Jump to ratings and reviews
Rate this book

Partner In Love

Rate this book
Khalisa gadis janitor yang bukan biasa-biasa.
Rayyan pula seorang doktor yang diselubungi dengan misteri keluarga.
Kedua-duanya punya ego dan prinsip yang ingin dipertahankan. Namun kerana sebuah _rubik's cube,_ mereka bertemu.
Satu kejadian telah mendekatkan mereka.
Satu persoalan telah merapatkan mereka.
Dan kerana satu janji, kedua-duanya saling terikat dalam keterpaksaan.
Khalisa setuju untuk membantu Rayyan mencari sebuah kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh keluarga Rayyan.
Rayyan pula terpaksa menerima bantuan itu kerana itulah permintaan terakhir arwah ayahnya.
Mereka merentas dunia, menjelajah zon masa demi mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Teka-teki terakhir perlu diselesaikan demi meraih sebuah jawapan. Namun, semakin dalam mereka menggali rahsia yang lama terkubur, semakin rumit dirasakan.

“You crack the code, I’ll get the answer...”

364 pages, Paperback

Published April 1, 2022

6 people are currently reading
86 people want to read

About the author

Sophia

211 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
45 (40%)
4 stars
45 (40%)
3 stars
20 (18%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 36 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
March 28, 2022
[BOOK 51]

Partner In Love by Sophia.
.

Kalau baca buku I'm Yours by Anna Lee tu, dah rasa macam misteri dan adventurous dah, yang ni lagi misteri. Dengan aku sekali, kena guna otak dan break the code. hahaha
.

Khalisa ni gadis cleaner kat hospital. Dan biasanya dia kena bersihkan kat wad VIP. Masa ni la, dia berkawan dengan Pak Cik Ariffin. Dan pada satu hari, Khalisa ni terhutang budi pada Pak Cik Ariffin. Dan harga yang perlu dibayarnya ialah, dia perlu menjaga kesayangan Ariffin, iaitu Rayyan.
.

Rayyan ni pulak, doktor di hospital tersebut. Walaupun hidupnya hanya ada Ariffin, tapi tak banyak yang dia tahu tentang ayahnya itu. Dari kecil, dia diajar martial arts. Dan setiap soalan yang dia tanya ayahnya, pasti dia tak terjawab, ataupun dia kena selesaikan sendiri persoalannya.
.

Kerana Ariffin, Rayyan dan Khalisa bertemu. Rayyan ingin mencari rahsia yang selama ini disembunyikan oleh Ariffin. Khalisa pulak sudah terjerat untuk menjaga kesayangan Ariffin.
.

Dari situ, mereka bersama-sama menyelesaikan misteri.
.

Klu pertama,
"the first time, the first alone, the first heartbreak, the first hope.". " Up above the sky, there's fairyland back there. Be prepared."
.

So, dari situ, mereka menyelesaikan misteri. Biasanya, Khalisa la yang selesaikan sebab dia lagi observant. Nak harapkan Rayyan, sampai kesudah stucked kat situ. hahaha
.

Yang seronoknya, they travelled to few countries juga untuk dapatkan jawapan. Dan akhirnya, mereka temui. Bukan senang untuk Rayyan terima. Tambahan pulak, dengan Khalisa sekali jadi mangsanya.
.

Aku rasa watak utama dalam cerita ni, lebih kepada Khalisa. hahaha..Kalau takde dia, habislah Rayyan.
.

Dan seronok gak baca buku ni, macam tengok Explorace gitu. Tapi lagi menarik la.
.

p/s: by the way, apa jawapan kepada soalan Khalisa untuk muka surat terakhir tu? misteri betul. hahah
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
June 23, 2023
Saya suka sangat dengan 'game' yang disediakan Ariffin pada Khalisa dan Rayyan.

"You crack the code, I'll get the answer.."

😍😍😍

Dalam nak selesaikan teka teki tu boleh nampak yang Khalisa seorang yang bijak dan teliti dengan keadaan di sekelilingnya. Lisa dah berjanji dengan Ariffin untuk menjaga 'sesuatu' itu. Untuk first task, Lisa dan Rayyan perlu berkahwin.

Rayyan, a surgeon doctor. Dia masih mencari siapa sebenarnya diri dia. Begitu juga dengan siapa Ariffin. Rayyan dibesarkan tanpa ibu, hanya ada Ariffin sebagai ayahnya. Hanya Lisa yang dapat menolongnya setelah itulah pesanan terakhir Ariffin sebelum meninggal dunia.

Dari Cameron Highland - Indonesia - China - Ireland hinggalah ke New York. Akhirnya membawa mereka kepada harta peninggalan Ariffin iaitu House of Shayleigh, HOS. Rayyan juga dapat bertemu dengan ibunya.

Cumanya, saya tak dapat nak hayati hubungan kasih sayang antara Lisa dan Rayyan. Tahu-tahu je mereka saling cinta. Entah la rasa macam kurang dekat situ. 🤔
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
June 15, 2022
'You crack the code, I’ll get the answer.'

1)Jalan cerita yang menarik dan penuh misteri. Bila dah baca susah nak letak sebab nak cepat2 tahu apa jawapan kepada kod2 rahsia yang diberi.

