Pertama sekali, terima kasih kepada penulis untuk free ebook ini. Semoga dimurahkan rezeki dan ilham untuk terus menulis. .
Cerita ni agak loyar buruk sebenarnya, tapi aku terhibur. .
Kisahnya, sejak zaman nenek moyang dulu lagi, Kampung Sentosa dan Kampung Harmoni telah bergaduh. Dan masing-masing tak boleh menjejakkan kaki ke kampung musuh. .
Dan masalah bila rumah ketua kampung Sentosa bersebelahan dengan rumah ketua kampung Harmoni. Bukan setakat mak ayah bergaduh, anak-anak pun duk mencari pasal. .
Muzaffar ialah anak kampung Sentosa. Wafa ialah kampung Harmoni. Mereka bergaduh bila Wafa pijak kandang biri-biri Muzaffar. Muzaffar balas dengan rosakkan sawah padi Wafa. Lepas tu, tak puas hati lagi, waktu malam, Wafa pergi bukak kunci kandang biri-biri Muzaffar. Habis semua biri-biri keluar merayap. Lepas tu, kantoi. So, terpaksa lah Wafa pergi cari semua biri-biri Muzaffar tu. .
Sehinggalah terjadinya satu peristiwa keluarga mereka berbaik. Lepas tu, kononnya untuk merapatkan hubungan dan supaya penduduk kampung boleh terima perubahan ni ialah dengan Wafa berkahwin dengan Muzaffar. Maka, berkahwinlah mereka. .
Lepas kahwin pun gaduh lagi. hahaha. sehinggalah ada salah faham. Lepas tu, gaduh, merajuk, eh rupanya suka sama suka. Happy ending.
Ceritanya sangat2 simple tapi menghiburkan. Dialog2 tu memang sukahati dia betul nak cakap macam mana. Rasa macam baru start baca, tengok2 dah nak habis. Dalam setengah jam jer habis kot.
Saya masih termenung mengingatkan nama watak2 utama 🤣🤣.
[The Border by @effxlee ] Ebook versi pendek; 152 m/s.
Wehh ahahaha, aku tak expect cerita ni lawak. Lawaknya sampai ehh, gelak baca. Baru baca part dedikasi dah tergelak. I cannot.
Belum lagi jumpa part nama watak hero dan heroin. Haihh, first-first je baca penuh, yang seterusnya dah give up. Berbelit lidah gue. Wafa sekian² dan juga Noel sekian². Nama Wafa lah paling panjang mak aihh. Masing-masing taknak mengalah.
Serius comel je Wafa dan Noel nih. Gaduh² tapi masih comel eh. Noel lagi lah. Dia punya ayat hujg² cerita tu, I cannottt. Aaa, serius comel asdfghjkl. Aku suka laki comelll 😜
Kenapa tajuk The Border? Baca prolog dah faham. Actually dapat je teka jalan ceritanya. Tapi olahan idea tu menarik dan kreatif, memang takkan bosanlah.
Satu pembacaan yang santai, tak berat dan padat dengan pengajaran. Cerita pendek, boleh habiskan dalam berapa jam je. Tapi tu laa tak puas. Dia macam tiba² habis aaa. Nak lagi, nak lagiii. I want more interaction pleasee. Suka giler dengan penulisan penulis. Sempoi dan terasa dekat di hati. Dekat setiap hujung bab juga disertakan petikan ayat² Al-Quran. I loikeee it.
For me, dh terbayang dh kalau cerita ni diadaptasi jadi drama ke filem ke. Jadi filem komedi. Mesti best aaa. Good job @effxlee Bestttt, seronok baca. Terima kasih sebab bagi free ebook. Saya doakan anda terus berjaya dalam dunia penulisan. Can't wait to read more of your writings.
Bak kata penulisnya, cerita ni main-main je. Ya, betullah tu hshshs. Tapi sumpah kelakar gila 😭. Kalau rasa kau sendu, silalah baca. Dijamin mampu membuatkan kau ketawa sampai nak terputus urat gelak 😵💫