Jump to ratings and reviews
Rate this book

Chinta

Rate this book
Rahsia itu dipendamnya
sehingga menyakitkan dirinya sendiri

Sinopsis : CHINTA
Zahirnya dia lelaki yang sempurna, ada gaya
ada harta. Sedangkan tiada siapa yang tahu
dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang
menghantui bertahun lama. Kerana angkara si emak,
lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah
percaya pada cinta. Bahkan dendang yang berladung
di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai
suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir.
Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta
dan bencinya pada wanita.
Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang
disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta?
Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh
menjawabnya...

CHINTA
Cetakan 1 - Disember 2008
Cetakan 2 - Februari 2009
Cetakan 3 - Januari 2010
.

728 pages, Paperback

First published December 1, 2008

22 people are currently reading
276 people want to read

About the author

Norhayati Berahim

65 books206 followers
Novelist prolific writing since the age of 17, up to now has produced over 40 novels.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
85 (41%)
4 stars
76 (36%)
3 stars
34 (16%)
2 stars
8 (3%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
November 10, 2018
Chinta bercerita tentang kehidupan Chinta sejak dari zaman kecilnya yang sering disisihkan oleh si ayah tanpa sebab yang jelas. Namun segalanya diterima dengan hati yang lapang oleh Chinta biarpun jiwanya begitu terluka dek sikap pilih kasih keterlaluan ayahnya. Segala kasih sayang dan harta benda hanya dicurahkan kepada Rodin, abangnya. Hatta sanggup menjual tanah demi membiayai pengajiannya di luar negara, sedangkan Chinta dinafikan haknya semahunya.

Namun Chinta tetap membesar sebagai anak yang mengenang jasa. Sentiasa bermanis muka dan berlemah-lembut melayan ibubapanya. Hingga akhirnya berjaya juga dia meroboh tembok batu ayahnya. Lebih-lebih lagi bila dibandingkan dengan Rodin yang langsung tidak menunjuk muka semasa senangnya.

Percintaannya dengan Saiful yang runtuh selepas lama berkawan sedikit sebanyak merobek perasaan Chinta. Kesetiaannya menunggu selama 10 tahun dengan mudah dileraikan kerana Saiful lebih mengejar kemewahan yang boleh didapati dengan mudah sekiranya dia mendampingi Akma. Dan Chinta akur dengan ketentuannya.

Walaupun Chinta menerima lamaran Raja Akid demi menebus tanah pusaka yang digadai oleh si abang, namun pengakuan cinta Akid yang membuka hatinya. Dan Chinta juga mula belajar untuk mencintai suaminya setelah halalnya ikatan.

Luarannya tampak begitu bahagia, namun hakikatnya setelah berbulan berkahwin, masih ada rahsia peribadi yang tidak mampu diluahkan. Dan sikap Raja Akid yang bertukar berang tiap kali hal tersebut diajak berbincang, menyukarkan lagi jalan untuk mencari penyelesaian. Mujurlah akhirnya berjaya juga Chinta memujuk. Barulah terlerai apa yang selama ini dipendamnya dan perlahan-lahan menghilangkan kesan trauma tersebut.

Buku tebal, tapi plot dan penceritaan yang lancar membuatkan pembacaan agak laju.
Seperti biasa penulis akan menyelitkan isu-isu moral di kalangan masyarakat dan banyak info-info menarik untuk dikongsi bersama pembacanya. Mungkin kerana bahasa kritikannya masih lembut dan diadun dengan baik dalam jalan cerita, membuatkan saya tidak merasa diasak untuk menerima semua itu secara paksa (yang mana boleh membantutkan rasa dan mengurangkan keterujaan membaca). Walaupun ada tingkah yang tak sepatutnya, saya menganggap itu adalah khilaf semasa (pada masa itu).

Semoga pembaca dan penulis akan mendapat banyak manfaat dari pembacaan ini.
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
September 19, 2013
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
ISBN978-967-5229-02-2
Harga: RM24.90 / RM27.90
M/S: 728
Cetakan 1 - Disember 2008
Cetakan 2 – Februari 2009


Rahsia itu dipendamnya sehingga menyakitkan dirinya sendiri

Blurb:

Zahirnya dia lelaki yang sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu, dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.

Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya… hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya…

Kak Chik menukil:

Chinta anak yang lahir dari pernikahan yang tidak direstui keluarga. Tragisnya hidup Chinta kerana dia ditinggalkan pula pada orang yang menghalang pernikahan ibu bapanya. Namun Chinta tidak pernah tahu bahawa yang menjaga dan merawatnya sedari kecil bukan orang tuanya. Chinta sering tertanya-tanya mengapa lelaki yang bernama Kamal yang dipanggil ayah itu tidak pernah senang dengannya, tidak pernah bermanis mulut dan muka dengannya malah dia dilayan dengan zalim sekali sehingga si ayah sanggup memukulnya sehingga dia hampir putus nyawa. Tetapi kenapa dia diberi nama CHINTA sedangkan dia tidak pernah mendapat pengiktirafan itu dari ayah dan abangnya, Rodin selain Makcik Molek yang terus-terusan membela dan menyokongnya. Apakah rahsia yang disembunyi dari Chinta sehingga si ayah sanggup membuat pengakuan yang si ayah tidak akan pernah memaafkan Rodin, anak kesayangannya?

Raja Akid ada segalanya, ada rupa dan ada harta. Dia lelaki metrosexual yang tampan dan mampu memiliki segalanya. Pada zahirnya dia tampak gagah dan lengkap untuk menawan sesiapa sahaj yang mahi dimiliki. Tetapi tiada sesiapa yang tahu selama ini, sejak bertahun-tahun lalu dia sudah terlalu parah dengan dendam terhadap emak sendiri. Raja Akid hilang kepercayaan terhadap cinta dan hilang hormat serta benci pada wanita yang melahirkannya sekaligus memerangkapnya dalam mimpi ngeri yang sukar dibuang. Dia membenci wanita kerana perbuatan si emak dan dia hilang daya sebagai lelaki kerana jijik perlakuan si emak. Mampukah Raja Akid bangkit melawan igauan ngeri tersebut saat melayari bahtera cinta yang dibina?

Sudut pandang Kak Chik:

Dah bertahun rasanya Kak Chik tak membaca karya NB. Ternyata karya NB sudah terlalu matang dengan bahasa yang cantik dan jalan cerita yang tersusun elok. Namun tetap mempunyai tarikan yang tersendiri kerana NB menggunakan sedikit unsur-unsur teka teki yang buat kita tertanya-tanya dan teruja untuk mengetahui penamat jalan ceritanya.

Pada Kak Chik karya penulis yang berpengalaman seperti NB lebih realistik dalam menghasilkan karya dengan isu-isu semasa yang terjadi dalam masyarakat yang diolah dan direncanakan dengan teratur dan mudah difahami oleh pembaca.

Kisah Chinta, anak yang terpaksa menerima hukuman daripada perbuatan ibu bapanya yang bernikah tanpa izin keluarga juga memang sering terjadi dalam masyarakat kita. Ditambah pula dengan sikap Pakcik Kamal yang terlalu keras melayan Chinta tetapi terlalu berlembut dan memanjakan Rodin sehingga sanggup menggadai tanah untuk menghantar Rodin belajar ke luar negara sedangkan secara tidak langsung dia sudah mendidik Rodin menjadi bongkak dan tidak bersyukur. Rodin, si anak yang disanjung-sanjung sanggup bernikah senyap-senyap ketika di luar negara dan apabila sudah bekerja masih lagi meminta duit daripada Pakck Kamal malah Rodin tidak pernah pun menghulur duit untuk orang tuanya apatah lagi bertanya khabar.

