Jump to ratings and reviews
Rate this book

Amukan Manusia Ciptaan: Projek Athena 3

Rate this book
"Jangan kalah dengan diri kau, Athena!"

Setelah misi menyelamatkan isteri presiden yang diculik menemui kegagalan, negara Erudayn gempar pula dengan berita pembunuhan presiden dan serangan android pengganas. Rentetan tragedi itu membuatkan Athena merasakan kewujudannya sebagai manusia ciptaan adalah penyebab utama.

"Kau hanyalah manusia ciptaan yang mengecewakan!”

Keadaan semakin genting apabila Athena tiba-tiba bertukar menjadi makhluk bengis yang tidak mampu dikawal. Orang-orang yang dia ingin lindungi kini menjauhinya. Bahkan, pasukan inteligen khas merancang untuk menangkapnya. Athena semakin tersepit; benarkah dia seorang pelindung, atau sebenarnya raksasa?

Emily yang sering muncul dalam mimpinya buat Athena sedar bahawa pertempuran kali ini bukan hanya tentang mengalahkan kejahatan luaran, tetapi melawan musuh dalaman yang tersembunyi – dendam dalam diri manusia, dan ketakutan dalam diri sendiri!

491 pages, Paperback

Published February 24, 2022

Loading...
Loading...

About the author

Syeraho

7 books68 followers
Penulis novel trilogi Projek Athena.

Editor fiksyen dan pereka letak buku. Suka berkongsi tips-tips penulisan di Youtube dalam channel Syeraho.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (48%)
4 stars
19 (38%)
3 stars
6 (12%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
June 13, 2022
Bacaan Bebas Spoiler

Bacaan akan menjadi pengalaman yang paling berharga apabila yang membaca turut sama merasai sakit dan gembira. Mudah nak kata, ini adala buku yang aku tunggu dari Syeraho semenjak kali pertama "follow" instagram beliau. Syeraho, YOU DID IT, and I am super proud of you!

Honestly, tak banyak aku nak komen dari segi penulisan dan pengembangan karakter, aku nak cerita about plot ajer. Syeraho nailed it to the max, sampai dalam satu buku ini sahaja, aku menangis lebih dari tiga kali. Hence, let me tell you why you should pick up this book as your next read:

1. Penulisan yang baik itu boleh datang dalam pelbagai bentuk, ada yang kerana penjanaan plot yang hebat ataupun karakter yang kita boleh kaitkan dengan diri kita dan pelbagai lagi. Kekuatan sebenar AMC adalah di bahagian pengembangan karakter, which also drive the plot very well. Manusia ni special tau, in every decision yang dia buat, it actually generated by their past experience, it is exciting actually, bagaimana Syeraho boleh compromise sejarah lampau setiap karakter dalam buku ini untuk mencorak siapa karakter itu sekarang. (Patutlah tebal, eheheh).

2. Isu kesihatan mental yang berjaya diulas dengan penuh hati-hati oleh Syeraho. Seperti yang kita tahu, dua watak utama dalam buku ini adalah Athena dan Natalya. Athena adalah seorang neo-manusia yang dibuat khas untuk menjadi senjata, pemahaman Athena tentang emosi juga berada ditahap yang rendah. Di dalam buku ini kita dapat lihat bagaimana Athena struggle dengan apa yang dirasainya, bagi aku, Syeraho telah membentuk Athena sebagai seorang yang baru, amat jauh ya Athena di Projek Athena 1 dengan di AMC. Sampai apa yang sepatutnya aku menangis masa di PA1, aku menangis disini. Sedih tentang kematian Dr Aria was delayed till now!

Seterusnya kita dapat explore sisi emosi dari sudut perspektif Natalya sebagai kawan baik Athena. Semenjak baca PA1 dan PA2 aku faham Natalya (chewah begitu) sebagai seorang yang bersendiri. Lahir dalam keluarga mafia telah membuatkan Natalya seorang yang hati batu, tetapi dalam AMC, kita akan teroka yang sebenarnya batu-batu begitu rupanya Natalya juga seorang manusia, yang mungkin ada dalam diri kita. Interesting, sejak dari awal lagi aku memang rasa Natalya ni interesting dan aku tak salah. Terima kasih kerana menulis watak Natalya dengan baik sekali (walau aku sebenarnya cringe gila babak romantik tu, tapi, it was a hell of a ride - sikit lempar buku, but they deserve to be together - awkward laugh dibelakang).

