Sejauh mana kau sanggup berkorban untuk sebuah negara yang tak akan menjulang nama kau andai kau gugur saat bertempur bahkan nama kau akan terus terkubur?
Sejauh mana kau sanggup lari daripada fitrah hakiki manusia yang mahu hidup bertuhan untuk meneruskan kemandirian hidup dalam dunia yang kelam?
Perkenalan dengan Nuha Zuhailin seorang gadis penghantar makanan FoodKoala menjadi titik permulaan perubahan hidup Insp. Ahmad Aqil yang sedang menjalankan penyiasatan ke atas Clan of Sinners sebuah kumpulan penjenayah berprofil tinggi bertaraf antarabangsa.
"Aku dah tak ada apa-apa atau sesiapa yang nak aku lindungi. Aku dah tak takut apa-apa dalam dunia ni." - Nuha Zuhailin
"Jadi tak ada masalah la kalau aku nak minta kau jadi pembantu rumah mama papa aku? Kau tak ada sesiapa dan tak takut apa-apa." - Ahmad Aqil
Dunia ni, sentiasa ada tempat untuk orang yang berusaha. Hakikatnya hidup ini memang untuk berpenat kerana akhirat nanti tempat berehat.
ya Allah memang tak puas baca. takmau cakap banyak tapi kita memang jatuh cinta betul dengan keperibadian hero, fuhhh nak explain rasa tu tak cukup rasanya. Heroin pun menarik jugak! suka suka suka-- tak sabar nak tunggu sambungan nuansa 2 yihiii
Ni novel ke 2 yang aku baca drpd penulis Nur Izzah Hani. Sebabnya, ia melibatkan crime thriller .
Inspektor Ahmad Aqil. Dilahirkan sebagai darah yang berkhidmat untuk negara tercinta. Kemewahan yg terbentang ditolak, demi menjadi seorang pegawai polis .
Nuha Zuhailin. Gadis Food Koala. Bertemu dengan Insp. Aqil setelah dia diragut dan Aqil membantu. Di situ dia mulai menjadi runner tetap utk Aqil. Satu yang comel bila Aqil mengumpul kupon untuk setiap satu servis Nuha yang laksanakan .
Kes kematian seorang guru mengacau bilaukan hidup Aqil pabila wujudnya tatoo Ace of Spade di lengan mangsa. Disini mereka dapati wujudnya kumpulan Clan of Sinner. Bermula detik pembunuhan yg melibatkan kumpulan terbabit .
Naskah ini agak nipis. Aku rasa macam xpuas nak hadap kisah Aqil - Nuha - Clan of Sinner. Tuptup habis .
Di akhir2 kisah Nuansa, penulis mewujudkan satu plot twist yang sangat2 tak dijangka. Aku rasa macam tak boleh terima. Seriuslaaa. Memang tak expect langsung kisah dia akan sebegitu .
Tak sabar nak start nuansa 2🤭. Nak tau ape pengakhiran kisah Aqil-Nuha
Bekerja di dalam bahagian siasatan jenayah berat bukan mudah untuk dia hadap. Dialah Inspektor Ahmad Aqil yang bertemu dengan seorang gadis penghantar makanan. Sejak itulah, sering kali Aqil meminta perkhidmatan Nuha yang dikenali sebagai penghantar makanan FoodKoala.
“Don't underestimate me, Nuha. I shot your leg once. Next time it might be your heart.”
♥️
Rasa rasa kalau jadi runner ni boleh terjumpa juga tak Aqil ni? 🛵💨 HAHAHAH comel je tau 🤣
Buku ni nipis ja and memang kena sambung baca Nuansa II untuk faham storyline in more details. Which is sekarang ni zu nak tahu apa yang jadi disebaliknya. Siapa sebenarnya Clan of Sinners? Apa yang menjadikan Nuha macam tu?
Ace of Diamond, Heart, Spade & Clubs, kita dah tahu kepakaran masing-masing. Setiap kejadian yang berlaku pasti akan ditinggalkan kad sebagai petanda yang mereka lakukan.
pada permulaannya best. nak dekat pengakhiran, tiba tiba jadi tak masuk akal. ayah, mak, anak, masing-masing polis, tapi boleh terima penjenayah taraf antarabangsa buat jadi family macam tu je? bukan penjenayah cikai yang macam rompak kedai emas ke apa tu, ni penjenayah pembunuh, penggodam data etc?? tapi still akan habiskan buku kedua sebab dah beli sekali hari tu. beli buku ni sebab review tiktok kata action thriller + islamic gitu. betul tu betul, cuma hujung dia bikin spoil mood 🤡 ni boleh kasi 4 bintang kalau takde scene jadi family tu, tapi tu lah :/
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ini kisah anak beranak Ahmad Irfan dengan Hani (The Silent Killer Revamp). Waktu ni Irfan dan Hani dan tua dah. Now kisah anak lelaki keduanya pula, Aqil.
Actually dalam buku 1 ni tak ada pun babak percintaan tu. Cuma perkenalan yang pada dasarnya hanya sebatas kawan. Tapi akhirnya, tanpa sedar perasaan ingin berada dengan si perempuan, rupanya itu adalah perasaan cinta.
Ditengah-tengah cerita ni, memang penuh scene penyiasatan. Spoiler sikit, mati-mati aku ingat Neo (pakai IT) tu Nuha. Sekali bukan wehhhhhh! Plot dia tu, buat aku tercengang! Masa Nuha minta supaya Aqil bunuh je dia tu, meleleh jugalah air mata kita.
Tak boleh bagi review banyak sangat, kena tunggu sambungan buku 2 pula 😎
This entire review has been hidden because of spoilers.
A thin book consists of 187 pages but filled with suspense, individual conflicts, family related and a slight love story. Really well written book by . Really enjoyed myself reading it. It may sound pathetic to others but i envy Aqil. For having such a lovely family 🥹 I cried when Puan Hani peluk Nuha..
Kalau korang nak tahu whether Aqil dapat jumpa Ace of Spade ke tak, kene lah baca. Sempat writer buat plot twist kat belakang tu 🤯 Tapi tu lah, buku dia doesn’t end there. Nak tahu lebih kene baca Nuansa 2 pula. *nasib dah beli*😂
Okeyy sesuatu baru yg aq baca. Ada unsur2 islamik yg aq suka cuma terkejut sikit laa kat ending dia tu. Watak nuha tu pon mmg best laaa. Mak ayah aqil tu buatkan aq homesick sgt especially time mak dia peluk nuha, rasa kehangatan pelukan ibu tu. Overall saya sukaaa
Nuansa merupakan novel dalam siri The Silent Killer tapi no worries, boleh je baca Nuansa tanpa baca TSK dan Permata dulu. Cuma, akan ada babak macam inside joke dan memori daripada dua novel sebelumnya yang dimention sekali lalu. Again, tak mengganggu jalan cerita pun. Anyway, hero kita, Ahmad Aqil ni merupakan anak kedua kepada Ahmad Irfan dan Nur Hani Syuhada, hero dan heroin dalam TSK dan adik Ahmad Furqan (hero Permata) dan kembar Aqilah (tak pasti ada separate buku ke tidak).
First time aku tahu Nuansa ni pasal anak Irfan dengan Hani auto excited gila! Sampaikan buku ni sampai je, memang aku baca terus. Selalunya aku peram dulu hehe. Lagi excited bila tahu Aqil ni ikut jejak langkah mama papa dia dan berkhidmat sebagai pegawai polis lagi lah excited seketul suraya ni ha.
Buku pertama Nuansa ni pendek je, less than 200 pages so dalam masa sehari memang boleh habis punya laa. Aqil ni, much like papanya bila bekerja serius sungguh! Tapi dia ni lain sikit sebab expression, out. Nobody can read him. Manakan tidak, bergurau dengan anak buah (pegawai bawahan dei bukan niece/nephew) tapi muka dengan nada serius. Aduhai! Seserious Aqil pun, tetap akan menggelabah apabila mama dan papa tiba-tiba kata nak buat spotcheck di rumah bujangnya, ah sudah. Misi memenuhkan peti ais! Nuha runner come to the rescue~ Serious comel sangat babak niii. Dan bermula dari situ, apa saja yang dia perlukan, Aqil akan menggunakan khidmat Nuha runner. Lagi-lagi bila Nuha ni siap sediakan kupon untuk customer dia. Kumpul sepuluh, dapat free service satu kalii. Ni pun comel bila Aqil dengar je cakap mamanya supaya tampal kupon atas A4 pastu letak dekat peti ais. Haih laa.
Watak Nuha pun sangat comel ya rakan-rakan. Dengan gaya-gaya garang dia pastu haih dengan gelabah dia eh comel laaa. Nak nak pulak kena hantar makanan tapi tiba-tiba kena hantar directly dekat CEO syarikat. Mana tak gelabah kawan satu ni.
Buku pertama ni lebih banyak menceritakan latar belakang setiap watak dan serba sedikit pasal kumpulan Clan of Sinners yang dikepalai tujuh orang penting yang dikenali sebagai Sinister Seven. Aku tertarik juga dengan kes kumpulan ni sebab setiap kepala ada peranan dan cara mereka sendiri. Plot twist yang ada sebenarnya aku dah boleh agak tapi tetap wow juga. Pengakhiran novel ni happy ending bila Aqil setelah mamanya suruh dia fikir dan duduk dekat luar rumah melamar Nuha dengan gaya yang sungguh selamba. Okay lagi kot tu, yang si Nuha pun dengan selamba terima. Alahaiii cutelah. Kisah kejatuhan Clan of Sinners kena tunggu review Nuansa 2 (sebab tak cerita dalam ni).
Kisah Ahmad Aqil, anak kedua kepada Ahmad Irfan dan Nur Hani Syuhada. Satu-satunya anak yang menyambung legasi sang saka biru mereka.
Ini juga kisah Nuha Zuhailin. Runner Food Koala yang mula-mulanya Aqil terjumpa, akhirnya runner itulah yang dimesejnya setiap kali nak beli baranglah, nak hantar makananlah, nak inilah, nak itulah.
I suka cerita ni. Pengolahan cerita yang sangat menarik, bagi I. Cara kak Izzah singkap satu per satu lapisan sehingga ke akhirnya. Ada hint yang ditinggalkan di sepanjang pembacaan - yang bila kita tiba di hujung cerita, kita jadi "Ohhh patutlah".
Dan seperti naskhah-naskhah sebelum ni, Kak Izzah tak pernah gagal untuk buat I duduk berfikir. Tentang tanggungjawab. Tentang keluarga. Tentang kehidupan. Tentang Dia, sang Pencipta. Selitan-selitan nasihat baik melalui dialog atau bahagian naratif juga tidak kelihatan kekok. Jadi pembacaan rasa smooth je. Tak adalah rasa macam kena preach secara tiba-tiba.
Plot twist yang muncul di hampir penghujung cerita, agak expected bagi I. Tapi saspensnya tetap ada. So best je ^^
Oh! Lepas tu, I rasa Nuansa ni buku Kak Izzah yang paling banyak buat I ketawa. Seawal babak Nuha marah budak yang mencuri telefon dia. Tapi yang paling banyak buat I ketawa, ha Rayyanlah orangnya. Polis yang satu tu, alahai... bak kata Aqil - bau bayi tak hilang lagi.
Nuansa bahagian I ni nipis je bukunya. Boleh kata, ini macam baru permulaan cerita. Tapi banyak jugak manfaatnya.
Gais kalau cri novel yg banyk sweef scene bukan ni ye. the story really good tho. Mula mula tak expect la sapa rakan subahat tu but nak hujung ii boleh la juga expect. Tpi dah smpai part hujung hujung tu aiseh boleh pula ke nuansa 2, org tengah excited terpaksa la tggu. Suka gila dgn watak nuha tuu sempoi habis. Watak aqil pun sama cool ja
Cerita ni macam tak berapa masuk akal tapi at first dia macam okey aje for me but towards the end makin lama makin pelik. I dah ada Nuansa 2 tapi bila baca yang first ni, doubting to read the second book.
strangers, friend - enemy - lovers. action, crime, police, criminal, hacker macam biasa semua boleh sumbat, mudah faham, banyak benda baru tahu! suka suka!!