Jump to ratings and reviews
Rate this book

Terhempasnya Pesawat MH747

Rate this book
Pesawat MH747 terhempas di sebuah pulau aneh. Hutan tropika, tetapi ada salju yang turun dari langit terbuka. Anehnya, pokok-pokok ini mampu hidup seperti matahari masih memberikan kehangatannya. Tak cukup dengan salju, pulau itu dipenuhi oleh haiwan-haiwan pemangsa dari zaman ais yang memburu mangsanya, puak manusia yang sudah pupus sejak ribuan tahun lalu. Juga tidak ketinggalan, wabak penyakit yang membunuh.

Kumpulan penumpang yang terselamat daripada nahas itu harus saling bekerjasama untuk memastikan mereka terus kekal hidup. Khairul Anuar, seorang bekas penipu tiba-tiba dipilih sebagai ketua mereka. Dia seperti mendapat peluang kedua untuk menebus semula dosa-dosa silamnya.

Mampukah mereka keluar hidup-hidup dari pulau itu? Atau mampukah mereka membina kehidupan untuk kali kedua?

551 pages, Paperback

First published April 1, 2022

12 people are currently reading
50 people want to read

About the author

Helmi Effendy

25 books171 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
31 (47%)
4 stars
19 (29%)
3 stars
13 (20%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Arifful Baqi.
Author 11 books36 followers
June 13, 2022
Assalamualaikum, antara sebab aku suka novel ini, Antaranya:
1. Novel ini ditulis oleh Helmi Effendy.
2. Setiap bab tidak terlalu panjang, memberi peluang pembacaan yang tenang dan tidak serabut kepada pembaca. (Ini sama untuk semua novel hang).
3. Garapan ayat yang berkualiti. Sejujurnya aku tak pernah bosan membaca setiap patah perkataan karangan novel hang.
4. Pengenalan kepada haiwan prasejarah melalui penerangan bentuk fizikal sememangnya mendatangkan imaginasi.
5. Plot twist yang tidak diduga.
6. aku puji karakter-karakter yang dicipta kerana setiap seorang memainkan peranan yang sangat penting dan berkait dengan perjalanan cerita. Asasnya, aku percaya bahawa Puak Langit ini berpegang teguh kepada prinsip kemuliaan, tetapi persepsi itu berubah seiring dengan selakan lembaran kertas. Tiada watak yang benar-benar berhati mulia dalam novel ini (mungkin hanya Indah satu-satunya yang berhati mulia).
*Aku tak sangka Aziz akhirnya buat keputusan untuk setia dengan Khairul walaupun dikhianati berkali-kali.
7. Novel ini ditulis dengan kematangan pemikiran. Menampakkan ketinggian akal fikiran penulisnya. Penulis menulis novel ini pada tahap, yang mungkin endingnya sendiri mengejutkan penulis itu sendiri.
8. Licik dengan tipu helah puak-puak. Jadi konfliknya lebih luas dan tidak tersekat di antara manusia dengan haiwan purba semata-mata.

Kesimpulannya, aku tetap bagi 5/5 bintang walaupun The Lost World pada aku berada di tahap yang lebih sempurna.
Cuma soalan aku, adakah setiap 30 tahun akan ada pesawat yang terhempas dan adakah manusia yang jatuh terhempas itu semuanya akan berubah menjadi ‘jahat’.

Sekadar pandangan peribadi. Terima kasih.
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
263 reviews56 followers
March 29, 2023
Agak kecewa sedikit sebab aku ada high expectations.

Perkara paling aku tak berkenan pasal buku ni – pace cerita bergerak persis shinkunsen. Laju yakmat sampaikan aku rasa macam baca sinopsis. Tahu2 dah terhempas, tahu2 dah habis itu ini. Tak sempat mendalami apa2.

Kedua, genre yang bercampur sangat sampaikan mengganggu experience membaca. First macam thriller, pastu tiba2 jadi horror. Aku macam ehhh???

Ketiga. Terlalu banyak plot sehinggakan aku rasa macam lelah cuba ingat dan faham plot2 tersebut.

Minor tak suka, dialog banyak yg cringe dan ada self insert (🤮)
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
August 2, 2023
Pesawat MH747 yang membawa penumpang ke Korea telah terhempas di sebuah pulau misteri. Sebuah pulau berhutan tropika namun bersalji. Dihuni pula oleh haiwan-haiwan prasejarah yang telah lama pupus. Dipimpin oleh Khairul, para penumpang yang terselamat berikhtiar untuk bertahan hidup di pulau aneh tersebut.

Sebuah naskah yang mempunyai pace penceritaan yang laju. Tiada yang lewah dalam setiap babak. Walaupun pelbagai konflik dimasukkan namun bagi SH tidaklah serabut. Semuanya tersusun dengan teratur.

Banyak betul watak dalam naskah ini. Ada yang kadangkala SH terlupa siapa watak tersebut terutamanya watak yang jarang muncul. Namun watak-watak utama diberikan perkembangan yang cukup baik. Khairul SH rasa antara watak yang sangat berkembang baik. Walaupun rasa geram dengan pengakhiran watak Khairul tapi ia masuk akal.

