Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nasuha

Rate this book
Semuanya hanya bermula dari sebuah kesilapan. Apabila Fahd tersalah anggap Ally Nasuha sebagai lelaki. Dengan pemakaian Ally, tak hairan orang boleh tersilap anggap dia lelaki.

"Apa nama kau?"

"Ally."

"Ali?"

Tapi parahnya bila Ally mengaku dia perempuan pun, Fahd tak percaya. Malah boleh pula Fahd ajak berkawan. Padahal awal-awal Fahd dah mengaku dia sebenarnya ada panic attack kalau duduk dekat-dekat dengan perempuan.

Macam-macam cara Ally jelaskan dekat Fahd yang dia sebenarnya perempuan. Tapi Fahd tetap tak percaya. Malah boleh ceramah lagi.

Identiti sebenar Ally terbongkar tepat waktu mereka betul-betul sudah rapat. Fahd tidak percaya. Menyangka dia ditipu. Ally pula bersungguh meyakinkan dia sudah pun beritahu Fahd hal sebenar tapi Fahd yang tak percaya.

"Okay! Ini semua salah aku! Salah aku sebab start sayang kau! Salah aku sebab anggap kau sahabat aku! Salah aku sebab percayakan kau! Semua salah aku! Kau tak salah!"

Persahabatan mereka ranap. Ally sangat kecewa. Namun dengan sebab ini, dia berubah menjadi muslimah lebih baik. Belajar dari Umairah, tunang Fahd sendiri. Mereka bersahabat tanpa sengaja. Dan menjadi akrab. Sedang Ally tak sedar, dia sudah jatuh hati pada Fahd - tunang sahabatnya sendiri.

Tidak semena-mena, Umairah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan. Selepas dia mengetahui sebenarnya Fahd juga punya seorang perempuan dalam hatinya.

"Saya belum bodoh untuk kahwin dengan lelaki yang sayangkan sahabat saya sendiri, Nasuha. Lagi bodoh.. Saya kena bantu dia untuk lupakan awak. Saya tak rasa saya mampu buat semua itu."

Ally terngadah. Diselubungi serba salah. Merasakan ini semua salahnya.

Lantas, dia membuat rancangan gila bersama adik Fahd.

"Kita satukan balik Abang Fahd dan Kak Mai.. Nak?"

618 pages, Paperback

First published January 1, 2021

1 person is currently reading
47 people want to read

About the author

Leena Syiha

10 books40 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
35 (61%)
4 stars
19 (33%)
3 stars
2 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,073 reviews200 followers
October 8, 2024
Depa kata kelakar tapi takdalah kelakar sangat cuma ada part² sikit yang F rasa mencuit hati.

Kisah Fahd yang takut/segan dengan perempuan. Ally dah cakap dia perempuan tapi Fahd tak percaya.

Ally cuba lagi berterus terang tetap gak Fahd tak percaya. Lama² Ally biarkan sebab dia pun dah suka kawan gan Fahd.

Tak sangka Fahd tunang kawan baiknya Umairah. Mai ni baik orangnya. Bila Fahd dapat tahu diri sebenarnya Ally, Fahd rasa dikhianati.

Ichi marah²... Ichi pulak minta tolong Mai lebih kahwin tolong Fahd lupakan perempuan yang khianati abangnya. Mai tahu siapa.. siapa tak jauh hati bila tunang sendiri suka pada kaaan baik sendiri.

Mai nekad putuskan hubungan. Ally rasa bersalah sangat.

F suka jalan cerita dia sebab cerita dia penuh dengan keinsafan. F suka perubahan Ally jadi muslimah.

Diaorang plan nak satukan Mai dan Fahd but Allah ada plan yang lebih baik untuk semua. Kisah yang indah dan banyak pengajaran.

