Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mulanya Satu Cinta

Rate this book
EDDY EZLI berkahwin ketika mereka masih bergelar pelajar di Boston, USA. Malangnya usia perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun empat bulan. Tak sanggup hidup susah, Khairina meninggalkan Ezli dan anak mereka yang masih kecil. Mereka bercerai. Trauma dengan kegagalan rumah tangga, Ezlli menutup pintu hatinya. Sekembalinya ke Malaysia, Ezli bergantung penuh pada emaknya, Puan Faridah untuk menjaga dia dan Afi. Bagaimanapun Puan Faridah nekad merancang sesuatu demi masa depan Ezli dan Afi.

Iryanie, terdesak mahu cari pekerjaan demi menampung semester akhir pengajian. Dia nekad memohon kerja mengasuh anak Eddy Ezli. Permulaan perkenalan antara Ezli dan Iryanie sangat tak harmoni. Ezli sengaja mempamer sikap dingin agar Iryanie mengalah dan emaknya tak jadi pulang ke kampung.

“Isk! Stone cold betul! Rasanya dia memang patut diruqyah baru hati lembut agaknya…” - Iryanie

‘Ada hati dia nak ruqyah aku ya? Depan aku, kena tenung sikit dah tertunduk, pipi merah-merah…’ - Ezli.

Lama-kelamaan, hati Ezli mula melunak apabila melihat ketulusan Iryanie menjaga Afi. Hati mula terpaut sayang. Namun kehadiran Zamri yang ingin memperisterikan Iryanie dan kemunculan semula Khairina yang berkeras mahu menuntut hak hadhanah ke atas Afi, mengacaubilaukan hidup Ezli.

“Iryanie, aku tak mahu jadi majikan yang hanya memberi gaji bulanan pada kau. Aku mahu jadi lelaki yang memberi nafkah zahir dan batin kepada kau. Memberi seluruh cinta aku hanya untuk kau.

Apabila ujian demi uijian datang menimpa, mampukah Ezli dan Iryanie memperjuangkan cinta yang baru berputik. Akankah ada peluang untuk Ezli merasai kebahagiaan?

Semuanya terjawab dalam ‘Mulanya Satu Cinta’ versi baru 2022 yang lebih padat.

574 pages, Paperback

First published January 1, 2008

8 people are currently reading
127 people want to read

About the author

Rose Harissa

35 books220 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
54 (34%)
4 stars
69 (43%)
3 stars
30 (18%)
2 stars
3 (1%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
October 30, 2022
Best.. cumanya ada bahagian yang agak dragging & apa tuuuu dekat nak habis tiberr ada anti klimaks agak mcm mehhh sikitlah.. tapi nasiblah happy ending jugak ye. Terima kasih penulis sebab banyak ilmu yang saya dapat semasa membaca novel ini 👍
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
September 21, 2022
4.7/5 ⭐

Iryanie. disebabkan kesempitan kewangan semasa akhir sem, dia nekad untuk mencari kerja. tak disangka, bosnya lelaki yang dia langgar keretanya! ok, first of all, she's cuteeeee. bila dia dengan Afi, sumpah sangat adorable. bila dengan abah Afi pula, tak sanggup pandang mata sebab mata helang Ezli sangat menyengat 🤣 tak sanggup pandang pun, terjatuh cinta juga 🤣 apa yang dilalui Yanie sangatlah tidak patut jadi! she is really a strong woman.

Eddy Ezli. si duda anak satu yang terpaling dingin, garang dan terlebih hot! maknya yang tiba tiba nak balik kampung, dia pun tak tentu arah nak mencari orang untuk jaga anaknya yang baru masuk darjah 1. Ezli ni, sumpah garang gila awal awal! dahla tak reti senyum, mata pula asyik nak mencerun je kat orang! tapi tu lah, handsome. memang rebutan orang single la (ehem, saya lah tu) tapi, bila si harimau jadian ni dah jinak, amboi! bukan murah dan manis lagi senyuman, asyik gelak je memanjang eh! Ezli juga seorang bapa yang sangat penyayang and the way he struggled? damn. respect teruk!

walaupun kerja seorang Ezli sangat biasa, tapi serious i found him sangat attractive. he is the man of my dream. memang betul betul acuan lelaki yang saya nak tahu! boleh mabuk Ezli baca buku ni.

saya benci betul dengan lalang lalang dalam buku ni! lagi lagi Zamri! asyik nak panggil Ezli sombong je. Khairina pula, fuh. otak dia ni memang lain macam betul. nasib baik Maya ni ok ok je, lalang yang sambil lalu 🤣

cerita ni memang sweet belaka. terlalu banyak mengblushing, tersengih, pukul bantal, tumbuk dinding scenes dalam buku ni, tapi! yaallah the plot twist?!?! seriously! sangat menyakitkan hati. the ending? nope. saya sangat tak puas. I NEED MORE OF THEM. rasa macam, "eh, gitu je??? kenapa!! nak lagi!!!"

ada some part where i feel like tak patut berada disitu. macam, tak sesuai dan gaya penulisan a bit off for me, tapi takde lah sampai nak drop buku. it still worth to read hehe.

all in all, buku ni sangat fun to read! kalau rasa nak baca duda hot dan garang, sila baca Mulanya Satu Cinta!!
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
May 8, 2023
An average read for me.

