Jump to ratings and reviews
Rate this book

Luqman Annasaie #1

Luqman Annasaie

Rate this book
Dahulu dia berada dalam takuk kejahilan, tidak tahu apa-apa. Perlahan-lahan berubah menjadi Luqman Annasaie yang berwajah baru. Belajar di Madinah. Berhijrah.
Lapan tahun merantau, Luqman pulang ke kampung halamannya. Dengan niat yang kuat untuk mengambil hati sang ibu yang tidak pernah menerima sosok barunya.
"Kau bukan anak aku! Kau berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" - Puan Alia
Di kampung, seakan tiada peluang untuk mak menerima kehadirannya. Segala perkara dia usahakan untuk meraih hati mak langsung tidak dihargai. Ditampar, dihalau rumah, diherdik, dicampak barang ke tanah.. Semuanya sudah dia rasa.
Bukan hanya mak, dia juga berusaha meraih kemaafan teman lama yang dikhianatinya, Warda Ashikin. Kerana dosanya yang lampau, sahabat yang sebelum ini sangat baik berubah menjadi sangat tidak disangka-sangka.
"Gila tak kenal. Pengkhianat macam kau. Sampai mati pun takkan lupa." - Warda Ashikin
"Lapan tahun cucu aku menderita selepas apa kau cuba buat. Bukan mudah dia nak maafkan kau." - Tuk Ikram
Lelah. Lelah mencari penyelesaian bagi setiap masalah. Hanya kepada Tuhan dia dambakan pengharapan dan penyelesaian.
"Kau kena kuat." - Ameer
Luqman, hanyalah hamba yang mendambakan cinta Tuhannya.

512 pages, Paperback

First published January 1, 2022

4 people are currently reading
106 people want to read

About the author

Leena Syiha

10 books40 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
80 (73%)
4 stars
22 (20%)
3 stars
7 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
991 reviews119 followers
August 13, 2025
Surat Al-Maidah ayat 13:
"Maka disebabkan perjanjian mereka, Kami kutuk mereka dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya. Dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."


Saya memulakan siri pertama Luqman tanpa membaca spoiler dan sebarang informasi tentang novel ini. Kak Leena sekali lagi tidak mengecewakan.

Saya sangat terharu, rasa sebak, menitis air mata dan amat sakit hati bagi pihak Luqman dan Warda yang menjadi mangsa akibat keengganan Auntie Lia untuk menerima hakikat dan juga failure of abah Luqman untuk tegas dalam hal tersebut.

This is the first time I’ve read a Malaysian novel tentang topic sensitive ini jadi main plot and it was very well done.
Setiap situasi dan isu yang diketengahkan saling mempunyai penyelesaian masing-masing - felt logical and gave good closures without leaving any plot holes.

Memang apabila kita baca bagaimana dalamnya dendam dan amarah Warda terhadap Luqman dan orang tuanya sampai menengking, naturally kita akan rasa Warda tidak patut begitu sebab tak hormat orang tua. Tetapi, Warda lain sebab the trauma that she went through bukan masalah yang kecil atau normal challenges. Jadi, Joy boleh faham kenapa dia bersikap demikian.

It is always easier said than done. Mulut cakap kita kena maafkan tetapi it is hard when kita telah dilukai begitu dalam sampai trauma.

Forgiveness is a process and it takes a lot of effort to forgive someone the way Warda finally did.

I applaud the way Kak Leena showed us how this main issue is resolve between Warda, atuk dia ngan Luqman & family. It was real, it was a painful but necessary process and it made me termenung and deeply emotional that mungkin dah tiba masa Joy juga untuk memaafkan that particular orang in my life yang telah melukai saya mentally and emotionally.

On to Siri Kedua sebab memang dying to know the big secret in Luqman life’s yang dia tak tau. Apakah ituuuu???
Profile Image for Mslvoe.
2,062 reviews200 followers
May 1, 2025
Berat jugak watak Warda. Bukan mudah untuk Warda lupakan kisah silam itu. Tapi dengan cara buka tudung, berpakaian macam lelaki, berkawan dengan budak² rempit bukanlah tindakan yang baik. Berbuih² mulut Tuk Ikram nasihat.

Kisah ini lebih kepada tema Hidup yang lebih tenang, tanpa dendam. Bila kita ikhlaskan hati, kita akan merasa lapang didada.

Luqman pulang semula ke Malaysia setelah 8 tahun menghilangkan diri. Karya ini banyak buat F menangis. Bukan setakat airmata tapi tersedu² pun ya.

Agak menjengkelkan watak Mak Alia yang tidak boleh terima Luqman. Dia nak Anna muncul bukan Luqman. Ayah Luqman marah betul Mak Alia tak boleh terima anaknya seorang lelaki bukan perempuan. Emosi betul F dengan sikap mak Alia.

F rasa tidak selesa bila Warda memarahi mak Alia yang datang minta maaf. Even pada Ayah Luqman also Warda bersikap dingin. Orang tua kan.. F cepat jatuh kesian. Tuk Ikram tengok je dan beri nasihat suruh Warda berlapang dada.

Scene bubur jagung kat hospital terasa bahu F yang berat masa baca kisah diaorang ni terus terbang diawangan. Indahnya bila Warda memaafkan semua orang.