Berlainan pula dengan Chinta, anak yang dikeji dan dipukul hingga hampir putus nyawa itu tidak pernah melupakan keluarga. Chinta sentiasa berlembut dengan Pakcik Kamal walaupun dia tidak pernah lupa perbuatan si ayah terhadapnya. Chinta sentiasa berfikiran positif malah sentiasa mahu memberi yang terbaik buat mereka.

Dilema Raja Akid pula, diolah dengan dimensi yang baru. Kita sepatutnya bersyukur kerana Raja Akid diberi kesengsaraan dengan berasa jijik kepada perbuatan si emak kerana kalaulah dia terpesong arah dengan mengikut jejak si emak, pasti lagi parah permasalahan ini. Namun begitu, dari sisi lain kita juga perlu berfikir kenapa si emak sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu (kerana dalam karya ini NB tidak membuka ruang untuk si emak untuk melorek rasanya), adakah kerana kesibukan si suami dalam menguruskan perniagaan atau kerana sudah buta dalam menilai hukum halal haram perbuatan. Walau apa pun alasannya perbuatan tersebut tetap berdosa besar dan dilaknat Allah.

Dari sudut pemikiran Kak Chik, Raja Akid terperangkap dengan penyakit tersebut kerana dia tidak pernah berkongsi adegan jijik yang dilihat dengan orang lain waima dengan Jessi teman sepermainan sejak kecil. Dia beranggapan Jessi juga tidak tahu apa-apa mengenai perbuatan jijik si emak sedangkan dia tidak pernah tahu Jessi juga pernah menjadi saksi. Selain itu, watak Raja Akid yang culas dalam menunaikan tanggungjawab sebagai umat juga mungkin menjadi sebab kenapa dia diduga sebegitu.

NB dengan cara yang halus dan teratur sudah mengjatuhkan hukuman pada watak-watak jahat dalam karya ini seperti Saiful yang curang terhadap Chinta kerana tamak harta dunia sudah ditipu oleh perempuan yang digilainya, Rodin mati kena bunuh sebab hutang bekas isterinya dengan ceti haram dan emak Raja Akid menghidap kanser.

Walaupun begitu Kak Chik masih tidak begitu jelas mengapa Suha sanggup meninggalkan Chinta sedangkan dia berkahwin dengan lelaki kaya walaupun lelaki itu juga dibuang keluarga. Ditambah lagi dia sanggup membiarkan anaknya tanpa ditanya khabar hanya semata-mata takutkan emak dan abangnya.

Karya NB masih lagi mampu menambat hati Kak Chik.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
June 13, 2015
Buat pertama kalinya tiada siapa dimadukan dalam naskah ini. Fokus kisah kali ini berkenaan pilih kasih ayah terhadap anak yang telah mendera emosi dan fizikal Chinta dan kesan jangka panjang pada anak yang melihat kecurangan orang tuanya.

Terang-terangan Pakcik Kamal lebih sayangkan anak sulungnya Rodin. Segala kemahuan Rodin diberikan sampai tanah habis dijual untuk tampung pelajaran diluar negara. Sedangkan Chinta yang lebih bijak tak dihantar ke sekolah berasrama walaupun menerima keputusan cemerlang. Ada sampai satu tahap Chinta didera kerana konon mengadu domba dengan Mak Yong kakak Pakcik Kamal. Itu kisah remaja Chinta. Bila dewasa Chinta lah yang selalu hulur duit dan balik kampung melawat Pakcik Kamal dan Makcik Molek. Rodin telefon pun jarang apatah lagi nak hulur duit. Lebih malang lagi, angkara Rodin tanah dan rumah yang mereka duduki sepatutnya atas nama Chinta dah Pakcik Kamal tukar penama dan hampir tergadai. Pakcik Kamal mula insaf dan kecewa dengan tindakan Rodin yang tak mahu bayar hutang bank menyebabkan Pakcik Kamal meninggal dunia tanpa memaafkan anak kesayangannya.