2) Walaupun dengan membaca, rasa macam tengah travel di tempat yang disebut dalam novel ni. Di setiap tempat tu ada kod rahsia yang perlu dipecahkan.

3) Aku rasa hero yang sebenar dalam novel ni adalah Khalisa. Dia sangat bijak bertindak, mentafsir setiap klu yang ada dan menjadi pelindung Rayyan.

4) Setiap klu dan persoalan dalam novel ni mudah difahami dan tak serabut. Setiap persoalan disudahkan dengan jawapan yang logik. Cuma persoalan di muka surat terakhir je penulis biarkan pembaca berteka-teki. Siapa sebenarnya yang tembak Silas? Silas ni siapa? Dialah kunci kepada kemusnahan keluarga Rayyan.

5) Last but not least, saya rasa tak rugi pun baca novel PIL. Banyak juga benda baru dan pengalaman menarik yang disajikan dlm PIL untuk sama2 ambik iktibar. Pengajaran yang boleh diambil adalah Allah swt akan sentiasa berada dengan orang yang sabar. Setiap apa yang berlaku pada masa lalu itu membuatkan kita jadi seorang manusia yg kuat untuk hari ini dan seterusnya. Untuk Silas pula, 'orang yang tamak selalu rugi.'
Profile Image for addreads.
286 reviews27 followers
January 19, 2023
Overall, interesting sangat Ad baca. Fun sebab Ad rasa Ad follow dorang travel to a few countries untuk cari klu😏klu apa? hehehe. After terungkai semua rahsia, Ad terkejut sebab macam "ehh?" ha camtu😂Tapi, big scene dia waktu si dia munculkan diri wehh i'm speechless weh😱tapi tk boleh lawan speechless Ad untuk pages last sekali! ISH NAK MARAH SEBAB waktu tu Ad macam "ehh takde pages dah? eh dh habis? ehh apa ni?" yg baca mesti faham why😫😫😫Very interesting tau cara author seksa pembaca😭

TAPI JAP ADA LAGI AD NAK RANT! chemistry between Lisa Rayyan comel gila🥰kelakar je dialog dorang, and korang akak still dapat kemanisan dalam buku ni tau😝tertendang angin jugaklah kaki Ad ni while baca🤣Also, Ad suka gila dengan Lisa dia tersangat berani & savage😏iykyk. Baca tau korang bestt🥰nak show sikit ayat favourite Ad

"𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐢𝐬 𝐬𝐨 𝐛𝐨𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐰𝐢𝐭𝐡𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐬𝐡𝐨𝐰. 𝐒𝐡𝐚𝐥𝐥 𝐰𝐞 𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐬𝐨𝐦𝐞 𝐝𝐫𝐚𝐦𝐚?"
Profile Image for Mslvoe.
2,070 reviews200 followers
April 3, 2023
F tertanya² soalan yang terakhir 🤔

Lain pada yang lain bila baca kisah Partner in Love. Sepanjang pembacaan, jenuh kerah otak nak "crack" the code.
Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
June 8, 2025
Best ada games yang perlu rayyan selesaikan yang ditinggalkan oleh ariffin… tapi ariffin memang genius la boleh plan sampai tahap macam tu sekali..khalisa pun gandingan yang sepadan buat rayyan walaupun keluarga sebelah ibu rayyan menghina lisa kerana mereka periksa latar belakang lisa dan rasakan tidak padan digandingkan dengan rayyan seorang doktor manakala lisa hanya seorang cleaner di hospital tempat rayyan bekerja.

Yang tersembunyi itu… ada sebabnya 🥰🥰
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
September 28, 2022
" You crack the code, I'll get the answer".

Apa maksud disebalik ayat di atas?

Khalisa seorang gadis janitor di sebuah hospital. Walaupon hanya seorang 'Janitor' tapi sebenarnya Khalisa bukan sekadar janitor. Aik kenapa pulak . Haaa yang tu korang kena baca kenapa aku cakap camtu
.

Rayyan, seorang doktor di hospital tempat Khalisa bekerja. Dia mula mengenali Khalisa pabila ayahnya Ariffin sering bertegur dengan Khalisa. Rayyan ni seorang yg sangat dingin, sebab hidupnya penuh misteri
.

Kerana sebuah Rubik' cube mereka bertemu. Janji yang yg diikat perlu ditunaikan. Demi janji kpd insan yang telah pergi
.

Permulaan kisah antara Rayyan dan Khalisa. Rayyan perlu mencari sebuah kebenaran hidupnya, sebab dia bagai terkapai2. Tambah2 setelah perginya Ariffin menghadap Ilahi
.
Mereka perlu menjelajah beberapa negara demi mencari satu petunjuk. Setiap negara, mereka bakal bertemu beberapa klu untuk mencukupi kepingan puzzle yang hilang
.

Dan yang terakhir adalah New York. Di sana beradanya House Of Shayleigh. Sebuah hospital. Yang diterajui oleh Silas. Abang kepada Shayleigh, ibu Rayyan. Kata Silas, HOS adalah milik Hughes. Namun hakikat yg tak dot disangkal, ianya adalah milik Ariffin bersama beberapa rakan yang lain
.

