Jump to ratings and reviews
Rate this book

270 Hari Perempuan Melayu di Afrika Sepanjang Pandemik

Rate this book
“Hidup ini ada batasnya, tetapi kita tidak boleh menjadi manusia yang terikat dan terkurung kerana batas tersebut! Kita sendirilah yang mencipta sempadan, mensabotaj pandangan kita terhadap diri kita, mensabotaj kehidupan dan masa depan kita dengan sesuatu yang tidak relevan.

Maka, ada dua cara untuk mempercayai diri sendiri tentang batas-batas kehidupan yang kita cipta; Pertamanya, jika kita percayakan diri kita, maka kita akan mampu mengalihkan sebuah gunung. Keduanya, jika kita percayakan diri kita, maka boleh jadi juga kita tidak akan menemui gunung itu.

Apa yang kita percayai sama ada kepercayaan dalam kehidupan peribadi sendiri, cinta, kerjaya, masa depan atau anak-anak, semuanya ada pada kita. Kita adalah apa yang kita percaya.” – Nora Jane Wahab

Siapa sangka, seorang wanita Melayu mampu menjelajah negara-negara di benua Afrika seperti Uganda dan Sudan seorang diri selama 270 hari, dengan suasana pandemik COVID-19 yang melanda dunia menyukarkan lagi situasi. Pelbagai cabaran dan kesukaran dirintangi Nora. Di sebalik pelbagai mehnah, beliau membuktikan, dengan kekuatan dan daya tahan yang tinggi, segala-galanya serba mungkin.

Travelog ini wajar dibaca oleh semua pengembara, terutama mereka yang berhasrat merantau secara solo ke tanah asing demi mencari makna diri.

417 pages, Paperback

Published January 1, 2022

3 people are currently reading
9 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (35%)
4 stars
17 (60%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Nik Lee.
3 reviews1 follower
January 6, 2023
Menarik. Membuka minda saya mengenai beberapa perkara. Pertama, tentang Afrika. Kedua, tentang Uganda. Ketiga, tentang hidup. Keempat, tentang kemanusiaan. Kelima, tentang agama dan toleransi.

Banyak juga 'quotes' dari pengarang favorite saya iaitu Hamka. Tapi tajuk bukunya tu, saya rasa pasti ada tajuk yang lebih baik/sesuai/menarik dari tajuk sekarang.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books106 followers
March 1, 2023
Banyak berjalan, luas pengalaman.
Ramai rakan, luas pergaulannya.

Mengubah persepsi asal terhadap Afrika, Uganda, South Sudan dan seumpamanya. Negara yang disangka teruk sebenarnya memiliki 'kekayaan' mereka sendiri.

Hendak dibanding dengan material, memang mereka kurang kemajuan bangunan tinggi tetapi dari sudut makanan, mereka beruntung ada makanan organik. Kita pula perlu membayar harga yang mahal untuk itu.

Toleransi antara agama tinggi menyebabkan suasana pergaduhan hampir tiada di sana. Seronok membaca rakyat mereka ramah dan baik belaka.
Profile Image for Ernah842.
36 reviews
December 18, 2022
Impian aku juga ingin mengembara. Di dunia ini, mungkin bukan rezeki aku untuk merealisasikannya. Mujur ada ramai insan-insan seperti penulis yang tidak kedekut berkongsi pengalaman dalam bentuk penulisan untuk aku 'mengembara' jauh dari Malaysia.

Penulis menerangkan dengan sehabis baik mengenai Uganda. Biarpun paksa rela, penulis tetap menjalankan tugas dengan baik malahan sempat merakam semua momen indah. Aku membaca seolah-olah aku juga di Uganda!!

Tahniah penulis, banyak pengajaran dari buku ini. Membuka hati dan minda akan toleransi dalam negara dunia ketiga yang tidak terbayangkan. Seronok membaca catatan ini.

Terima Kasih Nora Jane Wahab.
Profile Image for Siti Nur Aishah Aleyes.
65 reviews
November 4, 2022
It lacks one star because many times the writer likes to repeat the story (but not too annoyingly), but she wasnt a writer to begin with (she’s and engineer) so thats forgiveable.

The rest of the book was super good. Full of info, pictures and i’ve learnt so much in this book, so many new info that are very interesting to learn. You cn feel the love the writer had for the country through her writing. Id recommended to anyone. Read with open mind. You cn read 1000 travel book or travel to 1000 places but if you do it with a close mind, you just never anywhere.

Profile Image for Bobo.
71 reviews1 follower
June 6, 2022
Aku belajar perkara baru tentang salah sebuah negara di benua Afrika dari sudut pandang yang berbeza.
Profile Image for Bidasari.
321 reviews
February 2, 2026
Buku ini bukan travelog biasa. Travelog penulis ke Uganda yang mempunyai 45 juta penduduk ini memberikan banyak pengajaran untuk kita sama-sama hayati.

✅politik - terlalu lama di tampuk pemerintahan adalah sesuatu yang bisa mengundang korupsi.
Bak kata Lord Acton (1887) "Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely".
Ini bukan sahaja masalah di Uganda tetapi hampir di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

✅Tindakan pantas dan berkesan Kerajaan Uganda di dalam menangani Covid19 menyebabkan tiada PKP yang terlalu panjang, pekerja perubatan tidak burn out, rakyat tidak panik, aktiviti ekonomi dan sosial tidak terjejas lama, dsb walaupun hanya 5% rakyat mereka yang mendapatkan vaksin Covid19.
Walaupun tindakan mereka tidak selari dengan garis panduan WHO, Uganda lebih tahu tentang negara mereka sendiri dan kematian akibat Covid19 adalah antara yang terendah di dunia.

✅Kerajaan Uganda mengiktiraf dan meluluskan kajian penggunaan herba sebagai perubatan alternatif kepada perubatan moden walaupun ditentang oleh WHO. Ini dikatakan antara sebab kenapa penularan Covid19 di Uganda dapat dikawal dan berada dalam paras terendah. Mungkin sudah sampai masa Malaysia juga memberikan sokongan padu kepada kajian herba sebagai perubatan alternatif bagi kegunaan rakyat.

✅Rakyat Uganda mengamalkan budaya hidup sihat - berjalan kaki, pemakanan sihat dan ringkas - makanan asli (buah-buahan dan sayur-sayuran segar terutamanya avocado, pisang dan tomato), menu Kachumbali (hirisan bawang merah dan tomato digaul bersama cuka dan perahan lemon), tiada Maggi, tiada gula putih (hanya gula perang), budaya tidak merokok di tempat awam (ramai penduduknya tidak merokok), dsb.

✅Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua selepas Bahasa Luganda. Hampir semua rakyat walaupun miskin dan berada di kampung mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik kerana bahasa rasmi di sekolah dan pejabat Kerajaan adalah Bahasa Inggeris.

✅sustainable slow life - ramai yang miskin tetapi persekitaran tetap bersih, bercucuk tanam untuk food security, menggunakan solar panel untuk elektrik, dsb.

✅Muammar Gaddafi dikenang oleh ramai rakyat Uganda sebagai tokoh nasiolis sejati yang pernah membantu Uganda terutamanya dalam pembinaan Masjid Kebangsaan Negara Uganda.

Banyak lagi kisah di dalam travelog ini yang membuatkan kita merenung kehidupan yang dilalui di bumi bertuah Malaysia ini.
✅Adakah kita kurang bersyukur?
✅Adakah kita terlalu banyak merungut ?
✅Adakah kita kurang memberi?

Kebahagiaan boleh ditemui dalam kesederhaan di sekeliling kita.
Kita perlu menghargai setiap hari yang dilalui kerana hidup hanya sekali sebagaimana lagu If Life is So Short oleh The Moffats yang diabadikan di dalam buku ini.

Semoga satu hari nanti kita ada peluang menjejak kaki ke Kapchorwa, Uganda yang banyak melahirkan juara dunia dan Olimpik dalam acara larian jarak jauh dan kopi arabika premium.

