Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tentang Pilihan: Membentuk Kerangka Fikir Dalam Menentukan Perjalanan Hidup

Rate this book
Semakin dewasa, semakin kompleks persoalan kehidupan kita; semakin sukar pula hendak menetapkan sebuah keputusan.

Satu persatu keputusan besar terbentang di hadapan kita; memilih bidang pengajian, mencari pekerjaan dan menentukan pasangan hidup. Pilihan-pilihan ini bakal menentukan arah perjalanan kehidupan kita.

"Bagaimana kalau keputusan yang aku buat ini silap?"
"Bagaimana kalau aku gagal sekali lagi?"

Rasa ragu boleh menyekat kita daripada mengambil sebarang keputusan kerana takut hasilnya tidak seindah impian. Kita bimbang dengan ketidaktentuan masa hadapan.

Membuat keputusan memerlukan dua perkara; kemahiran berfikir yang berkesan dan keberanian menetapkan sebuah keputusan. Kedua-duanya perlu seimbang dan saling melengkapi.

Buku ini merupakan susunan buah fikir Dr Nur Aisyah (Muharikah) bersandarkan kepada perjalanan kerjaya beliau sebagai seorang doktor pakar perubatan, dan pada masa yang sama, membangunkan IMAN sejak 2012. Penulis membentangkan konsep dan proses berfikir yang tepat untuk membantu kita membuat keputusan dengan lebih yakin dan berkesan dalam hidup.

195 pages, Paperback

First published March 19, 2022

22 people are currently reading
73 people want to read

About the author

Muharikah

14 books147 followers
Muharikah or her real name is Nur Aisyah Zainordin is a medical physician pursuing her speciality in endocrinology. Her passions in writing poem and novels. Her books include non-fiction motivational books and medical fictions.

She graduated from University of Dundee and did her master in medicine in UiTM.

She was also founder of publishing house in Malaysia, Iman Publication and Iman Shoppe Bookstore.

Her works appears in radio IKIM and had won Anugerah Buku Negara 2019.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
58 (53%)
4 stars
45 (41%)
3 stars
5 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
March 24, 2022
Salah sebuah buku bukan fiksyen dalam genre pembangunan diri (dan memoir) yang baik. Penulis berkongsi pengalaman diri dalam menjalani kehidupan, berdepan dengan pilihan dan mengurus dan mengembang sebuah syarikat penerbitan di samping bekerja sepenuh masa sebagai seorang doktor. Pada masa yang sama, penulis menyelitkan teori dan kaedah yang dipetik hasil pembacaan beliau daripada buku-buku karya James Clear, Jim Collins dan Carol Dweck. Penjelasan dilakukan dengan ringkas dan santai agar mudah difahami. Terasa buku ini seperti melengkapi buku VICTORIA yang ditulis dan diterbitkan bulan lepas. Kita perlu perbanyakkan lagi buku sebegini dalam pasaran tempatan!
Profile Image for Muadz Mohd Haslan.
22 reviews5 followers
February 15, 2023
"Kita tidak akan tahu sama ada keputusan itu salah ataupun tidak, selagi kita tidak membuat keputusan."

Ketika kita ingin membuat sebuah keputusan dalam hidup, sering kali muncul keraguan untuk meneruskan keputusan tersebut. Ini kerana kita sedang berada dalam zon selesa. Kita risau akan keputusan yang ingin kita lakukan tersebut, akan mengeluarkan kita dari zon selesa.

Dalam buku ini penulis ada sentuh berkaitan 'pemikiran menang'. Sebuah pemikiran yang membuatkan kita akan terus bertumbuh. Orang jenis ini selalunya orang yang berani untuk membuat keputusan kerana dia tidak perlu menunggu bukti dari orang lain. Dia sendiri yang berusaha untuk membuktikan kejayaan yang dia ingin kecapi.

"Memulakan perkara baru akan sentiasa dirasakan sukar, seperti ada batu besar yang perlu diangkat dan ditolak. Batu itu ialah diri kita."
------------------------------------------------------------------------------

Sebuah penulisan yang dikarang dengan baik. Susunan bab yang terurus agar pembaca mudah mengikuti apa yang penulis sampaikan. Cara penyampaian yang amat mudah difahami oleh semua jenis pembaca. Di samping itu, penulis juga berkongsi mengenai perjalanan hidup beliau dalam memilih dan membuat sesuatu keputusan berkaitan kerjayanya.

