔🤭🤭🤣🤣
First baca best jalan cerita. Susah nak put down. Korang kena try. Kisah Auni dan Jimmy ibarat cam jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Cam roller-coaster. F sendiri tak sangka Auni pun ala² komando yang tidak recognized.
Watak Afi dalam ni memang cengeng betul. Ada rasa annoying sekejap. Merajuk la..menangis la.. adooi. Masa bertekak dengan Auni di hospital pun, F rasa cam too much Afi dok tembak marah².
Semasa Auni tembak suami dia, F sendiri dah boleh agak dia ada plan. Come on la.. suami kot. Marah² pun mesti ada secebis rasa cinta sayang padanya nak² Jimmy seorang yang responsible, macho, smart and mystery.
Ohhhh.... Bila tau yang naskah ini adalah sequel kepada Jauh Kau Pergi, dan bila dapat tahu ada sambungan scene untuk Afi-Rifqi... dengan cekal hatinya aku memandu dari SJ ke SP dalam hujan lebat lepas balik opis. Semangat tul. Tentu HASANI bangga ngan customer dia yang sorang nih!
Ternyata gula yang dicatu dalam JKP.... dilambakkan dalam TBK.
Kalau dibandingkan dengan JKP, naskah sequel ini lebih teratur, lebih emosi, lebih teliti dan boleh luruh air mata dengan plot klimaknya....
Malang, aku tewas sekali lagi dengan plot gohead-gostan tersebut. Memandangkan ini naskah action-thriller, agak sukar aku nak meng-adapt-kan diri dengan teknik begini.
Seperti.... dijodohkan terserempak ngan Jaguar hitam di highway yang lengang. Baru nak 'floor the pedal' si Jaguar hitam membelok kat RnR. Teruja punya pasal, aku pun singgah gak. Tapi, bila semua RnR dia nak berenti.... baik x payah. Buang karan ja....
I was tempted to buy this because of the cover. Like seriously, so handsome what for??
This book sure gave me a ride of roller coaster of emotions.
Jimmy's character here is just... ugh *chefs kiss. He's cool, calm, man of few words, observant, protective. What else a woman could ask for?
Auni is okay, I suppose. Except for when she learned the truth about her brother. I get that she was upset, but what she did was somewhat irrational imo.
Afi... Sigh. Why so emotional? She's a mother of two fgs. But I cannot tolerate her behaviour sometimes. All her unnecessary drama, tears can walk out of the door now. LIKE RIGHT NOW.
Rif played his character as a good husband this round. I applaud him for that.
Can we all appreciate Eddie here? He's the MVP, hands down. Ugh, I cannot wait to read Commando in Action, I'm sure it'll be explosive 💥💥💥
Ternyata aku lebih sukakan TBK daripada Jauh Kau Pergi. Kisah Jimmy & Auni aku rase lagi best daripada Afi & Rif.huhu
Sejujurnya aku tak suka novel sequel.. Tapi aku boleh terima kalau novel sequel tu bukan menceritakan hero & heroin yang sama, & topik yang sama. Ibarat baca buku yang sama cuma ditambah 'rasa'. Serius. Aku paling tak boleh terima cerita camtu. Kalau sequelnya hero & heroin masih sama, tapi jalan cerita yang berbeza, aku masih boleh terima.
TBK adalah sequel kepada JKP. Tapi kisah yang berbeza, hero & heroin yang berbeza. Aku tersangat2 boleh terima.😄 ada tak yang macam aku?
Auni ni kiranya jenis perempuan yang ganas la. Kalau dah sampai boleh join geng2 'gelap' ni. Tak sangka. Ku fikirkan jenis yang brutal je.
Jimmy, aku suka dengan perwatakan dea. Sanggup melakukan apa je demi tanggungjawab.
Totally ceritanya sangat best. Seperti yang aku katakan dalam review JKP, novel2 DZ tak telan dek zaman. Jalan ceritanya masih mampu dihadam walaupon novel ni dah lama diterbitkan.
