What do you think?

Sudah Hampir Malam di Kyoto
Musim bunga
turun dari bukit
dan menegur kota.
pohon bangun
sakura pun senyum
dan berasmara dengan cahaya.
kumbang berdengung ke udara
mabuk madu puspa.
Menjadi pengembara bermakna menjadi seorang pemerhati. Ibarat merenung permukaan tasik, kaulihat rupa dan ragam penghuninya: menghadam segala riaknya, sesekali cuba memahamkan kocaknya.
Muhammad Haji Salleh membawa kau membonceng basikal—memperinci alam dan watak-watak pelbagai latar yang merentas benua dan arus waktu. Bau soyu dan tempura membertih musim, helai-helai hari penjual batik di pasar sibuk, atau wanita berambut biru asyik merias untuk kekasih yang tak kunjung tiba—segalanya terlihat jelas di deria. Kau telusuri perjalanan kegelisahan seorang mahasiswa kepada kematangan seorang pemikir yang memperhalusi kerencaman budaya serta tradisi.
Naskhah ini mengumpulkan 81 puisi terbaik sempena ulang tahun kelapan puluh Sasterawan Negara ini, di samping transkripsi temu ramah istimewa seputar kepengarangan beliau dan sastera Malaysia.
Hari sudah hampir malam. Mahukah kau pulang, atau teruskan kelana?

- GenresPoetry
189 pages, Paperback
First published April 1, 2022
About the author
Muhammad Haji Salleh
80 books30 followersSasterawan Negara yang ke-6, 1991. Penerima S.E.A. Write Awards 1997. Tokoh Anugerah Akademik Negara 2008.
Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College Brinsford Lodge, England. Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D.
Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun.
Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Malah pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.
Fokus penulisan beliau ialah puisi dan kritikan sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi. Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Rusia, Sepanyol, Thai , Vietnam ,Portugis dan Perancis. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu.

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
May 13, 2022
'Apa ada pada nama?' tajuk puisi yang terakhir dan terpanjang sungguh menarik hati manakala puisi pendek yang saya suka antaranya 'Durian' dan 'Waktu dan usia'. Pengalaman kembara beliau menyerikan puisi-puisi yang ditulis. Kumpulan puisi ini disusun dan dibahagikan menjadi enam bab bertema. Cara ini membantu pembaca memahami intipati puisi.
November 8, 2024
Dalam naskhah ini, pengalaman, pengamatan dan renungan seorang pengembara yang telah melalui pelbagai lanskap budaya, sejarah dan perasaan dianyam dalam bentuk puisi. 81 puisi terbaik sempena ulang tahun ke-80 SN Muhammad Haji Salleh dihimpun, disertai transkripsi temu - ramah yang memperlihatkan sisi intelektual dan falsafah kepengarangan seorang Sasterawan Negara yang telah menjelajah serata dunia dan jiwa manusia.