Saya menggalakkan agar buku ini dibaca oleh mereka yang masih keliru atau buntu untuk memilih apa yang ingin dicapai dalam hidup. Bukan maksud saya jika baca buku ini, akan terus tahu untuk apa yang kita ingin kecapi. Sekurang-kurangnya, pembaca akan memperoleh sedikit buah fikiran tentang apa yang perlu dilakukan jika menghampiri jalan buntu.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
August 25, 2022
Buku yang sangat2 bagus dan sangat2 saya rekemenkan pada semua orang. Huhu.

Buku yang tidak memaksa kita membuat suatu pilihan, yang tidak mengarah kita buat sesuatu pilihan tapi membantu kita kenal diri untuk membuat suatu pilihan tersebut.

Apa yang menarik?

1. Penulis berkongsi sedikit pengalaman hidupnya untuk kita ambil pengajaran.
2. Penulis berkongsi ilmu baru yang diambil dari beberapa buah buku sebagai rujukan (penulis turut memberi contoh buku yang boleh pembaca baca lebih lagi)
3. Pecahan kepada banyak bab yang sangat konsisten aliran (?) penulisannya, malah turut meletakkan ringkasan bab pada akhir setiap bab supaya pembaca lebih mudah faham dan dapat tangkap apa yang ingin disampaikannya.
4. Penulisan yang turut menyentuh ayat Al-quran dan hadis yang sesuai dan terkesan di hati.

Tahniah dan terima kasih kepada penulis.
Profile Image for Ruzaie Rahim.
76 reviews8 followers
June 13, 2022
4.5 ⭐

Ringkas. Padu. Tak meleret dan bersimpang-siur. Tapi buat saya rasa nak lebih lagi.

Buku yang paksa kita untuk terus berfikir sekali pasal hidup kita sambil membaca. Kalau kita praktis sejurus lepas baca, akan terasa lagi besar impak dia.

Bila baca ni, dalam tak sedar saya berharap yang saya dapat baca buku ni sebelum buat pilihan tentang ijazah sarjana muda saya :)

Alhamdulillah ala kulli hal.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
June 9, 2023
Tentang Pilihan yang ditulis oleh Muharikah, ini aku beli dah lama. Tapi baru-baru ni aku berkesempatan untuk baca sementara menunggu flight ke Subang untuk datang ke PBAKL 2023. Sebab flight aku delayed, sempatlah aku habiskan 4 bab yang betul-betul menarik perhatian aku. Antaranya:

1. Melaraskan matlamat hidup
2. Menyusun garis masa kehidupan
3. Membentuk pemikiran menang
4. Melatih pemikiran bertumbuh.

Ternyata pilihan aku untuk bawa Tentang Pilihan menemani perjalanan ke Subang adalah pilihan yang terbaik! Esoknya, sementara aku teman adik aku di hospital dari pagi sampai tengah hari, aku berjaya habiskan baki 6 bab lagi. Sekali lagi aku rasa buku ini memang terbaik. Tak ada satu bab pun buat aku rasa sia-sia. Seolah-olah validate apa yang aku dah pernah dan sedang buat.

Secara peribadi, apa yang aku boleh simpulkan tentang buku ni, betul-betuk memenuhi expectation pembaca yang mencari fudamental untuk bentuk cara berfikir sebelum buat pilihan dalam kehidupan.

Setiap topik yang diketengahkan sangat relevan, dan huraian dan kupasan penulis ringkas tetapi padat, straightforward dan dihurai secara holistik. Dari bab pertama sehingga ke bab terakhir sama-sama penting dan saling melengkapi. Yang paling penting, buku ini bersifat actionable. Untuk sesuatu yang baru, atleast pembaca tahu apa yang boleh dicuba.