World building cerita ini dibuat dengan sangat baik dan tidak secara terburu-buru. Tiada lambakan maklumat. Setiap babak ada pertambahan sedikit demi sedikit tentang dunia tersebut.

Namun babak-babak imbas balik kadangkala memeningkan kerana tidak dinyatakan ia adalah imbas balik. Bila sudah membaca dua tiga baris ayat dalam babak tersebut, barulah tahu ia merupakan babak imbas balik. Kalau dinyatakan lebih awal tiada kekeliruan yang akan terjadi.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
June 12, 2024
Plot yang berlainan dari buku-buku di Malaysia, jadi itu adalah satu poin bonus.

Tapi saya rasa ada sesuatu yang kurang di sana sini. Apa ye?

Mungkin dari segi perincian. Pelbagai masalah yang menimpa kumpulan penumpang yang terselamat dari pesawat MH747 yang terhempas, dan masalah-masalah tersebut ditulis penulis 'back to back'. Banyak kejadian-kejadian yang buat dahi mengerut: antara yang terawal adalah babak Zaki dan Demi berlawan dengan ular sawa purba. Saya tak boleh membayangkan babak tersebut dengan baik dengan hanya bergantung pada cara penceritaan penulis. Kurang perincian ini terjadi dalam banyak babak lain, seterusnya menyebabkan pembacaan jadi tak lancar.

Dari segi penggunaan bahasa, saya tidaklah mengharapkan buku ini mempersembahkan laras bahasa tinggi. Cuma ada sesetengah ayat dan dialog seperti terbaca janggal. Ada juga dialog-dialog perasaan yang menjadi cringe disebabkan muncul dalam situasi yang tiba-tiba. Dari segi penyampaian ayat, jika diperkemas dan lebih diperhalusi susun ayat, buku ini boleh dipersembahkan dengan lebih baik.

Rasanya rasa yang tepat untuk menggambarkan pengalaman pembacaan TPMH747 seperti sedang melihat filem-filem Brendan Fraser seperti Journey To The Center of The Earth, penuh adventure, pantas dan padat tapi termampat dalam durasi 2 jam.

Terima kasih penulis
1 review
April 15, 2022
Sebuah karya yang terbaik. Perkembangan watak yang amat menarik, semuanya ada karakter yang tersendiri sehingga mampu menimbulkan rasa dan kesan yang amat mendalam di dalam diri pembaca. Bukan sekadar novel biasa, penuh dengan aksi thrill dan mencemaskan, dikembangkan dengna baik oleh saudara Helmi. Walaupun setebal Yellow Page tapi rasanya macam belum cukup puas. Terbaik HE
1 review1 follower
April 7, 2022
[KEASYIKAN BACAAN BUKU TERHEMPAS PESAWAT MH747 KARYA HELMI AFFENDY]

Akhirnya dapat jua membaca sebuah karya yang mendebarkan.
Sebelum saya memberi ulasan setelah membaca buku ini, Saya sertakan link shopee untuk memudahkan para kenalan membelinya.
Link shopee : http://bit.ly/TerhempasnyaShopee.

Ini julungkalinya saya membaca novel karya saudara Helmi Affendy untuk mencari nafas baru dalam mengenali lagi ramai penulis novel berkualiti kerana saya sudah terbiasa membaca novel selama 10 tahun.

Secara pandangan peribadi buku ini ada kekuatan tersendiri antaranya :

1. Mempunyai garapan ayat bahasa melayu yang kualiti menggunakan prosa kata yang tepat dalam menghuraikan situasi hingga terbayang di fikiran saya sebagai pembaca. Contoh sedikit sedutan dalam buku tersebut yang turut membangkitkan minda saya untuk berimaginasi ialah :

“Aku rasa lembing dan sauh ni semua milik Puak Nobat.
Senjata mereka kalau Megalodon buat hal masa diorang
nak ikat mangsa ritual bodoh diorang tu,” ujar Aziz, namun
Khairul tidak menjawab. Dia membisu sambil matanya tajam
melihat sirip gergasi yang muncul lagi di permukaan air. Dari
atas, bayang jerung gergasi itu terlalu besar, dan saiz bot itu
hanya satu perlima daripada saiz jerung itu.
“Sedia?” soal Khairul. Aziz mengangguk.
“Sekarang!” teriak Khairul.
Aziz terus melemparkan sauh tadi sekuat hatinya ke dalam
air. Sauh itu kemudian mengenai belakang Megalodon yang
berada dalam air. Apa lagi, kesan darah berwarna merah
mula timbul ke udara. Bot yang dinaiki oleh Khairul dan Aziz
bergegar sejenak sebelum bergerak dengan sendiri.".

2. Banyak maklumat sejarah yang dihuraikan dalam bentuk thriller dan fiksyen seperti nama haiwan prasejarah. Ini buktinya :
“Titanoboa merupakan seekor ular gergasi yang ditemui
oleh Jonathan Bloch daripada Universiti Florida dan Jason Head
daripada Universiti Nebraska di Hutan Cerrejon, Colombia.
Blorch mengagak bahawa panjang ular ini adalah sekitar 30
hingga 35 kaki, iaitu bersamaan dengan 9 hingga 10 meter.
Beratnya sekitar 900 kilogram. Dipercayai kelebaran Titanoboa
ialah 0.91 meter,” jelas Zaki di dalam kelasnya."

3. Kesukaan saya tentang buku ini adanya bab khusus tentang binatang- binatang prasejarah yang ditulis dalam bentuk cerita. Jadi tanpa sedar saya telah ingat nama saintifiknya seperti Titanoboa (ular gergasi), Megaladon (Jerung gergasi) dan banyak lagi. Nak tahu dengan lebih lanjut kenalah beli buku ini dan baca dengan penuh penghayatan. Selamat membeli Guys.

Seterusnya, bagi saya buku ini sesuai dibaca oleh banyak lapisan terutama dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana, buku ini jauh dari unsur lucah dan banyak elemen-elemen positif yang dipertontonkan seperti sikap kepimpinan, sikap tolong-menolong , kerjasama dan banyak lagi. Walapun ada bahagian keganasan juga seperti perang dan pertelingkahan persahabatan, tetapi masih saja mengekalkan unsur ang diambil sebagai teladan dan sempadan. Lagipun buku ini, penulisan bahasa melayunya kemas .Maka boleh membantu para pelajar dalam menulis karangan.

Di samping itu, telah sedia maklum buku ini genre thriller, maka sesiapa peminat karya Ramli Awang Mursyid patut cuba membaca karya ini. Dalam buku ini ibarat menggabungkan penulisan-penulisan Ramlee Awang Mursyid seperti Uggu Karmila, sedikit sebanyak perwatakan Mikhail dan banyak lagi.Namun begitu, bukanlah penulis ini meniru idea Ramlee Awang Mursyid tapi lebih kepada gaya penulisan yang menghidupkan imaginasi dan diselitkan perkara fakta sejarah dan santifik.

Insyaallah anda yang hendak membeli buku ini tidak akan merasa rugi sama sekali kerana anda pasti akan tenggelam dalam imaginasi yang dicipta dalam karya ini.

Akhir sekali, bagi yang baru mengenali penulis ini dan ingin mengetahui lebih lanjut pelbagai karya beliau boleh mengikut halaman Facebook The Patriot.

Link shopee : http://bit.ly/TerhempasnyaShopee.
Profile Image for Azizul Farhan.
2 reviews
April 14, 2022
TERHEMPASNYA PESAWAT MH747

Penceritaan dibukakan dengan seorang ketua sebuah puak yang mendengar dentuman sebuah pesawat terhempas ke pulau yang berada jauh dari alam sebenar yang didiami penumpang pesawat tersebut. Novel Terhempasnya Pesawat MH747 ini membawa kita dalam satu pengembaraan penumpang pesawat tadi untuk bertahan hidup di sebuah pulau yang dipenuhi binatang prasejarah dan salji melanda di tengah-tengah kepulauan hutan hujan tropika tersebut.

Ini merupakan novel ketiga daripada Helmi Effendy yang telah saya baca setelah Dirgahayu dan Menggunung. Sejujurnya, saya meletakkan novel ini di hierarki tertinggi jika mahu dibandingkan dengan Dirgahayu dan Menggunung. Hal ini demikian kerana banyaknya peristiwa-peristiwa yang di luar jangkaan berlaku boleh berlaku di pulau seperti Isla Nublar ini. Sejak awal lagi, kita sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku kepada setiap watak di dalam novel ini. Babak-babak intense dan penuh kejutan dalam novel ini disusun dengan kemas mampu membuat anda tidak boleh berhenti membaca dan ingin tahu apa yang akan terjadi di bab selanjutnya.

Perkembangan setiap watak dalam menghidupkan jalan cerita sangat memberi kesan. Terutama sekali terhadap watak utama, Khairul Anuar yang bertanggungjawab memimpin puluhan penumpang yang terselamat daripada kecelakaan nahas udara terbabit. Watak-watak sampingan juga mempunyai karakter yang tersendiri yang menjadikan mereka unik dan mempunyai peranan yang besar dalam menggerakkan jalan cerita serta memberi impak yang besar kepada pembaca.

Akhir kalam dari saya, jangan lupa sediakan tisu jikalau anda membaca novel ini. Sinonim dengan novel Helmi yang lain yang tidak pernah lari daripada peristiwa pahit yang mampu menggugat jiwa kejantanan anda. Tiada yang indah-indah belaka. Novel ini mampu memberikan kepuasan yang dijamin kepada anda terutama sekali kepada penggemar genre survival thriller serta peminat Helmi Effendy sendiri. Sekian. 5/5

Damak @ Azizul Farhan
14/4/2022
Profile Image for Ilham Mazalan.
Author 7 books75 followers
April 10, 2022
Sebuah buku yang membangkitkan imaginasi zaman kanak-kanak, dan diwarnai dimensi moral seorang dewasa.

Membaca MH747 akan banyak mengingatkan kita tentang fantasi sewaktu menonton cerita dinosaur dan makhluk pra sejarah lain. Sebuah cerita survival dan thriller yang mengujakan. Sarat dengan fakta ilmiah, namun tidak kaku kerana sentuhan peribadi penulis (yang kita sedia tahu sudah lama menulis).

Saya cukup suka interaksi antara watak-watak yang realistik dan matang. Serta penataan latar belakang watak yang menarik dan pelbagai.