Pace is slightly slow, probably because it was written during author's early years in her career so I didn't put any expectation on this piece.

Ezli is one grouchy man, throwing tantrums at almost everything. Not that I blame him for his behavior, but as a grown man, I feel like he could've acted more maturely.

Iryanie, on the other hand, is such a cool character. I just love her. She's one tough cookie, does not back down easily. Whatever energy thrown at her? She'd make sure to match it. Miss girl slaaaaayed!

The antagonists.. Ugh. Khairina and Zamri are so despicable, read this and you'll know how I feel.

Honestly, at first I couldn't really feel the chemistry between the main characters. But after that one hilarious incident (coughs*fever*coughs) the momentum improved. However, I do feel some parts are draggy and kind of unnecessary, not to mention the repetitive conflicts.

If I read this in the late 2000s, I would've probably rave it to the core.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
May 8, 2022
Selamat Hari Raya!

Lama sungguh nak habiskan buku ini sebab sibuk dengan semester. Berjaya juga akhirnya!

Memandangkan buku ini adalah antara buku terawal Puan Rose Harissa jadi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk buku ini. Dan saya tidak menyesal.

Puan penulis memang tak asing lagi dengan usaha untuk memandaikan pembaca dengan isu-isu semasa yang berlegar seputar masyarakat kita.

Isu hadhanah, nikah dan cerai ditulis dengan baik dalam buku ini. Info berkaitan isu-isu ini tidak berlebihan lah kiranya. Just nice je.

Cuma yang kurang pada saya mungkin cerita ni a bit draggy, rasa ada part yang tidak perlu sebab saya memang rasa buku ni slow pace. Tak buat saya teruja untuk tahu apa yang jadi seterusnya. Bila Eddy dengan Iryanie nak bahagia datang pula orang lain yang buat saya hempuk kepala. Begitulah masam manis kehidupan mereka.

Siapa yang suka slow burn romance, memang kena lah dengan buku ni. Sesuai, dia punya manis tu pun tak terlalu sangat. Cukup buat diri tersengih. Hero kali ini ego kemain, sekali tersuka dia punya merajuk tu macam budak kecik ahahahaha.

Oh, buku ni juga cetakan semula jadi vibe buku tahun awal 2000 an. Jadi siapa yang suka buku-buku zaman itu sesuailah saya syorkan buku ini!

3.9 💫
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
November 28, 2022
Eddy Ezli, lelaki yang sudah memikul tanggungjawab seorang ayah pada usia mudanya. Penat lelah dirinya langsung tidak dipandang oleh Khairina. Maka terhentilah hubungan mereka di saat Afi masih kecil bayi.

Bagi Ezli, cukuplah ada keluarga dan kawan baiknya sahaja. Tidak mahu lagi kenal orang baru mahupun berkahwin. Dia takut nak buka hati. Ezli runsing apabila maknya mahu pulang ke kampung. Masakan dia nak bagi, ada saja helah Ezli untuk halang maknya. Disebabkan itulah, Puan Faridah mencari pengasuh untuk Afi dan orangnya itu ialah Iryanie.

Kali pertama Yanie dan Ezli jumpa pun dah huru hara, apatah lagi bila Ezli dapat tahu Yanie sebenarnya pengasuh anaknya. Lagilah dia tak suka! Mukanya menunjuk benci, tapi seiringkah dengan hatinya? 🤭 kenapa hatinya seakan mahu rapat dengan Yanie, jantungnya berdebar apabila pandang Yanie? eh?

☀️

“𝘔𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘵𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘤𝘢𝘺𝘢? 𝘊𝘶𝘣𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘭𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘦𝘮𝘢𝘮 𝘵𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶, 𝘮𝘢𝘬𝘯𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭-𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭 𝘳𝘪𝘯𝘥𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶!”

“𝘈𝘱𝘢 𝘬𝘦𝘯𝘢-𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘯𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘱𝘶𝘭𝘢?”

“𝘚𝘢𝘫𝘢, 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘰𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵.”

🌦️

Ye lah Ezli ye lah, contoh dekat sangatkan 😌 macamlah orang tak tahu yang kau tu sebenarnya dah suka kat Iryanie kan? elehhh 🤣 and Afi? Haih comelnya 😩 and one more, bila baca buku ni ya ampun trust issue 📈 teruk weh 😥 plot twist buku ni zu tak suka, kenapa kena macam tuu 😖

Tau tak zu sangat tak puas hati bila nampak perkataan ‘Tamat’ 🤣🤣 i need more EzliYanie after jadi husband and wife! Overall buku ni best 🤗
Profile Image for Hajar.
284 reviews
December 8, 2013
3.5*

Eddy Ezli (Ezli) gigih membesarkan Afizan (Afi) setelah berpisah dengan Khairina, isteri yang pernah dinikahinya ketika masih bergelar pelajar. Pengalaman perit ditinggalkan isteri curang itu membuatkan Ezli sangat berhati-hati dengan wanita. Selama membesarkan Afi, Ezli banyak dibantu oleh ibunya. Namun, bila ibunya berhasrat untuk tinggal di kampung Ezli mula kelam kabut. Dia tak mahu ada pembantu rumah apatah lagi menghantar Afi ke pusat asuhan. Tapi siapa pula yang mahu menjaga Afi kalau dia masih berkeras? Tiada pilihan, Ezli akur dengan kehendak ibunya. Cari seorang pembantu rumah!

Sebuah kemalangan kecil menemukan Ezli dan Iryanie. Siapa sangka rupanya Iryanielah pembantu rumah yang telah dipilih oleh ibunya? Hehe. Iryanie ni sebenarnya masih bergelar pelajar UiTM. Dia terpaksa mengulang satu subjek matapelajaran kerana masalah peribadinya. Disebabkan tak mahu terlalu bergantung dan terhutang budi pada Zamri, bekas abang iparnya, Iryanie mencari peluang pekerjaan untuk menampung kos sara hidupnya. Lagi pun waktu kerjanya di rumah Ezli tidak begitu bercanggah dengan waktu kuliah. Memang memudahkan Iryanie untuk menjaga dan mengasuh Afi.

Bukan mudah menjadi pembantu rumah Ezli walaupun Afi tak banyak kerenah. Sikap Ezli yang sinis dan garang macam singa tu kadang-kadang buat Iryanie kecut perut. Namun, memikirkan keseronokan bekerja mengasuh si cilik, digagahkan jua bekerja di situ. Apatah lagi hubungannya dengan Afi sudah semakin mesra sehingga Afi memanggil Iryanie 'mama'. Kesian Afi. Memang sedih bila rasa diri 'kekurangan' berbanding kawan-kawan seusia yang lain.

Melihatkan keakraban Afi dan Iryanie, lama-kelamaan tumbuh juga 'rasa' dalam hati Ezli. Lebih-lebih lagi bila ibunya turut menyukai Iryanie. Kemunculan Khairina mula membimbangkan Ezli. Pelbagai cara digunakan Khairina untuk mendapatkan semula Afi. Sayangnya Khairina lupa yang selepas mereka bercerai, dia telah bersetuju dengan perintah arahan kadi untuk memberi hak penjagaan Afi kepada Ezli. Kesian memang kesian tapi nampak sangat Khairina tu pentingkan diri sendiri. Heh.

Dalam tempoh mereka mula menyulam rasa dugaan datang menimpa. Tegakah Iryanie meninggalkan Ezli untuk bersama Zamri bila budi yang ditabur Zamri menjadi taruhan?

Komen saya: Suka kisah ni. Agak lain walaupun terselit plot 'kena paksa kahwin' di tengah-tengah jalan cerita. Haha. Lagi pun jarang jumpa (atau tak ada?) bapa tunggal yang jadi hero kan? Kali ni penulis bawa kita selami dunia bapa tunggal yang sanggup korbankan keseronokan hidup zaman muda untuk membesarkan anaknya. Haish. Ni kes terpencil kot? ;) Apa pun, tahniah Kak Rose. Moga dikurniakan lebih ilham supaya rajin update cerita-cerita kat blog tu. Hehe. :)
Profile Image for fatin.
197 reviews3 followers
May 25, 2025
One more book i love from kak Rose Harrisa 💖

- Buku ini memang ada mixed feelings ya, ada sedih, kelakar and most importantly ada teguran halus mengenai agama. Ezli is stone cold man because of his past trauma meanwhile Iryanie is sangat sangat naif. Afi is anak Ezli yang comel gila.

- I love this book! Sedih gila kisah silam Ezli dengan isteri dulu, anak nak susu, emak dia pula abaikan anak dia sampai biru do muka anak dia 😭 I dont blame him masa dia mengamuk si bekas isteri minta nak hak penjagaan anak-anak dia.

- Iryanie pula, aku boleh kata memang terlampau naif. Tolak tepi dia dan Ezli sweet moments, kita masuk part dia dan Ezli dah bersedia nak umumkan nak kahwin apa semua. Lah sekali, dia terima lamaran dari lelaki lain dengan alasan sebab bapa dia. Woii ko inila minah woi 😭 Memang patut kau gila time Ezli mengamuk. Aku setuju gila part bestfriend dia si Hana marah. Tak boleh buat keputusan sendiri.

- Ending is okaylah, aku puas hati gak sebab lepas Iryanie hampir gila and berubah. aku setuju hahahahah. Ezli memang real gentleman!! even awal2 aku macam apasal mamat ini suka marah2?

