Seorang lelaki menjadi suspek apabila dia melarikan diri setelah membunuh seluruh keluarga dan orang gajinya. Rumah di Hidden Hill itu dikatakan berhantu dan terdapat roh yang sering menggangu. 20 tahun kemudian, misteri sebenar mula terbongkar apabila Liana menjumpai diari bekas orang gaji di rumah itu, Kirana. Rahsia demi rahsia terbongkar. Tidak cukup dengan itu, dia turut diganggu dengan kejadian paranormal di dalam rumah itu.
Secara jujur, Siz tak tahu nak review buku ini macam mana without spoilers.
Siz tak bagi 5 🌟 sebab Bahagian Diari Kirana agak tak natural . Sebab Siz rasa if seseorang tulis dalam diari, gaya bahasanya lain. Secondly ending agak cliché.
Liana pelik, yang rumah sebesar itu di jual murah, namun dia bersyukur kerana dapat berpindah ke rumah idamannya. Di rumah itu, bermulalah adegan misteri seperti yang dikatakan. Sehinggalah dia menemukan sebuah diari dari pembantu rumah yang bernama Kirana. Pembantu rumah itu mencatatkan semua kejadian yang berlaku di rumah tersebut . Dan kerana perasaan ingin tahu Liana lebih dari perasaan takut, dia menafikan semua 'gangguan' yang terjadi di rumah agam itu.
Kamal, suami Liana, dia sudah lama diberhentikan kerja tanpa pengetahuan Liana. Dia "membeli" rumah agam atas sebab kegawatan ekonomi dan memandangkan tidak lama lagi hendak menimang cahaya mata, rumah baru itu sesuai untuk mereka sekeluarga nanti.
Kamal tahu tentang kejadian yang pernah menggemparkan suatu ketika dahulu, namun dia merahsiakan dari Liana kerana tidak mahu isterinya risau.
My 💭:
I masih tak dapat move on yer, I suka plot twist dalam buku ni, sebab I expect ending dia lain, tapi yang I baca, lain pulak kejadiannya. 🥲
Kadang I geram dengan watak FMC (Liana) ni, berani tak kena tempat 😂. I pulak yang rasa nak tolong si Liana tu tutup mata. Alahai. Dengan kita sekali ikut terkejut dengan dia. Imaginasi I kuat sangat sampai I fikir ada Kirana dalam bilik 🤣
Diari tu, I keliru sikit, sebab, kalau ikut zaman dahulu, penggunaan bahasa dia berbeza dibandingkan dengan zaman kini. Jadi, bahasa moden tak patut wujud dalam zaman dulu². Atau mungkin, kalau ikut kefahaman I di penghujung novel ni, Kirana mungkin 'terlupa' menggunakan ayat zaman dahulu.
Overall, I suka novel ni, dengan adegan misteri dan psychological thriller. Setiap orang ada kisah² dia sendiri. Tu yang buat buku ni menarik. Dari page pertama sampai habis memang tak bosan. Best sangat. I recommend buku ni untuk siapa yang minat psychological triller/horror, buku ni untuk anda.
Saya dah baca buku ni dari bulan 3 tapi sekarang baru berkesempatan nak tulis review. Masa dapat tu memang tak sabar and terus baca sebab dah lama nantikan kedatangan buku ini. Ternyata tidak mengecewakan!
Buku ni sangat best and tak sangka rupanya itu yang terjadi dalam rumah tu. Memang tak boleh agak walaupun ada beberapa teori tentang misteri rumah hidden hill ni. Tapi malangnya teori saya 10% sahaja yang tepat 🥲 Overall boleh saya katakan buku ni dah dapat tempat teratas dalam hati saya menggantikan buku Sorok. Tak sabar nak tunggu karya baharu Zura Anwar!
Rumah di Hidden Hill. Ada apa disebalik rumah agam di Hidden Hill ni? Katanya telah berlaku satu pembunuhan satu keluarga disana. Dimana suspek utama adalah Dato Herman, iaitu ketua keluarga tersebut. Selepas kes pembunuhan itu, Dato Herman hilang tanpa dapat dikesan dan kes tersebut ditutup .
Liana dan Kamal, pemilik baru rumah agam di Hidden Hill. Mereka berdua tidak percaya tentang perkara2 mistik. Penemuan diari milik Kirana, iaitu pembantu rumah Dato Herman telah membawa Liana terbang ke 20 tahun lalu dimana Dato Herman dan keluarganya masih hidup .
Satu persatu kisah kejadian yang berlaku, diceritakan oleh Kirana di dalam diari miliknya. Kata Kirana supaya nanti orang akan mengetahui kejadian sebenar .
Liana mulai mengalami gangguan. Dia terdengar2 orang meminta tolong. Dia mulai terlihat kelibat perempuan. Ditambah lagi, Kamal menyimpan satu rahsia dimana, dia adalah salah seorang waris rumah tersebut. Apa sebenarnya yg Kamal cuba lakukan? Bahkan nama Kamal juga terdapat dalam tulisan diari Kirana .
Benarkah Dato Herman yang membunuh keluarganya sendiri dan 2 orang pembantu rumahnya iaitu Kirana dan ibunya? Dimanakah Dato Herman menghilangkan diri? Dapatkah diari milik Kirana menemui jawapan utk kes 20 tahun lalu? .
Serius, pada awalnya aku memang percaya bulat2 pada jalan cerita. Tapi tak disangka2 penulis buat plot twist. Terkedu kejap sambil cuba menghadam🤭 .
Tahniah penulis untuk kelahiran naskah ini. Anda telah membuat pembaca terkedu diakhir kisah rumah di hidden hill ini. Thumbs up as usual .
Aku mula kan dengan lafaz bismillah. secara ringkas. Pertama sekali, ucapan tahniah buat zura anwar di atas naskah beliau yg latest ni. Kedua, jalan cerita, susunan nya, karakter karakter nya yg di reka kan tu, mmg ikuti citarasa aku. Ketiga, genre nya aku mmg minat genre2 yg sebegini. Keempat, ia tidak lah begitu violence or gore dalam garapan ini seperti ada sesetengah penulis suka menulis garapan garapan yg seperti itu. aku percaya ada para penulis penulis mempunyai idea idea yg lebih mantap, best, gory dan etc. Namun, zura telah buat yang terbaik utk para pembaca pembaca setianya siapa yang mengenali garapan zura, pasti tahu epilog nya bagaimana dan prolog nya juga bagaimana dan lebih2 lagi plot twist nya. Zura mmg punyai pontensi utk menulis karya2 sebegini. kata kata akhir, keep up the good work, achieve more ideas, perluaskan genre sebegini insya'allah. No regrets for karya2 zura. Keep up sis! All the best for your next karya! Wassalam.
Mengisahkan tentang sebuah rumah agam di Hidden Hill yang dikatakan berhantu dan berpuaka dek kerana kes pembunuhan yang berlaku di situ. Makanya timbul spikulasi mengatakan rumah ini mempunyai roh orang mati yang tidak aman dan sedang meminta pertolongan untuk menyempurnakan kematiannya.
Begitulah al-kisah pada permulaan cerita dan satu per satu misteri yang dirungkaikan oleh watak utama yakni Liana. Setiap misteri itu membawa kepada satu persoalan kepada pembaca 'betul ke dia yang buat? Betul ke bukan dia yang buat?' dan bermacam andaian lain.
Aku pernah termeselet dengan meneka Kamal si suami Lianalah punya semua tu berlaku. Alih-alih, plot twist dan endingnya sangat membuatkan aku 'WOW!' I Like The Ending hahaha...
