Terima kasih Penerbit X untuk pemberian naskhah reviu ini.
The Confessions of Arsène Lupin (Edisi Bahasa Melayu)
“Ingat, kita sedang berhadapan dengan Arsène Lupin. Dengan dia, bukankah selalunya perkara yang mustahil dan mengejutkan yang mesti kita cari? Bukankah kita sentiasa perlu terus berjalan ke hadapan walaupun andaian kita itu paling gila sekali?” 🎩💵
Sejujurnya, aku tak pernah membaca mana-mana karya mengenai Arsène Lupin ini. Cuma namanya aku pernah dengar tetapi tiada keinginan yang kuat untuk menyelami kisahnya. Tetapi, setelah membaca buku ini, aku jadi ✨invested✨.
🔍 Untuk seseorang yang jarang sekali membaca karya terjemahann Bahasa Melayu, aku tak nafikan yang mula-mula, pembacaanya terasa kekok tetapi setiap muka surat yang terselak, aku berjaya dapatkan ‘reading tone and pace’.
🔍 Apa yang membuatkan buku ini berbeza daripada yang lain dalam siri Arsène Lupin?
— Buku ini merupakan koleksi 10 cerita pendek pengembaraan dan penyiasatan Arsène Lupin. Berbeza dengan tajuk lain yang merupakan novel.
🔍 Jadi, untuk yang tidak mengetahui, siapakah sebenarnya Arsène Lupin ini?
— Detektif seperti Sherlock Holmes? Oh, jauh sekali. Arsène Lupin ada skil seorang penyiasat tetapi dia merupakan ‘gentleman-burglar’. Tak mengapa, aku akan cerita lebih lanjut. So, korang dapat mengenali serba-sedikit figura Arsène Lupin sepanjang reviu ini.
🏢 “..tentu sekali…ini cuma andaian, tapi menjelaskan segalanya…Baiklah satu tanggapan yang menjawab setiap soalan tentu sekali tidak jauh daripada kebenaran…”
• Di sini kita dapat melihat bagaimana sistem pemikiran Arsène Lupin bekerja. Dia banyak bermain dengan ‘what if possibilities’ dan setiap satu daripadanya akan digugurkan jika tidak membawa ke arah kesimpulan.
• Cara dia memberitahu yang lain bagaimana dia dapat memperoleh jalan penyelesaaian seperti ‘meramalkan..’, ‘cuba kamu bayangkan..’ menunjukkan untuk mencapai satu logik, dia menggunakan imaginasi secara aktif, menitik beratkan segala kemungkinan.
🏢 “Itulah balasan untuk aku kerana mahu membantu orang lain!”
• Arsène Lupin ini boleh dikatakan seorang yang sangat yakin dengan apa yang dilakukan ‘and he definitely took pride over it’. Perwatakan dia boleh diringkaskan ‘gentleman first, thief second’. Ye, korang jangan lupa, dia bukannya seorang detektif tetapi yang sentiasa ada helah untuk mendapatkan keuntungan maksimum daripada setiap kes yang terlibat. Matanya pasti ada ganjaran yang dikejar.
• Mesti korang terfikir, seseorang seperti Arsène Lupin ini sudah tentu tidak mengambil peduli tentang orang lain, bukan? Tetapi dalam 10 kisah dalam buku ini, aku tak nafikan yang ada momen menggambarkan dia masih mempunyai empati. Dan momen-momen seperti ini yang aku sangat suka kerana ia menunjukkan ‘how humanely he is’. Dia seorang pencuri tetapi ada masa apabila dia ingin percaya akan kebaikan manusia, harapan itu musnah dan ada masa dia dipertemukan dengan watak yang penuh kehormatan serta berprinsip, dia terkaku seperti tidak percaya akan kewujudannya.
🏢 “Walaupun saya mengakui, sahabatku, monsieur mungkin memandang saya seperti seorang bijak pandai, tapi jangan layan saya seolah-olah saya ahli silap mata.”
• Ada beberapa kisah yang mudah dijangkakan plotnya tetapi ada juga yang sangat menarik dan bijak. Penulisannya juga kemas kerana aku dapat rasakan kes yang diketengahkan dikupas satu demi satu, membuatkan pembaca bersama-sama terlibat dalam menyelesaikannya.
• Disebabkan Arsène Lupin ini seorang pencuri budiman, dia sentiasa ada dalam kes untuk diselesaikan dengan ganjaran di fikiran. Tingkah lakunya pasti ada sebab yang dapat menguntungkannya. Aku sangat suka ‘tension’ antara dia dengan authoriti atau lebih tepat, pihak polis atau lebih spesifik lagi, Detektif Ganimard. Budiman sungguh Arsène Lupin kerana dia menggelarkan ‘archenemies-nya’, sahabat.
🔍 Aku ada terbaca beberapa reviu di Goodreads yang lebih suka koleksi kisah pendek ini daripada novel dalam siri Arsène Lupin. Jadi, untuk korang yang sudah membaca novel dalam siri ini tetapi ‘not your cup of tea’, korang masih boleh menarih harapan pada buku ini.
🔍 Kepada yang tidak pernah membaca mana-mana buku dalam siri ini (seperti aku! 🤪) korang juga boleh bermula dengan buku ini. Jangan risau, kandungannya masih relevan walaupun tidak pernah didedahkan dengan figura Arsène Lupin ini.
The Confessions of Arsène Lupin— 4⭐️