Plotnya sukar disangka dan akan banyak menimbulkan dilema dalam diri pembaca. Ini sebuah karya yang akan membuat kita berkata

"Penulisnya seorang yang berilmu dan berani".
Profile Image for Iman Sufi.
1 review
April 20, 2022
Karya pertama Tuan HE di tahun 2020.

Sebuah karya yang pada saya menyimpulkan gaya penulisan dan genre HE. Thriller, horror, sai-fi, politik, time travel, aksi, kesemua genre yang pernah ditulis HE berjaya dimasukkan dalam novel ini.

Sebuah novel yang sukar diramal jalan ceritanya dan menyediakan plot twist yang mengejutkan, bercerita tentang bagaimana caranya untuk selamat di atas sebuah dunia beku.

Dan bagi sesiapa yang pernah membaca karya HE sebelum pastu pastinya merasakan ada "vibe" yang agak berbeza berbanding novel-novel sebelumnya. Sebuah penulisan yang berat dengan emosi, sebuah penulisan yang menunjukkan kematangan dari pengalamannya selama menjadi penulis,dan juga sebuah penulisan yang terasa "berat" dan "matang".

Apapun, sebuah karya yang sangat disarankan bagi anda yang ingin mencari kelainan dalam rutin pembacaan anda!
7 reviews
April 10, 2022
Rating sebenar aku 4.5. Ok,

Ni bukan novel pertama Helmi Effendy yang aku pernah baca. Sebagai pembaca yang rajin membaca buku omputeh, Helmi Effendy sahaja novelis Melayu yang aku pernah baca buku dia. Itu sebelum aku kenal dengan Syeraho, Aliff dengan Hasiff Rayyanlah. Bermula dari Dari Alam Lain, diikuti dengan Menggunung (best), lepastu aku cuba baca The Lost World, dan juga Dirgahayu.

Walaupun novel dia seronok dibaca, tapi kalau boleh nampak ada sesuatu yang hilang dalam buku-buku ni. Sesuatu yang lain dalam semangat buku ni.Sesuatu yang mungkin membuatkan kau rasa macam membaca karya yang 'muda', dan 'mentah'.

Tapi berbeza dengan MH747. Semangat yang ada dalam buku ni lain. Wataknya lebih gritty, realistik. Plot twist dia tak terjangka. Dan plot dia pergi lebih jauh dari jangkauan. Aku tak katakan buku ni sempurna. Tak. Jauh sama sekali. Kau boleh nampak titik-titik kedewasaan bila membaca buku ni.

Senang untuk aku simpulkan di sini, aku boleh rasakan yang MH747 merupakan satu titik di mana kau boleh merasakan yang karya HE sudahpun berubah menjadi matang. Karyanya semakin dewasa.

Adakah itu lebih baik ataupun tak buat pembaca? Entah. Aku tak tahu. Korang semua kena baca sendiri. Bagi aku, aku suka.
Profile Image for Luqmanul Hakim.
Author 1 book3 followers
July 23, 2025
Kali terakhir saya baca buku fiksyen thriller rasanya masa sekolah menengah, buku-buku Ramlee Awang Murshid. Dari kecil sudah membaca RAM, tapi bila dah membesar selera saya dah mula berubah dengan buku-buku genre lain, jadi saya tinggalkan. Bila baca buku ini, nampak pengaruh RAM di situ, jadi ada tanda baik sebab beliau memang seorang penulis yang sudah terbukti kepakaran penceritaannya.

Terhempasnya Pesawat MH747 ialah kisah mengenai satu pesawat yang terhempas bukan di dalam lautan seperti dunia sebenar, namun di sebuah pulau abnormal – di tengah-tengah hutan boleh turun salji. Beberapa survivor pesawat ini kemudiannya menyedari seperkara lagi yang aneh – banyak haiwan dan tumbuhan purba wujud di sekeliling mereka. Mereka wujud pada Zaman Ais. Itu salah satu yang segar dalam cerita ini. Jarang jumpa fiksyen Malaysia yang membawa masuk watak mamot, Titanoboa, Megalodon, Smilodon, dan banyak lagi. Siap ada makhluk hipotetikal seperti spesies pisang yang beradaptasi untuk tumbuh pada musim sejuk di pulau yang bersalji itu. Boleh tahan imaginasinya.

---------------------------------------------------------
Kekuatan:

Satu yang saya perasan stail Helmi dalam buku ini, babnya sangat banyak, tapi ditulis pendek-pendek satu bab. Sangat mudah untuk orang-orang yang sibuk dan mampu menyelak beberapa muka surat saja setiap hari.