Au sangat galakkan pelajar sekolah menengah, univeristi mahupun yang masih tercari-cari cara nak buat pertimbangan dan tentukan pilihan yang terbaik dalam kehidupan. Sebab, ada tiga keputusan besar dalam hidup yang kita kena beri lebih perhatian sebab akan mempengaruhi kehidupan kita secara menyeluruh; Kerjaya, Tempat tinggal & Pasangan hidup. Sekurang-kurangnya, kita ada kemahiran untuk kurangkan risiko salah pilih. Highly recommended 👍🏻
Profile Image for Dayana Wong.
66 reviews7 followers
September 13, 2022
"ᴋᴇʙᴀɴʏᴀᴋᴀɴ ᴋɪᴛᴀ ʙᴜᴋᴀɴʟᴀʜ ꜱᴀʟᴀʜ ᴍᴇᴍʙᴜᴀᴛ ᴘɪʟɪʜᴀɴ, ᴛᴇᴛᴀᴘɪ ᴋɪᴛᴀ ᴛɪᴅᴀᴋ ʙᴇʀᴛɪɴᴅᴀᴋ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇᴍʙᴜᴀᴛ ᴘɪʟɪʜᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴅɪʀɪ ᴋɪᴛᴀ ꜱᴇɴᴅɪʀɪ."

Walaupun tujuan kita mungkin sama, tetapi setiap insan ada cara yang berbeza dalam mencapai sesuatu tujuan tersebut kerana masing-masing diberi pilihan yang berbeza.
-
🔖Dayana setuju sangat dengan pendapat penulis bahawa kebanyakan daripada mereka yang berumur 25 - 35 sedang melalui fasa meneroka bakat dan minat.

Walaupun belum mencecah 25 tahun, sudah banyak perkara yang perlu Dayana fikirkan pada saat ini seperti:
▶️ Apa bidang kerjaya yang sesuai diceburi selepas graduasi?
▶️ Apa potensi (minat + kemahiran) yang ada dalam diri?
▶️ Patutkah mencari pekerjaan yang terjamin atau mengikut minat yang agak mencabar dan tidak stabil?
▶️ Apakah faktor-faktor yang perlu diutamakan dalam membuat pilihan?
-
📌Seringkali, kita amat mudah dikaburi dengan kemahuan kita yang bersifat sementara sehingga menjejaskan kejernihan pemikiran dalam membuat sesuatu keputusan.

Walhal, mengambil sedikit masa untuk berhenti dan berfikir itu penting agar kita tidak membuat keputusan secara melulu dan akhirnya menyesal dengan keputusan yang kita ambil.

🔖Buku ini banyak mengajar tentang membina cara fikiran yang berpandangan jauh dalam membuat pilihan yang terbentang di depan mata kita.

📌Membuat pilihan itu tidak susah apabila kita perlu memilih antara yang baik dan yang buruk. Tetapi membuat pilihan itu menjadi sukar kerana kita seringkali perlu membuat pilihan yang terbaik antara pilihan-pilihan yang juga baik😖.

📌Disebabkan kita semua tidak lari daripada pilihan dan keperluan untuk membuat pilihan dalam hidup, Dayana amat sarankan buku ini untuk korang yang mungkin:
▶️ dalam dilema untuk membuat pilihan 🥺 atau;
▶️ seringkali tidak yakin dengan keputusan yang telah dibuat atau;
▶️ Rasa menyesal dengan keputusan yang dibuat.

🌟 5

"𝘗𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘥𝘪𝘢𝘵𝘢𝘴𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴𝘢𝘯." - 𝘋𝘳. 𝘕𝘶𝘳 𝘈𝘪𝘴𝘺𝘢𝘩 𝘡𝘢𝘪𝘯𝘰𝘳𝘥𝘪𝘯

#tentangpilihan
#imanpublication
#bukuiman
#bukuimanpublication
Profile Image for Liyana Osman.
14 reviews
July 20, 2022
Simple book can be finished by a day or two. Simplified way to practise a lot of constructive ideas on how to live more systematic. The subtopic “Cuba Ini” on every chapter helps reader to really apply the concepts learn, shows how writer really put an effort to bring everyone together towards living better.
Profile Image for 0732sta.
19 reviews2 followers
April 18, 2022
Buku ini membantu saya untuk berfikir dlm membuat pilihan dengan perspektif yang baru yg akan menolong saya dalam membuat sesuatu pilihan utk diri sndiri bukan utk org lain
Profile Image for Nur Fikri.
36 reviews2 followers
December 30, 2023
"Tiga perkara besar dalam hidup ialah kekayaan, kesihatan dan kegembiraan. Kita mengejar ketiga-tiganya mengikut turutan tersebut, tetapi keutamaan ketiga-tiga terbalik." -Naval Ravikant.