Karakter-karakter sokongan yang lain juga tidak ditulis dengan membuta tuli, semua berkait and at the end aku faham kenapa karater tu berperangai sedemikian. Banyak sebenarnya babak yang aku tidak jangka aku akan menangis, its good actually, because I love story yang pandai menabrak hati ditempat yang sepatutnya.

3. Gelojak emosi yang wow. Apa yang lebih hebat dari jangkaan yang anda bakal menangis pada buku ini adalah kenyataan yang anda sebenarnya akan menangis pada lembaran yang tidak dijangka. Plot teratur dengan baik, I feel so immersed with the plot sebab babak aksi sudah wow, macam membaca buku Takdir 1/ menonton Anime Bleach all over again, karakter development on track, kita tinggal baca, nikmati dan teladani sahaja buku ini.

Lain-lain:

1. Perubahan terbesar buku AMC ini dengan PA1 adalah bagaimana Syeraho really take time untuk develop every characters, she nourished it sampailah characters ini seperti hidup, have their own kind of battle, physically and mentally semuanya disajikan dalam novel ini.

2. Babak aksi yang tidak berkurang hebatnya, thumbs up for this, Syeraho dan babak aksi sukar berpisah.

3. Adalah dinasihatkan sekiranya anda ingin membaca AMC, lebih baik baca Projek Athena 1 dan Projek Athena 2 dahulu untuk keep in track.

Saya rekomenkan buku ini kepada yang suka babak aksi, saifai dan juga yang ingin lari dari realiti dengan ber emosi kerana emosi itu mengingatkan kita yang kita juga hanyalah manusia.


Akhir kalam, what a joyful emotional ride, satu naskhah yang terbaik dan terhebat dari Syeraho!

description Literally Athena & Natalya at the back, love that scene, nice touch! :D

Pautan lain:

Projek Athena Manusia Ciptaan by Syeraho Amukan Manusia Ciptaan Projek Athena 3 by Syeraho
19 reviews3 followers
March 20, 2022
Aku terserempak dengan buku ini sewaktu pesta buku alternatif baru-baru ini di KL. Aku tertarik dengan cover buku ini mulanya. Kemudian melihat penulisnya Syeraho, aku berasa deja vu sekejap, rupanya aku pernah jumpa nama penulis ni sewaktu browse buku-buku lain di laman web Iman Publication. Tapi aku tak penah baca buku Syeraho sebelum ini. Maka aku beli satu, untuk dalami gaya penulisannya dan cerita yang ingin dijualnya.

Jangkaan aku sewaktu beli novel ini ialah ia berkenaan hard sci-fi melihatnya cover-nya. Aku bilang satu peperangan besar di antara pasukan android yang dihantar menyerang bumi, dan karektor-karektor akan berkembang seiring perjalanan perang tersebut. Jangkaan aku meleset. Ia berkisar cubaan merampas kuasa oleh pakatan Asmodeus/Ezekiel/Irene/Jane ke atas pemerintahan negara Erudayn, dan usaha pertahanan oleh Inteligen Khas (macam pertahanan negara inilah). Latar dia simple, android ada senjata api, laser, pisau, etc, neo-manusia (manusia yang dicipta dari templat DNA orang lain). Penekanan utama penulis bukanlah aspek saintifik, tapi psikologi watak utama iaitu Athena dan bagaimana karektor ini berjaya melawan pemikiran negative overthinking dia pada akhir cerita.

Secara umum, bahasa yang digunakan dalam buku ini teratur, penggunaan kata, tatabahasa, ejaannya, seperti telah disunting oleh penyunting yang benar-benar buat kerjalah. Bahasanya juga tidak terlalu sastera dan mudah difahami pula. Lima bintang dari lima untuk bahasa.