Berjayakah Rayyan dan Khalisa melengkapkan kepingan2 puzzle? Dan berjayakah Rayyan mencari kisah hidupnya? Bagaimana pengakhiran kisah hidup Rayyan dan Khalisa?
.

Jujur, aku sangat sukakan kisah ini. Chemistry antara Rayyan dan Khalisa sangat kukuh. Dan aku bagai terikut sekali mereka menjelajah dari sebuah negara ke sebuah negara. And yes aku paling suka Khalisa. Sebab dia bukan sekadar Khalisa si gadis janitor
.

Highly recomended.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
April 3, 2022
Mmg teruja sungguh baca kisah PIL ni. Kisah cinta tapi disulami dgn cabaran. Cabaran dan teka teki yg diberikan kepada mereka oleh Ariffin selepas kematiannya.

Kerana permintaan dan syarat yg dikenakan Ariffin, Khalisa sanggup mengahwini Rayyan yg pada mulanya yg dia kenal seorang yg stone. Namun perkahwinan mereka bkn kerana permintaan semata tetapi perkahwinan mereka adalah utk mencari siapa Ariffin yg sebenarnya.

Setiap klu yg diberikan dgn mudah dpt dipecahkan code nya oleh Khalisa. Khalisa tu nama je kerja cleaner tapi otaknya cepat menangkap dan bijak. Tak seperti Rayyan. Walau dah dididik oleh Ariffin dgn knowledge dan martial art yg bgs, namun part merungkai klu tu lembab la sungguh! Jadi tak sia² Ariffin menyuruh Khalisa tu berkahwin dgn Rayyan sbb dia lebih arif ttg watak org disekelilingnya.

Cabaran demi cabaran yg dirungkai membawa mereka ke New York dan akhirnya terjawablah siapa Ariffin yg sebenarnya dan kenapa Ariffin sengaja sembunyikan ttg Shayleigh dari anaknya Rayyan. Walau kecewa dgn segala kebenaran, tetapi Rayyan tetap tidak beranjak dari rumah keluarga Shayleigh kerana itulah ibunya dan dia ada adik beradik yg lain walau berlainan bapa.

House Of Shayleigh yg menjadi point utama kenapa semua ini berlaku. Silas dgn sikap tamaknya mahu menguasai HOS. Dan Rayyan pula tidak pernah terfikir mahukan HOS. Yg dia mahukan hidup yg bahagia bersama Khalisa dan mahu mengetahui rahsia yg sembunyikan oleh Ariffin selama ini.

Namun kehilangan Khalisa menjadikan Rayyan semakin serabut dan hatinya sakit dgn tindakan Khalisa itu. Benarkah Khalisa itu mengkhianati Rayyan seperti Shayleigh mengkhianati bapanya Ariffin? Apa tindakan Rayyan? Apa pula perancangan Shayleigh dan juga Silas?

Jadi marilah beli dan baca buku ini. Mmg tak rugi. Percayalah! Malah anda akan rasa seperti kita sekali berada di situ utk pecahkan code² yg ada! Best sgt cerita ini👍 Tahniah Sophia. Walau siapapun anda, anda telah memberikan kami para pembaca cerita yg sgt menarik❤️
Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
July 14, 2022
Jalan cerita yang sangat menarik, banyak teka teki yg harus diselesaikan untuk bertemu jawapan dan meneruskan teka teki selanjutnya.
Sebab itu laju aje buku ini bertemu perkataan "TAMAT" Tapi pengakhiran buku ini menjadi tanda tanya SIAPA 🔫 ???

Tahniah pada penulis Sophia 🌹🌹🌹🌹🌹
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
May 23, 2024
Finally,
Ada gak masa aku nak abiskan pembacaan. Best gila weyh, lama dah bukak buku ni tapi kekangan masa. Haihh!

Siyes best sgt, banyak sangat persoalan, rahsia n misteri dari awal sampai abis cerita. Ending pun masih lagi penulis buat aku berteka teki.

Tp mcm biasalah, sebagai pembaca suka aku la nak teka siapa kan? Hahahahahahaha
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
May 16, 2022
Spent the whole night reading the book. But am mad about the final question. I thought Rayyan was the one that saved Lisa… but? I stayed up until 2.05 a.m. only to be served this final mystery? Smh smh. But I love the chemistry between Rayyan and Lisa. Their love comes naturally, I think. Unlike drama pukul 7 tv3? Highly recommended. Kalau ada buku kedua tentang Raiyan pun best. Raiyan and Insyirah ke? That would be highly appreciated, Cik Sophia. Thank you for partner in love.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
November 8, 2022
'Fitrah yang hidup akan mati, kita tetap kena teruskan hidup.'

'Masa tidak akan sedetik pun berulang, malah masa akan terus meninggalkannya jika dia masih terperangkap dalam memori.'

'One's wish could be a curse for others.'
________

Dua bulan mengenali Ariffin yang dirawat di hospital tempat Khalisa berkerja sebagai seorang janitor, setelah lelaki itu meninggal dunia Khalisa ditinggalkan dengan amanah dan hutang budi atas bantuan yang telah dia terima untuk menyelamatkan nyawa sahabat baiknya yang terlibat dalam sebuah kemalangan. Memenuhi permintaan Ariffin untuk menjaga Rayyan sekaligus menerima lamaran Rayyan, kerana masing-masing mereka ditinggalkan dengan cebisan teka-teki yang perlu mereka cantumkan bersama. Meski pilihan diberi untuk Khalisa berundur sebelum dia semakin jauh menyertai Rayyan, namun dia memilih untuk terus tetap terlibat sama hingga ke akhir, bersama Rayyan sebagai seorang suami.

Setiap cebisan teka-teki membawa Khalisa dan Rayyan menempuh pengembaraan dalam sebuah perjalanan merentas negara, dan benua. Membawa mereka untuk akhirnya menyedari perasaan di dalam hati yang sudah ada untuk satu sama lain. Membuka kisah kepada kehidupan Ariffin yang selama ini disimpan kemas daripada pengetahuan Rayyan -- tentang masa lalunya, tentang sebahagian daripada kehidupannya yang melibatkan keluarga dan pengkhianatan, yang tanpa sedar mengambil tempat semula dalam kehidupannya dengan Khalisa pada masa kini juga, yang mungkin akan menganggu gugat masa depan mereka yang masih jauh di hadapan.
________

Partner In Love; gaya penulisan serta bahasa yang digunakan oleh penulis sangat bagus -- memenuhi preference saya secara peribadi, penulis pintar membina struktur ayat-ayat menjadi cantik. Walaubagaimanapun, pada saya susunan struktur ayat boleh ditambahbaik dan dikemaskan lagi, perlu lebih peka sikit dalam menyusun narratif sebab ada perpindahan narratif watak yang tidak kemas dan menyebabkan kebingungan sikit, sebagai contoh rupanya naratif itu adalah untuk menjelaskan monolog watak yang ini dan bukan watak yang itu (tak ada banyak, mungkin dalam satu dua babak) -- sebab ini boleh sedikit menggangu fokus bacaan sekejap, terpaksa set balik gambaran dalam kepala.

Untuk jalan cerita buku ini pada saya, penulis cekap atur perjalanan watak-watak untuk mencari tahu dan merungkai teka-teki dalam permainan, yang pada saya memang berisiko untuk perlaku plot-hole tapi tidak untuk buku ini. Cuma masalah pada saya ialah saya tak rasa setiap penemuan yang watak utama dapat rungkai boleh buat ternganga rahang bila kita dah tahu, ataupun boleh buat semakin teruja untuk tunggu perjalanan mereka yang seterusnya -- makin jadi masalah sebenarnya sebab saya yang dah mula hilang fokus semakin jauh perjalanan Rayyan dan Khalisa, disebabkan saya tak begitu rasa faktor yang wow dalam game ni. Dan sepanjang Rayyan dan Khalisa selesaikan permainan Ariffin ni, saya susah untuk ikut sebenarnya -- graf pembacaan saya bermula dengan menaik di awal bacaan dan terus menjunam turun di pertengahan, bila masuk bab-bab akhir barulah dapat angkat naik balik -- salah satu sebab yang buat saya ambil masa untuk habiskan baca buku ni. Pun begitu, idea keseluruhan yang dibawa dalam buku ini memang menarik perhatian dan ialah faktor tarikan utama buku ini sendiri, yang kurang hanya dari segi perlaksanannya sahaja pada pendapat saya.

Walaupun konflik utama buku ini ialah perebutan dalam warisan peninggalan Ariffin, tetapi buku ini turut mengetengahan konflik dalam hubungan keluarga -- yang pada saya tidaklah begitu rumit -- bahkan penulis juga tidak meleretkan penyelesaian konflik-konflik itu sendiri. Jadi mudah untuk emosi pembaca seperti saya. Yang namun menjadi faktor utama yang mempengaruhi penilaian saya pada suatu buku -- iaitu hubungan emosi -- yang kurang saya rasakan sepanjang pembacaan. Mungkin disebabkan jalan cerita memfokuskan kepada penyelesaian permainan ini sampai ke akhirnya, jadi saya tidak begitu rasa penghayatan dalam emosi watak-watak, yang sekaligus sukar untuk jadikan kita berkait rapat pada watak mereka.

Perkaitan emosi ini yang membawa kepada, apa yang saya lihat, kurang dalam perkembangan watak yang berimpak kuat. Terutamanya untuk watak Rayyan sendiri, yang pada saya seharusnya -- penemuan tentang mamanya dan keluarga baharu wanita itu, tentang legasi peninggalan Ariffin -- sememangnya boleh buat kejutan besar dalam diri Rayyan, dan aspek ini yang tidak begitu saya nampak atau bahkan seperti tidak ada dalam perjalanan cerita (sekurang-kurangnya pada penilaian saya sendiri). Dan bercakap tentang perkembangan, saya lagi suka sebenarnya kalau watak Rayyan dan Khalisa ni ambil lebih masa untuk berkembang dan saling mengenali -- mungkin sepanjang Khalisa berkerja di hospital seawal dua bulan dia mengenali Ariffin, tambahkan juga perkenalan dengan Rayyan, jadi senang untuk saya yakinkan diri sendiri yang perkahwinan di antara mereka cukup relevan (walaupun semata-mata untuk kahwin sementara). Ini jugalah yang saya maksudkan dengan kurang dalam perkembangan watak, sebab saya bahkan rasa kurang kenal dengan watak.

