Mungkin sebab aku peminat let the story flow dan penulisan penulisnya, mungkin aku akan sedikit bias dalam review kali ini.
Benar pembacaan mengambil masa yang agak lama kerana perjalanan seorang Nawal tidak mudah tapi intipati dalam karya ini sangat memberi kesan kepada aku. Ini bermakna, sebagai manusia, meski kita sudahpun meletak objektif kita yang satu itu, Allah pasti akan membuatkan kita bergerak dengan jalan yang bersimpang-siur, dan kenyataan itu ada dalam cerita Nawal yang satu ini.
Antara cabaran seorang Nawal adalah berkenaan jodoh, sahabat, pencarian kakak dan anak buahnya, keadaan keluarga yang agak rumit dan pekerjaan di luar negara mengundang beberapa perkara yang Islamicphobia. Suprisingly, aku indulge so much dengan jalan cerita ini, seperti membaca karya Aishah Madadiy sebelumnya, pelbagai teladan yang rumit untuk dirungkai tapi sekiranya kita pernah mengalaminya kita pasti akan faham perasaan itu.
Pertama sekali yang aku suka adalah root seorang Nawal, dia tahu dimana meletakkan nilai diri dia dan berusaha memahami keadaan Deen dia. Bak kata dalam buku La Tahzan : Yang hilang pasti akan berganti, yang patah pasti akan tumbuh semula. Sehingga yang patah tumbuh menyimpan dan menyaksikan bagaimana Nawal, yang sudah bersemadi dengan fikrah nya sendiri menempuh hidup di dalam dunia yang serba fana ini.
Nawal digambarkan adalah seorang wanita yang tabah dan kuat, sebagai seorang wanita dia juga tidak terlepas dengan emosi, di waktu yang lain dia terkadang blurr dengan keadaan sekeliling kerana mindanya yang sering berputar membuatkan dia lambat menjejak ke alam realiti (lol, sebab maybe aku ada kawan begini, but still she's a great person).
Kedua, sahabat-sahabat Nawal seperti Shalin dan Amshah, meski ada beberapa ketidak sefahaman antara mereka, friendship masih sama, kekadang aku keliru kenapa Nawal tidak menjauhkan diri dari Amshah dan Shalin setelah apa yang Amshah lakukan, lama aku fikir mungkin kerana mereka sudah lama berkawan, pertanyaan seperti "Aku nak jadikan kau isteri boleh?" sudah tidak valid kerana deep dalam sanubari Nawal dia tahu bukan lelaki seperti Amshah yang dia ingin jadikan suami. Some relationship just better stay be friend.
Ketiga, ya si Ali, dalam buku AM kali ini, bertan-tan semut yang datang sebab sweet sangat. Masa mereka kahwin tu memang aku nangis sebab terharu, selepas apa yang Nawal lalui, dengan si EX lagi yang tak sedar diri sudah berkahwin tapi masih mengejar si Nawal, pencarian keluarganya yang penuh pancaroba, that marriage, is JUST IN TIME.
Keempat, London-Terrorist-militan-Syria, satiap dari perkataan ini kita boleh belajar realiti yang perlu kita hadapi. Honestly, aku suka fikrah yang dibawa oleh AM dalam bukunya. Menjadi muslim bukan bermakna kita lemah, tapi menambah kekuatan yang sedia ada di jalan yang benar. Draggy mana pun buku ini tapi sedar atau tidak begitulah kehidupan manusia, dia tidak lurus malah bersimpang-siur penuh pancaroba.
Sungguh, sekali lagi buku AM banyak mengundang aku untuk berfikir tentang banyak perkara, maruah seorang wanita di sisi Islam dan keteguhan hati seorang wanita yang bersandarkan sepenuhnya pengharapan kepada Allah.
Satu buku yang boleh dibaca berulang kali!