Kemudian, kekuatan Helmi sebagai penulis fiksyen saya nampak ialah pada kelebihan beliau mencipta banyak watak dengan keperibadian yang asing, dan plot yang sarat dengan konflik. Walaupun ada bahagian yang agak mendatar, tapi sekejap sahaja sebelum ada drama yang mencengkam. Baru berehat, tiba-tiba ada serangan haiwan. Baru sedang bergembira, tiba-tiba ada rakan yang halusinasi dalam diam dan memudaratkan orang lain. Dan penulis bijak menimbulkan rasa ingin tahu pembaca apa yang akan jadi di penghujung cerita. Adakah mereka akan terselamat jua, atau tersangkut pada zaman itu selamanya? Kemudian ada pula kisah cinta yang terselit antara beberapa watak. Ok la, ceritanya kalau ada bajet tinggi, boleh buat movie.
----------------------------------------------------------------------
Ruang penambahbaikan:

Terhibur sikit bila baca review seorang lagi pembaca yang mengatakan ‘’cerita bergerak persis shinkunsen. Laju yakmat sampaikan aku rasa macam baca sinopsis.’’ Betul, itu apa yang saya rasakan. Mungkin ada orang suka dengan pacing yang agak laju dalam cerita, tapi sebagai seorang veteran yang stamina bacaannya tak laju, saya rasa selesa sedikit kalau pacingnya diperlahankan, penulis lebih membawa pembaca menghayati satu babak itu dengan lebih teliti sebelum bergerak ke babak seterusnya.

Ada ketika yang saya rasa terganggu dengan fakta teknikal seperti Gigantopithecus sang orang utan purba yang makan manusia, Deinosuchus si buaya purba yang tak lut peluru, atau labah labah yang makan mayat haiwan. Ia sedikit mengganggu ‘suspension of disbelief’ (pengangguhan ketidakpercayaan) saya dalam menghayati kisah. Helmi mungkin akan membidas balik dengan mengatakan alah cerita, memang kadang-kadang tak perlu ikut betul pun. Tapi saya balas balik, kalau penulis boleh berusaha untuk masukkan kehidupan purba serta fakta ringkas mengenai mereka dalam kisah ini, saya kira realisme haiwan-haiwan ini sedikit terganggu juga lah dengan larinya fakta di sudut lain seperti tabiat makanan mereka atau ketebalan kulit mereka.
Akhir sekali, walaupun keseluruhan buku ini bagus, saya merasakan yang editingnya masih boleh diperbaiki. Agak kurang polished sebab kadang-kadang ada perkataan yang saya rasa boleh cut, ada bahagian yang agak repetitif, ada kesalahan ejaan. Tapi yang penting, ia tak mengganggu keseluruhan kisah.

----------------------------------------------------------------
Final verdict: 7/10. Not bad, bacaan ringan-ringan masa cuti. Baru menceburi ‘HE Universe’, semoga ada peluang selak karya-karya fiksyen dia yang lain seperti Malaysia Sesudah Kiamat, atau Rama-Rama (belum terbit).
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
January 7, 2023
Dialog agak 'cringe', susah nak habiskan pembacaan. Tapi habiskan jugalah sebab plot yg okay.
Profile Image for Teja Amanina.
5 reviews
November 3, 2025
BESTTTT SANGATT 10/10

tapi sayang underrate

i dh lama but lupa but i remember how much i love and enjoy reading this book

dia punya advanture tu best gilaaa ! rasa woow , character dlm buku best banyak and masing ada kawan , lovers ! ,

aku malas review panjang sbb lupa tapi yang pasti bestttt sangattr
Profile Image for Aqilah Syahirah.
16 reviews
July 17, 2022
Permulaan kisah yang pada awalnya saya ingatkan seperti dalam filem Jurassic World mula meleset apabila memasuki bab tragedi di rumah api. Membacanya pada waktu malam pula lagilah membuatkan bulu roma saya berdiri. Pada dasarnya, saya geram dengan tindakan2 yang tidak bijak oleh mereka tetapi tindakan2 itulah membuatkan mereka terus maju ke depan hingga terbongkarnya bukan hanya mereka sahaja yang wujud di pulau itu, malah ada kehidupan manusia lain yang tinggal bersama. Melalui Puak Nobatlah baru mereka tahu yang mereka berada pada era zaman ke hadapan yang telah hampir menghancurkan bumi sebelum itu.

Inilah salah satu bacaan yang membuatkan saya tidak senang duduk >.<. Beli dan bacalah. Pada permulaan mesti sakit hati tapi pada pengakhiran, ia membuatkan saya terfikir dan merenung sejenak dengan tindakan Khairul itu.
Profile Image for Ain Book collectors .
40 reviews
March 25, 2023
Herm ..not bad quitely best seolah2 kita dalam pengembaraan dalam movie Jurassic and the meg.for me bestlah.saya ingatkan nanti diorang akan back at time kapal terhempas,but not.diorang hidup terus pada zaman ais 200 tahun akan datang.so.bolehlah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
January 23, 2023
Sudah lama sebenarnya tidak membaca novel sehingga tidak ingat bila kali terakhir membaca novel. Secara jujur, aku tak pernah membaca karya fiksyen Helmi Effendy. Entah kali ini, bagaimana terpanggil untuk membacanya pun tidak aku ketahui, cuma tangan saja yang gatal menggapai, membelek, membaca dan kemudian tanpa sedar terlekat sehingga ke penghabisan.


Setelah membacanya sehingga ke penghabisan, rupanya ia sebuah novel thriller. Ya aku sendiri tak perasan perkataan thriller di cover buku ini. Dan hint juga telah diberikan melalui ayat, “Neraka Tidak Pernah Sebeku Itu”

Aku biasa memulakan pembacaan dengan rasa ingin tahu. Kenapa penulis memilih no 747? Aku mula mencari pencarian keunikan nombor boeing 747. Unik juga tapi aku pun tak pastilah kaitannya berdasarkan andaian aku.