Ku harap dapatla cukupkan koleksi DZ ni. Sebab aku betul2 dah jatuh cinta dengan novel genre thriller ni😉
update sebab i baru beli the revamped version (also another update: tiber i dah beli semua komando series ni including the spin-offs hahahah tak tahan weh kena jugak baca and own semua): scene cute kat pulau tu yang i described bawah ni rupanya kena cut-off drpd the revamped version???? ganti dengan scene diorang gaduh pulak ish tak faham kenapa kak DZ cut. ok sekian. ---- 4.5 stars
Hasil daripada penangan Codename: Enigma semalam, I quickly drove to the library to get whatever Dhiya Zafira's book available. RATU cuma ada the Alaf21 version je and not the new Poreng Kertas one. Jadi la (Can someone tell me how much different is the old version with the revamped one? banyak ke penambahan? adakah i rugi kalau tak baca?)
My goodness, Jimmy. Sweet gila please???? I dok tersengih-sengih masa budak berdua ni dok tangkap cintan berdua. I suka jugak macam mana diorang ni still ada adab tatasusila and jaga kehormatan diri masing-masing. I suka scene yang stranded kat pulau tu masa bakar ayam, yang Auni tersedar that they were sitting quite close so dia cepat-cepat made some space between them, pastu Jimmy sedar apa yang Auni tengah buat so untuk hilangkan segan Auni, Jimmy bangun pergi ambik air. That's so cute.
Perangai Auni pun I suka. Degil nauzubillah, tapi she's a fighter, fully capable and she knows how to take care of herself.
Cuma, masa diorang ni dedua terluka tu, sebenarnya... I wish the hurt and angst was prolonged a bit more huhu (Ya, saya seorang sadist. I enjoy the pain). I tau Jimmy sayang sangat Auni, sebab tu dia boleh maafkan dengan cepat. Tapi, I yang tak puas hahahah.
Also, the interaction between the five stooges kurang sikit kat sini compared to dalam CSE. I really love their friendship.
selepas i habiskan buku ni in a day, dan memandangkan PPAS and PNM takde the rest DZ's action romance, I pun dengan rela hatinya pergi la membeli JKP and CIA di shopee haha. (borrowed NBF too semalam. Haq dengan Kief best jugak tak, anyone?)
You also need to know that everybody has a chapter they don't read out loud. . Tebal benar, lenguh tangan pegang. Akhirnya, habis sudah kisah Auni-Jimmy.
Best gilak! Walaupun tebal, tapi kisahnya fast paced. Awal-awal lagi Auni dah berjumpa dengan Jimmy, dan cinta sudah berputik. Sampaikan abang komando tiba-tiba jadi mat jiwang sebab suka kat Auni. Tapi nak sampai setengah buku barulah segala kebenaran terbongkar. Agak lambat, tapi okaylah.
Plot twist dia best! Rasanya boleh kata CTK ni sequel kepada JKP untuk kisah Jimmy dan Cougar. Dalam JKP tak beritahu secara terperinci tentang kisah Cougar walaupun pada pendapat saya watak Cougar tu antara main character dalam JKP. Mungkin sebab penulis memang nak cerita tentang kisah sebenar Cougar dalam CTK..?
Babak yang menutup kepada segala konflik utama dalam CTK ni, walaupun ringkas dan pendek tapi memuaskan. Tapi agak geram juga dengan kedegilan Auni.
Pada saya, rasanya CTK juga agak banyak 'screentime' Afi dan Rif, yang pada saya macam tak perlu. Sebab geram dengan Afi juga! Dia terlampau bergantung dan manja dengan Jimmy sedangkan dia perlu sedar hakikat dia sudah bersuami, Jimmy sudah beristeri, dan mereka sudah dewasa. Tapi, babak nak terjun cenuram tu, tu satu-satunya babak Afi yang saya ketawa dan rasa okay dengan kemunculan wataknya di dalam CTK.
Saya bersyukur sebab penulis wujudkan watak Shah dan Eddie dalam kisah Auni-Jimmy ni. Kalau tak, tak tahulah nak jadi apa. Yang seorang macam ni, yang seorang macam tu. Pening. Tak ingat pula Eddie setenang dan sepositif ini di dalam CIA?
CTK adalah kisah yang sangat menghiburkan; geram, sedih, cemas, tanda tanya, angau semua ada. Recommended!
Buku kedua karya Kak Dhiya Zafira yang aku baca dan buku ni jalan cerita dia agak berat sikit bagi aku.
