Sebutir geliga bunian menjadi paksi kekuatan kerajaan bunian lautan sejak ratusan tahun.
"Mengikut cerita ayah aku, pulau tu memang ada bunian. Hantu pun ada." - Zahid
Pada tahun 1801 Masihi, dua orang pemuda, terpaksa berlindung di sebuah pulau yang dikatakan berpuaka. Demi menyelamatkan nyawa adiknya, Damaik terpaksa mencari air sehingga tersesat di dalam hutan tebal. Dia kemudiannya diselamatkan oleh seorang puteri bunian dan dibawa ke perkampungan mereka. Sejak itu, termetrailah janji antara mereka untuk bersaudara dan saling menjaga diikat dengan geliga tersebut Elly diarahkan membawa keluar sebutir geliga dari sebuah kolam bunian dalam tempoh tiga hari. Pelbagai kejadian berlaku. Elly hilang. Nurain pengsan. Farid entah ke mana dan Pak Derih tersesat. Mereka berpecah arah dan berusaha menyelamatkan nyawa masing-masing.
"Aku bertempik. Dia pun terbang ke puncak pokok." - Nurain
"Benda-benda macam ni ada khadam dia. Ada penjaga. Ada pemilik dia. Kalau lepas tiga perkara tu, lepaslah. Kalau tak, memang takkan dapat." - Pak Derih
"Mari. Mari ikut nenek. Nanti benda putih tu datang sini, nenek tak boleh tolong. Ini tempat dia." - Nek Tepah
Apa kesudahan nasib mereka berempat? Dapatkan batu geliga itu dibawa keluar seperti yang diarahkan? Mampukah mereka berempat keluar dari pulau itu hidup-hidup?
"Sudah beratus tahun, tiada manusia yang sampai ke sini." - Nang Nurbaya
Jujur aku kata, tiap2 tahun memang aku akan nantikan novel drpd sis Maria Kajiwa. Gaya penulisan beliau tu betul2 buat aku sentiasa nak baca buah tangan beliau .
Bunian. Kita memang tau kewujudan kaum bunian ni. Cumanya kita tak mampu melihat dengan mata kasar. Hanya orang2 terpilih saja yang boleh berjumpa mereka. Sakti Bunian ni apa pulak? Sakti Bunian ni adalah satu geliga milik kaum bunian. Dan hendaklah mereka tau bahawa setiap geliga ada khadamnya. Geliga ni sangat2 penting untuk kaum bunian di Pulau Keapian. Jatuhnya geliga ini, maka satu keburukan bakal berlaku .
Kisah diawali dengan 4 orang yang terpilih untuk ke Pulau Keapian untuk mendapatkan geliga Sakti Bunian tersebut. Mereka yg terpilih adalah Pak Derih, Farid, Elly dan Nurain. Setiap mereka ada kisah sendiri. Tawaran yang ditawarkan untuk mereka yg berjaya keluarkan Geliga Sakti Bunian amatla besar bagi mereka .
Diselangkan dengan kisah beratus tahun dahulu pabila Damak dan Bayan yang terdampar di Pulau Keapian disebabkan ribut taufan yang melanda saat mereka menangkap ikan. Dengan keizinan Allah, Damak diselamatkan oleh Nang Nurbaya yg merupakan puteri bunian disitu ketika mencari makanan buat dirinya dan Bayan yg diserang demam. Nang Nurbaya jatuh hati dgn Damak, malangnya Damak menolak kerana sedar akan dirinya yg tidak layak. Atas kehendak Bayan, Bayan terus menetap disitu. Maka pulangla Damak ke tanah besar . Bermula pada itu, Pulau Keapian mulai menjadi penempatan manusia pabila Damak dan ibunya berpindah ke sana. Tahun berganti, keturunan Damak mulai berhijrah dan tiada lagi manusia tinggal di Pulau Keapian .
Berjayakah Pak derih, Farid, Elly dan Nurain mendapatkan geliga tersebut? Mampukah mereka menemui kolam tempatnya geliga tersebut? Dapatkah mereka mengalahkan makluk yg mendiami kolam tersebut? Atau bakal menjadi korban makhluk itu? Atau adakah mereka seperti kumpulan2 lain yg tidak berjaya? Tanpa mereka sedar yang Tony iaitu orang yg menguruskan mereka ke Pulau Keapian menyimpan sebuah rahsia? .