Buku yang bagus dibaca sebagai panduan praktikal dalam mengurus kerangka pemikiran dan dalam membuat keputusan.

Buku ini ditulis oleh Dr. Nur Aisyah Zainordin, penaung Iman Publication.

Setiap bab yang ditulis dalam buku ini disingkapi dengan bahagian "Cuba Ini !" Dan Ringkasan Bab. Menarik bagi setiap pembaca untuk terus mengamalkan mengikut konteks bab yang dibincangkan secara terperinci.

Setiap bab yang dijelaskan, penulis ada merujuk buku-buku yang bagus seperti:
✅ Ma'na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam, SMNA Al-Attas
✅ The Almanack of Naval Ravikant (Aplikasi prinsip dalam membuat keputusan)
✅ Ikigai (The Japanese secret to long and happy life)
✅ Good to Great, Jims Collins (Konsep Hedgehog: Kefahaman terhadap perkara yang boleh kuasai dengan terbaik)
✅ Mindset, Carol Dweck (The Growth vs Fixed mindset)
✅ The Atomic Habit, James Clear (konsep pertumbuhan 1% aktiviti harian)
✅ 4 Hours Work Week, Tim Ferris (Kuasai kemahiran dan ilmu mengikut kitaran maklum balas)

Ada banyak lagi sebenarnya, penulisan ilmiah dan menjejak ke bumi sebegini patut diberikan contoh terbaik untuk pembaca.

Setiap laras-laras penjelasan juga tidak lekang dengan nas-nas Al-Qur'an dan hadis sebagai rujukan dan panduan sebagai hidup bersyariat.

Kesimpulan mengenai kerangka berfikir dalam menentukan kehidupan daripada buku ini, terdapat lima isi utama yang perlu difahami dan dipasak dalam jiwa, iaitu:

1. Kita perlu menentukan pilihan hidup kita sendiri, bukannya orang lain.
2. Terdapat tiga pilihan besar yang akan mempengaruhi kehidupan kita:
👉🏻 Pekerjaan
👉🏻 Tempat tinggal
👉🏻 Pasangan dan teman rapat
3. Memilih dengan kerangka untuk mendapatkan redha Allah.
4. Fahami konsep Ikigai dan Hedgehog - sebagai kerangka utama dalam memilih makna kehidupan dengan memilih pekerjaan atau amal yang tepat.
5. Merancang masa hadapan, kerana perancangan hari ini akan menentukan tindakan yang akan memberi impak kepada masa hadapan kita .

Moga dengan pembacaan buku ini dapat membantu kita membuat keputusan sekaligus dapat mengecapi kehidupan berkualiti sewaktu detik masa yang memerlukan kita untuk memilih.
Profile Image for cozyreading.
50 reviews11 followers
November 2, 2022
Penulis : DR. NUR AISYAH ZAINORDIN
Penerbit : IMAN PUBLICATION
Genre : Self Improvement
195 hlm

Hidup selalu penuh dengan pilihan, dan hal itu memaksa kita untuk terus belajar memilih dan membuat keputusan sebaik mungkin.

Tapi, dalam hidup kita juga ga selalu berhasil dalam membuat keputusan, ada kekhilafan yang perlu kita perbaiki lagi, dan ambil pelajaran darinya.

Buku ini memberi kan beberapa tips yang dapat di aplikasikan ketika kita sedang kesulitan menentukan pilihan. Mengingatkan kita bahwa dalam hidup ini, ya kita sendiri yang harus membuat keputusan untuk hidup kita masing2. Mungkin yang kita pilih ga sesuai dengan standar orang lain, dan itu gapapa. Kita punya tujuan hidup dan makna hidup tersendiri.

Seperti yang penulis bilang, pertimbangan yang terpenting adalah apakah keputusan itu akan membuat Allah ridha sama kita atau nggak.

Aku bersyukur banget bisa baca buku ini di usia awal 20, karena mulai di usia ini lah pilihan semakin banyak, dan masih labil2 nya dalam memutuskan sebuah perkara.

