DITINGGALKAN oleh seseorang yang sangat disayangi telah memahatkan parut pada jiwa rapuh Deen. Mujurlah ayah masih bersama. Pada Deen, ayah adalah segalanya.
Sepuluh tahun… kata orang sudah terlalu lama. Rupanya, sedekad itu hanya sekelip mata. Ayah pergi kerana kecuaian manusia. Jiwa yang sedia retak, hancur berkecai. Tinggal sebatang kara, Deen tutup segala pintu. Tidak keluar jauh sekali untuk membenarkan sesiapa sahaja masuk. Perginya ayah, membawa sekali jiwanya.
Deen hidup hanya kerana masih bernyawa. Moga tiada lagi taufan hadir membawa duka. Tapi, taufan tetap datang. Cuma kali ini, membawa bahagia walaupun Thaqeef muncul entah dari mana. Jiwa yang selama ni dirasakan mati, terasa bernafas kembali.
“Sampai bila awak nak temankan saya macam ni?” -Deen “Selamanya.”- Thaqeef
Thaqeef lega bila Deen mula membuka hati dan itu adalah salah satu doa yang sering dimohon. Doa keduanya, dia mahu membahagiakan isteri yang amat dicintai. Sayang… doa kali ini tidak termakbul bila lipatan kisah pedih itu terselak dengan sendiri. Thaqeef tunduk ke lantai takdir, menyesali apa yang telah terjadi.
“Apa yang perlu abang buat untuk Deen maafkan abang?” – Thaqeef “Mati… dan hidup kembali!” - Deen
Mencintai Thaqeef, tidak hanya membuatkan perasaan Deen melarat, tapi hatinya akan mati. Pada Thaqeef, telah dia katakan… cintanya kukuh, janjinya utuh. Dibenci atau dicintai, dia serahkan jiwa, hati dan jasadnya untuk Deen adili kerana tiada siapa tahu, permukaan air yang tenang dan nampak cetek itu, sebenarnya sangat dalam lagi bergelora.
Thaqeef berharap doanya terus termakbul. Namun, doa itu sepertinya telah menjadi doa yang tertangguh.
Ayah Deen satu-satunya family yg Deen sayang, ada, & percaya tinggalkan dia. Dahlah waktu tu sepatutnya hari bahagia dorang tau! Ya Allah sedih😭Deen keep on rasa dia punca ayah pergi selamanya🥺hilang cahaya yg selama ni teman Deen😣 Deen hidup sebab masih bernyawa..
Thaqeef, sampai je Malaysia happy nak jumpa keluarga tersayang, tapi sedih yg dapat☹️tapi tak sangka disebalik kemalangan tu rupanya takdir yg bawa Thaqeef berjumpa dengan Deen✨Thaqeef rasa serba salah, dia rasa dia yg punca Deen hilang ayah jadi dia decide untuk jaga Deen.
Hidup Deen kelabu sebelum ni, bila muncul Thaqeef bertukar warna hidup dia🥰 Deen rasa Thaqeef sentiasa ada pada waktu yg tepat.
"𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐧𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐧𝐢"
"𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚."
Aigoo! cair betul dengan Thaqeef ni sumpah!😮💨Memang words & action seiring & sejalan tau🙈Tapi bahagia dorang sementara je bila Deen tau yg sebenarnya punca accident tu ada kaitan dengan Thaqeef☹️ Ya Allah berat sangat ujian dorang. Deen rasa ditipu, dipergunakan.
Apa yg Thaqeef buat dekat Deen sampaikan Qeef nak jaga Deen? Besar ke kesalahan Qeef? Apa yg jadi waktu kejadian tu? Rasa-rasa Deen maafkan Thaqeef tak? After Ad tau, fuhh menangis beria, tak expect itu truth dia. Worth every time Ad baca Sumpah ni😫Memang comfort book sebab Thaqeef HAHAHAHA. SERIOUS AD CAKAP THAQEEF NI TWIN QADR👀 suka gurau berkias👉🏻👈🏻 maluuuu tau HOHOHO. Haih dahlah Ad asyik tertukar je Erdeena tu dengan nama Ad🤣 okay nanti Zu @readingwithzu bising🏃🏻♀️Korang baca! wajib baca!