Sebuah kisah yang sgt2 best bagi aku. Jalan ceritanya. Gaya bahasanya cukup sempurna. Serius aku sangat tabik dengan kak Maria atas novel2 beliau yang lain dr yg lain
4 orang yang mempuyai masalah kewangan ditawarkan satu pekerjaan untuk membawa keluar sebiji geliga dari sebuah pulau. Sesampainya di pulau tersebut pelbagai perkara telah berlaku. Ada yang hilang, ada yang pengsan dan ada pula yang telah ditangkap.
Walaupun terdapat 4 watak di dalam naskah ini namun ada 1 watak yang dominan. Yang boleh dikatakan watak utama. Build up latar belakang watak membantu untuk pembaca lebih memahami watak tersebut. Mengapa mereka sanggup menerima tawaran yang boleh dikatakan "too good to be true"
Realiti tentang duit mampu membuatkan manusia gelap mata dan berani ambil risiko sememangnya boleh kita kaitan dengan kehidupan manusia. Ramai yang tersungkur apabila dijanjikan kemewahan. Ramai pula yang memandang rendah mereka yang kurang berkemampuan.
Kisah tersesat di alam buniah sudah sering kita dengar. Tapi olahan dalam naskah ini sangat menarik dan diberikan nafas dan elemen baru. Jadi bila membaca naskah ini tidak terasa terlalu klise.
Pace penceritaan dalam naskah ini juga agak laju. Tiada yang meleweh. Tak sempat nak berasa bosan dengan pace yang laju dan konsep jalan cerita yang menarik.
Secara keseluruhannya naskah ini sangat menarik dan berbaloi untuk dimiliki. Terutamanya yang sukakan dengan konsep thriller dan juga mistik.
Why 4? Sebab F rasa uncomfortable bila baca tentang makhluk² yang suka bila manusia takut. Nak baca pun skip² paragraph tu 🙈
Rasa frust jugak bila Nurain tak pilih untuk tinggal di alam itu. But yelah 2 alam yang berbeza mana mungkin untuk bersama. Kadang² F pun terleka mereka bukan manusia. Yelah seronok dengar dunia aman dan selesa tanpa fikir tentang dunia.
Cuma kesian pada yang terkorban especially Pakcik tu, sempat dia bertaubat before dia kena tembak.
Jalan cerita yang sangat baik. Pemilihan bahasa yang sangat cantik. Penuh sarat dengan pesanan pesanan kebaikan. Ada 3 kali rasanya salah eja. But sebab cerita best, aku boleh tutup je mata kesalah minor macam tu.
Rasa cukup dan lengkap semuanya.
Dalam banyak banyak, aku seriau dengan Bansi... huhuhuhuhuhu
Patut laju je jualannya di Shopee Fajar Pakeer. Pelaburan yang berbaloi.
Tahniah dan terima kasih kak @novelismariakajiwa . Pasni macam biasa lah kak, apa je buku baru akak keluar post je kat zully. Tak yah tanya nak ke tak tauuu. Zully sokong semua karya akak sampai bila bila.
Aku suka ayat di ms 277.... Nak tau, beli dan baca..
Done… kisah bunian dan manusia yg amattt menarik… kesian dgn Pak Derih… Dan Elly…. Farid pula menemui ajal diatas ketamakkan nya sendiri… watak utama Nurain pula akhirnya menemui kebahagiaan… overall a very good book… cuma x bleh cter smua… go and get this book k… knfrm puas hati… Tp kannnn… mcm perlu sequel je… hehe
Pd permulaan cerita, lebih tertumpu kpd Pak Derih, Nurain, Farid dan Elly. Mereka adalah orang-orang yg ditawarkan utk mencari Geliga Sakti Bunian di Pulau Keapian. Mrk semua mempunyai masalah kewangan yg pelbagai. Upah yg ditawarkan oleh Tony sgt lumayan sehingga mereka tidak mampu utk menolak walaupun nyawa menjadi pertaruhan.
“Sebutir geliga bunian, menjadi rebutan antara yg batil dan yg hak.”
