Pencarian isteri A.Rafie berakhir apabila dia bertemu dengan Natasha, stafnya sendiri.
"I'm looking for a woman to marry." - Rafie
"Rich hot dude macam you ni Tuan Rafie, banyak perempuan lain di luar sana beratur untuk jadi wife you." - Natasha
Terperangkap dalam mainan Rafie, Natasha akhirnya bersetuju mengahwini duda kaya itu. Dia akur pada prinsip dirinya yang cintakan wang. Tapi tanpa diduga, rupa-rupanya ada harta yang perlu dibayar untuk kehidupan barunya itu.
"This is the real me, Nat. The real me yang hanya wife I punya privilege untuk kenal." - Rafie
"I don't want to know the REAL you. Tak perlu tunjukkan pada I." - Natasha
Tak cukup hidupnya kucar kacir sebaik menjadi isteri Rafie, kemunculan Zachary semula memaksa Natasha berdepan dengan kisah silam yang selama ini cuba dirahsiakan.
"Mungkin ini balasan untuk I kerana tinggalkan you dulu." - Zachary
Dalam kesibukan menepis gangguan Zachary, Natasha terpaksa juga melawan perasaan yang mula seronok dimanjakan Rafie. Hati mahu setia, tapi akal masih degil tak menerima. Dia tidak percaya Rafie akan selama-lamanya berada di sisi. Dan kerana kedegilan itu juga, Natasha akhirnya ditinggalkan.
"You jahat, Rafie." - Natasha
"Kalau I tak buat begini, adakah you akan sedar yang you sayangkan I?"- Rafie
Bagi Rafie, wanita yang boleh mencuri hatinya bukanlah mudah untuk dicari. Kerana itu, Rafie tetap menerima walaupun dari awal lagi dia sudah tahu tentang Natasha yang dikenali hari ini, satu masa dulu pernah melintasi jalan takdirnya.
Tapi adakah dia mampu mengubah hati Natasha yang sudah terlalu lama dibiarkan dingin dalam kegelapan itu?
Saya suka kisah kali ini. Watak Rafie ni memang macam nak sama dengan watak Kamil. Dominan, obsessive dan pencinta yang setia. Tapi berlainan dengan Natasha. Gadis seorang ni memang high confident, degil dan suka berlagak. Diva pun ye jugak. Tapi semua tu have a reason.
Rafie dan Natasha. Pernah suatu ketika dulu membuat kesilapan. Dan kesannya masih menghantui hidup mereka, terutamanya Natasha. Dia percaya dia takkan mempercayai mana-mana lelaki. Sedaya upaya Natasha cekalkan hati untuk tidak tunduk pada Rafie.
Untuk Rafie, walau macam mana pun dia tetap mahukan Natasha dalam hidupnya. Habis segala kisah hidup Natasha dicari gali. Mahu bersedia lebih awal jika apa-apa berlaku yang boleh menyakiti Natasha di kemudian hari.
Selama mana Natasha boleh bertahan untuk tidak jatuh cinta dengan suami sendiri. Tidurnya tidak lagi sempurna selagi tiada Rafie di sisi. Apa saja kemahuannya dituruti. Walaupun berkali-kali hati Rafie diuji dengan sikap Natasha. Tapi itulah yang Rafie suka.
Antara Hardy dan Emma. Aduh... sikitnya bahagian mereka ni. Comel la bila Hardy dalam tak sedar boleh berubah sikap bila dengan Emma. Tapi... itu lah kakak Emma ni garang.