Dugaan menimpa Deen. Kehilangan ayah kesayangan setelah ibunya pergi meninggalkan Deen dan ayahnya.
Bila ayahnya meninggal, Deen hilang arah.. jiwa mati.. pandangan kosong. Seluruh hidup dia KOSONG! Sedihh ooo time ni sob sob sob 😰
Qeef, stranger yang sentiasa ada untuk Deen.. selamanya. Qeef yang menyimpan rahsia. Awal permulaan F curious apa kaitan Qeef dan Deen.. kenapa Qeef nak menjaga Deen?
Mana hilangnya Rees? Adakah Rees yang menyebabkan kemalangan itu? Tertanya² sampailah dapat jawapan sewaktu Pak Cik Omar datang bersama Qeef.
Qeef melamar Deen.. tapi ada pulak kisah lain yang berlaku sewaktu Deen datang visit family Qeef.
Biar badai datang melanda.. Deen tetap pertahankan cinta pada Qeef. Hanya Qeef kebahagiaan Deen. Menyampah pulak pada mama Deen and kakak tirinya. Suka² je suruh Deen putuskan hubungan dengan Qeef.
F suka Qeef selalu ada dengan Deen.. selalu muncul bila Deen hampir rapuh. Suka sikap Qeef yang sentiasa bertanya pada Deen.
Masa Deen jumpa Rees.. alahaii meleleh² airmata F. Mudahnya airmata ni mengalir😭😭 RM kalau tak buat reader nangis memang tak sah!
Kesian dekat deen lepas satu satu ujian mendatang. Setianya qeef kepada deen walaupun beban yang ditanggung tidak kurang beratnya. Suka dengan family qeef yang nampak lembut dan penyayang, nampak seperti sebuah keluarga yang harmonis.
Ada sedikit part rasa slow pace. Tapi apa pun pengakhiran yang baik buat semua.
Awal awal cerita sudah dikenalkan yang qeef ada kembar. Tapi selepas itu cerita kembar qeef tenggelam rupanya …….
Zu suka sangat. SANGAT dekat Qeef dan Deen punya kisah cinta. Cara Thaqeef nak dekati Erdeena sangat comel 🥺 falling in love teruk. Dia dah bagi cinta, hati, jiwanya pada Erdeena. Wanita dia yang sayang sejak pertama kali berjumpa. Kalau korang falling in love teruk dengan Qadr, you WILL get the same vibe when read this book.
Personal rating, THAQEEF > Maliki, Nel, Han ❤️ Semua best cuma SUMPAH ni buat hati jantung Zu jatuh terduduk tergolek dengan storylinenya 😍
✍️𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 : Deen ditinggal oleh ibunya dari kecil kerana mencintai lelaki lain, hanya ayah Deen yg setia mencintai dan menjaga Deen. Ayah Deen merupakan segalanya buat Deen tapi suatu hari ayah yg paling disayanginya tu pergi buat selamanya kerana kecuaian manusia menghancurkan jiwanya yg sudah sekian hancur. Pelakunya adalah Thaqeef tanpa Deen tahu akan takdir bahawa Thaqeef lah yg akan membawa cinta dlm taufan hidupnya. Tapi mampu kah Thaqeef memetik rasa cinta dlm hati yg mengecopnya pembunuh? Pembunuh kah Thaqeef? ____________________________
✍️𝐈𝐌𝐏𝐑𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 : Family Qeef baik sgt semua, yg sy suka karya2 RM lingkungan keluarga sangat sweet ♥️
Menjadi bayang2 Deen seumur hidup tanpa disedari pun Qeef rela asalkan Deen bahagia
Biasa buku2 romance kesian pd heroin, tapi yg ni sy sgt sayangkan dan kesian pd hero kita Qeef ♥️ he can cook and cook for her everyday.
Dia serah hati utk dihancurkan, kenapa Qeef 😢 imagine lah susah mcm mana nak tawan hati wanita depressed ni.