Bestlah kisah ini. Islamic romance yang buat F rasa tenang bila baca.
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
July 12, 2023
Aku kenal Luqman Annasaie dari cerita Tuanku Hana dan aku tak berpeluang baca Luqman versi wattpad (bila aku baca review yang kata banyak scene terpaksa dipotong, sedih sebab tak tahu scene apa yang best sangat tu 🥲) kalau ada yang sudi kongsi silakan hehe

Luqman Annasaei 1 aku dah baca tahun lepas.

Aku ni jarang menangis kalau cerita atau ayat tu tak sampai ke jiwa tapi penulisan Leena Syiha bagi aku sama macam penulis dulu-dulu. Walaupun ayat simple tapi aku cepat tangkap leleh HAHAHA. Dada aku sakit, hati aku kucar-kacir... ha macam tu lah aku rasa.

Review lain akan bercerita tentang Luqman tapi aku nak highlight Warda Ashikin. Kita sedia tahu Luqman kembali untuk bersatu dengan Encik Bakar dan Puan Alia. Puan Alia yang tak dapat menerima keadaan sebenar Luqman, mujur ada ayahnya. Luqman sudah jumpa dengan dirinya yang sebenar tetapi Warda...

Aku faham betapa susahnya Warda nak lupakan kisah silam yang banyak mengubah diri Warda itu sendiri. Besarnya impak Anna pada Warda. Warda berubah 180 darjah kerana seorang kawan/kakak yang dia sayang dan percaya. Bergaul dengan mat rempit, kutu rayau. Sampaikan keluarga Anna dan orang kampung memulaukannya. Warda rasa tak ada siapa pun faham dan berada dipihaknya waima atuknya sendiri. Dia memberontak, letakkan sebesar-besarnya dinding untuk pertahankan diri sendiri. Dia tak nak ternampak lemah oleh sesiapa. Aku tak nak cerita lebih-lebih nanti spoiler pulak hehe

Scene hospital, scene bubur jagung. Berbaldi aku menangis ye...Warda Ashikin 😭😭😭😭. BilaWarda rasa diri tak layak digandingkan dengan Luqman tu pun aku 😭😭😭😭

description


Okay sambung baca Luqman Annasaei 2 sekarang.
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
November 21, 2025
Bermula cerita ttg Luqman di Madinah.. mengatakan die perlu kembali kt Malaysia utk selesai kn ape yg belum selesai..

Sekembalinya Luqman di kampung, mak Luqman tak bole terima langsung yg Luqman da berubah.. siap di halau nye.. memang sedih masa ni baca.. 😢

Kisah silam di ungkit kembali, buat kan Luqman rasa down.. nak confront dengan Tuk Ikram pun, pak cik Bakar tk bagi.. die kate selesaikan dgn ibu nye dulu..

Bermacam² cara Luqman buat untuk tawan hati mak die.. satu ari, mak die terus berubah..sedikit demi sedikit die mula terima Luqman.. pergi nye Luqman kerana kerja, die mula rindu.. kuasa Allah kan..

Warda Ashikin ada kisah silam dengan Luqman.. lepas kejadian hitam tu, die berubah sepenuh nya.. dari watak perempuan bertukar ke lelaki.. dan sekarang die berkawan dengan Mastura, buat kan Warda sket² berubah ke arah kebaikan.. tapi untuk bersemuka dengan keluarga Luqman memang die tak bole terima lagi.. hati masih sakit dengan perbuatan mereka..

Satu kejadian terjadi di hospital, buat kn Warda buka mata dan minda seluas luas nya.. die tak pernah buat atok die gembira.. jadi die nekad untuk berubah..

Gembira nya Warda dan Tuk Ikram bila dorg dapat sponsor pergi ke umrah.. hajat untuk pergi ke kubur nenek Indah di Madinah tercapai.. sebakk weii baca masa nie.. 🤧
Profile Image for yaenareads.
51 reviews1 follower
April 2, 2022
Bismillahirrahmanirrahim...
Luqman Annasaei karya Leena Syiha.

Sebelum tu, ini adalah review seorang pembaca LA yang pernah baca versi asal. Jadi, segala kekurangan dalam review ni jangan terus judge. Tanya lah dulu sebab-sebabnya. Dm saya terbuka untuk semua. Maaf sekali lagi.

Kisah Luqman yang hanya mendambakan cinta Tuhannya. Berada dalam kejahilan dengan khilaf diri. Lalu, mencari identiti diri dan cinta sejati sehingga merantau hingga ke Madinah untuk berhijrah. Pulang semula ke tanah air dengan niat membetulkan semula peristiwa 8 tahun lalu. Untuk meraih cinta permaisuri hati. Meraih cinta yang telah dikhianati. Bukan mudah.

Jalan Luqman penuh liku dalam menghadapi dugaan demi meraih cinta dan sebuah kemaafan. Sukar hidup dengan rasa bersalah pada peristiwa lampau. Sukar juga untuk memikul dendam.
+
Ini bukan kisah percintaan sesama manusia. Tetapi kisah percintaan seorang hamba. Di mana kita akan belajar menghargai setiap yang belaku dalam kehidupan kita dan mensyukuri nikmat yang dipinjam Tuhan.

Sama ada ego dengan hidup dalam kenangan pahit masa lampau. Atau, melepaskannya dengan hati yang tenang.
+
Bagi aku, kisah Luqman banyak pengajaran. Yang utamanya, setiap keputusan dan apa yang belaku dalam hidup kita, kembalilah kepada Tuhan. Berceritalah. Memintalah. Tuhan itu sifatnya sangat pemurah dan baik hati.