Tentang jalan cerita pula, mudah difahami. Plotnya linear, dan ada sikit-sikit selit cerita latar watak. Cuma aku agak muak sikit bila bahagian-bahagian pertarungan terlalu panjang. Maka aku langkau sehingga ke keputusan sahaja (sepertimana yang aku lakukan untuk Nirnama karya Hilal Asyraf) dan pungut mana bahagian penting sahaja. Selain itu, keputusan pertarungan dia aku boleh agaklah, of course yang baik (Athena/ Natalya/ Joseph/ Inteligen khas) akan menang . Penulis banyak guna trump card, tapi secara peribadi aku lebih gemar jika penulis guna Chekov's gun atau plot coupon (yang mana elemen plot itu diterangkan dahulu awal-awal kemudian digunakan oleh watak sebagai 'coupon' untuk dia menang pertarungan).

Selain itu, aku fikir penulis bolehlah pendekkan sikit bahagian-bahagian di mana watak terlalu fikir melalut. Tapi aku faham, mungkin kerana kisah ini juga berkenaan watak yang jenis overthinking dan bagaimana dia bertarung dengan sikap ini, maka aku bertahan sajalah.

Jujurnya, aku tak adalah rasa bonded sangat dengan watak utama dia, iaitu Athena. Mungkin sebab watak ini dah awal-awal lagi kuat (macam Nirnama, sorry aku banyak banding dengan Nirnama sebab aku baca novel ini dahulu), jadi bila tak ada perjalanan zero-to-hero tu, susah sikit nak rasa bonded. Pada akulah, zero-to-hero part should not be dumped in flashback or prequel. Baru aku rasa seronok nak ikut kisah dan bonded dengan watak dia. Akhirnya aku terpaksa habiskan novel ini sebab dah terbeli.

Plot ceritanya juga meski linear, ia terlalu banyak. Aku jadi pening. Sekejap kat pusat pertahanan, sekejap dekat hospital, sekejap dekat residensi (tak penat ke? dah la watak cedera dari pertarungan sebelumnya). Transisi plot pantas. Apa aku boleh cadangkan ialah penulis boleh pendekkan kisah ini sebenarnya. Fokus pada satu pertarungan besar sahaja, contohnya serangan ke atas pusat pertahanan Erudayn. Contohnya, bahagian serangan ke atas pusat pertahanan itu aku rasa boleh dijadikan satu buku, jika ditambahkan kedalaman cerita, macam mana Athena selesaikan masalah etc menggunakan elemen-elemen dalam pusat pertahanan itu sendiri ke, etc. Cuba tengok kisah-kisah thriller macam Panic Room. Cerita dia cuma dalam rumah tu saja, tapi macam-macam cara dia buat untuk menumpaskan penjenayah. Lagi satu contoh yang paling dekat dengan kita filem Bukit Kepong. kan kisah dia pasal pertahankan balai polis dari serangan komunis? Tengok macam mana watak-watak survive dalam cerita tu? Thriller kan? Barulah mendebarkan.

Kesimpulannya, bahasa bagus, plot biasa-biasa saja, dan android dan neo-manusia (unsur futuristik) agak biasa pada aku. Secara keseluruhan, overthinking Athena ini 'berjaya dirawat' dengan pujukan Natalya saja (at least itulah yang aku dapat simpulkan, aku tak taulah penulis setuju ke tak). Jadi aku rasa tak stronglah solution dia.

Tiga bintang aku berikan. Aku rasa penulis boleh tambahbaik lagi story telling dia. Aku tunggu untuk melihat karya-karya penulis yang seterusnya.
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
August 16, 2022
487 muka surat ok novel ni. Tapi tak terasa pun. Tiba-tiba la dah habissss.

Novel ni special sebab ada nama saya kat bahagian penghargaan. 🤭 Haha tahniah Syeraho atas penghasilan novel ini. Banyak sangat penambah baikkan dari dua novel Projek Athena sebelum ini. Elemen emosinya dibawa dengan baik berbanding sebelum ini. Apa yang pasti dari novel pertama hingga yang ini, dapat nampak kesungguhan penulis membuat research sebelum menerangkan dengan detail di dalam novel beliau.