Utk memulihkannya dia perlukan org yg boleh dipercayai tapi hadir nya Qeef dgn kejujuran yg menipu dan sekeping hati yg tulus ♥️
DUAL POV mcm ni dpt rasa ungkapan hati dan jiwa Qeef yg sudi dicincang hatinya, it really breaks my heart. He really ready to break himself for the women of his life ♥️
Kuat sgt cinta nya pd Deen, mana nk cari suami mcm Qeef? Lebih parah dari Qadr ni, his endless love and consistent : Forever ♥️
He will always come and be there for her until the death come. Tak sanggup lah nak tgk keruntuhan suami yg sgt romantik ikhlas dan mulia ni 😭
What with the ending⁉️ Kenapa ending mcm tu? What does it mean? Saja nk buat kita nangis ke mcm mana.
Buku ni sumpahhhh mellow. Agak slow la dia punya plot tu. Dan sumpahh aku rasa boring. Nasib baik la paksa habiskan sebab nak baca buku lain 😂 Thaqeef yang terlalu mencintai, Deen yang terlalu dianiayai. Cinta itu memusnahkan diri jika kita tidak mengawalnya. Cinta itu perlu dikawal kerana yang layak untuk kita cinta itu hanyalah Pencipta kita, Allah ❤️
overall cerita ni best sangattt…. saya boleh bagi 5 stars tapi saya tak puas hati untuk ending watak jahatnya. Bagi saya kesalahan Zahir tersangat sangat besar sebab membunuh nyawa ayah deen yang tersangat baik daripada zahir tu. Memang dia dihukum tapi saya rasa alasan dia buat semua tu and menyesal dia dan minta maaf tu belum cukup kuat nak dimaafkan (bagi saya lahh).
And lagi satu mengenai zahira dan aunty rozana😭😭😭 Kenapa author buat aunty rozana tu like tak berapa menyesal dia tinggal deen…. saya cukup terkesan kat situ sampai saya nangis tersedu sedu sebab bagi saya dia tu ibu kandung😭 why dia membahagikan kasih sayang even sampai habis cerita pun huwaaa….. yang tu saya macam tak boleh terima sebab terlampau senang deen tu maafkan mama dia yang macam tak menyesal langsung tinggalkan dia and ayah dia yang sangat baik also mangsa kejadian mama dia…. Also, saya tak boleh nak rasa kesian dekat dia yang terpaksa kahwin dengan orang lain sampai 13 tahun tapi tinggalkan. Dia takda rasa bersalah ke?😂 So bagi saya mama deen tersangat pentingkan diri sendiri erghh geram saya. Atleast bagi saya, mama dia tu kena lah ada rasa kasih sayang sama rata kepada dua dua sebab dua dua pun anak kandung dia juga… so bila ending dia aunty rozana tu still macam takde effort dekat deen and just tolong minta maaf bagi pihak uncle zahir likeee…. bukan ke deen tu keluarga kandung kau jugaaa😭😭😭😭😭 saya tak boleh move onnn lah sebab geram sangat sampai nangis sayaa. Geramlah waktu dia suruh deen cerai supaya zahira boleh kahwin dengan thaqeff😡😡 So bagi saya watak aunty rozana tu untuk saya yang membaca ni saya still rasa dia ni memang tak sayang langsung dekat deen😂😭🥲 saya expect yang aunty rozana tu akan tarik deen masuk family tapi tak pulak…
but overall ending selain watak aunty rozana and uncle zahir saya rasa semua tiptopp dan tersangat BESTTTTTTTTTTTT 🫶🏻😂😂😂 tapi bencilah saya dengan aunty rozana tu 😂😂😂
tapi saya tak tipu saya dah lama tak nangis teruk baca novel😂🥲
This entire review has been hidden because of spoilers.
Dah 10 tahun berlalu… Tapi Deen masih terbayang-bayang saat mama tinggalkan dia waktu kecil. Luka tu tak pernah betul-betul sembuh. Satu-satunya yang buat dia bertahan cuma ayah, orang yang selalu ada, yang percaya dia boleh pulih dari trauma.