Sejujurnya, saya rasa banyak yang saya terlepas pandang (mungkin perlu baca buku ni untuk kali kedua). Sebab bila baca sendiri apa yang saya sudah tulis dalam review ni rasa macam banyak kontradiksi dengan diri sendiri (lol). Apa-apapun, saya rasa ada pembaca yang mampu menilai buku ini dengan lebih baik dan bagi saya jawapan, kenapa saya sebenarnya memang suka dengan buku ni tapi saya bagi banyak pula kritikan dalam ulasan saya; kontradiksi.
Profile Image for airazira.
34 reviews3 followers
May 1, 2022
Auto recommended !
Saya tak expect penulis akan buat satu cerita yang lain dari lain. Bukan sekadar cinta terpaksa aku dipaksa tapi, ada teka teki yang menjadi punca pasangan ini bersatu untuk memecahkan kod rahsia.

Pada mulanya saya agak rimas dgn jalan cerita yang terlalu laju dan nampak macam mudah sangat Khalisa menawarkan dirinya. Tapi, lama kelamaan saya suka dengan flow ceritanya sampai saya lupa nak berhenti untuk berehat😁. Penulis tak bagi peluang untuk bazirkan setiap sisi cerita. Tiada jurang yang membosankan malah semuanya padat padat dan padat!
Profile Image for lysareading.
310 reviews42 followers
June 24, 2022
»»————- Personal rating 2.5 ———-««

Boleh dikatakan buku ni umpama "Don't judge a book by its cover."
Oh kena tambah lagi, "Don't judge book by its title."

Tbh, kita tertipu dgn cover buku dan tajuk ( ͡° ͜ʖ ͡°) ku fikirin lebih kepada romantis gitu tapi tidak sama sekali ye (tbh, kita okay je) Unpredictable betul buku ni kawan-kawan. Kita tak expect penulis akan buat storyline misteri, puzzle-solving kind of thing. Feeling mcm explorace pun ada.

»»————- Naratif ———-««

🌻 Konsep merentas dunia, pencarian 'clue' untuk mencari kebenaran yg disembunyikan oleh family Rayyan bagi kita dah interesting from the start. Who knows apabila 'family theme' digabungkan dgn konsep sebegitu boleh jadi page-turner juga buku ni.

🌻 Sejujurnya, jalan ceritanya laju tetapi kurang memberi impak untuk part penyelesaian teka-teki. Of course misteri feeling itu ada sbb nak tahu sgt apa jadi kan, tetapi sepanjang pertengahan cerita tu bila Khalisa & Rayyan tgh gasak nak keep on cari 'clue' tu kan, rasa kekurangan dari segi penghayatan karakter itu sendiri. Tbh, kita rasa mendatar.

🌻 The execution of the riddles pun seems flat. Kurang mencabar sbb tahu-tahu je dah dpt the next clue ke tempat lain. Terasa cut off dkt situ.

✼  ҉ 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗰𝗵𝘂𝗽𝗽 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗽! 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝘆𝗴 𝘀𝘁𝗶𝗹𝗹 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗱𝗹𝗺 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗻𝗶 ҉  ✼

🌻 Nak sampai ke pengakhiran cerita tu, masa tu dah rasa kemuncak. Cara pembawakan watak jadi lebih kemas dan konflik yg jadi pun nampak tersusun dkt situ.

🌻 Watak sampingan pun masih lagi likeable bagi kita.

✼  ҉ 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 ҉  ✼

🌻 Kita teringin nak gambaran journal Pakcik Ariffin tu. Kalau boleh di illustrasikan journal dalam buku ni, confirm cun! Riddles pula, boleh ditambah baik lagi untuk lagi cabaran.

Overall, kita rasa seronok bila konflik2 jadi. Keep it up Sophia <3

Profile Image for Nur Fariha.
48 reviews3 followers
August 24, 2022
Baca kisah Rayyan dan Khalisa dah rasa macam pergi holiday virtually ya. Serata dunia diaorang pergi, hanya untuk mencari jawapan kepada persoalan yang ariffin tinggalkan dalam bentuk permainan.

Kisah Rayyan dan Khalisa; pada saya awalnya tak bermain dengan emosi sangat tapi sentiasa buat saya melekat untuk baca bab seterusnya. Dah nak ke hujung penceritaan baru saya rasa emosi turun naik. Bayangkan, bertahun mencari dan bertemu hanya untuk menggores hati 💔 kerana harta dan pangkat menjadi sanjungan😢

So, hujung2 rasanya misteri yang rayyan dgn khalisa nak rungkai ni, dapat diselesaikan ke tidak? 🧐