Aku suka cara Kak Leena selesaikan setiap masalah dalam cerita ni. Memang adore la. Sebab masalah tu rasa macam berat sangat. Aku tertanya apanya cara untuk selesaikan masalah² tu. Setiap step tu rasa macam smooth sangat. Baby step. Perlahan-lahan, tetapi hasilnya terbaik.

Aku suka juga cara Ameer menjawab setiap soalan dengan soalan. Hehe aku memang adore pemikiran Ameer. Ni kena tunggu next series ya baru boleh jumpa setiap jawapan tak masuk akal dia.

Jujurnya, aku lebih suka versi lama. Sebabnya dalam versi itu banyak peristiwa yang diceritakan secara terperinci. Dalam buku fizikal juga aku perasan banyak yang terpaksa Kak Leena cut. Sedih sikit sebab scene favourite aku tak ada. Tapi aku faham sebab scene sangat panjang ya. Kira² satu bab tu memang terperinci pasal Luqman berdoa dengan bersungguh, bangun tahajjud awal pagi dan ke masjid. Tapi inilah scene favourite aku. Masa ni Luqman down sangat, terketar-ketar dia solat masa tu. Setiap doa dia memang menusuk kalbu. Memang banjir lah, teringat balik ibadah² kita. Allah terima tak?

Aku suka cara Kak Leena menulis. Tak terlalu details yang sampai buat kita kena fahamkan balik. Cuma ada sedikit situasi yang perlukan huraian yang details supaya lebih feel.

Persoalannya bagaimana permulaan Luqman berhijrah? Masih ada persoalan tak terjawab. Saya tunggu siri kedua!

Overall okay ajee tapi bagi aku pembaca versi lama sedikit kecewa dengan banyak scene yang dicut ")
13 reviews2 followers
September 2, 2022
Ini ulasan saya yang tak baca versi original dari Wattpad. Saya tertarik nak beli Luqman Annasaie (LA) sebab saya sempat baca Tuanku Hana dekat Wattpad.

Saya ini karya kedua saya baca dari Leena Syiha. Suka & kagum dengan penulisan beliau.

Apa yang saya suka dalam LA ni sebab saya jadi tertanya tanya apa jadi seterusnya. Dengan kebergantungan yang sangat tinggi dekat Allah membuatkan saya banyak muhasabah diri.

Saya ada baca katanya versi original lagi menarik, agak terkilan sebab tak sempat nak baca karya yang sebelum edit.

Tapi saya memang bagi markah penuh untuk novel ni
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
April 25, 2023
Good story i like it but ada part yg macam boring sikit
Profile Image for Izzah Berhan.
85 reviews5 followers
August 3, 2023
Sungguh mendamaikan ya kisah ini! Bagi saya, kisah Luqman Annasaie ini bertemakan kasih sayang yang cukup indah terutama tentang bagaimana untuk belajar memaafkan dan berdamai dengan takdir. Sedikit pendedahan tentang khunsa juga harus di beri pujian buat penulis, kerana khunsa ini jarang sekali di ulas di mana-mana. Konflik nya juga tidak meleret, tidak sempat rasa bosan menjengah diri. Apa pun tetap menantikan sambungan melibatkan rahsia Ameer.
Profile Image for Elurine.
84 reviews2 followers
July 17, 2024
Cerita yang paling buatkan saya termenung dan sangat menginsafkan. Insaf tu sampai berair lah mata 🥹. Sejujurnya ini karya pertama dari penulis yg saya baca dan saya jatuh cinta kerana penyampaian yg berkesan & mendalam. Dalam sesebuah tulisan itu tidak perlu bahasa yg berbunga tapi cukup sekadar penyampaian yg berkesan. Penulisan penulis pun bagi saya sedap dibaca, mudah difahami. Jalan cerita yg tersusun cantik sempurna dan karakter yg kita boleh fahami wataknya dgn mudah.

Cerita ini semuanya tentang luqman, yelah tajuk pun Luqman Annasaie, sudah tentu fokus utama cerita terarah pada luqman. Luqman yg hidup di bumi orang sejak bertahun lama akhirnya kembali ke tanah air dgn satu tujuan. Tujuan utk memurnikan hubungan dia dgn keluarga & org yg dia pernah rapat. Tapi bukan semudah itu utk mendapatkan kepercayaan & kebahagiaan yg didambakan luqman.

Luqman boleh dikatakan perfect cuma ada kisah silam yg menyedihkan. Kisah silam yg terjadi bukan sebab kemahuan sendiri tapi dia terpaksa jalani kehidupan sesedih itu. Selepas dia berubah tu dia mmg sehijau amazon lah org kata. Dgn mak dia pun dia berkasih sayang tau. Cuba bayangkan dgn isteri dia?!?! 🥹🫠 Warda pulak wataknya sedih. Siapa je yg boleh memaafkan org semudah itu. Perkara yg paling perit dia tanggung bertahun tahun bukan mudah utk dia lupakan dan maafkan. Tapi warda seorang perempuan yg kuat dan sangat baik sbb mampu memaafkan orang yg bagi impak yg sangat hebat dalam hidup dia. Eeee kalau boleh nak peluk warda cakap awak dah buat yg terbaik, awak berjaya lalui semuanya tanpa ada yg memahami. Dan dia sebenarnya sangat layak utk kebahagiaan dalam hidup dia.

