Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rak Buku Ruang Tamu

Rate this book
Mestikah buku diletakkan di ruang tamu? Adakah ia melambangkan intelektual si tuan rumah?

Bibliofil mempunyai kisah tersendiri tentang buku dan rak buku. Ada buku ditemui di pergunungan sampah. Ada pula yang diintai-intai di kedai buku. Ada buku menghuni rak peribadi. Ada buku tersusun indah di perpustakaan sekolah. Ada buku menjadi teman akrab zaman kecil. Ada buku yang menenangkan, ada buku yang menggoncang fikiran. Ada buku menyimpan kenangan lama, ada buku mencatat pengalaman semasa. Ada buku di ruang tamu. Ada buku di mana-mana.

Himpunan 39 catatan tentang buku ini, bukan sekadar kisah buku dan pencintanya sahaja. Ia meneroka zaman ke zaman, tanpa mengira usia dan latar belakang pendidikan, mengikut pembaca melangkaui sempadan dan lokasi – di mana-mana buku memberi inspirasi.

235 pages, Paperback

First published February 28, 2022

2 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Zalila Isa

13 books53 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (31%)
4 stars
16 (55%)
3 stars
3 (10%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
April 4, 2022
Buku ini mengumpulkan 39 kisah tentang buku, rak buku dan aktiviti yang berkaitan dengannya. Seronok membaca perkongsian pengalaman peribadi serta nukilan berbentuk fiksyen sekitae minat dan hobi membeli dan membaca buku. Antara kisah yang melekat di hati ialah Prakarsa Azlia, Misteri Rak Buku, Lelaki di Rak Buku dan Buku di Menara Gading. Buku yang sesuai dibaca untuk pembaca dan pencinta buku!
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
March 17, 2022
Bagi setiap pencinta buku pasti akan berusaha membuat rumah untuk buku-buku mereka tinggal dengan selesa. Tidak kiralah bentuk dan harga yang bagaimana, asalkan mereka sendiri puas hati melihat ia tersergam indah dengan deretan koleksi peribadi.

Saya suka sekali tema buku ini. Ada banyak sebab untuk saya menyukainya. Mungkin juga kerana saya jenis sentimental, maka coretan para penulis pasti meninggalkan kesan buat saya.

Suka dengan kisah si rak putih bernana Billy. Pn Emila Yusof menceritakan 'kisah hidupnya' dengan baik sekali. Tidak lupa juga ralitnya saya membaca kisah rak buku dalam Manga Jepun oleh Tn Muhammad Izzat.

Usaha Dibuang, Sayang! karya Pn Hifzaila seakan-akan membaca tentang diri sendiri. Memang tergelak juga membacanya. Untunglah beliau ada suami yang rajin benar membeli bahan bacaan. Boleh isteri tumpang sekali, kan?

Cerpen Kak Zalila membuka mata. Apatah lagi, anak-anak turut sama membaca buku ini. Mereka tertarik dengan kerjaya seorang editor. Nampaknya banyak lagi yang saya tak tahu sebab saya tak dapat nak jawab sebahagian besar soalan anak-anak.

Perempuan di Ruang Tamu oleh Pn Begum Irdawati membuatkan saya meninjau ke rak sendiri. 'Siapa penulis perempuan yang saya baca karyanya?' Sudah pasti, karya penulis perempuan yang beliau sebutkan menambah wishlist saya. Bertambah panjang senarai ya. Haha.

"Banyak membaca itu baik, tapi menelan mentah-mentah semuanya itu kurang baik kerana membaca ialah perjalanan panjang menemukan diri sendiri." (Fareesha Rahman)

Seronok menyelami rak buku kesemua 39 orang penulis ini. Selamat maju jaya.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
April 5, 2022
Ada 39 buah cerita dalam buku setebal 235 muka surat ini. Membaca setiap satu cerita, boleh 'diagak' pengalaman menulis untuk setiap individu yang menyumbangkan karya. Ada yang mengujakan, ada yang membuka mata dengan pengetahuan baru, ada yang kreatif dan ada pula yang masih baru.

Ceritanya seputar rak buku. Bagaimana ruang tamu dihiasi dengan rak yang menyimpan kertas-kertas aksara yang pelbagai. Majoriti penulis berkisah kenangan lalu, bermula dengan rak kecil sehingga rak yang ada sekarang.

Dari segi bentuk fizikal buku, saya suka sekali dengan lukisan oleh Puan Emilia yang profesional. Nampak sangat anggun. Cuma saya sedikit kurang berkenan dengan jenis kertas yang digunakan. Putih berkilat seperti kertas A4, dengan jenis font yang agak nipis hitamnya. Saya menghadapi sedikit kesukaran untuk membaca buku ini di bawah sinaran lampu rumah (lampu putih), yang menyebabkan kertas memantulkan silau.

Yang lain-lain, ok.
337 reviews15 followers
March 22, 2022
Berwarna-warni kisah bertemakan Rak Buku Ruang Tamu. Ada beberapa kisah kegemaran yang pasti diulang baca nanti.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books53 followers
March 1, 2022
Himpunan 39 kisah tentang buku, bermula dari polemik panas beberapa tahun lalu mengenai "rak buku di ruang tamu".

Kisah dalam buku ini pelbagai - ada kisah pengalaman sejak kecil menguliti buku, kisah rak buku yang menghiasi ruang tamu, kisah cinta dan saga kehidupan berkaitan rak buku, fiksyen, umum, fantasi dan tentunya kesemua ini bergabung membentuk buku yang melangkaui sempadan geografi dan imaginasi.

Saya suka semua kisah yang terhimpun- Antaranya;
Nilam Tang dengan pengalaman kecil mengutip buku-buku, dan gambar dari longgokan barang terbuang yang akhirnya membenihkan impian untuk mengembara dan menulis bukunya sendiri. Azwani Ali dengan kisah keinginan yang tinggi memiliki rak buku sendiri. Abdul Razak Husin yang menyusun bukunya mengikut kategori dek kerana mencari sebuah buku. Noor Hayati Yasmin dengan kisah luka disebalik buku dan rak, Begum dengan buku-buku bertema perempuan, Emila Yusuf dengan rak kesukaannya, Muhammad Izzat dengan kajian santainya tentang buku dalam Manga dan animasi Jepun, bagaimana tabung buluh menjadi daya azam untuk memiliki rak buku sendiri oleh Syarifah Salha, dan ah, banyak lagi. Semua menarik!

Mungkin saya dianggap 'bias' apabila meletakkan pujian untuk buku ini, tetapi sebagai orang yang terlibat secara keseluruhan dan juga menyumbang karya dalam naskhah ini, saya sangat berpuas hati dengan setiap cerita yang terpilih. Setiap satunya ada kekuatan dan impak tersendiri yang membawa emosi pelbagai seterusnya menjayakan objektif penerbitan buku ini - buku bukan sekadar letak di rak di ruang tamu tetapi ia membawa seribu satu cerita yang terungkap dan tidak terceritakan. Selamat membaca.
Profile Image for Miyuke.
195 reviews2 followers
March 27, 2022
Rak buku - perkara paling utama yang perlu difikirkan oleh seorang pengumpul dan pembaca buku yang kadangkala terlepas pandang.

Novel ini memuatkan 39 cerpen berkaitan rak buku dan kaitannya dengan si pemilik-pemilik buku dalam keadaan sedih, gembira serta memori-memori yang masih utuh dalam kenangan.

Penutup naskah ini disudahi dengan tajuk : Lembaran Aksara Yang Hilang (nukilan Masriyah Misni) - aduh…kisahnya boleh jadi ‘nightmare’ bagi si pengumpul buku.
Profile Image for Izzat Isa.
417 reviews50 followers
March 18, 2022
Sebuah buku yang memerihalkan tentang peminat buku, pencinta buku, rak buku dan apa saja pengalaman tentang buku. Semua cerita mempunya kekuatan tersendiri. Untuk minat peribadi, saya paling menggemari cerita 'Rak Buku Abah' oleh Noor Izam Mohd Fadzil dan 'Buku di Menara Gading' oleh Ahmad Sunawari Long.
Profile Image for Nazri Roslan.
24 reviews1 follower
July 9, 2022
Buku ini mempersembahkan kisah-kisah tentang rak buku dan buku daripada 39 orang penulis bibliofil yang mempunyai pelbagai latar kehidupan. Sebuah rak buku yang dimiliki pembaca sebenarnya melambangkan intelektual pembaca. Bak kata Walter Moseley, "A man's bookcase will tell you everything you will need to know about him."

Sepanjang pembacaan saya, saya dapati pelbagai tips untuk menjaga rak buku dan buku. Antara tips tersebut ialah mengasingkan buku yang berkulit keras dan lembut, menyusun buku secara menegak pada rak, meletakkan buku yang mahal pada ruang paling atas di rak, menampalkan pelekat pada setiap buku berdasarkan genre atau nombor, menyampul buku, dan juga menyemburkan racun anti anai-anai pada rak buku.

Semua tips ini amat berbaloi jika dipraktiskan. Antara manfaat yang boleh didapati ialah rak buku boleh menjadi tarikan untuk para pembaca mendekati buku-buku kita. Selain itu, ia memudahkan kita dan pembaca untuk mencari buku yang dimahukan dengan segera. Ia juga mampu menyelamatkan buku-buku kita daripada rosak akibat anai-anai. Selepas membaca buku ini, saya berhasrat mahu mencantikkan lagi rak buku saya dan mengkatalogkan buku-buku yang ada berdasarkan genre.
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
May 12, 2022
Suka baca penulisan Emila. Sangat lain dr yg lain. Cara dia ‘’memanusiakan” Billy dr Ikea tu… sangat menghiburkan. Bagi yg ada library di rumah dan kenal Ikea, rasanya ramai kenal Billy ni. Haila.. nampaknya saya pun nak jemput Billy dtg rumah lagi ni … nak suruh Billy tolong susunkan buku2 yang mula membuak dari Billy2 yg sebelumnya hihihi

Seterusnya, tajuk Aku Sebuah Rak Buku, sgt tersendiri dlm buku ini. POV nya si rak buku. Comel.

Next tajuk, Lelaki di Rak Buku; romance sebab buku. Nice one. Agak sedih lah sebab sad ending disebabkan buku juga. But, logic and relatable..fresh juga

Dan beberapa lagi tajuk yg agak menarik.

Yang lain2 tu, rata2 agak sama saja berkenaan diri masing2 dengan buku dan genre yg mereka ada, suka etc. Bila saya tak mengenali siapa penulis tu, dan jika intronya dah boleh saya agak bagaimana isinya, … maka saya laju2 kan bacaan.. dah jd predictable je
37 reviews3 followers
November 20, 2025
unik cerita cerita dalam ni. hihi. paling unik cerita rak buku misteri di hujung perpustakaan. kreatif penulis. tapi tah tah cerita benar.. 😲😂

banyak cerita cerita menggamit jiwa. 🥹 kebanyakan nya bermula daripada impian di masa kecil. impian memiliki rak buku.

Tak lupa juga cerita rak buku Rm 15. 😂

di hujung hujung cerita, ada seorang penulis. mungkin pensyarah berpangkat professor juga? memberi fikir seorang pensyarah memburu jurnal demi jurnal semata nama, pangkat? hingga mengenepikan buku buku ilmiah lain? satu fikir yang membuka mata realiti dunia akademik.

Terima kasih semua penulis yang berkongsi cerita, rasa, memori 🥹♥️
Profile Image for Naz Banu.
36 reviews
January 13, 2024
Bahan bacaan yang ringan dan berbentuk cerpen.
Menarik sangat cerit cerita mengenai buku dan zaman kanak kanak.
Bagi saya buku ini membawa kenangan saya di waktu saya kanak kanak dahulu dan bahan bacaan yang saya idamkan.
Profile Image for Rinna Annirza.
26 reviews
April 30, 2022
Cerita-cerita yang menarik tentang buku pastinya mampu menawan hati para pencandu buku.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.