Ira Yasmina telah diarahkan pergi ke Afrika atas tugasan membuat biografi sebuah syarikat permata.
Malangnya dia terpaksa berurusan dengan anak pemilik Ibriz Jewellery yang dingin, ego dan degil bernama Syed Suffi. Lebih teruk lagi, lelaki itu langsung tidak mahu memberi kerjasama.
“Encik Suffi, tolonglah beri kerjasama.” - Ira
“I’m not interested to get involved.” - Suffi
Hubungan yang pada mulanya penuh drama, akhirnya seperti ada sesuatu yang menyentuh hati tapi malu untuk diakui. Namun itu belum cukup kuat untuk melembutkan hati keras Suffi untuk pulang ke pangkuan keluarga.
“Saya akan tunggu awak balik.” - Ira
“Jangan tunggu. Saya takut awak hampa.” - Suffi.
Akhirnya Suffi pulang juga ke Malaysia. Dua hati yang terpisah dan pandai merindu dalam diam, kini mula berdendang. “I love you. Saya sayangkan awak.” - Suffi “Lambat-lambat nanti, saya nikah dengan orang lain aje.” - Ira “Dengan siapa pula? No! No! Tak boleh. Tunggu saya.” - Suffi Malah bukan itu saja. Suffi terpaksa berdepan dengan ‘penyebab’ dia menjadi orang terbuang. Bila mula melibatkan nyawa yang tersayang, Suffi tidak lagi berdiam. Lebih memeritkan, mereka terpaksa berpisah demi keselamatan Ira. Mampukah Suffi menamatkan segala sengketa yang menjadi punca dia terpaksa berkorban? Mampukah cinta mereka bertahan setelah diuji dengan perpisahan?
Before ni dah pernah baca penulisan Emmiyya (not sure why the author used two different spellings in her books? Masa guna emmiyah ni author tak habis fikir lagi kot?) through her free ebooks. Semua ebooks dia best gila. Which caused me to hunt for her other works.
Sahmura Cinta ni is her first published work, and I am not disappointed. This is well-written (though improvements on some parts can still be made). I suka cara author garap dan bina karakter-karakter dia. Semua relaks je, tenang, sopan, jenis tak over menggedik, tak menjerit-jerit, matang sepadan dengan umur. Sangat menenangkan hati. Suffi dengan Ira ni pun ada chemistry, so suka je baca part diorang dua ni.
I also like the whole diamonds and gems part. Best belajar benda baru, and seems like author did a lot of research on this industry. I rasa author is inspired by Habib Jewel eh? Sebab family tu pun ada 2 orang anak lelaki and 1 daughter, pastu si Mirzan Habib tu pun muka ada la cam pak arab sikit.
Okay, pertama sekali, tahniah kepada penulis for this debut. It's such a good achievement for a newbie. .
Alahaiiii...baca buku ni, takleh nak stop. Sebab aku suka chemistry Suffi dan Ira. Perfect! Bila dah (self-claimed) baca banyak buku, dan dah masuk usia late 20s, aku rasa, kadang-kadang, buku yang bagus tu tak perlukan plot dan cerita yang gempak. Kadang, yang aku perlukan cuma a simple love story with well-built chemistry. .
Ceritanya bila Ira terpaksa jadi bidan terjun untuk menjadi ghostwriter buku biografi untuk Ibriz Jewellery. Dah tu, anak kepada pemilik Ibriz, Syed Suffi ni pulak banyak cekadak. Suffi ni katanya bersembunyi di Afrika dan dah bertahun tak balik Malaysia. So, Ira pulak terpaksa ke Afrika untuk menemubual Suffi bila Suffi tak layan emel dan DM nya. .
Dan di Cape Town, segalanya bermula. Nampak je garang dan tegas, tapi Suffi ni penyayang. Dia rasa bersalah bila Ira yang seorang introvert, terpaksa keluar dari comfort zone nya, terpaksa menjadi peramah semata-mata nak menemubual Suffi. Dan Ira ni sendiri ada daya tarikannya. Dia takde la digambarkan cantik gila, tapi dia ada aura nya yang buatkan Suffi terpikat. .
Dan aku suka bila watak dalam ni matang. Ira dah 27. Suffi pulak 33 kot. Sesuai dengan umur, karakter pun matang. Bila bercinta pun, matang. Takdelah babak atau ayat cringe, tapi kita semua tahu, they are in love. alahaiii.. Dan bila ada masalah, tak gelabah ayam. Sama-sama cool je selesaikan. Sebab tu aku suka dorang ni. .
Cumaaa, yang aku kurang suka ialah, part lepas kahwin secoet sangat. Aku tak puas baca. hahhahaa. .
Oh ya, selain chemistry yang tip-top, cerita ni best bila dorang bercakap pasal permata aka Sahmura. Tu la point macam mana dorang boleh jatuh cinta. Suffi loves to talk about gems, and Ira loves to learn new things. Dan konflik yang menjadi punca Suffi bersembunyi tu la yang makin membuatkan mereka bertahan. .
So, kalau nak baca cerita yang manis, boleh la baca.
Aihhh, baca buku nie, buat kita blushing jer…🥰☺️ • 𝑺𝒂𝒉𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒃𝒚 • Rating: 🌟🌟🌟🌟.2 • Seorang penulis wanita terpaksa terbang ke Afrika untuk interview anak kepada pemilik syarikat permata. Permulaan perkenalan mereka tidaklah lancar mana. Si lelaki tak nak bekerjasama, si wanita tak mudah berputus asa…🤣 Bermula dengan interview, mereka mula mengenali antara satu sama lain. Mula jatuh cinta. Apabila si wanita itu pulang ke Malaysia, ada pula yang cuba untuk mencederakan dia…😨 Dan incident itu, berkait rapat dengan si lelaki di Afrika. Mampukah percintaan jarak jauh ini bertahan? Mampukah si lelaki melindungi si wanita dari terus diburu dan dicederakan? Nak tahu, of course lah kena baca buku nie…😍 • ML - Syed Suffi / Suffi Anak sulung kepada pemilik syarikat permata yang terkenal. Seorang yang tenang. Melarikan diri dan bersembunyi di Cape Town, Afrika kerana satu sebab. Sebabnya? Kenalah baca novel nie…😆 • “𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒄𝒖𝒎𝒂 𝒏𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌. 𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒄𝒖𝒎𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝒉𝒂𝒍𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂, 𝑰𝒓𝒂.” 𝑺𝒖𝒇𝒇𝒊 𝒕𝒐 𝑰𝒓𝒂. • Aihhh, dengan kita sekali yang cair…🫣🫠😍 • FL - Ira Yasmina / Ira Introvert. Breadwinner to her family, since her father passed away. Bekerja sebagai penulis di sebuah syarikat penerbitan. • Jalan cerita buku nie simple jer sebenarnya. Ada sedikit part thriller. Part thriller nie memang berkaitan kenapa ML melarikan diri ke Afrika. Konflik tak berat mana pun. • Paling kita suka, the way ML & FL jatuh cinta. Slow and steady. Mula2 bergaduh mulut. Lepas tue, mata bertentang mata. Pandangan bertaut. Then, mula rapat. Then, slowly ada perasaan sesama sendiri. Sedar2, dah bersayang2 dah ehhh?!! 🤣😍😂 Seriously, masa kita baca part mereka nie jatuh cinta, kita blushing tau. Macam boleh bayangkan the way mereka interact and falling in love…❤️💛💖 • Cuma, dalam buku nie, ML & FL sentiasa bersentuhan walaupun mereka berdua belum berkahwin. Which is, to some people, mungkin agak tak selesa bila baca buku nie. Personally, kita lebih prefer, adegan sentuh menyentuh nie, biarlah selepas berkahwin. Baru lebih manis giteww…🥰 • Dalam buku nie, as usual untuk mana2 buku romance, ada scene perpisahan sementara. Bagi kita, scene nie tak perlu ada pun takper. Lebih