Chinta yang telah putus cinta dengan Saiful akhirnya menerima lamaran Raja Akid, bos tempat dia bekerja demi menyelamatkan tanah dan rumah. Kisah Saiful seperti kisah si Tanggang, dah curangi Chinta satu hal, mak bapa dia yang buta pun dia maklum dah meninggal dunia kepada kekasih baru yang kaya. Kasihan Chinta yang menunggu 10 tahun tapi kasih tak kesampaian. Walhal Chinta begitu menyayangi mak bapa Saiful yang buta tu.

Raja Akid yang Chinta kenali 6 tahun selama bekerja di bawah satu bumbung memang lelaki yang baik. Malangnya Akid tidak berminat dengan perempuan kerana kisah masa silam emaknya yang curang semasa ayah Raja Haidar sibuk mengurus kilang. Tiada siapa pun yang tahu Akid melihat sendiri kecurangan emak, dan tanpa ayah dan Akid ketahui sahabat Akid Jassie yang berjiran dengan mereka turut menjadi saksi. Kasihan ayah, kesetiaan dan pengorbanan dia sia2 dengan kecurangan isteri yang dahulunya hanyalah seorang pembantu rumah. Perkahwinan yang menyebabkan Raja Haidar dibuang keluarga.

Chinta bahagia hidup dengan Raja Akid. Tapi masalah Akid yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang sempurna menggugat keharmonian rumah tangga. Perkara paling rumit apabila Chinta tidak boleh langsung menyentuh isu ibu mertuanya kerana Akid akan berubah tingkah. Kerana ego, Chinta berkali-kali dilukai. Ada lagi kisah mengejutkan dari NB tentang siapa Chinta sebenarnya. Sikap orang tua yang terlalu melindungi sehingga tanpa sedar telah menyakitkan hati anak sendiri dan akhirnya terpalit pada cucu yang tak bersalah.

Pengakhiran yang baik untuk Raja Akid dan Chinta, Raja Haidar dan Mak Yong serta ibu bapa Saiful yang buta. Yang pasti orang yang buat jahat menerima pembalasan atas kejahatan mereka.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 26, 2010
Chinta bercerita tentang watak utamanya; Chinta dan juga Raja Akid. Kedua-dua watak ini merupakan tonggak utama dalam novel ini. Seperti selalunya, penulis kegemaran aku ini suka mengangkat kaum Hawa tuk punya semangat juang yang tinggi. Tak mudah mengalah, penuh dengan sikap sabar dan bersemangat kental walau apa pun halangan yang mendatang.

Chinta – gadis ini tak pernah diterima dalam kamus hidup ayahnya sendiri. Sadis sungguh kerana dari kecil dia sering dipukul oleh ayahnya sendiri. Maki hamun, sepak terajang itu bagaikan ‘makanan’ untuknya membesar. Chinta akur dan pasrah menerima segalanya biarpun dia tak pernah mengerti apa punca sebenar ayahnya itu selalu naik angin. Namun, Chinta tetap ceria... hidupnya bahagia dengan kehadiran ibunya; Molek dan Mak Yongnya. Malah, adik-beradik kecuali abangnya; Rodin begitu menyayangi kakak mereka. Dia juga punya Candy; sahabat karibnya sejak kecil.

Menginjak ke bangku universiti, Chinta bertemu Saiful. Hubungan itu mekar sehinggalah masing-masing bekerja. Tapi sayang, hati Saiful mudah berubah. Dia bagaikan lupa pada siapa yang banyak membantu Saiful dan keluarganya. Saiful akhirnya hanyut dengan harta-harta dunia. Si Chinta dibiarkan keseorangan. Sungguh tidak adil sedangkan hati Chinta sarat dengan kasih sayang bukan saja untuk Saiful malah kedua-dua ibu bapa Saiful yang cacat penglihatannya.

Raja Akid – lelaki metroseksual kih5 Memanglah... kalau pandai bergaya, kacak dan banyak duit pula tu, semua orang pasti menjangkakan Raja Akid ni sempurna. Tapi dalam diam, Raja Akid tak pernah sukakan wanita. Bukannya gay, tetapi ada cerita sewaktu kecil yang menjadikan dia trauma pada golongan perempuan. Berkenalan dengan Chinta buat dia makin selesa tapi di sudut hati dia masih tidak mampu mempercayai Chinta.

Dek kerana ingin menyelamatkan tanah, Chinta ‘terpaksa’ berkahwin dengan bos sendiri – Raja Akid. Walaupun keliru, masing-masing nampaknya berusaha untuk bahagia. Bukankah cinta selepas kahwin itu lebih indah? [agak je sebab ni yang terjadi dalam cerita ni:] Ending? Tak perlu dicerita korang kena la baca hik3 lalala5

Selain cerita Chinta dan Raja Akid, ada juga cerita tentang Raja Haidar dan Sheema; ayah dan ibu Raja Akid. Ada juga terselit kisah mengapa Chinta ‘dibuang’ oleh ayahnya sendiri di penghujung cerita. Kisah Mak Yong yang setia dengan cintanya pada arwah suaminya juga menarik. Senang cerita, kisah-kisah dalam Chinta ini adalah cerita tentang cinta dan kasih sayang ;D
Profile Image for Faiz • فائز.
359 reviews3 followers
November 4, 2022
Memaksa diri menjamah novel genre cinta setelah asyik bergelumang dengan bacaan akademik. Puas dan lega; begitulah perasaan saat menghabiskan novel ini. Gaya bahasa yang teratur, penyudah cerita yang baik dan aturan yang seimbang untuk setiap watak.

Paling gemar dengan dialog-dialog yang dituturkan, tampak bersahaja dan asli. Juga, kagum dengan bagaimana pengarang meletakkan latar belakang cerita bersesuaian dengan keadaan watak dan perkembangannya selain mengkritik secara halus beberapa stigma dalam masyarakat hanya dalam beberapa baris. Ringkas tapi mencantas.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
April 29, 2023
[BOOK 48]

Chinta by Norhayati Berahim.
.

Walaupun ni buku lama, aku berpuas hati baca.
.

Buku ni cerita tentang Chinta dan Akid.
.

Chinta dibesarkan oleh Pak Karim dan Mak Molek. Daripada kecil, dia sering dimarah tanpa sebab oleh ayahnya. Bahkan ayahnya sering melebih-lebihkan abangnya, Rodin sehingga sanggup menggadai tanah demi menghantar Rodin belajar ke luar negara. Sedangkan Chinta yang memiliki result yang lebih cemerlang, tidak dibenarkan masuk ke asrama.
.

Bertahun berlalu, Pak Karim mulai menerima Chinta. Memandangkan Chinta la yang selalu balik ke kampung, sedangkan Rodin tak pernah balik.
.

Raja Akid pulak ialah bos Chinta. Akid ni membenci perempuan disebabkan dia pernah menyaksikan hubungan terlarang ibunya. Tapi, dia boleh terima Chinta dalam hidupnya. Mereka mesra je bersama.
.

Sehinggakan ada sesuatu perkara yang menyebabkan Raja Akid dan Chinta berkahwin. Tapi Akid dah cakap awal-awal, yang dia ada masalah, tapi dia akan cuba berubat.
.

Lepas kahwin, barulah Chinta tahu apa masalahnya. Dan biasalah, lelaki ada egonya. Itu yang buatkan hubungan mereka ada pasang surutnya.
.

Overall, aku suka topik yang disampaikan. Tentang 'masalah' Akid tu dan trauma yang dialaminya. hurm, lepas je dia bercerita punca traumanya kepada Chinta, eh, terus elok je eh.
.