Bagi aku awal-awal tu agak slow sikitlah jalan cerita dia sebab nak mula rungkaikan misteri ni bukannya senang apatah lagi si Liana ni berbadan dua dengan payah nak berjalan apa semua kan. Jadi fahamlah juga situasi tu. Cumanya aku ingatkan cerita ni betul-betullah ada hantu. Tapi, ya rabbi jauh meleset. Tak ada hantu langsung tau! Haha, itu yang membuatkan aku suka plot twist dan ending story ni.
Bagi aku so nice. Rating aku untuk buku ni 4.5/5 ✨. Kenapa tak full sebabnya awal-awal tu agak slow. Itu saja.
Aku dah banyak kali nampak hype tentang karya-karya Zura Anwar. Akhirnya aku beli juga. Hasilnya? Ya, tak mengecewakan!
Pada mulanya, aku agak skeptik sebab agak banyak elemen yang pada aku biasa dibaca/dilihat dalam filem. Aku seorang yang selalu menantikan sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi untuk genre horror/thriller. Hampir separuh pembacaan, aku dah mula jangkakan rating 3 bintang.
Tapiiii....
Bahagian akhir novel dan setelah selesai baca, aku naikkan rating aku. Sebab plot twist yang memang menjadi. Berbaloi terus aku rasa baca elemen-elemen yang aku kurang gemar tadi.
Satu lagi kelebihan karya ni adalah bahagian-bahagian dimana diari orang gaji diolah. Aku kurang suka elemen imbas kembali ataupun paparan macam diari/keratan akhbar dalam novel. Tapi ni lain. Cara Zura olah intipati diari orang gaji tu membuatkan aku lagi nak baca. Senang cerita, macam baca dua kisah dalam satu.
Gaya bahasa penulis jelas menunjukkan novel ini dihidang khas untuk semua pembaca. Amat senang nak maintain "readability". Tiada penggunaan bahasa berbunga atau slanga yang tak kena tempat. Cuma satu pet-peeve aku. Bahagian-bahagian mesra antara Liana dan Kamal membuatkan aku cringe
Secara ringkasnya, novel ini mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri yang berpindah rumah dan tinggal di Hidden Hill. Sebuah rumah agam dari zaman British yang penuh misteri dan terkenal dengan sejarah hitamnya.
Bagi aku, unsur psikologi dalam latar penceritaan kali ini agak besar sekali. Berbeza sedikit dengan karya-karya sebelumnya biarpun masih dalam genre yang sama.
Penulis kemas menyusun plot cerita. Flashback yang rapi menambah rencahnya. Beliau tahu cara supaya pembaca tidak berasa bosan atau ‘lost’ dalam ‘perjalanan’. Idea kali ini cukup WOW!
PLOT TWIST- Bukan si Zura la kalau tiada twist twist segala. Sampai aku pun terpusing-pusing. Tiba-tiba aku WHAT?? HOW COME?! Memang unexpected betul dia punya ending.
Overall, this book has everything that i want! Worth reading!
Jalan ceritanya menarik dan plot twist kali ini memang tak dijangka langsung. Saya suka konsep penceritaan melalui diari yang digunakan dalam novel ini.
Bukan sahaja pembaca dimanipulasi dengan fakta yang diubahsuai, malah watak utama, Liana juga tertipu. Memang tak sabar untuk baca bab-bab seterusnya untuk tahu apakah rahsia di sebalik rumah misteri di Hidden Hill.
Saya tak tahu menilai standard 'bagus' bagi sebuah cerita thriller sebab ini bukan genre kegemaran saya. Jalan cerita Rumah Di Hidden Hill (RDHH) agak cliche. Kita akan jumpa plot-plot seram RDHH persis dalam drama ataupun filem seram tempatan.
Buku ini berkonsep 'cerita dalam cerita'. Cerita utama iaitu Liana dan Kamal memang mengikut standard asas cerita seram; pindah rumah besar, pakcik creepy, lampu terbuka sendiri, potret besar kedip mata. Cerita selingan iaitu cerita Kirana punyai idea yang lebih menarik. Mungkin penulis patut lebih fokus dalam pembinaan cerita Kirana. Atau adakah sebab penulis mahu buat plot twist, pendetailan masalah Kirana jadi kurang mungkin khuatir plot twist tak menjadi. Tapi disebabkan plot twist yang tiba-tiba, saya jadi tak boleh relate dengan banyak perkara. Seperti saya tak kenal Kirana dan tak benar-benar paham mengapa Kirana begitu, kerana pada awalnya kita dikenalkan dengan 'Kirana' versi lain.
Tahniah penulis. Saya nikmati buku ini. Isu yang diketengahkan di akhir cerita sangat menarik. Mahu baca lebih banyak lagi dari Zura Anwar dengan karya yang lebih kemas dan baik.
Mula-mula baca dah start rasa suspens bila rumah Hidden Hill ni jadi spot orang buat paranormal activity lepas kes pembunuhan family Dato' Herman. Then Kamal & Liana pindah ke rumah tu lepas Kamal kononya beli rumah tu (kena baca buku ni kenapa aku cakap 'konon') lepas diorang pindah dari rumah sebelum ni.
Satu persatu pengalaman seram Liana dalam rumah tu especially bila Kamal pergi kerja atau waktu malam dan aku yang baca buku ni boleh rasa elemen seram tu wujud bila penulis masukkan situasi-situasi seram ke dalam cerita ni contohnya bunyi tapak kaki atas rumah, bunyi pintu buka tutup, lampu menyala dan macam-macam lagi kejadian aneh yang mana aku sendiri pon cuak kalau duduk dalam rumah sebesar tu seorang diri atau berdua!
Cerita jadi best bila Liana jumpa diari Kirana. Sambil Liana baca apa yang Kirana tulis, sambil terjadinya gangguan-gangguan dalam rumah yang Liana duduk sekarang. Sampaikan satu tahap dalam cerita ni, aku sendiri jadi tertanya-tanya mana satu yang real samada zaman Liana atau zaman Kirana? Liana dengan pengalaman seram dia bila dia duduk rumah sorang-sorang and bila waktu malam. Kirana pulak dengan keluarga Dato' Herman yang masing-masing ada cerita tersendiri. Real bermaksud aku ada satu feeling salah seorang ni mesti rekaan semata tapi tak sangka penulis buatkan Kirana dengan Liana ni bertembung towards the end.
Cuma watak Kamal aku tak puas baca. Siang dia dah pergi kerja, lepas tu balik rumah mandi, makan, borak-borak dengan Liana then tidur. Kalau penulis boleh kembangkan lagi watak Kamal, aku rasa cerita ni mesti lagi best! Contoh boleh buat situasi bila Kamal tengah berseorangan apa yang dia rasa bila dia tak jujur dengan isteri dia pasal rumah tu, apa rahsia yang dia simpan yang mana, kalau penulis boleh inject part-part ni aku pasti lagi berdebar cerita ni.
Thanks to penulis, educate pembaca dengan isu penyakit berkaitan mental. Aku sendiri taktau yang mental issue dalam cerita ni sebenarnya wujud in real life. Dan jugak cerita yang penulis hasilkan, mudah untuk difahami dan straight to the point. I guess this is how gaya penulisan penulis.
BUKU : Rumah di Hidden Hill oleh Zura Anwar, Swaterbit (2022)
Kisah sepasang suami isteri, Kamal dan Liana yang baru berpindah ke rumah baharu. Rumah Agam yang lama ditinggalkan. Kemasukan mereka mengundang perkara aneh yang berlaku. Ini termasuklah penemuan diari Kirana bekas pembantu rumah Dato Herman iaitu tuan rumah lama.
Penemuan diari itu membawa kepada pembongkaran tentang tragedi pembunuhan di rumah itu 20 tahun yang lalu.
Ini adalah karya penulis yang ketiga saya baca. Penulisan plot twist sudah menjadi trademark penulis. Pembaca dibawa berteka-teki sehingga ke penghujung. Siapa pembunuh? Kenapa Liana kerap digannggu? Kenapa Kamal mahu tinggal di rumah itu? Dan pelbagai persoalan lagi.
