Jump to ratings and reviews
Rate this book

Wanita Dambaan Syurga

Rate this book
"...sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehan." (Hadis riwayat Muslim)

Wanita kaum yang terlalu istimewa di sisi Allah SWT. Mudahnya untuk masuk ke syurga, mudah juga untuk terjerumus ke alam penuh bencana. Lantas, andalah yang tentukan hala tuju sendiri. Wanita kini lebih matang menjalani hidup penuh cabaran dan mampu berdiri atas kaki sendiri.

#GRLPWR

SOLEHAN · BERADAB · BERKREDIBILITI

Pelbagai topik yang cukup rapat dengan kaum Hawa dikupas dalam naskah Siri 30 Wadah ini. Kenali diri dan jadilah wanita yang terbahagia. Ingatlah, wanita permata kebahagian saat dilahirkan, tulang rusuk suami saat bertemu jodoh dan mahligai syurga saat melahirkan zuriat.

#MuslimahSejati
#DambaanSyurga
#WanitaBidadariTerhebat

309 pages, Paperback

First published January 1, 2022

2 people are currently reading
10 people want to read

About the author

SisYoujae

13 books7 followers
Nama pena Hazwani Osman

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (38%)
4 stars
7 (33%)
3 stars
6 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
May 27, 2022
Wanita adalah makhluk teristimewa sehingga dijanjikan peluang masuk ke syurga pilihannya bilamana ia patuh pada Allah & menjalankan kewajibannya sesuai suruhan Allah. Semasa kecil hingga dewasa, selagi belum bersuami, wanita dilindungi oleh walinya. Diangkat pula darjatnya apabila menjadi seorang ibu, syurga di bawah telapak kakinya & dialah madrasah kepada anak-anaknya.

💭 Di bawah 3 topik utama iaitu Wanita Solehah, Wanita Beradab dan Wanita Berkredibiliti, penulis berkongsi 30 buah tip dan nota tentang wanita dan bagaimana caranya untuk membentuk diri menjadi seorang wanita yang solehah, beradab, dan berkredibiliti.

💭 Rumusan saya kepada 3 topik utama tersebut:
- Wanita solehah adalah yang menjaga solatnya, kesucian dan kebersihan dirinya, dan dilengkapi dengan ilmu agama yang kemudiannya patuh pada suruhan dan menghindari larangan Allah.
- Wanita beradab adalah yang walaupun konfiden, tetap tahu batasan dan maksud disebalik malu, murah hati, elok pergaulan dan saling “empowering” sesama wanita, berdikari dan matang.
- Wanita berkredibiliti adalah yang penuh ilmu di dada, berkemahiran, multitasker, tidak kira “career woman” atau “pengurus rumahtangga sepenuh masa”, dia melakukannya dengan baik dan melaluinya dengan ikhlas sehingga memberi impak dan manfaat pada orang sekelilingnya.

📝 Saya syorkan anda untuk membaca siri wardah yang berwarna warni & mengandungi ilustrasi comel & estetik ini kerana ia mesra pembaca dengan penggunaan bahasa pasar yang santai, & dekat di hati pembaca, serta isi, tip atau panduan yang mudah dipraktikkan.
Profile Image for Introvert Insane.
545 reviews7 followers
July 1, 2022
At first I thought it was an Islamic graphic novel because I am unfamiliar with Wadah series. However, I was pleasantly surprised. The book looked thick but the content is actually very concise and visually pleasing with images, colours, and large font. One of the thing that always put me off about self-help books is that they could be textually and visually boring. Thankfully this one isn't. Some of the parts feels like a refresher course back into Islam and others speaks to my soul. It is written in a straightforward, conversational language so it feels like talking to a friend. Some of the advice really echoes with my own personal thoughts and opinions and others are simple yet enriching.
Profile Image for Tsumiki Hajira.
319 reviews2 followers
May 3, 2023
5 stars sebab cover sama indah dengan konten. Ah gitu tanda sokongan sebab buku ni ditujukan khas buat kaum Hawa. Again, perbincangan yang basic dan tak kompleks. Hukum Islam yang diselitkan pun mudah difahami, dan pada masa sama membuatkan kita lebih bersemangat untuk berhijrah ke arah yg lebih baik. Nak jadi wanita dambaan syurga bukan senang, tapi tak mustahil. Tapi bila baca balik, kaum Adam pun boleh je baca sebab topik tak terlalu menjurus pada wanita sahaja, namun ada jugak beberapa points tu agak general.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
June 18, 2023
Permulaannya nak bagi 3 bintang, tapi sebab ilustrasi dia yang cantik (especially part cover tu), saya bagi 4 bintang.


Seperti Siri Wadah yang saya baca sebelum ini, isi buku ini padat dan ringkas membuatkan ianya mudah dihadam. Tapi saya rasa konten untuk Siri yang ini agak kurang menarik, mungkin juga kerana ada beberapa bab yang saya rasa too general dan perlukan sedikit sahaja lagi penerangan dan beberapa bab yang saya rasa point yang disampaikan hanya asal ada. Kesilapan ejaan yang kerap juga sedikit mengganggu pembacaan.
Profile Image for Puyi.
138 reviews4 followers
May 19, 2023
Buku motivasi ni ada nice balance between 'sembang dengan member' dan 'sesi nasihat oleh mak'. Serius bila bab sensitif tapi santai bila topik relatable. Memang diterapkan unsur islamik,

Buku ni bacaan ringan yang menyentuh aspek kehidupan seorang waniter. Eceyyy waniter. Antara topik dalam ni termasuk; solat, haid, menantu-mentua, berdikari, bekerjaya, suri rumah dan banyak lagi.
Profile Image for Nur Umairah.
47 reviews
July 23, 2022
Tertarik dengan buku ni sebab kulit buku yang cantik. Bila selak dalam pun macam comel dan cantik tulisannya. Bab dia pun menarik. 👍
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.