Suka cerita ni sebab genre islamic romance walaupun sejujurnya saya tidak meletakkan harapan yg tinggi memandangkan saya sendiri ada love-hate dgn genre begini. Tapi cerita ini sesuai utk dimasukkan dalam kategori cinta islamik. Sebab meletakkan Allah nombor satu dalam apa apa keputusan yg ingin dibuat, jaga hubungan dgn Allah, jaga hubungan dgn keluarga iaitu ibu ayah terutamanya dan jaga hubungan dgn org terdekat. Semua diterapkan dgn sangat baik oleh penulis.

Bagi saya kata kata yg menusuk hingga ke kalbu tu tak byk tapi sampai sehingga membuatkan saya rasa sebak, termenung, berair mata, menangis senang cerita mixed feelings lah. Semua perasaan lengkap. Tapi sepanjang pembacaan sebak dan hiba tu menguasai semua emosi lain.

Cuma bagi saya, biasanya sebelum seseorang nak berkahwin, seseorang itu baik lelaki atau perempuan akan tergerak utk berubah ke arah yg lebih baik. Contohnya, tak reti baca Al Quran tapi belajar Al Quran dulu dan kemudian baru suami yg akan ajarkan atau bimbing. Ini cuma pandangan saya tapi tak semua org mengalami situasi yg begini tapi saya sangat suka cerita ini sbb perbualan antara warda dan luqman hanya melibatkan perbualan yg penting. Tiada perbualan kosong, bermain mata dan perkara perkara yg dilarang Islam. Jadi yg membaca pun rasa tenang je

Okay lupa nak cakap saya suka brotherhood antara luqman dan ameer. Sentiasa ada utk satu sama lain. Awal awal tu rasa mcm cringe tapi tak pun sbb berkawan kerana Allah kan haa gitu. Diorang punya persahabatan tu comel. Saling mengingati antara satu sama lain. Bila seorang ada masalah, seorang tolong selesaikan. Saya mengharapkan ada kelakar antara diorang berdua tapi sikit je ada tapi saya berpuas hati dan kesimpulannya saya suka brotherhood diorang!

Last sekali, sebab utama saya baca buku ini semestinya place setting. Saje nak mengubat rindu pada bumi haramain 🥹 walaupun tak byk tapi cukup buatkan saya rasa sebak, rasa rindu, rasa nak pergi lagi bumi mekah dan madinah. Cuma muka surat terakhir buku tu mmg pedih lah sebab tergantung 😭. Nasib baik mmg dah beli sesiap buku yg kedua, jadi boleh terus binge reading dan lepaskan rindu pada bumi haramain. Tahniah penulis kerana hasilkan karya yg sangat indah. Semoga penulis sentiasa menulis dan menyebarkan kebaikan & dakwah dalam penulisan!
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
June 8, 2024
Okay, jom kita bedah buku ni. Basically, buku ni tema dia Islamic Romance. Bercakap tentang tema ni, kita ada love hate relationship dengan penulisan yang penulis ketengahkan as islamic.

Kadang, ada yang promot cerita dia islamik, tapi isinya tidak islamik malah lagi menyongsangkan. Luqman Annasaie?

Yes. It definitely describes a good islamic romance book!

Satu lagi yang Kirah berkenan dengan cerita ni sebab dia gunakan konsep 'show, don't tell'. Benda ni penting tau, sebab tak kisahlah trope dia islamik ke, historical ke, sci-fi ke.. Show ni kena lebih daripada tell. Maksudnya dia tunjukkan 'islamik' tu bukan sekadar daripada kata-kata watak tu saja. Dia tunjukkan value tu dengan action watak tu.

Jadi bila kita baca, benda tu lagi 'masuk' dengan jiwa tau. Sebab dia tak push directly. Dia goes naturally. Love it.

Jadi buku ni tentang apa? Satu perkataan yang Kirah boleh describe pasal buku ni:

Kemaafan.

Yup, the whole book bercakap tentang kemaafan dan betapa susahnya kita ni nak meminta maaf dan memaafkan.

Ashikin, dulunya dia baik-baik orangnya. Tapi disebabkan satu peristiwa hitam yang berlaku dalam hidup dia, dia berubah jadi minah rempit. Vroom! Kau jangan main-main bang kalau tak nak makan selipar terbang.

Dia keras kepala. Dia degil. Dia kuat melawan. Tapi dia sayang atuk dia. Cinta? Heh, jangan cakap pasal cinta. Dalam banyak-banyak heroin Kirah pernah baca, Ashikin ni paling heartless sekali bab-bab cinta ni. Ko tak dapat tengok dia jadi minah bunga dik dalam ni 🤣.

Luqman? Dia seorang pendosa yang cuba berhijrah untuk jadi lelaki yang lebih baik. Dia buat salah, dia mengaku. Tapi dia pun ada kisah silam yang perit. Dia pun mangsa. Dia pun dianiaya. Tapi dia bangkit juga jadi manusia berguna.

Tapi meminta maaf dengan orang yang pernah kita sakiti tu payah. Payah untuk semuanya kembali kepada asal.

Jadi, ini kisah tentang pengampunan juga keikhlasan antara dua insan.

Overall, Kirah suka cerita ni. Walaupun buku dia tebal, tak rasa macam dia draggy sebab every single chapter ada je plot development yang jadi. Dan tentang kemaafan tu berdesup kut hati kecikku hineyy! Memang susah kan? Tapi tak salah kalau kita lepaskan dendam dan rasa marah.

Kita rekomen buku ni for those yang tengah mencari-cari mana letak duduk kemaafan dan reda.

