Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dunia Adalah Senaskhah Dongeng

Rate this book
"Sama ada saya melarikan diri ke dalam buku, atau melompat keluar daripada diri, puisi tetap menjadi kompas; memandu saya supaya sentiasa waras"

Untuk sembuh, adakalanya kita perlu keluar daripada realiti. Iman Danial Hakim, memilih untuk meneroka naskhah-naskhah bertulis ini sebagai eskapisme. Adakah anda juga bersedia mengembara bersama dalam himpunan 31 puisi dan 11 catatatan nukilannya?

Daripada menelusuri kedai buku dan perpustakaan; membangun pustaka peribadi; memenuhi impian memiliki buku langka; perihal jenis membaca; ke mengaitkan hidup dengan bahan yang dibaca, Dunia adalah Senaskhah Dongeng mencoretkan betapa letusan rasa yang disusun membawa makna tersendiri — dan betapa membaca dan buku menjadi citra seorang bibliofil.

94 pages, Paperback

Published March 1, 2022

6 people are currently reading
42 people want to read

About the author

Iman Danial Hakim

9 books384 followers
Bibliomaniac yang gagal sembuh dari penyakitnya: memburu, membaca dan mengagumi buku.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (34%)
4 stars
39 (44%)
3 stars
18 (20%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 29 of 29 reviews
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
July 12, 2022
Saya telah lama mengenali seorang Iman Danial Hakim ini. Sejak beliau mula bertatih di Taman Ilmu dan Budi, di kuliah yang sama saya pernah menadah ilmu dahulunya.

Naskhah nipis ini sebuah lagi buku yang membantu saya merawat ‘reading slump’ yang dialami akhir-akhir ini.

Asyik sungguh membaca buku tentang buku dan membaca, disulam puisi-puisi indah yang barisnya bersusun penuh makna.

Hati kecil saya terdetik, “sudah sejauh ini Iman pergi dengan perkataan”. Saya kagum dan terkesima. Dan saya percaya lebih jauh dia akan pergi. Kerana buku dan membaca telah menjadikan dia begini.

Iman, huraikan lebih lanjut sikit tentang Murakami. Tak puas. Dan saya jatuh cinta berkali-kali dengan susun kata Iman menghurai zaman wabak dan PKP yang kita lalui. Dalam. Juga catatan Petani Senja yang sangat dekat dengan jiwa saya, anak sawah.

Terima kasih Dunia Adalah Senaskhah Dongeng yang menemani saya beberapa hari ini. Sudah pasti, buku kecil ini akan terus dikenang dan diingati.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
June 7, 2022
Aku suka puisi2 penulis mengenai buku, sebab boleh hubungkan dengan diri. Puisi lain kena baca lagi, kena fikirkan lagi, untuk lagi faham, dan menghayati.

Membeli buku
Hilang makna
Jika kau tidak
Membeli waktu
Untuk membaca , m/s 14.

Ya Allah, berikan kami waktu untuk melunaskan tanggungjawab ini
- Doa para tsundoku yang takut dikejar bukunya di akhirat.
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
June 10, 2022
Dunia Adalah Senaskah Dongeng merupakan sebuah karya yang membaca para pembaca dan pencinta buku ke sebuah dunia berdasarkan pemerhatian Iman. Sebagai pembaca dan pempengaruh buku, sudah tentu terdapat buah fikiran dan emosi yang ingin dikongsi. Pembaca yang merupakan pencinta buku akan dapat mengaitkan diri dengan tulisan dalam buku ini. Antara puisi kesukaan ialah Sasterawan Hening dan 5 Perkara Tentang Menulis. Sebuah karya ringan yang sesuai untuk pencinta buku dan pemula dalam mengenali dan membaca puisi.
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
December 30, 2022
Dunia Adalah Senaskhah Dongeng merupakan bicara dari hati seorang penggemar buku kepada penggemar buku yang lain.

