Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kru Paranormal #1

Kru Paranormal: Baphomet

Rate this book
“Apa istilah cerita mistik yang disebarkan melalui sosial media ni? Lupa aku,” tanya Huda.

“Creepypasta! ” jawab Zamir. “Di Malaysia pun ada sekarang.”

“Kisah creepypasta Malaysia? Slender Man versi Malaysia? Hantu galah ke?” tanya Huda separuh berseloroh.

“Bukan,” jawab Zamir. “Hantu kepala kambing.”

Imtiaz dan Huda mengekek ketawa.

Imtiaz, Zamir dan Huda, tiga sahabat yang mengendalikan saluran YouTube mereka sendiri bernama Kru Paranormal, yang memfokuskan pada kisah-kisah misteri dan mistik. Tanpa disangka, perbualan mereka bertiga tentang hantu kepala kambing menjadi perbualan terakhir mereka bersama apabila Zamir terkorban dalam satu letupan feri.

Imtiaz yang berada di tempat kejadian sempat merakam seorang pemuda memanjat bumbung feri itu. Setelah meneliti rakaman itu, didapatinya ada bayangan manusia berkepala kambing di sisi pemuda itu sebelum letupan berlaku. Mayat Zamir ditemui, namun Huda sering menerima panggilan telefon daripada Zamir yang mengatakan dia tersesat dan tidak tahu di mana dia berada. Apakah yang sebenarnya berlaku?

Sementara itu, Inspektor Rahil tidak menyangka kes letupan feri ini membuatkannya terpaksa menghadapi semula kegagalan masa lampau. 17 tahun lalu, dia telah gagal menyelamatkan anak Encik Halim, dan kini, dia perlu berhadapan semula dengan lelaki itu untuk membawa berita malang seorang lagi anaknya, Zamir. Maruahnya sebagai pegawai polis perlu ditebus semula. Bersama-sama Koperal Darina, penyiasatan mereka membongkar sesuatu yang tak masuk dek akal, dan ada suatu kuasa yang menakutkan sedang mencaturi banyak nyawa tanpa sedar.

136 pages, Paperback

First published February 18, 2022

1 person is currently reading
41 people want to read

About the author

Khairul Nizam Khairani

46 books60 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
31 (29%)
4 stars
61 (58%)
3 stars
11 (10%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
609 reviews426 followers
August 14, 2023
EXCUSE ME, WHY THE HECK IS THE ENDING A CLIFFHANGER :')
Disclaimers: Its better to get the second book Kru Paranormal: Hantu Misi right away cause EXCUSE ME that was RUDE TO LEFT ME HANGING.


Anyways,

"Kebencian itu realiti....kebencian itu realiti....tahukah kau mereka membenci kau....


Such a good start to an extensive series.
Bergandingan dengan penceritaan yang senang dihadam dan dapat dihabiskan in one seating , sebuah kisah misteri yang sangat engaging dan aku seperti tak senang duduk nak tahu apa akan jadi untuk pengakhiran cerita.

Tahu-tahu, cerita ini terus bermula dengan sebuah pengeboman yang cukup tragis dan kematian seseorang. Left me quite speechless, but I love how engaging the story is and it really just got me hooked from the very start. Plot ceritanya dimulakan dengan tiga rakan yang bekerja sebagai Youtuber yang agak berjaya dan dinamakan chanel mereka : Kru Paranormal. Apabila sesuatu tragedi terjadi kepada salah seorang rakan mereka, dunia seakan kelam, tetapi terdapat beberapa benda aneh terjadi selepas itu.

In terms of writing style and plot-wise, I feel that this book will make such a good book if you are in a reading slump. Its easy to read and the FREAKING ENDING makes you want to read the second book ASAP. It is a series, so its better to read the book according to its publication order. Aku agak puas membaca buku ini walaupun ia kurang dari 200 muka surat. Ia straightforward , kisah mistiknya telah buat bulu roma aku meremang dan aku juga ingin tahu apa telah terjadi di sebalik semua insiden yang sudah berlaku.

Recommended for anyone getting into Malay crime thrillers! Its an engaging read that I'm happy to be sucked into for sure.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
June 28, 2022
Pengenalan bagi siri Kru Paranormal. Bagi aku buku pertama ini lebih kepada misteri dari seram. Tapi aku suka dengan twistnya, aku ditipu. Cuma misteri utamanya masih belum selesai. Sebab itulah ianya bersiri, duhh. Kesian Darina tak dilayan, dia lapar tu.

"Kebencian itu realiti... Kebencian itu realiti..."
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
March 5, 2023
Apabila penyiasatan + paranormal ditukang kraf cerita yang kemas = 💯

Baphomet adalah cerita pembuka: novel pertama semesta Kru Paranormal

Imtiaz, Zamir & Huda, 3 sahabat Youtuber Kru Paranormal yang bikin konten misteri & mistik.

Tanpa disangka, idea konten hantu kepala kambing menjadi perbualan terakhir mereka bersama apabila Zamir terkorban dalam satu letupan feri.

Dan hantu berkepala kambing muncul di video rakaman Huda beberapa saat sebelum feri meletup

Novelis pintar merungkai misteri & saspen lewat deduksi logik & forensik.

Malah begitu banyak kepingan² puzzle cerita: kemas disusun satu per satu sehinggalah lengkap naratif besarnya. (Di hujungnya kepala pembaca jadi "ting!")

Saya seperti teringat pernah membaca karya² Khairul Nizam: Gergasi & Anarkis. Bahasanya cermat. Plotnya juga kemas (2 benda yang pembaca cari dari sebuah cerita)

Khairul licik menyudahkan Baphomet dengan cliffhanger 😂

Ada persoalan² masih tak terjawab, saya percaya ia bakal dirungkai di novel² seterusnya

Ada 12 novelet dirancang untuk keseluruhan siri

Adakah saya akan membaca kesemuanya? Sudah pasti!

Bahkan, saya sudah membaca 8 siri novelet Kru Paranormal dalam 2 minggu!

Ini adalah reaksi pertama untuk Baphomet. Nantikan reviu sekuel Kru Paranormal. 😌

Ada karya yang saya pernah baca cuba gabungkan cerita polis & hantu, tapi tak berapa menjadi. Ia terasa longgar & sekadar tempel².

Tapi Baphomet solid.

4 ⭐

#paranormal #detectivestory #bookstagram #bookstagrammalaysia #malaysiamembaca #bookish #readinglist #bookrecommendations
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
May 29, 2024
Sebuah letupan feri mengejutkan Imtiaz yang berada di jeti. Rakannya Zamir adalah salah seorang penumpang feri tersebut. Malahan Imtiaz sempat merakam kelibat lelaki di atas feri tersebut.

Jalan cerita menarik dan pace penceritaan laju. Watak-wataknya pula sungguh menghiburkan hati dan masing-masing mempunyai personaliti yang berbeza.

Terbahak-bahak SH gelak mengenangkan watak-watak dalam naskah ini. Inspektor Rahil yang garang. Sambil marah boleh pula dia petik nama ultraman. Yang Koperal Darina tak habis-habis cari makan. Imtiaz pula boleh pula mimpi makan masa tidur dekat masjid.

Plot twist dia sangat menarik. Tak sangka sungguh. Tapi masih banyak persoalan yang belum terjawab. Maklumlah baru buku yang pertama.
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
July 29, 2023
Misteri - Seram - Jenayah

Berkisarkan tentang 'Hantu Berkepala Kambing'. Baphomet adalah siri pertama dari Kru Paranormal. Ada plot twist dan ceritanya tergantung (buku bersirikan 😌). Disebalik misteri dan seram terselit juga lawak, terhibur gak la sebab lawak dia bersahaja dan nampak 'kebengongan' disitu. Persoalan masih belum terjawab lagi ni huwaaa

**Setuju dgn komen tentang transisi/peralihan babak. Agak terganggu sedikit
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 7, 2022
Sebuah kisah penyiasatan dan paranormal yang menarik.. Kemunculan hatu kepala kambing mencetuskan beberapa insiden yang di luar jangka.. Pengakhiran yang membawa kepada persoalan tak berjawab.. Kena tunggu buku seterusnya keluar..
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
June 7, 2022
Tajuk: Kru Paranormal Baphomet
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Penerbit: @penerbitx

🖇 Makhluk itu bertubuh manusia tetapi berkepala kambing gurun.

Lama saya nantikan buku terbaru dari penulis selepas Puaka Kantin Sekolah. Dan penantian saya berbaloi kerana penulis bukan sahaja tampil dengan 1 buah buku malahan bersiri. Bravo!

Baphomet ini secara ringkasnya mengisahkan tentang 3 orang sahabat yang bernama Imtiaz, Zamir dan Huda. Mereka mempunyai sebuah youtube channel bernama Kru Paranormal. Dan youtube tersebut memuatkan video yang sudah semestinya berunsurkan misteri dan seram. Topik hangat ketika itu ialah mengenai satu mahkluk berkepala kambing gurun.

Tragedi letupan feri telah mengorbankan nyawa Zamir. Imtiaz yang ketika itu berada di tempat kejadian sempat merakam satu benda pelik yang berada di atas bumbung feri sebelum letupan. Selepas itu , banyak kejadian pelik berlaku. Huda menerima panggilan dari Zamir, Imtiaz sering melihat kelibat hantu kepala kambing dan banyak lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?

Saya puji konsep kulit buku siri Kru Paranormal ini. Siapa punya idea ni? Bila disusun bersambung ya. Cantik sangat. Eye catching sangat 👁 Brilliant!

Sampai sekarang, saya masih kagum dengan idea penulis untuk jadikan cerita ini menjadi satu siri. Pada saya, Baphomet ini sebenarnya lebih kepada misteri dari seram. Sebab saya rasa sepanjang saya baca, saya lebih banyak perasaan ingin tahu dari meremang bulu roma. Penulis bijak memberikan pembaca satu perasaan tidak sabar untuk ke mukasurat terakhir. Plot bergerak dengan sangat laju. Cuma ada beberapa ketika berlaku lompatan cerita ke satu cerita dengan tiba-tiba. Tapi jika fokus rasanya okay saja.

Bahasa yang digunakan penulis memang tiada masalah. Malahan saya sebenarnya mengikuti karya penulis kerana saya rasa saya suka dengan cari penulisan beliau. Penulis mengunakan bahasa yang mudah difahami dan justeru itulah mudah dan lancar saja pembacaan.

Siapa yang jangkakan yang Baphomet ini akan memberikan kepuasan menyeluruh kepada kalian. Kalian salah. Kerana selepas dari ini kalian harus dapatkan Hantu Misi pula untuk memuaskan lagi suku dari level kepuasan kalian. Haha
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
May 9, 2022
– 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 –
Imtiaz, Zamir dan Huda adalah tiga sahabat youtuber kepada chanel Kru Paranormal yang menyiarkan kisah-kisah misteri & mistik. Hantu kepala kambing yang menjadi trend mistik di media sosial ketika itu menjadi perbualan terakhir mereka bersama apabila Zamir terkorban dalam satu letupan feri.
Imtiaz yang berjaya merakam beberapa detik sebelum letupan mendapat ada bayangan manusia berkepala kambing di atas bot itu sebelum letupan berlaku. Misteri menjadi kemuncak apabila Huda sering menerima panggilan telefon daripada Zamir sedangkan menurut polis, mayat Zamir sudah dijumpai ketika itu.

“Kebencian itu realiti … kebencian itu realiti …” - Baphomet


– 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀 –
Plot cerita bergerak laju tapi jalan cerita still dapat disampaikan dengan baik. Walaupun buku ini lebih ke arah genre seram, tapi kita suka cara author selit hal hal forensik dalam penyiasatan buat kita rasa “taklah seram semata, tapi ada logiknya juga” ya begitulah.

Bahasa yang digunakan penulis memang saya bagi markah penuh. Bahasa sangat tersusun and cantikkk! Tiada bahasa pasar, kata singkatan (shortform) contohnya perkataan HR diganti dengan sumber manusia. Pemilihan perkataan juga lain dari lain contohnya pekak diganti dengan tuli. Buat kita yang membaca rasa lancar and sekata je, faham tak? 😂

Plot twist ya Allah ya Rabbi. Amat jarang lah tekaan plot twist saya tak mengena tapi tidak dengan buku ini. Saya memang sudah jangka wujudnya plot twist semenjak buku pertama tapi timing & cara penulis drop plot twists tu sangat unexpected! Di tengah tengah pembacaan yang tenang tiba tiba BAM drop the mic. Standing ovation saya bagi kalaulah cerita ini sebuah persembahan.

Timeline, mungkin ini sahaja yang agak mengganggu pembacaan saya. Aturan masa bab demi bab memang lancar tetapi apabila penulis mula ‘wrap’ kesimpulan di penghujung buku, saya mula keliru hahaha jadi macam “eh macam mana dia belok jadi macamni?” tapi boleh faham kot nanti bila sambungan buku ketiga dan seterusnya hihu.

– 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 –
Peminat misteri dan paranormal, baca lah. Peminat cerita yang berbelit belit, baca lah jugak supaya kita boleh rant and bincang sama sama apa yang terjadi sebenarnya 🧐
_______________
4 🌟 – untuk kedua dua buah buku!

_______________
Terima kasih @penerbitX atas pemberian buku ini dengan pertukaran ulasan
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
November 20, 2025
Sebagai buku pertama bagi sebuah siri, sejujurnya, tak begitu memberangsangkan. Walaupun siri bertajuk Kru Paranormal, ceritanya lebih banyak normal berbanding paranormal. Cerita tentang hantu berkepala kambing, Baphomet pun macam ikhlas tak ikhlas. Baru muncul, member dah pengsan. Muncul lagi, member pengsan lagi. Itu jelah tahap paling paranormal dalam buku ni. Selainnya banyak fokus ke drama prosedur penyiasatan polis je.
Profile Image for Nadia Juhari.
31 reviews2 followers
March 19, 2022
"Makhluk itu bertubuh manusia tetapi berkepala kambing gurun!"

Zamir, Imtiaz dan Huda bersahabat dan menjadikan kisah seram & mistik topik utama saluran YouTube mereka sendiri yang dinamakan Kru Paranormal.

Tragedi letupan feri di Tanjung Pengelih telah meragut nyawa Zamir dan ketika kejadian, Imtiaz yang menghantarnya ke jeti sempat merakamkan sesuatu kelibat yang berada di atas feri tersebut sebelum feri meletup setelah beberapa minit meninggalkan jeti.

Beberapa hari selepas pengebumian Zamir. Huda pula menerima panggilan telefon daripada Zamir yang menyatakan dia tidak tahu dirinya berada di mana sekarang sebelum talian dimatikan. Sementara itu, Imtiaz pula dihantui hantu kepala kambing dirumahnya.

Inspektor Rahil merasa kegagalan 17 tahun lampau menghantui dirinya semula bilamana Zamir merupakan abang kepada mangsa culik yang tidak dapat ditemukan semula. Dan kini, Encik Halim kehilangan kedua-dua anak dalam dua buah tragedi yang disiasat oleh Inspektor Rahil.

Husni pula kerap terdengar suara umpama bisikan yang sentiasa mengulang-ulang ayat yang sama setelah terserempak dengan hantu kepala kambing pada malam sesi burung hantu sewaktu menyertai kem motivasi.

Inspektor Rahil terdesak ingin menyelesaikan kes letupan feri. Imtiaz dan Huda percaya Zamir masih hidup. Tetapi jika Zamir masih hidup, mengapa DNA mayat yang dijumpai sepadan dengan DNA Encik Halim?

Aku tertarik nak baca buku ini disebabkan penulisnya, Khairul Nizam Khairani. (Duologi Anarkis oleh penulis berada dalam senarai bacaan terbaik aku). Dan bila aku tengok cover buku ni, ada dua benda 'ting' dalam kepala aku.

Pertama, Black Metal! Kedua, mesti ada ritual panggil roh. Jadi aku pun mula baca novelet ni dengan penuh rasa teruja dan bermulalah otak aku sakit sikit waktu nak cantumkan kepingan-kepingan cerita. Walaupun novelet ni nipis je (136 m/s) tapi konflik dia buat aku fikir dan main teka-teka siapa jahat siapa baik, siapa yang ada muslihat, betul ke hantu kepala kambing ni wujud dan macam-macam lagi. Tapi memang macam ni yang aku harapkan dari senang je teka.

