Mawar Irlisa dikahwini atas permintaan datuk gadis itu yang dipanggil Tok Ayah. Lelaki itu dikenali selepas dia dan temannya membantu Mawar dari menjadi mangsa rogol. Kerana hormatkan Tok Ayah, Zaffriel sanggup memenuhi permintaan itu dan merahsiakannya daripada keluarga. Kerana sayangkan Tok Ayah juga, Mawar sanggup menerima Zaffriel Iman. Walaupun dia tahu bukan mudah untuk menjadi isteri kepada lelaki tidak dikenalinya.
Kisah tragis yang pernah dialami si ibu seakan-akan menghalang dirinya daripada mencintai lelaki itu. Dia trauma untuk menerima seorang lelaki dalam hidupnya. Ibunya dicerai disebabkan fitnah keluarga ayah kandungnya dan kewujudannya langsung tidak diketahui lelaki bergelar ayah. Dia hanya ada umi, Tok Ayah dan nenek yang dipanggil Nek Zah.
“Sadiskan. Ayah sendiri pun tak pernah tahu saya wujud di dunia ni. Tiada istilah ayah dalam hidup saya. Bagi saya, umi adalah ibu dan umi juga ayah saya.” – Mawar Irlisa.
Rumah tangga yang dibina atas dasar permintaan dan terpaksa itu begitu hambar dirasakan. Mawar sentiasa memujuk hatinya. Perkahwinan ini hanya bersifat sementara. Jadi, dia cuba meletak tembok agar Zaffriel tidak mampu menembusinya.
“Wak, belum terlambat untuk kita ambil keputusan berpisah. Anggaplah kita tiada jodoh untuk bersama. Kita bawa haluan masing-masing. Awak tak perlu menjaga saya. Pandailah saya jaga diri sendiri. Kita berpisah bukan bermakna kita akan saling memusuhi. Saya tidak mahu ada sesiapa yang terluka – Mawar Irlisa.
“Apa yang kau merepek ni? Kau nak jadi janda sangat dah ke. Sampai dah tak sabar-sabar nak bercerai dengan aku. Berapa talak kau nak? Satu, dia atau tiga?” – Zaffriel Iman.
Namun, bila Allah berkata ya, maka akan terjadilah. Hubungan yang hambar itu semakin hari semakin berbunga. Allah jentik hatinya. Mawar cuba menidakkan kata hatinya. Semakin dia cuba mencipta tembok, semakin kuat cubaan Zaffriel untuk meruntuhkannya.
Bagaimana kesudahan permainan tarik tali antara Zaffriel-Mawar? Bagaimana pula penerimaan keluarga Zaffriel?
mawar ni pada zahirnya memang nampak dia lemah sangat. kadang rasa macam annoying sebab suka sangat desak zaffriel untuk berpisah. semacam tak kenang jasa lelaki tu pun, ya juga. dahla orang tu yang selamatkan dia dari dirogol. sanggup pula tu terima untuk bernikah dengan dia demi harapan tok ayah. tup tup sibuk sangat sebut pasal cerai.
tapi kalau diteliti, itu semua sebab trauma. bukan mudah seseorang manusia ni nak hadapi trauma. sebab dia membesar tanpa ayah, dikutuk dikeji anak luar nikah, anak haram, tambah bila keadaan umi yang sentiasa sedih bila diaju soalan tentang ayah dia, buat mawar pendam semua rasa.
lagi satu, sebab bukan mudah untuk jadi isteri zaffriel. lelaki itu pun dikawal hidup oleh mommy yang pentingkan darjat dan keturunan. dia tak mahu menantu dari kalangan orang biasa. nak paling tidak anak datuk. sangat payah juga untuk zaffriel. kiri nak jaga. kanan nak pandang.
dan paling tak sangka.... ha... kehidupan mereka berdua sebenar berlingkar dan berbelit dalam simpulan yang sama. sadis bila manusia bertuhankan harta dunia.
darjat, harta, takkan mampu dibawa ke mana pun sebenarnya. tambah bila kejahatan ada dicelah-celahnya.
sampai satu saat, satu ketika, semua akan terserlah jua.