Penggemar bererti–
dia juga adalah seorang pembaca,
dia juga mungkin seorang pengumpul buku,
dan boleh jadi apa juga yang berkaitan dengan terma-terma lain seputar buku dan membaca adalah kisah hidupnya.

Saya adalah penggemar pada definisi yang akhir itu. Baik, buruk, sederhana dan serumit manapun bual bicara tentang buku– saya mahu ambil tahu. Ia adalah sesuatu yang menjemput suka ❤️ dan bahagia 🥰 Itulah yang saya dapatkan dari #DASD ini.

Setiap puisi dan catatan pendek yang diaksarakan laju menghunus – lalu menusuk ke dalam jiwa; jemari dan akal berlumba-lumba mahu menghabiskan setiap inci kata sebelum tenggelam di garisan penamat bersama-sama (lalu tersengih sumbing tanda puas membacakannya).

Penulis berjaya mengheret saya masuk ke dunia yang hanya kita-kita yang gila buku ini sahaja boleh duduk di dalamnya tanpa sebutir bicara. Ada masa kita mengangguk, ada masa kita menggeleng, ada masa kita merenyih, ada masa kita mengangkat jari membuat gaya pistol (gotcha!), ahh, sekepalalah senang cerita!

Sekejap di alam realiti, sekejap di dalam dunia dongengan – begitulah bijak sekali penulis membolak-balikkan emosi pembaca yang memahami dunia membaca.

Penulis bijak menterjemahkan isi-isi tersurat yang mengikat tulang-tulang kata dengan penuh hemat. Pembaca harus cuba dengan sebaiknya mencernakan satu persatu pesan serta saranan yang dikeutarakan. Semoga berhasil diketemukan dan dimanfaatkan.

Emosi saya cukup berbunga-bunga ketika anak mata tiba di coretan akhir yang berbunyi,

"Tiada istilah senaskhah buku kegemaran bagi seorang pembaca. Setiap buku yang disukai, pasti ada serpihan dirinya yang tertinggal.

1000 buku yang telah dibaca, 1000 versi dirinya wujud dalam setiap cerita."

Dongeng dihayati bersulam ais krim,
Terima kasih Iman Danial Hakim :)

Puisi kegemaran: Membangun Pustaka, 5 Perkara Tentang Menulis

Catatan kegemaran: Catatan Tengah– Monolog Perbualan Dengan Perpustakaan

#safaread
#penasafasafwan
Profile Image for Hawa Fatar.
3 reviews
May 10, 2022
Saya tidak banyak buku puisi sebagai koleksi tetapi habis saja baca buku ini, haaa bertambahlah buku puisi akan saya kumpul lepas ni. 💯

Halamannya yang cuma mengandungi 93 muka surat dapat saya selesaikan dengan sekali duduk, namun membuatkan hati saya mahukan lebih lagi puisi penulisan beliau.

Pada bahagian Prakata buku ini pun sudah ada bait-bait kata yang menarik yang merujuk kepada refleksi diri -
“𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘭𝘶𝘢𝘳, 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘶𝘱𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘭𝘪𝘵𝘪 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮.”

⸜(。˃ ᵕ ˂ )⸝

Istilah yang saya boleh gunakan bagi menggambarkan penulisan beliau adalah 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 dan 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹. Penulisannya terasa 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 kerana terdapat catatan beliau yang dapat dikaitkan dengan diri dan kenalan kanan kiri. Dan juga ianya 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 kerana kaya dengan bahasa, intipati yang tersirat makna dan peka dengan kehidupan luar sana.

Oh ya! Ilustrasi yang dilampirkan pada hampir setiap puisi juga 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹. Daripada ilustrasi juga emosi emosi halus dapat dipadankan dan disampaikan pada para bibliofil. ✌🏻

Favourite puisi? 🤜🏻🤛🏻
✨ 𝗗𝗶𝗮𝗺𝗺𝘂 𝗥𝗶𝘂𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗧𝗮𝗻𝘆𝗮.
jiwa kita yang muda dan bebas, namun apakah pengakhirannya? Adakah berakhirnya cuma tahun atau kita?
✨ 𝗕𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗶 𝗝𝗮𝗿𝗶𝗺𝘂, 𝗣𝗮𝗸. 🚬
ketagihan dan tua, berbaloikah untuk sesali ribuan puntung yang sudah memakan dada? Juga satu nasihat halus buat anak muda generasi kita.

🍊 𝐑𝐞𝐤𝐨𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐬𝐢 ˙ᵕ˙
Buat bibliofil penggemar buku puisi, tidak memiliki karya daripada seseorang yang pernah memenangi beberapa anugerah perpuisian seperti beliau adalah sangat sangat rugi! Dan buat bibliofil yang forte-nya bukan pada puisi, do give this book a try. No regrets 💯
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books349 followers
June 17, 2022
Satu sisi Iman Danial yang belum saya kenal – puisi-puisinya. Apabila menyelak buku ini, rangkap-rangkap beliau ternyata menggugah, membawa imej yang tidak klise, dan mengesankan pada emosi. Boleh ditegaskan, puisi-puisinya berjaya membawa citra hubungan pencinta buku dengan kekasih mereka (tentulah buku!) terutama melalui puisi-puisi yang berupa reaksi langsung kepada pembacaan dan dunia kepengarangan, salah satunya Hansel dan Gretel.

Walaupun terselit catatan lain dan tambahan ilustrasi, semua itu memberikan nilai tambah kepada buku ini dan tidak berasa seperti tempelan yang dibuat-buat. Pertama, kerana ia dibantu oleh kebiasaan kita dengan dunia media yang rencam. Dan kedua, ia masih membicarakan hal-hal seputar buku dan membaca.

Apapun, mungkin juga segala ilustrasi dan catatan itu perlu untuk menambah ketebalan buku, kerana jumlah puisi yang kurang daripada 40 buah biasanya belum cukup untuk dibukukan mengikut standard industri. Namun ternyata bukan semua yang di luar kebiasaan itu perlu dielakkan, kerana buku ini tetap tampil kemas dan terasa kesatuannya.

Persembahan buku ini juga amat kreatif dan menjiwai kehendak anak muda yang kini hidup dalam dunia yang berbeza. Malah kata penerbit, pengarang terlibat secara erat dengan ilustrator dalam menentukan pilihan gambar untuk bukunya.

Oleh sebab ini buku pertama penerbit JIWA yang dibaca, yang wajar dikomen ialah saiz buku Jiwa yang sangat sesuai untuk bacaan '0n-the-go' – malah hampir separuh buku ini dibaca dalam kereta sahaja sambil melayan kesesakan jalan raya (semasa lampu merah dan kereta merangkak dalam hujan tentunya, bukan 80km/j di jalan dalam kota).
Profile Image for N.F. Afrina.
Author 3 books856 followers
Read
June 6, 2022
"Aku bukan pengumpul, aku adalah penyelamat" will be my tagline every time I buy more books after this.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
April 4, 2022
Dunia Adalah Senaskhah Dongeng adalah buku yang paling lama nak ditulis.

Ideanya wujud sebelum Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi.

Betul, ini manuskrip yang diperam (dan ditukang) bertahun-tahun lamanya.

Walau banyak mana novel & cerpen yang dibaca, puisi tetap istimewa di hati saya.

Bulan ini, bulan istimewa.

Bulan Nisfu Syaaban, hari berkat di mana doa-doa dimakbulkan tuhan.

Bulan ini juga, saya baru terima berita gembira: ditawarkan chambering di firma guaman yang saya betul-betul mahukan.

Bulan ini juga, kumpulan puisi pertama saya dilahirkan ♥️

Terima kasih JIWA selaku penerbit.

Terima kasih Ainunl Muaiyanah sudi menjadi editor.

Terima kasih semua ✨🙌🏻

Bila saya penulis, sudah tentulah saya berikan 5 bintang untuk buku sendiri. Siapa lagi yang perlu percaya pada buku sendiri, melainkan penulisnya sendiri?