Diceritakan pula asal usul pulau Keapian sejak beratus tahun yg lalu di mana kaum bunian kerap berperang dgn jin laut yg mahu menakluk pulau Keapian. Damak dan Bayan yg sampai ke sana akibat ribut, telah diselamatkan oleh Nang Nurbaya. Nang Nurbaya mempunyai hajat utk mempersuamikan Damak tp ditolak krn Damak merasakan dirinya tak layak utk Nang Nurbaya. Bg mengekalkan hubungan baik antara manusia dan bunian, Nang Nurbaya menghadiahkan geliga Sakti Bunian kpd Damak tp ada syarat yg perlu dipatuhi. Sejak itu Damak membuka sebuah kampung dikenali sbg Kampung Rapat sehingga beratus tahun lamanya keturunan Damak hidup aman damai. Sehinggalah muncul pembeli pulau tersebut yg mahu membina resort di Pulau Keapian.
Mampukah Pak Derih, Nurain, Elly dan Farid menemui kolam bunian yg menjadi kunci penemuan geliga Sakti Bunian? Pelbagai cabaran dan rintangan yg mrk terpaksa hadapi bermula selepas menjejakkan kaki ke pulau itu.
Setiap karya Maria Kajiwa punya keistimewaan tersendiri. Penceritaan yg sgt lengkap dan laju. Tiada bahagian yg meleret. Karya ini tak terlalu seram tp byk input dan info yg kita dapat. Kisah bunian ni mmg sgt menarik dan buat aku makin teruja bila memulakan pembacaan. Paling utama setiap karyanya sarat dgn pengajaran dan nasihat. Tahniah kak kerana selalu menghasilkan yg terbaik di antara yg terbaik. Highly recommended.
Seperti biasa, nukilan Kak Maria Kajiwa sentiasa menghidangkan kisah yang padat dengan pengajaran, ilmu dan hiburan. Suka sangat buku kali ini yang bergenre fantasi. Kali terakhir saya membaca karya Kak Maria bergenre yang sama adalah Nagalusia dan tak kurang hebatnya.
Characters building dalam setiap novel Kak Maria memang chef kiss! Dalam Sakti Bunian apatah lagi. Arc pada setiap character memang memberikan impak bukan sekadar pada beats cerita tetapi juga kepada pembaca. Saya paling suka character arc Pak Derih. Mula-mula tu memang menyampah gila kat Pak Derih ni tapi lepas tu persepsi terus bertukar. Rasanya Pak Derih adalah contoh positive arc dalam Sakti Bunian.
Manakala contoh negative arc pula boleh dilihat pada character Farid. Impaknya sama seperti apa yang dirasa pada Pak Derih cuma dengan perasaan yang bebeza. Huhuhu. Takut spoiler pulak.
Dalam banyak-banyak character, ada satu character yang mengesankan saya, iaitu Khairul. Satu watak yang kecil saja tapi kesannya mendalam bila saya baca babak tentang Khairul tu. Sampai termenung sekejap, tutup buku dan perlu tenangkan diri. Pujian harus diberikan kepada Kak Maria kerana setiap character tu walaupun kecil macam Khairul, tidak disia-siakan. Ada peranannya masing-masing dalam menghidupkan cerita.
Setting pula bagi saya cukup hidup dan jelas. Saya dapat bayangkan keadaan di dalam alam bunian. Bagaimana keadaannya peperangan di dalam lautan di antara bangsa bunian dengan bangsa jin jahat.
Overall ceritanya saya sangat berpuas hati. Cuma kalau diizinkan untuk saya komen, mungkin peranan sebenar Nurain dan Elly dalam misi di pulau itu perlu dijelaskan. Kalau Farid dan Pak Derih memang dah terang dan nyata tugas mereka berdua kat pulau tu. Cuma Nurain dan Elly macam redundant pulak tugas dua gadis ni kat situ. Atau mungkin mereka berdua berperan sebagai umpan?
Apa-apapun, tahniah Kak Maria untuk naskah kali ini. Serious best sangat. Terubat rindu saya nak menjelajah dunia fantasi versi bahasa melayu. Tunggu sambungan Nagalusia pulak lepas ni. Hihihi. Harap cepat-cepat sikit ye kak?