Kena baca, k? 😄
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
September 15, 2022
Asyik bayangkan Dr.Ariffin mcm pakcik squid game tu, haha. Kisah Khalisa & Rayyan menyelesaikan misi demi misi utk tahu apa yg Ariffin tinggalkan.
117 reviews
June 7, 2022
Last time I read about puzzle solving ni dalam YA novel, The Inheritance Games. This comes close- a great, brilliant entertainment. It has a lot of good aspects AND I LOVE KHALISA; MY BRILLIANT GIRL SO MUCH but I sangat marah ya dengan Rayyan. Thank God, watak minor macam Eden tak as frustrating as others. Overall, kudos to cik penulis. Teruskan berkarya!
Profile Image for WaniEzanee.
8 reviews
October 12, 2022
Buku ni permulaan dia agak strong dan intriguing. Seronok baca pasal teki-teki dan macam mana watak crack the code. Dinamik antara Khalisa dan Rayyan memang menjadi. Cuma saya rasa bila nak ke penghujung buku ni, fokus tu mcm hilang kejap. And i cannot really feel the conflict here. Rasa mcm konflik tu xdelah masalah besar sngt. Maybe writer should dig deeper on the conflict so the readers can actually feel it. Sbb watak jahat tu jahat dia mcm x sampai. Dan ada certain part mcm draggy dan saya rasa xperlu pun.

Tp untuk gaya penulisan saya suka. Senang nak dibaca dan dihadam. Overall it's a good attempt from writer sbb idea ni memang unik. Cuma perlu dipolish in certain area untuk jadikan buku ni lebih menarik.
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
March 29, 2022
Page turner
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
April 22, 2024
Sungguh... aku tak sangka begini. Buku ni merupakan buku pertama yang aku baca dari Prolog Media. Dah lama sebenarnya aku nak beli buku ni, niat jela pastu asyiklah terlupa. SIBF haritu ternampak, teruslah ambil huhu.

Khalisa merupakan yatim piatu yang bekerja sebagai janitor di hospital. Rayyan pula doktor dekat hospital tu. Persamaan mereka adalah Ariffin. Lelaki tua yang duduk di wad VIP. Kerana Ariffin, Lisa dan Rayyan bertemu dan kerana janji mereka, mereka bersatu untuk menghabiskan game terakhir yang Ariffin tinggalkan.

Aku sangkakan cerita ni biasa-biasa saja. Mungkin babak sweet lebih sikit sebab tajuknya. Tapi salahnya aku... Tak sangka rahsia keluarga Rayyan tu sangatlah susah untuk dirungkai, dengan segala klu dan petunjuk yang Ariffin tinggalkan. Jauh betul penghujungnya. Dan kerana penulis bijak bermain kata, aku susah nak letakkan buku. I crave more and more.

Khalisa, walaupun dia hanyalah seorang janitor, otak dia sangatlah bergeliga. Setiap klu, dialah yang berjaya selesaikan. Pemikiran dia tajam dan peka dengan detail. Rayyan juga tak kurang hebat, maklumlah, bapaknya mastermind game yang mereka lalui. Setiap penyelesaian yang Lisa bagi, dia akan dapatkan jawapan yang tepat.

Game yang diatur Ariffin ni bukan setakat menjelajah Malaysia je sampai ke luar negara dia atur. Di setiap negara tu, walaupun tak semuanya dapat jugalah kita dibawa berjalan. Dan di setiap tempat tu, mereka pasti berjumpa dengan sesuatu dari kisah silam Ariffin dan Shayleigh, isterinya. Makin banyaklah tanda tanya tentang ibu Rayyan yang belum memunculkan diri. Setiap satu insan dari masa lalu Ariffin punya pendirian tersendiri berkenaan Shayleigh. Tapi, bab menyelesaikan klu ni aku serahkan 100% dekat Lisa dengan Rayyan. Malas nak fikir hahaha.

Fav character haruslah Khalisa yang menjadi peneman dan pelindung Rayyan. Walaupun dia boleh je tarik diri, tapi dia tetap nak habiskan permainan. Rayyan pulak aku rasa biasa-biasa saja wataknya. Yang menggeramkan aku bila dia mula berprasangka dengan Khalisa. Eeee nak je ketuk si Rayyan ni.

All and all, buku ni seronok sangat dibaca. Ceritanya tak panjang sehingga melalut tapi cukup panjang untuk aku berpuas hati. Good first experience from Prolog.
Profile Image for Far.Zana25.
113 reviews1 follower
August 6, 2024
〄 RATING • ⭐⭐⭐️⭐ | 4.5 〄

𝙱𝙴𝚁𝚂𝙴𝙳𝙸𝙰 𝙼𝙴𝙽𝚃𝙰𝙻 𝚂𝙴𝙱𝙴𝙻𝚄𝙼 𝙱𝙰𝙲𝙰 𝙽𝙾𝚅𝙴𝙻 𝙽𝙸 𝚂𝙴𝙱𝙰𝙱...
.
𝙳𝙸𝚂𝙸𝙽𝙸 𝙱𝙴𝚁𝙼𝚄𝙻𝙰𝙽𝚈𝙰 𝚃𝚁𝙴𝙰𝚂𝚄𝚁𝙴 𝙷𝚄𝙽𝚃 𝙱𝚈 𝙰𝚁𝙸𝙵𝙵𝙸𝙽......

👨‍⚕ Harta yg direbutkan oleh pihak yg langsung xde hak keatas harta tersebut. Apa harta tersebut?

