HAZEL ADILA : ‘The villain lady’, itulah gelaran yang diberikan padanya yang dituduh membunuh suami sendiri, kejam dan tak berperikemanusiaan. Setelah bertahun lama dia menetap di Prague, Hazel kembali semula ke Malaysia dengan agenda tersendiri.
AZAT : Aka ejen A9, antara pengawal peribadi terbaik di dalam agensi. Prinsipnya mudah saja, melindungi orang yang baik-baik seperti Tuan Bahrain, seorang jutawan terkenal. Namun hidupnya berubah bila dia ditugaskan untuk melindungi Hazel, anak Tuan Bahrain yang dibenci ramai.
“Tak payah datang jemput saya dekat sini.” - Hazel “Saya pun tak ingin but it’s an order from Tuan Bahrain.” - Azat
Masing-masing bagaikan saling tak menyukai sesama sendiri. Namun mereka berdua tak mampu menidakkan perasaan halus yang hadir di dalam hati. Ke mana saja Hazel pergi, Azat akan sentiasa berada di sisi.
Namun, rasa cinta dan kepercayaan diuji bila cerita lama Hazel kembali menghantui hidupnya yang baru mahu mengenal bahagia. Sekali gus memaksanya untuk menjejaki musuh sendiri tanpa perlu membahayakan orang di sekeliling, termasuklah Azat.
“If anything happens to me, saya nak awak dan Jai tinggalkan saya.” - Hazel “Saya takkan tinggalkan awak walau apa pun terjadi. So, jangan sebut tentang siapa perlu tinggalkan siapa.” - Azat
Mampukah Azat mengotakan kata-katanya bila dia hanya boleh pilih salah satu pilihan yang diberikan - untuk selamatkan Hazel atau orang tuanya?
Mampukah dia melindungi Hazel bila dia tak ada pilihan lain selain dari menyerahkan Hazel kepada musuh utama gadis itu?
kalau dah karya pun emy roberto, tak perlu gundah dengan perjalanan kisah dan penyampaian. semua ada di titik serasi pembaca. tak gitu?
hazel, the villian lady yang kembali ke malaysia semula atas permintaan papanya sendiri untuk menguruskan syarikat yang berada dalam gelombang jenayah kolar putih. walaupun punya keuntungan yang besar, tapi korupsi, penyelewengan dan pelbagai lagi kes jenayah yang berlaku buat hazel yang kering hati sanggup lakukan apa saja supaya syarikat kembali bersih dan telus. ini membuatkan kedua abangnya, khairul dan hielmi tak senang duduk sebab mereka adalah pelaku utama!
suka dengan ajen A9 dan J8 yang sentiasa ada di sisi hazel. tapi A9 ni, iaitu azat lebih 'celopar' dari J8 iaitu jai yang lebih pada memerhati. tapi azatlah yang dapat discover, hazel bukanlah sekeras yang disangka. semua kerana sifat manusia yang membencinya kerana menegakkan kebenaran. azat juga yang buat hazel mengerti yang dunia cinta bukan berakhir sekadar begitu sahaja selepas kematian suaminya. azat sentiasa ada, walau dalam perit, walau dalam payah, untuknya. cuma kadang mulut dia sahaja yang bisa.
kisah kematian hariz, iaitu suami hazel pada awal kisah hanya sekadar pencetus. bukanlah topik utama. yang paling utama bila adik-beradik sendiri sanggup berdengki dan bertindak kejam hanya kerana harta dunia. puan penulis tak sorokkan pun siapa yang bersalah. pembaca sama rasa saspens dan teruja sepanjang pembacaan.
cinta, bukan sekadar waktu suka. waktu derita juga perlu ada bersama.
Cerita yang okey untuk saya. Ada aksi, romantik dan suspen sikit. Tapi macam tak cukup. Yelah cerita pun pendek je.
Kesemua info mengenai Hazel tu adalah tipu belaka. Hazel sebenarnya sama macam perempuan lain yang suka bergurau, tak cerewet, pemaaf dan lain-lain.
Hubungan kekeluargaan antara adik beradik dalam ni memang tak ada langsung. Masing-masing ada hasad dengki nak kan harta. Entah kenapa dengan Hazel, mereka sangat benci. Maybe sikap pilih kasih daripada ibu bapa mereka yang jadikan mereka memilih untuk membenci dan bergaduh.
"The Villain Lady". Gelaran buat Hazel Adilla. Kerana dia telah membunuh suaminya sendiri. Apa puncanya hingga Hazel tegar membunuh suaminya? .
Dibenci, dimaki oleh ramai orang. Kerana dia adalah pembunuh. Hinggakan abang2 yang sewajarnya menjadi pelindungnya, turut membenci. Yang tinggal hanyala papa dan Mak Juwi, bibiknya yang masih mengasihinya .
Kepulangan Hazel ke Malaysia, demi membantu papanya dalam syarikat keluarga. Banyak berlaku korupsi. Dan papanya meminta Hazel untuk membantu kerana abang2nya langsung tak boleh diharap .
A9- Azat dan j8- Jai adalah bodyguard terbaik dalam companynya, diminta untuk menjaga Hazel. Terlalu banyak ancaman yang diterima oleh Hazel sekembalinya dia ke Malaysia .
Azat, seorang jejaka yang beku. Mulutnya boleh tahan sinis. Tapi, dia cukup menjaga Hazel. Daripada dingin, hubungan menjadi akrab. Namun dicemburui oleh Kayla, sepupu Azat. Bagi Kayla, Azat adalah miliknya .
Apakah benar Hazel membunuh suaminya sendiri? Atau ada dalang disebaliknya? .
Bagi aku, novel ni agak best tapi macam tak padat. Ada sesetengah babak yang agak lompong dan penceritaan tak sampai. Mungkin ini adalah percubaan penulis utk menulis dalam genre sebegini. Aku tak pasti sebab ni first time aku baca karya penulis .
Apapun tahniah buat penulis atas kelahiran Hazel .
Cerita ni ditekankan betapa "jahatnya" hazel, buat aku tertggu tggu scene "jahatnya" itu. Tapi smpai kesudah xde lgsg ya. Penulis try hard sgt ckp hazel tu jahat n blh kata setiap bab ckp si hazel ni "villain lady". Smpaikan ada watak yg btl2 takut dgn hazel semata bila hazel ugut dgn kata2? Aku rse kelakar jgk la, ada ke org jahat yg percaya dgn ugutan semata ?
Jalan cerita yg terlalu simple, takde suspen ke plot twist.
Makin aku baca karya penulis makin aku rse sama je karakter heroin dlm novel2 penulis yg lain. Penggunaan ayat pun lebih kurg sama je setiap novel. Tiada rse kelainan melainkan plot cerita.
Hazel, si wanita jahat dan kejam. Dikatakan membunuh suaminya. Azat, si lelaki yang diberi tanggungjawab utk menjadi bodyguard Hazel.
At first, dua2 tak sebulu. Later on, both rasa comfortable with each other. And the rest is history. Sweet and dangerous (yg tak berat) aje kisahnya. Enjoyed the book.