Empat orang yang masing-masing mempunyai cabaran kehidupan dan kewangan ditawarkan ratusan ribu untuk mendapatkan geliga 'sakti bunian' di Pulau Keapian. Pulau itu dihuni oleh pelbagai mahkluk seperti jin, hantu, bunian dan raksasa pemusnah iaitu Bannak. Kisah makhluk-makhluk itu memang menarik. Seronok baca. Ada kelainan daripada kisah-kisah bunian yang saya baca dari novel lain. Ada satu jenis makhluk iaitu Bansi; boleh bertukar wajah dan makanannya 'ketakutan'; pada saya agak menyeramkan.
Pada awal cerita, saya agak annoyed membaca proses rekrut setiap peserta. Ulang benda sama untuk 4 bab yang boleh diringkaskan kepada satu bab. Mujurlah makin lama, makin seronok. Kisah Damak dan perkahwinan manusia-bunian sangatlah best. Pengakhiran cerita juga tidak disangka-sangka. Saya ingatkan semua akan selamat. Rupanya tidak. Kecewa rasa Pak Derih yang dah berubah dari jadi tok bomoh ke orang baik turut mati. Saya juga expect, peserta Elly akan diselamatkan oleh kuasa sakti orang-orang bunian, tapi kaum Bansi rupanya tidak terlawan. Ganas sungguh makhluk tu. Bunian pun tak boleh tolong manusia.
Kesian orang-orang yang dihantar ke pulau matinya sia-sia. Semua ada masalah yang nak diselesaikan. Si Tuan Khabir dgn Tony pun jenis tak faham bahasa. Dah banyak kali gagal pun lah tetap nak buat lagi.
Cerita hubungan manusia dan bunian pun best. Nang Nurbaya nampak ciri-ciri seorang yang ayu dan baik. Tony tu dah agak jahatnya walaupun awal cerita cuma tunjuk perangai sopan.
Cerita pasal Khairul tu macam tak perlu je. Berjela juga dia punya cerita laki-bini tu, last-last mati macam tu je. Macam saja nak menambah cerita supaya panjang. Cerita 4 orang sebelum pergi ke pulau tu pun dah panjang.
ahhhh jatuh cinta sgt dgn cerita ni. sy suka author ni, dia punya penulisan, sehari je sy boleh habiskan baca this novel 🥹 ending dia sy x puas hati kesian pak derih & elly yg tak salah.
Element seram dalam buku ini hanya 30% dan bagi peminat tegar genre seram, mungkin ada yang anggap ia tak seram langsung.
Kekuatan buku ini terletak pada penceritaan dan konsep idea. Kyna jatuh cinta berat dengan cara penulisan Maria Kajiwa. Ayatnya tidak terlalu simple dan tidak terlalu puitis. Sangat mudah kita nak ikut alur cerita ini.
Sakti Bunian ni rupanya batu geliga. Batu geliga yang tanda kekuatan mandala alam bunian yang ke-7. Kalau ikut penceritaan, bunian ni ada 7 mandala (mandala ini lebih kepada kawasan pemenritahan), dan setiap mandala ada pegang satu batu geliga yang menjadi tanda kekuatan mereka. Setiap batu geliga ada khadamnya.
Cerita ni makin best bila penulis selitkan unsur peperangan antara kaum bunian dan jin laut. Pergh! Konflik yang menambah keterujaan cerita.
Kyna juga suka cerita persahabatan Damak, manusia dan juga kaum bunian. Sakti Bunian ini diserah pada Damak sebagai perjanjian persahabatan cuma batu tu tak boleh dibawa keluar dari Pulau Keapian tu. Hanya boleh diguna untuk menyeru kaum bunian.
Dari satu tangan ke tangan yang lain , jurang persahabatan kian renggang bila ramai keturunan Damak berhijrah ke lain2 tempat.
Sampai la ke abad 20, ada jutawan yang beli Pulau tu dengan niat untuk buat pusat hiburan dan resort. Niat yang tak disukai oleh kaum bunian. Sakit hati sebab duitnya banyak habis tapi projeknya musnah setiap kali dibina, semuanya tergendala, maka Tuan Khabir merujuk kepada Jin Laut. Berpakat untuk cari batu sakti bunian dan ditenggelamkan ke tengah lautan. Orang kanan Tuan Khabir, Tony menghantar 4 orang yang terdesak dalam kesempitan hidup untuk mencari Sakti Bunian di Pulau yang Berpuaka itu.