Sukanya F bila Fahd dan Ryan tetap mencari Hilman.
Profile Image for Elurine.
84 reviews2 followers
August 17, 2024
Cerita yg santai tapi tetap terselit pengajaran & nasihat. Sejujurnya tak letak harapan yg tinggi utk buku ni sbb penulis sendiri ada cakap buku ni lain dari LA, TH. Tapi okay je, best cuma akhir akhir tu rasa draggy sikit. Lagi satu, rasa mcm tak logik fahd boleh tak cam ally tu perempuan 😭😭 member tu dah cakap berulang kali dah dia perempuan tapi tulah kalau fahd percaya awal, tak jadi cerita dah 🤣 tapi saya rasa awal juga fahd dpt tahu yg ally ni perempuan. Kenapa ally akhirnya putus asa utk jelaskan jantinanya? Hehehe kena bacalah!

Fahd ni kelakar sbb serius rasa mcm ada ke lelaki mcm dia ni wujud dkt dunia sbb dia terlampau alergik dgn perempuan. Perempuan mendekat, fahd menjauh. Kalau fahd tak menjauh mungkin dia boleh pengsan sekelip mata. Tapi yg anehnya dgn ally dia takde pulak alergik tu 🤣 walaupun dia dah tahu yg ally tu perempuan. Pelik kan tapi di mata saya tak pelik sbb bunga bunga cinta dah mula hadir. Tapi fahd mana mau mengaku, dia sendiri tak tahu kenapa dia mcm tu adoi lah bang. Fahd ni pun boleh dikategorikan lelaki yg soleh, set set solat jemaah dkt masjid, kaya ceo syarikat mega kut. Senang cerita perfect lah cuma bila berhadapan dgn perempuan je dia nampak serba kekurangan betul 😂

Ally pulak sejenis yg tak banyak mulut tapi bila jumpa dgn fahd ni auto jadi byk mulut disebabkan mulut fahd yg tak boleh senyap tu. Mula mula ally rasa annoyed dgn fahd tapi lama lama dia sendiri rasa selesa. Mungkin sebab fahd juga dia berubah? Haih byk spoiler dah ni hahahahaah

Tapi papepun siapa nak bacaan yg ringan, boleh baca nasuha. Cerita yg santai tapi tetap terselit keindahannya. Tetap ada nasihat, tetap ada bunga bunga cinta antara MC, tetap ada humor antara MC. Cuma saya expect byk kelakar tu lah sbb byk review kata kelakar. Tapi saya tak menyesal baca sbb jalan penceritaan yg smooth cuma hujung tu agak draggy.

Plus mana nak carik lelaki mcm fahd? Tak cakap dgn perempuan kut. Mmg rare. Ally mmg insan yg bertuah sbb fahd hanya boleh bercakap dgn dia. Semua watak dalam ni ada pengakhiran yg bahagia dan mmg seronok lagi lagi tentang persahabatan antara ally dan umairah. Betul betul sahabat sejati. Watak ichi pun comel jugak. Budak yg suka kepoh tapi sayang dgn abang, kakak ipar dia. Apapun sila baca korang, jgn ragu ragu 🤭
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
August 22, 2024
4.7!! It's actually a fun plot. Tak cukup 0.3 sebab saya sendiri rasa tak puas. Why? I put in the review.

Ally Nasuha, suka berpakaian seperti lelaki tapi dia bukan tomboy, dia cuma berpakaian lain dari wanita lain atas beberapa sebab, antaranya (1) Ally insecure dengan badan dia yang agak macam lelaki, straight and bahu yang agak lebar, (2) memudahkan dia untuk bekerja sebagai despatch dan (3) senang untuk dia bawak motor besar. Yang bagusnya, watak Ally ni tak desc as tomboy so I sukerr sangat. Sebab pantang pakai macam lelaki terus fitrah nak jadi lelaki, i tak suka watak macamtu. Plus, Ally walaupun macamtu dia masih beradab, sopan dan berpelajaran.