Selain itu usaha penulis mempelbagaikan perkataan bahasa melayu yang tak biasa dijumpa juga menarik perhatian saya.

Kalau awak belum baca Projek Athena 1 & 2 jangan risau, anda takkan menghadapi masalah untuk mengikuti jalan cerita dalam novel ini. Penulis pandai menyusun dan menerangkannya.

Membebaskan diri dari ketakutan. Melawan ketakutan diri sendiri kerana akhirnya musuh utama terbesar diri kita adalah ketakutan yang menjalar kuat dalam diri. Saya kira ini mesej utama yang penulis cuba bawakan. Sebab tulah dapat tengok dalam novel ini banyak monolog. Merasionalkan apa yang sedang dirasa dan difikir. Memujuk diri sendiri. Mengajak diri sendiri bersangka baik dan percaya pada harapan.

Membaca novel ini umpama memasuki hati & fikiran Athena. Masuk ke dalam watak yang mengalami kemurungan. Ini antara elemen terhebat dari novel ini. Mengangkat tentang kesihatan emosi dan mental. Perlahan-lahan kita dapat memahami bagaimana perjuangan mereka setiap hari. Atau terkadang berada dalam kasut Natalya. Bagaimana merespon, mendekati, memberi sokongan kepada kawan atau keluarga yang diuji kemurungan.

Siapa sangka novel aksi tetapi begitu banyak refleksi untuk diri.

Untuk kita semua yang setiap hari berdepan dengan ketakutan demi ketakutan. Moga novel ini memberi inspirasi.
15 reviews
April 9, 2022
Natalya berpeluk tubuh. "Buatlah apa yang kau fikir terbaik untuk diri kau, bukan sebab orang lain atau sebab aku beritahu kau betul atau salah."

Inilah mesej paling penting dari keseluruhan cerita, dari buku satu hingga tiga. Kita hanya mampu buat yang terbaik untuk diri kita sendiri. dan yang benar-benar boleh mengadili betul atau salah hanyalah Tuhan.
Profile Image for Auni Zainal.
Author 6 books118 followers
September 15, 2022
Satu perkara yang saya selalu kagum dengan penulis ialah, kemampuannya untuk menulis mengikut disiplin 'story arc' dan terus setia dengannya dari awal sampai habis. Jadi, plot cerita ni memang kemas. Bila baca, kita akan rasa mood cerita menaik dengan konsisten sampai klimaks, ibarat menonton sebuah filem. Dalam cerita ni, watak utama, Athena, melalui fasa-fasa depresi, maka digambarkan Athena selalu tidak ada motivasi dan berada pada kedudukan paling rendah mentally (TW: suicidal). Bila watak Athena tu dibuat begitu, mungkin ia jadi isu bila pembaca terpaksa bergantung pada plot untuk betul-betul 'push' watak utama untuk bergerak. Jadi, pada 1/3 pembacaan, pembacaan agak perlahan sebab watak utama masih terbelenggu dalam fasa sama sedangkan plot semakin menaik. Mujur ada mimpi-mimpi yang menyelamatkan cerita dengan teka-teki, dan itulah yang menjadi hook untuk meneruskan pembacaan. Buku ni korang kena baca sampai habis, sebab mula daripada separuh buku sampai hujung, babak perlawanan dia macam epik gila sampai kita yang baca pun siap terikut-ikut. Banyak bunyi keluar dari mulut masa baca babak lawan tu. Siap suruh Athena mengelak lagi haha.

Dan meskipun Athena ada character growth yang lengkap pada akhir cerita, saya rasa watak yang paling berjaya dalam character growth ialah Zeus - mungkin sebab struggle dan motivation Zeus nampak jelas dari awal cerita, jadi perjalanan Zeus untuk growth tu seimbang dan sama banyak dari awal sampai akhir. Athena mempunyai struggle yang lebih kompleks dan lambat nampak, tapi dia juga berjaya mencari diri dia pada akhir cerita. Tapi serius, bab lawan hujung-hujung tu buat meremang.

Dan Natalya dan Joseph? Helo? Last-last tu korang berdua kenapa? Rasa nak tampar penulis kerana cringe haha tapi kuhadapinya juga asalkan mereka berdua menemui penamat yang bahagia. Cerita ni berjaya menutup keseluruhan siri Projek Athena dengan lengkap. Athena akhirnya berjaya temui sesuatu yang dicari sejak buku no 1. Jauh perjalanan dia, so I'm truly happy for her. Dan penulisan Syeraho dalam buku 3 ada banyak improvement daripada buku-buku sebelum. So, tahniah Syeraho and keep improving!
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 10 books56 followers
November 29, 2022
Amukan Manusia Ciptaan, mengisahkan pergolakan jiwa neo-manusia bernama Athena. Selain diasak dengan memori pemilik asal, Athena juga bergelut dengan pemikiran-pemikirannya sendiri. Pemikiran yang terbentuk daripada kata-kata orang sekeliling tentang ciptaaan dirinya sebagai neo-manusia.

Konflik perasaan dan pemikiran Athena ditulis dengan baik. Melihat kepada senarai rujukan di helaian akhir buku, saya percaya, penulis telah menyerap segala kefahaman tentang penyakit berkait mental illness. Yang mana, cara penulis menaikkan konflik emosi Athena, memang menggunakan simptom dan keadaan pesakit sebenar (kebetulan, saya baru selesai membaca Gila, oleh Hanna Alkaf. Tentang mental illness juga).

Penulis tidak berkongsi 'isi' atau fakta tentang penyakit mental illness ini dengan ayat berbentuk penerangan sebagaimana buku bukan fiksyen. Sebaliknya berjaya membawa fakta penyakit dalam bentuk fiksyen dengan pembentukan dialog, monolog dan keadaan diri watak, dengan baik.

Tidak dinafikan, ada banyak pengulangan monolog Athena yang memaparkan konflik dalamannya. Tetapi, pengulangan jenis ini adalah pengulangan bertujuan. Secara peribadi, saya dapat menghayati jiwa Athena dengan mendalam melalui pengulangan sebegini. Realitinya, memang ini yang berlaku kepada mereka yang menghidap mental illness. Pemikiran dan tujahan kata-kata daripada suara asing, juga suara dari dalam diri, sering menghantui penghidapnya. Berulang. Sukar dibuang!

Jika kita benar-benar ingin menghayati dan mahu memahami keadaan penghidap mental illness, memang buku ini amat sesuai dibaca. Ia buku fiksyen yang sangat berjaya mengocak emosi dan 'mengganggu jiwa', malah memanipulasi pemikiran sehingga kita hilang diri dan melalui dimensi watak.

Saya ambil masa hampir tiga bulan menyudahkan bacaan. Buku ini terpaksa dibaca perlahan kerana ia benar-benar memberi kesan mendalam. Saya tak boleh membaca secara berterusan bagi mengelakkan diserang 'rasa seorang Athena'. Silap haribulan, saya boleh kemurungan dan berkeadaan 'sakit' sebagaimana yang dirasai oleh watak Athena. Dan, ia amat menyakitkan.

Amukan Manusia Ciptaan ini juga berjaya membawa babak pertarungan dengan baik. Boleh terbayang pergerakan watak-wataknya ketika bertarung. Latar tempat juga digambarkan dengan bersahaja seiring babak pertarungan dan konflik diri.

Bila jiwa terganggu, penulis seimbangkan dengan kata-kata motivasi yang mampu menghidupkan kembali jiwa.

Jika anda seorang pembaca yang mudah masuk ke dalam jiwa watak, sediakan mental dan jiwa jika ingin membacanya. Dan, bacalah secara berfasa demi merasainya tanpa menghilangkan diri kita sendiri.
Profile Image for Hyeyeongie.
187 reviews19 followers
March 30, 2022
“Raksasa yang sebenar ialah mereka yang membuang sifat kemanusiaannya”

💡 Agaknya kalau manusia-robot wujud, dunia akan lebih aman atau lebih sengsara?

Kandungan bonus: amaran pencetus, peta, senarai lagu dalam Spotify

Penulisan buku ni aku harus puji, cantik pengolahan ayatnya. Terutamanya babak pertempuran. Cukup sengit. Kalian boleh bayangkan satu persatu aksi/ lagak karakter tersebut!

Walaupun buku ini jilid ke-3, aku tak rasa sukar untuk faham apa yang berlaku di dalam dunia Projek Athena ni. Kudos Iman Publication, niat nak jadikan buku ini secara alternatif “standalone” mmg berhasil. Sgt memudahkan pembaca spt aku yg baru nak kenal Athena ☺️

Aku kira buku ni di bawah genre SaiFai dgn adanya ciptaan neo-manusia namun terselit juga unsur kemanusiaan di dalam buku ini. Penulis byk menitikberatkan unsur psikologi watak, jadi perkembangan karakter tu mmg jelas. Walaupun begitu, konflik dalaman Athena ni kerap diulang menjadikan plot suspen boleh dijangka

Selain itu, elemen SaiFai agak kurang, sayang sekali penulis tak “meneroka” sepenuhnya teknologi Athena dan kerajaan Erudayn (mungkin utk buku ini shj) ni

Plot cerita simple-jelas hitam & putih, mana baik mana jahat. Jadi kalau dititikberatkan unsur SaiFai tu, mesti lagi umph!😆

By the way, Natayla & Joseph ni comel betul! Dari awal lagi aku mmg “ship” diorang 🤣✊🏻

⚠️ Ulasan selanjutnya mungkin ada spoiler jadi tolong skip kalau tak berminat!
1. Babak lawan Athena-Natayla menentang Jane tu dirasakan seperti “fillers”, terlampau panjang sampai lima bab 😵 memang intense tapi terlalu meleret sehingga membosankan. Sedangkan pada ketika itu, pembaca boleh diberi gambaran tentang latar tempat/ masyarakat yang berlalu di luar babak itu. Contohnya apa yang terjadi di Pusat Pertahanan atau bagaimana Inteligen Khas ditawan
2. Mod amuk Athena hilang suspen di saat genting kerana sejak dari awal lagi sudah dedahkan. Pembaca dah boleh agak perkaitannya tanpa Jeneral Nicholas jumpa data tersebut. Athena seolah-olah tidak terlalu terkejut dengan perubahan dirinya. Instead of menjadikan mod itu sbg konflik plot, Athena masih tenggelam dalam keresahan jiwa - sedangkan amukan ni dah tertera pada tajuk buku
3. Zeus merupakan watak yg menarik bagi aku. Dia juga boleh dijadikan batu loncatan untuk penulis tulis tentang kesedaran jiwa ni. Jadi kalau babak Zeus dgn orang tua tu dipanjangkan sedikit, nice juga.
4. Watak Asmodeus & Pulau Fayen agak disia-siakan. Mungkin penulis ada hasrat utk sambung novella?


Terima kasih @imanshoppe_official atas pemberian buku ni sbg pertukaran resensi jujur!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Azril Noor.
319 reviews5 followers
May 23, 2023
Penutup bagi trilogi Projek Athena. Buku kali ini membawa tema yang lebih berat - depression, anxiety dan juga suicidal thoughts (ada Amaran Pencetus!). Berbeza dengan buku pertama dan kedua, plot bergerak agak perlahan, sedikit mendatar di pertengahan. Tapi jangan risau, plot membawa kepada sesuatu yang lebih epik seterusnya hingga ke pengakhiran. Babak aksi diolah dengan sangat baik. Aku rasa boleh terus dibaca tanpa baca buku pertama dan kedua, sebab awalan buku ada diselitkan sedikit.
Profile Image for Harizharz.
23 reviews
January 10, 2023
In summary, this 3rd book tells the story of the adventure of Athena and her friends facing the attack of the enemy, Ezekiel. This time the enemy used a different approach than before in making their plan successful.

Various problems arose after the previous incident. One by one events come to test them until the bond of friendship between Athena, Natalya and Joseph begins to falter.

There are truths and secrets that are beginning to be revealed. All the hidden hearts will be expressed which will open the eyes of other people. How does the end of all the stories and sorrows experienced by each character? Seriously, you should read it to find out the answer.
"The truth actually hurts, but it also sets us free."

Honestly and personally, I really like the 3rd book and the whole story of this trilogy. When reading, it felt like continuing the reading, but it began to stop and find it difficult to read when entered the heart and feelings part. But I also managed to finish reading it. There are several things that I got at the end of the reading but the most highlighted is that revenge obscures us from seeing the truth. We just let the grudge dominate us which eventually leads to the wrong path.

What I like about the book this time is as usual her writing which seems more mature and more interesting than before. Neat arrangement of stories. Then the action scene is full of amazing and thrilling. It cannot be denied that every action is well written. So much so that I have to read it one by one to appreciate it. It can be said that this time many action scenes were shown from the beginning to the final fight. It seen can be used as a guide for me to write action scenes in my writing.

For characters, apart from Athena, I feel that Natalya's character is the next character that I started to be interested in. At the beginning of her character's introduction, I thought she was just an ordinary character, but in this book, her character is more prominent with another side of herself shown. As for Joseph, I don't know what to say to him. Yes, I'm a little disappointed with him.

Finally, the topic related to mental health in this appeals again to the main character herself, Athena. The difficulty she faced in understanding her emotional and mental state. Voices that often appear in the head that whisper negative words. Something I can relate to in my life. I'm glad she made it through.
Profile Image for Han.
55 reviews1 follower
May 6, 2022
Menarik di permulaan, agak mendatar di tengah (mungkin sebab predictable) dan kembali menarik di akhir. Jalan ceritanya agak tipikal dan boleh diagak. Namun, buku ini masih seronok untuk dibaca. Suka mesej buku ni iaitu tentang menerima dan memaafkan diri sendiri.

"Manusia selalu takut dengan apa yg mereka tidak tahu dan tidak ramai yg mahu mencari kebenaran di sebalik ketidaktahuan."

"Tapi kebenaran juga membebaskan.."

"... Ia membebaskan kita daripada terus mempercayai pegangan yg selama inj kita genggam kuat-kuat dalam diri. Kita memaafkan diri kita, lalu kita bebas."

Syabas kepada penulis sebab berjaya menamatkan trilogi ini dgn baik :)
Profile Image for Sha Mohamed.
2,555 reviews1 follower
December 28, 2022
Lama masa yang diperlukan untuk menghabiskan bacaan kerana buku ketiga ini lebih beremosi dan membawa kita menyelusuri perasaan Athena, Natalya dan juga Joseph.. Ketiga-tiga watak ini saing berperang dengan diri mereka.. Bagaimana ketakutan manusia itu cuba melindungi diri dari terluka namun ketakutan itu juga mencederakan diri manusia..
Profile Image for ✨ sufina ✨ (thebadassreader).
194 reviews48 followers
July 13, 2023
❝ – #BookReview: Amukan Manusia Ciptaan oleh Syeraho

✫ Sebuah cerita scifi dalam bahasa melayu? YES!

✫ Tentang Athena, manusia ciptaan untuk melahirkan bangsa baru (neo-manusia) yang mempunyai kelebihan luar biasa. Namun, projek ini sebenarnya sebuah konspirasi untuk mencipta senjata bio bagi mencetuskan peperangan.

✫ Amukan Manusia Ciptaan sebenarnya ialah Projek Athena 3, penutup kepada trilogi Projek Athena. Tapi, saya sangat kagum dengan Syeraho sebab macam mana saya boleh baca buku ketiga ni sebagai standalone? Tak ada masalah langsung. Semua di 'recap' secara natural dalam jalan cerita.

✫ Dalam buku ketiga ini, Athena melalui fasa krisis hidup di mana dia merasakan kewujudannya adalah punca musibah walaupun dia memilih untuk jadi baik.

✫ Untuk penggemar buku fiksi aksi dan sci-fi, saya sangat menyarankan trilogi Projek Athena ni. Plot yang kemas, character arc yang jelas dan mesej kemanusiaan yang menarik.

My rating: 3.75 ⭐️

Boleh dapatkan buku ini di @imanshoppe.official 💗
Displaying 1 - 13 of 13 reviews