Kenapa harus waspada dengan ajaran syiah dan penganutnya? Apakah ajaran itu sangat berbahaya sehingga umat islam perlu diingatkan dari ancaman mereka? Sesungguhnya agama Syiah telah lama wujud semenjak zaman sahabat dan tab'in lagi. Seiring dengan kemunculan mereka adalah menatijahkan pergolakan malah titisan darah mengalir dari tubuh umat Islam.
Buku ini merupakan prosiding kertas kerja di Konvensyen Ilmu Sunnah Peringkat Kebangsaan 2015 yang membahaskan bahaya Syiah. Pelbagai tema dikupas - semuanya menjurus kepada permasalahan aqidah mereka yang sangat berbahaya. Sesungguhnya antara cara menghindar kesesatan adalah dengan mengenali kebatilan tersebut.