"Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah."
Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi.
Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa.
"Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau."
"So sweet suami saya ni..."
Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu.
"Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?"
"Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya."
"That's why I love you so much."
Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
harap cik zalikha boleh ubah font sebab entahlah pembacaan rasa tak puas dengan font gitu 😭
buku ini ada bagi mix rasa : sedih, kelakar, gembira and annoying.
- sejujurnya aku suka watak luth and hawa sebelum mereka berkahwin dan pada awal perkahwinan kerana nampak struggle mereka berdua. Tapi selepas luth tahu dia siapa, watak dia jadi macam cringe but i still love how he treated his wife. Gentleman and yes cemburu buta is too much but berdasarkan trauma yang dia alami, i can said valid.
- aku geram pada satu scene hawa bawa masalah dekat diri dia sendiri. kalau aku jadi hawa, tak ada makna aku nak tolong orang yang dah buat taik dekat kau. puas jugalah luth maki itu HAHAHAHA menyusahkan orang.
- semua watak jahat dalam buku ini barulah nampak watak jahat sebenar-benarnya HAHAHAHA tapi aku sumpah jijik apa jadi dekat sumaiyah and budak2 itu. aku tutup buku sebab dia punya terkejut 😮💨
- buku ini macam wattpad punya type so untuk pembaca wattpad macam aku, aku suka je ✌🏻
- THE REVENGE?? is top notch! tak payah bagi muka dekat manusia2 macam diorang.
- Puan Kalsum sangat bodoh ya. aku cakap terang-terangan dia bodoh. Taktahulah emak atau manusia jenis apa kau ini.
- Ending dia bolehlah, typical ending tapi aku harap author boleh beritahu apa type of hukuman si dua ekor itu kena sebab aku geram je 😍.
Jangan baca sebab hype nanti kau kecewa, baca sebab kau berminat ✌🏻
Anyways, memang kena banyak mengucap ye bila baca ABM— sebab dari awal sampai akhir memang bengang dibuatnya. Banyak sangat plot twist tu. Sila prepare mental and emosi anda awal-awal bila baca cerita ni. You've been warned.
Luth jumpa dgn Hawa di kelab malam saat Hawa dijual oleh Mak Ton dia untuk dijadikan pel@cur. Dari situla bermula bibit-bibit perkenalan mereka berdua. SUMPAH kiutt yee hihi. Walaupun cara Luth tu kasar but dia ada cara tersendiri untuk tunjukkan kasih sayang dia tu through his acts🙂💖. Luth psycho, Hawa sengal HAHAHAHA.
And there were a lot of 'Penunggang Agama' in this story(saya tak nak spoil, so bacala kalau nak tahu siapa). Jangan pikir yang bertudung, pakai serban or kopiah tu baik ehh.. Silap. Entah-entah dorangla yang sehina-hina manusia. Gunakan tiket agama untuk menutup perkara terkeji mereka. And I love how the author described cara Luth seksa mangsa dia. Fuhhh details mat.... terasa ngilu kita.
JADI SILALAH BACA ABM KALAU ANDA MAHU FEELING JADI PSYCHO. Totally worth it💖💖💖💖