The only thing yang mungkin boleh diimprovekan lagi oleh penulis: Bila tulis ayat, jangan buatkan ayat tu terlampau pendek dan tak lengkap. Dia kena cukup sifatnya supaya penceritaan tu smooth saja okies. Itu je kita punya komen ✨
Profile Image for Hanzerry.
7 reviews2 followers
September 25, 2025
BEST GILAAA².

Nak cakap slow-burn, tak kot sebab H enjoy semua babak dlm ni. Tak bosan pun. Bila start baca, H akan mula melekat dan baca lama². HAHAHAH.

Sangat rekomen orang lain utk read. Genre Islamic & slice of life. Masalah yang dihadapi watak2 dlm ni realistik and the way Luqman selalu libatkan Allah dalam hidupnya sngt inspiring. Luqman selalu bangun tahajud, berdoa pada Allah. Luqman selalu solat dhuha, qailulah. Nya lelaki baik, walaupun dulu dia lain. Sangat lain.

Sebuah peristiwa hitam berlaku until dia larikan diri dari rumah. And someone jadikannya anak angkat lalu bawa ke Madinah. 8 tahun di sana akhirnya Luqman balik utk betulkan masalahnya. Tapi mak, Warda (ex bestfriend) & Tuk Ikram (Atuk Warda) tak dpt maafkan Luqman. Tapi Luqman never give up. Macam² la dia buat untuk tebus kesalahannya. Until one day maknya pun terima dia. Tapi maknya ni cute sikitlah. HAHAHA. Dulu dia selalu being ignorance dgn Luqman. Tapi one day, dia jadi selalu tegur Luqman. Waktu Luqman cakap dia baru balik dari farmasi, mak tanya 'kamu sakit ke?' Omo the way maknya tanya tu cukup memberi tanda bahawa maknya mula kisah dgn Luqman and mula menerima Luqman sbg anaknya! And then~ Luqman teruskan misi. Kali ni cuba ambik hati Tuk Ikram, melalui al-Quran. Sebab Luqman hafiz al-Quran meanwhile Tuk Ikram pula tengah usaha nak hafaz Quran. Tapi sadly, Tuk Ikram takda sesiapa utk temannya hafaz Quran lagi² sejak isterinya meninggal di Madinah dulu. Isterinya Hafizah Quran. So bila isteri dah ninggal, Tuk Ikram lambat sikit menghafaz. Until Luqman offer tolong. So dari situ hubungan diorang rapat dan treng treng treng! Tak nak la spoil. AHAHA. Last sekali, dengan Ashikin Warda. Ashikin ni boleh kira finale boss la. Susahhhh sangat² nak dpt kemaafan daripada dia. Tapi kita faham Warda. Sebab salah Luqman pada Warda bukan kecik woaaa. She really needs space and time to heal. Walaupun Luqman selalu saja kena marah, kena hambur oleh Ashikin, he never give up to get her forgiveness. 🥹

And the rest is history 😆😆💞 Babak romance takda gilak dlm book ni, tapi ada iugak babak buat kita rasa mcm ada 🦋 dlm perut. >< kita lurve sangat dgn book ni cause dia ketengahkan kemaafan, hubungan kekeluargaan (🥹 really heart touching), and paling penting, hubungan hamba dgn Tuhan.

Rate: 10/10
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
September 26, 2022
Luqman oh Luqman, beratnya ujian yang kau tanggung.

Awal-awal kisah memang penulis dah bagitahu apa masalah yang timbul, baki-baki muka surat nak menceritakan bagaimana watak-watak di dalam novel ni menyelesaikan masalah ni.
Oh ya, lepas baca 1/3 buku baru saya tersedar watak Sarip tu ada dalam Tuanku Hana.. Saya sempat baca Luqman Annasaie setelah diterbit ke buku fizikal sahaja. Jadi, saya memang clueless masa mula baca buku ni, tak tahu kisah ni sebenarnya tentang apa memandangkan sinopsis tak directly beritahu konflik (ini saya suka).

Menarik. Konflik berat yang diceritakan secara ringan. Mind blowing betul ya konflik Luqman ni.. Setakat ni, saya tak pernah lagi baca novel yang ada kisah seperti Luqman. Luqman tak sempurna, dia bukanlah 'bakal imam' yang baik dan mulia, tapi dia cuba sehabis baik untuk menjadi lebih baik daripada semalam.

'Syurga itu dipenuhi pendosa yang bertaubat.'

Harap masa ending scene, ada sikit selit watak Fattah dan Sarip.. Dan saya sebenarnya dah assume nanti mesti hujung-hujung kisah, Tuk Ikram akan.... tapi rupanya sangkaan ku meleset.... Dan kalau boleh, nak penulis sertakan scene pendek di makkah.. Tapi takde pula, mungkin sebab kisah ni memang dah sedia panjang. Pada saya, endingnya tu agak pendek la. Tapi, keseluruhan cerita 10/10.

Tahniah kepada penulis kerana berjaya menulis kisah novel yang clean dan penuh pengajaran, memang tak rugi baca. Jujur sangat saya kata, kisah Luqman ni memberi inspirasi. Walaupun kisahnya hanyalah berpusar pada konflik Luqman-Warda-Auntie Alia, tapi penulis berjaya buatkan cerita ni sangat menarik. Saja je buat ending tu tergantung sikit untuk konflik lain. Takpe, saya setia menunggu siri seterusnya.

Saya berharap penulis dapat teruskan berdakwah melalui penulisan sebegini. Ceritanya tidak kekok dan kedengaran terlalu direct nak berdakwah. Sebaliknya, penulis selitkan nasihat secara santai melalui sifat, habit, dialog dan kisah setiap watak. Novel ni sesuai untuk pembaca yang mahukan kisah santai tapi masih main dengan emosi.
Profile Image for Han.
42 reviews1 follower
January 11, 2026
Buku kedua dari Leena Syiha yang aku baca setelah siri Serunai Maut. Mcm biasa, buku beliau selalu buat diri rasa nk jadi hamba Allah yg lebih baik.

"Setiap anak Adam adalah pendosa, dan sebaik-baik pendosa adalah yg bertaubat."

Ini kisah Luqman yg bangkit setelah terjerumus dalam dosa(apa Luqman buat tu kena baca sendiri). Bravo kepada penulis sebab sentuh topik yg agak sensitif ni, tapi aku sebenarnya expect ada perbahasan lebih dalam tentang isu ni.

Kuatnya seorang Luqman yg terbuang, sorang2 bertatih jadi lebih baik. Bayangkan kau sendiri jijik dgn diri kau, kau dah berubah tapi bila kau balik kampung lepas 8 tahun, semua orang ingatkan kau pada diri kau yg dulu. Ibu sendiri tak mengaku anak.

"Allah jadikan solat sebagai tempat kita bercerita dengan Allah."
"Kita ceritakan tanpa jemu, Fattah. Kerana Allah tak pernah jemu dengar cerita kita."

Tiap kali sedih, serabut, down, Luqman akan solat. Lagi dia sedih, lagi banyak dia solat. Scene paling menyentuh hati bila satu hari dia terdengar orang mengungkit2 dosa silamnya. Terus menggigil badannya. Lama Luqman bersolat dan menangis malam tu.

"Allahummaghfirli.. allahummaghfirli...ya Allah."
"Ya Allah, ampunkan dosa saya."
"Ya Allah, lembutkan hati ibu saya."

"Kau merangkaklah kat akhirat nanti!"–Warda
"Lapan tahun cucu aku menderita selepas apa yg kau cuba buat." –Tuk Ikram
Memaafkan. Easier said than done. Lagi2 bila kita dilukai begitu dalam dgn orang yg paling dia sayang dan percaya sampai meninggalkan trauma. Warda rasa tak ada seorang pun faham. Tapi, memaafkan itu ajaran al-Quran. Memaafkan itu sikap Rasulullah. Tak mudah, tapi kita pun nak dosa2 kita dimaafkan kan?

"Maafkan serta lupakanlah kesalahan mereka itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?" (An-Nur:22)

Aku yang baca ni pun tak boleh nak maafkan Luqman, lagi2 lah Warda. Memang faham sangat apa yg Warda rasa. Sebab tu orang yg memaafkan ni tinggi darjatnya.

"Ya Allah aku nak sangat dekati Engkau.
Tapi aku tak pandai.
Aku tak pandai, Ya Allah."

Lepas ni nak sambung baca buku kedua pulak!
Profile Image for yuyue.
20 reviews
July 9, 2022
No words can described how much I love this book. Very beautiful indeed. Luqman Annasaie, the loml <3 As usual, karya Leena Syiha are 👩‍🍳💋💋!! Very worth it and novel ini terus masuk my top 3 fav malay novel list!!!

Conflict dia tak meleret. And each characters have their own character development. The first half of the book memang kita akan sakit hati dgn mak Luqman grrrrr...

I like Leena Syiha's writing. Ringkas tapi padat. Senang faham. Dan mesej tersirat dan tersurat sangat onpoint. Sememangnya menusuk kalbu.

Saya sangat adore dengan Luqman. Masya-ALLAH betapa saya mahu menjadinya. Saya rasa kagum dengan Luqman kerana tiap kali dia stres, sedih atau gembira atau apa-apa saja, pasti benda pertama yang dia akan lakukan adalah solat sunat atau bangun tahajjud. Meluah kepada Maha Esa. Kekadang tu sanggup keluar rumah pukul 3 pagi dan pergi masjid semata-mata mahu bersesi dengan ALLAH. Masya-Allah🤍

Kemudian, saya sangat suka dan adore Luqman and Ameer friendship. Ameer ini bijak orangnya. Selalu perangkap Luqman dengan 'soalan maut'. Suka usik Luqman. Sampai Luqman malu-malu dan menafikan usikan Ameer. Tiap kali Luqman dilanda masalah atau susah hati, pasti Ameer akan mengingatkan Luqman tentang Allah. Supaya meminta petunjuk dariNYA. Masya-Allah tabarakallah 🦋🦋🤍🤍🤍

spoilers:
Saya suka bila mana ada satu kali Warda insecure, she felt inferior and wondered and thus asked Luqman why did he chose her to be his wife. Warda merasakan darjat mereka berdua sangat jauh. Dan masya-ALLAH jawapan Luqman bagi soalan Warda sangat 🦋🦋💗💗. Sememangnya buat saya fangirl dan menjerit seperti orang gila. Tersengih-sengih tahu tak. Membaca jawapannya saya memang terus kata "He's the one!!!"


Akhir sekali, tak sabar untuk Luqman Annasaie siri-2. Bagi sesiapa yang nak baca novel islamik yang sarat dengan pengajaran, ini untuk kamu :)) 🤍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lyana Mikail.
24 reviews3 followers
October 8, 2023
LUQMAN ANNASAIE - hanya mendambakan cinta Tuhannya

Kak Anna tinggalkan kampung disebabkan satu peristiwa. Dia pergi tinggalkan mak dan ayahnya...serta kenangan pahit pada rakan baiknya, Wardah Ashikin.

