Buat Muslimah yang jatuh cinta, buku ini khas untukmu! Kenapa aku perlu kotori cinta yang mulanya suci? Kenapa aku sanggup cemari maruah diri? Hanya kerana mahu rasa dicintai manusia yang bukan halal bagiku!
the only slack of this book is that akhir buku part 'quotes' berulang. sebelah sebelah pula tu.
untuk seseorang yang tengah sukakan someone, memang tertoreh sikit jiwa baca. rasa diri kotor pun ada.
kawan saya yang sedang dalam relationship selak selak sikit buku ni, dan dia lost interest. pada mulanya memang dia nak pinjam tapi 🤣 memang boleh buat orang terasalah.
buku ni bukan sahaja tentang orang yang jatuh cinta, ada juga tentang aurat, ibu bapa.
“Kita akan teruji dengan apa yang kita nasihatkan. Begitulah jika kita menasihat orang tentang memelihara hati, kelak hati kita juga akan teruji. Ikhlaskan hati niat menasihat kerana Allah”— h.156
Bila baca quotes ni ada satu perkara yg mengingatkan saya ttg berhati2 bila kita jadi penasihat. Terkdg ringan pada bibir nak nasihat sentap2 kat orang dan sampailah suatu hari nanti kita teruji dgn nasihat kita, barulah pada saat itu kita faham apa maksud berkasih syg dlm menasihati. Apapun itu, teruskan menasihat dan sebar kebaikan krna mungkin sudah sampai waktunya kita beramal atas nasihat kita itu dan disitulah menunjukkan manusia itu punyai byk aibnya yang belum tersingkap
Penulis ada letak disclaimer niche pembacanya, byk buku yg sefrekuensi begini saya perasan definisi maksiat diletak begitu umum seperti berkhalwat, zina. Walhal hakikatnya besar maksud kpd maksiat itu.
Dan tema buku ni utk membuka sedikit apa erti pernikahan disaat jiwa remaja dlm diri bergelojak nak berpasangan krna mahu bernikah. Hakikatnya nikah bukanlah hanya kisah romantik semata tapi 'love kennot pay bills dek'
Dan dlm karya ini saya beranggapan maksud kpd "ilmu yg harus mereka belajar" itu adalah terutamanya apabila si remaja sudah melonjak jadi wanita islam sudah dewasa. Maka ilmu itu adalah ilmu yg perlu diperhalusi—ilmu berfokus ilmu fardu ain, ilmu bab feqah wanita yg berkait rapat dgn feqab bab darah, tokoh2 yg kita boleh kenalkan yg menjaga terkenal dgn akhlak peribadi sebab saya selalu merasakan wanita harus ditekankan dlm bab khas akhlak bagi menjaga maruah dirinya
Biasalah tu, darah remaja ni darah panas masih memilih2 ni identiti dirinya. Rasa seperti seperti seorg kakak berpesan pesan kpd adik yang tgh deep talk tapi dalam keadaan direct aje. Ternampak kat library, terus baca ja la untuk bacaan santai, nak chill2 sikit hihi
Gabungan warna ungu palette yang cantik dan aesthetic ini sangat menarik perhatian. Saya memang suka dengan cover buku yang seperti ini. Buku ini bertemakan motivasi dan kata nasihat mengenai cinta.
Cinta memang sangat sinonim dengan kehidupan terutama sekali untuk remaja yang sedang bertumbuh menjadi dewasa. Waktu-waktu inilah perasaan ingin tahu tentang lawan jenis mula meningkat dan mula rasa ingin bercinta walhal cinta itu bukan sekadar romantik semata-mata tetapi lebih dari itu. Tanggungjawab dan amanah yang dipikul setelah bernikah bukan perkara yang main-main.
Kata-kata nasihat dalam buku ini sangat direct seperti seorang kakak yang sedang menasihati adiknya perihal cinta. Jangan sia-siakan masa remajamu dek kerana cinta yang tidak akan kekal. Perempuan itu kalau tidak disibukkan dengan ilmu, dia akan disibukkan dengan perasaan dan prasangkanya. Maka itu, perempuan haruslah disibukkan dengan ilmu dan belajar. Ingat itu wahai muslimah yang jatuh cinta.
“Wahai teman, jaga dirimu daripada ikhtilat. Ikhtilat itu hanya merosakkan dirimu. Ingatlah, jalan zina itu tidak akan terbentang jika tiada ikhtilat.”
Ikhtilat di tempat kerja, sekolah dan dimana saja perlu kita jaga. Tak kisahlah tua ke muda ke perlu jaga batas pergaulan. Banyak dah berlaku di luar sana dan di depan mata sendiri bila tak jaga ikhtilat. Disitulah terbukanya ruang yang boleh menyesatkan manusia untuk melakukan perkara yang haram.
Naskah ini lebih tertuju kepada para remaja yang sedang jatuh cinta dan dalam fasa ingin tahu tentang cinta. Untuk saya yang dah tua ini ketika membaca, lebih teringat waktu saya muda remaja.
saya bukan seseorang yang sedang jatuh cinta semasa membaca buku ini. Tapi tak bermakna tiada mesej yang tak dapat disampai kan. Kandungan yang pasti memberi kesedaran, andai Allah beri, tapi cukup memberi sedikit tamparan halus bagi yang terkena.
Perspektif saya adalah seseorang wanita yang ingin memperbaiki kepercayaan terhadap cinta. Bukan sekadar cinta antara dua insan berlainan jantina, tetapi cinta kepada Pencipta Cinta dan juga cinta terhadap diri dan keluarga.
Cukup ringkas dan bermanfaat.
Lebih baik jikalau menggunakan frasa dan kata yang lebih puitis dan menyentuh hati 🫶🏻🌟
Cinta, cukup subjektif. Cinta kepada manusia, cinta kepada benda, cinta kepada dunia dan banyak lagi cinta. Daripada pembacaan ini, aku simpulkan dan cuba kaitkan dengan situasi hidup.
- Cintakan diri adalah sangat penting dalam usaha menjaga diri. - Cintakan Dia kerna hati manusia dipegang olehNya dan hidup kita adalah untuk Dia. - Cintakan ibu bapa kerna doa anak yang soleh itu bekal amalnya bila meninggalkan dunia dan mereka tetap sayang dan cinta akan kita setelah bertahun-tahun besarkan kita. - Komitmen itu, besar pengorbanannya. - Biar asing asal mengikut suruhan Nya.
i'm 21. i think it's my fault reading this book despite the tittle since im currently not falling in love. the context are mostly repetitive. i didn't get the feeling while reading it and some of it very sarcastic. i put high expectations since ive read other books which are sooo good under same publisher. make me quiet dissapointed.
however, the words suitable for teenagers, very direct and feels like gettin advice from friends.
yes, i pernah buat silap. i pernah jatuh cinta time usia muda and i rasa bangga gila time tu. sampai satu hari, i sedar sampai bila nak buat dosa ? then i found this book. buku ni relate sangat dgn i. im so happy yang i dah sedar dosa and dah taubat. thank you so much author sbb tulis buku ni . semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. amiin