Ia rakaman sebuah perjalanan batin dan jasmani yang merentas benua dan masa. Bermula dengan musim bunga yang turun dari bukit, menyapa kota Kyoto dengan sakura yang tersenyum dan kumbang yang mabuk madu puspa. Dari situ, aku dibawa membonceng basikal bersama penyair, menyusuri lorong - lorong budaya dan sejarah, dari pasar batik yang sibuk hingga ke wanita berambut biru yang merias diri untuk kekasih yang tidak kunjung tiba.
Setiap puisi adalah cerminan riak tasik - kadang tenang, kadang bergelora — yang memperlihatkan ragam manusia dan dunia. Ada bayang - bayang perjalanan seorang mahasiswa yang gelisah menjadi pemikir yang matang, yang memperhalusi kerencaman budaya dan tradisi.
Dalam puisi - puisinya, kau akan bertemu dengan pelbagai watak pinggiran: penjual batik, wanita berambut biru, mahasiswa murung, gadis dusun, pekerja kontrak, dan seniman malam. Dorang ni aku lihat sebagai lambang kerencaman manusia yang menjadi cermin kepada penyair dan pembaca.
Gaya bahasa SN Muhammad Haji Salleh dalam naskhah ini adalah gaya seorang penyair yang telah mencapai kematangan estetik dan intelektual - lembut tapi tajam, puitis tapi penuh makna. Beliau menggunakan metafora yang kaya dan simbolisme yang mendalam, seperti musim bunga turun dari bukit atau wanita berambut biru menunggu kereta api, yang membuka ruang tafsir yang luas. Ada pengaruh klasik Melayu dalam ritma dan diksi, tapi juga sentuhan moden dan antarabangsa yang menjadikan puisinya bersifat universal. Gaya seperti ini adalah makanan aku, indah dan bijaksana dalam kata - kata.
Pengembaraan adalah proses pemahaman diri dan dunia. Menjadi pengembara bermakna menjadi pemerhati, dan pemerhatian membawa kepada pemahaman. Tema - tema seperti identiti, sejarah, budaya, cinta, kehilangan, dan waktu bergema dalam setiap puisi dalam koleksi ini. Ada juga renungan tentang peranan pengarang, tentang makna menjadi penulis dalam dunia yang semakin kompleks. Jangan sekadar membaca, cuba kau renung dan berdialog dengan teks - teks ini, nescara kau akan peroleh sesuatu yang tak dijangka.
Buku ini adalah untuk korang yang menghargai sastera sebagai medan pemikiran dan perdebatan. Ia bukan buku yang mudah, tetapi memberi ganjaran intelektual dan emosi yang tinggi - paling sesuai kalau kau telah melalui pelbagai pengalaman hidup dan kini mencari makna yang lebih mendalam dalam sastera. Ini adalah naskah dokumentasi estetik dan intelektual seorang Sasterawan Negara yang telah membawa sastera Melayu ke pentas dunia. Karyanya hidup, dan jiwanya dirasai.
5 / 5 stars