Luqman Annasaie pulang ke kampung halaman selepas berhijrah ke Madinah selama lapan tahun. Kepulangannya disambut gembira oleh si ayah, hilang rindu pada anak lelakinya. Namun...

"Kau bukan anak aku! Kau berambus! Aku taknak tengok muka kau lagi!" - Puan Alia

Sebaris ayat dari ibunya, Puan Alia menghancurkan sekeping hati Luqman. Betapa dia rindu akan si ibu, malangnya hanya herdikan dan kebencian yg menyambutnya. Kenapa begitu benci si ibu padanya?

Pertemuan dengan Wardah Ashikin mengingatkan Luqman kepada dosa lamanya.

"Gila tak kenal. Pengkhianat macam kau, sampai mati pun takkan lupa" - Wardah Ashikin

Apa kesalahan yg Luqman lakukan sehingga ibu dan rakan baiknya bgtu benci? Mampukah Luqman mendapat kemaafan dari mereka berdua?

Beli tahun lepas, bacanya tahun ni. Yang dah beli tp belum baca, bacalah segera. Kakyana terfikir kenapalah kak peram lama buku ni😌

Kisah Luqman yg lelah dalam mencari penyelesaian kpd masalah yg dihadapi. Kebencian Wardah dan ibunya. Wataknya smooth dan berkembang baik. Paling penting, sopan santun dan penyabar.

Watak Wardah Ashikin, selepas satu peristiwa dia berubah karakter. Ego, degil dan suka memberontak. Dia sangat bencikan Luqman. Trauma apa yg telah mengubah sikap Wardah?

Kakyana suka dengan watak Ameer. Dia kawan baik dan penyokong kuat Luqman di Madinah. Karakternya yg bersahaja tp penuh rahsia mmg menggamit rasa ingin tahu. Begitu juga watak Mastura, kawan baik Ashikin, penyeri jalan cerita.

Tak sabar nak tunggu sambungan kedua kisah Luqman ni nanti. Apa agaknya rahsia yg disembunyikan Ameer dari pengetahuan Luqman.
Profile Image for Yumi Teavee.
92 reviews1 follower
December 23, 2025
Buku kedua kakak author yang saya baca after Serunai Maut. Huwaaa jalan ceritanya sangat lah rare dan realitinya memang pernah berlaku.

This is the story about a guy name Luqman Annasaie yang dah menetap lama kat Madinah after lapan tahun nak balik Malaysia atas tugasan yang diberikan iaitu syarikat pakej umrah. Dia pun dah lama tak balik sana sebab ade peristiwa hitam yang berlaku antara dia dan ibunya Alia.

Warda Ashikin budak rempit yang memang nakal ,duduk bersama atuknya Tuk Ikram selepas isterinya meninggal di bumi Madinah. Shikin ni jenis degil takmo dengar cakap atuknya sampai atuknya tak thu nak tegur macam mana.

Rupanya peristiwa hitam Luqman ni ,masa dia kecil dia dilahirkan khunsa. Ibunya tidak menerima dia sebagai seorang lelaki. Ibu dia paksa dia pakai baju perempuan sehinggalah umurnya 15 tahun.

Anna Safiyyah,ye tu nama perempuan Luqman. Berkawan rapat ngan Shikin. Tapi peristiwa pahit pada waktu malam yang membuatkan Shikin berdendam dengan Kak Anna sampai bertahun tahun.

Luqman balik Malaysia nak ambik hati ibunya dan si Mawar Perindu ( Shikin) untuk dia perbetulkan semua kesalahannya .

Weh nasib kawinnnnn ,diaorang after kawin memanglah kekok sebab diaorang dh lama tak jumpa lepas dendam kesumat. Tapii Luqman gentleman lah ye dengan isterinya siap buat kawan dulu 😭🫂

One problem jee,Ameer kawan kepada Luqman kat Madinah sorok rahsia dari Luqman. Why he's doing that?
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
March 7, 2023
*masih bacaan untuk bulan Februari*
.

[BOOK 20]

Luqman Annasaei by Leena Syiha.
.

alaaa..menyesal baca sekarang. Sebab buku ni best! hahaha. menyesal tu bukannya sebab baca lambat, tapi sebab baca awal. Aku patutnya sabar je menunggu sambungannya keluar, baru start baca buku ni. Ya, dah ada kawan IG yang pesan camni. Mulanya aku ikut je. Tapi sebab dalam mood membaca yang kelaut, aku amik juga buku ni. Dan sekarang menyesal. hahaha
.

Luqman yang pernah terkhilaf. Menyebabkan hidup Warda berubah. Walaupun Luqman dah berhijrah ke Madinah dan memulakan hidup baru, tapi Warda masih menderita.
.

Bila Luqman kembali, susahnya untuk meleburkan kemarahan si ibu. Apatah lagi Warda.
.

Tapi aku suka bila part Luqman sangat bersyukur, dia akan solat sunat sebanyak yang mungkin. Allahu. Rasa insaf.
.

Suka part bila semuanya kembali pulih. Luqman yang tetiba sangat risau bila Warda gastrik. hahahha..lolll..terpancar terus diwajahnya.
.

Dan part manisnya, alahai ciputnya. Rasa tak puas baca. Sebab dalam satu bab je. hahaha. Dan persoalan tentang Amer yang masih belum terjawab.
.

