Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia... Cik Luar Biasa

Rate this book
Awal perkenalan mereka memang huru-hara dan amat tak romantis. Naina pelajar pintar dan nakal yang digantung persekolahan, ditukarkan sekolah di kampung. Bertemu Azad Hakeem, pelajar genius dan paling nakal serta punyai ramai peminat yang boleh bermusuhan disebabkan lelaki itu... ya, sekolah jadi havoc gara-gara mereka berdua. Saling bertikam lidah dan mengenakan antara satu sama lain.

“Kalau kau panggil aku sweet lagi Neyney, tudung kau aku akan pastikan masuk dalam longkang dekat bawah!” gertak Azad.
“Heh, ingat kau sorang aje boleh buat macam tu? Berani buatlah kalau kau nak tengok boxer kau ganti bendera dekat tiang tu,” balas Naina.

Setelah itu, terbahak-bahak dia ketawa sehingga tangannya naik menepuk-nepuk meja kerana membayangkan apa yang baru sahaja dia cakapkan. Kalau betul ia terjadi, pasti perempuan-perempuan bodoh yang terkejar-kejarkan Azad berebut-rebut mahu memanjat tiang bendera.
“Buatlah. Nak sangat ke tengok boxer aku?” sindir Azad. Senyum nakal dilorek sambil tangan mula memegang tali pinggang seluarnya. Dia mula lagi!

Tak tahu dari mana mula pasangan paling tak serasi itu bertukar menjadi pasangan romantis dan saling merindui.
Namun dek kerana salah faham dan rasa dikhianati, masing-masing membawa diri hingga dipertemukan semula lapan tahun kemudian tika kedua-duanya sudah di puncak kerjaya.

Demi menjunjung ego serta rasa sakit dikhianati yang menebal, Naina berusaha menjauhkan diri dari cinta pertamanya itu. Susah payah Azad mengejar tanpa lelah, susah payah juga Naina menghindar tanpa mahu beralah.

Naina memilih Dr. Ilham untuk menjaga hati semua pihak, sementara Azad dipaksa memperisterikan Meliya tanpa diberikan peluang untuk mengelak.
Mampukah rasa cinta zaman remaja dipertaruhkan untuk membina masa depan Naina dan Azad bersama?

547 pages, Paperback

First published January 1, 2022

7 people are currently reading
43 people want to read

About the author

Syaz Sufiy

6 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (45%)
4 stars
14 (33%)
3 stars
9 (21%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,038 reviews196 followers
July 29, 2022
Tak sangka penulis baru. Kawan F.. Umi dok suggest "bacalah bacalah".

Beli dah lama sebab tengok asyik sold out and bestseller. Belilah kt shopee.

Baru start baca je dah rasa suka. F suka kisah begini. Dari sekolah meningkat ke dewasa.

Si bad boy, Azad ni best student, best football player, glamer dan anak pengetua tapi nakalnya ya ampun.

Selalu datang lewat, kena denda, cikgu ajar Azad main².

Bila Naina baru masuk sekolah, dia kena duduk sebelah Azad. Tak sangka mereka berdua ni ibarat buku bertemu dengan ruas.

Gaduh² terselit la jugak sikap suka sama suka.

So sweet Jajad.. and so sweet Neyney.

Gelaran masing² sampai F pun tersenyum² baca. Bersemut wei! Takdalah gedik tapi kalau tak gaduh, rasa suam tau.

Hubungan diaorang mendapat tentangan dari 2 2 pihak, mak Jajad dan ayah Neyney.

Mereka berpisah. After 8 tahun baru berjumpa. Bukan senang nak tackle Neyney balik.

Watak cousin Neyney, Dr Ilham kurang menyenangkan masa conversation antara Jajad dan Ilham. Nampak sinis dan menyombong.

Watak abang² Neyney tak kurang hebatnya especially Kaysaf. Watak Attar agak pendek tapi dialah main point yang buat Neyney tersedar.

Overall kisah ini memang best. F nangis masa bab mak Jajad menyesal dan sewaktu Neyney sakit ada cancer. 😭😭😭😭😭 sedih
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
July 12, 2023
The title itself is pretty much self-explanatory.

From middle school to adult, the struggles and hardship that Naina had to face are just crazy.

I think this would be the very first time I didn't quite fancy an enemies to lovers trope because all characters annoy the crap out of me. Now, don't get me wrong. The story is good, but I just don't have the patience when it comes to Naina and Azad's petty banters during the school days.

But the cheesy parts? Oh you can find me seated at the front row.

Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
June 28, 2022
Best sangat2. Tahniah cik penulis. Memang akan jadi comfort book. Comel watak hero heroin. Cerita dari zaman sekolah sampailah masing2 dh berjaya. Love!
Profile Image for Nur Farahin.
21 reviews2 followers
July 26, 2022
Sangat Best 👍🏼👌🏼
Boleh rasa bertapa hebatnya cinta Naina dan Azad. Saya suka watak Naina yang sangat degil dan dia penting kebahagian orang lain dulu dari diri dia.

Saya suka ayat dalam novel ini :-

Melihat semua ini, nikmat apa lagi yang mahu didustakan sedangkan yang memberi adalah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang?

Layak ke kita menerima
tanpa memberi? Segala dugaan yang datang ditempuhi
dengan kesabaran dan keyakinan terhadap-Nya dan barulah
Dia memberi semula. Mudah. Jangan berputus harap.


Terima Kasih Penulis 🤍
Profile Image for matchastroberi.
179 reviews29 followers
March 13, 2024
tropes dia menarik

enemies and academic rival to lover
forbidden love
badboy x gangster tingtong girl
doctor x doctor
second chance
kampung vibe

ada la part yang best ada part yang berulang pastu sedikit tak berkenan dengan cara Azad kadang menggugut nak cium la nak rogol la like bro raped joke is not a joke
Profile Image for Latte Tiramisu.
47 reviews4 followers
July 14, 2023
🌟Review (16)🌟

"𝙸 𝚓𝚞𝚖𝚙𝚊 𝚔𝚎𝚛𝚊𝚗𝚐, 𝙸 𝚕𝚎𝚝𝚊𝚔 𝚝𝚎𝚙𝚒 𝚕𝚘𝚗𝚐𝚔𝚊𝚗𝚐. 𝙸 𝚌𝚊𝚔𝚊𝚙 𝚝𝚎𝚛𝚞𝚜 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚗𝚐, 𝙸 𝚌𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚢𝚘𝚞 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐."

Rate : 8 / 10 🌟

𝙰𝚊𝚣𝚊𝚍 𝙷𝚊𝚔𝚎𝚎𝚖 💗 𝙽𝚊𝚒𝚗𝚊 𝙼𝚒𝚔𝚊𝚢𝚕𝚊

💐💐💐

𝙳𝚒𝚊... 𝙲𝚒𝚔 𝙻𝚞𝚊𝚛 𝙱𝚒𝚊𝚜𝚊 karya pertama Syaz Sufiy yang Latte baca. First impression, cenggini 👍👍👍 storyline yang sangat tersusun, mudah faham, tiada main emosi dan best! Buatkan Latte teringat zaman persekolahan dulu 🤭 cumanya ada satu yang spoil sikit feel latte - watak-watak dalam cerita ni terlalu bebas bersentuhan sebelum berkahwin. Terutama sewaktu mereka di zaman STPM. Bahagian tersebut buat Latte kurang selesa kerana pada Latte tak manis berkelakuan bebas sangat seperti itu. Maaf 🙏

🔑Jajad, nickname untuk Aazad Hakeem.Budak badboy, nakal dan genius dekat sekolah. Tak pernah bercinta, bertemu dengan Neyney membuatkan hatinya tersangkut cinta kepada Neyney - Naina Mikayla seorang budak perempuan yang sangatlah brutal dan kental.

🔑Neyney dan Jajad pada mulanya bagaikan anjing dengan kucing. Ada aje nak digaduhkan setiap kali berjumpa. Kata orang dulu-dulu, jangan benci benci sangat nanti berjodohan.

🔑Dan itulah yang terjadi kepada mereka. Suka sama suka. Tapi dek tidak persefahaman antara keluarga Neyney dan keluarga Jajad. Berlaku salah faham di antara mereka.

🔑8 tahun berpisah, mereka kembali bertemu. Jajad nak jelaskan agar salah faham tu dapat dijernihkan tapi ego Neyney melangit. Sikit pun tak nak dengar. Jajad berperang dengan emosi dan hati sendiri. Sama ada bertahan atau tewas. Muncul Dr. Ilham yang akan menjadi tunangan Neyney. Lagi parah hati Jajad. Jadinya Jajad terus memujuk Neyney atau pergi menjauh dengan memilih pasangan pilihan uminya?

Latte love sangat watak Attar pada mulanya... Walaupun terkejut juga twist Attar kat situ. Kemudian, Afiq dengan Kasyaf. 3 orang tu menarik hati Latte. Terselit juga Dr Iskandar. Hehe 🤭

Ending dia 👍 ramai betul keturunan Jajad dengan Neyney ya 🤣 nama anak pun rare. Tergeliat lidah nak menyebut.

Overall best! Recommended ✅✅✅
Profile Image for Nur Fariha.
48 reviews3 followers
September 21, 2022
Naina Mikayla- terpaling gila terpaling ganas. Kadang-kadang selamba, tapi tak tentu arah bila dengan si dia. Neyney yang memendam. Neyney yang hanya fikirkan bahagia orang lain berbanding dirinya sendiri.

Azad Hakeem- Gila macam Neyney juga, lepastu gangster sekolah tapi sebenarnya anak pengetua🤣 Jajad ajar Neyney bercinta tapi last2 Jajad terpaksa korbankan rasa bila dia takut masa depan Neyney musnah sebab dia.

Jajad mengaku cinta. Neyney menyambut rasa. Tapi Jajad mungkir janji buat Neyney terseksa jiwa raga. 🤧

Tapi setiap yang terjadi tu ada hikmah dia, kan?

Jajad dengan Neyney dua-dua gila ya.. Jumpa je, gaduh. Gaduh je, jumpa. Rasa nak penyek2 je diaorang ni. Lepastu dua-dua bijak namamposss!Sorang doktor, sorang lecturer. Bila diaorang jumpa balik tu, boleh nampak betapa sayangnya Jajad dekat Neyney. He's not giving up on her, at all! 🤌

Walaupun dah boleh jadi mak bapak orang, dua-dua masih lagi kepala tingtong. Memasing, kalau boleh, pantun tu tak nak tinggal.

Dekat-dekat nak hujung tu... Why why why? Perit.

Jajad-Neyney buat saya ketawa berdekah pastu sedih tak tentu arah. Nasib baik ending nya tidak buat saya lelah
Profile Image for Pablo Reading Books.
90 reviews15 followers
July 22, 2022
Best..cerita zmn sekolah hinggalah zmn dewasa..lawak brutal 2 manusia duduk sebelah meja dan sekampung..bertahun terpisah disebabkan salah faham..hampir2 berjodoh dgn org lain..tp percayalah dengan jodoh klu sdh ditentukan utk oleh Allah..walau apa jua rintangan In Sha Allah akan bersama..
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
February 18, 2023
I don’t feel the chemistry between ML and FL.just nice story
8 reviews
September 27, 2023
novel ni top 3 paling bestt saya bacaa 😭🤍 suka dengan pertemuan diorang comell , and kelakarr gila, ada main pantun² 🙈
Profile Image for Cutie_pie28.
387 reviews8 followers
January 21, 2025
Sooo sweet cerita Neyney and Jajad nie.. Suke vibes² dri zaman skolah..

Abg² n adik lelaki Neyney pun best jugk.. suke ngn family bonding dorg..

Cume sedih part mak Jajad n Neyney sakit.. 😭
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.