baik jika author panjangkan bahagian konflik antara ML dengan yang cuba untuk mencederakan FL. Rasanya, ini lebih baik untuk plot dan jalan cerita buku ini. Again, this is only my pendapat…😊 • Anyway, bila dah sebut tentang perpisahan sementara, kita geram sekejap dengan watak ibu FL. Alasan dia untuk nak cuba pisahkan pasangan kekasih nie, bagi kita tak jelas. Like, you know they love each other, and just because satu insiden yang hampir meragut nyawa FL, terus nak halang hubungan pasangan kekasih nie. I was like, ehh?!! 😒🙂↔️ Susah payah si ML cuba selamatkan FL, alih2 si ibu FL plak menjadi halangan. Like why? Like what the hell? 😡😓 Kejap nak suruh kahwin, kejap tak bagi kahwin plak. Adoii laaa…😤 • Penulisan author nie sedap dibaca. Cara author menulis watak orang kaya, watak T20, memang boleh rasa aura T20 tue. Dalam buku nie, tak sebut pun bawa handbag Chanel bagai. You just know that these people are rich. Dialog pun sedap jer dibaca…🥰 • Cover buku nie sangat cantik untuk kita. Ada beberapa kesalahan ejaan dan tatabahasa. Bagi kita, kesalahan ejaan dan tatabahasa nie boleh dielak, so karya kita nampak lebih berkualiti. Semoga author lebih berhati2 untuk karya akan datang. • Overall, kita suka buku nie…🥰 Boleh dikatakan kita tak sangka, kita akan suka dengan buku nie. Membuatkan kita terus rasa nak baca karya2 lain dari author nie. Apa2 pun, kita wish all the best untuk author for your next karya…👏🏻👍🏻
Apa yang berlaku pada Suffi hinggakan dia melarikan diri ke Africa? Tinggalkan tanah tumpah darah, tinggal harta dan keluarga sendiri? .
Ira Yasmina, bertugas di Ink Publication. Dia mendapat arahan untuk menyiapkan buku biografi milik Ibriz Jewellery. Nak atau taknak dia terpaksa atas permintaan Dato' Saleem, pemilik Ibriz Jewellery sendiri untuk Ira mencari dan menemubual anak sulungnya di Africa .
Suffi, insiden yang berlaku 6 tahun lalu menyebabkan dia meninggalkan bumi Malaysia. Hanya dirinya dan si pelaku yg mengetahui hal sebenar insiden tersebut. Demi kebaikan semua orang, dia berkorban. Di Africa dia terlibat dalam bidang pembuatan berlian .
Tugas yg cukup sukar buat Ira utk mendekati Suffi. Demi permintaan keluarga Dato' Saleem , Ira buat sehabis baik. Ditemani Mehran, adik Suffi mereka ke Africa .
Aku sukakan kisah ini, sedikit sebanyak aku mengetahui perihal berlian. Bagi aku ia satu ilmu yg jarang2 dipamerkan dalam mana2 naskah. Aku juga sukakan jalan ceritanya, cukup smooth. Watak2nya menjadikan jalan cerita ini bertambah menarik. Watak yg sangat matang. Bukan jenis watak bbnu😅 .
Kisah berada di tahap konflik pabila Dato Saleem serta isterinya terlibat dalam kemalangan yg merupakan satu jenayah terancang. Dato Saleem meninggal, manakala isterinya selamat. Dan itu permulaan detik hitam dalam keluarga Suffi. Ditambah, penculikkan Ira menjadikan keadaan bertambah parah. Siapa sebenarnya pelaku tersebut? Apa kaitan kejadian 6 tahun lalu dengan Suffi dan insiden yg berlaku kepada Dato' Saleem dan Ira?. Masa ni dada aku dah bergetar tak menentu. Pelakunya sungguh kejam. Menghukum orang yg tidak bersalah .
Tahniah buat penulis. Naskah yang cukup hebat bagi aku sebagai permulaan dlm bidang penulisan. Highly recommended utk mereka yg sukakan novel aksi romantik .