Tapi takdir sekali lagi meragut segalanya. Hari paling bermakna dalam hidup Deen iaitu hari konvokesyen, jadi hari paling hitam. Deen kehilangan ayah dalam kemalangan. Hancur hidup dia sekelip mata.
Disebabkan rasa bersalah, Qeef sanggup ada dengan Deen walaupun tahu kemungkinan Deen akan benci dia. Tapi dia tetap dengan pendirian. Walaupun tahu semuanya takkan sama, dia tetap cuba bahagiakan Deen, walau dengan risiko ditolak.
Deen serapuh-rapuhnya. Kita kehilangan sorang pun dah rasa kosong. Deen kehilangan dua. Tapi kita suka bila dia slowly jadi kuat, cuba bangkit… thanks to Qeef.
Cuma, tak tahu kenapa tak boleh nak suka dengan Kak Ram 😌. Macam over sangat. Kalau itu yang terbaik untuk Deen, teruskanlah… tapi rasa dia lebih sudu dari kuah. Mak Deen? Tak payah cakap la. Memang tak layak. Elok lagi mak mertua dari mak kandung sendiri.
Secara keseluruhan, kisah ni sedih… tapi tak sekuat tangisan novel-novel Kak RM yang lain. Kita expect akan menangis, tapi rupanya cuma mata berair. Jalan cerita agak slow paced, dan part Deen memang sangat depressing dan berat. Mujur ada Qeef yang jadi pelangi untuk teruskan baca walaupun hidup dia pun sedih.
Banyak dugaan dan cabaran yg perlu mereka lalui.. walau pun pakcik die jahat.. akhir nye die berubah juga... mak yg tggl kn die pun kembali.. cume tk puas hati laa sket ngn mak die tu.. tp overall, mmg best
Plot kalini sedih sangat, sebagai seorang "anak ayah" cerita ni sangat menusuk ye, tersedu-sedu la jugak membaca. Deen ni born in a perfect family [she thought], in fact, no. Deen ditinggalkan oleh ibunya sebab kedua ibu bapa Deen ni menikah atas dasar business. Her father love her mother and it is not mutual. Ditinggalkan di umur yang Deen dah faham semuanya, sakit sangat. Rasa semua kenangan tu adalah penipuan semata. Start from that, Deen hidup dengan ayah dia je. Apa-apa semua dengan ayah dia, and she never get tired of it. Sampai tak nak kahwin sebab nak tua dengan ayah dia sama-sama. Actually for me dah start sedih bila ayah Deen dah slowly tolak Deen untuk cari pasangan hidup. Hari convo adalah hari yang Deen paling tunggu sebab dia ada something nak tunjuk dekat ayah dia on stage. Benda ni paling sedih tau, because I bet everyone yang graduate mesti nak show something to the parents. Malang tak berbau, mereka kemalangan. Deen kehilangan ayahnya dan tak sempat nak tengok jenazah arwah sebab Deen tak sedarkan diri almost seminggu.
Dah sedar, kena uruskan bisnes ayah dia pulak dengan banyak hutang etc. Sedih sangat. Deen tak kemurungan, dia cuma tak boleh terima realiti lagi. Dia cuma anggap ayah dia pergi melancong buat seketika. Thaqeef slowly approach Deen sebab dia dah berdebar2 tengok Deen since day 1 accident. Cumanya tak faham kenapa Thaqeef nak orang tunding jari kat dia as pembunuh sedangkan dia sendiri tahu kemalangan tu dirancang.
Kita lurve Thaqeef ni sebab dia tenang, tak cepat melatah. Yang penting always there for Deen walaupun dia baru je nak kenal [Deen baru je kenal dia], care dia tu tak berselindung. First day masuk kerja pun dah tunjuk sangat kasih sayang dia dekat Deen in a good way obv.
Deen ni pulak satu je fi'il dia yang agak merimaskan, suka tarik muka. Pleaseeee i know what happened to you is soooo badddd but don't make other people feel bad. Kalau rasa takde mood, jauhkan diri. Kalau lalu depan orang at least maniskan muka even tak nak bercakap. Srs this type of behavior buat orang rasa tak selesa. Bukan you seorang yang have a bad day. Other than that, she's quite rational so i like that.
On side note, I DO REALLY REALLY REALLY LOVE FAMILY THAQEEF NI!!! SO KIND HEARTED AND MEMAHAMI. I think it's quite a long time since i baca buku yang family harmony macamni hahahaha but not Mak Deen ya!!!! I lowkey feel her mom memang tak sayang dia pun. Terpaling menyesal but erghhh Ada ke mak yang tinggal kan anak kandung demi anak kandung yang lain. Everything starts from her. Boleh pulak dia nak rampas kebahagiaan anak kandung dia demi anak kandung yang lain. Ohh dia fikir kebahagian dia je, kebahagian orang lain tak pulak. MASA DEEN CAKAP KAT MAK DIA YANG DIA PILIH THAQEEF SEBAB TU ADALAH KEBAHAGIAAN DIA I SCREAMMMM SEBAB YEAHHH HER MOM LEFT HER SEBAB NAK KEJAR KEBAHAGIAAN SENDIRI SO DEEN LET HER MOM TASTE HER OWN MEDICINE. PADAN MUKAAAAAAAAAAAA.
Last but not least, Thaqeef ada abang kembar nama Taqrees. Taqrees pun ada buku dia which is Tulus. But better baca Sumpah dulu baru Tulus. Mereka berdua sangat comel hahahaha Kalau nak bezakan diorang ni tak susah pun Thaqeef ni muka dia tenang tapi garang. Taqrees ni muka dia beku je tapi soft hearted hahahahahahaha Kelakar betul part Taqrees suruh Thaqeef swap untuk jadi CEO sehari. Macam-macam dia bebel kat Thaqeef kata jangan cepat marah la apa la sebab nanti kantoi sebab Taqrees ni muka dia tak setenang hati dia. Thaqeef ni hati dia tak setenang muka dia HAHAHAHA.
Janji dirantai. Diikat kemas lantas dipegang erat umpama nyawa yang tiada galang ganti. Hanya satu, moga bahagia temani wanita itu selamanya tanpa dia mahupun ada. Kerana sumpah sekadar fana namun hati ternyata mengalunkan nada yang sama.
Parut luka kian berdarah semula. Menggalas tanggungjawab setelah pemergian ayah tercinta, yang sanggup membesarkan dirinya tanpa kasih mama. Bagi Deen, itu lebih daripada mencukupi. Perginya belahan hati, terasa hidupnya mati. Tetapi mengapa hadir lelaki ini, mampu mencorakan benih pelbagai dalam suram jalannya. Digenggam huluran yang utuh, namun rupanya masih rapuh. Masih ada rahsia yang tersimpan kukuh, bersulam derita dan kenyataan sebenar tentang segalanya. 𝑬𝒓𝒅𝒆𝒆𝒏𝒂
"𝑨𝒔𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒕𝒂𝒏𝒈... 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂,"
Kepulangan bertahun-tahun dinanti, setelah lama menuntut ilmu di luar sana. Tetapi malang tragedi menimpa, mengubah perancangan rapi selama ini. Tekadnya dia, mahu wanita itu tetap bergayut dengan senyuman. Meski tahu bayaran yang harus menjadi galang ganti seluruh hati, jiwa dan jasadnya. Kerana baginya, cukuplah duka dilalui oleh kesayangan biarpun beban dipikul sendirian. Bagai mimpi, bersatu dalam ikatan suci. Namun semua dililit menjadi simpulan, menambahkan rumit yang menimbulkan kebencian. Dia masih insan biasa, yang tersungkur rebah dek ujian, harapan agar ada sinar disebalik sirna yang dilalui. 𝑨𝒉𝒎𝒂𝒅 𝑻𝒉𝒂𝒒𝒆𝒆𝒇
Baiklah, kali ini berkaitan pendapat aku tentang kisah Sumpah. Sejujurnya, aku memakan masa agak lama bagi menemui penamat bukan kerana alur penceritaan, cuma aku agak sibuk dengan kehidupan. Tiberr. Apapun, jikalau namanya karya kak Rehan, toksahlah toleh kiri kanan lagi. Rembat dan terus buka biarpun tahu ada ajr mata yang bakal tumpah sepanjang menyelusuri pembacaan.