Watak dalam novelet ini tidak susah untuk diingat dan dibayangkan. Cuma aku tak suka Inspektor Rahil sikit, dia punya sifat suka 'judge' tu ya tuhannn. Memang rasa macam nak cepuk je mulut dia. Hahaha. Nanti kalau korang baca korang faham lah kenapa.

Plot twist novelet ni buat aku baca ulang banyak-banyak kali bahagian tu dan beberapa muka surat awal sebab aku macam tak percaya dan setelah puas belek dan baca semula akhirnya aku terima la dengan berat hati. Memang aku tak jangka langsung!

Masa dah sesuku baca novelet ni, aku ada letak rasa curiga dengan salah satu watak ni, aku rasa dia mungkin salah satu dalang dan ada klu untuk selesaikan kes hantu kepala kambing ni. Dan makin banyak muka surat aku baca, makin banyak persoalan yang aku perlukan jawapan.

Dan pengakhirannya cukup buat aku ternanti-nanti nak baca sambungan novelet bersiri ini. Yang pasti, korang boleh baca novelet ni malam-malam tanpa risau pergi tandas sendiri. 😉

Oh ya, dipenghujung novelet juga turut disertakan sedutan untuk novelet sambungan sebanyak 3 muka surat. Dalam sedutan tersebut, nampaknya Inspektor Rahil masih berperangai sama. (Kita kena banyak bersabar dengan watak Inspektor Rahil)

Akhir kata, novelet ini wajib dibaca kalau korang suka novel seram fast pace cuma disebabkan ini novelet bersiri. Kita perlu tunggu novelet seterusnya iaitu KRU PARANORMAL: HANTU MISI.

Semoga reviu ringkas ini cukup nak buat korang baca buku ni. 🙆‍♀️
Profile Image for Naqibah (_ibsread).
50 reviews6 followers
March 13, 2022
Kebencian itu realiti... kebencian itu realiti... tahukah kau mereka membenci kau...

Baphomet ialah buku pertama dalam siri Kru Paranormal mengisahkan tiga sahabat, Imtiaz, Zamir dan Huda, yang mengendali saluran Youtube bertemakan misteri dan mistik. Namun, Zamir terkorban dalam sebuah letupan feri. Mayatnya ditemui tetapi Huda menerima panggilan telefon daripadanya mengatakan dia sesat. Pada masa yang sama, Imtiaz dihantui lembaga berkepala kambing yang muncul di feri semasa kejadian itu dan Inspektor Rahil yang ada sejarah hitam dengan keluarga Zamir bertanggungjawab untuk menyelesaikan kes ini. Bersama dengan Koperal Darina, Rahil membongkar insiden ganjil itu yang melibatkan entiti di luar jangkaan mereka.

Plot bergerak dengan pantas dan aku berjaya menghabiskan buku yang berjumlah 127 halaman ini dalam masa kurang daripada 90 minit. Meskipun aku rasa buku ini lebih cenderung kepada misteri berbanding seram, penulis bijak meyimpulkan kedua-dua unsur bersama. Penulis juga memasukkan unsur jenaka dalam penceritaan. Walaupun aku terhibur dengan jenaka yang terkandung dalam cerita, ada masanya aku rasa jenaka tersebut mengganggu suasana penceritaan.

Kemuncak cerita menunjukkan plot twist yang sangat bijak kerana walaupun ia mungkin kelihatan seperti tiba-tiba kerana berbeza daripada perkembangan plot seram/misteri yang klise, klu sudah diberikan sejak permulaan cerita secara halus menyebabkan aku terkejut dan kagum dengan gaya penulisan.

Secara keseluruhannya, Baphomet berbaloi untuk dibaca kerana unsur misteri dan seram yang berkesan dalam cerita yang pendek serta perkembangan plot yang memuaskan. Walaupun terdapat persoalan yang masih belum terjawab, ia dapat diterima kerana terdapat kesinambungan kepada buku seterusnya dalam siri ini.

rating peribadi: 3.75⭐
--
Terima kasih Penerbit X dan PTS Publication atas sumbangan buku untuk diberikan ulasan 💙
Profile Image for chelsannereads.
182 reviews4 followers
July 15, 2023
Genre: mystery, thriller, horror
Tw: gore scenes a lil bit

4.0 🌟

Cerita dia macam ni Imtiaz, zamir & huda ni youtuber nama channel diorg kru paranormal. Nak dijadikan cerita, si zamir ni nak pergi bercuti dengan keluarga dia Imtiaz ikut sekali hantar zamir pergi naik feri. Sekali lepas je zamir naik feri Imtiaz nampak seorang lelaki pakai sut hitam panjat dekat atas feri tu lelaki ni nampak macam suspicious je lepastu si Imtiaz ni rakam la lelaki tu tak sampai beberapa minit feri tu terus meletop! Selepas sahaja siasatan dijalankan rakan Imtiaz iaitu zamir mati dalam nahas feri tersebut tetapi huda menghubungi Imtiaz mengatakan bahawa zamir ada hubungi dia. Tetapi panggilan dibuat selepas zamir disahkan mati. Pelik bukan? Nak tahu sila lah baca ~

My thoughts 💭

My first paranormal, horror book yang aku habis sepanjang aku hidup. Selalu baca novel seram tak pernah habis 😬😶‍🌫 baca cerita ni membuatkan aku timbul banyak persoalan. Part yang last² sekali tu buat aku punya otak hilang and aku tak faham apa yang jadi. Ada yang aku faham ada yang tak faham macam mana boleh jadi macam ni? I BE LIKE HELLO APA YANG SEDANG JADI? BOLEH TERANGKAN DEKAT SAYA TAK? 🤣 Banyak misteri dan tanda tanya yang belum terungkap. Aku tak nak bahas panjang² takut aku terspoiler walaupun diri ini gatal sangat nak tanya 😂 ok yang si inspector Rahil ni pun tak rilek langsung asyik marah Imtiaz je 🥹 baik budak tu aku nampak jangan lah marah² dia😂 plsu budak tu kelakar juga kadang² and tak lupa juga makcik kissmi tu ya ampun 😭 makcik polis tengah buat kerja tu dia lalu² dekat depan macam takde pape je 😭 overall cerita ni best sangat aku tak sabar nak baca the rest novella kru paranormal series ni.

p/s: rekomen lah buku yang ada vibe² mcm ni. Buku paranormal atau novel seram i nak baca hihi😙
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
November 1, 2025
[ebook 42_2025]

Kru Paranormal 1: Baphomet by Khairul Nizam Khairani.
.

Okay, ni buku first dalam Series ni.
.

Waktu baca buku ni, rasa macam dejavu. Kenapa rasa macam familiar je plot ni.
.

hahaha. rupanya, sekali lagi, aku ni memeningkan kepala sendiri. (selain daripada baca buku ke-3 dulu)
.

Rupanya, sebelum baca buku ke-3, Imaginary Friend tu, aku dah pernah baca buku ni. Tapi aku DNF. Masa tu, kekangan masa la, disamping buku ni buat aku confused. So, letak tepi sampai ke sudah. Tu yang lupa tu.
.

Tapi kali ni, walaupun buku ni tak berapa memikat hati, tetaplah aku teruskan sebabnya aku dah terpaut hati sejak baca buku ke-3 tu. Nak tak nak, aku wajib habiskan. hahah.
.

Oh by the way, siri ni, ada 12 buku.
.

Kenapa aku kata buku ni tak berapa memikat hati aku?
.

Sebabnya aku confused. Mungkin sebab buku first kan, amik masa sikit la nak digest plot twist yang buat aku pening tu.
.

Ceritanya, Zamir, Imtiaz dan Huda ni, youtubers untuk Kru Paranormal.
.

Pada satu hari, waktu Imtiaz hantar Zamir menaiki feri, feri tu meletup. Waktu tu, sempat la Imtiaz rakam moment tu. Nampak la, macam ada figura manusia berkepala kambing.
.

So, Zamir dikatakan mati, sebab DNA yang dijumpai, sama dengan DNA ayah Zamir.
.

Bagaimanapun, Huda bagitahu yang dia dapat panggilan telefon daripada Zamir.
.

Setelah disiasat, rupanya Zamir masih hidup dan terlantar di hospital.
.

Jadi, siapa yang call Huda guna phone Zamir, sedangkan phone tersebut tidak dijumpai pun? Dan mayat siapa yang dikatakan milik Zamir tu?
.

Lagi misteri, bila ayah Zamir dijumpai mati dirumahnya, dengan kepala terputus.
.

Macam biasa, ceritanya tergantung. Untuk bersambung dalam buku seterusnya.
Profile Image for dianisaureads.
4 reviews1 follower
June 14, 2022
buku ini mengisahkan tentang tiga orang rakan yang merupakan youtuber membincangkan mengenai hantu; zamir, huda dan imtiaz. jalan cerita serta penggunaan bahasa yang agak mudah untuk difahami serta beberapa elemen sains forensik yang turut dibincangkan dalam buku ini membuatkan saya lebih tertarik untuk menghabiskannya.

selain itu, saya juga tertarik dengan jalan cerita yang mempunyai plot twist di hujungnya dan jelas sekali saya tidak menyangka bahawa kisahnya akan berakhir seperti itu. buku ini lebih dari sekadar mengenai hantu kepala kambing seperti yang terdapat pada kulit buku tetapi mengisahkan tentang kekejaman dan kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu jenayah tapi memikir salah dan benar. walaupun husni bukanlah anaknya yang hilang, tetapi tidak wajar encik halim bertindak sedemikian. namun, saya tidak pasti bagaimana pula sambungnya kerana buku ini hanya saya perolehi sebagai hadiah di pesta buku tempoh hari. disebabkan oleh hal itu juga, saya masih tertanya tanya pengakhiran cerita dan apakah peranan asrul dalam cerita ini.

pandangan saya, buku ini tidak terlalu lanjut cerita berkenaan hantu kepala kambing namun lebih kepada unsur suspen mengenai siapakan dalang yang sebenar di sebalik apa yang berlaku. buku ini juga cuba untuk memperlihatkan elemen persahabatan antara tiga sekawan yang sentiasa berada di sisi masing masing semasa dalam kesusahan dan cuba untuk merungkai misteri yang berlaku.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
June 21, 2022
Sebuah kisah penyiasatan dan misteri yang menarik untuk dibaca. Aku susah nak suka kisah penyiasatan sebab kebanyakan buku penyiasatan yang aku baca meleret dan banyak babak berulang. Tetapi tudak untuk buku ini. Kisah dia sangat lah laju dan tak buat aku rasa bosan sikit pun. Cuma terlalu banyak nama watak sampai aku pening yang mana satu ini, yang mana satu itu.

Kalau korang nak tahu kisah ni tentang apa, baca je sinopsis kat belakang buku ni. Memang tu lah cerita nya 😂. Aku rasa blurb kat belakang tu mendedahkan kisah ini terlalu dalam tapi bila aku baca, of course ada plot twist dan persoalan yang membuatkan aku tertanya.


SPOILER
SPOILER
SPOILER

Kenapa ayah Zamir terlibat ?
Siapa makhluk berkepala kambing yang menghantui ?
Apa kaitan makhluk berkepala kambing tu dengan kes ini ?

Kalau nak tahu kena baca buku ni dan kalau nak lebih tenang lebih baik lengkapkan keempat-empat buah buku dalam siri ni terus supaya lebih mudah untuk tahu kisah selanjutnya 😂

Overall
⭐️⭐️⭐️⭐️

Tolak satu bintang sebab ending dia tergantung.
Profile Image for Dalilah Izzatie.
62 reviews
June 11, 2022
At first baca macam tak boleh terima sebab penulis mixed hantu dengan polis. Sebab novel pertama penulis yang di baca adalah Anarkis and terus jatuh cinta dengan penulisan dia (well action kan). Masuk cite Baphomet ni agak sukar menerima input(sebab geli membayang kot) but after bab 5 ke atas plot makin menarik. Makin banyak persoalan and persoalan itu di ketengahkan dalam bab2 terakhir. Tapi logik dek akal memang tak dapat sangkal la kwujudan Hantu berkepala Kambing siap bersuit ni. So bile kite baca pon kite ade that feeling. Just why the end tu tak habis sebab bersambung dekat Hantu Misi. Cuma terbayangkan, bagaimana penerimaan Zamir. And who is Azrul?
Profile Image for Syukri.
160 reviews9 followers
January 6, 2024
Solid introduction to a series with a nice story and plot twist but I the cliffhanger. I need to read second book ASAP.