1. Bab ke Bab
Dari bab perceritaan ke bab seterusnya, seolah aku melayan drama yang aku nantikan, ‘what’s next?’. Penulisan karya buku ini aku fikir tidak terlalu perlahan dan juga tidak terlalu laju. Momentum imaginasi tu berjalan dengan gambaran yang lancar. Dari bab ke bab, setiap rasa itu terasa rencam. Dan penulis seolah memberikan kesegaran imaginasi dari semasa ke semasa.
Masalahnya aku bukanlah pembaca yang membaca karya thriller dan aku rasa,
eh giler Helmi ni, tengah malam buta, sampai pula aku di bab yang creepy dan scary ni. Mujur saja bab tahyul tu tidak terlalu Panjang. Tetapi kemudiannya aku dihidangkan dengan episod thriller demi thriller yang buat aku dilem untuk teruskan pembacaan. Aku teruskan saja kerana masih tertarik dengan haiwan pra-sejarah yang diadun kemas.

Bab ke bab ni juga tidak terlalu panjang, jadi buat aku rasa fokus, dan tidak juga confuse dengan watak yang banyak kerana sesebuah novel jika watak terlalu banyak pun boleh menyebabkan aku tak boleh catch up. Malah novel ini turut diberikan kesegaran dengan gambar watak di awal mukasurat dan memberikan 'pass' untuk aku cari sendiri apa perwatakan setiap watak.

2. Gambaran
Mungkin sudah lama tidak membaca novel, aku fikir gambaran yang dikemukan penulis memberikan aku satu pandangan yang jelas pada watak, latar dan perkara yang sedang berlaku.

3. Ilmu Bantu
Ilmu bantu diadun dengan kemas tidak menampakkan seperti membaca karya ilmiah. Seperti contoh poliosis. Penulis menggarap info dengan baik tanpa memberatkan pembaca. Juga haiwan pra-sejarah yang sememangnya wujud yang sekaligus membuat aku menekan carian Google tentang rupa setiap haiwan itu.

4. Nilai diri
Meneruskan pembacaan, secara tak langsung aku menyusun dan melengkapkan puzzle. Sesekali sebelum pembacaan ke seterusnya sampai, aku juga membuat satu andaian, tetapi andaian itu meleset. Jadi di sini penceritaannya menyegarkan. Dan aku menjumpainya sedikit demi sedikit. Sesekali aku juga merasakan secara tidak langsung, penulis menggambarkan sifat seseorang pemimpin atau mungkin sisi lain kita (walaupun pembaca) melalui watak-watak ini. Lihat saja bagaimana Helmi mengadun prinsip Machiavelli. Halus.

Malah membaca buku penggembaraan seperti ini mengingatkan aku pada penulis Rahmat Haroun dengan bukunya Panggil Aku Melaju. Ya, jauh sekali. Panggil Aku Melaju tidaklah terlalu triller tapi kematangan penulisan Helmi pada buku Terhempasnya Pesawat MH747 ni aku fikir berada di tahap itu pada cara jalan cerita itu diadun. (Mungkin sebab aku tak expect penulisan thriller sebegini rupanya)

5. Elemen Fantasi
Elemen fantasi atau lagenda yang dicerap membuatkan jalan ceritanya tidak berasa janggal. Pengembaraan dalam cerita ini aku fikir kalau ada lakaran peta pasti lebih menarik. Imaginasi aku buatkan peta-peta ini seakan bersambung-sambung seperti dotted line menuju ke suatu destinasi. Tapi lakaran ini aku fikir pada bab awal hingga pertengahan saja cukup memadai. Seterusnya, aku sebagai pembaca merasakan aku sedang bermukim di pulau sesat itu, di sesuatu kawasan.

6. Ingin tahu
Zaman ais! Wujudkah? Oh ya ada….. begitu yang membuat aku terfikir. Haiwan-haiwan unik yang bukan fantasi membuat aku lebih tertarik dengan jalan cerita yang ditulis. Penulis tidak mengasak banyak perkara dalam satu bab membolehkan otak aku untuk menghadam dan explore melalui carian internet untuk melihat sendiri gambaran haiwan-haiwan ini.

7. Jalan cerita menuju pengakhiran.
Aku merasakan, “Watak utama ni dah melampau… tapi chill kena teruskan juga”. Apabila aku habis baca aku macam terkebil-kebil pula macam cuba mengingati sesuatu, tetapi aku sendiri tidak tahu. Dan “Neraka tidak pernah sebeku itu” akhirnya terjawab. ah, plot twist!

Adakah imaginasi aku melampau semasa membacanya? Mungkin ya dan mungkin tidak. Aku fikir Helmi sudah mengetuk pintu imaginasi pembacanya.

8. Penanda Buku
Hoho. Yang ni epik, sentimental, dan unik. Aku harap Patriot Publishing teruskan lah keluarkan penanda buku pada setiap buku yang diterbitkan. Novel ini malah membuat aku mengembara dengan penanda buku yang seolah bersifat seperti tiket penerbangan!
Profile Image for Hanalovesbooks.
155 reviews20 followers
August 17, 2022
Page turner! Dari awal sampai habis non stop rasa curious. Misteri dirungkai perlahan-lahan. Takde plot yang sia-sia. Semuanya diperlukan.