Jimmy ni lain sikit perangai dia berbanding dengan Rif, Jimmy ni agak playful 😆 Auni pulak aduyai memang degil yang amat, kadang geram betul. Tapi yalah mungkin sbb apa yang terjadi, buatkan Auni jadi seorang yang agak keras dalam buat keputusan. 😅 Plotline cerita ni menarik jugak cumanya aku lagi suka relationship Rif dengan Afi (JKP) berbanding Jimmy dengan Auni 😌 Mungkin silap aku juga sebab baca buku ni terus lepas habis JKP, jadi aku tak dapat lari dari bandingkan dua-dua buku ni. 🤌 Tapi dua2 buku pun ada manis dia yang tersendiri. Kisah Jimmy dgn Auni, konflik mereka ni lagi 'heavy' daripada kisah Rif dan Afi. Huhu. Yang pasti, kalau geng2 komando ni dah berkumpul, aduyai memang lawak. Ada satu scene dalam buku ni yang buat aku terhibur ya dengan perangai geng2 komando ni 🤭
Ok, kena baca buku lain dulu, sebelum sambung Commando In Action so that aku tak terlalu bandingkan sangat dengan Commando Series yang lain 😌 #emptycanvashida
Seksa betul manusia bernama Jimmy ni ye. Berapa kali nak kena seksa? Berapa kali kau nak masuk hospital ni? Nyawa kau ada sembilan ke? HAHAHA
Afi ni agak semak bagi aku lah, tahu lah Jimmy tu sebahagian dari diri dia tapi tak payah la beria sangat boleh? Menempel je dengan laki kau yang hot itu. Jangan kacau laki Auni. Kesian, memang betul lah Auni tu bermadu dengan Afi. HAHAHA
Plan Auni tu memang gila, memang terserlah kegilaaan Auni dalam buku ni, karakter dia memang macam tu. Perrrhh
Macam biasalah aku memang suka monolog dalam buku ni. Aksi pun banyak, terbayang tengah chilling baca buku kat Langkawi hehe dan aku rasa paling comel bila bahasakan diri 'orang' bila cakap utagha ☺️
Skip ke buku kedua sbb dibah tinggalkan yg pertama kat kolej. Ni tak sabar nk dia balik 🤣
Untuk habiskan buku ni dalam waktu-waktu sibuk dengan kerja ni, makan masa agak panjang juga tpi disebabkan jalan cerita dan watak utama yg menarik, buku ni dapat dihabiskan dgn agak cepat. Buku ni ada effect page turner bagi aku. Bak kata dibah, aku sentiasa nak tahu apa jadi kat page seterusnya. Ada juga beberapa bahagian yg buat aku ulang semula bacaan sbb tak puas baca sekali hahaha pandai betul eh main dgn emosi aku. dengan aku sekali hentak kerusi, menangis baca buku ni hahah A solid 5⭐️
Auni menunggu kepulangan Jeffrey namun tidak kesampaian bila dia mengetahui sebenarnya Jeffrey sudah lama meninggal dunia .Lebih perit lagi Jeff mati dibunuh .Dan lebih menyakitkan hatinya lagi Jeff dibunuh oleh suaminya yg baru dikahwininya Mejar Nazmi aka Jimmy .
✨Cerita Tentang Kita by Dhiya Zafira✨ Cinta itu wujud dalam sebuah tindakan agung iaitu memaafkan. . 🌟5/5 CTK adalah buku kedua dalam siri komando karya DZ. Kesinambungan daripada JKP, CTK menceritakan tentang kisah Jimmy@Cougar selepas setahun penangkapan Tengku Azhar. Kembali menyambung tugasnya sebagai komando, Jimmy juga dalam proses untuk melupakan semua yang berlaku pada dirinya sebagai Cougar.Percutian ke Langkawi membawanya bertemu dengan Auni, gadis yang membenci tentera.
CTK membawa tema cinta, persahabatan dan kekeluargaan. Kali ini jalan cerita fokus pada kemunculan semula bekas pengikut Tengku Azhar yang mahu membalas dendam dan kewujudan Auni sebagai titik kelemahan yang mereka gunakan untuk menghancurkan Jimmy.
Kalau nak dibandingkan dengan JKP, CTK lebih menarik disebabkan konflik yang lebih berat berlaku antara Jimmy-Auni bila dendam menjadi penghalang hubungan mereka. Mereka berkahwin kerana saling mencintai tapi sayang, bahagia mereka singkat bila kebenaran tentang kematian abang Auni terbongkar.Siapa sangka, dalam garang dan kasar Auni, hatinya tewas pada Jimmy.
