Jump to ratings and reviews
Rate this book

Galat

Rate this book
Galat. Pertama kali mendengarnya, Teja rasa pelik. Kerana rasa ingin tahu, dia mengikuti datuknya Bahrom masuk ke dimensi Swargaloka, di mana langitnya berubah-ubah warna, dan penghuninya adalah makhluk-makhluk mitos dan lagenda. Antaranya lelaki berkepala pelanduk, seekor mawas yang hobinya melukis kaligrafi dan lembuswana, sejenis singa bergading, berkepak geroda dan bersisik ikan.

Namun sebaik ikatan kain merah di tangannya terlepas, Teja tidak lagi dapat meninggalkan dimensi aneh itu. Dia terperangkap, dan nyawanya kini dalam bahaya.

Napuh harus membawa Teja ke teras Swargaloka, tempat yang dikatakan pintu masuk dan keluar asal dimensi ini. Namun untuk sampai ke teras Swargaloka, mereka harus menempuhi pelbagai halangan. Demi janjinya pada Bahrom, Napuh harus lakukan apa sahaja untuk mengembalikan Teja ke dimensi manusia.

284 pages, Paperback

First published April 1, 2022

12 people are currently reading
96 people want to read

About the author

Iqbal Rafiuddin

17 books41 followers
Iqbal Rafiuddin merupakan penulis pelbagai genre. Pernah menulis untuk Terfaktab, Bukupojok, MagicBean (Gempakstarz), Fixi dan Menara Seni.


Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (28%)
4 stars
71 (50%)
3 stars
27 (19%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 42 reviews
Profile Image for Iqbal Rafiuddin.
Author 17 books41 followers
September 30, 2022
Galat bukanlah sebuah fantasi yg hanya berfokus kepada perlawanan antara GOOD vs EVIL, perebutan kuasa dan politik.

Sebaliknya motifnya lebih sederhana iaitu dinukilkan khas untuk insan kecil bergelar kanak-kanak.

Tema Galat mcm sama tapi berlawanan dengan premis dibawa Alice in Wonderland.

Dalam Alice in Wonderland, bercerita mengenai bagaimana pandangan Alice trhadap dunia orang dewasa yang mengelirukan dan menakutkan.

Untuk Galat pula, premisnya terbalik, ia berkenaan bagaimana orang dewasa melihat dan melayan seorang kanak2 yang dianggap senang difahami, mudah dibaca.

Apa yang dilihat oleh orang dewasa pada kanak2? Ceria, gemar bermain, fikiran kreatif dan kartun?

Dari sinilah saya cuba bawakan mesej bahawa kanak2 juga perlukan perhatian lebih terhadap status emosinya. Bahkan jika tidak perasan lebih awal, ia akan membawa permasalahan lebih besar kelak di masa hadapan.

Akhir kata...

Galat sememangnya penuh dengan fantasi, tetapi disebalik tirai fantasi yang menghiburkan, tersembunyi sebuah realiti.

Ketika dunia sedang menghadapi permasalahan seperti virus covid, inflasi, bencana alam dan sebagainya, jangan dilupakan kanak2 yang membesar bersama kita. Mereka turut mengalaminya. Mereka juga ada masalah tersembunyi.

Perhatikan.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
July 28, 2025
First and foremost, nak cakap terima kasih untuk coursemate saya pengarang jantung Nur Masturina sebab hadiahkan buku ni untuk saya (padahal aku yang ajak dia beli hahaha sekali member bagi hadiah)

Move on untuk review buku ni.

Hold up! The story was good, like really good. Saya sebenarnya tak berapa teruja pada awalnya sampailah masuk ke cerita Saktimuna. Gila betul bila semua terungkap. Sampai tengah je terus fast pace pembacaan saya. Karakter juga ditulis dengan baik, dan saya terbayang Napuh berpakaian seperti kucing-kucing dalam The Cat Returns Studio Ghibli haha.

Memang ada rasa vibe Ghibli+ Alice In Wonderland. Dia ada high fantasy+ sejarah alam Melayu and I highly recommend this book for those yang cari buku Melayu yang ada vibe fantasy ala-ala Ghibli Studio. The blurb tu yang buat saya teruja dan saya ingat macam mana penulis promote buku ni, yang buatkan saya nak beli buku ni.

But, as this book was written for YA. Some parts felt like unnecessary but it's okay. Saya rasa mungkin untuk remaja, sesetengahnya sesuai untuk diceritakan pada mereka. Part yang saya maksudkan tu ialah penerangan berulang kali tentang masalah Teja, dia macam diulang banyak kali sampai saya lelah.

Dan saya suka bila penulis gariskan tentang emosi kanak-kanak, saya juga rasa kanak-kanak patut diberitahu semua hal. Kadang-kadang orang dewasa lupa tentang mereka, sedangkan kita tahu mereka ibarat kain putih yang perlu dilukis corak yang baik walau kadang ada pincangnya. Bak kata Taylor Swift:



Bila hati sudah tertarik pada sesuatu keindahan, kadang kala musnah segala impian.

Dan, saya tahu dah kenapa semua orang gemar betul dengan Fixi. Sebagai seorang pembaca yang suka indah-indah saya rasa untuk Fixi saya tak boleh expect keindahan tu. Like, WHAT? 👀

WHAT?

I was frowning so hard waktu baca ending dia, dalam train balik kerja like WHAT?

Termenung lama gila wehh tengok buku tu. Mind blowing gila HAHAHAHAHA.

One thing yang I kurang gemar cumanya ada part yang serius, penulis selitkan lawak. Baru nak start engine, eh ada lawak pulak 🤣 macam ada benda yang tak kena.

Yes, there is some part that needs to be improved, but this book is a good start for me to start reading Fixi's.

Tahniah penulis!

Orang dewasa lupa kanak-kanak belum matang untuk berdepan dengan emosi yang berat.
Profile Image for hans.
1,159 reviews152 followers
June 11, 2022
Tertarik dengan blurb-nya yang bertema mistikal fantasi, naratif Galat bawa aku mengembara ke dunia Swargaloka di mana langitnya sentiasa berubah warna dan penghuninya adalah makhluk-makhluk mitos dan lagenda. Ikatan kain merah di tangan Teja terlepas sewaktu dia mengikut datuknya, Bahrom ke Rumah Galat bertemu Napuh, si lelaki berkepala pelanduk. Teja terperangkap dan hanya satu cara untuk dia pulang ke dimensi manusia sebelum tenaga dan nyawanya di'makan' Swargaloka; mengikut Napuh menempuh syarat dan halangan dari para penjaga dimensi sebelum dia dapat ke teras Swargaloka-- jalan masuk dan keluar utama ke dimensi manusia.