Penulis juga banyak mengisahkan perjalanan hidup pribadinya, menceritakan keputusan2 apa aja yang sudah penulis buat, dan bagaimana menyikapi konsekuensi nya. Perjalanan penulis mendirikan IMAN publication juga sangat menginspirasi, dimana beliau harus membagi fokus nya antara menjadi doktor, pengusaha, dan ibu rumah tangga. Dan tetap ingin terus berdakwah dgn menjadi seorang penulis. Baraakallahu fiik💕

Dibuku ini juga banyak mengutip kalimat dari beberapa ulama seperti Imam Ibnu Qayyim dan Imam Asy Syafi’i. Juga dari penulis2 buku terkenal, Naval Ravikant, James Clear, Carol Dweck, Vex King, Tim Ferris, dan ada penulis Indonesia juga loh, yaitu Solikhin Abu Izuddin… wah beliau ini karya nya udh banyak dan keren2 bgt.

Karena itu, banyak banget pelajaran yang bisa diambil dari buku ini dan diaplikasikan dalam kehidupan.

Kesempatan kita untuk membuat keputusan atas hidup kita sendiri hanya di dunia, setelah itu kita gapunya kuasa apa2 lagi. Semoga kita bisa membuat keputusan terbaik untuk diri kita dan mengutamakan ridha Allah dalam membuat pilihan.

4,8/5⭐️
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 22, 2022
🧭 Dewasanya kita maka kita tidak mampu lari untuk bertemu persimpangan bertanda 'Pilihan'. Bahkan kita mulai sedar tiap pilihan tak janjikan kita tiada likunya. Pasti disusuli ujian berbeza berdasarkan. apa dipilih.

"Kita tidak akan tahu sama ada keputusan itu salah ataupun tidak selagi kita tidak membuat keputusan" (ms 6)

🧭 Pembuka yang merempuh ketakutan untuk buka kunci pilihan. Buku yang bakal temui pembaca yang ~
📌Takut membuat pilihan
📌Dilema cari kata putus
📌Pernah terasa gagal dengan pilihannya
📌Ragu pada pilihan dimeterai

🧭Penulisannya berdasar pengalaman penulis & perkongsian petikan buku pembacaaanya. Ringkas dan padat. Ia ajar teknik membuat keputusan serta penyuluh jalannya. Hal besar untuk aku highlight tentang buku ini:

i)3 keputusan besar dalam hidup.
ii)Prinsip membuat pilihan.
iii) Konsep Ikigai & Hedgedong.

🧭Moga kita ketemu Ikigai & Hedgehog lantas tenang dan bahagia dengan pilihan. Buku yang sangat² bermanfaat dan terbaik setakat ini, untuk pembangunan diri.👍🏻

🧭Aku sering terfikir, persoalan terbesar tentang pilihan:
Berjaya VS Gagal? Tanda soal membelenggu dan terganggu.
Aku sudahi ayat pengubat untuk bertenang pada Sang Pemilih.

" Kegagalan itu adalah apabila kita tidak melakukan apa² tindakan dalam mengubah kehidupan. Kejayaan itu pula adalah proses pelaksanaan dan pembelajaran, bukanlah pada hasil semata-mata" (ms 182)
Profile Image for Nisa Mohd.
49 reviews
November 22, 2023
“Cabaran utama kita sebagai manusia bukanlah pada matlamat atau visi, tetapi pada perlaksanaan.” - muka surat 93
.
“...bukanlah banyaknya masa yang diperlukan, tetapi kualiti masa itu.” - Tim Ferris, muka surat 154.
.
.
■ The topics and theories shared are on introductory levels and elaborated just enough. She is like the education counsellor on any University Open Day.

Having said that, the author takes her time to unfold her messages. Like a teacher who wants not to bombard her students and tries to reach everyone, inshaAllah. This is a slow pace book, for leisure reading.
.
■ Saya suka bahagian “Cuba Ini!”. This section promotes active critical thinking, life planning & decision making. Tapi its layout terlalu simple, I wish it is more attractive and lively, baru semangat! Yang penting, don’t skip aktiviti di muka surat 165; kita hadam pembacaan kita atau sekadar melepaskan batuk di tangga?
.
■ This book served as a good reminder for us living a tired adult life.
Perhaps, bila kita is too stressed to think clearly and thoroughly without a ‘mentor’?
Profile Image for Miraeeei.
42 reviews7 followers
September 15, 2022
Buku ini menekankan 3 perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan;
-apa yang kita buat
-dekat mana kita tinggal
-dengan siapa kita bersama.

