Jump to ratings and reviews
Rate this book

KAF

Rate this book
“Don’t trust anyone in Hijaiyah”

325 pages, ebook

First published January 1, 2023

76 people are currently reading
953 people want to read

About the author

Elvroseth

18 books355 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
234 (58%)
4 stars
85 (21%)
3 stars
40 (10%)
2 stars
20 (5%)
1 star
18 (4%)
Displaying 1 - 30 of 67 reviews
Profile Image for sooa.
62 reviews4 followers
December 18, 2024
just my honest thoughts about this book. btw ni i baca POD.

jalan cerita bosan, cringe dan hambar gila. aku tak tau apa yang menariknya pasal buku ni. lepas penulis ni buat watak hero dia as a rapist dulu, kali ni pembunuh upahan pulak? tapaham kenapa penulis suka sangat romanticise crime dalam cerita dia.

kaf red flag gila yang aku benci sangat since part dia bunuh kucing sebab gigit kaki mim tu sumpah watak dia tahpape. pastu dah la creepy duk perati mim dari kecik sampai besar. protective my ass. dia punya obses tu sumpah weird gila. and watak dia tak hot attractive langsung pls lah. cringe je lebih

si mim ni pun insecure tak abih abih dari awal sampai nak habis cerita. overthinking pun benda remeh je penat aku. taktau kenapa aku tak rasa kesian langsung dengan life si mim ni. tah tak boleh relate. dah la pov 1 lagi buat cerita ni dua kali ganda cringenya. pastu childish gila tak padan langsung dengan umur. kaf pun sama je. dedua tak matang. nak dekat habis tetiba si mim ni acah badass then sama naik je dengan kaf jadi pembunuh. mendee lahhh

semua benda nak try hard. the romance is not romancing. aku rasa tak sweet langsung. trope lect-student is a big no for me. cringee je banyak. gore tak seram dan tak jadi. humour pun tak kelakar. chemistry mc out. dedua keje nak mengawan je geli tul aku. tak faham definisi romance dia ni macam mana tapi aku rasa uncomfortable bila baca semua sweet scenes dia. naratif tak sedap, dialog macam budak budak, plot building and character development flop teruk, plot twist boleh agak, premise cerita pun tak menarik.

yang aku boleh terima ilmu tentang medic jela dalam buku ni. for me author ni terlalu mendalami imaginasi dia menyebabkan cerita ni ada part yang macam merepek dan cringe. aku rasa selagi boleh merepek, dia akan buat. and for me the different ending tu tak perlu pun. dah elok dah pun si mim tu mati pastu nak hidupkan balik ijboll

akan ada buku jilid 2? tak payah la penulis. bazir kertas je.
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
October 25, 2023
Cerita dah best (pada awal bacaan aku macam wow okay macam best), tapi itulah makin dibaca makin draggy, creepy, cringe & sayangnya backstory cerita tak dikembangkan dengan baik. Misteri pun macam tak berapa nak misteri pastu tiber Mim dah tahu rahsia semua orang. Okaylah maybe benda ni semua akan diceritakan dalam musim ke 2?
Profile Image for Li Akasha.
13 reviews
September 2, 2024
Tak suka Mim. Insecure memanjang. To me author mcm self insert but whatever. Mengada. Engkau masa awal2 relax je tibe masa akhir kau nk jdi possessive. Nampak mcm try hard nk ikut trend. Pstu ttiba Alpha Female? Lah cringe. Tibe. Idk if it’s millenial stuff ke apa but please stop. Geli ah.

And Kaf is weird. No, imagine. A 16 years old being obsessed with an 11 years old. It’s weird cuz he has his own younger sister. Pergi la jaga adik dia. lol. Lepastu the lecturer student trope tu tkyh ckp la. Kalau aku jdi member dia, aku jdi confuse.

Diorang punya cringe tkyh ckpla. Geli tk sweet langsung. sikit2 dhla.

Pstu ada satu scene tu Mim refer that other woman’s chest as “nasi lemak basi”? Kau jealous ke apa? Mcm degrading pun ada. Nampakla kau masih insecure.

Character nya umur dh 20+ tpi mcm tk matang langsung. Nasib baik ending dia mati. Puas hati. Sebab I tkleh nk connect langsung ngan watak dia so mmg tkleh nk kesian.

I rasa mcm watak Mim too much exaggeration. It feels as if the author is trying to hard nk bgi readers kesiankan watak ni but you know, for me it’s too pretentious. To me, author should meet people yang betul2 membesar in broken home so it feels more authentic.

I don’t know why but I feel like author was writing a fanfic about herself with someone in her life. I mean it’s not wrong. But whatever.