Penceritaannya berselang-seli antara dunia sureal dan realiti; konflik kuasa Saktimuna yang mahu jadi penakluk agung dan impak pandemik kepada sesebuah keluarga terutamanya emosi kepada seorang anak kecil. Aksi, pertarungan dan hal-hal ajaib; dunia Swargaloka yang intens juga kesedihan pada realiti Teja sehingga diam-diam dia mahu terus kekal di Swargaloka.

Tempo dan perkembangannya agak laju dan laras bahasanya juga kemas dan menarik-- narasi dan gayanya bertukar seiring perubahan watak; ada bernada klasik, berpantun dan berbahasa kayangan. Karakter-karakter Swargaloka juga pelbagai dan sangat imaginatif, dan aku suka bila penulis adaptasi dan selitkan karakter kisah rakyat dalam plot; kebayan, bunian dan naga Tasik Chini.

Bab akhirnya dari perspektif Saktimuna jadi banyak lompong plot terjawab di sini; motif dan punca konflik, kisah dan rahsia awal bagaimana Saktimuna boleh jadi penjaga Swargaloka dan memulakan rancangan untuk bencana Galat Agung. Sejarah yang diputar berabad lama, beberapa twist pada karakter dan perihal Bahrom yang masih setia ke Swargaloka.

Naskhah adventur dan fantasi yang bagus dengan sub-tema psikologi yang menarik. Pengakhiran Teja seperti yang dijangka dan aku teringat kata-kata Lady Kebayan; "Bagi kamu tidak baik maka pasti jahat. Tak begitu, ia mengenai tindakan yang kau ambil. Adakah tindakan itu membawa mudarat atau tidak." 4 bintang untuk Galat!
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
January 7, 2023
Baca Galat ni macam tengah tonton Spirited Away ya.

Best gilaaaaa.

Dan aku tabik usaha Iqbal Rafiuddin merekodkan sejarah hitam COVID-19 melalui cerita.

Biar pembaca generasi depan tahu, wabak virus ini benar² menggoncang dunia.

An excellent mixture of Ghibliesque fantasy (but make it Nusantara), local folklores, glooming reality of how COVID19 affected the marhaens and depiction of children psychology.

Worldbuilding & backstory for each location 💯

Awalnya nak bagi 5 stars, tapi sebab Epilog II tu macam "Eh, kenapa ni? Tiber je"

So aku "terpaksa" bagi 4 bintang (sorry Koci)
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
266 reviews56 followers
January 1, 2023
secara jujurnya aku kurang enjoy dengan cerita ni. Ini maybe sebab aku kurang minat genre untuk cerita ni.

tapi it was a fun read, sebab hg macam follow perjalanan Teja dari awal sampai habis (walaupun epilog 2 macam tiberrrr sangat) dalam dunia magikal Galat.

aku yakin ramai di luar sana yang akan minat dengan cerita ni tapi malangnya aku bukan orang tersebut 😭😭😭
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
January 21, 2023
Jumpa juga buku yang vibes macam ni. Betul ada orang review, macam baca spirited away hahaha. Fuh berpeluh ya baca part perang tu. Memang idaman betul Dang Delima Merah ni.

“Tunjukkan kepada mereka api kalian mampu meleburkan jiwa-jiwa mereka. Membakar jasad mereka! Tulang-temulang mereka. Tunjukkan pada Saktimuna bangsat apa itu neraka dunia! Beta tak peduli kalian ini bangsa apa pun. Saat kamu bertarung di bumi ini. Kamu semua adalah satu. Bangsa Swargaloka!”


Loveee sangat !!! Semoga terus sukses penulis
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
June 14, 2022
Secara jujurnya genre fantasy bukan genre aku. Aku malas nak membaca sambil imagine itu ini melampau sangat.

Tapi taktau kenapa GALAT ni aku boleh layan sampai habis. Mungkin sebab dia ada vibe Ghibli's dan dicampur pula dengan vibe² klasik melayu/bunian, jadi menarik untuk aku terus masuk dalam dunia tu.

Novel ni juga fast pace, so aku tak rasa bosan. Menarik juga bila penulis kupas POV dari seorang budak kecil yang bernama Teja, tentang perasaan, apa yang dia lalui, pilihan yang dia ada. Penghayatan yang cukup bagus.

Bawah ni spoiler sikit :

Cuma ada 1 bahagian aku rasa spoiled sikit, tang Nara Indera yang baru dibebaskan lepas 50 tahun, dialog percakapan dia jadi melayu moden macam Teja. Bila masa dia adapt dialog camtu sedangkan dia stuck dalam ayam tu 50 tahun?

Itu jelah aku rasa kureng sikit. Yang lain bagus.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
June 4, 2022
Gembira untuk naskah ini.. Walaupun bersifat fantasi tapi penulis berjaya buat Sha berfikir dan merasai perasaan Teja.. Teja seorang kanak-kanak yang diabaikan emosinya oleh orang dewasa.. Memendam dan menyimpan.. Tahniah untuk penulis..
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
November 8, 2023
Sebagaimana dunia Swargaloka dan dunia manusia tidak boleh menjadi satu dan akan menjadi kucar-kacir kalau ia berlaku, begitulah juga saya dengan buku ini tidak boleh masuk bersatu -- semuanya terasa kucar-kacir pada saya secara peribadi. Hampir masuk dalam rating dua bintang, tapi idea uniknya buat dia dapat satu lagi bintang dari saya. Akan review lebih panjang nanti (kalau rajin).
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
July 22, 2022
Galat bawa aku mengembara bersama Teja dan Napuh ke Swargaloka, dunia penuh magis. Aku boleh bayangkan dunia itu seperti gabungan Wonderland, Magika dan juga Ghibli. Aku suka dengan bahasa yang digunakan oleh penulis, kemas. Ada beberapa babak terasa seperti aku sedang membaca hikayat. Siapa sangka, yang kecil itu memendam rasa yang besar.
Profile Image for Hawa Fatar.
3 reviews
June 4, 2022
⭐️ Recommended untuk pembaca yang meminati fantasi yang sedang-sedang, tidak terlalu heavy atau light ⭐️

Untuk kalian yang tidak tahu maksud Galat,
cuba kalian bayangkan ada manusia tetapi bentuk kepalanya seperti Pelanduk 🦌. Nampak tak normal, kan? Haa itulah makhluk Galat di dunia Galat! Dunia yang didiami makhluk aneh: makhluk makhluk mitos atau lagenda.

| 𝗚𝗮𝗹𝗮𝘁: 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻/𝗸𝗲𝗰𝗮𝗰𝗮𝘁𝗮𝗻/𝗴𝗹𝗶𝘁𝗰𝗵 |

——

Agak susah saya nak stop baca buku ni sebab jalan penceritaan yang sangat smooth, buatkan saya curious nak tahu apa jadi untuk next and next plot.

