Jump to ratings and reviews
Rate this book

Home

Rate this book
Dia pernah buat silap dalam hidupnya. Saif juga sedar, untuk diterima semula ke dalam 'rumah' itu tidak akan mudah. Meraih kemafaan adalah perkara tersukar untuk dia lakukan.

"Ji... can we just stop thinking about what people said about us? Jangan ambil kisah apa yang mereka kata. Kita mulakan hidup baru."

"Awak cuba duduk di tempat saya, Saif. Cukup sehari awak cuba... dan awak akan faham apa yang saya rasa."

Benarlah orang kata, hati yang terluka umpama besi bengkok. Walau diketuk untuk dipulihkan, akan tetap sukar untuk kembali ke bentuk asal.

Saif mengalah... biarlah dia telan akan segala natijahnya.

"Jika hidup terlalu berpaksikan pada tanggapan manusia, memang sampai bila-bila jiwa ini akan terperangkap dalam ruangan yang sempit sehinggakan kadang-kadang untuk menarik nafas pun terasa payah dan melemaskan..."

Yakinlah setiap ujian itu, pasti hadir bersamanya hikmah yang besar.

202 pages, ebook

Published January 1, 2022

1 person is currently reading
5 people want to read

About the author

Embun Mawar

7 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (68%)
4 stars
5 (31%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
February 11, 2023
Mengisahkan tentang Saif seorang bekas penagih dadah yang bertaubat dan menyesali perbuatan lalu. Dia kembali menagih kepercayaan dan peluang kedua daripada isteri dan anaknya.

Kepulangan Saif membuatkan Jihan berkeras hati tidak mahu perkara lama berulang lagi dan dia juga tertekan dengan tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat.

Aku suka kisah macam ni sebab realistik dan memang berlaku dalam masyarakat kita. Banyak pengajaran dan nilai murni yang boleh dapat daripada buku ni.

Suka sangat dengan nasihat yang diberi oleh watak Puan Jazifah dan Saif. Juga diselitkan dengan kisah Maryam yang dijadikan sebagai contoh teladan dengan berkait rapat dengan situasi mereka.

Kita tak boleh terlalu menghukum kesalahan orang lain. Mereka berhak untuk diberi peluang kedua dan selayaknya untuk hidup seperti manusia biasa yang lain.

Keep it up, author! <3
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
April 9, 2023
ebook yang ringkas and menarik untuk dibaca
• second chance romance
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
November 29, 2022
[eBOOK 230]

Home by Embun Mawar.
.

Pertama sekali, terima kasih kepada penulis untuk free ebook ini. Semoga dimurahkan rezeki dan ilham untuk terus menulis.
.

“Izinkan abang untuk terus menghuni
rumah itu… dalam berkongsi memori indah
bersama-sama Ji dan anak-anak kita. Rumah yang pintunya sentiasa terbuka untuk abang berteduh hati dan perasaan sehingga ke akhir hayat abang…”
.
“Ji izinkan, abang… Ji izinkan dengan
sepenuh hati Ji. Ji turut perlukan abang untuk
menjadi tiang yang kukuh untuk ‘rumah’ kita…”
.

Ebook ni walaupun nipis je, tapi mendera emosi juga.
.

Saif ialah bekas penagih dadah. Lepas keluar dari pusat serenti, Saif kembali ke rumahnya. Namun sayangnya, isterinya, Jihan tidak lagi menerimanya.
.

Saif perlukan sokongan selepas dia berubah. Tapi Jihan juga masih terluka. Sewaktu hidup bersama Saif, dalam keadaan Saif tak sedar, dia sering melukakan Jihan demi mendapatkan duit untuk dadahnya. Dan sepanjang tempoh 2 tahun yang lepas, Jihan juga yang merasai peritnya dihina sebagai isteri penagih.
.

Dan bila Jihan nekad untuk berpisah dengan alasan supaya anaknya tidak digelar anak penagih, rupanya mereka masih saling sayang dan memendam rasa.
.

Bila Jihan meminta Saif pulang ke rumahnya, Saif menolak dengan alasan tidak layak. Dan apakah kesudahan kisah mereka berdua?
.

Aku boleh faham justifikasi setiap tindakan Saif dan Jihan ni. Dan sebenarnya, mereka perlukan lebih masa untuk menilai. Tapi tu la, bila hidup dalam kalangan manusia yang busy body, yang menjadi mangsa ialah mereka berdua. So, janganlah kita menyibuk dan menghakimi keputusan orang lain.
.

p/s: aku dah insaf. aku malas dah nak kisah kalau retis nak rujuk balik ngan suaminya si kaki pukul ke, kaki perempuan ke, ikut suka hatilah. hahaha.
2 reviews
November 18, 2022
buku ni awal-awal lagi dah buat orang nangis.. 🥲
buku ni byk pengajaran, banyak bagi kesedaran, igt kenapa Allah bagi ujian dekat kita.. ada satu chapter, full of kisah dari Al-Quran, kalau tak silap kisah maryam mengandung tanpa suami..

for me, this book point is jangan judge orang tu dari dosa silam dia.. once dia buat dosa tu, tak semestinya dia akan terus buat dosa tu
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.