Saya sebenarnya ada satu buku ja buku puisi selepas buku lautan langit. Jarang sekali saya baca genre buku sebegini. Tapi alhamdulillah dari mula mukasurat sampai habis baru kita faham ap yg 5 penulis nak sampaikan . Menjadi muslimah ini bukanlah sekadar berketerampilan pakai purdah dan tudung labuh. Iyaaa, asalkan kamu islam dan perempuan itulah muslimah. Tapi sebaik baiknya muslimah adalah yg berilmu, ada wawasan hidup dan kenal tujuan hidup . Lepas baca separuh buku, baru nampak corak penulisan 5 penulis. Tapi ada beberapa pengulangan ayat yg sama dalam beberapa m/s. Mungkin penulis boleh tambahbaik pada tatabahasa, struktur dan ada ayat yg lebih indah diguna langsung dlm b.melayu drpd inggeris. Namun minor kesilapan itu tdk mengurangkan objektif penulis . Buku ini boleh menjadi bayangan yang sgt memujuk hati utk tetap terus teguh dgn pendirian terutama sekali pembaca lingkungan umur muda yg baru mengenali cabaran dunia luar; anak muda sekolah menengah hingga 20an . Tapi jujur, pada seksyen cerpen itu pelengkap dan jadi pembenar judul buku itu sendiri. Muslimah perlu hidup dgn bertujuan jelas, berilmu dan sentiasa dipandu dgn himmah berlandaskan syariat. Bukan sekadar muslimah berpakaian solehah tapi ia jadi cerminan di mana adakah kita tertuju dgn mencari redha Robbul Izzati !