Note to author: Tak payahla reprint. Bazir kertas, bazir duit, bazir tenaga.
Profile Image for a i n c e r a.
125 reviews14 followers
April 11, 2023
"𝘼 𝙝𝙖𝙪𝙣𝙩𝙞𝙣𝙜𝙡𝙮 𝙨𝙖𝙙, 𝙗𝙚𝙖𝙪𝙩𝙞𝙛𝙪𝙡, 𝙩𝙧𝙖𝙜𝙞𝙘 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙖𝙛𝙛𝙖𝙞𝙧 𝙗𝙚𝙩𝙬𝙚𝙚𝙣 𝙖 𝙢𝙖𝙣 𝙬𝙝𝙤 𝙤𝙣 𝙖 𝙧𝙚𝙫𝙚𝙣𝙜𝙚 𝙢𝙞𝙨𝙨𝙞𝙤𝙣 𝙖𝙣𝙙 𝙖 𝙬𝙤𝙢𝙚𝙣 𝙬𝙝𝙤 𝙘𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙨𝙩𝙧𝙤𝙮 𝙩𝙝𝙚 𝙢𝙖𝙣'𝙨 𝙡𝙞𝙛𝙚 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙥𝙖𝙡𝙢 𝙤𝙛 𝙝𝙚𝙧 𝙝𝙖𝙣𝙙𝙨."

(I dont think my review do it justice to the book cause there's a lot to be said)

Sebelum aku memulakan ulasan, aku nak mengucapkan tahniah untuk penulis (Elvroseth) yang berjaya lahirkan Kaf versi fizikal. I ,indeed, really anticipated this book since i finished read the first verison. Aku cakap kat diri aku yang kalau ebook ni akan ada buku dia sendiri - i will definitely buy it and.. i did! Thank you Elvroseth for making my dream came true hehe.

Untuk yang pertama, aku suka cara penulis bawak satu pembaharuan dalam penulisannya. Tema dark dan light tu blend-in well. Ada masa aku dibawa ke satu babak yang very light-hearted and heart-warming. Dan ada satu babak lagi aku dibawa ke dunia yang gelap, ganas, gore, kejam dan kasar. Itu keunikkan yang ada dalam cerita ni bagi pendapat aku.

Not to forget, how creative this writer is?? Macam mana boleh terpikir nak gunakan hukum-hukum tajwid dan huruf-huruf hijaiyah sebagai satu karakter dan satu empayar yang besar! Thats just plain brilliant. Aku suka dengan konsep and the story-telling about the world building. I think kalau boleh add more details about the empire, the society, the tech in 30xx - its goin to be more fun to explore. Bila dah ada kerajaan sendiri, ofkos akan ada jugak aspek politik. Sejujurnya, aku sangat tertarik untuk mengetahui lebih lanjut aspek politik dalam Empayar Hijaiyah ni. Its just very little dan aku tak puas. I. Want. More!

Untuk karakter - some people say Kaf ni red flag, some people might say Kaf green flag. For me, Kaf ni more to morally grey character. The first version - aku rasa Kaf ni red flag sebab dia sangat creepy, i thought that kalau aku Mim aku akan jadi sangat tak selesa dengan kelakuan Kaf. Untuk book version - he doesnt do something creepy. Aku suka this version of Kaf.

Kaf ni sejenis lelaki yang he-will-ruined-himself-for-his-loved-one. Bila dia cakap, dia bukan sekadar cakap sahaja tapi dia buktikan dengan perbuatan; his action - very-very-very sweet and gentle. Before that, Kaf ni seorang yang cringey, cheesy, and clingy kuasa dua. Kadang-kadang tu dia punya manis tu macam takde hari esok. Aku macam ehh hormat la orang singlee hahaha! Dia sangat obses dengan isteri dia. Pantang dia ni - jangan sakitkan isteri dia or not you will experience hell from him. Technically, he's an extremist protector. Lupa nak mention yang Kaf ni pakai spectacles 🤓 (brainy, hot, spicy, and nerd and handsome andd ... - kaf literally nak kaut semua adjektif kan 😆)

Karakter Mim dengan karakter aku quite similar. Apa yang Mim rse as seorang yang introverted, insecure, dan overthinking - aku pun dapat rasa. Orang yang tak faham akan beranggapan people like us ni mengada-ngada, nakkan pujian or whatsoever. But, deep down we just wanted some assurance. Klau aku jdi Mim pun, aku akan setia dengan Kaf even dia ada dark secret. Kaf pandai handle seorang Mim. So, macam manalah Mim tak tergolek hati tu jatuh dekat Kaf 😂. And yess please aku suka the savage Mim!

Habis sudah bahagian yang aku suka. Next, bahagian yang aku kurang gemar dalam cerita ni.

Cerita dia agak terlampau mengfokuskan kearah Mim dan Kaf sahaja - as being lovey-dovey all the time. Aku expected a little bit of intense moment tapi takde. This story based on the forbidden love trope kan (if im right?) tapi macam there's nothin much happen there selain part sweet-sweet 😅. Lepastu, agak draggy sikit dan banyak jugak pengulangan ayat. Tak pasti itu kehendak penulis sendiri atau sekadar untuk memenuhi minimum perkataan. Dan ada juga bab-bab tertentu yang buatkan aku rasa dull dan kosong ketika membacanya. I think is because of the fact that aku dah membaca the first version - its hard for me to pretend that i dont know what the story was about and the real people behind the mask. Definitely, thats just my own problem.