Ni buku pertama penulis yang dibaca. Plot yang menarik dan tak sukar nak faham. Kisah silam hero dan heroin membentuk watak masing2. Sebab tu la Nat begitu dan Rafie begini. Hati yang keras dan ego yang tinggi tak bawa kita ke mana2. Nak tahu lebih lanjut? Haruslah baca 😬
Cerita yg amek masa yg lme untuk habiskan Bukan sbb x best atau jln cerita nya x menarik tp xthu la knp mcm kne paksa untuk baca tp bila dh baca xblh stop 🤭
Mungkin jln cerita yg terlalu byk tanda tnya buat sye jd mls nk baca
Ada part yg sye rse msh tergantung, tp xmenjejaskan jln cerita,
Overall jln cerita dan olahan ayat penulis masih best untuk dibaca
Kalau bercerita tentang novel LA, aku memang sentiasa biased. Sebab aku tak pernah, tak suka bukunya. .
Cumanya, aku rasa, kalini, ceritanya agak berat dan complicated. So, untuk yang baru-baru nak cuba baca tulisan LA, mohon ambil bukunya yang lain dulu. hahaha .
A.Rafie seorang duda kaya. Hot rich dude. Dan dia perlukan seorang isteri. Dan pertama kali melihat Natasha, salah seorang stafnya, dia mula menjadikan Natasha sebagai calon isterinya. .
Bila A.Rafie menawarkan position sebagai isterinya, Natasha menolak. Walaupun satu pejabat tahu yang Natasha ni gilakan duit. Maka, A.Rafie menjadikan Nadya dan keluarga Natasha sebagai ugutan untuk membuatkan Natasha bersetuju menjadi isterinya. .
Lepas kahwin, muncul pulak gangguan Zachary yang mencari Nadya. A.Rafie pulak, memang sentiasa diintai bekas isterinya. .
Macam biasa, aku suka karakter hero LA. Hot ya. Dan ada auranya yang dominan, posesif. Tipikal alpha hero. Tambah-tambah lagi hero ni kaya. .
Heroin LA kali ni agak lain daripada kebiasaannya. Juga agak dominan, agak sombong, dan memiliki self esteem yang tinggi. .
Tapi, yang aku suka, ialah chemistry antara A.Rafie dan Natasha. Walaupun Natasha perangai ego tinggi camtu, dengan Rafie dia mengalah. Rafie pulak, bila dah ada isteri ni, memang dia sayang dan manjakan isterinya. .
Cumanya, kisah silam Natasha menjadikan buku ni agak berat emosinya. Berjuta kali aku berharap yang Nadya tu tidak wujud, tapi hakikatnya, dia ada dan menjadi bukti dan punca kepada siapa Natasha pada hari ini. .
So, untuk peminat LA, wajib baca lah buku ni. Yang baru nak try baca, bacalah buku Kamil dulu ke. hahaha
Aku suka penulisan penulis ni. Ai kalo baca novel...ai more focus dengan watak perempuan dia. Kalau dulu watak2 ala izzah ngan zahlia mmg fav aku. Tp skarang prefer more independent , brilliant, jahat yg x jahat sangat punya watak...and natasha is complete with that... Just in love with natasha..and the hubby is nice too.... Sian plak aku kat nat kalo part dia dgan nadya tu "ada" ....nak buat mcm mana kan...dah kena tipu...dia pun muda lg time tu ...hrmmmmm novel x byk sgt konflik.... even ada watak yg ko akan pikir " x yah wujud kot."..tp function still ada....ksksksk....bole la jd bahan bacaan kalo ko dah stress ngan keje hakiki ko yg bodoh2 tu.hohohooh .... 5 * waiting more from u amarfi..... 🥰 And please keep ur girl characters strong like most u already did.
Latest book from fav author .. cuma kali ni a bit heavy jln cerita dia . Mula dengan rafie yg jatuh cinta pdg pertama . Jumpa si sombong natasha . Then rafie guna cara yg a bit annoying nk dpt natasha .. berkahwin and masih main tarik tali dua org ni .. then ad kisah nadya . I kennod laa bila tahu pasal natasha and nadya ni . Kesian both of them . But overall natasha decision was the best for all of them . And rafie rafie rafie . Aduh mna nk cri sorang mcm ni ?? Tak lupa si hardy & emma . Hahahaha comellll .. okay itu saja