Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lelaki Berambut Rumput

Rate this book
bukankah di kebun itulah
ayahmu menabur huruf
kemudian Alif pun tertanam kejap
dalam dirimu

Segalanya terasa hijau di ubun-ubun.


Ingatan bertumbuh, menggamit matahari dengan redup udaranya, membangkitkan nostalgia kampung yang kita mungkin tak pernah ada. Tetapi kita ada di situ—di samping penyair santun Rahimidin Zahari—mengerjakan sebidang tanah kenangan, dari benih tradisi dan akar warisan, menyuburkan puisi-puisi dari lecah dan lumpur.

Sebanyak 50 puisi terpilih beliau dikumpulkan dalam naskhah segar ini untuk terus dibaca oleh generasi berikutnya.

Mari, kita rentas sungai usia bersama-samanya, memaknakan kehidupan dan kematian: dua desa bening yang tak berpenghujung.

109 pages, Paperback

First published April 1, 2022

Loading...
Loading...

About the author

Rahimidin Zahari

44 books17 followers
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Halus daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Diploma Pengurusan Seni daripada Universiti Malaya (UM) ini telah menghasilkan karya dalam semua genre sastera serta memenangi pelbagai hadiah kesusasteraan di peringkat kebangsaan seperti Hadiah Penulis Muda Terbaik Cerpen ESSO-GAPENA, Hadiah Puisi Kebangsaan SHAPADU-GAPENA, Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-GAPENA, Anugerah Sastera Islam Darul Iman, Hadiah Puisi Islam Yayasan Pelajar, Hadiah Sastera Kelantan, Hadiah Utusan Exxon-Mobil, Hadiah Sastera Perdana, penerima Anugerah Penghargaan MASTERA 2013 dan Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH 2013.

Menghasilkan sebanyak 20 buah buku perseorangan dan lebih 60 buah buku kumpulan karya bersama penulis lain serta 11 buah buku kumpulan puisinya telah diterbitkan, antaranya Lakaran Kampung, Sekepal Tanah, Matahari Berdoa, Di Kebun Khatulistiwa, Zamok Iz Peska (Istana Pasir - sebuah kumpulan puisi terjemahan dalam bahasa Rusia di Moscow), Aksara, Perjalanan Salik, Rawana (dwibahasa Melayu-Inggeris), Perahu Fansuri, Bayang Beringin dan Laut Tujuh Gelombang Buih. Puisi beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dunia seperti Inggeris, Rusia, Portugis, Korea, Arab, Thai dan Perancis.

Buku beliau seperti Makyung: The Mystical Heritage of Malaysia (ITNM, 2010) dan Wayang Kulit: Shadow Play the Folk of the Malay Archipelago (ITBM, 2013) telah dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt (2010 & 2012).

Beliau pernah bertugas sebagai Pengurus Panggung di Istana Budaya dan Editor Majalah PENTAS di samping pernah memegang jawatan Bendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Munsyi Dewan (Sastera) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Beliau meninggal dunia kira-kira jam 4 petang pada 14 Mei 2015 di Hospital Sungai Buloh, selepas tidak sedarkan diri sejak seminggu. Beliau yang meninggal dunia pada usia 47 tahun itu, dimasukkan ke Hospital Selayang pada 6 Mei 2015 sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pembedahan untuk menghentikan pendarahan di otaknya akibat serangan darah tinggi. Beliau meninggalkan seorang balu, Rosliza Zakaria dan lima anak berusia 9 hingga 20 tahun.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (35%)
4 stars
5 (35%)
3 stars
4 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for heijireads.
55 reviews
July 24, 2024
Nukilan puisi yang sarat dengan imbauan masa lalu di kampung bersama jerih payah seorang bapa mencari rezeki dan juga ibu, tempat untuk bermanja. Buku ini juga menyelit sedikit sebanyak tentang keinsafan kematian, percintaan, dan lain - lain. 4.0 bintang daripada saya 🌟
Profile Image for Jack Malik.
Author 23 books21 followers
March 8, 2023
Himpunan yang sederhana.

Bagi saya, Rahimidin “Laut Tujuh Gelombang Buih” adalah “Peak Rahimidin” atau seorang Rahimidin yang telah fully-realised.

Apa-apa pun, untuk Lelaki Berambut Rumput, inilah sajak kegemaran saya:

Jari-jari Ibu
Autobiografi V
Biduk
Ayah Telah Menuliskan Namaku Di Atas Badai
Anak Laut
Segenggam Hati
Profile Image for Nasser Mikraj.
12 reviews
May 24, 2026
Perca-perca yang dicantum untuk menjadi baju seorang lelaki ‘berkepala’ desa. Tetap menikmatinya biarpun tidak terlalu ‘kaw’ untuk seorang RZ dalam Sekepal Tanah & Laut Tujuh Gelombang.