Cut to the ending. I dont believe it. Sedih tu sedihla tapi ini kan novel fantasi/fiksyen. There's nothin impossible. Lagipun, ada hal yang masih tak selesai ya. Bak kata orang kalau tengok drama thriller - no body, no death. Maybe. Cheat death. Who knows 😏
❗⚠️❗
❗⚠️❗
❗⚠️❗
❗⚠️❗
❗⚠️❗
Prediction Season 2 (Spoilert) :
Aku rasa Mim akan hidup balik tapi die lupa ingatan. Maybe they will goin to be more like enemy to lover. Mim kne brainwash perhaps to think him as a threat to the throne. I hope more intense romance moment. Pls make, Mim turn into a badass women 😂
3 reviews
January 30, 2025
I dunno which part of this novel best except for their friendship.

Weirdo and psycho male lead dan insecure (judgy) female lead yang nampak innocent. The starting of the story dah turn off bila Kaf bunuh kucing sebab kucing tu cederakan Mim. We do not condone obsessive behaviour yang melibatkan nyawa orang sekeliling dan indirectly influencing orang kepada perbuatan tidak bermoral.

And least at the end of the story, dia patut dapat balasan yang setimpal for what he has done. Don’t normalise crime.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
February 19, 2024
Cover buku cantik! Nama nama watak sangat kreatif! Tak berbelit otak aku.

Cuma— Agak terganggu dengan perkataan itu ini itu ini.

Stress dengan perangai insecure tak sudah Mim Maryam. Dannn si Mim ni memang jenis look innocent tapi gatal.

Contoh “those hands… are beautiful. Aku terbayang sesuatu - tangan itu, pada wajah aku.” then tiberrr tersedar lalu ber-istighfar. Banyak kali ya repeat scene Mim gini. Sigh.

Kaf cringe giler! Nak muntah pun ado.

Edit; Dah baca chapter tambahan version POD Ink Loaf. Dapat je buku, aku memang dh bukak pages last nak baca yang tu je. Apa komen aku adalah, uuu boleh tahan laaa walaupun cam merepek! Haha. Nama pun fiksyen. Terima jela jalan cerita author buat 😁 Tak tahu kenapa rasa nak reread the whole story. Nantilah bila rajin.
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
October 29, 2023
Kisah cinta yang manis dan aneh. Diawal sehingga ke pertengahan mukasurat, ceritanya buatkan kita tertarik nak baca. Masuk ke pertengahan hingga akhir, ceritanya jadi merudum dan draggy. Macam hilang sesuatu. Apapun kita tunggu sambungannya pula
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
May 31, 2025
Tolonglah tolong ada sambungan. F terkedu baca ending. Kenapa weii kenapa?

F tak sangka F boleh layan kisah begini. Best baca 💜 Cuma kan scene bergula tu terlalu manis 🤭

👍thumbs up pada author.
80 reviews1 follower
July 17, 2025
baca sebab nak tahu kenapa buku ni popular dan jadi rebutan ramai. dan bila baca, sangat kecewaaaaa. nama watak memang unik tapi tak boleh terima cerita yang terlalu 'men-charming-kan' seorang psychopath. bunuh dah jadi benda biasa dalam cerita ni (like whattt????).

not my cup of tea and will never be🙏😔
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews2 followers
August 10, 2025
Cerita ni ada banyak potensi. Sayangnya, potensinya tak dapat ditonjolkan dengan baik. Gaya bahasa sedap, cuma pengembangan plot agak lemah.

Idea yang dikemukakan oleh penulis bagi saya sangat menarik. Konsep 'lost prince and princess', trope 'i-should-kill-you-but-i-fall-in-love-with-you' dalam ni pun okey. Ada twist yang kita tak sangka ditambah dengan pesanan dari penulis, "Jangan percaya sesiapa di Hijaiyah" membuatkan kita tak senang duduk, acap kali berteka-teki tentang siapa pengkhianat.

Kaf dengan Mim, saya rasa kalian berdua patut cari bantuan psikologi profesional. Saya faham ada tindakan yang berpandukan dendam, cumanya apa yang mereka buat tu — it's just wrong in so many ways. Pembunuhan dan kekejaman dalam novel ni —it just doesn't sit right with me.

Mim punya development pun berlaku secara mendadak sangat. Daripada seorang yang lemah,tiba-tiba boleh jadi baddie, jadi juara boxing? Benda ini tak mustahil tapi lagi logik kalau prosesnya itu ambil masa. Daripada seseorang yang tak boleh stand untuk diri sendiri dan diajar seni bela diri oleh Kaf, tiba-tiba boleh jadi jaguh pulak? Huhu, maaf.

Novel ni bagi saya sebenarnya boleh sampai dekat dia punya klimaks tu dalam masa yang singkat. Tapi, terlalu banyak babak yang saya rasa meleret-leret. Contohnya sesi pengajaran Kaf dengan Mim. Untuk exposure kali pertama, boleh lah. Tapi, terlalu banyak babak seperti ini ditambah dengan medical jargon yang digunakan. Saya hargai usaha penulis untuk educate pembaca tentang terma yang digunapakai dalam bidang perubatan, tapi pada pendapat saya lebih baik penulis kurangkan babak yang tak penting pada plot.

Apapun,saya menantikan Kaf 2.Saya harap Kaf 2 dapat memenuhi harapan saya.Penulis jangan salah faham dengan ulasan ini,saya puji idea yang menarik. Bukan semua orang dapat fikir untuk bina satu dunia dengan nama karakter huruf Hijaiyah dan hukum Tajwid dengan plot yang menarik, cuma penulisan itu yang perlu diperbaiki dari masa ke masa. Syabas, Elvroseth!
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
December 17, 2023
PBAKL haritu, novel ni antara novel yang membuat kekacauan dek kerana limited stok. Alhamdulillah, aku sempatlah grab sebuah (memang boleh beli sebuah je pun huhu). Lepas beberapa bulan, barulah aku berjaya memulakan bacaan, itupun nak menghabiskan mengambil masa dekat sebulan jugalah sebab aku dah mula kelas apa semua, memang sorry jelah nak habiskan bacaan cepat.

"Tanwin bertemu Ba', hukumnya iqlab." Masuk ke dunia Hijaiyah, rupanya Iqlab juga satu watak. Bercakap tentang penamaan watak, aku impressed dengan cara penulis menamakan mereka. Gabungan huruf jawi dengan nama surah. Menarik gila konsep dia. Empayar Hijaiyah yang menjadi latar tempat, and let me tell you, the worldbuilding is soooo well explained sampaikan aku rasa macam aku pun ada dekat Hijaiyah, especially Hijaiyah Medical School. Cumanya aku ambil masa sikit untuk betul-betul fahamkan tampuk pemerintahan dan perwarisan takhta empayar gemilang ni sebab infonya diselit-selit.

Mim Maryam. Watak utama yang hidup dengan penuh kesakitan walaupun dirinya taklah seteruk yang dia fikir. Kerana disisih keluarga, Mim think the worst of herself. Insecurities, overthinking, introverted, she seeks for her parents love, approval and acknowledgement. Hidup dibayangi ahli keluarga yang berjaya sangat menyeksanya walaupun dia taklah seteruk apa yang mereka katakan. Sehinggalah... Kaf.

Kaf Ar-Ra'd. Munculnya dalam hidup seorang Mim sangat tiba-tiba dan tanpa sebab. Honestly, he gave me a massive stalker vibe at first and not to mention, dia sangatlah pushy and freaky. To me, seorang Kaf bukanlah a walking green flag nor he is red. Macam hidup yang tak selalunya hitam putih, Kaf juga begitu. Insan yang berada dalam lingkaran kelabu yang tindakan dan kelakuannya bergantung kepada situasi. Bak kata Mim, "Kaf yang aneh, Kaf yang manis". Aku suka cara penulis gambarkan dua sisi Kaf ni. Kaf yang aneh, sangatlah menakutkan dan mengerikan. Kaf yang manis pula sangatlah menggoda seorang Mim.

However, aku tak berapa feel chemistry antara Mim dengan Kaf ni.... Terasa agak forced bagi aku and honestly, aku tak kisah sangat pun pasal kisah cinta mereka ni haha. Aku lebih tertarik dengan dual indentity setiap watak di sekeliling Mim. Geng Unmistakable Glukose Satan (UGS), setiap satu dari mereka muncul dalam hidup Mim berperingkat dan mengisi kekosongan dalam hidup seorang Mim. Ba', kawan perempuan yang tak berhenti cuba untuk rapat dengannya, Jim, jejaka perasan hensem yang sentiasa berbalah dengan Ba', Sod, si tenang dan pelindung Mim, Ghain, si chaotic yang sentiasa menyakat Mim, Alif, yang sentiasa mengantuk dan pelindung Sod dan Syin... yang terakhir muncul dalam kumpulan mereka. Setiap dari mereka, punyai satu sisi lain yang disorokkan daripada orang lain. Ada rahsia yang mereka simpan dan ada misi yang mereka perlu selesaikan.

Aku suka dengan susunan plot cerita ni dan bagaimana penulis perlahan-lahan dedahkan identiti mereka. And as usual, ada yang predictable tapi ada juga yang babak yang membuatkan aku whaaaaat seketika. Dan sehingga habis pun aku masih lagi tertanya-tanya siapa sebenarnya yang menjadi penggerak Izrail and the gang, either memang Dr. Halaqah tu ataupun ada yang lebih berkuasa? Dan apa motif dia nak menggulingkan kerajaan Hijaiyah yang sedia ada.

Walaupun banyak reviews yang aku baca dekat IG, takde satu pun yang bagi bayangan yang endingnya... dia mati. But then again, aku rasa macam ada surprise yang menunggu kita dalam musim kedua nanti. Anyway, aku agak kecewa sikit sebab leading up to ending, aku rasa sangat rushed. Tak cukup dengan aku nak habiskan bacaan dengan cepat rupanya endingnya pun rushing juga lol.