Tentang watak, gamaknya Thaqeef tertelan selori gula sehingga begitu manis dalam berkata-kata. Biarpun sekadar biasa ayat yang dilontarkan, tetapi cukup mendamaikan hati Deen yang resah dan sebu. Tentang Deen, kehilangan ayah aku turut merasa. Sindiran Deen juga agak tajam dan pedas juga, menusuk tepat ke ulu hati begitu. Tentang Thaqeef turut membawa lara tanpa ketahui sesiapa, pasaipa aku ikut nangis. Usah katalah, tiap kali Thaqeef gugurkan air mata jantan dia tu, aku luruhkan air mata dara aku juga.
Berkaitan watak sampingan, semua mainkan peranan masing-masing. Walaupun ada yang layak dilempar guna piring Astro, tapi tidak mengapa. By the way, saya suka Muiz juga. Setia sungguh kamu, saya terharu. Tidak dinafikan, plot akhir tu agak mengejutkan. Boleh dah jantung aku berciciran, sempat dikutip semula. Itu orang tua, banyak tamak. Sangat tidak ramah.
Pengajaran? Dakaplah takdir dengan berlapang dada, maafkan mereka yang telah ukirkan kesan dalam dalam jiwamu. Ya, sangat payah dan perit, namun jiwa akan lebih tenang tanpa wujudnya dendam dan iri. Bersikap tamak hanya memakan diri, namun ada masa kita harus tamak dalam memilih bahagia. Kerana setiap manusia layak untuk merasai sinar pelangi juga walaupun samar tetapi hargailah setiap detik yang ada. Barangkali beban dugaan kamu begitu berat, tetapi nyata ada yang sekeliling tetap cuba untuk kamu sentiasa ceria biarpun dia dibungkus ujian yang lebih hebat. Sekian, saya meroyan inginkan Ahmad Thaqeef. Yang benar, madu Erdeena.
Berjaya jugak aku habiskan buku ni pada hari terakhir Ogos. .
Deen hanya ada ayahnya, selepas ibunya pergi tinggalkan mereka 10 tahun lepas. Bukan mudah untuk Deen menerima kenyataan. Hanya ayahnya yang sentiasa ada di saat Deen kemurungan. .
Dan kini, akibat kesilapan manusia lain, ayahnya pergi meninggalkan Deen. Deen kembali pada hidupnya dulu yang gelap. Lagi menghampakan, kes tersebut ditutup akibat tangan-tangan yang lebih berkuasa. .
Kerana rasa bersalah, Thaqeef mengabdikan dirinya untuk Deen. Dia yang sentiasa ada di waktu Deen terlantar di hospital. Dia juga yang secara perlahan, mulai masuk dalam hidup Deen sehingga Deen rela menyerahkan kehidupannya untuk Thaqeef, tanpa mengetahui Thaqeef sebahagian daripada tragedi yang meragut nyawa ayahnya. .
Namun, apakah yang terjadi bila Deen tahu perkara sebenar? Adakah mampu dia membenci Thaqeef sedangkan hatinya sangat cinta? .
Macam biasa, best! .
Cumanya geram je bila beria la Deen ni marah Thaqeef, padahal bila tahu kebenarannya, kejap je dia maafkan. So, point nya, bagitahu je la benda yang sebenarnya tu. hahaa. .
