Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lemas

Rate this book
Misteri sebuah kematian yang tidak bernisan membuka keanehan yang sukar untuk dijawab. Ada unsur-unsur mistik yang membutakan pandangan manusia. Pelbagai spekulasi terbit lantaran dari kejadian menakutkan.

Ini telah membuka lembaran baru bagi Inspektor Zaki. Namun, daripada hasil siasatan yang dia dapati sukar untuk dia mengesyaki sesiapa. Mangsa ditemui mati di dalam bilik hotel sedangkan maklumat bedah siasat mengatakan yang mangsa mati akibat lemas di dalam air. Kejadian tersebut menyebabkan orang ramai tidak berani untuk berkunjung ke situ. Kakitangan hotel pula sering diganggu sehingga ada kematian berlaku.

“Ada hantu dalam bilik tu.” – MAZIAH

“Setahu aku mana ada orang menyewa di tingkat empat. Semua bilik kat situ kosong.”- NURIN

“Saya beranggapan yang mangsa dibunuh bukan dengan jalan biasa.”- INSPEKTOR ZAKI

Mampukah Inspektor Zaki menyelesaikan misteri kematian ini? Dapatkah mereka menjawab punca segala ketakutan yang sering menyelubungi seluruh hotel berpuaka itu? Adakah benar hanya dengan memanggil pawang, semua ini akan berakhir? Tanpa diketahui ada cerita lain yang pernah terakam pada bangunan lama yang dijadikan hotel itu. Ada makhluk yang sengaja bersembunyi untuk terus melemaskan manusia dengan sejuta kejahatan.

350 pages, Paperback

First published November 1, 2021

Loading...
Loading...

About the author

Zaifu Zaman Ahmad

48 books37 followers
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (33%)
4 stars
4 (33%)
3 stars
2 (16%)
2 stars
1 (8%)
1 star
1 (8%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews44 followers
June 6, 2022
"Mangsa mati akibat lemas". Tapi yang menjadi satu kepelikan pabila mangsa ditemui mati diatas katil didalam bilik hotel. Macam mana mangsa boleh disahkan sbg mati lemas. Dan bertambah pelik apabila mulut mangsa dipenuhi air yg berklorin, yg kebiasaanya air kolam. Dimana 'kelogikkan' hal ni?
.

Inspektor Zaki ditugaskan untuk menyiasat kes mangsa yg mati di hotel berkenaan. Namun dia menemui jalan buntu pabila tidak menemui apa2 bukti atau petunjuk. Si pembunuh semakin rancak. Ramai yg menjadi mangsa
.

Pekerja hotel mulai resah dengan berita kematian pelanggan hotel. Dan lebih parah pabila pekerja hotel turut menjadi mangsa. Pak Harun. Tukang kebun hotel berkenaan. Ditemui mati didalam kolam mandi. Tapi, kronologi dia agak pelik. Ada sesuatu yg tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia
.

Chiah, pemilik hotel mengupah seorang dukun untuk membaikpulih keadaan hotel. Namun, dukun tersebut turut menjadi mangsa
.

Inspektor Zaki, cuba menyelami keadaan hotel. Dan tanpa disangka dia mulai mendapat jawapan. Ditambah masalah ini berkait dengan kes 10 tahun lalu. Satu demi satu, dia temui jawapan
.

Serius novel ni agak seram. Kalau aku, rasanya memang takkan jejak la dekat hotel macam ni. Biar bayar mahal, yg penting selamat. Daripada nak murah, nyawa jd taruhan. Penulisan otai seram, memang tak dapat disangsikan. Susunan cerita sangat teratur. Aku tak mampu nak letak novel, sebab nak cari jawapan bersama Inspektor Zaki. Syabas penulis
.
Profile Image for GibbS.
28 reviews5 followers
March 31, 2022
Saya mengharapkan kematian mangsa yg dibunuh oleh hantu dalam novel ini mempunyai punca kematian yg lebih logik, tetapi sampai ke penamat, mangsa² memang dibunuh oleh hantu 😂😂😂
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mommy Farah.
370 reviews15 followers
October 26, 2022
Beberapa kes kematian misteri di sebuah hotel telah membuka lembaran baru dua kes kehilangan yang masih gagal diselesaikan sejak 10 tahun lalu.
Cerita kematian yang tidak bernisan. Cerita seorang sahabat yang lemas dengan sifat hasad dengki. Akhirnya misteri berjaya diselesaikan!
Profile Image for Long Seven.
13 reviews
May 12, 2023
Awal jalan cerita sangat membosankan, jalan cerita macam budak2, jujur tiada feeling seram! Btw aku baru baca buku ni setakat bab 4 je, itu pun sebulan yang lepas, sekarang tkde mood nk baca novel ni.
Profile Image for HoneyGee.
155 reviews7 followers
Read
June 15, 2025
U can't tell how many times i've tried to finish this book.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews