This is my first time read this author work - WeH AsAl CoMEl sAnGAt SUN × NUR 🤧. I like everything in here walaupun it might be too good to be true sebab literally everyone soo green macam takde satu karakter pun yang toxic. Dunia yang orang cakap perfect world to live in. Macam utopian world la easy to say.
Its a perfect book to read bila kita rasa gloomy ke having a bad days ke sebab look at their name guys, look at their book cover - its have the ability to lighten you up. To cheer you up. Thats the power that this book can hold.
Aku pun tak sangka yang aku akan enjoy reading cute romansy macam ni hahahaha. Well, before i picked this book up, i have been listening to 'Everything is Peachy' album by Peach Luffe. And i was thinking buku apa yang sesuai dengan lagu ni. From that moment, Heliophile caught my eyes. I like the fact that everything felt so yellowy and filled with warmness.
If you looking forward to • Grumpy x Sunshine • First love vibes • Contemporary light and cute romansy • Witty banter between the MCs • Dialog yang tak cheesy and cringey • Stress-relieve • Fast paced
An ideal book to sign up jadi one of the Heliophile-rs
Tak perlu ambik masa yang lama untuk decide nak bagi 5 stars 😂
this is the best from akyelrahim. i love everything about this book, the characters, the plot, the dialogues. Sangat suka how the dialogues are written. I love the relationship Sun and Nur has. Scenes dekat sekolah cuuuuuuuuute. Scenes bercinta LDR pun tak annoyed baca. The conflict they had is realistic and perfectly done. Suka cara Nur yang tak mengada-ada. Scenes lepas kahwin pun cute tak overly sweet. Sesetengah writers kan, lepas the two characters bercinta/kahwin, tetiba perangai characters tu cam berubah jadi lain. Tapi the way Akyel wrote Sun and Nur ni, lepas kahwin pun the essence of the charaters stayed the same, tapi still nampak kematangan masing-masing.
Buku ni essence dia sama cam Kimia, but this is played out so much better. Thanks for writing this one, Akyel. Looking forward to more of yours!
bila baca ni tetiba teringat semula kenangan kena denda dengan cikgu math (sebijikk macam Nur) sebab yeah kita sama Nur 'Math is my enemy, my biggest enemy'. Cumanya, saya takda Sun nak datang tolong ajarkan, selalu kena panggil selesaikan masalah Math depan sensorang sebab my Math teacher loveeee me so much 🤣
Okay, overall aku suka je cerita from highschool love story macam ni sebab cringe dia masih boleh diterima. Tapi, nak kata suka sangat pun tak sebab ada rasa macam kurenggg menyegat & mendatar bila baca. Dia macam ehh gaduh, baik. okay gaduh semula, okay baikkk semula, pi mai pi tang tu juga lah dia pusing pastu bahagia, the end.
Tapinya, kalau untuk orang yang sukakan highschool love story, light reading, konflik yang so-so je memang sesuai sangatlah untuk dibaca. Tak payah banyak fikirrr nak emosi banyakk.
p/s - mulanya aku just nak bagi 3⭐️ tapi disebabkan watak Nur & Sun tak cringee yang buatkan aku rasa takleh go (yelahh budak bercinta ni lain macam sikit) dari zaman sekolah sampai dewasa so aku tambah lagi satu bintang hehe.
[Buku 19 | 2022] Finally adaaa pun dekat goodread hehe. Saya jarang nak beri 5🌟 dekat cerita yang ber genre ringan begini tapi serius saya sangat sangat sangat suka dengan jalan cerita Heliophile. Mungkin gaya penulisan penulis memang kena dengan jalan cerita begini. Cerita ni memang sweet tapi langsung tak cringe! Siapa belum baca, memang rugi (hahah over pula)
Do you still remember? The moment that we first met?
Perkenalan Sun & Nur bermula secara tidak sengaja apabila Sun TERjadi tutor matematik Nur secara tiba-tiba. Sedangkan pada awalnya, dia kasihan melihat Nur mengeluh dan terpinga-pinga nak menjawab soalan matematik yang sangat mudah. --
Budak Nur tu semua subjek cemerlang. Tang matematik dia asal boleh je. Mana la tak kena masuk kelas tambahan. Tapi nasib dia sangat baik dapat kenal dengan tutor matematik paling power. Apa yang akan jadi seterusnya ?
Sumpah comel gila cerita Hiliophile ni. My comfort book 🫰🏻 Tak boring. Lepas habis baca terus stuck nak tulis resensi sebab kita suka sangat haha. Rasanya boleh baca banyak kali sebab kena dengan jiwa. Please tangkap penulis and paksa dia tulis banyak lagi cerita zaman sekolah macamni. Memang mengimbau waktu sekolah betul. Tambah kena melayan kerenah si Nur yang senget and crack haha. Comel. Banyak momen-momen di sekolah yang menarik untuk dibaca dalam Hiliophile ni. Terus rasa macam nak sekolah balik tapi bukan utk belajar. Haha
Kita suka both character so much. ❤️ Karakter yang hidup. Nur & Sun memang compliment each other. Green flag & strong personality. Terhibur cara dieorang bercinta -- so natural . Tak beria & tak fake. Dan cara percakapan pun tak loving doving gigih sangat. Guna kau aku pun sweet eh? Agaknya Sun & Nur je kot boleh guna. Kalau kita guna macam minta penampo haha.
Konfliknya lebih pada konflik perasaan LDR saja rasanya. Siapa yang pernah face it LDR like for so long mesti tahu betapa peritnya nak jaga relationship. Ujian kesetiaan starting from that point. Tapi Abang Sun kita memang win la bab-bab setia ni. Haha. Nampak effort Sun dari tahun ke tahun. Peredaran masa membuatkan Sun lebih matang. Suka macam mana Sun mempengaruhi hidup Nur. Sentiasa ada bila perlu. Hm.
Congrats @akyelrahim . Teruskan menulis dan semoga terus sukses dalam bidang penulisan. Kita suka dengan your writing style. Kena dengan selera. Rasa santai je baca. Flow cerita tersusun, storyline best, and konsep zaman sekolah heyy memang ngam. Kirim salam ya dekat real Sun & Nur. Eh?#ikareviewbuku
Zu stress. Stress baca dengan buku ni. Jealous dengan storyline buku ni. Tak adil tau! Kenapa waktu zu sekolah tak ada pun yang offer nak ajar zu? 🫠
Dah lah dengan perwatakan Sun dengan Nur ni lagilah zu tahan je sabar. Nur dengan sentiasa nak sakat Sun sebab dia nak tengok muka Sun meng-blushing 😌 Sun pula yang sentiasa buat Nur bebel sebab dia nak tengok muka Nur yang comel tu berceloteh. Ha elok, habis aku ni? 😤
Ada conflictnya between Sun dengan Nur tapi halahhh bagi zu pain dia tu macam kena cubit lengan je tau. Manjah manjah gituh 🤣🤣
Dari dua hati yang saling tak mengenali waktu sekolah, kini setia hingga ke dewasa walaupun berjauhan, berdoa agar dimasa hadapan akan kekal bersama hingga nafas yang terakhir.
Yes, ni boleh dikatakan as buku healing juga! Sudah! Zu boleh gaduh dengan orang yang cakap buku ni tak best ya. Fight me! 🤣 jk
Zu paksa korang beli and baca. Dah tu je. No words dah from me. Bye. Zu nak cari Sun untuk zu pula 🏃🏼♀️💨
Eeee geram aku dgn dua ketul ni, Sun dan Nur. COMEL NAMATIIIII WEHHH MASING² SENGAL SENGAL GITUUUU HAHAHAHAHA
Buku ni mmg perfect untuk keluar drpd reading slump/nak start balik baca novel... light gilaaaa pastu konflik dia pon gitu² jeee. As usual drpd Akyelrahim 👍🏻
Kalau nak compare yg ni dgn kimia, personally aku lagi suka yg ni HAHAHAHAA.
Cerita santai Sweet tak potong kaki Sempoi je ML & FL 😂 🌻🌻🌻🌻
*** P/s: Saya dapati terdapat kesalahan penggunaan perkataan dalam novel ini iaitu kesalah penggunaan perkataan ‘Karenah’ (maksud: alamat/petanda) dalam konteks ayat, yang tepat ialah ‘Kerenah’ (maksud: ragam/tingkah laku).
highschool love story. From friends to lover trope! and if you all suka romcom pon ye jugak!! jenuh kering gigi ketawa tgk perangai presiden Encik Sun ni!! #FOREVERROMCOMLOVER
a cute fluffy story. no angst at all. sukaaa sgt dgn kematangan sun dgn nur. nampakla character development tu. like i said this book is an epitome that communication works both wayy💅🏻💅🏻
What can I say - SUPERB writing and beautiful story.
Cerita Sunkist dan Sunshine; macam slice of life, from sekolah sampai dewasa.
I love how they started as friends and walaupun saling dah confess masa budak sekolah lagi, their relationship as a couple was portrayed very differently - sangat healthy, takde lovey dovey macam tu. Mereka mcm good friends je.
Other than that, konflik dalam cerita nie pun tak stress sebab masalah yang dihadapi Nur dan Sun sangat realistic.
Baca je korang, memang tak rugi beli anniversary edition.
Matahari tu panas, tapi genius Aarif Ahsan aka Sun ni pula sejuk beku orangnya.
Cahaya, sifatnya bersinar. Begitulah si Nur, sentiasa menghiburkan.
Walaupun sifat keduanya adalah begitu KONTRA antara satu sama lain. Mereka boleh berkawan baik, semuanya berlaku apabila Sun ditakdirkan untuk menjadi tutor tak berbayar buat si Nur di sekolah.
Orang kata, cinta monyet ni tak akan kemana. Bila masuk universiti, mula bekerja mesti kita akan jumpa yang lebih baik.
Bermula dari situ lah kesetiaan dan kejujuran Sun dan Nur diuji. Selari dengan masa, banyak yang bakal berubah.
Dari sekolah, masuk universiti ke alam pekerjaan. Sanggupkah agaknya masing² menunggu?
TIADA ORANG KETIGA. Tetapi itu lebih istimewa, sebabnya kita dah penat dengan plot yang sama kan? Jadinya kalau tiada orang ketiga, masalah apa je yang boleh ada?
Jeng jeng jeng! Korang kena baca lah! 🤪
Apa yang aish suka sangat dengan Heliophile?
Semestinya gaya penulisan @akyelrahim dengan kisah remaja yang tidak nampak kebudak-budakan. Sebagai seorang yang dah lama meninggalkan alam persekolahan, aish TAK RASA CRINGE LANGSUNG semasa membaca heliophile ni. Makin rindu zaman sekolah adalah.
MATANG dan REALISITIK Itulah Sun dan Nur bagi aish. Proses kematangan dari zaman remaja menginjak ke alam dewasa tu rasa sangat dekat. DEJAVU, seolah² kita juga pernah atau sedang mengalami proses yang sama.
Apa yang aish belajar dalam Heliophile ni? 1. Sekiranya ada masalah, seeloknya berhadapan, berbincang dan barulah keputusan. 2. Jangan buat keputusan ketika marah. 3. Rehat andai kata kita rasa penat dengan suatu keadaan.
Aish suka sangat dengan penulisan @akyelrahim Akan beli semuaa buku² awak, mohon reprint mana yang sold out tu ye. Hehe
Oh oh! Dan Aish suka FLOPPY NYA NOVEL HELIOPHILE NI. Boleh buka besar² tanpa risau spine rosak! Mengharapkan lebih banyak buku² melayu yang floppy!
🌻First of all I want to say that I like this book!!!! It's such a cute book you know. Buku ni pun pasal highschool love. Srsly, jarang tau nk jumpa novel Melayu yg pasal highschool ni. Selalu Indonesian book je kan. Nasib la kite beli buku ni and memang tak menyesal gila.😚💛
🌻 Storyline buku ni pulak srs light je. Takde plot twist ke, kahwin lari ke, tu semua xde. Mmg buku ni light gila & tak memeningkan kepala. Lagipun kite kan baru lepas exam tu yang klau boleh tak nk baca buku yg heavy. Nasiblah beli buku ni. Mmg sesuai sgt klau korg nk baca buku yg light + cute gitu. Sangatlah recommended.
🌻 Walaupun buku ni pasal highschool and light read, tapi dia punya romance tu boleh buat kite tersenyum mcm kerang busuk. Lagi ii klau baca ayat dari Sun. Confirm blushing smpai ke bulan. 🙈🤪
🌻Lastly, baik korang pegi beli skrg selagi stok masih ada. Nnti klau dh sold out menyesal pulak. Ehehe 🙈
Light and stress-free book to read, perhaps more suitable for younger and entry-level readers. In Heliophile, we are following Aarif Ahsan or Sun (senior in high school by 2 years) who fall in love with Nur. Jalan cerita dia dari dieorang di sekolah sampailah ke university & alam pekerjaan.
Admittedly, I struggled with this one, I found it boring, and skimmed through most of the pages until I reached the end. The plot was a bit lacklustre, actually almost to none. Heliophile is lacked of drama to spice things up.
so yes, literally no plot, vibes only book.
Another thing I did not find myself liking is the way Sun being portrayed. The book called him as 'beku', cold hearted main lead that supposedly lighted up by Nur's presence, however there were a number of parts throughout the book where I couldn't differentiate between Sun and Nur's inner voices because they sounded similar.
2 stars. I prefer 'Love, Yours' (novel from the same author) than this.
Author ada style yang tersendiri dalam menulis dan style tu buat saya yakin nak membeli and membaca buku-buku author.
Banyak part sweet dalam ni tapi sweet yang tak keterlaluan and comeeellll sangatttt. Mungkin lepas ni author boleh buat satu cerita yang penuh dengan konflik berat pulak hehe.
Apa-apa pun, good job sis! Teruskan menulis tauu! ✊🏻
I read this book on my way back home in the plane, and to be honest. Cerita ni buat saya rindu dengan zaman sekolah, high school lovers. Is like the most innocent relationship, thrilling too!
And cerita ni sangat best and nostalgic. I love how healthy the relationship is. They can sort things out despite the LDR, and when they face hardship they can talk things out until they reach to the point they have to call it a ‘break’
Sabar mereka walaupun berjauhan, tidak berbicara selama Lima bulan. Is just crazy.
Siapa-siapa yg nak baca buku yang easy going santai, no drama just straight up healthy relationship. This is for you!
Sedikit disappointed dengan cerita kalini sebab aku sejujurnya suka novel Kimia sebelum ni. Tapi mungkin sebab watak dalam novel Kimia lebih matang so in a way aku lebih suka macam tu??
This book aku mungkin akan suka kalau aku baca waktu zaman aku sekolah dulu… sebab lagi senang aku nak terima ke-cringe-an percintaan budak2 sekolah.
Buku yg ringan & boleh habis in one sitting. Cuma bukan utk saya mungkin sbb dah lama meninggalkan zaman sekolah. Tapi timeline mcm tak kena sbb ikutkan zaman diorang sekolah tu dah guna chatting apps tapi diorang still guna message/call. Kat situ mcm pelik sikitlah
Gaduh gaduh manja zaman bercinta tu pun biasa dan senang cerita apa yg ditulis dlm buku ni logik. Diorang take a break for 5 months tu pun okay je. Takleh nak comment lebih sbb okay je keseluruhan jalan cerita & I’m not expecting anything from this book at all.
Cuma sun tu annoying gak lah dan dia mmg beku tapi beku beku dia pun dia sayang dkt nur cuma dia tak biasa nak luahkan. Member tu mmg straightforward je tapi kalau bab hati dan perasaan dia tetap gentar 🤣 satu je yg paling suka dgn sun ni, dia SETIA! Okay tambah satu lagi love language dia act of service. Kitonyo mmg tak boleh lelaki yg gini auto meleyot tapi sikit jelah dgn sun ni sbb mulut dia tu takde insurans, nur kena denda ke apa ke dia gelak dulu pastu tolong. Tapi yg byknya dia gelak pastu dia biar je si nur tu terkapai kapai hahahahahaah. Haih nasib baiklah dia bercinta dgn nur yg tak berapa nak sensitif. Tapi extra point utk sun, dia pandai math. Sukerrr lelaki pandai math, mmg nampak cool dan of course bijak.
Nur pulak paling tak expect nama sebenar dia jauh betul dari nickname dia. Alasan dia sbb org selalu salah sebut nama dia. Tapi okay lah sepadan dgn sun. Maksud pun sama dah. Nur ni bukan tipikal perempuan melayu terakhir. Dia ni gamble je, semua benda dia boleh buat tanpa rasa malu kecuali ada satu benda je dia malu 🤣 tapi lain semua dia takde rasa malu, bagi pickupline pun tu kerja dia. Sun nak buat pickupline? Mmg mustahil. Seiring dgn masa berlalu, akhirnya nur jadi perempuan normal yg kuat merajuk. Eloklah tu nur tu merajuk, boleh test kesabaran teman lelaki kesayangan. Tapi tulah sbb si sun tu salah cakap, mendapatlah sun tu HAHAHAHAH padan muka.
Overall, siapa yg teringin nak baca kisah cinta zaman sekolah yg klise, boleh baca cerita ni. Ringan je, takde konflik berat. Baca pun laju je sbb penulisan pun okay. Tapi baca laju tu sbb takde konflik, plot twist
Kenapa bukan 5? sebab tak cukupppp! tak puasss walaupun dah ada Plus One dan Plus Two dalam Anniversary Edition ni 🥹
Kisah ini bermula dengan Nur berumur 15 tahun, yang gagal pelajaran Matematik. dia tak suka Matematik! selama 3 tahun belajar di sekolah menengah tak pernah suka! sanggup tunggu depan gate sekolah sebab nak pinjam buku kawannya 😭 dahla nak dekat peperiksaan besar untuk Tingkatan 3, mestilah dia diberi kelas tambahan. Di situ, dia bertemu Sun, senior popular sekolahnya.
Nur. Nur ni sumpah steady gila, tak goyang ya. Dia macam dalam dunia dia sendiri pun ada 🤣 pick up line dia selalu bagi Sun sumpah tak tahan, memang auto tergelak 😭 Nur ni bukan pelajar tak pandai tau, dia ni antara target sekolah ok. Cuma Matematik je bukan untuk dia.
Sun. si lelaki beku jadi tutor tak berbayar Nur. Si Sun ni tak pernah minat nak kenal dengan mana-mana perempuan tapi bila Nur muncul, wah murah betul senyuman dia. Sun ni, suka puji Nur comel, tapi bukan pada Nur lah. kang kembang si Nur tu kan. Sun seorang yang matang. dalam pada melayan otak tak betul Nur, dia sering nasihatkan Nur juga. tambah lagi kehijauan dalam diri Sun ni, dia sanggup tunggu Nur ya 🥹 lagi tambah tambah hijau dia dalan Plus One dan Plus Two.
Kisah mereka mengajar kita untuk pastikan niat belajar kita betul. memang, kadang-kadang tu ada niat lain tapi pastikan yang nombor 1 hanya untuk Dia.
Finished in 1 sitting. It was that good. Totally light and super sweet. Focuses on both them, literally. Without any 3rd party or whatever. High school lovers to husband and wife. The long distance relay. Super bittersweet. Reminds me of my high school sweetheart. ❤️ Happy days then.
Saya memang minat betul dengan penulisan Akyelrahim ni tau. Rasa nak nangis 😭 Tak bosan dan tak meleret. Baca pun saja lambat2 sebab tak nak bagi habis cepat 😂
Sama la macam Kimia, buat pipi kebas 😌 Ada rezeki saya beli Love, Yours pula okie!
Sun dan Nur yang sentiasa berlegar dalam fikiran ku, jumpa lagi! Ada masa, saya akan reread..
BOOK 7 📚 TAJUK : HELIOPHILE by @akyelrahim _________
📌 RATING : 4.5 / 5 ⭐️ 📌 PAGES : 375 📌 AGE : Nur muda 2 tahun dari Sun _________
ℍ𝕖𝕝𝕚𝕠𝕡𝕙𝕚𝕝𝕖 - 𝔸 𝕡𝕖𝕣𝕤𝕠𝕟 𝕨𝕙𝕠 𝕝𝕠𝕧𝕖𝕤 𝕥𝕙𝕖 𝕤𝕦𝕟.
𝑺𝒖𝒏 - Nama je matahari, tapi punya la beku. Sun yg ibarat matahari yg dekat skolah diorang. The perfect student.
𝑵𝒖𝒓 - Cahaya yg mmg bersinar sehingga mampu menjadi haba mencairkan hati Sun yang sedingin ais.
Sun dan Nur jadi rapat selepas Sun secara tidak sengaja menjadi tutor math Nur.
Nur tu kan sengal betul lah 🤣 Kalau tak mcmna la Sun yg beku tu boleh cair dengan Nur. Waktu sukan tara tu mcm mcm betul akal dia sebab nk lari dari acara sukan 😂 Tu tak masuk lagi part dia main2 waktu study math
“𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒅𝒖𝒂 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊 𝒅𝒖𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒑𝒂 ?” - 𝑺𝒖𝒏
“𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂.” - 𝑵𝒖𝒓
Lepas tu, part yg Sun merajuk sbb trdengar Nur cakap yg dia tak hadap pn nk couple dgn Sun, ya Allah comel gila 🤣
Sebab dh tak tahu nk pujuk mcmna, Nur buat announcement guna speaker sekolah suruh Sun ke bilik bahasa. Yg Sun tak fikir panjang terus pergi igtkan cikgu yang panggil dia. Rupanya Nur yg panggil.
Sejak dri tu diorang couple 😂 ceyy highschool couple gitu. Bila Sun dh hbis sekolah , Nur jdi overthinking takut Sun jmpa org lain yg lagi cantik pda dia. Tapi Sun tu wlupn xpernah ckp benda yg sweet2 tapi dia sweet dgn cara dia sendiri 😭🫶🏻
Srs novel ni ringan je. Waktu baca mmg betul2 mengimbau waktu sklh dlu. Dia pnya jln cerita tu buat kita asyik tersenyum je sbb comelll betulll la dua ketul tu
Diorang LDR lama la jgk sebab Nur gi Kanada lepas SPM.Communication tu penting ye dlm relationship. Dh la berjauhan kan so jadi overthinking mcm mcm. Tapi don’t worry, Sun tu setia 🥰
Oh btw, Sun panggil Nur tu Sunshine. Comel je kan.
1. The 1st Malay romcom yang aku suka gila kot! Baca buku ni tersengih memanjang. Boleh relate dengan situasi2 dalam cerita ni. Zaman sekolah & zaman uni. 2. Aku suka gila watak FL, Nur. Sebab teringat diri sendiri yang memang bengap Math masa sekolah pastu sejenis nakal ya Allah tak ingat dunia 🤣 3. Watak ML, Sun sape je yang tak jatuh hati. Genius, handsome, cold but care haha. 4. Sumpah aku rasa relationship diorang cute sangat. Hats off kepada penulis yang berjaya membuktikan tak perlu kata2 romantik sangat pun untuk buat buku tu jadi sweet & best. 5. Masa aku baca Kimia, aku tak berapa puas hati ending dia. Tapi Heliophile, I've got nothing to complain dari awal sampai akhir aku baca. 6. This will be new my comfort book 💕