- Keluarga Ezli sangat supportive!! Memang baguslah. Cuma sedih sikit lah. Nasib baik bapa Iryanie sempat bertaubat, sayang betul ya kakak Iryanie sanggup pilih lelaki sampai gadaikan maruah 😅😅😅 Semoga keluarga kita dijauhkan dari hal macam ini. Aamiin!

Okaylah bye
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 26, 2010
Sebaik membuka halaman pertama aku dah rasa seronok! Seronok membaca cerita yang santai begini. Penulis menggunakan ayat yang biasa-biasa, yang mudah nak dihadam dan cukup releks. Pendek kata ia bacaan yang cukup menghiburkan hatiku, malah macam dah terkena penyakit sengih-kerang-busuk je sebab jalan ceritanya yang cukup manis ;D

MSC mengisahkan Eddy Ezli [Ezli:], seorang duda beranak satu yang sudah pun mengeraskan hatinya untuk menerima kehadiran mana-mana perempuan dalam hidupnya. Kesan pahit akibat kecurangan isteri yang dikasihi, Khairina membuatkan Ezli berhati batu untuk mencari peganti.

Kehidupan Ezli banyak dibantu oleh ibunya. Namun, bila ibunya menyatakan hasrat untuk pulang terus ke kampung, Ezli kelam-kabut. Memang dia tak mahu ada pembantu rumah tetapi dengan pemergian ibunya pada siapa lagi dia harus tinggalkan anak kesayangannya; Afizan [Afi:]. Dengan hati yang cukup berat, dia akur dengan kehendak ibunya. Seorang pengasuh sambilan diambil.

Iryanie; seorang pelajar UiTM yang perlu mengulang satu lagi paper diambil. Itu pun ibu Ezli yang uruskan. Sememangnya ibunya dah berkenan dengan Iryanie tu hahaha Bila bertemu, Ezli tercengang! Mana taknya dia baru je berperang dengan gadis tu beberapa hari sebelumnya gara-gara Iryanie yang melanggar kereta kesayangannya.
Iryanie pula menerima kerja itu kerana dia tak mahu terus berhutang budi dengan bekas abang iparnya; Zamri. Lagipun kerjanya senang dan amat bersesuaian dengan waktu kelasnya.

Hari-hari Iryanie sebagai pengasuh Afi bukannya mudah. Apalagi perlu berdepan dengan singa segarang Ezli. Kecut perut, takut-takut berani Iryani gagahkan juga. Boleh dikatakan dia terpaksa menelan tiap kata-kata sinis dari Ezli. Namun itu semua tak diendahkan. Iryanie seronok melakukan kerja hariannya di samping si cilik Afi. Hubungan mereka mudah mesra malah semakin rapat bila Afi dengan selesa memanggil Iryanie dengan ‘mama’.

Tanpa sedar hati Ezli makin terbuka bila melihat keakraban anaknya bersama-sama Iryanie. Malah ibunya sendiri amat menyenangi gadis itu. Dia akhirnya tak dapat menolak yang cinta sudah mula bertunas di hati. Namun, kemunculan Khairina secara tiba-tiba dengan niat untuk merampas kembali Afi membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara yang digunakan sehinggalah menuntut hak penjagaan anak ke mahkamah. Khairina ni ada masanya bodoh juga. Dah tentu susah dia nak dapatkan Afi balik sebab dah terang-terang dia yang tinggalkan anaknya dulu.

Adakah Ezli sanggup berpisah dengan anak manjanya? Sempatkah dia menjadikan Iryanie permaisuri baru di hatinya sekaligus melengkapkan rumah impiannya? Afi pula bolehkah menerima Khairina sebagai mamanya sedangkan dalam hati kecilnya dia sudah punya Mama Iryanie? Dan Iryanie, mengapa pula tiba-tiba je boleh beralih pada Zamri? Baca untuk tahu kesudahan cerita ini ;D
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
September 5, 2020
Akhirnya, dapat jugak baca novel lama daripada RH ni. Maklumlah buku ni dah takde kat pasaran. Kalau jumpa pun yang jual preloved. Nasib baik dapat yang harga berpatutan.

Suka sangat dengan kisah Ezli dan Iryanie. Cerita ni boleh dikatakan ada persamaan sikit dengan Akad. Kisah seorang duda muda yang berdepan dengan kes tuntutan hadhanah oleh bekas isteri. Tapi dalam Akad, lebih ekstrem lagi perangai bekas isteri Indra, si Mila yang perangai tak semenggah tu. Dalam cerita ni, selepas 7 tahun berpisah dengan Ezli, Khairina muncul balik untuk mengambil Afizan semula. Sebab apa? Kenalah baca sendiri.

Dan munculnya Iryanie dalam hidup Ezli adalah sebagai pengasuh kepada anaknya, Afi. Suka sangat bonding antara Yanie dan Afi. Biasalah, Ezli ni mula-mula tak suka Yanie sebab pertemuan dia dengan Yanie tak berapa nak elok. Sampai Yanie cop dia harimau jadian. Hahaha...,
Lama-lama timbullah rasa suka. Tapi penyatuan antara dua hati ini tak mudah. Ada halangan daripada bekas abang ipar Yanie. Benci sangat watak Zamri dan kakak tiri Yanie, so Suhaina tu. Tergamak dia buat Yanie macam tu.

Tapi yelah kan, kalau dah jodoh tu takkan lari ke mana. Nasib Ezli jumpa balik Yanie and get back together. Pokoknya, aku suka gaya penceritaan dan susunan jalan cerita dalam MSC ni. Rasanya berbaloi membaca penulisan kak Rose Harissa walaupun aku baru berjinak-jinak dengan bukunya sekitar tahun lepas. Mana-mana novelnya yang terkini atau yang lama masih menangkap hati aku untuk membacanya sebab penulisannya tak kosong. Ada banyak ilmu yang aku boleh belajar. Tak rugi baca dan beli.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
June 3, 2014
Dah lama JG (Jin Gedik) dalam badan x mengelenyar(?), tapi bila dijodohkan dengan si duda hot MULANYA SATU CINTA... mulalah nak tersengih-sengih, tersenyum-senyum... ;p

"Lawak la citer ni!", ntah kenapa itu yang terluah usai menutup helaian terakhir. Lontaran perkataan diluar kesedaran... maaf...

Menonton drama tackle-menackle Ezli dan dialog sindir-menyindir Yanie, tiba-tiba saja mereversekan umurku bertahun-tahun ke belakang... hehehe. Penulis memang superb mementaskan adegan2 manis berdiabetik tanpa berebut-rebut pek gula pasir di kedai... :)

Ini antara karya terawal Rose Harissa, so jangan diharap kesempurnaannya. Tapi aku tak teragak-agak memuji keringkasan dan kelancaran plot2 yang dibina untuk 1/3 bahahagian pertama. Ada 2 klimaks dalam naskah ini. Letusan pertama bila Khairina muncul kembali untuk merebut Afi. Letusan kedua bila Yanie terpaksa bernikah dengan Zamri. Sedikit meleret namun kerana keringkasan susunan plotnya, masih boleh dihadam.

Oppsss.... rupa2nya wabak copy-paste lirik lagu memang dah wujud sejak dulu... :)

p/s: Bercinta di Taman Tasik Taiping?... hahahahaha ;) (senyum ada makna tu!)
Profile Image for meenie.
330 reviews3 followers
July 6, 2025
simply 5⭐️ from me.

yes, cringe tapi whatever hahahah i loved it. comel gila dari enemies to lovers. nok, kau jatuh cinta dengan boss kau yang garang nak mampus and at the same time, anak jagaan dia attached dengan kau. fuh 😮‍💨

hope this thing happens to me soon hahahaha
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
September 25, 2022
Majikan yang dingin dengan babysitter yang manis dan baik hati dan pandai ambil hati anak majikan. Rasanya apa yang akan berlaku?

Banyak perkara yang mengkucarkacirkan emosi yang berlaku. Sebab everyone ada history masing2. Untuk move on tidak semudah itu bila kesukaran yang dihadapi benar-benar memeritkan.

Kesudahannya? Perlu baca sendiri dan hayati setiap situasi. And of course, enjoy the journey. Again, a good one puan penulis 👍
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
March 22, 2018
novel ni dah lame...tapi mood sekarang ni nak bace novel lame2 je..sebab lagi feeling..novel baru sekarang ni tajok pon pelik2..tapi ade yg best...best la..ambik mase sehari lebih je nak habiskan novel ni..tak dinafikan novel rose harissa mmg best...😀
Profile Image for chelsannereads.
176 reviews3 followers
September 26, 2025
Rating: 4.5/5 🌟
Trope: duda anak 1 x student university/ strangers to lovers etc...

My thoughts 💭 (my opinion not yours)

Ringkas cerita, karya ni mengisahkan tentang Iryanie yang tak sengaja terlanggar kereta sorang lelaki garang ni. First time jumpa lelaki ni garang gila dengan dia. Selepas tu nak dijadikan cerita Iryanie nak cari kerja dan dia sanggup kerja sebagai pengasuh kepada seorang lelaki duda anak satu. Iryanie tak tahu yang tu lelaki yang dia langgar kereta, sekali bila dapat tahu. Dua² terkejut, lelaki tu apa lagi, sembur je terus Iryanie depan².. dan dari situ bermula lah kisah suka dan duka antara Iryanie dan Ezli..