January 7, 2024
Kulit bukunya sahaja sudah cukup mengujakan.. Puisi-puisinya pula melengkapi apa yang dipaparkan pada kulit buku ini.. Menarik..
August 18, 2025
Kumpulan puisi-puisi dalam ni tak ada la sampai meninggalkan luka emosi tetapi lebih kepada cerita dalam bentuk puisi. Hahaha tah la, yang penting aku happy bila sampai ke penghujungnya.
June 30, 2026
Resensi Buku bil. 13/2026
Tajuk: Sudah Hampir Malam di Kyoto
Penulis: Muhammad Haji Salleh
Penerbit: Kata-Pilar Books
Cetakan Kedua: Disember 2022
Ketebalan: 161 muka surat
Genre: Puisi
Harga: RM 25.00 (PBAKL 2024)
Alhamdulillah.
Pada hari terakhir separuh tahun pertama 2026, selesai juga pembacaan saya buku yang ke-13, sekaligus mencukupkan sasaran pembacaan saya untuk separuh tahun ini.
Buku Kumpulan Puisi "Sudah Hampir Malam di Kyoto" karya SN Muhammad Haji Salleh telah dibeli oleh isteri saya di PBAKL 2024, kira-kira dua tahun lalu. Ia dibeli dengan sebuah lagi kumpui,"Nyanyian ikan-ikan kecil" karya SN Terengganu, Hilmi Rindu.
Namun begitu, kedua-dua buku ini telah menerima nasib yang begitu berbeza.
Kumpui Pak Hilmi Rindu telah dibaca dan ditulis resensi oleh saya pada hari yang sama. Barisnya yang pendek-pendek dan pengamatan beliau kepada hal-hal biasa lagi sepele namun diberi pengertian di luar norma kebiasaan amat menarik hati saya. Lantas tanpa ragu-ragu saya memberikan 5/5 kepada naskhah berkenaan dan diulang-ulang baca sekali sekala. Namun begitu, kumpui ini telah mendiami rak buku yang paling tinggi di rumah dan disantuni debu-debu halus dan sawang lelabah.
Bumi telah berputar 730 kali di paksinya, dan PBAKL kembali lagi, dengan edisi 2026. Tidak seperti tahun-tahun kelmarin, saya tidak membelanjakan hatta satu sen pun di reruai kegemaran saya, Kata Pilar. Bukanlah niat saya untuk memboikot rumah penerbitan itu, namun masih ada beberapa naskhah buku terbitan Katapilar yang masih belum saya santuni, dan kumpui ini salah satunya.
Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada saudara Wan Nor Azriq yang telah berjaya membonsaikan khazanah belantara sastera seorang Muhammad Haji Salleh ke dalam 161 muka surat ini. Beliau telah menyusun 71 puisi ini kepada enam bab mengikut tema. Antara tema yang saya paling gemari ialah puisi-puisi kembara MHS, puisi sejarah Melayu dan puisi-puisi dalam bab pulang si tanggang.
Ketika mula menceburkan diri dalam hobi menikmati puisi, saya bersikukuh bahawa dua dosa paling besar dalam puisi ialah lewah dan klise. Walhasil, saya menjadi pencandu kepada puisi minimalis. Tidaklah salah menikmati puisi minimalis, namun yang salahnya ialah saya telah meletakkan puisi-puisi panjang, contohnya puisi-puisi dalam kumpui ini sebagai puisi lemah dan kurang bermutu. Ia seperti saya, seorang yang baru menamatkan tadika dan belajar mengeja tetapi mengatakan Kamus Dewan itu lewah dan tidak berguna.
Dalam perjalanan dua tahun saya menikmati puisi, saya telah meletakkan nilai yang tinggi kepada puisi-puisi yang menggunakan citra yang cerdik, metafora yang di luar kotak, dan puisi rebel melawan arus. Kerana ia adalah cerminan diri saya yang sedang melalui fasa poetic adolescence.
Namun semakin jauh pengembaraan saya di ranah puisi dan meneroka khazanah sasterawan terdahulu, saya mula belajar untuk menghayati keindahan bait-bait kata dan kejernihan nasihat yang terlindung di bait-bait yang lebih panjang. Dahulu saya menyangka puisi yang baik mestilah pendek, padat dan melawan kebiasaan. Hari ini saya belajar bahawa puisi juga tidak tergesa-gesa. Ia berjalan perlahan, mengajak kita duduk, memerhati dan mendengar. Barangkali yang berubah bukanlah puisi Muhammad Haji Salleh, tetapi kita sebagai pembacanya.
Andai puisi-puisi Rahimidin Zahari saya seperti berbicara dengan seorang abang yang selalu menasihati tentang hal-hal akhirat, dan Hilmi Rindu seperti duduk di tangga surau kampung dan berbasa-basi bersama tok siak, berinteraksi dengan puisi Muhammad Haji Salleh saya seolah-olah dibawa menghadap dengan Tun Perak, seorang bangsawan yang juga ilmuwan; namun keluasan ilmunya tidak menjadikan beliau megah, dan kerendahan hatinya pula tidak mengurangkan ketokohannya.
Akhirul kalam, apakah lagi yang saya dapat perkatakan. Tidaklah lengkap bahasamu jika kau tidak singgah dan berbicara dengan puisi-puisi MHS. Singgahlah ke taman keilmuan ini. Berteduhlah di pohon keperibadian ini. Moga-moga kita menjadi insan berbudi lagi berbudaya bila dibasuh keluhuran sungai hikmah yang tersimpan di sini.
Rating: 5/5

