Nuansa merupakan novel dalam siri The Silent Killer tapi no worries, boleh je baca Nuansa tanpa baca TSK dan Permata dulu. Cuma, akan ada babak macam inside joke dan memori daripada dua novel sebelumnya yang dimention sekali lalu. Again, tak mengganggu jalan cerita pun. Anyway, hero kita, Ahmad Aqil ni merupakan anak kedua kepada Ahmad Irfan dan Nur Hani Syuhada, hero dan heroin dalam TSK dan adik Ahmad Furqan (hero Permata) dan kembar Aqilah (tak pasti ada separate buku ke tidak).
First time aku tahu Nuansa ni pasal anak Irfan dengan Hani auto excited gila! Sampaikan buku ni sampai je, memang aku baca terus. Selalunya aku peram dulu hehe. Lagi excited bila tahu Aqil ni ikut jejak langkah mama papa dia dan berkhidmat sebagai pegawai polis lagi lah excited seketul suraya ni ha.
Buku pertama Nuansa ni pendek je, less than 200 pages so dalam masa sehari memang boleh habis punya laa. Aqil ni, much like papanya bila bekerja serius sungguh! Tapi dia ni lain sikit sebab expression, out. Nobody can read him. Manakan tidak, bergurau dengan anak buah (pegawai bawahan dei bukan niece/nephew) tapi muka dengan nada serius. Aduhai! Seserious Aqil pun, tetap akan menggelabah apabila mama dan papa tiba-tiba kata nak buat spotcheck di rumah bujangnya, ah sudah. Misi memenuhkan peti ais! Nuha runner come to the rescue~ Serious comel sangat babak niii. Dan bermula dari situ, apa saja yang dia perlukan, Aqil akan menggunakan khidmat Nuha runner. Lagi-lagi bila Nuha ni siap sediakan kupon untuk customer dia. Kumpul sepuluh, dapat free service satu kalii. Ni pun comel bila Aqil dengar je cakap mamanya supaya tampal kupon atas A4 pastu letak dekat peti ais. Haih laa.
Watak Nuha pun sangat comel ya rakan-rakan. Dengan gaya-gaya garang dia pastu haih dengan gelabah dia eh comel laaa. Nak nak pulak kena hantar makanan tapi tiba-tiba kena hantar directly dekat CEO syarikat. Mana tak gelabah kawan satu ni.
Buku pertama ni lebih banyak menceritakan latar belakang setiap watak dan serba sedikit pasal kumpulan Clan of Sinners yang dikepalai tujuh orang penting yang dikenali sebagai Sinister Seven. Aku tertarik juga dengan kes kumpulan ni sebab setiap kepala ada peranan dan cara mereka sendiri. Plot twist yang ada sebenarnya aku dah boleh agak tapi tetap wow juga. Pengakhiran novel ni happy ending bila Aqil setelah mamanya suruh dia fikir dan duduk dekat luar rumah melamar Nuha dengan gaya yang sungguh selamba. Okay lagi kot tu, yang si Nuha pun dengan selamba terima. Alahaiii cutelah. Kisah kejatuhan Clan of Sinners kena tunggu review Nuansa 2 (sebab tak cerita dalam ni).