Perasaan aku masa baca cerita ni bercampur baur. Ada sweet, ada marah, ada bengang and etc.. tapi perasaan sweet lebih mendahului dari segala²nya.🔥🌚 Serious cakap buku ni best gila!! Tak menyesal terhasut dengan review meen HAHAHAHA. Cerita romantic macam ni is my comfort book.📚 Vibe buku ni best gilo! Rasa macam romcom pun ada walaupun bukan romcom.🤭

Favourite part aku bila Ezli mula tunjuk yang dia tertarik dengan Iryanie. Mamat ni dalam keras hati boleh jatuh tergolek juga bila dengan Iryanie.😆 Aku suka bonding antara Iryanie dengan Afi anak Ezli. They look perfect together as a family.😍

This could be my 5 stars read tbh tapi disebabkan ada certain part yang aku rasa seperti kejadian yang sama asyik berulang je jadi penat bila baca. Especially part khairina asyik nak ambil Afi dari Ezli, serious talk, agak lelah sikit bila asyik jadi benda yang sama. But it's okey! Still I love this book so much!🔥🤍

Nak jumpa ending untuk buku ni ada macam² halangan ya untuk dorang bersama. All I can say is Zamri and Suhaina memang perfect for each other 😤 memang ngamlah jahat sama jahat. Zamri ni memang licik and jijik betul kalau jumpa lelaki macam ni. Tapi kalau dah jodoh tak kemana, pasti bersama juga akhirnya. Ending yang sangat memuaskan bagi aku.💋 Kenapalah aku tak baca buku ni lebih awal!!😭 Best gila, tak tipu! Kak Rose memang pandai tulis romance lah.😙🙈

Highly recommended! Perfect for readers who crave a little sweetness in their journey.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
May 19, 2022
Best! Banyak pengajarannya. Pertama kali Eddy Ezli dan Iryanie bertemu adalah bila kereta Iryanie melanggar kereta Ezli dengan tak sengaja. Ezli dengan muka dan lagak sombongnya dan Iryanie ketakutan lalu menangis. Kali kedua adalah bila Iryanie diambil sebagai pengasuh Afizan (Afi) oleh ibu Ezli. Afi adalah anak Ezli bersama bekas isterinya Khairina. Lama-kelamaan Ezli nampak keikhlasan dan keserasian Iryanie dengan Afi. Hati Ezli mula terbuka untuk menerima Iryanie. Namun, Khairina kembali untuk mendapatkan Afi. Khairina telah menculik Afi beberapa kali dan kemudian mengheret Ezli ke mahkamah untuk dapatkan hak penjagaan Afi. Sementara itu Zamri, bekas abang ipar Iryanie juga cuba untuk mendapatkan Iryanie dengan cara paksa. Bolehkah Ezli dapat hak penjagaan Afi? Apa yang terjadi dengan Iryanie? Bolehkah Ezli dan Iryanie bersama? Apa yang terjadi pada Khairina dan Zamri?
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
December 26, 2018
3.5 stars

Resensi: April, 2011

Penulis: Rose Harissa
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN 978-983-124-405-0
Harga: RM 18.00 / RM 21.00
M/S: 483
Cetakan 1 - 2008
Cetakan 2 - 2009

Engkaukah yang datang mengulit mimpi dan mengusik lamunanku?

Blurb:

Eddy Ezli dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih bergelar pelajar. Malangnya, ketika anak mereka, Afizan berusia dua tahun, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.

Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.

Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.

Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya ‘mama’. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.

Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Azli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.

Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima keputusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?


Kak Chik menukil:

Sesuatu yang lain apabila penulis menulis tentang perceraian dan hak anak diberikan kepada bapa. Ia merupakan peringatan bagi kaum wanita dan ibu, hak hadhanah itu bukan seratus peratus akan jatuh kepada ibu. Penulis juga dengan jelas menghuraikan enakmen syariah berkenaan perkara ini dan secara tidak langsung memberi ilmu berguna kepada pembaca seperti Kak Chik.

Perhubungan Ezli-Iryanie yang sentiasa tegang pada permulaan perhubungan mereka, pada Kak Chik sudah menjadi santapan biasa yang dihidangkan oleh kebanyakan penulis masa kini. Jadi keterujaan sedikit berkurangan tetapi selepas tiga suku terakhir hati melonjak-lonjak memaksa mata terus terpaku untuk mengetahui pengakhirannya.

Ezli yang pada zahirnya nampak kasar, sombong dan tidak mesra hingga digelar Iryanie sebagai stone cold dan harimau jadian oleh Iryanie sebenarnya seorang yang penyayang dan berhati lembut. Selepas beberapa bulan Iryanie menjadi pengasuh Afizan, barulah sifat sebenar Ezli terserlah. Ezli sentiasa serius dengan wanita kerana tidak mahu terluka lagi. Dia bukan serik namun dia berhati-hati dalam mencari cinta sejati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Dalam segala macam perang dingin, akhirnya terserlah juga kelembutannya dan kehadiran Khairina untuk menuntut Afizan juga makin merapatkan perhubungan Ezli-Iryanie walaupun mereka selalu berada dalam kebimbangan.