Buku travelog yang sememangnya penuh kisah dan pengajaran.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hasliza Rajab.
183 reviews8 followers
January 20, 2026
Angelina Jolie menjadi sebab terbesar kenapa beliau ingin menjejakkan kaki ke benua Afrika. Dan rezeki beliau untuk sampai ke bumi Uganda pada tahun 2021. Meninggalkan anak-anak di Malaysia, dan juga kedua orang tua, hati berat namun kaki terpaksa melangkah demi sebuah cita-cita.

Pelbagai pengalaman menarik beliau kongsikan, dan kita yang membacanya kadang turut tertawa bersama, menangis bersama, dan ada ketikanya kagum dengan masyarakat di sana yang sememangnya mempunyai satu kehidupan di luar lingkungan pengetahuan kita dan makluman media massa.

Adakah kita tahu Maggi disekat di Uganda dan beberapa negara lain di Afrika? Dengan alasan mi segera tersebut mengandungi bahan pengawet dan MSG yg berlebihan. Kita di Malaysia?!

Di Uganda, pihak kerajaan menetapkan cukai rokok yang amat tinggi. kempen berhenti merokok di tempat awam turut dijalankan di pihak tertinggi kerajaan dan ianya diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah.
"Bukan budaya kami merokok di tempat awam".

Daging sembelihan di Uganda mesti disembelih oleh seorang Muslim, walaupun hampir 85% rakyatnya beragama Kristian.

Banyak lagi kisah-kisah menarik yang beliau kongsikan, dan di sana juga ada terselit cerita cinta beliau. Apa yang membuatkan saya kagum dengan beliau ialah sifat keberanian yang ditunjukkan sepanjang beliau berkelana di bumi asing demi sesuap rezeki. Statusnya sebagai seorang wanita tidak menghalangnya untuk masuk ke ceruk kampung di Uganda, berkenalan dengan manusia asing yang berbeza budaya dan warna kulit, dan hakikatnya, beliau benar-benar keluar daripada zon selesanya.

"Berada di bumi asing ini sebenarnya bukanlah semata-mata untuk mengumpul wang, tetapi juga mencari erti sebuah kehidupan".

Di bumi Uganda juga, beliau menerima berita yang paling sedih dalam hidupnya. Berkelana seorang diri, dan menerima berita yang sangat menyayat hati...sangat menguji iman dan kekuatan diri!

"Ramai orang mahu ke tempat-tempat hebat, tempat popular yang mewah dan selesa. Tetapi tak semua orang dapat peluang seperti kamu, meski kamu ke Uganda yang miskin, kamu telah memiliki peluang yang luar biasa, dapat memeluk anak-anak Afrika yang daif".

Buku ini bukan sekadar travelog biasa, ianya digarap dengan kisah-kisah yang sangat membuka minda, memberi pelajaran di luar batas yang kita cipta sendiri. Untuk anda yang ingin melihat Afrika, terutamanya Uganda dari sudut yang positif dan tiada di paparan media massa global, buku ini untuk anda!
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books351 followers
September 20, 2024
Buku ini membuat saya berkali-kali mengajak anak-anak, "Siapa nak ikut Umi pergi Uganda lepas ni? Next destination kita bercuti di Uganda!"

Semua anak menolak – mereka tidak mahu kerana tidak mengenali Uganda daripada buku ini.

Keberanian Nora bergaul rapat dengan penduduk negara Afrika ini berjaya membuka hati saya sebagai pembaca untuk turut meraikan keistimewaan negara mereka. Kalau bukan Nora yang menulisnya, belum tentu.

Baca buku ini untuk mengetahui mengapa negara mereka mengharamkan kemasukan Maggi, bagaimana mereka tidak ditimpa wabak Covid-19 yang kritikal, mengapa penduduk minoriti Muslim yang melakukan sembelihan walaupun majoriti penduduknya Kristian.

Banyak yang dapat mengubah persepsi saya tentang Afrika apabila membaca travelog ini, walaupun tahu sebahagian hal buruk yang berlegar tentang benua ini adalah kerana propaganda Barat.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.