Shah Fahd, dia sangka yang Ally ni lelaki. Walaupun banyak kali Ally bagitahu dia yang Ally ni perempuan, dia tetap taknak percaya. Salah satunya sebab dia dah selesa berkawan dengan Ally. Fahd ni pulak sejenis takut dengan perempuan. Bukan takut tapi lebih kepada tak selesa. Biasalah bila dah dibesarkan untuk menjaga batas antara ajnabi. So sampai kesudah dia selesa dengan Ally je even dia dah tahu Ally ni perempuan.

For me I sukerrrrrrrrr, comel-comel ngada-ngada je cerita ni. Light conflict, tapi rasanya takde conflict sangat pun. Lebih kedapa on how Fahd overcome fear dia and penghijrahan si Ally je. I faham tau bila Ally ni bersungguh nak tunjuk bukti kat Fahd yang dia perempuan tapi lama-lama dia jadi sayangkan persahabatan diorang, and dia pun mengalah untuk bagitahu lagi-lagi sebab Fah dah bertunang. Bila dah revealed, Ally rasa sedih la then terjumpa pula Umairah which is tunang Fahd. Umairah la yang banyak tolong Ally ni jadi solehot.

I enjoy semuaaa nak-nak bila parents Fahd and parents Ally ber-reunion. Cumanya the whole book tu more to Fahd nak berkawan balik dengan Ally tapi sebagai pasangan. So lambat betul nak tunggu diorang ni kahwin. Scene malu-malu je banyak. Kitanya geram, nak tengok Ally and Fahd punya sengal lepas kahwin. Fahd ni bukan jenis beku pun. Jenis terlebih sengal cuma depan perempuan je dia jadi keras macam batu. Yang penting jenis kalut kalau ada Ally. Makan sate dengan kuah laksa hahahahahaha Biasalah orang tak pernah bercinta gini lah dia.

Lagi 0.3 tu sebab I WANT MOREEEE, I NEED MORE OF THEM DALAM ALAM PERKAHWINAN SEBAB COMELLLLLL. Anyway lagi lurveeee sebab I REALLY WANT TO READ THIS BOOK SINCE I LOVE THE AUTHOR, BUT YOU KNOW WHATS MAKE ME HAPPY. FAV AUHTOR, GOOD BOOK, GOT IT FOR FREE (Vocuher eDelima for Bookcapital) hehehe
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
June 8, 2024
Another book daripada Leena Syiha yang kita baca 🫶🏼. This one sangat-sangat lain ya daripada Luqman punya cerita. Dia macam berubah 180° daripada Luqman Annasaie.

Kali ini penceritaannya jauh lebih santai. Serius masa awal-awal Ally dengan Fahd berjumpa tu rasa mak aih kelakar teruk 🤣.

Nasuha menceritakan kisah Ally, si gadis tomboi. Dia minah gengster je. Pemakaian je macam leman tapi jiwa dia masih tulen wanita okeh.

Dia yang bekerja partime as tukang 'delivery' barang berjumpa tanpa sengaja dengan Fahd. Bukan setakat jumpa, dia jugaklah yang tolong selamatkan lelaki tu daripada terbang ke alam lain.

Kalau tak dia tolong, Fahd dah tinggal 3 Jumaat je lagi.

Disebabkan bantuan Ally itulah, Fahd jadi fanatik dengan Ally. Dia nak Ally jadi kawan dia. Adik angkat dia. Dia tak moh Ally lari. Dia nak Ally jadi kawan dia jugak! Tapi dia ada satu aja masalah.

Masalah tak boleh berdua aja dengan perempuan. Kalau dak, dunia Fahd akan tunggang terbalik kena sawan.

Sudahnya, bila Ally berbuih mulut cakap dia tu perempuan. Wanita. Girl. Women. Eh, mana maunya Fahd percaya.

Dia tolak bulat-bulat kenyataan Ally. Sampailah satu hari, semuanya kantoi dan the rest is history.