👩‍⚕ Adanya 𝑲𝒉𝒂𝒍𝒊𝒔𝒂 yg sentiasa disisi 𝑹𝒂𝒚𝒚𝒂𝒏 bgi menyelesaikan misi yg diberikan oleh arwah ayah Rayyan iaitu 𝑨𝒓𝒊𝒇𝒇𝒊𝒏.

👩‍⚕ Ibarat permainan cari & menang, Rayyan & Khalisa tak prnh putus asa utk cari setiap klu yg diberikan. Yg bestnya, diorg ni boleh travel ke beberapa tmpt & negara tau~~ 😍

👨‍⚕ Dlm masa yg sama, pihak yg cuba utk merebut harta ini turut berusaha utk mencari dimana ltknya item terakhir bgi mendapatkan hak sepenuhnya ke atas harta tersebut.

🧑‍⚕ Siapa yg menang? Siapa pihak yg jahat tu?

𝘒𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨-𝘬𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘰𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘰𝘢𝘭𝘢𝘯.
𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘬𝘴𝘶𝘥 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘮𝘣𝘶𝘯𝘺𝘪.

🩵 PERSONAL REVIEW 🩵

Fuh, mkn masa jugak nk habis baca sbb masa irl terlalu pack tapi disebabkan best baca buku ni yg berjaya bwk aq jenjalan merata utk cari klu so akhirnya aq berjaya habiskan baca tau.

Kisah tragis diantara Ariffin & Shayleigh juga membuatkan aq rasa mcm, cinta sejati itu ada cuma disebabkan beberapa halangan... Perlu dikorbankan walaupun hati kata tidak.

Penulis mmg hebat dlm menyusun strategi utk pembaca sama² merasai pengalaman menyelesaikan misi ni mcm real!

Tak rugi utk korg baca sbb ada jugak part² sweet between Khalisa & Rayyan hehe🤪

Apa² pun ty penulis @sophiaa_aster utk karya yg indah ini!

@prologmed

#partnerinlove #sophia #prologmedia #farzreads #malaysiamembaca #bookrecommendations #bookreview #fypシ #fyp #bookfyp #augustreads #far.zana25 #novel #treasurehunt #rayyan #khalisa #ariffin #shayleigh #mastermind
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
May 9, 2022
hilang diksi.

camna nak story mory pasal novel ni eh?

yang pasti game yang ada sepanjang cerita ni memang sangat mengujakan. pernah tengokkan movie yang pasal break-break code, nak cari klu, nak solve misteri. ini sebuah novel yang tepat kalau nak ada perasaan itu. sama-sama berdebar, sama-sama saspens, sama-sama seriau.

dan lagi, penulis bawa pembaca tour dunia. walaupun bukan secara keseluruhan tapi cuba amati, mana sudut dunia yang penulis bawa? haa... dekat situ dah rasa best sangat. penyampaian penulis memang sedap untuk dihayati. walaupun pegang bekas popcorn dalam panggung, payah jari tu nak suap popcorn masuk mulut dek kerana leka menonton. haa.. gitulah ibaratnya partner in love ni.

pasal siapa? alah, lupa pula. khalisa si gadis janitor dan doktor rayyan. mereka kenal, rapat dan bersatu pun atas sebab kerana ariffin.

ariffin memang master of the game. tapi khalisa sebenarnya lagi hebat. berpasangan pula dengan anak ariffin, rayyan.

yang mencetuskan kenapa ariffin buat semuanya adalah sebab cintanya yang pada shayleigh. walaupun dia kecewa tapi dia tak mahu turunkan rasa kecewa itu pada rayyan. sebesar mana pun salah seorang ibu, tetap... seorang ibu.

tapi memang geram dengan shayleigh nih. sibukkan dengan nama keluarga. haa.. part ni tak mahu cerita lebihlah sebab fokus pada rayyan dan khalisa.

"you crack the code, i'll get the answer..."

siapa yang akan jadi pemenang dan peneraju utama dalam permainan ini?

haa...
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 15, 2023
Best sangat novel ini dengan gaya bahasa penulis yang mudah. Saya suka dengan dua watak utama, Khalisa Saffina dan Muhammad Rayyan. Tapi lebih sikit mata untuk Khalisa kerana ketabahan dan kecekalan Khalisa menghadapi cabaran hidupnya walaupun dia seorang perempuan.
Banyak watak tapi tidak menjejas keseluruhan cerita kerana mereka ada peranan masing-masing.
Nak bagi 5 tapi tolak 1* kerana ada bab yang tergantung sepi atau mungkin saya yang terlepas pandang kot.
Pertama, kenapa Khalisa pilih kerja janitor hospital kalau dia ada ijazah. Bagaimana Khalisa sendirian boleh dapatkan wasiat Ariffin?
Kejadian di rooftop hospital in New York, Khalisa sakit nak bersalin semasa Silas Hughes acu pistol ke arahnya. Sejurus lepas tu Khalisa pun pengsan. Bagaimana sampai Khalisa boleh koma?
Kemudian whodunit buat saya pening nak fikir siapa sebenarnya yang tembak Silas?
Last but not least, tidak dinyatakan pasal polis pun, Silas kan mati kena tembak. Case closed begitu saja ke?
Highly recommended book! Bukan cerita yang biasa-biasa. Love this first novel by newcomer Sophia. Ada misteri, ada adventure, ada plot yang menarik dan tentunya ada sweet romance walaupun tak banyak macam novel cinta namun keseluruhan cerita sangat menghiburkan.
Profile Image for Mika.
20 reviews
November 11, 2024
Aaarghhhhhh. Dah habis 😫😫😫

Wahai cik penulis yang baik lagi comel, boleh saya tahu ke siapa yang tembak Silas pada babak babak akhir tu ? Kita ingatkan Rayyan tapi rupa rupanya bukan. Kenapalah kita peram buku ni lama sangat. Dahlah seronok sampai rasa macam rugi tak baca dari awal. Minta maaf ya cik penulis 🙇🏼🙇🏼.