Buku ini lengkap dengan segala rencah: aksi, emosi, geram ya amatt, sedih, dan annoyed dengan villain dia!😑

Penulis bijak menyampaikan mesej di sebalik penceritaannya. Kita dapat menyelami luka yang terpendam di dalam hati gadis kecil, Teja, yang perlukan perhatian ibu bapanya. Siapa yang tak sakit bila mak hilang entah ke mana tetapi ayah masih berahsia 😩

Disebabkan itu, saya amat memahami keinginan Teja dan keputusan yang dibuatnya. Termengalir juga air mata dengan kisah hidup Teja. ☹️

Pluss, world-building Swargaloka: 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗸𝗮𝘂𝘂 !
Daripada pengolahan penulis, pembaca pasti dapat fahami di sebalik keindahan Swargaloka adalah sebuah mimpi ngeri buat manusia. Lebih lebih lagi di Lembah Boneka Piring!

Flashbacks dalam buku ni pun disusun dan diolah dengan baik. Pembaca tak pening nak proses informasi dan dapat buka ruang untuk berimaginasi. 💯

Action scenes macam mana pula? 🧐
Fuhhh, memang salute penulis masukkan female leader dalam penceritaan. Dang Delima Merah, you’re rock! 🔥
“𝘉𝘪𝘢𝘳 𝘮𝘢𝘵𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘨𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢.” - 𝘋𝘢𝘯𝘨 𝘋𝘦𝘭𝘪𝘮𝘢 𝘔𝘦𝘳𝘢𝘩

Dan scene Naga Antaboga regenerate macam ala ala movie Jeepers Creepers, bikin merindinggg 🥶 menjadi teka-teki juga macam mana nak kalahkan makhluk ini.

Haa, ada juga scene lawak!
Serious saya tak expect langsung buku ini ada unsur lawak. Dari awal penceritaan tiada pun hint lawak yang diberi tetapi sampai saja scene patung wayang kulit, maafff saya gelak memang tak cover dah. Bertubi punchline penulis bagi dalam scene tu! 🤭😂

Tetapi sepanjang pembacaan, pada saya buku ini lebih memfokuskan misi dan muslihat villain daripada main character. Mungkin ianya pengenalan untuk next interesting agendas! 🕺🏻

Penuh persoalan dalam fikiran saya. Saya tunggu juga action daripada Teja tetapi bila dah sampai babak terakhir diikuti dengan plot twist yang tidak dijangka, tuptup ‘eh, ohh laaa ada sequel rupanya!’

Baikk, saya tunggu sequel seterusnya! ✨

Sejujurnya kalau karya ini dijadikan animasi, mesti best! 💯💯💯

____________
“ᴍᴀɴᴜꜱɪᴀ ᴅᴀʜ ꜱᴀᴍᴘᴀɪ ʙᴜʟᴀɴ, ᴊɪɴ ᴛᴀᴋ ᴘᴇʀɴᴀʜ ʟᴀɢɪ ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ʙᴏʟᴇʜ ᴛᴇʀʙᴀɴɢ ᴛᴇʀʙᴀɴɢ. ɪɴɪ ʙᴇʀᴍᴀᴋɴᴀ ᴍᴀɴᴜꜱɪᴀ ʟᴀɢɪ ʜᴇʙᴀᴛ ᴅᴀʀɪᴘᴀᴅᴀ ᴊɪɴ.” - ʙᴀʜʀᴏᴍ
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books51 followers
May 31, 2022
Judul buku: Galat
Penulis: Iqbal Raifuddin
Terbitan: Fixi
Cetakan / Tahun terbit: Cetakan pertama, 2022
Jumlah muka surat: 282
Tempoh bacaan: 13/05/222 – 20/05/2022

Ulasan:
Sebuah buku bergenre fantasi yang membawa kita bukan sahaja ke alam swargaloka yang didiami oleh makhluk-makhluk galat, tetapi turut membawa kita menyelam jauh ke lubuk hati anak berusia 10 tahun, bernama Teja.

Pemerian fantasi swargaloka yang mempesonakan, diselang-seli dengan calitan realiti berdarah tersisip kemas di hati Teja. Paparan wajah dan bicara keletah, menyembunyikan isi sebenar perasaan anak ini.

Covid-19, bukan sahaja memberi kesan dan menekan kehidupan orang dewasa, tetapi turut terkena tempiasnya kepada anak seperti Teja. Mereka mungkin dianggap tidak faham masalah yang dihadapi oleh orang dewasa bila mereka sering diterangkan pelbagai perkara yang mereka tidak percaya, tetapi terpaksa beriak biasa seolah tiada apa.

Pedih. Sedih. Bukan hanya Teja, tetapi saya yang membacanya. Anak sekecil Teja, riang di luar, berdarah di dalam. Terpendam tidak terselam. Hanya bila dibawa ke Swargaloka, rahsia hati anak itu terbentang sebagaimana bentangan padang dan langit indah di dunia Swargaloka tetapi, versi sebaliknya.

Kata orang, bila kita tersakiti, kita akan lebih memahami. Begitu juga dengan Teja. Buli ke atas dirinya bukan apa-apa, tetapi bila satu-satunya rakan yang dia ada dibuli juga, Teja bertindak. Berjuta rakan di sekeliling kita yang bersinar itu tidak berguna jika mereka hanya muncul untuk menjadi serpihan kaca. Hanya membuli dan menyakitkan hati. Isu kedua yang dinaikkan oleh penulis.

Rakan-rakan Teja, mereka bersinar, tetapi melukakan dan menidakkan kebolehan orang lain terutamanya, Teja. Teja tidak mahu jadi seperti mereka. Kaca yang melukakan. Dia memilih untuk menjadi permata. Yang lebih dihargai kerana memahami kesakitan. Kerana itu, dia berkawan rapat dengan mangsa buli, Amirul.