Okaylah, sabar je la menunggu buku sambungannya.
.

Overall, ceritanya best. Sebab isunya jarang diketengahkan. Kesian hidup Luqman. Dan ceritanya islamik yang mudah difahami.
Profile Image for Bunga Not Know.
16 reviews
January 30, 2025
Before this, I had a very skeptical thought whenever I saw any Islamic Romance genre book (I would say SOME authors were penunggang agama since quite a lot of them wrote a double meaning aka s*x scene and putting some sort of hadis to justify also ‘BALANCE’ the book untuk menampakkan it was an Islamic Romance genre like EUW).

BUT THIS BOOK CHANGES ALL OF MY PERCEPTION.

Mind you, it contain quite heavy issue and of course heavy plot (you gotta prepare your tissue) I was SOBBING HARD like Mati laki cause the storyline quite menginsafi this manusia biasa.

Warning : It also contains many plot twist (ada yang I could see that coming and ada yang I couldn’t expect at all.)

This book was not like your typical romance book. I would say the romance was not enough like a subgenre (the romance part was like ‘awww so sweet but not too sweet’ kinda vibe) because it focus on Luqman’s new journey after he made a choice untuk balik ke tempat asalnya. Kiranya ini ISLAMIC ROMANCE GENRE YANG SEBENAR-BENARNYA.

Also, I love when author selitkan ilmu in their work. In this case, the author banyak selitkan ilmu like pengetahuan islamik and I REALLY REALLY APPRECIATE THAT SO MUCH. Because that was a book supposed to give to you.

I knew I’ve made a good choice by picking up this book as my first read in 2025.
6 reviews
June 3, 2025
Tak sampai 3 hari berjaya tamatkan novel ni. Itu maknanya apa? Maknanya best sangat lah! Dah lama tak baca cerita sepantas ini. Selalunya satu novel sebulan baru habis. Hahaha

Suka watak Luqman. Tenang je rasa. Dugaan yang dia pikul sebenarnya sangat berat tapi cara dia berubah dan berfikir tu memang wow lah. Sangat tenang. Padan dengan namanya.

Watak Warda pun best walaupun ada rasa ‘eh dia ni sikit-sikit sudah lah’ tapi faham je apa yang dia rasa. Trauma yang Kak Anna bagi tu sangat besar. Nak pulak mak Luqman tu salahkan dia.

Watak Tuk Ikram, Ayah Luqman, Mastura, Amer, Alia semuanya best. Baru perasan takde watak jahat sangat dalam ni. Yang ada hanyalah kisah silam yang cuba mereka damaikan. Cuma rasa terkilan bila watak Sarip hilang macam tu je. Tak tahu kenapa suka watak dia ni walaupun datang dan pergi begitu je. Tapi dapat rasakan dia kawan yang baik.

Apapun tahniah! Tak sabar nak sambung LA 2 pulak. Nak tahu kisah silam Luqman dan rahsia yang Amer simpan selama ini. Curious betul!
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
April 2, 2023
One of the best story adapted from the Wattpad. Kisah Luqman ni bagi saya agak rare, tak ramai penulis buat plot macam ni, jadi saya tertarik dengan karya Luqman Annasaie. Ending agak tergantung bagi yang tak pernah baca kat Wattpad lagi, so yang tak pernah baca kat Wattpad and nak baca buku ni, better tunggu Luqman Annasaie 2 sekali so nanti boleh terus wowww, beli dan simpan dulu HAHAHAHA Cerita ni lebih kepada genre islamik. Semestinya sebak dan sedih.
Profile Image for Nad.
375 reviews1 follower
December 20, 2023
Another best read for this year.
Seronok dan rasa insaf jap baca. Nak menangis pun ada juga. Kelakar pun ada. Penat baca buku ni sebab terlampau banyak sangat bercampur baur perasaannya.
Tapi ending dia sangat simple walaupun tahu ada buku kedua.

P/S penat juga baca buku ni sebab too bulky
9 reviews
May 15, 2024
I love this book. Cerita tak cringe tapi story ni memang ada yang real life. Yela siapa ja dapat terima anak dia ----- kan.. sedih tengok luqman terasa dgn perangai mak dia. His so strong and independent plus dpt jumpa sahabat hebat macam ameer. After this nak beli cerita ameer pula sebab dh fall in love with him hoho
Profile Image for readingismypassion.
54 reviews7 followers
April 11, 2024
Surprisingly, cerita ni menarik. Something yang lain daripada apa yang I pernah baca sebelum ni. As someone yang quite new dalam bidang penulisan or newbielah senang cerita, Leena Syiha punya buku is very interesting, bermanfaat dan best. Keep it up!
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
November 9, 2022
Semuanyaaa cukup, tak sabar nak tunggu sambungan Luqman dan Mawar Perindu 😍😍
Profile Image for SS BA .
19 reviews
January 8, 2024
Plot cerita yang jarang di ketengahkan tp agak menarik di bicarakan
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
March 11, 2025
Seorang lelaki yang dibesarkan dgn cara yang salah.. memberontak dan lari dari rmh.. Kisah seorg Luqman yang telah berubah dan pulang untuk memohon maaf..

banyak pengajaran boleh di ambk.. doa2 yg berguna.. Penulisan yg tak pernah kecewa..

Direkomen utk dibaca bagi mereka yang ingin kan cerita plot santai tapi sarat dengan ilmu.

dari segi jalan cerita, menarik..
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.