Pada Kak Chik kesan kehadiran Khairina dalam penceritaan kisah ini tidak begitu kuat sehingga tidak sedikit pun mengganggu gugat kekuatan rasa hati yang Afizan akan tetap di bawah jagaan Ezli.

Selepas keputusan mahkamah, Ezli telah membawa Iryanie dan Afizan pulang ke Taiping untuk bercuti selama seminggu. Pada kesempatan ini, Ezli telag mengambil kesempatan untuk melamar Iryanie. Iryanie telah menerima lamaran tersebut kerana dia yakin Ezlilah bakal suami yang dia mahu.

Namun, kebahagiaan mereka telah direnggut? Kenapa Iryanie mesti berubah sikap selepas itu? Apa yang menyebabkan Iryanie sanggup meninggalkan Ezli dan Afizan tanpa sebarang pesan? Siapa dalang di sebalik kekecewaan yang menghancur-leburkan hati Ezli sekali lagi sehingga lelaki yang berhati keras itu mengalirkan air mata tanpa disedari?

Dan pada Kak Chik, saat yang menjadikan rentak jantung berlari kencang ketika Ezli ke Kampung Laut, Kota Tinggi. Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa?


LiFe iS a Long JouRNeY
-Kak Chik-
(^_^)
Profile Image for Lynna Hanaa.
33 reviews
September 19, 2022
Rindu benar nak baca karya Rose Harissa. Mmg best MSC. Semua rasa ada, geram, sweet2 gitu dan sedih. Geram sgt2 dgn perangai tak faham bahasa Khairina. Zamri yg tamak, ada tak perempuan lain utk pengganti. Semua anak dara Ishak kau nak rembat. Suhaina yg obses sgt Zamri. Sweet sebab perkenalan antara Iryanie & Ezli yg mulanya tak ok & selepas tu baru lah bersemi. Terima kasih pada Afi. Sedih sebab bila Johan sedar akan kekhilafannya. Sebak jugak lah kat Ezli bila Iryanie dipaksa kahwin dgn Zamri tu. Pandai RH twist cerita sikit. Yg paling gembira Afi lah ada 2 adik sebelah abah & mama.
Profile Image for Mslvoe.
2,057 reviews204 followers
December 7, 2023
Best

Tapi kan..

Ingat lepas Khairina dah aman². Sekali ermm Zamri ni kacau daun betul lah. Tu cerita jadi drag.

F mati² ingat dah takda konfliks lepas Khairina.
Profile Image for Introvert Insane.
545 reviews7 followers
October 9, 2025
This was my dnf from two years ago and I remembered why...

Ezli, a single father falling in love with his son's nanny whilst also having to deal with an ex-wife that refused to leave him alone. Iryanie, a daughter neglected by her own father who also have to deal with her ex brother-in-law who just can't leave her alone.

What I like: Ezli's mom is very mature and reasonable. There's a little bit of social commentary on gender bias and society's look on divorced men, immediately assuming he's the problem when it is actually his ex the one that was problematic.

What I don't like: all of the men in this book except Johan. Yes, he broke the bro code by stealing his friend's wife but he has changed for the better and genuinely loved Khairina. Ezli ni perangai moody period memanjang, menyampah. Zamri is creepy, obsessive pervert and Ihsan (I think), Iryanie's dad is useless until close to the end.