One thing yang aku tak expect is the amount of medical things yang diexplain dalam novel ni. Boleh kata 60% melibatkan perubatan dan kehidupan di HMS. Dan tak dinafikan juga, bila ada watak yang melawak atau bersarkastik atau apa saja yang melibatkan medical term, aku tercengang sebab tak faham. Kalau rajin, aku googlelah kalau tak aku buat-buat faham. Since aku dah terinvested dengan dunia Hijaiyah ni, susahlah sikit nak back out, so I really couldn't wait for the next book. Hopefully banyaklah yang akan terjawab.
Profile Image for Slow mode: on ✨️.
87 reviews1 follower
December 30, 2023
Fyi, sya baca yg buku Prince of Death yg ada alternate ending tu.

Pada mulanya nak beri 1 sahaja sbb hampir DNF. Rasa tak boleh nk habiskan tpi saya cuba mengenangkan kita dah pinjam. Disebabkan jalan cerita yang agak menarik dan penggunaan nama watak yg unik juga membuatkan saya utk meneruskan pembacaan sehingga ke akhirnya. Banyak juga bahagian yg buat sya "lah tibee....". Tapi sya suka bhagian bila penulis menerangkan ttg perubatan dlm ni, mudah utk difahami. Semoga sukses buat penulis utk penulisan akan datang ❤️
Profile Image for syahirah.
14 reviews4 followers
March 31, 2022
cerita ini pedih, pedih yang manis
Profile Image for Qie.
34 reviews3 followers
March 2, 2023
TAJUK : KAF by Elvroseth
•••
📌 RATING : 4.8 / 5 ⭐️
📌 PAGES : 660

•••
Rasanya no need to review novel ni panjang2 kan semua orang tahu betapa hotnya Kaf and betapa bestnya cita nihh 😍🫶🏻
•••
Mim Maryam - Seorang student perubatan yg slalu insecure dgn diri dia sendiri. Selalu gagal walaupun dia dh berusaha sehabis baik dan sudah berusaha lebih daripada org lain. Keluarga yg sangat perfectionist sehingga membuatkan Mim sangat2 stress dgn kehidupannya. Benci gile ah ngn family Mim ni. Semua jahat ee geram je saya yg baca ni. Tapi yg bagusnya Mim ni, dia sangatlah tabah lalui kehidupan dia.

Kaf Ar Ra’d - Pensyarah muda yg mula mengajar di kelas Mim. So sweet, yet so strange. Sangat sangat menyayangi Mim melebihi segalanya. Perkenalannya Mim membuatkan hidup Mim berubah. Kaf berjanji akan membantu Mim lulus ujian sehinggalah Mim mnjdi doktor yg berjaya, dgn syarat Mim kena berkahwin dgnnya dan melahirkan zuriatnnya. .

“𝑺𝒕𝒖𝒅𝒚 𝒉𝒂𝒓𝒅 , 𝑴𝒊𝒎. 𝑨𝒏𝒅 𝒕𝒉𝒆𝒏, 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒎𝒆 𝒉𝒂𝒓𝒅𝒆𝒓.”

Cara penulis describe outfit Kaf tu buatkan saya terbayang Kaf ni hensem gilerr 😭 Oh , tak lupa jgk Kaf ni pakai spek tauu ✨ Pastu Kaf ni obsess gila dgn Mim. No one can touch Mim selain dia sorang. Sebenarnya awal awal saya agak takut dgn Kaf. Tak tahu kenapa rsa dia mcm sus sgtt HAHAHA tapi lepas kahwin dia sweet gila duhhh. Dia slalu tunaikan apa yg dia janji dgn Mim. Bila dgn Mim je , dia mcm rsa dunia diorang yg punya je. Mmg pttlah kawan kawan Mim ckp “hormat sikit yg single ni”

Kawan2 Mim (Sod,Ba,Jim,Ghain,Alif,Shin) sgt2 la kelakar and membuatkan cita ni lebih menarik dan kelakar. Comel je friendship diorang.

Oh andddd saya nk highlightkan kat sini. Cita ni mmg lain daripada yg lain. Ada empayar dia sendiri which is kerajaan Hijaiyah. Membuatkan kita berimaginasi tentang dunia lain yg bukan Malaysia. Bila terbayang ada banyak kerajaan lain bagai.

Bila diorang ckp,

“𝙳𝚘 𝚗𝚘𝚝 𝚝𝚛𝚞𝚜𝚝 𝚊𝚗𝚢𝚘𝚗𝚎 𝚒𝚗 𝙷𝚒𝚓𝚊𝚒𝚢𝚊𝚑”

Yes ! Jgn percayakan sapa sapa. Semua orang ada rahsia masing2. Plot twist dlm cita ni mmg mmbuatkan saya speechless🥹 Like , seriouslahhh ??

Lastly, can’t wait for next musim 🥹 Dh hbis baca Kaf ni rsa xpuas. Rsa nak lagi. Novel ni tebal tapi rsa kejap je tetiba dah hbis.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
August 12, 2023
Cerita ni memang manis dan aneh. Sama dengan Kaf tu.