Mengisahkan tentang sebuah pesawat yang terhempas dan masuk ke alam baru. Khairul, puteri dan beberapa lagi penumpang yang terselamat terkejut dengan keadaan sekeliling. Hutan yang dipenuhi tumbuhan tropika tapi hidup dalam salji. Mereka menjumpai banyak kehidupan purba yang hidup beratus juta tahun dulu. Khairul yang dulunya scammer, kini diangkat menjadi ketua dan bertanggungjawab atas keselamatan setiap orang.
---------

Bila baca ni teringat cerita jumanji. Especially masa awal² dorang belajar survive, so dorang kena lawan dengan haiwan² purba yang besar² gadak tu. Disebabkan aku tak tau sangat pasal haiwan purba ni, aku akan google untuk tengok rupa haiwan ni macam mana.

Jadi, aku dapat gambaran sebesar dan sengeri mana haiwan² ni. At least aku belajar something juga dalam buku ni.

Walaupun main theme pasal survival, tapi dalam ni ada juga horror, mystery dan thriller. Cara pembunuhan especially bahagian belakang, agak gore sikit.

Memang kejam juga cara pembunuhan tu.

Dari segi bahasa, penulis berjaya menarik minat aku dengan penulisan dia. Takde berkias ke apa. Straight to the point so aku faham. Yela. Memandangkan aku ni lemah sikit bila genre macam ni, maka aku perlukan bahasa yang mudah untuk aku mendalami cerita tu. Apa yang membuatkan aku rasa tak bosan bila baca cerita ni, penulis tak descriptive sangat dalam world building. Sesetengah buku nak cerita pasal world building je pun dah beberapa pages. So end up aku jadi bosan. Tapi ni world building tu diterangkan dalam plot. Dan cerita ni sangat fast pace. So, tak sempat mengantuk.

Ada ramai main character dalam ni. Masing² ada personaliti dan tugas yang berbeza. Menjadikan cerita ni colorful. Boleh jadi dark, boleh jadi ceria. Disebabkan setiap personaliti tu ada ceritanya tersendiri, jadi aku boleh ingat apa peranan masing² dalam ni. Dan kebanyakkan character dalam ni mempunyai kisah silam masing². Aku suka bila character tak perfect. Baru realistik.

Akhir kalam, aku suka gila novel ni walaupun ni bukan genre yang aku minat.

Penulisan penulis yang bersahaja dan realistic. Ni first time aku baca buku penulis. Maybe lepas ni aku nak check it out buku lama penulis. He might become my fave author. Who knows 🤷
Profile Image for Farahi Kamaruddin.
12 reviews3 followers
April 2, 2023
Wow!

Itu perkataan pertama yang keluar usai membaca novel ini. Jujurnya, novel ini adalah novel kedua HE yang aku baca selepas Dirgahayu. Sebelum ini hanya membaca buku non fiksyen karya beliau.

Bagi yang pernah membaca Dirgahayu, sesungguhnya novel ini berbeza! Vibe yang berbeza, sehingga sewaktu membaca, aku jadi sedikit tak sabar untuk tahu seterusnya, dan seterusnya.

Mujurlah, setiap bab tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek, just nice dan puas untuk membacanya. Alur cerita juga bergerak pantas, dengan setiap info atau fakta yang diberitahu dalam penceritaan, yang tak buat aku rasa seperti disumbat dengan maklumat.

Pada aku, meskipun novel ini banyak watak, which is aku tak kisah pun, sebab each watak ada kekuatan masing-masing. Ada character development yang tersendiri. Malah pembinaan dunia yang mereka diami itu juga menarik.

Kekuatan HE ini pada aku adalah dia pandai menggambar. Ya, yang itu, show don't tell itu. Dia menggambar melalui penceritaan, dan aku boleh bayangkan dunia serta watak-watak itu dalam kepala aku.

Apapun, tahniah HE untuk novel ini. Tahniah juga buat penerbit! Menanti novel HE yang seterusnya!🫡🫡
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
December 29, 2022
Solid 4.5 ⭐

Survival thriller lain dari yang lain. Paling aku suka, author punya wild imagination. Jauh perginya.

Secondly, the way he connects the plot, just like smooth criminal. Kau somehow akan fikir bapak merapu, but turned out it's a good merapu. Hah, aku pun dah sama naik merapu.
2 reviews
December 26, 2023
Kisah survival yang memang menarik walaupun agak panjang. Banyak sungguh cabaran yang Khairul hadap bersama-sama watak lain. Ending dia agak unexpected and agak dark sikit. Cumanya ada a few masalah typo/silap nama so jalan cerita agak terganggu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
November 4, 2022
Pengembaraan Khairul dan team yang digelar Puak Langit di pulau pelik yang mana dihuni oleh hidupan prasejarah yang telah pupus. Banyak info yang dikongsikan penulis seperti nama-nama saintifik makhluk prasejarah yang pernah wujud suatu ketika dahulu.