Pace penceritaan yang bagus, fast pace, page turner. Cerita dari satu plot ke satu plot bersambung dengan baik.

Profile Image for Awan Wafdan.
Author 6 books53 followers
March 4, 2023
Sebuah buku yang menarik. Premisnya memang jadi faktor utama kenapa aku pilih untuk baca. Cuma, transisi antara babak dan masa agak mengganggu. Build up mystery boleh dimantapkan lagi. Terutamanya dari segi set-up dan pay-off.

Terbaik dari segi pembeza watak. Masing2 ada perangai. Ada yang menyakitkan hati dengan biadabnya, ada pula yang “apa bengaplag watak ni.”
.
Timbang tara; boleh diperkemas. Agak sesuai sebagai pemula siri.

3.25 🌟
Profile Image for nilam°.ೃ࿐ .*.
39 reviews1 follower
August 2, 2023
i love the storyline. penulis sangat pintar dalam mengelirukan pembaca dengan bermain dengan masa lalu dan masa sekarang. the plot twists are very mind-blowing too tapi saya kurang suka dengan dialog-dialog yang digunakan. terlalu formal dan kadang-kadang jenaka yang dilontarkan tak kena waktu dan tempat. baru je nak rasa tertekan sikit, tiba tiba ada karakter yang buat lawak yang mana pada saya sangat merosakkan mood untuk membaca. i hope the next book will be better.
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
July 26, 2025
permulaan cerita pembaca terus disajikan dgn konflik utama. Agak confuse pada mulanya yg mana satu asrul atau husni sebenarnya. Tapi terjawab persoalan ni apa ke perhujung cerita, cuma still tk thu motif halim tu buat mcm tu, kena baca next book la nampaknya. Elemen seram, spesifiknya jembalang tu hanya muncul seketika di beberapa bahagian, just menghasut mangsanya je rasanya, ataupun ada lebih lagi dari tu yg pembaca tk ketahui....
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zuzu Zain.
155 reviews
December 29, 2025
Seronok terukkkk ! Suka la bahasa dia bahasa melayu betul yang bukan beria nak melayu sampai tak faham. Macam baca buku penulis zaman sebelum semua nak jadi penulis. Karakter Darina dengan Imtiaz pun kelako. Cuma tu la, kan best kalau ada kompilasi semua siri dalam satu. Senang nak belek. Eii kenapa la tak jumpa buku ni dari awal.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
December 18, 2022
Selesai siri pertama.
Macam biasalah, tulisan penulis neh memang buat ko tak sabar nak tau apa jadi lepas neh. Kenapa jadi macam tu eh?
Plot twist dia. Tak sangka aku. Hahahaha!
Jom sambung Hantu Misi.
Profile Image for Zahra.
180 reviews
May 29, 2023
4⭐ because of that PLOT TWIST 😭 I'm not into horror but I really cannot take this image of Baphomet seriously sebab kenapa dia cosplay as corporate slave???



❗SPOILER RANT❗

LEPASTU SAMPAI HATI KAU BUAT DEKAT ANAK (YANG DIBESARKAN) YATIM PIATU MACAM TU 😭😭
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sofea.
19 reviews
October 27, 2023
4.5! I mule ii tak tau yang buku ni series so I baca hantu misi dulu then hantu kilang lama, so bile baca tu macam tak faham sgt la, harini baru baca buku ni n wow Baru faham!! Tak sabar nak baca buku next!! Tak expect langsung plot twist die!!!
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
November 1, 2025
Gabungan seram, misteri dan dunia moden yang segar! Kisah kru YouTuber paranormal yang terjebak dalam tragedi penuh rahsia ini memang mencengkam dari awal hingga akhir. Ringkas tapi berkesan — buat saya terfikir siapa sebenarnya “Baphomet” yang sebenar.
23 reviews2 followers
March 29, 2023
terjatuh cinta dengan siri ini. Penulis bijak menata watak dan plot cerita.
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.