Babak aksi juga lebih banyak dalam CTK. Bukan saja ditulis untuk geng-geng komando Jimmy tapi melalui karakter Auni. Auni gadis kuat yang mampu berlawan dengan lelaki malah mahir menggunakan senjata.
Rasa sedih makin terasa bila cerita masuk ke bahagian Auni membalas dendam. Dekat bahagian ni saya tak pasti rasa kesian lebih kepada Jimmy atau Auni. Penulis banyak bermain emosi dengan cuba memberi justifikasi pada apa yang Jimmy buat pada Jeffry dan rancangan Auni pada Jimmy. Konfrontasi watak sampingan (Afi, Shah dan Eddie) dengan Auni dan Jimmy untuk memberi kesedaran pada tindakan mereka memberikan kepuasan bila membaca.Rasa macam nasihat yang mereka bagi tu ibarat pisau yang terus menikam hati Auni.
Lepas apa yang terjadi antara Jimmy dan Auni, benda yang paling susah untuk mereka berdua termasuk Afi dan sahabat yang lain buat adalah memaafkan.Hanya dengan kemaafan saja yang mampu untuk menarik mereka semua daripada terus terseksa. Dan saya pasti ini mesej utama yang cuba disampaikan dalam CTK.
Intro yang sangat berkesan. Penyampaian yang teratur dan teliti. Cerita yang menarik kerana pertama kali dapat insight mengenai hidup seorang komando. Najmi Hariri (Jimmy) adalah seorang komando yang sangat dihormati oleh orang bawahannya tapi digeruni oleh musuhnya. Semasa dia ditugaskan di Langkawi, atas alasan sedang bercuti rehat, dia berjumpa dengan Auni Sofina. Disitu kasihnya bertaut lalu mereka mendirikan rumahtangga. Dalam masa yang sama, Jimmy sedang dalam operasi mengumpul maklumat tentang kegiatan haram disana yang diketuai oleh Robert dan konco-konconya. Auni juga ada dihubung-kait dengan mereka kerana pembabitan abangnya, Jeffri suatu ketika dulu. Tapi sejak Jeffri menghilang, dia tidak lagi berkerja dengan mereka. Dalam meniti bahagia, Auni dapat tahu bahawa Jeffri telah meninggal dunia dan yang menguji hatinya ialah, Jimmy yang telah membunuh abangnya. Auni keliru dan bertindak untuk membalas dendam atas kematian abangnya. Jimmy ditembak dalam jarak dekat. Tapi Jimmy terselamat. Mereka berdua sangat menderita dan lebih menyakitkan adalah bila Auni keguguran. Masing-masing membawa haluan masing-masing kerana prasangka dan kecewa. Akhirnya, Jimmy bangkit dari kemelut deritanya dan pergi kepada Auni bila dapat tahu Auni telah kembali. Dia bawa Auni ke kuburan Jeffri dan mereka berjanji untuk hidup bersama kembali. Cerita yang berat dengan rasa bersalah dan dendam tapi diselang-selikan dengan rasa kasih-sayang antara keluarga. Harap penulis dapat bangkit dari masa hitamnya dan teruskan perjuangannya dalam dunia penulisan. Amin!
1. Kalau JKP pasal Rifqi, CTK pulak pasal Jimmy aka Najmi Hariri. Life dia selepas event JKP. And guess what? I love this book as much as I love JKP.
2. Jimmy sangat adorable! Suka perang mulut dengan Auni. Tak sangka abang Afi macam ni haha. Dalam JKP nampak cool je.
3. Aku tak suka satu je, Auni ni terlebih keras kepala, ego dan indenial. Ye tahu you've been through a lot, tapi bukan kau sorang. Jimmy pun suffered. This world is not revolved around you alone la derr.
4. Walaupun ramai tak suka Afi dalam CTK, tapi aku suka je 😂 aku suka perangai clingy dia dengan Jimmy. I get it, dia tak pernah kongsi abang dia dengan orang lain, literally stranger. Rif lain sebab dia memang bff Jimmy. Diorang memang rapat sejak kecik.
5. Aku suka Rif yang jadi supportive husband dalam ni, dia layankan je semua kerenah Afi 😆 and yeah don't forget Eddie, he's such a wonderful friend.
lolllll...aku tak tahu pulak yang buku ni ialah sekuel kepada Jauh Kau Pergi. hahaha...Dahlah JKP tu, aku tak beli lagi. .
Ni cerita tentang Jimmy aka Mejar Najmi Hariri dan Auni. .