Cuma ada beberapa perkara aku kurang berpuas hati seperti kapal terbang terhempas terlalu cepat. Tau-tau eh dah terhempas?! Tak dapat feel cemas masa baca tu. Kemudian semua watak utama yang baru kenal tak sampai tiga bulan tiber pakat bercinta pulak. Agak cringe sikit for me la sebab situasi macam tak kena ja. Contohnya tiber Ted dan Marina bercinta padahal masa dorang kenal sbb Marina minta tolong Ted jaga orang cedera sementara dia rawat orang dan Ted dalam fasa moody. Selain tu ada beberapa typo nama yang tertukar seperti sepatutnya Puak Jiwa tapi ditulis Puak Nobat. Walau bagaimanapun ayat tersebut masih boleh difahami maksudnya.

Perkembangan watak agak baik cuma ianya berlaku secara terbalik. Kebiasaan orang berubah dari jahat kepada baik tetapi Khairul and the gang berubah sebaliknya. Pendirian mereka jugak tak konsisten. Sekejap nak protect ahli kumpulan sekejap rasa korbankan ahli kumpulan itu penting demi kelangsungan hidup. Khairul yang mulanya sanggup mati demi selamatnya nyawa ahli dia tapi dia jugak yg bunuh kawan sendiri untuk kekal berkuasa. Puteri yang paling rasional dan selalu meminta Khairul mengekalkan sisi baiknya serta penyayang terhadap kanak-kanak tapi sanggup bunuh kanak-kanak tak berdosa demi Khairul.

Ada perkara tak logik yang asyik kacau otak aku masa baca ialah macam mana Dr Puteri boleh rawat orang yang cedera parah dan buat major operation sedangkan mereka hanya ada First Aid Kits. Kalau ikutkan logik aku rasanya Zaki dan Faeez tak mampu hidup sebab kecederaan dorang agak parah. Puteri hanya disebut pakar bedah tapi pakar apa tak diberitahu. Is she Jack of all trades?

Naskah yang cukup tebal kadangkala ceritanya agak meleret namun masih boleh enjoy untuk dibaca mengenai survival mereka.
1 review
April 1, 2023
Jalan cerita terbaik. Tak seperti kebanyakan review yang cakap tak best, bila aku baca - bapak best gila!
1 review
April 1, 2023
Never failed to amuse me. The plot, the story, the writings, everything is in place. Highly recommended for readers who wants to have genre consisted of Thriller, Horror and Sci-Fi
Profile Image for Rizal Ramli.
2 reviews2 followers
April 1, 2023
Jalan cerita yang complex dan banyak layer, tidak bosan dan banyak character arcs yang berkesan. Susah nak stop baca walaupun agak tebal. Tak sabar nak habiskan.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
December 31, 2023
Pergh!! Memang lain macam jalan ceritanya.. Manusia akan berubah mengikut situasi dan kelansungan hidup.. Bila ketahanan fizikal dan mental teruji akibat berada di tempat yang tak dijangka, macam-macam boleh terjadi..
Profile Image for Zaid.
3 reviews
July 19, 2025
4/5⭐️
Sebagai seorang yang dah baca DAL(5/5), TLW(3.5/5), Menggunung(5/5), Klimaks(5/5) dan Dirgahayu(5/5), aku nak cakap bahagian yang aku tak suka jelah untuk novel ni. Sebab kalau yang aku suka nanti ada banyak sangat.

Novel ni sempurna, tapi bukan dalam aspek dialog. Walaupun dialognya realistik, aku rasa tak senang bila baca persamaan percakapan antara bangsa moden (Puak Langit dan Lunar) dengan bangsa asal (Puak Nobat) sebab Puak Nobat cakap sama je macam cara kita cakap hari-hari. Terms english macam "move on" dan "hensem" pun digunakan oleh Puak Nobat. Bagi aku gaya percakapan ni tak sesuai dan patut diganti dengan gaya percakapan khas (melayu klasik mungkin?).

Kedua, nama saintifik haiwan prasejarah. Kalau nama saintifik tu keluar dari mulut Zaki Sapuan aku boleh "go" lagi sebab si Zaki ni ahli paleontologist. Tapi nama saintifik yang panjang dan berbelit tu pun digunakan Yatt yang (mungkin) bukan siapa-siapa dalam diari merah dia! Haha, benda ni buat aku tergelak. Si Puak Nobat ngan Lunar pun sebut nama saintifik sesuatu haiwan prasejarah tu dan buat aku terfikir, "diorang ni ada ahli paleontoligst masing-masing ke?". Cadangan aku gunalah nama panggilan 'tak formal' macam Rimau Tarung (gahaha) untuk Smilodon, Ayam Jaguh untuk Diatryma dan Tuhan Jerung atau Jerung Suci untuk Megalodon (walaupun Megalodon famous). Nama-nama pelik di atas hanyalah contoooh untuk menampakkan dialog yang lebih realistik antara puak yang takde paleontologist.

Ketiga (ini hanyalah complain karen kepada manager), mana Sang Penguasa?!! Dah dua novel baru dah HE keluarkan tanpa glimpse Sang Penguasa huhu. Kami (cewah) sebagai fans yang ternanti-nanti sambungan universe HE sangat menunggu ketibaan dan kemunculan kembali Sang Penguasa dan anak kembar Alang Saidi. Mungkin Vampira nanti ada sambungannya, moga-moga universe ni tak terkubur. Amin.

Sekain.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.