Oh ya, aku rasa aku dah semakin pandai bila baca buku RM. hahaha. Aku dah boleh teka apa sebenarnya yang terjadi. .
p/s: disebabkan tajuk novel RM ni sepatah perkataan je, aku selalu tertukar. Ingatkan aku baca buku Noktah, rupanya Sumpah. Dan ada cameo Maliki dan Daneen dalam buku ni ya.
start off slow for me but i love still love it. Erdeena is a strong strong woman nak pelukkkk rasa 🫂😭 her anger pasal kematian ayah dia is valid. lagi lagi bila peguam cakap tutup mulut pasal kes and kasi duit. rasa macam kena sogok. tapi apa pilihan dia ada kan. time tu memang terdesak. but i totally understand pov thaqeef. cuma itulah, nak ke arah apa yang dia cari tu fuhhhhh dragged masaaaa matttt tapi fahamlaaa in reality punn memang kes kes macam ni tak mudah untuk diselesaikan kann.
but i gotta admit Thaqeef is one of a kind lah. Greenflag sangat sangat. Softspoken gilaaa. dahla kaya, pandai masak, hardworking. Fuhhh. silap dia satu je, suka berahsia 😩 i is frustrateddd tahu takkk!!! tak sanggup tau nak tengok Deen sedih sedihhh lepas dah dapat bahagia after a long time ☹️☹️
i kind of expect Uncle Zahir ni sus sebab idk dia cam watak yang tak patut ada HAHAHAHAH selfish benooo perangainya yihh 😤
all in all i lurveee. plus writing style kak rm memang topnotch 💋🫦 dia bahasa melayu yang poetic tapi moden. setiap ayat tu rasa cam awhhhh je ha gituhhh 😍😚
paling suka dialog "Saya dah datang.", "Abang dah datang." and "Selamanya.". It is so understandable for Erdeena to fall for Thaqeef yang totally stranger sebab that man comes at all of her lowest times spitting comforting words macamni. Doa rasa terpujuk and tahu yang dia tak keseorangan dah 🥹 dia sentiasa ada teman yang selamanya akan ada dengan dia walaupun masatu dia clueless tentang apa jadi.
ok dah enough sampai sini sajer 😆 💐
This entire review has been hidden because of spoilers.
Karya RM mmg ada kelas tersendiri. Thaqeef dan Erdeena. Kisah pertemuan yang menyakitkan dan rahsia yang disembunyikan, rahsia yang terselongkar akhirnya meranap jiwa. Jalan cerita ni agak heavy tapi generally “on-point” saja. Cuma few chapters mula2 tu pada saya agak slow .. mungkin hanya kerana saya tak sabar menunggu plot2 yang lebih signifikan kepada keseluruhan jalan cerita. Apa pun, syabas to the writer!
Hmm tak tahu nak review macam mana. Karya RM tak pernah mengecewakan. Buku ni menyakitkan ya 🥹 Tak tertanggung rasa kehilangan deen. Thaqeef pun sama. Sama sama menyakitkan. Buku ni cukup rasa. Part sedih deen tuu saya rasa sakitnya & pedihnya kehilangan sosok seorang ayah 😭
Kalau saya dekat tempat deen. Tak tahu apa akan jadi dengan saya. Sifat seorang thaqeef ni mendamaikam jiwa betul laaa 😖 Cair dibuatnya hahahaha Haishhh Happy ending untuk deen & thaqeef 🩷
Citer ni best juga la Tapi... Tak tahu knp terasa SUMPAH lelah nak habiskan Olahannya sedikit berjeler Lama ya baru nak habiskan Walaupun penulis tulis panjang2 tapi tak dapat nk "rasa" apa yang setiap karakter rasa
Deen dan Thaqif dipertemukan bukannya kebetulan walaupun Thaqif bekerja dengan Deen. Baca kisah ni kita akan rasa perasaan Deen yang kehilangan ayah Deen. Bacalah. Best. Karya Rehan insyaAllah best
Jalan cerita yang saya boleh tebak dari awal. Penulisan terasa agak mendayu, sedikit meleret dan kurang perkembangan plot.
Saya mmg suka novel kak Rehan, memang nk kumpul semua novel kak Rehan kalau boleh. Cuma novel kalini agak ‘off’ bg saya sbb saya tahu kak Rehan boleh buat lebih baik. Or mybe sbb saya masih xleh move on dr watak gila Haq(Noktah) and abg dreamyku Maliki(Luruh). Kesimpulan, I’m the typical girl yg suka abg hot yg gila tp setia haiyahhh
Overall, it’s still worth a read. Tahniah kak Rehan untuk novel ni! Teruskan berkarya. Saya tggu novel seterusnya