Panjang lagi sebenarnya kisah Nasuha ni. Ini baru 30% daripada penceritaannya. Bagi Kirah, Kirah surprise lah dengan gaya Leena dalam buku ni sebab seriously berbeza habis dengan Luqman yang stok-stok baik tu. Kali ni wataknya lebih nakal dan selamba dalam keimanan. Ehhh 👀.

My honest thought: Bagi Kirah cerita ni sangat panjang. At certain phase kita mula rasa bila nak habis ni macam panjang sangat pulak. Dia taklah membosankan tapi rasanya ada scene yang tak perlu dibubuh sebab hanya memanjangkan jalan cerita. Dan penggunaan POV 1 dengan POV 3 yang quite bercampur buatkan kita ada masa confuse sikit.

Apapun, stress-free punya novel. Cute dan effortlessly funny! Can't wait untuk baca Tuanku Hana pulak lepas ni 😍🫶🏼
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
November 9, 2023

.

[BOOK 149]

Nasuha by Leena Syiha.
.

Bestttt!!!
.

Buku kedua penulis yang aku baca selepas Luqman Annasaei. Dan InsyaAllah, for more books to come in the future.
.

"Bila hati tetap rasa tak tenang, itu tanda Allah tak izinkannya. Dalam dunia ini, ada sesuatu yang sangat kita suka, tapi Allah tak pilih kita untuk perkara itu. Lalu Allah campakkan dalam hati kita rasa tak tenang. Supaya kita sendiri memilih untuk meninggalkannya. Dan ada sesuatu yang kita langsung tak suka, tapi Allah pilih kita untuk itu. Allah tetap akan bawa kita ke arah itu dan tanpa sedar, hati kita pun tenang."
.

Ally ni berperwatakan seperti lelaki. Patutlah Fahd ingatkan Ally ni sebagai Ali. Dahlah Fahd tu nervous dengan perempuan, tapi dengan 'Ali', selamba dia peluk je, tanpa sedar itu ialah Ally Nasuha.
.

Ally pulak mula-mula je semangat nak tunjukkan IC bagai, tapi akhirnya rasa kesian dan bersalah.
.

Haaa...bila dah kantoi, terus senyap sunyi je hubungan dorang.
.

Tapi bila pertunangan Fahd dan Umairah putus, Ally rasa bersalah dan dia cuba satukan mereka semula. Kerana kedua-dua mereka ialah sahabatnya.
.

Tapi, hasilnya hubungan Fahd dan Ally yang kian jernih. Tambah lagi dengan sokongan kedua keluarga. hahahah
.

Suka segalanya tentang buku ni. Suka chemistry antara Fahd dan Ally. Aku rasa, waktu dorang yang kena usik dan sakat, aku yang blushing. hahaha. Suka bila tanpa sedar, kata panggilan Fahd dah bertukar kepada abang. Suka bila adanya POV Fahd. Kita pun boleh tahu yang hati Fahd pun berdebar juga ya. hahaha
.

Dan suka persahabatan Umairah dan Ally. Aku pun tumpang bahagia bila Umairah jumpa dengan jodohnya yang lebih sekufu. Rasa nak baca kisah dorang jugak. hahhaa.
.

p/s: buku-buku Leena Syiha dah masuk dalam wishlist. Cuma kena cari duit je dulu untuk check out. hahah.
Profile Image for fs.bacabuku.
25 reviews
May 7, 2022
"Terima kasih datang dalam hidup saya. Awak betul-betul hadiah," --Shah Fahd

First time baca karya kak Leena dan aku suka jalan cerita Nasuha ni **thumbs up

Mengisahkan Ally, jantinanya perempuan tapi agak tomboi dan mempunyai penampilan seperti lelaki. Sampai orang sekali pandang dia je memang dah cop dia sebagai lelaki melainkan orang yang betul-betul kenal dia which is her family.