I don't care how much in love Ezli is, his moodswings are awful.
52 reviews4 followers
February 27, 2017
mahal jugak ye market price untuk buku ni. ada yg mencecah seratus! mungkin sebab dah out of print yg menyebabkan harganya mahal. tapi berjaya juga dipeluk novel ni pada harga yg berpatutan. hihi. timbul rasa nak beli sebab baca review2 kt GR ni rata2nya positif untuk novel ni lalu i google la sana sini mencari dan alhamdulillah jumpa dan murah pula tu. bagai dikata, novel ni sweet, banyak adegan dan babak yg boleh buatkan kita tersengih sorang2 bila baca. macam cerita2 lain, ada juga konflik dan pasang surutnya namun masih boleh dihadam dgn sempurna. tak sangka zamrie sanggup bertindak sampai macam tu. pendek kata, berbaloilah bila merata cari sana sini, pastu beli dan berjaya baca novel ni! lepas dah baca baru faham maksud di sebalik gambar tasik pada cover novel. taman tasik taiping menjadi simbolik kisah cinta ezli dan iryanie.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
November 13, 2020
Baru nak baca buku lama. Itu pun terjumpa ebook. Best. Rasa tak cukup plak dengan cerita Ezli dan Yanie. Rasa nak lagi lepas dah kahwin. Haha. Tapi, ada 1 part tu rasa Yanie ni macam bangang pun ada. Masa Ezli tanya dia apa masalah, dia boleh dok diam simpan sorang-sorang. Kalau dia cakap apa masalah kat Ezli, mungkin takkan jadi benda tu. Rasa down masa baca part tu. Bukan Ezli je sakit hati, sis pun sakit hati sekali masa tu.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
October 28, 2024
Best juga novel ini. Cerita yang tak berat. Saya suka dengan dua watak utama, Eddy Ezli dan Iryanie.
Ezli serik nak kahwin lain selepas Khairina minta cerai dan tinggalkan Ezli dengan Afizan yang baru berumur dua bulan ketika itu.
Apabila Afizan dah nak masuk sekolah, Faridah, mak Ezli telah ambil Iryanie sebagai pengasuh Afizan semasa Ezli pergi kerja.
Khairina pula nak dapatkan hak penjagaan Afi sampai sanggup naik mahkamah. Kemuncak cerita bila Yanie dipaksa kahwin dengan Zamri, bekas abang ipar Yanie padahal Ezli dan Yanie dah mula saling mencintai.
Saya suka bab sindiran antara Ezli dan Iryanie. Watak sampingan Fuad juga banyak menyokong untuk hidupkan jalan cerita.
Plotnya juga berkait antara satu sama lain jadikan cerita ini agak menarik. Kisah yang begini boleh dijadikan tauladan cuma ada beberapa bab yang tergantung sepi.
Dah berapa lama Zamri dan Shima kahwin? Shima meninggal dunia sebab sakit ataupun kemalangan? Begitu juga tentang Shima dan Aina yang merupakan kakak tiri Yanie tapi Ishak, ayah Yanie berbini dua ataupun kahwin dengan mak Yanie selepas kematian isteri pertama.
This entire review has been hidden because of spoilers.
5 reviews
July 10, 2023
Finish it in one sitting 😍😍😍😍 but the happy endinggg is SUPER SHORT 😭. Its 5 ⭐ if add a few more chapters about how they are after they got married since 99.5% of the book is about how they struggle to be with each other and so the 0.5% which is the ending where they finally end up with each other is extremely not enough and I feel like as if the author is rushing to get to the end and be done with it. We're with them for all the struggles, so at least give us a snippet of their married life, not sure about others but I for sure want to read how the guy treats her as his wife, I want to read more of his romantic side and their happy married life (just a few more chapters) 🥹🥹 .

But but STILL A VERY VERY ENJOYABLE READ. The flow is good just a rushed and unsatisfying ending 👏👏👏 Excellent writing skills to the author.

P/s please please please have a bonus chapter.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sarah.
51 reviews
September 3, 2022
Best but ada part yang cringe and i as pembaca rasa cam tak setuju dgn hujah watak tu. Juga, konfliknya terlalu berlarutan... Pasal Khairina tu. Ada aje yg jadi... Ada aje masalah jadi. Problematic wataknya. Annoying! Pastu konflik kahwin paksa. Dahlah kene paksa... Pastu derita pulak. Tak tahan nak membacanya. Overall, best tapi tak cukup memuaskan nak baca... Sebab novel ni pun dah lama kan, gaya penceritaan dan penulisan tak 100% sama dgn novel yg terkini even penulis pun ada edit sikit. BTW novel Rose Harissa yg terkini mmg best belaka! Harap novel yg under idea kreatif diterbitkan lagi. Sebab semuanya limited addition... Stok takde, nak beli pun tak dapat.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,548 reviews41 followers
June 7, 2016
Novel bacaan ringan yang tak kurang best dari Rose Harissa, penulis yang sangat tinggi bakatnya bagi saya. Beliau amat teliti dengan gaya penulisan yang simple, penggunaan bahasa yang tepat menyampaikan maksud dan tak lari juga kelakar santai. Kisah kehidupan suka duka yang rumit mahupun yang very common, entah macam mana diolah Rose Harissa menjadi sedap dibaca. Selepas penat otak kerja siang, malam layan buku macam ni, memang best. Tahu tahu jer dah habis :-)
4 reviews
January 26, 2023
it's good. erm nak cakap really good tu tak kot. tapi best la, dia tak macam tipikal cerita wattpad sekarang. mungkin sebab ni novel terbitan dan terbitan semula selepas 14 tahun. jadi, bahasanya berbeza dari bahasa sekarang. I think this is the first Rose Harissa's yang I've ever read kot, I think I love her writing kot. so mungkin aku akan beli lagi karya dia. so yeah, it's good. dan mungkin jugak sebab aku macam randomly teringin nak baca novel pasal bapak tunggal, so yeah..
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
September 24, 2023
Best buku ni, perjalanan cerita yang smooth and tak draggy. Perubahan karakter pun smooth je. Cuma hujung-hujung tu memang geram jugak sbb fl ttba jadi perahsia kalau tak mulut berceloteh kan tak pasal-pasal. Nasib baik happy ending
Profile Image for Lalo La.
6 reviews
May 6, 2013
antara novel kegemaran saya,olahan cerita yg sgt mnarik,lain drpd yg lain....sudah brkali2 khatam,x prnah jemu...
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.