Tetapi, nilaian menjadi sebutir permata itu terlalu tinggi. Menempanya juga dengan api. Dan, biasanya, sebutir permata hanya menyendiri. Amirul pergi kerana dia tidak sekuat Teja untuk menghadapi tekanan sekeliling. Pada babak ini, saya menangis. Penulis menambah pedih bila pemergian Amirul itu berlaku pada hari istimewa seorang Teja. Pemerian pada babak ini benar-benar meruntun hati.

Teringat lagu Ukays, Luka Dilukai. Begitulah gambaran perasaan dalaman Teja. Ibunya hilang tanpa dia tahu punca. Ayah berahsia. Akhirnya dia tinggal dengan datuk dan mak ciknya. Menziarahi Swargaloka, berkenalan dengan Napuh, Onyet dan beberapa watak lagi membuatkan dia lebih suka untuk tumbuh dewasa di alam ini. Fantasi itu walaupun aneh kedengaran ketika di dunia sebenar, tetapi di dimensi mereka, keanehan itu sesuatu yang biasa, (Galat, hlm 26).

Watak Teja, gadis berusia 10 tahun ini dibina dengan sifat-sifat hebat. Dia, watak yang sukakan sesuatu yang baharu, yang berseni dan dia juga seorang yang suka mencatat. Nampak bijak dan ingin meneruskan kehidupan walaupun teruk terluka oleh sikap orang dewasa.

Satu lagi watak yang mendapat perhatian saya ialah watak mawas berbulu hitam, bernama Onyet. Onyet yang cintakan seni. Cuba menghasilkan mahakarya dengan contengan dakwat hitam pada helaian kertas. Namun, dikritik oleh Teja ketika pertemuan pertama mereka. Onyet bersikap terbuka dengan kritikan. Malah, dia merendah diri dengan menaikkan peribadi si gadis cilik melalui persona pandang bila melihatkan Teja bersungguh mengajarkan dia mahakarya sebenar. Dia meminta Teja yang begitu bersemangat menonjolkan kemahiran melukis, mengajar dia si mawas yang hanya tahu menitis tinta tetapi tidak nampak apa.

Titis tinta pada sehelai kertas memang bukan mahakarya! Saya hampir bersetuju dengan Teja. Namun, saya terkejut ketika plot bergerak, penulis mendedahkan sisi Onyet yang sebenar. Dan, pada halaman 54, ketika helaian kertas bertitis tinta Onyet itu bercantum, sesuatu yang agung muncul! Betullah, hanya jauhari yang mengenal manikam. Jangan mentafsir sebelum mengenal gerangan, walaupun hanya seekor mawas berbulu hitam.

Bukan hanya mawas ini memiliki tangan seni, tetapi juga hati suci dengan memberi muka kepada si cilik yang dalamannya tersakiti. Sakit yang dipendam lama. Luka yang terendam cuka!
Banyak yang ingin saya perkatakan tentang karya Galat. Tetapi, lebih baik kalian sendiri membacanya. Menjiwainya dengan pergerakan plot yang mengujakan. Tidak seronok bila hanya membaca ulasan daripada saya. Oh, ya! Panjang lagi kisah Galat ini. Pengakhirannya lebih mengujakan. Sangat tidak sangka. Malah, di bahagian epilog membuatkan hati saya timbul banyak tanda tanya.

Cerita ini mungkin dilihat berbeza sisi oleh pembaca lain. Tetapi, bagi saya … kepedihan dan luka di hati Teja, terbenam sama di hati saya. Ramai orang boleh menulis cerita sedih, tetapi gabungan fantasi dan realiti dengan watak galat yang pelbagai – ada lucu, ada jahat … ditambah plot yang tidak terjangka, backstory watak yang tidak disangka, ada juga watak daripada teks sastera sekolah … memang Galat memenuhi selera bacaan saya.

Jemput tonton juga ulasan Galat dalam bentuk video di saluran YouTube NORSAMILA SAMSUDIN.

#ulasanbuku
#galat
#iqbalrafiuddin
#fixi
#penulistempatan
#malaysiamembaca
#novelmelayu
#novelfantasi
#bookstagram
#booktubemy
#booktubemalaysia
#booktuber
#norsamilasamsudin
Profile Image for Syafiqah Balqis.
2 reviews39 followers
May 21, 2022
Mengisahkan tentang pengembaraan Teja dan Napuh di Swargaloka untuk mengembalikan semula Teja ke dimensi manusia.

Sejujurnya saya tak pandai sangat bab review ni tapi saya cuba juga sebab buku ni wajar diberi penghargaan yang selayaknya.

Firstly, saya sangat suka dengan worldbuiding Swargaloka. Details dia tidak terlalu overwhelming dan mudah untuk dihadam dan diikuti. Though it took me a while to get used to all the unique names in this book (it's not a bad thing I promise)

Flow antara flashback dan current event dia pun tak awkward dan smooth je. Senang untuk kita hubungkaitkan keduanya. Scene perang dimensi Swargaloka tu memang mendebarkan. Tak dilupakan epilog yang sangat mindblowing at the end. Boleh katakan saya agak terkedu dan perlukan sedikit masa untuk digest apa yang jadi.

Persoalan yang bermain dalam buku ni pun agak thought-provoking. Matlamat Saktimuna tu ideal but not very practical in a long run. Ada sebab kenapa setiap yang ada di muka bumi ni ada peraturan dan sistem dia yang tersendiri. And disturbing that order will bring nothing but misery to everyone within the system.

Mungkin ada yang mempersoalkan tindakan dan pilihan Teja at the end and I'm not going to blame them on that. But she really went through a lot as a child. Boleh katakan hampir setiap scene yang Teja flashback saya akan menangis sebab rintihan dia tu sangat raw and real and it will pierce through your heart. She's just a child afterall, cuma seorang kanak-kanak yang dahagakan secebis perhatian dan keberadaan orang-orang yang dia sayang.

Favourite character? Semestinya Dang Delima Merah diikuti dengan Napuh. I just have a soft spot for badass female leader and a gentleman.

Overall, tak sia-sia berjaga malam semata nak habiskan buku ni. Everyone, please give this book a try. A very enjoyable read and definitely would recommend! Congrats to the author ☆
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Faiz.
47 reviews2 followers
May 25, 2022
Best jugak lah. This coming from someone yang tak suka sangat genre fantasy.

Sepanjang membaca tu aku dah terbayang dah kalau buat movie confirm letops! Ada macam Magika sikit, Alice in Wonderland sikit. Cool cool. Kalau tak dapat movie pun atleast animation pun okay jugak macam Les Copaque punya movie tu.

Karakter dia banyak gila aku kadang-kadang pening jap. Kena baca slow-slow baru boleh hadam (itu pun tak faham keseluruhannya). Plus dengan nama karakter yang pelbagai. Fuh penat beb nak kena bayangkan satu-satu.

Love how the ending is not cliche. I get the message from this story. Kanak-kanak pun ada masalah juga. Bukan sentiasa happy je walaupun kita tengok diorang mcm happy tak ada masalah pun kan. Mereka juga perlukan perhatian dan kasih sayang. In fact, diorang lah yang lagi perlukan lebih sebenarnya. Kalau tak nanti jadi lah macam Teja ni. Dah besar baru nak buat hal.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
September 9, 2022
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝗳𝗮𝗻𝘁𝗮𝘀𝘆
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸, 𝗻𝗮𝗴𝗮, 𝗯𝘂𝗻𝗶𝗮𝗻

✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿
Teja, seorang anak kecil yang hobinya suka melukis. Dia mengikuti datuknya, Bahrom masuk ke dunia Swargaloka. Dunia Swargaloka menempatkan segal jenis makhluk pelik dan langitnya juga berubah warna-warnanya.

Datuknya berpesan, Teja boleh keluar masuk dunia itu dengan syarat kain merah haruslah sentiasa di tangannya. Namun, Teja terperangkap di dunia itu apabila kainnya tak semena-mena hilang. Napuh, manusia berkepala rusa berjanji dengan Bahrum untuk memulangkan Teja ke dunia manusia.

✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀 ✿
Kita suka world-building Galat ni, the characters memang betul betul fantasi and kita dapat bayangkan dengan baik sebab description dia. Kita paling suka idea Rumah Galat yang macam pintu Doraemon + truck — rumah yang boleh dibawa kemana mana tu buat kita tak fikir dah urusan manusiawi characters dalam Galat ni 😝

Okay masuk part cerita ni kita agak pening tau. Cerita dia fast-paced is fine by me tapi banyak tiba-tiba yang buat kita macam takfaham what’s happening sebenarnya time baca tu 😵‍💫 —
“𝙷𝚊𝚑 𝚍𝚊𝚑 𝚔𝚎𝚗𝚊𝚙𝚊 𝚍𝚒𝚊 𝚗𝚒?”
“𝙾𝚔𝚊𝚢 𝚗𝚘𝚠 𝚒𝚖 𝚌𝚘𝚗𝚏𝚞𝚜𝚎𝚍, 𝚋𝚊𝚒𝚔 𝚔𝚎 𝚓𝚊𝚑𝚊𝚝?”
“𝙾𝚔𝚊𝚢 𝚔𝚎𝚗𝚊𝚙𝚊 𝚖𝚊𝚌𝚊𝚖 𝚜𝚞𝚜𝚊𝚑 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚊𝚝 𝚓𝚊𝚕𝚊𝚗 𝚙𝚎𝚗𝚢𝚎𝚕𝚎𝚜𝚊𝚒𝚊𝚗 𝚍𝚒𝚊 𝚗𝚒, 𝚝𝚊𝚔𝚍𝚎 𝚌𝚊𝚛𝚊 𝚖𝚞𝚍𝚊𝚑 𝚜𝚒𝚔𝚒𝚝 𝚔𝚎?”

Pening pening pun nasib baik faham bcs of the revealation part baru lah macam — “𝚘𝚑𝚑𝚑 𝚗𝚘𝚠 𝚝𝚑𝚊𝚝 𝚖𝚊𝚔𝚎 𝚜𝚎𝚗𝚜𝚎!”. Tapi after the revealation part tu kita jadi pening balik sebab time jump dia TT ada sekuel ke maksudnya ni?

Overall, bagi kita Galat ni cerita yang banyak maksud tersirat. Kalau biasanya cerita lain pasal dewasa melayan kanak kanak as in “kau tu kecik lagi, tak cukup matang”. Tapi Galat bawa konsep Teja yang masih kecil yang dah mampu membaca dan memhami emosi manusia dewasa. Tapi situation ni sendiri pun lama lama makan diri Teja tu sendiri — makes me betul betul fikir & wonder, macam mana sebenarnya anak kecil perlu dilayan? 🥺

︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲︒✿ཾ∘
Peminat fantasi, give this one a try, it’s a good book and I enjoyed every bits of it 💓
_______________
𝙊𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙬𝙖𝙨𝙖 𝙡𝙪𝙥𝙖 𝙠𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙠𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙚𝙢𝙤𝙨𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙩.

𝙆𝙚𝙩𝙞𝙠𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙬𝙖𝙨𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙥𝙞 𝙖 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙪𝙖𝙝 𝙗𝙤𝙣𝙜𝙜𝙤𝙡 𝙙𝙞 𝙩𝙚𝙣𝙜𝙖𝙝 𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣, 𝙠𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙠𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙏𝙚𝙟𝙖 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩𝙣𝙮𝙖 𝙪𝙢𝙥𝙖𝙢𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙪𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨𝙞.

𝙆𝙚𝙩𝙞𝙠𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙬𝙖𝙨𝙖 𝙗𝙞𝙟𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙧𝙖𝙬𝙖𝙩 𝙡𝙪𝙠𝙖, 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙩𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙩𝙞𝙨𝙚𝙥𝙩𝙞𝙠, 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙪𝙩 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙞𝙣 𝙠𝙖𝙨𝙖, 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙠𝙖𝙣𝙖𝙠, 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙩𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙞𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙡𝙪𝙠𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙪𝙧𝙪𝙠.

3.5🌟
_______________
Notes: first time baca karya dari author ni, syabas penulis ✨
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
June 18, 2022
Galat mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Teja yang mengikut datuknya, Bahrom ke dunia Swargaloka. Namun, selepas riben merah di pergelangan tangannya tercabut, Teja terpaksa tinggal di Swargaloka dan tak boleh balik ke dunia asal. In order to get back home, Teja, dengan pertolongan seorang makhluk galat, Napuh, seorang lelaki berkepala pelanduk. Napuh perlu membawa Teja ke teras Swargaloka supaya dia dapat balik ke dunia asal.

Okay, first of all, aku suka element isekai dalam buku ni. Mengingatkan aku pada favorite classic story aku, iaitu Alice in Wonderland. Teja’s adventure in Swargaloka tu rasa betul-betul real. Memang binaan dunia penulis betul detailed dan buat mudah aku nak bayangkan betapa wondrous and magical nya dunia tu.

Untuk novel Galat ni, ia ditulis dalam bentuk dibahagi kepada tiga acts utama.

Act 1: Keinginan Napuh
Act 2: Keinginan Teja
Act 3: Keinginan Saktimuna

During reading this book, otak keluarkan BANYAK persoalan. Aku macam confused kenapa benda ni jadi? Apa yang cuba disampaikan? Apa ni? Apa ni? Apa ni? Asalnya aku dah bersiap sedia dah nak rant kat author ni nak cakap “apa yang kau cuba nak buat?”

Tapi tup tup elok dekat last act tu, dia rungkaikan semua satu persatu menjadi satu plot yang kemas sebenarnya. I was left dumbfounded macam “woooooo begituuuuu.”

Antara scene yang aku ingat, scene ada satu watak tu namanya Onyet. Dia seorang painter. Tapi Teja kata hasil seni dia tak cantik, nampak macam sekadar contengan dakwat hitam atas kertas je. Bila Teja dan Napuh dah berlalu pergi, si Onyet ni tampal kertas-kertas contengan tu kat dinding dan dengan gabungan kertas-kertas tu membentuk satu lukisan perempuan cantik. Which aku rasa it’s a symbolism nak bagitau kita yang kadang-kadang kita tak boleh nak tengok satu-satu benda tu dari sudut pandang kecil je. Kena tengok the bigger picture baru kitab oleh nampak semua benda as it’s intended.

Selain tu, aku suka macam mana penulis cuba nak ketengahkan issue emosi seorang kanak-kanak. Dalam novel ni, Teja baru berumur 10 tahun. Orang-orang dewasa keliling dia cuba rahsiakan banyak benda dari dia sebab diorang ingat dia terlampau muda nak hadapi semua benda tu. Tapi tanpa diorang sedar, tindakan diorang sendiri yang buatkan Teja ni makin terluka, makin jauh hati. Sebab tu Teja jadi taknak balik ke dunia sebenar sebab Swargaloka offered her an escape.

Novel Galat juga ada bawa issue pengkhianatan, setiakawan, nak kan sesuatu yang orang lain ada dan sebagainya which I think makes a good read. Ada jugak certain parts yang kelakar dan aku rasa sampai lah humor tu. Kudos to the writer.

Aku cuma ada sedikit tak puas hati dengan ending yang aku rasakan agak tiba-tiba. Dia fast-forward to many years after the incident lepas tu tiba-tiba di-hint kan yang Teja and this one other character was involved romantically. Pastu habis gitu je. Aku macam… dah pulak? Tiberrrr.

Tapi all in all, it was a fun read. I enjoyed the book. Aku recommend.
This entire review has been hidden because of spoilers.
3 reviews
June 24, 2022
Membaca Galat mengembalikan ingatan aku kepada cerita wayang Alice in Wonderland yang dibintangi Johnny Deep dan Mia Wasikowska kerana Galat punya konsep 'lawatan semula' ke alam magikal iaitu Swargaloka.

Secara cincainya ulasan aku ini apa yang aku suka dalam Galat adalah penceritaan rekajagat (worldbuilding) agak sederhana dan kena tekak aku yang tak berapa gemar perincian melampau. Ceritanya kemas walau banyak persoalan ditimbulkan. Beberapa watak penting diberi kisah latar bagi aku memahami apa yang terjadi sebenarnya. Aku tiada masalah dengan bahasa penulisan.

Menariknya bila unsur nusantara dijadikan teras alam magikal dengan selingan unsur-unsur mitos lainnya. Pada plotnya bagi aku tidaklah terlalu rumit hendak difahami dan agak tidak serabut jugalah bila diselitkan kisah-kisah lalu. Secukup rasa penulis menceritakan apa yang patut.

Cuma membaca cerita ini banyak menimbulkan persoalan kerana munculnya kisah-kisah dan watak-watak yang tiada penjelasannya. Begitu juga dengan situasi dan jalan cerita tertentu. Dan pada babak perlawanan bagi aku agak kureng sikit penyelesaiannya, mungkin penulis boleh beri babak perlawanan yang lebih mantap dan padu untuk penulisan berikutnya, bagi aku agak terlalu mudah watak A mengalahkan watak B.

Paling penting di sini Galat sepatutnya dipanjangkan plot dan jalan ceritanya. Rasa tak puas hendak bacanya.

Apa-apapun tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan novel Galat yang sebentuk Isekai kerana berbanding fantasi, aku suka pada cerita yang melibatkan dunia sebenar dan dunia lain. Mantap boi.
Profile Image for Hamidah Effendi.
362 reviews1 follower
August 20, 2025
Buku Galat oleh Iqbal Rafiuddin

Saya beri 5 bintang! 🌟 Kisah ini benar-benar menarik sejak pembukaan lagi — terasa seperti menonton animasi Studio Ghibli. Buku ini adalah gabungan mistik + pengembaraan + Studio Ghibli vibe yang sangat memikat.

Fokus cerita ialah kepada seorang kanak-kanak bernama Teja. Kita dapat menyaksikan perubahan sikapnya dari awal berkembang sepanjang penceritaan. Penulis menutup cerita dengan sebuah pengakhiran penuh tanda tanya — bukan tergantung, tetapi cukup untuk membuat pembaca tertanya-tanya sama ada akan ada sambungan kisah Galat ini. Musuh asal berjaya mempengaruhi satu watak penting sehingga sikapnya berubah dan status akhirnya tidak diketahui.

Menariknya, permulaan cerita begitu ringan, menyeronokkan dan penuh rasa takjub dengan dunia yang asing. Namun, perlahan-lahan ia membawa kita kepada peperangan dan aksi yang mendebarkan — satu perjalanan emosi yang sangat mengujakan.

Penulis juga berjaya menyelitkan isu perceraian dan kesannya kepada anak-anak. Watak Teja menjadi lambang bahawa anak-anak yang kelihatan kuat di luar tidak semestinya kuat di dalam. Mereka tidak seharusnya diabaikan, apatah lagi dibiarkan membuat tafsiran sendiri tentang masalah orang dewasa. Teja digambarkan seperti dibuang jauh oleh ibu bapanya — makan minum terjaga, tetapi jiwanya dibiarkan sakit tanpa rawatan. Isu ini sangat realistik dan menyentuh hati.

Tambahan pula, penulis menggabungkan elemen zaman pandemik Covid, permasalahan keluarga dan kisah pengembaraan, menjadikan penceritaan lebih segar dan relevan. Gabungan pelbagai unsur ini disusun dengan begitu bijak, menjadikan Buku Galat sebuah karya yang sangat segar penceritaan, menyentuh jiwa, dan penuh imaginasi.

Pertama kali saya baca buku Fixi version macam ini. Tahniah penulis🥰
Profile Image for Aishahzubki.
60 reviews
November 2, 2023
Never thought I will love this book from the blurb because fantasy is not my genre but this book def an exception. Gaya bahasa, susunan cerita, perkembangan watak dan isu yang disajikan memang buat buku ni jadi mantap!
Profile Image for Amira Zaidat.
63 reviews3 followers
October 3, 2022
I read Galat with the impression that this is the first of Iqbal's work that I read. Rupanya sebelum ni dah ada 2 cerita dia yang aku baca. Tapi 2 tu cerita pendek and kompilasi dengan penulis lain. Kira this is the first cerita 'panjang' Iqbal yang aku baca. Anyway buku ni aku rate 4 stars sebab ending tergantung. Some may say open ending or whatever tapi for me this is what ending tergantung looks like. But I have to say this is yet the best work from Iqbal. And in order to make you guys agree with that, aku wajibkan semua yang nak tau baca Monokromatik and Terperangkap Si Anteseden (in this order). Only then baru korang akan nampak kenapa aku cakap Galat is the best work by Iqbal, so far. Another thing kenapa 4 stars je sebab I have seen another alternatives to Galat's cover and I like the one with the payung in the cover. The current cover looks a bit depressing. Okay but dark.

The first thing yang aku perasan masa baca Galat ni is penulis suka jump cerita dia kedepan kebelakang kedepan. Present, past, present. Gitu. In other words, banyak flashback. So untuk sesiapa yang slow sikit nak tangkap flashback, Iqbal's writing will be a challenge to read. Tapi worry not, sebab walaupun dia suka jump sukahati dia korang still boleh follow timeline cerita sebab dia dah susun kemas kemas. Ye betul, susunan babak cerita dia sangat kemas walaupun banyak "tiba-tiba". "Tiba-tiba" ni satu lagi yang aku perasan banyak dalam Galat ni. Mula tu macam annoying jugak sebab tiba-tiba kan. Then, bila dah tiba-tiba, maka banyak la persoalan yang wujud, kenapa this that, why this and that. Bagi yang kurang sabar memang akan mengamuk dulu sebab banyak ye tiba-tiba dia. Tapi bagi yang sabar menanti baca dengan tenang, di hujung cerita penulis rungkaikan satu persatu semua yang tiba-tiba tadi tu tanpa satu pun tertinggal. So, untuk yang ni aku ucapkan tahniah la kepada penulis.

Galat ni lebih berkisar tentang fantasi. Macam yang di'hype'kan di sosial media, Galat memang banyak vibe Alice in Wonderland. Watak-watak dalam Galat ni pun kalau nak dibaca dengan akal logik memang sampai habis cerita la takkan boleh faham. Penulis pun takde overload info tentang dunia fantasi ciptaan dia. Which means, everything he explains are just enough untuk that certain scene. Apa jua keraguan dan kesangsian watak yang dirasa oleh pembaca kiranya berjaya dihidupkan oleh penulis. Cuma, bagi aku sesungguhnya perkembangan watak Nara Indera terlalu drastik dan nampak terburu-buru. Mungkin jugak sebab dia hanya muncul dihujung-hujung cerita then tetiba cerita dah nak habis. Tapi aku terima dengan hati terbuka sebab dia bukan MC.

Dan kembali kita ke ending yang tergantung. Ending je yang tergantung. Cerita nya dah selesai. Konflik utama pun selesai. Segala persoalan pun elok je penulis jawab satu persatu. Disebabkan ending Galat berkisar pada Teja dan Nara Indera, jadinya aku macam banyak pulak kenapa nya. Nara Indera ni hujung-hujung baru muncul. Then dia muncul as mangsa. Dan dari awal juga, Teja di potretkan sebagai mangsa. Plot twist Teja ni pun something yang tak dijangka juga. Of course la ada plot twistnya. Cuma plot twist Galat ni sebenarnya boleh diagak dari hint hint sepanjang penceritaan dari awal, cuma biasa lah bila dah sampai part reveal tu, tetap jugak la terkejut.

Overall, Galat ni memang banyak improvement dari segi cerita yang kedepan, kebelakang. Dan juga identiti Iqbal sendiri yang suka menulis berpaksikan perkara yang ganjil. TQ.
Profile Image for Nur Masturina.
6 reviews3 followers
August 29, 2022
Untuk keseluruhan buku ni sangat menarik, berjaya buat aku menangis dan bermain dengan beberapa emosi lain.

Bagi aku buku ni, sesuai je untuk bacaan umum. Mungkin berat sikit dari segi emosi ketika membaca buku ni.

Bahasa yang digunakan bagus aku suka, berbeza dengan kebanyakan buku fixi lain kecuali bahagian epilog sbb tu aku rasa buku ni sesuai je umum.

Kalau buku ni ada sambungan, aku akan beli dan baca.

Okay tu je
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
June 20, 2025
Fun, interesting, magical, anime vibe-ish, and such a grand revelation towards the end.
Profile Image for Ummul.
7 reviews
July 16, 2022
Jika anda sukakan fantasi, maka anda harus baca buku ini! Plot yang menarik, idea yang unik, penulisan kemas, naratif teratur, jalan cerita yang tersusun dan tidak berselirat. Benar seperti yang dikatakan penulis, jika sukakan tema seperti alice in the wonderland and karya studio ghibli seperti howls moving castle atau spirited away, maka buku ni akan membawa anda menyulusuri dunia tersebut bertemakan alam melayu. Buku ini akan membawa anda mengenali figura fantasi nusantara. Lagi satu keunikan buku ini ialah penulis mengetengahkan isu depresi kanak kanak yang ramai terlepas pandang. Sebab depresi dan akibat kecuaian orang dewasa yang mengabaikannya dengan mengharapkan ianya akan pulih sendiri.

Namun ada sedikit ralat dari segi penulisan scene aksi yang bagi saya agak terburu buru. Contohnya Climax pengkhianatan. Tak smpai beberapa baris da tau da sape pengkhianat lain selain apa yg diberitahu teja. Terlalu cepat tanpa bagi peluang utk pembaca berteka teki siapa.

Perlawanan dgn kesuma sari sgt menarik dan mengujakan. Tapi terlalu singkat. Pengakhirannya terlalu terburu. Begitu juga dengan saktimuna. sempat ye bercerita panjang.

Scene lawak sgt menjadi. Berdekah ketawa! Saya suka interaksi antara bahrom dengan dang delima di saat akhir perlawanan. Begitu jugak scene sekumpulan wayang kulit. Terhibur dengan lenggok slang kelantan yang dituturkan.

Yang penting di sini, saya suka Napuh! Saya bayangkan Napuh seperti butler yang handsome and bergaya. 🤣

Apa pun, cliffhanger yang agak menguji jiwa. Tak sabar nak tunggu sambungan buku kedua! Good job penulis!!!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
January 3, 2024
Seronok menelusuri pengembaraan Teja ke alam penuh magikal, Swargaloka. Pada awalnya Teja hanya mengikuti datuknya ke Swargaloka dan bertemu dengan Napuh, rakan lama datuknya dari alam magikal tersebut. Disebabkan sesuatu terjadi, Teja terperangkap di Swargaloka dan cara untuk pulang perlu melalui teras Swargaloka. Teja ditemani Napuh, makhluk berbadan manusia dan berkepala kancil melakukan perjalanan panjang untuk ke teras tersebut.

Pelbagai makhluk pelik yang ditemui mereka sepanjang perjalanan termasuklah makhluk dari cerita rakyat seperti naga Tasik Chini, gergasi, nenek kebayan dan macam-macam lagi. Suasana yang digambarkan agak detail dan buatkan kita rasa nak join adventure mereka berdua. Walau bagaimanapun, keinginan Teja untuk kekal di Swargaloka telah membuatkan dia mengambil keputusan drastik yang mengubah dirinya 180° dan meninggalkan ahli keluarga serta kawan-kawan barunya.

Penulis turut menyentuh isu COVID-19 dan situasi masyarakat pada masa itu dan digambarkan sedikit dalam watak Teja dan keluarganya. Teja hanyalah budak yang berumur 10 tahun namun memendam perasaan yang sangat berat manakala orang dewasa hanya membiarkan dia sendiri kerana menganggap dia sekadar budak yang tidak tahu apa. Jadi keputusan yang dipilih oleh Teja dipengaruhi oleh anggapan dia terhadap orang sekelilingnya yang pentingkan diri.
Profile Image for Izzah.
14 reviews
November 16, 2025
Fuh hampir sebulan baca, saya ambil masa yang lama sebab baca dekat Cereka😌 kitonya busy sikit, pastu baca dalam phone memang lagi lambat la baca dari buku

Tapi cerita dia agak menarik bagi aku, genre fantasi dan macam ala-ala magika sikit. Ni kalau jadi movie confirm 100/10. Peminat fantasi this your book!

Nak baca buku ni, kena fikiran tenang dulu ya kawan2 sebab imaginasinya perlu mendalam tapi jangan risau, author dah detailkan dan imaginasi kita akan ikut kata author. Cuma banyak sangat karakter dan nama dia buat aku confius, hahahha.

Bukan tu je, isu-isu macam covid-19, 13 Mei (secara dasar buku ni dia ada 2 timeline yang saling berhubung dan ada 3 act), walaupun ini peristowa bersejarah kita, saya tak sangka author berjaya masukkan dalam cerita. Ini bagaikan cerita ni betul-betul jadi kat dunia ni tapi diolahkan dalam buku.

Pendapat saya, mungkin akan ada orang suka dan mungkin ada yang tak suka. Sebab dalam ni banyak kisah pengembaraan Teja dan banyak benda2 pelik yang Teja jumpa yang aku pon macam ‘Ohh’. Ada juga selit zaman napuh dengan Bahrom di Swargoloka untuk ceritakan apa yang jadi sebelum ni yg buat ramai makhluk Galat halang Teja dan Napuh. -nak tahu kena la baca😝

Dan, kenapa epilog 2 tu macam pelik. Hahahaha tengok review pon orang cakap macam tiber🤣 tapi overall enjoy sahaja buku ni

Sekian🌸
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 24, 2025
[eBOOK 68_2025]

Galat by Iqbal Rafiuddin.
.

Sebuah bahan bacaan fantasi.
.

Buku ni, aku mampu layan sampai habis, walaupun genrenya bukanlah kebiasaan aku.
.

Kisahnya tentang Teja yang berusia 10 tahun, mengikuti datuknya ke dimensi Swargaloka. Di sana, dia tahu tentang Galat. Ataupun bahasa mudahnya, 'glitch'.
.

Di Swargaloka, Teja jumpa dengan makhluk yang aneh, contohnya Napuh, seorang lelaki berkepala pelanduk.
.

Dan akibat daripada tertanggalnya ikatan kain merah pada lengannya, Teja terperangkap di Swargaloka.
.

Bagi Teja, dia seronok kerana dia boleh explore benda baru. Tapi bagi Napuh, ianya bahaya kerana teras Swargaloka boleh runtuh, dan akibatnya semua haiwan galat yang ada di Swargaloka boleh turun ke bumi dan menghancurkan manusia. Makanya, Napuh berhempas pulas untuk memastikan Teja berjaya keluar dari Swargaloka.
.

Penulis berjaya membuatkan kita merasai perasaan seorang kanak-kanak. Seringkali kita beranggapan kanak-kanak tak tahu apa-apa, dan mereka akan sembuh sendiri daripada 'luka' mereka. Sedangkan, kanak-kanak seperti Teja juga mempunyai perasaan dan harapan.
.

Sebenarnya aku suka semuanya tentang buku ni, kecuali endingnya. hahaha. Aku kecewa sebenarnya melihatkan Teja sebegitu.
.

Tapi apa-apa pun, buku ni menarik especially untuk yang sukakan cerita fantasi.
Profile Image for Rabi Ridzuwan (dafishisgoingon).
22 reviews
December 20, 2022
I need Galat 2 or maybe not IDK because this is so good. The twists, swargaloka omg. Endingnya tak berapa jelas tapi faham lah. I really do need more about apa yang jadi between selepas Napuh keluar, buka kafe sampai ada kewujudan PAG and their missions. This book is kinda the definition of escaping reality for me. Vibe ghibli tu AHHH suka sangat. Overall, I love it very much. Please don't stop writing books like this. Thank you author for this masterpiece.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
January 14, 2023

"Senja bukan akhir, subuh akan tiba. Saya akan bawa pelangi itu kembali."

Sebuah lagi karya hebat dari fixi. Emosi yang ditampilkan mampu di serap pembaca. Perit dan sakit Teja mampu di hayati oleh pembaca.

Plot nya cukup menarik. Di akhirnya kita dapat tahu kenapa bahrom senang je tinggalkan Teja.

Send hugs to Teja.
Displaying 1 - 30 of 42 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.