Dipendekkan cerita Ally bertemu dengan Fahd, pemilik syarikat Mega yang setiap masa menganggap Ally ni lelaki. Sedangkan banyak kali dah Ally bagitahu yang dia ni perempuan. Paling kritikal bila Fahd ni ada fobia dengan kaum perempuan kecuali dengan mak dan adik perempuan dalam keluarga dia. Bila jumpa perempuan je auto gelabah.

Tapi,disebabkan Fahd ingat Ally ni lelaki sampaikan nama Ally dia ingat Ali,dia jadi selesa nak peluk dan gurau macam kawan lelaki tanpa rasa takut. Haa,dekat sini Ally rasa serba salah ibarat Ally ni menipu jantina dia. Nak pulak family Fahd ni family yang sangat menjaga batas ikhtilat.

Jadi apa kesudahan serba salah Ally tu?
Agak-agak macam mana reaksi Fahd bila dapat tahu yang 'Ali' tu sebenarnya perempuan?

Haa,silalah baca ya teman-teman.

Cerita yang ringan dan stress-free.
Terhibur pun ada juga. Jadi boleh la isi masa dengan bacaan santai macam ni.

Aku suka dengan idea penciptaan software Soochi tu😂 Sangat menarik which is membantu la golongan perempuan untuk track tempoh haid kan hmmm...

Pengajaran yang aku dapat dalam cerita ni,betapa pentingnya ukhwah persahabatan yang baik dalam kehidupan kita. Sama-sama tolong,sama-sama senang.
Memang salute friendship Ally dan Umairah. Umairah banyak tolong Ally dalam hijrah ke arah lebih baik. Masya Allah♡
Profile Image for Aina.
32 reviews
March 16, 2024
BEST SANGAT!

Lama dah usha buku ni, tapi takut tak kena. TAPI bila dah beli, dah baca, fuhh best rupanya.

Fahd so suwitt ya sukanyaa! Comel je Fahd dengan Ally ni. Jalan cerita pun best. Tak berat sangat pun masalahnya dorang.
Fav giler part Ryan lamar Amirah HAHAHA rare betol.

Korang wajib baca buku ni HAHA. Kelakar pun ada masa Fahd masih anggap Ally tu as 'Ali'.

Cerita ni banyakk sangat pengajaran. Terutamanya tentang persahabatan. Suka dengan sikap Umairah. Harap boleh jadi macam Umairah. Dan suka jugak dengan persahabatan antara Fahd, Ryan dan Hilman. Walaupun Hilman buat salah besar, Dorang tetap maafkan Hilman dan berkawan semula.

Tentang agama pun ada, saya pun terasa sekali.

Okay, sape belum ada novel ni, pergi beli sekarang. Hehe babai!
Profile Image for w.
8 reviews
October 11, 2025
Dah lama tak baca novel cinta.
Mula baca terbayang yoo eun hye dan Goong Yoo. Coffe prince. Buku pertama dari penulis yg saya baca. Bagi saya biasa biasa sahaja. Permulaan macam best tapi itulah. Paksa diri utk habiskan baca.
4 reviews
December 29, 2022
The flow just nice repeat it twice cause I love this
Profile Image for Nad.
375 reviews1 follower
June 11, 2024
Tak seseronok macam LA tapi buku awak kan tebal macam mana pun saya tetap akan baca.
Kenapa?
Sebab awak penulis favorite saya tau.
6 reviews
December 23, 2025
permulaan cerita agak laju dan okay tapi mula slow di pertengahan hingga akhir...
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
November 30, 2024
1 hari shja.. berjaya tamatkan Nasuha.. jalan cerita yg santai soal hijrah seorg wanita yg ingin menjadi hamba yg lebih baik..

By Leena Syiha xpernah mengecewakan lagi.. bnyk ilmu yg dpt d ambk..

Rekomen utk beli dan baca..
Rate 5/5 🌟
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.