Dunia Adalah Senaskhah Dongeng boleh didapatkan via pautan ini 👇🏻
bit.ly/untuksembuh
1 review
May 29, 2022
Terima kasih kerana mengangkat mereka komuniti “tanpa dokumen” di Borneo dalam penulisan. Saya sebagai orang yang pernah turun padang mengajar anak-anak ini faham keadaan mereka.
Profile Image for Khadijah Al Yahya.
1 review
October 19, 2022
Untuk seseorang yang dah lama tak membaca buku dan seseorang yang suka membaca puisi pada suatu ketika dulu. Dunia adalah Senaskah Dongeng adalah karya pilihan yang menjadi bacaan santai untuk sekian kalinya. Meneliti perjalanan dan pengalaman hidup sang penulis kita merasai sedikit sebanyak curahan perasan yang di kongsi bersama dalam buku ini.

"Kita sering melihat keluar,sehingga terlupa untuk meneliti apa yang ada di dalam"

"membaca 1000 buku bermakna kau hidup 1000 kali"

Terima kasih untuk karya ini yang menjadi pemula semula semangat ingin membaca 1000 buku lagi.
Profile Image for Farah Nadiah.
47 reviews1 follower
June 16, 2022
Setiap puisi para pembaca boleh relate. Sesuai untuk dibaca kalau ada reading slump atau buntu nak baca buku apa. Boleh juga dijadikan sebagai bedtime story rawat kesusahan tidur, kedukaan jiwa selain baca kitab suci al Quran.

Puisi hampir semuanya sedap. Ada yang boleh faham, ada yang perlu ambil masa dihadam sebelum dapat tangkap apa maknanya. Mungkin saya tangkap maksud lain, penulis menulis dengan maksud yang lain.

Kalau ada yang kekurangan - bilangan muka surat dan ketebalan, sebab boleh baca sekali hadap sebelum tidur.

4.5/5 ⭐
Profile Image for A far place.
8 reviews1 follower
November 13, 2022
Semacam kebetulan, tetapi mungkin juga tidak? Saya berkira-kira mahu mengambilnya dari rak. Lama saya berdiri di hadapan rak yang menempatkan deretan buku-buku. Sesekali berpapasan dengan penulisnya yang berlegar di dalam reruai. Beberapa orang sedang beratur di kaunter pembayaran. Hati saya akhirnya memandu tangan yang memaut buku kecil berwarna latar kuning tersebut.

Membaca Dunia adalah Senaskhah Dongeng seakan-akan membaca Sudah Hampir Malam di Kyoto oleh SN Muhammad Haji Salleh. Ya, begitulah perasaannya. Saya temui keseimbangan emosi, rasional, dan renungan yang mendamaikan. Mungkin juga ada sedikit air mata yang saya rasakan, tetapi ia adalah air mata - a beautiful feeling/kenangan yang indah.

Saya tersenyum membaca catatan awal penulis - Apa Sahaja Jadi Penanda Buku - mengingatkan saya kepada adinda yang dahulu sering meletakkan bantal kecil menjadi Penanda Buku. Saya lebih suka main ingat muka surat. Tetapi semuanya berharga.

Saya menggemari penyusunan puisi daripada awal hingga akhir. Catatan penulis bersama buku sehingga renungannya terhadap dunia sekeliling. Lama saya berhenti dan merenung pada catatan terakhir penulis tentang Semalam di Indonesia.

Momen eksklusif bersama buku - ini juga yang saya rasakan ketika menyelak Dunia adalah Senaskhah Dongeng. Seolah - olah, hanya diri kita, dan juga sebuah buku. Kita akan tersenyum, tertawa, kadangkala menangis, kadangkala bersemangat, hanya bersama buku. Dunia adalah Senaskhah Dongeng mengingatkan saya kepada perbualan kecil pada lewat malam bersama adinda yang dikasihi tentang Karya Agung Rejabhad - Siri Periwira Mat Gila, Selendang Siti Rugayah, Tiga Dara Pingitan, serta komik - komik malar segar sepanjang zaman yang pernah 'ditelaah' oleh kami adik-beradik.

Terus membaca, menulis, dan berkongsi, Iman! Terima kasih banyak untuk naskhah kecil 'berjiwa' besar ini!
Profile Image for Infinity Book.
10 reviews2 followers
August 18, 2022
"Membeli buku hilang makna, jika kau tidak membeli waktu untuk membaca" ✨📚
Profile Image for Nurul Ain.
19 reviews
August 1, 2022
Suka catatan awal, catatan tengah dan catatan akhir.
Profile Image for Hadiah.
6 reviews3 followers
July 13, 2022
semasa di PBAKL buku ini dicapai aku tanpa fikir, asal buku perasaan, luahan aku ambil buat bekal bila kepala berselirat dengan ketidaktentuan berpunca lebih berfikir (overthinking). membaca susunan kata yang indah puitis sudahpun mengamankan. walau kadang sukar aku fahami isinya.

tulis Iman,
"mimpi ngeri pembaca buku 'book slump' memegang buku seberat memikul batu."
betul la tu~

tulis Iman lagi,
"kalau tuah buku itu sebuah kuasa, mungkin saya layak digelar adiwira".
tergelak sendiri, gembira. setidaknya aku pernah merasa menjadi adiwira. 😂
Profile Image for Nas.
149 reviews68 followers
June 7, 2022
Sekali duduk sahaja sudah boleh dihabiskan buku ini. Penulisan yang sederhana tetapi ada meninggalkan sedikit perca-perca diri dalam helaian puisi yang membekas di hati.

Suka juga dengan catatan penulis tentang Murakami dan lensa kehidupan dari sisi yang tak pernah kita alami sebagai golongan yang ‘privileged’.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
June 20, 2022
Lebih suka jika diasingkan sajaknya sebagai kum puisi sahaja. Tak berapa masuk dengan gaya catatannya yang lebih bersifat status fb/twit. Barangkali sisi positifnya, buku ini berupaya menghubungkan pembaca prosa biasa kepada puisi.
Profile Image for SORA.
183 reviews7 followers
January 5, 2023
Kerisauan aku apabila membeli buku puisi ialah kesukaran mencerna makna puisi tapi alhamdulillah puisi-puisi di sini amat lazat dikunyah maknanya (baca:sampai ke hati).
Tahniah, penulis!

Antara puisi kegemaran kerana menjadi asbab pemberi motivasi kepada diri untuk menghabiskan buku-buku di rak TBR yang tidak diketahui bila akan surut:

...

Membeli buku
hilang makna
jika kau tidak
membeli waktu
untuk membaca

--sebahagian puisi Untuk Tsundoku.
Profile Image for Jejaka Buku.
115 reviews6 followers
June 1, 2023
"Hampir ialah kata-kata paling sial - hampir rugi, hampir sendiri, hampir mati."

Dunia Adalah Senaskhah Dongeng, sebuah koleksi puisi dan catatan yang mengisarkan pengalaman penulis sebagai bibliofil tegar juga rencah kehidupan selama penulis menjejaki kaki di Bumi. Terbahagi kepada lima bahagian iaitu Catatan Awal, Naskhah, Catatan Tengah, Dongeng Dunia, dan Catatan Akhir. Catatan yang menjadi kegemaran ialah Dan Bangunkan Aku Setelah Segalanya Pergi.

Dan Bangunkan Aku Setelah Segalanya Pergi merupakan sebuah catatan yang menggambarkan bagaimana kehidupan manusia di tika wabak Covid-19 melanda. Cara bagaimana penulis mentafsirkan perkataan dengan suatu perspektif yang baru amatlah kreatif di mana satu perkataan yang dirasakan bersifat satu dimensi itu dapat dihadam lebih dalam, contohnya seperti tiga pengajaran yang dikongsikan. Selain itu, catatan ini dapat menggambarkan bagaimana kesunyian itu teman sejati manusia dengan baik ditambah pula dengan ketentuan yang samar dalam meneruskan kehidupan. Tambahan pula, perkara tersebut dapat membawa pembaca kembali ke waktu wabak melanda di mana manusia sentiasa dihantui akan ketidakpastian itu. Kekurangan yang ketara pada catatan ini boleh dikatakan tiada kerana penulis berjaya merangkumkan pengalaman manusia ketika wabak menyerang dengan baik. Antara perihal disentuh dalam catatan ini ialah perihal takdir dalam ketidaktentuan hidup dan kesan kesihatan mental dan fizikal terhadap individu.

Secara keseluruhannya, buku ini boleh dikira bagus walaupun ada beberapa perkara yang boleh digilap lagi. Semestinya puisi dan catatan penulis berkaitan dunia bibliofil menjadi kekuatan buku ini kerana banyak yang berkait dengan pembaca dan disampaikan dengan baik sekali.

3.75🌟/5🌟
Profile Image for Zahidah Azman.
42 reviews4 followers
February 7, 2023
Penulis menyulam kata demi kata dengan begitu indah sehingga saya terlarut dalam rasa yang menggebu pada hati.
19 reviews3 followers
August 2, 2022
Dunia Adalah Senaskhah Dongeng merupakan buku yang termasuk dalam antara buku paling cepat aku habiskan bacaannya. Pada pandangan aku, buku ini unik barangkali disebabkan aku masih berjinak-jinak dalam genre puisi jadi agak baru untuk menyesuaikan diri dengan cara susunannya. Bagi aku, kata-kata yang digunakan boleh dianggap puitis sehinggakan ada juga beberapa perkataan yang asing buat aku - yaa perjalanan aku masih jauh dan perlu meneroka dengan lebih banyak lagi.

Sebagaimana aku membaca reviu-reviu mengenai buku ini, benarlah kata para pembaca yang lain - tidak puas. Bukan kerana ia kurang menarik untuk membaca tetapi terasa bagaikan terlalu pendek bagi diri lebih tenggelam dalam bacaan. Penceritaan puisi yang memberi makna tersirat untuk dihayati dan perkongsian pengalaman untuk diteladani telah membuatkan aku banyak berfikir bagi mencapai pemahaman itu. Betul, ketebalan bukunya terasa nipis tetapi pada hakikat pengamatan yang tinggi sangat perlu dizahirkan.

Aku ingin kongsikan satu bahagian (?) puisi yang menarik perhatian dan bagi aku ia memberi impak yang agak mendalam. Mungkin perkongsian ini akan membuatkan sesiapapun berfikir sejenak. Tajuk puisi tersebut "Tiga Kata" dan aku hanya mengambil pada "kata yang ketiga" :-

(iii)
Kata semata kata
tak mampu bermakna
jika kau masih juga
separuh membaca
separuh buta.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
June 24, 2022
📝Buku pertama saudara Iman Danial Hakim,dimiliki. Harap ada rezeki untuk beli buku beliau yang lagi satu. Seperti biasa buku puisi mampu atasi reading slump ku ini✌🏻

📝 Tiada bahagia seorang bibliofil jika ianya berkaitan buku. Movie tentang buku, komik tentang buku, ayat tentang buku, ini kali PUISI tentang buku. Buku..Buku..Buku..📚
Itu juga buat diri membuak untuk dapatkannya☺️

📝Puisi teruntuk para pencinta buku serta pencinta puisi itu sendiri. Aku suka tentang semua namanya puisi. Dalam menerka, dalam menghadam kata, dalam merasai jiwanya kata. Seronok! Tapi? Kenapa senipis cuma.Buat aku kecanduan untuk mahukan lagi. Berikan lagi..🙈

📝Kali ini sosok seorang lagi penulis aku cuba selami. Bagi aku pemuisi itu ada keistimewaan dan keunikan sendiri.Rentaknya. Susun aturnya. Bayangannya. Lain. Begitu juga penulis ini.