Auni ni, dari dulu, dia benci tentera. Kerana abangnya, Jeff dianiayai oleh pihak tentera sehingga abangnya ditamatkan perkhidmatan. .
Lepas tu, Auni ni jumpa pulak dengan Jimmy. Dari awal lagi, Auni dah cakap terus terang yang dia benci tentera. Tapi Jimmy ni persistent je duk menyakat Auni, sehingga membuahkan cinta dalam diri masing-masing. Dan senang je, dorang kahwin. .
Isunya ialah bila Jeff yang selama ini Auni tunggu dan cari, rupanya telah mati dibunuh oleh Jimmy. Sejak tu, Auni seakan berdendam. Padahal pada masa yang sama, dia dilema. Antara abang dan suami, siapa yang patut dia pilih? .
Aku setuju dengan kata-kata Rif dan Afi. Memang confirm la, bila tahu berita tu, Auni akan marah. Akan sedih. Akan menjauhkan diri daripada Jimmy. Tapi lama-kelamaan, she will be okay bila dah dapat terima hakikat. Tapi tu la, Auni ni drastik sangat. .
Aku suka hubungan Auni dan Jimmy di awal cerita. Comel je dorang ni. Jimmy yang suka mengusik. Auni yang dalam marah, ada malu-malu dan suka. Lagipun Auni pandai bertumbuk bagai. Hebat. .
Tapi towards the end, aku sedikit rimas bila ada scene tarik tali antara Auni dan Jimmy. Tapi biasalah, adat suami isteri. Kejap merajuk, kejap memujuk. .
Oh ya, aku lagi suka kalau part Jeff tu diceritakan lagi. Entahlah kenapa, aku curious.
Ramai sudah tahu, TBK ni sambungan JKP...kalau dalam JKP, watak Jimmy (Mejar Najmi Hariri) hanya watak sampingan, tapi masih watak penting.. dan dalam TBK Jimmy diangkat sebagai watak utama.
Setelah setahun tumbangnya Tengku Azhar dan konco-konconya, Jimmy sekali lagi di beri tugas untuk mengumpul bukti-bukti kegiatan haram Robert, salah seorang orang kanan Tengku Azhar. Jimmy di hantar ke Langkawi dan menyamar sebagai pelancong yang bercuti untuk berehat kerana kecederaan.
Di Langkawi, Jimmy menginap di rumah rakannya Shah kerana semua challet milik keluarga Shah sudah penuh. Kehadirannya tidak disenangi Auni Sofina, adik sepupu Shah. Auni mendendami tentera.
Auni dan abangnya Jeff pernah menganggotai kumpulan Paul. Jeff tiba-tiba hilang tanpa khabar berita dan Auni mengambil keputusan untuk menarik diri dari kumpulan Paul. Auni sangat berharap dapat bertemu semula dengan Jeff. Jeff hilang bersama-sama wang hasil jualan dadah dan kerana itu, orang-orang Paul, diketuai Hadi sering mengganggu Auni untuk mendapatkan kembali wang tersebut.
Jimmy dan Auni membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun mereka berkenalan dalam jangka masa yang singkat. Kemudiannya, Auni mendapat tahu Jimmy mempunyai kaitan dengan kehilangan Jeff dan Auni nekad untuk membalas dendam.
Mula-mula beli buku second hand... Lepas tu sanggup beli buku baru sebab ceritanya besttttt...!!! Buku yang second hand tu bagi kat kakak.. hehh..
Cakap kat kakak, buku second hand tu beli dengan harga RM15.. Terkejut sungguh dia.. Dia kata sepatutnya harga tu separuh dari RM15 tu.. Sebab buku tu dah la patah tulang, mukasuratpun dah kepam.. Dia biasa beli buku second hand jugak tapi kualiti buku still macam baru..
p/s: Sebab tu novel yang aku letgo semuanya masih cantik.. Tak main la patah-patah tulang ni.. :p
"Everyone has secrets that they don't read out loud"
Jimmy dan Auni, masing² belum melepaskan kisah silam mereka. Pertemuan di Langkawi menyebabkan dua hati saling bertaut namun apa akan jadi sekiranya kisah silam tersepit antara cinta mereka?