Cerita ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Kaum Bansi, yang makanan mereka adalah ketakutan manusia dan kaum bannak, jin ganas tanpa belas kasihan.
Selain tu, Kyna agak tertarik membaca pembezaan sudut pandang antara Bayan dan Damak dalam membuat keputusan apabila ditawar untuk tinggal terus di alam bunian yang serba indah dan lengkap
Seorang memilih untuk kembali ke alam manusia dengan pendirian
"Kerana hidup susah itu ujian duniawi. Dan balasan yang terbesar adalah daripada ujian yang terberat . Jika Allah mencintai sesuatu kaum akan didatangkan ujian. Sesiapa yang reda akan ujian itu maka Allah pun reda akan ia.
Manakala lagi sorang memilih untuk menetap di alam bunian dengan anggapan
" alam ini juga ciptaan Maha Esa"
Kedua-duanya benar dan berpaksi pada agama yang tersemat di dada. Atas dasar menghormati kebijaksanaan satu sama lain dalam membina keputusan, maka berpisah la kedua beradik ini. Namun tidak la terputus persaudaraan kerana saling melawat.
Kyna juga tertarik dengan watak Nang Ngaputeh, ketua pimpinan Bunian Mandala ke-7 yang digambarkan gagah dan bijaksana tapi tidak seperti bunian yang lain, Ngaputeh ini hodoh rupanya.
Selain keterujaan menghayati jalan cerita, banyak nasihat yang menjentik kesedaran hati. Highly recommended
Sebab utama saya membeli naskhah ini adalah kerana penulisnya Maria Kajiwa. Setelah membaca beberapa naskhah daripada beliau, saya jatuh cinta dengan penulisan & cerita beliau.
Seperti yg saya bayangkan, naskhah ini langsung tidak mengecewakan. Pemilihan bahasanya cantik, cerita yg laju, tidak melewah/meleret-leret. Tiada rasa bosan langsung membacanya & jalan cerita yg seronok.
🔮 🔮 🔮
4 orang yang kesusahan telah menerima tawaran dan dihantar ke sebuah pulau untuk membawa keluar sebutir geliga dari sebuah kolam bunian dalam tempoh 3 hari. Mereka berempat ditawarkan upah yg sangat lumayan. Kerana terdesak & memerlukan wang, mereka gelap mata apabila ditawarkan jumlah yg sangat besar & sanggup melakukan kerja tersebut.
Ada satu watak yg tidak disangka-sangka - bertemu semula menjalin persaudaraan dengan golongan bunian.
Kisah manusia masuk ke alam bunian ini diceritakan dengan baik sekali. Seolah-olah penulis berkongsi pengalaman beliau sendiri, di mana saya rasa penulisnya berjaya.
Buku ini juga sarat dengan pesanan-pesanan yg baik yg boleh dijadikan pedoman hidup. Pengajaran daripada cerita ini sendiri sangat besar impaknya. Kerana duit, manusia sanggup melakukan apa saja. Desakan hidup juga memaksa manusia melakukan apa saja walaupun di luar kewarasan akal. Namun jika kita beriman kpd Allah, nescaya itu semua tidak mungkin mengaburi mata kita.
Kita juga hidup di alam ini berkongsi dgn makhluk2 lain ciptaan Ilahi. Jadi, hormat & menjaga adab itu perlu sekiranya masuk ke tempat orang.
Diawal penceritaan semuanya berkisar serba sedikit tentang diri mereka yg akan terlibat dengan misi pencarian Geliga Sakti Bunian. Perjlnan cerita semakin menarik dan teruja bila kita dah tahu hala tuju kisahnya. Perjlnan baru hidup mereka bermula krn terdesak memerlukan wang dlm masa yg segera. Sape yg x teruja bila tidak semena2 ditawarkan jumlah yg byk di saat betoi2 memerlukan tanpa mereka sedar nyawa mereka menjd taruhan, nasib mereka dipermainkan. Wlupun ada sangsi bersarang di hati mereka tetap pergi. Perjlnan mereka bukan mudah, pelbagai halangan dan dugaan terpaksa ditempuhi, bkn setakat dr manusia, dari makhluk lain jugak. Bagaimana semuanya bermula dan bagaimana semuanya berakhir? Apakah maksud tersembunyi yg mereka tidak tahu? Siapa Tuan Khabir, Tony, Nang Nurbaya sebenarnya? Banyak rahsia dan benda yg x disangka2 akan terbongkar satu persatu. Sangat menarik, yg baik jdkan teladan, yg buruk jdkan sempadan.
