Terkandung dalam buku ini catatan dan biografi wira negara kita, Dato' Mohd Rani Abdul Rashid dalam usaha beliau dan rakan-rakan pasukan keselamatan negara yang lain menentang pengganas komunis. Buku ini turut merekodkan riwayat para pejuang 69 Komando yang telah gugur.
Tinta buku ini menjerit payah dan susah mereka yang bersama dengan Dato’ Mohd Rani menghadapi lebih 9 pertempuran di hutan menentang keganasan pasukan komunis. Mereka rela hidup bermakan peluru, hidup jauh daripada keluarga dan taulan, hidup memerah keringat di tengah belantara demi agama, bangsa dan negara.
Walau 30 tahun telah berlalu sejak kisah ini terlukis dalam sejarah, buat julung kalinya ia dikongsikan dalam buku Pertempuran di Hutan, dengan harapan anak bangsa kita tidak akan lupa jasa pahlawan yang tumpahnya darah mereka, menjadi saksi kemakmuran kita sejagat.
Terima kasih di atas pengorbanan penulis kepada negara. Walaupun ketika itu saya masih lagi tiada di dunia, tetapi pengorbanan penulis serta rakan polis memberi impak kepada keamanan negara.
Saya selalu mendengar pengalaman tentera, memandangkan ayah dan semua pak cik sebelah emak merupakan tentera/bekas tentera. Antara perkara yang saya suka berborak dengan ayah adalah pengalaman dia semasa bekerja di kem dan kolej tentera. Ayah pernah bagitau kalau dia ceritakan semua pengalaman dia dan latihan tentera, saya pasti akan menagis. Dan apabila saya baca mengenai latihan penulis, saya pasti saya akan menagis jika saya mendengar terus dari mulut ayah saya.
Jadi, saya teruja membaca pengalaman terus dari seorang Komando 69, kerana saya cuma selalu mendengar cerita mengenai misi mereka. Saya tidak dapat bayangkan bertapa peritnya latihan yang perlu dihadapi dan perasaan setiap kali berhadapan dengan komunis.
Cuma saya tertanya, bagaimana nama misi diberi? Kerana nama dia unik, contoh seperti Operasi Sedar Manis. Adakah nama diberi secara rawak, atau ada kisah di sebaliknya. Saya mengagak Operasi Rambo mendapat nama dari filem Rambo yang keluar pada tahun yang sama dengan operasi itu dijalankan, iaitu 1982.
Akhir sekali, saya merasakan bekas ahli Komando 69 perlu lebih diberi penghargaan dari yang sedia ada, kerana mereka adalah sebab mengapa rakyat Malaysia selamat dari komunis yang ketika itu masih menganas.
Pengalaman penulis selaku anggota VAT69 Komando yang ditugaskan untuk melawan pengganas komunis. Mengimbas kembali 12 operasi dari awal dekad 1970an hingga 1988, termasuk satu operasi pada tahun 2005 melibatkan kapal dagang yang dilaporkan telah dirampas oleh lanun di Selat Melaka pada tahun 2002. Dan ini hanyalah operasi yang dibenarkan ditulis di dalam buku ini. Ada banyak lagi tapi penulis tidak dapat huraikan. Belum declassified mungkin?
Kita dapat hidup dengan aman hari ini kerana pengorbanan anggota-anggota keselamatan seperti Dato' Mohammad Rani ini. Tabik Hormat kepada mereka semua!
Banyak info mengenai Vat 69 yang penulis kongsikan. Pengalaman berharga dalam mempertahankan tanah air tidak dapat kita balas sampai bila-bila.
Kita ditakdirkan bukan mengangkat senjata demi sebuah keamanan tetapi hargai dan jagalah keamanan negara ini. Bukan sikit pengorbanan dan nyawa yang melayang untuk kita bebas hidup gembira seperti sekarang.
Terima kasih semua anggota keselamatan!! Terima kasih penulis kerana berjaya menghasilkan karya yang membangkitkan sayang kepada negara tercinta.
Sebuah buku yang berkongsi pengalaman penulis sebagai seorang anggota VAT69. Tanpa buku-buku sebegini, kita tidak akan tahu susah payah yang dilalui oleh anggota keselamatan dalam menjejaki dan menghapuskan komunis di negara kita.
Bukan mudah menjalankan operasi di dalam hutan. Daya ketahanan fizikal dan mental, displin, kerjasama dan gerak atur dalam setiap operasi amat penting untuk memastikan kejayaan.
Untuk kita memahami keadaan hidup ketika itu, kita patut berterima kasih kepada pahlawan kita yang dahulu nya menentang komunis. Terima kasih penulis kerana menulis dengan secara terperinci tentang semua operasi yang ada sehingga komunis menyerah kalah pada tahun 1989 di negara kita ini.
Terima kasih penulis kerana menceritakan setiap operasi sehingga ditegurnya juga tentang uniform yang tidak garang kerana untuk mesra dengan masyarakat. Terima kasih