“Tiada sesiapa yang boleh menyatakan bahawa dia menguasai perjalanan kehidupan mereka sendiri. Tidak! Sama sekali tidak! Dia mungkin menguasai dirinya, namun bukan perjalanan hidupnya.”
Erti sebuah kembara bukanlah hanya terletak pada melawati kawasan yang dijejakinya, tetapi pada pengamatannya yang menghubungkan rasa dan fikir penjejaknya. Begitulah yang diamati oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sewaktu menyandang jawatan felo di Oxford Centre of Islamic Studies (OCIS) pada tahun 2011 dan 2012. Oxford yang terkenal dengan bandar ilmunya menghubungkan beliau dengan wacana intelektual yang mencapah. Persoalan tentang hubungan Islam dan Barat, hak-hak asasi manusia dan peranan agama dalam kehidupan diulas dengan perspektif yang segar. Adunan antara ilmu, pengalaman dan renungan inilah yang menjadikan buku Inginku Kembara Lagi terus relevan untuk dibaca sehingga kini.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin is a national Malaysian descent Malays. His first term of Perlis Mufti had been from 2006 until 11 November 2008. His second term as Mufti of Perlis began on 2 February 2015. He got his doctorate from University of Wales, Lampeter, United Kingdom. In the meantime he is also a columnist for 'Minda Dr. Maza or "Pena Mufti" in the newspaper Mingguan Malaysia since March 11, 2007. All his writings are recorded in a book called "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Edisi Baharu" published by Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, a subsidiary of The Star Group which was inaugurated by former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad on 21 April 2010.
Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau sepanjang bertugas sebagai fellow OCIS pada tahun 2011 & 2012 dan sememangnya masih relevan dibaca pada hari ini.
Sejak saya melihat gerangan penulis tidak dapat dinafikan, saya mempunyai harapan yang tinggi & buku ini tidak terkecuali. Antara bahagian yang paling saya suka adalah apabila penulis banyak mengulang tentang kepentingan berhujah secara sihat/ ilmiah. Ayatادع الى سبيل ربک بالحکمة والموعظة الحسنة berkali² diulang di dalam buku ini.
Kita juga dapat merenung bagaimana dunia barat yang dilihat kedepan dalam pelbagai aspek memanipulasikan pengaruh mereka terhadap dunia Islam khususnya di negara yang bergelojak akibat peperangan di timur tengah. Pelbagai isu dibincangkan di dalam buku ini khususnya isu yang menghentam Islam seperti LGBTQ & sebagainya.
Tidak keterlaluan kalau saya katakan penulisan ini berjaya membawa saya ke Oxford & mendalami secebis daripada budaya mereka.
Ok buku ini sesuai jadi buat koleksi dirumah. Bukan apa bukan sekadar travelog biasa tapi catitan penuh dengan kata2 yang memberikan impak besar pada diri kita.Aku nak dapatkan buku ni.🥰
Orang kata dont judge book by its cover. Tetapi jujurnya, saya membeli buku ini disebabkan muka depannya yang cantik. Ya, saya terjatuh hati dengan lukisan bangunan Radcliffe Camera Oxford (jika tidak salah saya) yang terkenal itu.
Disclaimer: Buku ini bukan berkenaan dengan pengalaman Dr MAZA di Oxford.
Salah jika anda membaca buku ini dengan harapan buku ini akan menceritakan tentang Oxford University. Tidak. Ia lebih kepada catatan refleksi kehidupan dan hubungannya dengan Islam sepanjang pengalaman beliau sebagai fellowship di Oxford Centre of Islamic Studies (OCIS). Sekurang-kurangnya ini yang saya rasa dan faham.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku yang menghimpunkan catatan & anekdot kembara ilmu Dr Maza ketika beliau menjadi Felo di Oxford Centre of Islamic Studies (OCIS) di Oxford, England selama 10 bulan pada tahun 2011-2012 dahulu.
Kebetulan ketika itu kes beliau dihalang dari memberi ceramah di Selangor kerana tiada tauliah sedang hangat diperkatakan di dalam negara. Boleh diselami juga luahan & teguran luhur beliau buat pihak yang bertanggungjawab melaksanakannya pada ketika itu.
Bab permulaan menceritakan sejarah ringkas bandar Oxford yang kini terkenal sebagai bandar ilmu di England. Sejarah yang bermula sebagai pusat kajian agama Kristian di British pada mulanya berabad lama dahulu, sehingga berkembang menjadi seperti yang dikenalinya kini.
Bagaimana ketika itu pemberontakan terhadap gereja Kristian Katolik terjadi kerana penyelewangan & kuasa besar yang dipegang oleh paderi-paderi mereka membuatkan Martin Luther King, yang kemudiannya telah mengasaskan Kristian aliran Protestan, mengetuai kelompok yang menentang mereka. Bagaimana yang melawan gereja Katolik pada ketika itu dikira telah murtad ajaran Kristian lalu dihukum dibakar hidup-hidup di khalayak ramai. Kini mereka-mereka ini dikenali sebagai Oxford Martyrs.
Seterusnya, hasil dari seminar mingguan penulis di Centre for Muslim-Christian Studies, dari pemerhatian beliau sepanjang 10 bulan di sana, serta beberapa siri kembara di dalam & luar Eropah pada ketika itu, terangkum pelbagai topik menarik yang penulis nukilkan & huraikan secara terperinci di dalam buku ini.
Antara topik yang menarik perhatian;
• Pentingkah ilmu dunia dipelajari oleh seorang Muslim. • Isu negara Islam. Benarkah sultan itu adalah bayangan Tuhan lantas wajib ditaati walau bagaimanapun sikapnya? • Negara, bangsa & agama, mana yang utama dahulu? • Umat Islam, celik dalam beragama, namun miskin dalam mendunia. Bandar kotor, tidak terurus. Berbeza dengan banyak negara Barat. Dimanakah contoh umat terbaiknya? • Bercinta sebelum akad nikah, adakah dibolehkan. • Perihal ikhlas dalam beribadah. Adakah jika kita kuat membaca Al-Quran, kuat bersedekah, kerap menyebarkan ilmu, malah jika kita mati syahid sekalipun, jika tiada keikhlasan penuh dalam niat mengerjakannya, adakah ibadah itu diterima? • Pandangan Ibnu Qayyim mengenai alam barzakh & roh. • Konsep masa, berlainan bagi setiap orang, berbeza juga bagi alam yang lain. • Berdiskusi & berbicara dengan masyarakat bukan Islam, perlu untuk pandai menggunakan pendekatan yang mereka boleh fahami, bukannya dengan perspektif yang sama seperti kita berbicara dengan sesama Islam. Lebih-lebih lagi untuk topik sensitif & kompleks seperti LGBT, sekularisme, konservatif & sebagainya. Berbicara dengan hikmah & menjaga tutur kata seperti Rasulullah. • Sedikit kisah kekejaman Muammar Gadafi & pemberontakan rakyat Libya dalam menjatuhkannya. • Sejarah ringkas kegemilangan kerajaan Islam Andalusia.
Dan pelbagai topik lain lagi. Jika anda meminati topik-topik diatas, mahupun buku bergenre agama, kembara mahupun sejarah dunia, boleh cuba nikmati nukilan agamawan negara kita ini.
Lihat pada tajuk: 'Inginku Kembara Lagi', saya ingatkan buku ini akan lebih 'personal' yang sarat dengan pertemuan² dan refleksi suasana di Oxford (yang saya rindu), tapi sebenarnya ia sarat dengan refleksi pada prinsip² yang asas dalam hidup beragama.
Lebih kurang cara penulisan travelog Ust Hasrizal, dengan nada seorang pendakwah. Tapi yang ini ada lebih sisi ahli akademik & ilmuan Islam.
Refleksi² ini memang ambil dari insiden² yang berlaku pada Dr Maza di Oxford, tapi konteks insiden peribadi tak banyak. Jadi ia kurang cerita emosi dan perspektif yang terlalu 'personal' tapi lebih pada ibrah (mungkin yang ini saja yang tak mencapai jangkaan saya). Pembaca yang tak pernah ke Oxford pun boleh banyak dapat manfaat ibrah dari buku ni.
Bab akhir memang buat saya rindu, bukan pada Oxford saja, tapi pada perjalanan, pengalaman, cuaca, setiap langkah dan perasaan sepanjang di Oxford. Bandar Oxford memang lain dari lain.
Tersangat bersyukur dapat alami suasana tu untuk tepat 10 bulan, sama tempoh dengan Dr Maza. Lagi-lagi beliau selit cerita pergi Jordan sekejap sewaktu di UK.
Titipan refleksi oleh Dr MAZA tentang isu dan persoalan dalam masyarakat/agama/negara sewaktu beliau menjadi felo sebuah pusat Islam di Oxford, UK antara tahun 2011/2012.
Isu-isunya masih relevan untuk bacaan hari ini. Ada isu yang berat tetapi dikupas secara ringkas dan segar namun bermakna mengikut perspektif agama dan pengalaman beliau.
Membuka minda dan membuatkan kita berfikir (kedua-duanya memerlukan kerelaan pembaca).
Ada 31 bab kesemuanya. Antara bab peribadi kesukaan saya ialah:
1) Bolehkah Bukan Muslim Selamat Daripada Neraka? 2) Dosa Siapakah atas Kejahilan Manusia? 3) Takjub Terhadap Penciptaan Masa 4) Adakah Terlarang Bercinta Sebelum Kahwin? 5) Lain Budaya, Lain Fatwanya 6) Kembara ke Tempat Lama: Kenangan dan Sayang 7) Memahami Budaya Menghukum 8) Puasa dan Hubungannya Antara Agama