CTK ni apa yang aku rasa dia lebih banyak pasal konflik, kisah silam dan action. Romance tu ada tapi buat cukup rasa gitu la tak macam JKP kot. Kot la sebab dah lama tempoh baca JKP tu HAHAHAA
Nak hug jimmy dgn Auni. Buku ni jadi best sbb author buat POV 3 so kita faham keadaan jimmy at the same time keadaan Auni juga. Tapi flow jalan cerita dia semua boleh expect but still enjoy.
Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan ini cerita tentang Jimmy dan lepas baca buku ni baru aku kenal siapa Cougar@Mejar Najmi Hariri (Jimmy) ni. Berjaya merungkai banyak persoalan yang aku dok fikir dalam kepala otak sebelum ni. Syabas Dhiya ! Akak suka dengan ending Jimmy yang dapat merasa bahagia juga akhirnya. Tak sangka komando Jimmy ni pun jiwang karat juga. Teruskan perjuanganmu dalam berkarya dengan tema Thriller abang komando ni ye. K.I.P.I.D.A.P D.U.N G.I.V.E.U.P.
Second book yang aku baru baca karya dhiya zafiraa . And i rated it 5/5 star yeayyy. Best best besttt tak mengecewakan langsung. And erm sorry rif, tiba tiba berpaling dekat jimmy pula HAHAHAHA sbb jimmy rambut ikat bun aku dah tak boleh lelaki rambut panjang ikat bun ni haih AHHAHAHA . Ouh minat juga dengan watak auni tak lemahh . Geram dgn auni senanya mula mula sib baik ada plot twist yg buatkan tak jdi geram AHHAHAH geram dkt jimmy pula . Yang penting best lahh. Beli time ada offer murahh betul. Ok la nak baca kisah eddie pula bye.
Yihaa!! Berjaya jugak habiskan bacaan di kala sibuk nak tutup akaun sekolah. Mana taknya, tersedar tengah malam nak ke pagi pun masih sempat lagi baca tau.
Auni yang ketegaq.. Afi yang kadang-kadang agak annoying.. geram betul kita baca tau.. boleh kata semua rasa ada.. haih laa, macam-macam hal tau depa ni! Nasiblah ada abang-abang komando yang mat jiwang ni walaupun bila tiba-tiba suruh nyanyi karaoke atas pentas, semua pakat nak tarik diri.. yang sorang dengar suara anak menangis la.. dua lagi sakit perut laa.. tapi demi brotherhood, diorang layan je.
Hmm.. tak sabar nak beli dan baca kisah luqman pulak! Kalau ada rezeki untuk cetakan yang seterusnya, harap boleh dibaiki la typo ejaan. Terima kasih tulis kisah aksi romantis ni kak dhiya. I'm lovin' it!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ohsem....itulah kata2 yg terlahir tatkala aku abiskan naskah Dhiya Zafira..suka sangat genre ni..harap sgt ramai lagi penulis yg akan menghasilkan karya dlm genre romantic thriller...teruskan berkarya...namun kadang2 aku berharap agar penulis melencongkan cerita agar heroin sekadar olok2 menembak si hero dan mereka mempunyai misi yang sama untuk menumpaskn geng Robert..
Suka sgt jimie - auni. Walaupun jalan ceritanya mcam tu, bg sara sgt sweet. Lepas hujan pasti muncul pelangi. Begitu juga kisah jimie-auni. Mereka ditakdirkan bersama. Geram? Tak geram pun dengan jimie ataupun auni. Lebih geram dgn Afi, Rif, Helmi dan Luqman. Hahaha...sebab suka2 aje tuduh auni camtu. Ed tetap tenang.
Rasanya suka lagi kut cerita Rif dengan Afi. Bukan tak suka Jimmy, tapi kisah cinta Jimmy dasyat sangat. Paling tak sangka si Auni tu, boleh dia buat macam tu kat Jimmy, itu suami dia kut. Kalau ya pun marah dan dendam, takkan sampai macam tu nak balas kat Jimmy. What past is a past. Lagipun, Jimmy bukan perfect. Itu pun baiknya Jimmy, still sayangkan Auni. Ish. Kecewa skit lar dengan tindakan Auni tu.
Karya puan penulis DZ senantiasa kena dihatiku. Tidak ramai penulis yang mampu mengetengahkkan genre sebegini . Chemistry diantara Jimmy & Auni memang ketara sangat . Permulaan perkenalan mereka yang sedikit sabanyak mengundang prasangka buruk bagi pihak Auni . Walaubagaimanapun semuanya berakhir dengan manis sekali . Tahniah DZ. Teruskan berkarya ...