Jalan ceritanya mudah faham. Tidak perlu patah balik untuk memahami plot. Ini berbeza ketika saya membaca Celaru (Karya penulis yang lepas). Perlu patah balik untuk memahami jalan cerita sebenar.
Perasaan pembaca diadun dengan elemen suspen dan seram. Berkali-kali juga naik bulu roma. Jangan sesekali pandang cermin atau syiling ketika baca buku ini. Gurau.
Karya penulis yang ini sekali lagi mengangkat tema kesihatan mental. Kali spesifiknya pathological liar iaitu kelakuan menipu yang kronik.
Kesihatan mental bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ianya bukan pengakhiran hidup, masih ada jalan keluar. Seperti kata penulis tak semestinya penghidup penyakit berakhir menjadi orang yang gila, psiko dan pembunuh.
Kita harus memandang dengan pandangan manusiawi. Memberi sokongan dan dorongan untuk bersama memaknai kehidupan yang diberi pinjam oleh Allah di dunia ini.
Aku beli buku ni kat Shopee sebab penulis ada buat sale sebab katanya ada cover defect. Entahlah, aku pun tak tahu apa yang defect nya 😅 .
Dan sebaik saja buku ni sampai, aku terus baca ya, terus potong queue buku-buku lain. .
Liana dan Kamal baru pindah ke sebuah rumah agam di Hidden Hill yang dijual dengan harga murah. .
Liana ni jenis orang yang curious. Bila dia tahu yang rumah tersebut mempunyai sejarah yang masih tidak selesai pada 20 tahun lepas, dia cuba menyiasat. .
Pelbagai gangguan yang diterima, tidak mematahkan semangatnya. Ditambah lagi bila dia menjumpai diari yang ditulis oleh Kirana, orang gaji yang pernah bekerja di rumah tersebut 20 tahun lepas. .
Aku suka plot twistnya. Cuma aku tak faham, kenapa 'orang' tersebut menginginkan anak Liana. Dan aku sangat lega bila Kamal jumpa nota yang Liana tinggalkan. Kalau tak, tak tahulah apa yang jadi. .
Overall, aku sangat suka buku yang buatkan aku berfikir. So, kalau korang pun jenis yang sama, bacalah buku ni.
There are two narrators in this book. One is from Kirana, the new owner of the house and the other one is from Liana's diary, pembantu rumah kepada owner rumah sebelumnya. While Kirana experienced more like a creepy and mysterious thing in that house, we were also exposed with the flashbacks of disastrous things happened by reading the diary. . . 🖤 It's a fast paced, full of suspense and as warned by some reviews, the plot twist was blown at the end of the story. I feel nervous when it almost come to the plot twist because I'm afraid that I would get disappointed with it (dah terbiasa dengan expected plot twist). Luckily it wasn't as expected and I kind of satisfied with the ending.
I don’t usually read Malay novels but well 2023 here i’m. This is such a new & fresh read for me. I rate this 3.5⭐️ rounded up, sebab kalau dibandingkan dgn local scene this really deserves a 4⭐️
Writing was ok, plot line was ok, and i’d love to see this writer’s journey of growth.
Dia punya thriller boleh tahan, sampai beg bergantung di tepi bilik pun kena maki 2-3 kali sebab terkejut tengok ada “kelibat” di hujung mata 😂😂😂
02 February ETA : what i love the most is the story is damn clean. Local writer usually selalu ada masalah ada loophole dalam jalan cerita. But penulis ni berjaya menghamparkan semua jawapan pada teka-teki tanpa terbabas. Good job!
Plot twist tu ngam sangat!! Agak seram.. tapi boleh skip pada ayat-ayat tertentu kerana masih memahami jalan cerita. Penyakit pathological liar. Pertama kali juga dengar. Terima kasih penulis. Secara keseluruhan novel yang bagus.