Aku suka ending untuk semua watak jahat dalam buku ni.
.

Rasanya, Akid ni cuma trauma dengan perkahwinan, bukanlah membenci wanita. By the way, aku rasa makin bijak sekarang sebab dah boleh predict daripada awal siapa ibu kandung Chinta. hahaa..berdasarkan pengalaman membaca novel NB sebelum ni.
.

p/s: bukan novel zaman sekarang je yang ada isu scene manis suami isteri ni, novel dulu pun ada je. hehe. kbye.
12 reviews
October 5, 2018
What else to say about NB masterpiece
I love the way Akid and Chinta developed their relationship throughout the journey
Brilliant writing! Superb! Interesting
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
February 22, 2013
Chinta selalu saja jadi mangsa pukul dan marah Pakcik Kamal. Namun dia disayangi oleh Makcik Molek serta adik-adik yang lain. Rupa-rupanya dia adalah anak kepada adik Pakcik Kamal yang telah melarikan diri dan berkahwin dengan seorang kaya. Lalu Pakcik Kamal melampiaskan dendamnya kepada Chinta. Rodin pula adalah anak yang di tatang sepenuhnya tetapi akhirnya dia amat mengecewakan Pakcik Kamal sehingga membawa maut. Chinta mempunyai jiwa yang lembut serta tulus dan dia disenangi oleh ramai kenalan terutama Candy, Jessie dan juga Pakcik Daud dan Makcik Som. Tetapi hubungannya dengan Saiful putus separuh jalan kerana keinginan Saiful untuk cepat kaya.
Raja Akid pula adalah anak kepada Raja Haidar dan Puan Shima (seorang bekas pembantu rumah). Suatu hari, Raja Akid telah ternampak ibunya bersama teman lelakinya dalam keadaan yang memalukan. Kejadian itu telah merubah Raja Akid dengan drastiknya sehingga dia tidak berminat untuk mendekati wanita. Namun, bila dia berjumpa dengan Chinta, ada rasa keserasian antara mereka. Sehingga, timbul rasa sayang dan cinta. Mereka akhirnya berkahwin. Chinta mula rasa runsing atas masalah yang dihadapi Raja Akid. Dia berusaha untuk memujuk Raja Akid untuk berjumpa dengan seorang kaunselor. Tapi, ego Raja Akid tercela lalu dia telah menghalau Chinta. Chinta pergi membawa diri. Raja Akid mula rasa rindu dan mencari Chinta. Bila bertemu, Raja Akid mula bercerita tentang tekanan yang dia rasakan selama ini. Dia akhirnya dapat melepaskan beban yang ditanggung dan dia dapat mulakan hidup baru dengan isterinya, Chinta. Setelah, semua masalah selesai, ibu dan bapa Chinta kembali untuk bertemu dengannya. Akhirnya, hidup Chinta lengkap dengan adanya ibu dan bapa, Makcik Molek, Mak Yong dan Raja Haidar serta suaminya yang menyayangi dirinya.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
May 17, 2016
My 1st Norhayati Berahim...love it. Reading this book makes me miss lots of stuff even more; my Mom, Dad, Dad's old house at Tanjung Karang, my first few weeks working. NB writes this with lots of love and the book's many pages burst with plenty of wisdom. Chinta is also a lovely character, strong yet soft. Of course, Raja Akid is very cool. The bad characters got what they deserve in the end, which is very realistic. I think the book's synopsis is quite misleading though...indicating that the book is mostly about Raja Akid when in fact it is more (to me at least) of the life and love of Chinta. Lucky for me, I make it a habit of not to read the book's synopsis or blurp at the back cover prior to reading. Btw, really wanna try emping. Mana nak cari?
Profile Image for Nur Fatimah.
5 reviews8 followers
Read
November 30, 2013
novel berunsur islamic and aku kagum dgn penceritaannya.. tanggapan aku berubah slps mmbaca buku ni
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.