January 19, 2024
Kalau dapat ditamsilkan sajak-sajak Muhammad Haji Salleh dengan sesuatu yang lain, ia umpama angin.
Seperti Muhammad yang tekal mengembara sepanjang hidup, begitu jualah bayu puisinya. Ia menerbangkan kita melewati sejarah dan kekinian, sesekali meniupkan teladan dan pesan-pesan kebudayaan, mendinginkan perasaan. Jarang-jarang menjadi taufan amarah, tetapi acap kali mengeluskan pemikiran.
Dan untuk seorang penikmat kehangatan bahasa, damai pesan puisi-puisi MHS saya sedari, bukanlah selera saya sebenarnya.

June 9, 2022
Tahniah kepada pasukan penerbit yang berusaha menerbitkan kumpulan puisi ini. Dari kulit buku hingga ke susunan puisi semuanya menarik dan menjadikan buku ini kelihatan cool dan style. Puisi-puisi yang ada adalah puisi renungan dan pemikiran sambil membawa kita mengembara bersama-sama Muhammad Haji Salleh.
May 10, 2026
4.5 bintang.
May 13, 2022
Prof Muhammad Haji Saleh merupakan sasterawan negara yang menjadi idola aku sejak sekolah rendah lagi selepas Allahyarham Azizi Hj Abdullah. Sejujurnya, buku karya ini sangat-sangat melunas rindu aku terhadap nukilan beliau.
Puisi-puisi Prof sangat bersahaja. Cukup dengan hanya 5-6 patah perkataan sahaja sudah membawa aku untuk berfikir dan bermuhasabah diri. Puisi beliau tiada aksara yang gah, tetapi masih mampu diselami hingga aku tersenyum waktu membacanya, lagi-lagi puisi terakhir buku ini. Sumpah puisi akhir itu terpaling lawak. Aku ketawa tak henti. Hahaha!
Terima kasih Kata-Pilar Books atas usaha menaikkan nama sasterawan yang agak lama tidak mendengar khabar dari jauh. Dan buat Prof Muhammad Haji Saleh, semoga Allah memberi kesihatan untuk Prof.

February 23, 2023
Kumpulan puisi yang baik.
Kebanyakan puisi MHS umpama stik yang di masak penuh (well done). Sedap pada masa yang sama kering. Ia bukannya tidak baik tetapi hidangan Prof Muhammad bukan untuk citarasa saya. Namun, ini antara puisi beliau paling saya suka:
Sebuah Puisi
Sajak Orang Gagal
Inti Waktu
New York (paling suka)
Salju Shibuya (umpama bufet)
Cahaya
Malam
Alur Setar
Cakerawala Pasir
Waktu dan Usia

August 2, 2022
Jika Sesuatu yang aku baca itu meninggalkan kesan buat diri, buku itu harus diberi 5 bintang.
July 21, 2025
Pada akhir naskhah puisi ini ada diselitkan sesi wawancara dengan pemuisi. MHS menekankan kepada penyair baru akan kepentingan membaca supaya industri sastera negara dapat diubah. MHS turut menyatakan penyair baru perlu kurang tulis tentang subjek rindu.
Sebelum saya baca puisi-puisinya, saya analisis terlebih dahulu transkripsi perbualan antara MHS dan penemuramah— sekadar menebak personaliti beliau dan cuba mencungkil topik atau subjek yang beliau sering kupas dalam karyanya.
Pada hemat saya, MHS kurang menulis tentang perasaan, tapi bukan tak ada langsung puisi sebegini— misalnya pada malam begini yang memerihalkan kerinduan dan ingatan yang mendalam terhadap sang kekasih, tapi saya lihat puisi-puisi yang dicoret oleh beliau lebih banyak mengekspresikan penindasan terhadap golongan lemah dan miskin — pekerja kontrak, realiti kehidupan rakyat marhaen— pemandu teksi dan karya bersifat peribadi seperti alur setar dan apa ada pada nama?
Berikut ialah karya beliau yang menarik perhatian dan membuatkan saya lekas jatuh cinta pada aksara buatannya;
1.menunggu kereta api
2.pada malam begini
3.di kubur chairil
4.pekerja kontrak
5.pemandu teksi
6.alur setar
7.apa ada pada nama?

January 19, 2023
Puisi yang ditulis oleh Tuan MHS lain daripada yang lain. Puisi beliau lebih menjurus kepada keadaan persekitaran dan masyarakat pada masa itu. Beliau tidak hanya fokus menulis ke arah perasaan dan jiwa. Namun saya perasan akan satu elemen yang senantiasa ada dalam setiap tulisannya iaitu — pengalaman. Pengalaman yang dipandu dan ditimba dengan sebaik-baik cara merupakan tunjang yang dipegang kukuh dalam setiap karya beliau. Seterusnya, menjadikan beliau salah seorang daripada penyair kegemaran saya.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews