Komik ini mengisahkan tentang Shikin, Dinie dan Dot merupakan tiga pelajar tingkatan satu yang ditempatkan sebagai ahli-ahli baru bilik asrama 32, diketuai oleh Kak Salna.
Kak Umie dan Kak Nad pula merupakan dua orang pelajar senior tingkatan tiga yang nakal dan hanya mahu mengusik pelajar baru dengan kisah seram di asrama mereka.
Namun, Kak Umie dan Kak Nad tidak tahu, mereka bakal mengalami kisah seram mereka sendiri. Adakah cerita itu berakhir di situ sahaja? Rahsianya dalam Sekolah Banyak Penunggu!
Aku sebagai peminat komik tak berpuas hati kenapa komik ni diterbitkan senyap2 dan tak kecoh dalam dunia perkomikan. Kenapa? Sebab kenapa komik tak laku, sebab takde promosi. Dan setelah aku baca komik ni, bagus, jalan cerita dia bagus, lukisan dia cantik dan boleh tahan seram jadi rugilah jika orang tidak menyedari kewujudan komik ni. Boleh beli dan layan. Jangan baca malam2.
p/s: kulit depan je la kurang menarik, boleh upah Justjimi kot buat illustrasi kulit depan, macam PTS.
Komik ini mengisahkan kakak-kakak senior yang menceritakan kisah-kisah seram asrama tersebut pada pelajar-pelajar yang baru, namun diakhirnya mengalami sendiri kejadian yang menakutkan. Ilustrasi hantunya menyeramkan. Lebih-lebih lagi hantu sweet/roti john aka pocong. Haha! Ya. Karakter di dalam buku ini berpewatakan lucu juga.
Bacaan yang menyeronokkan dan menyeramkan dalam masa yang sama. Komik ini bukan sahaja sesuai untuk dibaca oleh remaja sekolah, malah kanak-kanak sekolah rendah yang memiliki imaginasi lebih tinggi juga. Di hujung komik, terselit pengajaran yang boleh dipelajari, seperti meletakkan pergantungan serta meminta perlindungan hanya daripada Allah.
Seronok baca komik ni. Serba lawak tapi tak seram mana pun. Saya suka je cerita tak seram bak ayat dalam komik ni "... jangan takut pada yang lain selain Allah s.w.t.".
Cerita dia betul2 mengingatkan pasal kehidupan berasmara berasrama. Air selalu takde, terpaksalah ke tandas bangunan akademi untuk mandi dan basuh baju. Inilah erti sebenar sebuah pengorbanan dan kesusahan, dimana tiba2 terjaga tengah malam nak buang air kecil/besar tapi terpaksa menahan diri sebab air takde. Budak2 tiktok mana faham sume ni, tiber, hahaha.
Saya macam tertanya-tanya sikit di babak akhir. Umie dan Nad tak tinggal kat asrama ke dalam 2 minggu selepas kejadian diorang kena kacau?
Ok aku tak pernah tau kewujudan buku ni sampai dah jadi komik baru aku terperasan masa jalan jalan kat Karangkraf. Ada 2 rupanya komik tu. Aku baru jumpa 1. Harap harap nanti dapat beli 1 lagi sebab menarik cerita hantunya. Hahaha. Cantik lukisan FARAHZINART.
Cerita cerita ni diceritakan oleh senior di Sekolah Menengah Agama Kota Senja or SMAX. Macam sekolah asrama lain gak, sekolah ni pun ada peraturan. Memandangkan sekolah ni dibina pada tahun 80-an jadi tak ada hantu Jepun dalam cerita ni 😂
Kisah pertama bermula tentang budak Aspura SMAX yang gemar basuh baju malam malam. Sekolah ni selalu takde air actually (sama la macam sekolah aku dulu), so bila selalu takde air tu makanya malam malam tak boleh basuh baju sbb nanti tangki air cepat kosong dan aliran air yang masuk tu akan berhenti sebab tak ada tekanan. Hm yeke?
Lepastu ade la 4 cerita lagi yang aku rasa better korang baca sendiri. Sebab seram wey dengan aku aku sekali baca ayat kursi time baca komik ni. Aku dah la penakut. Tak percaya tanya Ain, dia yang teman aku tidur kat dorm malam malam. Sampai kakak naqibah marah ehek ehek.
Ustaz pun ada pesan kat dorang ni supaya baca doa menjauhkan diri daripada gangguan syaiton. Baca ayat qursi, maka sesungguhnya akan sentiasa ada penjaga untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi. Cikgu sekolah SMAX ni pun baik baik.
Aku suka setiap kali senior senior ni habis bercerita, mereka akan kongsikan pengajaran daripada cerita hantu tersebut. Walaupun ada part yang funny hahaha.
Komik tentang kisah-kisah hantu - atau 'urban legends' - di Sekolah Menengah Agama Kota Senja (SMAX) yang diceritakan oleh pelajar tingkatan tiga, Kak Umie dan Kak Nad kepada tiga pelajar junior yang sama dorm dengan mereka.
Kisah hantu nya best juga, cuma plot agak perlahan dan tersekat² kerana diselang-seli dengan babak Kak Umie dan Kak Nad bertanya pengajaran cerita kepada tiga orang junior tersebut.
Apa pun, menghampiri penghujung komik barulah semakin menarik! Kerana kisah penunggu sekolah yang terakhir tu memang paling seram, dan selepas tamat sesi menyampaikan cerita hantu tersebut, Kak Umie dan Kak Nad sendiri kena 'usik'! 😂
Komik santai sesuai bacaan pelajar sekolah. Lukisan wajah watak-watak sangat cantik, tapi semua wajah hampir sama dan sukar nak dibezakan 😅