Penulis mengulas dengan secukup rasa isu², persoalan, langkah² yg perlu dilakukan utk kita meng-optimam-kan hidup kita.

"Setiap kegagalan dan kepayahan itu merupakan batu loncatan bagi kita untuk menjadi lebih hebat setelah itu."

"Yang lebih baik akan datang. Teruskan melangkah"

"Kepercayaan bahawa kita diciptakan untuk melakukan sesuatu di dunia ini dan kita sahaja dapat melaksanakannya akan mendorong kita memberikan yang terbaik dalam apa-apa sahaja yang dilakukan"
Profile Image for Amira.
14 reviews
September 12, 2022
Buku yang sangat bagus dibaca terutama untuk golongan yang berusia 20-an sebab golongan ni akan berdepan banyak situasi yg memerlukan keputusan yg dibuat. Kadang2 kita buntu bila perlu buat keputusan, terutama keputusan yang penting dan akan beri kesan jangka panjang. Buku ni memberi panduan dan tips untuk membuat keputusan dalam hidup. Sangat memberi inspirasi. Cuma saya tolak satu bintang sebab saiz font buku ni kecil daripada buku2 Iman yang lain.
Profile Image for Saiful Hadi.
7 reviews
December 21, 2022
We spend so much time deciding where to eat, what clothes to buy, and what movie to watch, it's logical that we need to invest much much more time on important things in our life.the three most important questions highlighted in this book are;

1. What you do? (Work)
2. Where you live?
3. Who's your spouse?

I think it's important, as these are the things that occur every single day of our lives. Get these things right, is basically getting you life right.
14 reviews
January 24, 2023
Tentang Pilihan give an overview on what the important aspect in life. How to deal with choice and how to think the choices is a right for your life. Overall this book meet the expectations and challenges reader to see thing from different angles.
1 review
January 30, 2023
Penulisan yang bagus, saya saya sangat menghargai pelbagai tips dan juga ayat2 dari al-quran dan doa yang berkait tentang buat pilihan.
Profile Image for atinonthecloud.
12 reviews2 followers
February 25, 2023
This book is a good book to read when you're confused with your own decisions in life. Life is full of choices and we might took a wrong path but, as long as we learnt from it, it's okay.
Profile Image for Nurul Shahzira.
65 reviews
March 31, 2024
Last chapter really moved and soothed me. Insightful enough with good reference both from islamic and western pov.
Profile Image for Nur Aqilah.
11 reviews1 follower
August 16, 2023
Menceritakan perihal membuat keputusan.

Antara intipati yang dirasakan bermakna buat diri ini:
1. Tiga keputusan besar dalam hidup yang perlu diambil berat; apa yang dibuat (pekerjaan); di mana tempat tinggal; siapa pasangan hidup dan teman rapat?
2. Kita masih lagi boleh diuji dengan masalah dan ujian selepas membuat istikharah. Barangkali ujian itulah yang terbaik dan mengajarkan kita sesuatu.
3. Jika kita tak dapat buat keputusan dengan cepat, jangan pilih jalan tengah. Putuskan sama ada keputusan itu perlu dibuat selambat atau secepat mungkin.

Sedikit komentar:
- Contoh bagi "Matriks Membuat Keputusan" agak ringkas dan kurang jelas. Saya mengharapkan ada penerangan yang detail dan contoh yang jelas bagi setiap kuadran matriks tersebut.
- Susunan "Matriks Prioriti" lain daripada apa yang pernah saya jumpa sebelum ini, saya rasa sedikit janggal dan keliru masa mula-mula lihat matriks tersebut.
- Pandangan yang diberikan oleh Mufti WP sedikit berbeza dalam hal mendapat jawapan dari istikharah:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad...

Secara keseluruhannya, buku ini sangat baik untuk dibaca oleh semua peringkat umur terutamanya anak muda yang sedang mengalami krisis dalam diri.

Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.