emmmmmmmmmm beli buku ni sbb before this dan baca sambungan buku ni kat ebook versi honeymoon edition but why honeymoon edition punya lagi best eh dari buku ni macam ada yang kurang dalam buku sahmura ini ? enjoy baca tapi kepuasan tu tak sampai emm, gaya penulisan dia bit off sikit tapi laras bahasa bagus. Tapiiiii kann seiously semua ebook kak em besttttt jujur sumpah esp yang sdg ongoing dalam wattpad skrg huhu. Thats why sy rasa kecewa sikit dgn buku sahmura napa macam x sampai yer feeling dia macam sy baca ebook dia semua tu. tapi buku sahmura sy suka part tentang ilmu berlian intan pertama semua tu. Its quite interesting to know it. sampai sy gugel k tempat tinggal sufi tu sampai tingk mao afrika semua cari cape town tu celah mana tapi memang cantik la bo kaap tu huhuhu hope one day dpt dtg sna jg cantik sungguhhhhhh. Pasni sy nak try jg baca another buku kak emm tajuk emmaline tu pulak. p/s jgn rsau kak emm dah jadi salah satu my fav writer tau walaupun sahmura tu sy ada dissapointing siiiiiiikit hahaa
Dah lama dah habis baca tapi baru sekarang mampu review. 🫠
Mengisahkan tentang Ira yang bekerja di sebuah syarikat penerbitan yang perlu ke Afrika selama 2 minggu demi meng-interview Suffi berkenaan sebuah syarikat permata. Jauh bebenor sampai kena terbang ke sana. Macam tak ada pakar permata lain kat Malaysia. 😆
Mula-mula banyak kali Suffi tolak setelah didesak dengan Ira. Lama-lama tu dia jadi lembut hati untuk terima di-interview. Bila banyak spend time together, lama-lama jadi jatuh hatilah mereka.
Konflik dia terjadi apabila 'punca' Suffi lari ke Afrika mula munculkan diri. Setelah lama berdiam diri, Suffi beranikan diri untuk melawan mereka.
Oh ya, penulis juga ada kongsikan beberapa ilmu mengenai permata/pembuatan/penghasilannya. Nampklah penulis ada buat kajian di situ. 👍🏼
Tapi sejujurnya, kita hampir DNF juga semasa baca novel ni. Tapi ku gagahkan juga untuk habiskan 🥹. Mungkin bukan teh cawan saya. Mungkin juga sebab saya tak dapat rasa kimia antara Ira dan Suffi. Mianhae. 😔👉🏼👈🏼
Untuk penulis baru Emmiyah, dia telah berjaya menambat pembaca seperti saya dengan memberi kelainan dalam naskhah pertamanya ini. Kisah Syed Suffi, seorang gemologist yang membawa diri ke Afrika selama enam tahun demi keselamatan keluarga tersayang walaupun dia rindu dengan mereka. Dato Saleem sarankan anaknya Mehran pergi ke Afrika bersama Ira Yasmina, wartawan dari Ink Publication dan interviu Suffi untuk buku biografi Ibriz Jewellery. Baru saja sampai di rumah Suffi, Mehran dan Ira sudah dipaksa balik Malaysia namun akhirnya Suffi akur demi daddynya dan juga Ibriz Jewellery. Dua minggu tinggal di Afrika, Suffi dan Ira saling punya perasaan namun sukar diungkap dengan kata-kata. Saya jatuh cinta dengan Syed Suffi. Memang agak cliche cerita hero yang kacak dan ada harta serta kedudukan boleh jatuh cinta dengan Ira Yasmina, orang biasa yang masih ada tanggung jawab menjaga adiknya, Ira Ameena dan umi mereka, Puan Radziah. Plot yang mencemaskan bila Ira hampir mati kerana dikunci dalam boot kereta oleh Izdan yang berdendam dengan Suffi. Saya kecewa kerana rumah dan kerja Suffi di Afrika terus hilang dari radar. Uncle Shaz dan Izdan ada tali persaudaraan dengan keluarga Suffi atau sekadar pemegang saham Ibriz Jewellery pun tidak dijelaskan. Keseluruhan jalan cerita yang ada jiwa dengan gaya bahasa yang mudah faham. Cuma banyak ejaan yang salah, kena ulang baca ayat tu baru faham. Begitu juga umur Ameena kan 21 tapi Ira bilang Suffi 26 tahun. Semoga penulis dapat pertingkatkan dan mantapkan lagi segala kekurangan untuk novel yang akan datang.
Best sgt...kisah cinta berputik dalam masa 2 minggu sgt indah dan memikat..suffi dan ira sgt mempersonakan,manis dan matang tak perlu ada sweet talker,mujuk memujuk dan tarik tali... ..tahniah penulis..