Puisi pilihan;

1. Puisi untuk hati
2. Ajal
3. Sekepal tanah
4. Autobiografi v
5. Kulukiskan engkau
Profile Image for Amar Jue.
27 reviews
January 7, 2026
Resensi Buku #10

Tajuk: Lelaki Berambut Rumput
Penulis: Rahimidin Zahari
Ilustrasi kulit: Uzair Rashid
Ilustrasi dalam: Ain Zulaikha
Penerbit: Kata-Pilar Books
Ketebalan: 99 muka surat
Harga : RM25.00

Alhamdulillah. Selesai membaca buku kumpulan puisi Lelaki Berambut Rumput karya (Almarhum) Rahimidin Zahari. Ini adalah buku kelima yang aku baca tahun ini hasil tangan penerbitan Kata-Pilar Books selepas nokturna, Bukan Perindu, Nyanyian Ikan-ikan Kecil dan Sajak kepada Tuhan.
Selepas menikmati lima hidangan lazat dari restoren bahasa Kata-Pilar, baru kusedar ada perbezaan pada warna kulit juadah yang dihidangkan. Kalau buku tu berkulit putih, maknanya ia adalah dari siri "Tokoh Puisi" di mana akan ada nombor di tulang buku. Tapi jika itu berwarna penuh, ini bermakna ia adalah ditulis daripada bukan siri Tokoh Puisi. Jadi penulisnya mungkin dari golongan lebih muda dari tokoh-tokoh tadi.

Misalnya dalam kata pengantar buku Sajak Kepada Tuhan, (Almarhum) Rahimidin ada menyatakan beliau pernah menjadi mentor kepada penulis (Faisal) yang menjadi peserta Minggu Penulis Muda DBP. Jadi dalam ertikata lain, buku-buku berkulit putih ini lebih 'otai' daripada yang berwarna. Itulah pemerhatianku setakat ini.

Kali pertama aku membaca sosok tubuh seorang Rahimidin atau juga dikenali dengan nama Abe Mie adalah melalui artikel Salman Sulaiman[1] di Dewan Sastera dan perkongsian Zainal Rashid Ahmad[2], seorang penulis, wartawan dan pempengaruh media sosial terkenal. Mereka berdua telah menceritakan sosok seorang yang pemalu, merendah diri, mudah bergaul, sedangkan telah mempunyai karya-karya yang besar dan pemenang anugerah sastera. Nama beliau turut disebut-sebut oleh gurunya, Sasterawan Negeri Kelantan, Tuan Rosli K Matari[3] dalam majlis Belasungkawa Penulis Terengganu dan Kelantan anjuran DBP Wilayah Timur baru-baru ini. Pada belahan senyuman beliau, terbayang kerinduan seorang guru kepada anak murid kesayangan setiap kali menuturkan namanya saat mencitrakan kisah mereka. Begitulah kasihnya rakan sekeliling kepada almarhum.

Baik kembali kepada resensi buku puisi. Sejujurnya aku tidak pernah membaca karya yang begitu mengesankan pada hati yang mendekatkan aku kepada perkara yang semua orang tahu tetapi sukar untuk terima: kematian. Rahimidin tidak menggunakan bahasa yang terlalu berbunga-bunga atau metafora berpusing-pusing menjelajah angkasa, tetapi setiap perkataan yang dipilih penuh emosi dan padat makna. Susunan bait-bait sederhana ini diam-diam datang mengetuk hati pembaca membawakan kisah-kisah kampung dan watak-watak mencorakkan kanvas kesusasteraan beliau.
Jika dengan Hilmi Rindu aku tertib bersila dengan seorang murabbi menyampaikan hikmah lewat bahasa yang halus, puisi-puisi Abe Mie ibarat nasihat hangat dan kasih seorang abang kepada adiknya sambil menjamah nasi kerabu di bawah pohon manggis di halaman rumah nenda.

Sekalipun puisi-puisi dalam buku ini tidak terbahagi kepada bab-bab tertentu, penyusunnya dengan bijak telah menyusun puisi-puisi Abe Mie mengikut tema-tema bermula dari kematian, suasana kampung, percintaan, dan lain-lain. Syabas kepada Dr Fahd Razy yang teliti dan halus dalam penyusunan sehinggakan kala membaca naskah ini kita seolah-olah sedang berbual mesra dengan Abe Mie dari satu topik ke topik yang lain tanpa rasa canggung.

Akhir kalam, sungguhpun Abe Mie telah pergi dulu meninggalkan dunia yang fana ini, beliau akan terus hidup dalam hati-hati pembaca yang menghayati nasihatnya lewat puisi. Meminjam kata-kata Dr Victor A Pogadev[4] yang menterjemah karya Abe Mie ke Bahasa Russia, "Rahimidin bukan sahaja kebanggaan Kelantan, tetapi kebanggan Malaysia". Dan kita turut bertuah kerana Tuhan Yang Maha Pengasih telah meminjamkan hambanya yang pengasih ini untuk membasahkan hati-hati kita melalui perantaraan tulisan.

Rating: 5.0/5.0

Displaying 1 - 4 of 4 reviews