Jump to ratings and reviews
Rate this book

Belongs to Mr Enemy

Rate this book
“I nak nombor telefon you.” – Fuad

Hari pertama Aimi dipindahkan ke cawangan induk Homes Bookstore, dia terpaksa berhadapan dengan ketua unit yang tidak mengalu-alukan kehadirannya.

“I nak masukkan you ke dalam grup whatsApp marketing team, bukan nak jadi boyfriend you.” – Fuad

Sinis, sombong dan bersikap egois. Itulah Fuad. Kerana tidak tahan dengan sikap bosnya itu, Aimi bercadang untuk berhenti kerja. Namun Aimi perlu bertahan untuk tiga bulan bagi melengkapkan polisi syarikat agar dia tidak dikenakan kompaun yang tinggi kerana berhenti secara mendadak.

Bagaimanakah Aimi menangani bos yang juga menjadi musuh seterunya untuk tempoh tiga bulan? Setiap peluang yang ada, Fuad bakal menduga kesabarannya.

“You kan suka terhimpit-himpit? I boleh bagi lebih kalau you nak.” - Fuad

“Apa yang you nak dari I? Kalau you nak I letak jawatan, I boleh hantar surat hari ni juga.” - Aimi

Apabila hati Aimi tersentuh, Fuad seolah-olah mahu menjauh.

“Tak sabar nak makan nasi minyak. Siapa dulu agaknya yang kahwin dulu. Encik Fuad ke Aimi?” - Fariq

“I pernah berkahwin sebelum ni. I tak tergesa-gesa untuk berkahwin kali kedua,” – Fuad

Benarkah rasa cinta itu tiada buat Aimi? Adakah Fuad tegar membiarkan Aimi tercari-cari arah tuju hubungan mereka berdua? Dan mampukah Aimi bertahan dengan permainan perasaan lelaki itu?

Belongs To Mr Enemy!
Tiada cinta untukmu...

212 pages, Paperback

First published January 1, 2022

3 people are currently reading
43 people want to read

About the author

Rinsya Chasiani

25 books53 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (44%)
4 stars
12 (33%)
3 stars
8 (22%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
June 15, 2022
[eBOOK 102]

Belongs To Mr Enemy by Rinsya Chasiani.
.

Love buku ni!
.

Kalau Belongs to Mr Perfect, aku rasa ada something lacking, tapi yang ni, aku rasa puas, cukup seadanya.
.

"Apabila semakin matang, kita tutup emosi dari orang lain. Orang akan lebih rimas jika tahu kita sedang memendam rasa, sedang geram atau sedang sedih. Malah kita lebih selesa begitu kerana kita tahu orang lain tidak akan membantu."
.

Aimi baru je ditukarkan ke bookstore cawangan baru. Dia sebenarnya menolak sebab dia dah selesa dengan hidupnya sekarang. Hidup sorang, kerja jadi cashier kat kedai buku. Pergi kerja naik motor, balik kerja, terus masuk rumah. Orang cakap, lifeless la kan? (Macam hidup aku) hahaha..tapi dia bahagia seadanya. Takde masalah.
.

Tapi, yang jadi masalah bila dia ditukarkan ke cawangan HQ. Kat tempat kerja baru, dia satu-satunya bunga dalam kalangan kumbang. Okay, tu dia dah rasa awkward dah. Lagi awkward bila bosnya ialah Fuad. And guess what??? Fuad ialah her ex husband.
.

Mereka bercerai kerana Aimi yang meminta. Walaupun sejuta kali Fuad bertanyakan alasan, Aimi kekal membisu. Sehingga Fuad menyangka yang Aimi mahukan perceraian kerana jatuh hati pada lelaki lain.
.

Bila kerja sekali ni, ada je la benda yang Fuad cuba sakitkan hati Aimi. Tapi bila Aimi migrain, Fuad yang paling risau sehingga kantoi yang dia ialah ex husband Aimi. hahaha..
.

Aku suka sebab emosinya sampai ke hati. Boleh rasa betapa masing-masing terluka. Dan yang best, walaupun guna POV 1, penulis puaskan hati aku dengan meletakkan beberapa bab sebagai POV Fuad. Dan walaupun dah boleh agak dah, apa konflik tersebut yang menyebabkan mereka bercerai, tapi aku masih enjoy till the end.
Profile Image for Mslvoe.
2,057 reviews204 followers
June 19, 2022
Aimi kerja biasa² as cashier kat bookstore walaupun dia ada master.

Bila kena pindah ke cawangan induk bahagian marketing, dunia dia rasa bosan.

Tak sangka pulak, boss dia ex-husband.

Ex-husband yang dia masih sayang sampai hari ini. Berpisah pun umur masih muda. Darah manis membuak² tu susah nak bersabar.

Fuad masih sayang pada Aimi. Masih cuba mendekati, Aimi tetap tak suka. Fuad nak tahu apa sebab Aimi tinggalkan dia.

Bila ibu Fuad datang jumpa Aimi dan mengetahui hal sebenar.. ibu pujuk kena beritahu Fuad.

Bila Aimi dapat tukar balik kerja lama.. dia jadi tak seronok. Bila dah jauh, terasa rindu pulak.

Kisah ini patut dijadikan pengajaran. Apa² sibuk cam mana pun.. suami isteri kena saling berterus-terang. Jangan pendam je.
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
December 10, 2025
Cerita yang simple.
Kisah mengenai Aimi dan Fuad yang pernah bercerai atas sikap belum matang masing-masing lepastu bertemu semula sebab Aimi kena tukar tempat kerja yang sama dgn Fuad.
Both of them still loved each other’s cumanya disebabkan leak of communication semuanya hancur.
Bila masing-masing dah tua baru ada kesedaran dan berjodoh semula, lahh.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
May 7, 2022
Walaupun ceritanya tidak melibatkan org ketiga, tapi kenapa ku rasa bahagian travia tu cukup pedih. Rasanya cukup perit dan tidak adil utk kita jika insan yg plg kita cintai tinggalkan kita tanpa kita tahu apa cerita dan kesalahan sebenarnya. Benarlah, komunikasi 2 hala itu sangat penting. Nak salahkan Aimi juga tidak, sebab dia juga terlalu memendam sebuah kedukaan sehingga dia tidak mampu untuk bertahan.

Dlm sebuah rumahtangga kita sebenarnya perlu tahu apa kehendak pasangan kita. Fuad bekerja dan belajar dlm 1 masa sehingga dia benar² sibuk dan mengabaikan isterinya. Segala call dan message tidak dijawab sehinggalah Aimi keguguran. Tetapi masa itu Aimi sedar yg dia perlu hanya kasih sayang dan perhatian. Sementelah dia juga masih muda dan tidak matang dlm membuat keputusan.

Masa berlalu dan bila dipertemukan semula di tempat kerja yg sama, Fuad sentiasa dingin dan sinis terhadap Aimi. Fuad berjaya dlm kerjayanya tetapi Aimi msh di takuk lama dan dia selesa dgn cara hidupnya yg seakan introvert itu. Cara Aimi yg tenang itu seakan membuat Fuad semakin pedih. Namun Fuad tidak dpt menyembunyikan perasannya terhadap Aimi. Dia meminta diberikan peluang kedua dan dia juga mahukan penjelasan apa sebenarnya yg berlaku.

Cara Aimi yg berkeras untuk mendiamkan diri dan memendam rasa itu sebenarnya memakan diri sendiri. Lama kelamaan Aimi sedar tidak sepatutnya dia menyembunyikan kisah dukanya dahulu. Tetapi dia sedar, jika Fuad ketahuan hal yg sebenar, pasti Fuad akan menyalahkan dirinya sendiri. Aimi tak mahu itu yg berlaku.

Lalu, masih adakah peluang utk mereka bersama semula atau mereka mesti move on utk tidak saling menyakiti? So semuanya terungkai di akhir cerita. Apa yg pasti tak rugi guys bila baca cerita ini. Kita dpt menyelami perasaan Fuad dan juga Aimi. Keduanya saling terluka. Apa yg pasti, tolonglah dlm rumahtangga komunikasi itu sgt penting!!!

Best👍 Recommend. Cerita dari Rinsya kali ini tidak mengecewakan.
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
August 4, 2023
Walaupun kisah diorang ni pendek je, tapi berjaya menyedarkan aku tentang kepentingan komunikasi di antara suami dan isteri, erti syukur dan menghargai pasangan kita. Kadang-kadang kita terlupa tentang kelebihan dan kebaikan pasangan kita hanya kerana beberapa perkara yang buat kita marah, tidak berpuas hati atau tidak seperti yang kita inginkan dengan pasangan kita. Kita buat andaian sendiri dan harap pasangan kita tu faham je segala apa yang terpendam dalam lubuk hati kita. Padahal pasangan kita tu tak tahu pun dan tak perasan pun. Jadi, adik-adik kena selalu berterus terang dan cakap jujur dengan cik abang kita tu supaya dia faham dan ambil tindakan yang sepatutnya.
Profile Image for Bay.
264 reviews4 followers
November 16, 2025
Plot tu ada cuma aku geram bila Aimi terlalu berahsia dengan Fuad. Fuad ada salah iya tapi bila benda tu berkait jugak dengan Fuad, kenapa nak rahsiakan?! Nasib la Aimi terpujuk jugak nak balik dekat Fuad.
Profile Image for Cutie_pie28.
399 reviews8 followers
January 25, 2025
Light reading… best bace.. tkde konflik yg memening kn kepala..
Profile Image for addreads.
283 reviews25 followers
July 21, 2023
𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘶𝘬𝘢. 𝘒𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨-𝘬𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘣𝘶 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘬𝘢𝘣𝘶𝘳 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘴𝘪𝘭𝘢𝘱𝘢𝘯.

Aimi cukup selesa dengan kehidupannya sekarang, tiba-tiba dia dipindahkan ke cawangan utama Homes Bookstore. Bukan tu je, dia kena hadap pula dengan ketua unit yang memang tak sudi nak terima kehadiran dia. Siapa lagi kalau bukan Encik Fuad.

"𝐈 𝐧𝐚𝐤 𝐧𝐨𝐦𝐛𝐨𝐫 𝐭𝐞𝐥𝐞𝐟𝐨𝐧 𝐲𝐨𝐮. 𝐈 𝐧𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐲𝐨𝐮 𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐠𝐫𝐨𝐮𝐩 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐚𝐩𝐩 𝐦𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐚𝐦, 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐲𝐨𝐮."

Pasti ada sebab dan punca kenapa Fuad & Aimi selalu bertekak kan? Dorang pernah kenal each other ke? How hari-hari Aimi sepanjang berada kat sana?
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Ringan & fast paced bagi Ad. Siapa yang nak cepat tapi still nak baca ha baca. Memang cepat je boleh tamat 😝 and bagi Ad unsur enemy dia tak strong enemy sebab mild je. Tapi kan, senipis-nipis buku ni pun emosi kita terusik ekk 😮‍💨 terusik dari segi apa tu? Dari segi geram ye. Ad geram dengan siapa? Ha jap nak bebel.

After Ad tau the truth. Ad terkejut sebab rupanya oooooo. Ha curious an 👀 memang tu pun tujuannya 🤣 Memang masalah utama dorang ialah MISCOMMUNICATION 😤 Ad kesian dekat Aimi TAPI Fuad mengatasi segalanya. Ad lagi kesian dekat dia sebab he knows nothing. Nasib baik development mereka buat Ad tersenyum 😉 Ha nak selit pasal Fuad pula..

Ehem.. abang berkemeja selalu singsing lengan, rambut kemas, tidak memakai kacamata tetapi hanya dipakai apabila membuat kerja OHOII KITA LURVE 💗 bila buat kerja dahi berkerut ni fuh 🙈 Fuad version after dah berbaik FULAMAK. Tersengih lah kita apa lagi. Siapa tertarik boleh try baca 😘 Sila baca blurb dulu ye before beli. For me yes Ad enjoy baca 😚 last ayat from abang Fuad..

"𝙰𝚋𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚠𝚊𝚔. 𝙳𝚊𝚛𝚒 𝚍𝚞𝚕𝚞 𝚍𝚊𝚗 𝚜𝚎𝚔𝚊𝚛𝚊𝚗𝚐. 𝙰𝚋𝚊𝚗𝚐 𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚝𝚞𝚗𝚐𝚐𝚞 𝚊𝚠𝚊𝚔 𝚜𝚎𝚖𝚋𝚞𝚑 𝚍𝚊𝚛𝚒 𝚕𝚞𝚔𝚊 𝚜𝚎𝚖𝚊𝚕𝚊𝚖."
Profile Image for Diniy Qistina.
153 reviews5 followers
June 24, 2023
Kebanyakan masa sangat geram dengan sikap Aimi terhadap Fuad. Rasa macam dia lebih melukakan hati dan perasaan Fuad berbanding Fuad yang lukakan hati dan perasaan Aimi.

Kalau Aimi berterus-terang tentang 'rahsia' tu, mungkin dia dapat selamatkan hubungan dia dengan Fuad pada 5 tahun yang lalu. 😕
Tapi tulah, member tengah frustkan. Lebih rela cipta penipuan daripada jujur demi tamatkan sebuah hubungan.

Nasib baik, ending dia masih memuaskan hati. Tapi tulah, kalau boleh lebihkan gula tu sikit mesti lagi best. Hihihi... 😆🤏🏼
Profile Image for Ungupinklovernovel.
4 reviews
June 6, 2024
My comfort novel suka dgn cerita & setiap bab ada kata2 dekat atas bab tu sgt healing bila baca relatable dgn keadaan semasa
17 reviews
February 9, 2025
Suka jalan cerita BTME ni, nak kata yang lelaki red flag pun tak nak jata green flag pun tak. Sedang2 tapi hanya sebab tak ada komunikasi yang buatkan ML dengan FL berpisah.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.