Dann... cerita ni bersambung dalam musim kedua. Terpaksalah tunggu. 😅

Buku ni macam puzzle. Ada tempat-tempat yang aku dah siap isi kekosongannya. Penulis dah tabur bahan hint dah sebenarnya. Tapi masih lagi ada watak yang misteri. Yang dihilangkan. Selagi tak ada sambungan selagi tu aku tak puas hati. Agaknya bilalah penulis nak sambung ya? Mereputlah tunggu.
Profile Image for chernation.
27 reviews
January 4, 2025
aku ada physical copy of this book but I haven't read the book version yet. jadi review aku adalah berdasarkan versi ebook saja (i do believe there's not much difference tho).

first, i really love the concept. elvroseth is very creative dengan menggunakan nama-nama hijaiyah. percaya atau tidak, KAF adalah karya pertama elvroseth yang aku baca and i'm impressed, i love how neat her writing is.

cuma mungkin style penulis, ada part yang terlalu banyak pengulangan dan terlalu panjang. contohnya tentang mim yang insecure. like ya mim, we get it you do. tapi aku takde la rasa mim annoying, biasa je. kaf pula, aku rasa dia morally grey.

buku ni menarik sebenarnya. dan aku sangat invested dengan kisah dan sejarah kerajaan Hijaiyah ni. tapi sayangnya, tak banyak diceritakan (probably buku kedua nanti). cerita ni jadi agak draggy sebab banyak fokuskan ke kisah percintaan Mim-Kaf, life geng UGS, medical jargon yang terlalu panjang sampaikan aku skim je babak babak tu. macam too much info dumping. alangkah baiknya jika penulis fokuskan tentang world building kerajaan dan empayar, the politics, the technology, the system and whatsoever yang lebih berkait dengan plot. coz trust me, no one reading all that info unless they are medical students atau info tu relatable dan penting untuk non-meds macam aku. rasa macam buku biologi pulak.

ending book 1 pulak rushing. tiba-tiba mim tahu semua benda. tiba-tiba itu dan ini.

aku tak ada komen sangat pasal romance in this book as I'm not invested in their love story. agak cringe, aku skip je part tu. aku cuma nak tahu pasal Hijaiyah je tapi itu pun kena tunggu book 2 umm...
Profile Image for Sna.
43 reviews3 followers
June 14, 2022
[Kaf - @elvrosethrone]

Ebook yang mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar medik yang bernama Mim Maryam. Penuh onak duri. Dibesarkan dalam keluarga yang perfectionist. Geram pulak bila 8A dan 3.8 itu dikatakan bodoh dan tidak pandai. Nak 4.0, nak 10A dulu baru pandai. AHH, STRES. Mampu bertahankah hidup dalam keluarga mcm tu?

Kaf. Kaf Ar Ra'ad. Seorang doktor genius. Pensyarah Mim Maryam. Pertemuan pertama kali itu, adakah betul² pertama kali? Seorang yang baik, lembut, charming, masculine. Ahh, benarkah itu Kaf? So sweet. Yet, so strange.

__________________________________

Thoughts:

First of all, ebook ni sangat best. Percuma pulak tu. Likeee, weh aku sanggup bayar. Jalan cerita yang mcm kau baca novel dah ni. Huwaaa. Serius best. Sangat lain dari ebook² yang pernah aku baca.

Mendalami setiap watak dan latar cerita, lahh, baru aku tersedar yang nama² mereka tu huruf-huruf Hijaiyah. Patutlah Kaf, Mim, Nun, Sod, Ghain...

Tak, tak berhenti situ je, nama² Dr pulak dari hukum tajwid, Halqi, Iqlab, Idgham...

Aku cam, wahhh, seronok pulak baca. Sampai ternanti² apa nama character yang seterusnya.

Other than that, bila baca ebook ni, secara tak langsung, banyak benda kau boleh belajar. Especially on medical terms. Banyaklah benda yang aku tak tahu. Sampai aku ternganga baca. Maklumlah, tak ambik bidang tu. Tapi, best. Smpaikan buat aku terfikir, kalaulah buku teks pun ada cerita begini, rasanya senang nak hadam dan ingat. Hoho.

Romance, thriller, medical, semua mantap. Menyesal peram ebook ni lama². Worth every seconds.

Done. A 5 star read.
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
November 19, 2022
Stressnya dengan ending 😔
Profile Image for Bay.
263 reviews4 followers
June 17, 2023
as much im angry with the ending, this book had a supervbbb plot. hopefully book 2 can give us broader view of ‘the real’ hijaiyah.
Profile Image for Natasha Irina.
30 reviews1 follower
December 30, 2022
Aku tak pernah lg baca karya² Elvroseth & mungkin x sebab most review kata ada scene² tu.

Kaf : Hijaiyah Series tajuknya.
Sila expect semua watak nama huruf² hijaiyah yg ada dalam ebook ni ya 😄 Tapi kalau student nama huruf hijaiyah mcm Alif, Mim, Nun, Sod, KAF (nama panjang diorg sedap taw)...nama org dewasa dalam novel ni nama hukum tajwid 😅

Parents Mim buat sy teringat kdrama Sky Castle, parents kaya yang terlalu pentingkan kejayaan anak² diorang, pada masa yg sama maintain classy. Mim pulak bukan student yg bijak pandai mcm abang kakak dia..so dia selalu disisihkan walaupun result dia bagi aku top gila?! Aku happy & bersyukur kot bila aku dapat pointer dan A sebanyak tu setiap kali exam..boleh dpt biasiswa lg. 🤯 Bengang aku bila parents dia kata 8A dan 3.8 tu bodoh. Dasar x bersyukur 🤬😠

Macam cliche bila masuk part lecturer bercinta dengan student sampai kahwin.
Tak cliche bilaaa...lecturer boyfriend turns husband ajar kau sampai kau berjaya 😌👌🏻

Izinkan aku praktikkan cara Dr Kaf ajar Mim, cara dia interesting ~ aku suka color² dalam nota. Buat nota hitam merah biru auto buat kau rasa hilang minat nak study. 😑Students, sape baca ebook ni pun boleh praktikkan jgk 👌🏻

Personal experience: same here 😌 masuk form 4 (2009) kut baru ada minat nak study sbb ustazah aku pakai cara mind map + stabilo color pen was on hype! Terus nama naik top 10 sampai ke kolej pakai cara tu
☺️

Lastly, tolak tepi the romance scene between the couple.. aku suka tengok friendship between the hijaiyahs! Katanya ada sambungan eh? Nak baca jgk la nanti 🙋🏻‍♀️
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
September 28, 2023
My thoughts?


1. Dalam banyak2 buku Elvroseth, buku ni yang paling aku suka. I love the storyline and the plots. Romance, mystery, dark secrets & friendship cukup lengkap. Sarat dengan info medical field. It's like you're reading fiction and nonfiction altogether.


2. All the characters are likeable. Berbeza dengan buku2 sebelum ni aku mesti tak suka dengan FL dan ML. I admit that Kaf is really something. No wonder semorang gilakan dia. Tapi aku lebih suka Kaf bila dia jadi Izrail 🤤 


3. Aku suka Mim because she appears to be not what she seems to be. Aku suka friendship between Mim & Ba. And of course aku suka geng Unmistakable Glucose Satan dengan perangai tak semengah diorang 😂


4. *spoiler alert* Aku macam tak percaya Mim mati. Aku rasa dia mesti fake death dia. Dia watak penting kot. She's the lost princess. Tak sabar pulak nak tunggu Hijaiyah Musim 2. Miss Elvroseth please write faster 😂


5. Buku ni sangat banyak romantic mode but surprisingly I enjoyed reading it. Takde rasa nak tampo orang macam aku baca certain2 buku romance 😂


Personal rating:

🌟🌟🌟🌟.5/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Su Zainudi.
144 reviews
November 27, 2023
Cringe tapi addicted! Macam main puzzle bila baca novel ni. I would say relationship between Mim dan Kaf cringe tapi the whole story make me addicted. Bila mau keluar musim 2, cik penulis??? Banyak saya teka ni hihihi.

By the way, ada part yang rasa agak draggy dipertengahan cerita. What i like most? Bila UGS masuk air.

Saya perlukan musim 2 untuk selesaikan tekaan saya plsssss
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nursally.
22 reviews2 followers
February 14, 2023
♾️/⭐ from me✨
(non-spoiler)

Saya baca versi novel punya. Giler best! Okey first, watak Kaf sumpah hot gilerr. Dia boleh jadi green flag in red flag. He can be both. Tapi even mcm tu pun. Kau tetap akan suka kat dia jugakk. He's trying his best untuk Mim kot. Ofc lh aku suka.

Second, eh tak pernah lagilah aku baca cerita yg mcm ni. Lain sangattt. Sampai aku termenung 3 hari. Usually, aku sejenis hati kering bila baca buku. Like aku susah nak attach dgn karakter. But thisss. No. Aku suka giler watak Mim. Okey, walaupun Mim ni damsel in distress. Lepas tu, lemah. Asyik fikir negatif. You know why i freaking love her? Sebab dia tak pernah putus asa untuk survive. Dia tak pernah ambil keputusan bunuh diri. Tak pernah lupakan tuhan. In fact, dia kuatkan diri dia yg dia boleh harung semua ni. That's why i love her. Aku rasa sangat dekat dgn dia. Usually, even kalau ending dia yada yada. Aku mcm, nahhh. Whatever. But not thiss. Bila dah half book, and aku dah tahu ending dia mcm mana. I feel totally numb. Sakit sangat. How i wish masa tu aku boleh ubah storyline supaya tak sakit mcm ni. But no. I could never do that. And every chapter selepas tu, i feel sad. It takes time to move on. Maybe 3 weeks. Or a month.

The thing is i am in the process of rereading. Hell yes! But this time with annotating. And this is my first time annotate book. And aku tak menyesal conteng buku Kaf. Tahu tak knp? Sbb aku nak ada dekat dgn Mim. Aku nak bagitahu Mim yg aku ada dgn dia. Aku takkan tinggalkan dia. *Hah, dramatik sgt. Karakter tu tak wujud woii.* Tak boleh. Aku sayang sgt dekat Mim. I feel like i wanna protect her at all cost. She's too precious.

Kalaulah karakter Mim ni wujud. I will sacrifice myself for her. Aku nak selamatkan dia dari semua ni. Aku akan jadi bestfriend forever dia yg terpaling tak boleh dilupakan. And i will never betray her like others did. That is how much i love her.

I cant deny yg Kaf is hot. But aku lebih sayang Mim dari Kaf.
Profile Image for sarareads.
14 reviews
July 17, 2022
Kaf ArRa'd. Dia memang sesuatu. Manis dan aneh.

Mim Maryam. Dikatakan anak tidak berguna. Sedangkan dia sebenarnya yang terbaik. Entahlah, nak sempurna macam mana. Tak faham betul orang yang berfikiran macam Dr Halqi dan Dr Syamsi tu.

Sara cuma tak puashati dengan ibu bapa Mim tu aje. Hahahaha...tentang Kaf dan Mim. Tak boleh nak ulas. Sedih + pedih + manis + sedih😭
Profile Image for Wady.
36 reviews
September 24, 2024
First of all i would like to say sorry to the one who gonna read my review and please aware that this NOT -VE REVIEW

For kak Eva gurl salute you girl where you get idea to write such story like wahh that was amazing mmg GEMPAK nak gilerr lahh ...

OK here my review , first at the beginning im a bit blur cause of their name it so hard to pronouce ^v^ i end up searching at tiktok how to pronouce some character name . I even told my workmate about this book wih unique storyline and name , she even want to give her future baby with those name haha. Also at the beginning my expectation from hijayah is so ALHAMDULILLAH but actually not they more too INNALILLAH HAHAHAHAHA

My favourite scene is where the main character kill his enemy like wuuu i like pscyopath i do like main charcater with this ver not with another ver hehe ... His another version is to obses with his wife like ohh godd can you calm down, he love his wife so deep and make me feel like Ya ALLAH please calm down haeyo jaebal ... cant blame Kaf after all cause when human start love anpther human they will do anything as long as the person his love stay beside them even though u need to be a murder with no sympathy " Study hard and love me harder , Mim " the tagline almost at every chapter so cute u need to study at the same time u need to love me HUHU ...

" Dont trust anyone in Hijayah " please dear dont trust anyone even the one that look like angel is the real satan getting confuse at the ending im not sure which part made me confuse ...

First is why Kaf watch his wife like that at the ending , like he just stood there watch the entire scene without doing anything like u so posessive on your wife at the beginning but u just let that thing happen even u know that after our wife give birth there will be something happen at least do something maybe ask for help ( do not trust anyone ) or kill your enemy before your wife give birth or bring she to Tashkeel protect she at all cost not just stood there ...

2nd maybe cause they have season 2 so there must be reason why he did that , as well they have 3 ver one is wattpad that people say Kaf is more dark that book ver , second the soft cover not same with hard cover . Hard cover have special chapter cause of i havent read the soft cover yet so i dont know which one is the extra chapter (mine is hard cover) . Further more mine got 2 ending like the author ask us to choose which ending we want the happy one or sad one it kind of unique but not so statisfied maybe.

3rd who the hell is blue mask , i got trust issue with whole character i mean all of them , even after Mim explain at her love letter to Kaf but i still dont get it urghh i got headache why i got so dumb to understand this simple thing

4th why everyone in this hijayah like not acceptable with death like what i say in the begining even their maharaja also not accept it oh my they even want to try turn back time n i feel like i re read the whole book again with Kaf POV

5th this book do really teach me a lot about self confident , being grateful for everything that you got no matter in a good way or bad way , never forgot to pray and du'a to ILLAHI , The ALMIGHTY will always be there when u need it even when you at the worst ALLAH know all ALLAH is the witness of everything inside and outside of our heart and soul and all the information about medic is so usefull even i dont get any of it and google it but it quite fun to learn new thing . Last but not least im envy Mim circle they are so fake HAHAHAHA kidding i mean i like they so funny even when they crying cause of Sod confess so cute and funny ( i fall for Jim n Sod ) bruh Sod is my type , he is , he is , he sooo my type after all even he so scary ,fav scene they have a little fight with SMS Sukoon Medical School bruh he so cool as hell arghh please i re read that page many time like i cant move on please that hot as hell

That all my review waiting for S2 to complete my whole story ... Love Kak EL
Profile Image for rin.
1 review
June 19, 2025
to be honest. aku kurang gemar watak kaf. kaf redflag bukan greenflag. kaf terlalu obses dengan mim. kalau benda tu jadi in real life memang creepy ya. part yang aku pelik kaf sanggup panjat tingkap, sebab nak jumpa mim lepas mim kena sentuh dengan abang dia. kaf ni jenis tak menyabar ke.

mim pulak asyik insecure je kerja. kata nak berubah jadi lebih baik tapi sama je aku baca. aku rasa penat bila baca monolog mim ni.

Jalan cerita sangat draggy. 60% pasal mim dengan kaf. dah hujung ii baru tak rasa bosan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Adibah(whatdibsread).
315 reviews9 followers
August 3, 2025
Read the entire book. Yg best cuma part keturunan hijaiyah and how they relate to each other. Part lain bosan and too bit excessive. Also i hate Kaf lol
Displaying 1 - 30 of 67 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.