Apa yang kita boleh kata buku ni sangat seronok untuk dibaca. Setiap babak tu sangat menarik. Tak ada satu bahagian pun yang membosankan. Puzzle demi puzzle Rayyan dan Khalisa cuba selesaikan. Belum masuk babak perjalanan rayyan jumpa kawan kawan abah dia dekat luar negara 😩😩. Kita suka kita suka. Itu belum masuk babak dari cameron highland ke indonesia ke yunnan lah 🙂‍↔️🙂‍↔️.

Nampak macam over kan, tapi percayalah cik penulis, saya dah berjaya keluar dari fasa ‘reading slump’ saya lepas baca buku ni. Disebabkan ni buku pertama dari cik penulis, saya rasa seronok. Betul kata kawan saya. Buku under prolog media jarang mengecewakan. Lepas ni dah boleh perlahan lahan cuba baca karya karya lain dari cik penulis.

Selamat maju jaya cik penulis. Moga diberi idea melimpah ruah dalam membuat cerita yang menarik lagi
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
January 3, 2023
Perjalanan pembacaan aku mulanya naik & merudum dipertengahan, lepas tu naik semula.

Aku tertarik dengan teka-teki & tempat² yang mereka lawati sehingga ke destinasi terakhir.

- SPOILER ALERT -

Siapa Shay?

Seorang yang pentingkan diri sendiri. Hanya kerana nama & maruah/harga diri/kebanggaan sanggup dia korbankan semuanya. Keluarga & kawan².

Fokus buku ni adalah berkaitan hubungan Rayyan & Ariffin, Ariffian yang terlalu berahsia dengan ananknya sediri. Namun, hero sebenar adalah KHALISA dalam cerita ni. Khalisa yang selesaikan semuanya.

Kekurangan buku ni bagi aku adalah emosi, aku tak boleh bersatu dengan emosi mereka, agak mendaftar tapi Shay berjaya sakitkan hati aku. I hate her, sorry not sorry.

Tak tahu lah aku terlepas pandang ke apa, Khalisa cari kotak wasiat tu di Hospital tapi tak di nyatakan di mana secara terperinci. Aku rasa tak puas hati sebab cerita ni berdasarkan riddle, puzzle tapi macam tu je ke? Kalau penulis kembangkan sedikit cerita/flashback pencarian kotak wasiat mungkin lebih menarik.

Aku juga tertunggu-tunggu aksi yang mungkin ada dalam buku ni tapi tiada (idea penulis pada awalnya tidak dikembangkan).

overall memang menarik cuba idea tidak dikembangkan dengan baik.
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
November 3, 2024
Penat jugak nk berfikir.. bila baca tuh rasa tak stop sebb nk tahu jwapan utk setiap game yg depa kena selesaikan..

Suka sngt Rayyan yg boleh jatuh cinta dgn bini sendiri smpai snggup give up dgn jwpan yg dia cari demi bahgia dgn bini dia..

Dan suka juga Khalisa yg x pernah mengalah.. even dia just cleaner tp bijak dia tuh bukan biase²..

Tp yg jd tnya tnya.. sapa yg tembak Silas.. dan ape yg menyebab kan Lisa koma smpai 1bulan.. tertnya² la jugak..

Overall.. i love this one sbab kena sama² berfikir dgn diaorg..

Rekomended utk mereka yg suka berfikir..
55 reviews2 followers
June 21, 2022
Lama saya tak baca buku genre cinta yang ada vibe Infiniti dan Rooftop. Buatkan saya excited nak habiskan pembacaan!

Sejujurnya blurb buku ni dah buat saya letakkan high expectation yang misteri dalam buku ni bukan sekadar selingan sahaja. Nasib baik author boleh balancekan element romance & mystery dan membuatkan reader terpaksa perah otak apa benda lah maksud klu-klu semua ni 😂

Good job penulis and sebenarnya saya tak sangka yang ini merupakan buku pertama beliau.
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
December 27, 2023
Boleh dikatakan jalan cerita agak menarik dengan bermacam teka teki berkaitan konflik keluarga ML.Cumanya elemen romantis antara kedua watak utama agak kurang dan lebih banyak memfokuskan perjalanan diorang mencari jawapan kepada misteri yang perlu dirungkai.So,agak kurang di situ,tapi boleh la anggap mereka mula saling menyayangi antara satu sama lain ketika mereka mengembara serata negara untuk mencari klu-klu tersebut.Apa pun plot digarap dengan baik.
Displaying 1 - 30 of 36 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.