Novel ini menggabungkan fantasi, mistik dan sedikit seram dalam satu cerita yang menarik. Bermula dengan kisah masa lalu tentang Damak dan Puteri Bunian Nang Nurbaya, kemudian bersambung ke masa kini dengan misi empat orang manusia ke Pulau Keapian untuk mendapatkan geliga sakti. Dua garis masa ini disatukan dengan baik, membuatkan pembaca tertarik untuk tahu apa yang terjadi seterusnya.
Kekuatan novel ini terletak pada: • suasana alam bunian & ghaib yang digambarkan dengan cukup hidup, • plot yang bergerak pantas tanpa banyak meleret, • mesej moral tentang tamak, janji, pengorbanan dan nilai kemanusiaan, • watak-watak yang punya motivasi berbeza, menjadikan perjalanan mereka menarik untuk diikuti.
Secara keseluruhan, Sakti Bunian sesuai untuk pembaca yang gemarkan kisah mistik Melayu, bunian, dan fantasi dengan sentuhan pengajaran. Ia bukanlah seram yang keterlaluan, tetapi cukup untuk buat kita berfikir tentang nafsu, pilihan, dan dunia yang tak terlihat.
Lagi satu buku sempoi tak terkata dari penulis yang kaya dengan research yg padu. Bermula dari mukasurat pertama pembaca diheret ke situasi mendebarkan. Penulis menukilkan sikap manusia yag sanggup melakukan apa saja untuk duit dan demi kelangsungan hidup. Kita dibawa mengembara ke pulau dan meneroka alam hutan. Sikap takbur dan perasan bagus bukan saja melingkupkan diri malah mengheret insan ke jurang kehancuran. Kalau tak baca memang rugi la! Ending yang sebak harap ada sambungan satu hari nanti sebab Watak Nang Bupateh ada misterinya🥰
Cerita kali ini macam biasa memang menarik. Cuma kali ini rasa nya terlalu cepat sampai ke penghujung nya dn limaks cerita nya terlalu singkat. Penghujung yang agak simple.. Apa pun tahniah kerana ceritanya agak sedikit berbeza dari kebiasaan nya yang berbentuk seram dan membuat rasa teruja yang berpanjagan seperti lagi dan lagi ingin mengetahui penghujung cerita. Secara peribadi buku fantasi hasil tulisan kak Maria Nagalusia adalah yang terbaik. Cerita yang seolah olah saya juga terbawa ke dalam fantasi nya. Cuma untuk kali ni cerita nya agak ringan .
sebuah lagi karya MK yang tidak pernah mengecewakan saya... sakti bunian membawa kepada hubungan manusia dan bunian mengikat janji...pada permulaan novel terbayang mcm seri tv squit game.. mencari mangsa untuk jayakan sesuatu tugas dengan menabur janji manis cuma plot je lain...banyak moral value dalam novel ni...
Hurm, menarik juga tapi takdelah wow sangat jalan cerita. Kalau dari segi gaya bahasa, sedap. Tak kaku. Cuma sepanjang bab-bab akhir tu aku berharap ada kejadian manis antara Nurain-Rajuna atau Nurain-Nang Bupateh. Ada plot twist. Tapi aku dah agak something wrong dengan salah seorang watak dalam novel ni.
Pergh!! Sentuhan penulis memang sentiasa berbisa.. Kali ini cerita tentang bunian dan manusia.. Manusia tu selalu saja tamak sampai sanggup melakukan perkara yang tak dijangka.. Namun bila hati baik, pasti ada ganjaran yang baik juga..
Best!!! But can I just say something; Nurain asked too much questions. Banyak sangat soalan nya like girl, look around and stop asking lol Elly was useless. I wish Nurain was able to stay and marry Nang Buputeh, that would be so cool.