📝Seperti katanya, prakata hal tersulit buat penulis. Kini, mahu ucapkan Tahniah! Mulanya prakata sudah buat diri terasa tak sabar untuk masuk ke dunia dongeng yang tercipta. Kata-kata yang cukup menggambarkan kami warga pembaca dan pencinta puisi seperti aku.
Aku suka ayat ini 👇🏻
" Sama ada saya di luar yang melarikan diri ke dalam buku, atau saya yang di dalam melompat keluar diri, puisi tetap menjadi kompas, memandu saya supaya sentiasa waras"

📝Buku di tutup meninggalkan bekas emosi, terutama pada Puisi:
1. Untuk Tsundoku
2.Membaca Dirimu
3. Diammu Riuh dengan Tanda Tanya
4. Putera Puteri Fantasi

📝Tak lupa pada bahagian Catatan Awal, Tengah dan Akhir. Catatan sederhana yang meninggalkan segaris senyum buat aku. Sungguh dekat dan sangat berkait dengan seorang bibliofil. Percayalah, buku ini hadiah teruntuk kalian pencinta buku😍

📝Terima kasih @imandanialhakim @inibukujiwa Teruntuk naskah yang membuai jiwa. Sudah membeli jiwa para pembaca.📚
Profile Image for Hasliza Rajab.
172 reviews8 followers
January 3, 2024
"Membaca bukan sekadar membaca, sebaiknya membacalah untuk mendidik jiwa".

Kompilasi puisi dan catatan-catatan penulis berkenaan dengan pengalaman dan pemerhatian beliau di sepanjang kehidupan. Beliau mengabadikan segala kenangan tersebut dalam sebuah puisi dan catatan untuk direnung kembali oleh para pembaca.

Sebuah buku yang ringkas namun sarat dengan mesej kehidupan!
Profile Image for Introvert Insane.
543 reviews7 followers
September 22, 2023
Nipis tapi padat. Many Malaysian publication tried poetry collection but finally I've found Jiwa that actually attempts to write a good poetry than some simplistic Tumblr quotes. *cough* Nukilan *cough* Biruni *cough*
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
August 31, 2025
Paling terkesan puisi 'Antara Buku dengan Kehidupan di Jogjakarta'. Lebih2 lagi baru2 ini berlaku rusuhan di Indonesia. Terbit keinsafan di dalam diri. Betapa beruntung menjadi anak Malaysia. Sungguh, syukur itu perlu sentiasa ada dalam hati.
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
Read
December 18, 2022
Maafkan saya, buku yang dibeli september lalu

baru kusempat membelek ke muka akhir, setelah disember hampir habis
Profile Image for ommimembaca.
26 reviews3 followers
October 12, 2022
DUNIA ADALAH SENASKAH DONGENG, IMAN DANIAL HAKIM

Ini adalah himpunan puisi dan catatan peribadi penulis .
Saya bersetuju dengan penulis "membaca ialah satu eskapisme"
Bagi saya, buku adalah salah satu 'tempat' terbaik untuk berehat dari kesibukan dunia dan dari hal-hal yang melelahkan .
Membaca membawa kita ke satu daerah lain .

Pencinta buku pasti akan dapat mengaitkan diri sendiri dengan beberapa catatan dan puisi di dalam naskah ini yang berkisar tentang buku dan membaca .

Antara catatan penulis yang membekas di hati saya adalah 'Sempurnakah Semporna' yang mengisahkan tentang Sabirin seorang remaja pencinta buku, namun mungkin tidak berpeluang ke menara gading . Saya tahu, ini baru sebahagian realiti yang ditelanjangi . Sesuai dengan musim pilihan raya umum yang bakal menjelang, saya berharap anak-anak ini mendapat perhatian yang selayaknya.

Saya akhiri ulasan buku ini dengan salah satu catatan tajam daripada penulis buat tsundoku ;
membeli buku
hilang makna
jika kau tidak
membeli waktu
untuk membaca .

#Duniaadalahsenaskahdongeng #imandanialhakim #jiwa #puisi #ommimembaca #malaysiamembaca #bookstagram
Displaying 1 - 29 of 29 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.