Jump to ratings and reviews
Rate this book

Chef's Cuisine

Rate this book
Alternate cover edition of ASIN 9672660235, ISBN: 9672660235 and ISBN13: 9789672660231

A dream, that is too beautiful to be true.

Pertemuan yang tak diduga antara Dyra Darleen Darissa dengan musuh ketatnya sewaktu sekolah menengah menjadi satu titik baharu dalam hidupnya. Siapa sangka jejaka yang dahulunya gengster sekolah, kini berjaya membuka sebuah restoran ternama di persada dunia?

Dia, Zafrael Aisaar. Seorang yang disegani juga digeruni. Dan seorang yang sangat misteri.

“Don’t fall for me. You’ll get nothing but disappointment!” – Zafrael

***

Dyra hanya mengharapkan sebuah perjalanan cerita hidup yang sempurna dan bahagia. Namun realiti itu tak seindah mimpi.

“Keep on dreaming. Because you don’t want to know what lies beneath the dark truth of the reality.” – Zafrael

Lalu, apakah mampu seorang Dyra membongkar segala kebenaran? Dan mampukah dia mengharungi sebuah realiti yang terlalu kejam untuk dipanggil sebuah kehidupan?

A reality, that is too harsh to be true.

***

Effalee menghidangkan naskhah ini dengan secukup rasa manis cintanya dan lemak komedinya. Ditambahkannya pula pahit konfliknya yang digaul rata. Pedas misterinya pula mengecurkan. Jangan baca waktu perut lapar! - Pingu Toha, editor

530 pages, Paperback

First published March 1, 2022

126 people are currently reading
1273 people want to read

About the author

Effalee

5 books129 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
684 (57%)
4 stars
295 (24%)
3 stars
158 (13%)
2 stars
44 (3%)
1 star
17 (1%)
Displaying 1 - 30 of 235 reviews
Profile Image for Suraya (thesuraya).
787 reviews228 followers
November 28, 2022
This feels like a wattpad book. I... can't stand the childishness and immaturity.

Had my first problem right from the start, when Dyra was accepted to the job in a 'world's class restaurant'. Cam, kau punya restaurant ni segala kerabat diraja datang, menu ada pelbagai yang terbelit lidah. Pastu kau hire pekerja baru tapi takde training? Terus masuk serve customer? Can't stand illogical writing camni. sorry.

Tak suka the characters jugak, and the dialogues. I like the "semua ni mimpi" part, though. I've always liked angsty and painful bits. Wish its a bit longer huhu.
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
June 17, 2022
I started reading this book dengan satu expectation yang buku ni membawa genre romance thriller. Jadi bila aku baca gaya penulisan yang sangat bersahaja, penuh dengan joke attempts dan tak nampak rupa thriller, aku mula nak naik marah. Then, I tried a different approach. Since this book has A LOT of jokes and funny moments, I decided to read it as a romantic comedy and in an instant, I found myself enjoying the book.

Ya, memang betul ada element mystery dan crime-solving in this book tapi it’s very minimal. Dah 70% into the book baru nak masuk those elements. So aku rasa macam tak accurate nak katakan the mystery, crime-solving tu as one of the main themes. Sampai habis bacaan, aku kekal dengan pandangan aku yang buku ni lebih layak untuk dikategorikan sebagai romantic-comedy with crime-mystery twist.

Kalau nak jugak lebih ketengahkan part crime-mystery aspect tu, mungkin boleh mulakan cerita dengan second accident tu dan diorang bagitau Dyra yang dia dah koma 4 bulan lepas tu selama ni dia mimpi je. Lepas tu throughout the story, akan sprinkle flashbacks ke yang jadi masa dia mula-mula jumpa Zafrael semula and at the same time dah masukkan element mystery tu. So mungkin lebih makes sense dan memberi perasaan tertanya-tanya tu dalam diri pembaca.

Novel Chef’s Cuisine ni tentang Dyra yang bertemu balik dengan musuh zaman sekolahnya, Zafrael. Dan dengan pertemuan diorang yang kedua tu, mula lah ada macam-macam benda berlaku dan apa yang jadi seterusnya, korang kena baca lah untuk tau lebih lanjut. Dan obviously, buku ni membawa trope enemies-to-lovers which was fun to read. Aku rasa the flow macam mana diorang dari enemies bertukar kepada lovers tu tak lah terasa forced. Flow dia natural je. So seronok baca. Tambah dengan banter antara diorang yang ada masa nya cringe, tapi boleh tahan kelakar.

Aku sebenarnya sangat tertarik dengan watak Dyra tu sendiri. Disebabkan buku ni ditulis dalam first person POV, setiap apa yang jadi, pembaca akan dapat lihat dalam kaca mata Dyra. Dan aku sangat suka thought process Dyra dan cara dia hadap semua benda yang jadi dalam hidup dia. Aku rasa kalau Dyra ni manusia betul, aku nak jadi kawan dia. Mesti hidup aku sentiasa terhibur kalau dia ada.

That being said, aku rasa watak-watak dalam buku ni sangat warna-warni. Maksud warna-warni tu, watak-wataknya semua ‘hidup’. Cuma aku agak kurang gemar dengan watak mak Dyra tu. Mak dia ditulis sebagai benci dekat Dyra ni. Tapi aku rasa macam tak believable tau. Macam kenapa mak dia benci dia sampai macam tu sekali? Kalau setakat biased antara anak-anak, macam reactions dan kata-kata mak dia macam tak kena.

Also, aku jugak kurang suka cara body-shaming punya topic dibawa dalam buku ni. Aku taktau lah mungkin sebab issue body shame ni rasa dekat dengan aku, tapi aku sedikit triggered bila ada mention yang Dyra tu berat 60kg dan tinggi 157cm. Ketahui lah bahawa dia tak gemuk ya. Jadi untuk someone yang genuinely obese macam aku ni, aku rasa sedikit offended. Tapi ni lebih kepada pendapat peribadi, jadi untuk pembaca lain mungkin lain penerimaannya. Aku rasa mungkin lebih sesuai kalau tak ada langsung mention Dyra’s actual weight or height. Unless penulis nak buat macam Dyra ni ada body dysmorphia. But I don’t think so lah based on apa yang ditulis.

And another thing yang aku rasa penulis kena lebih berhati-hati, is when ada scene yang mention pasal self-harm. Ada juga macam nak sentuh-sentuh issue depression, anxiety and panic attack. Aku selalu tekankan bab ni dalam review aku untuk mana-mana buku yang cuba bawak topik berkaitan kesihatan mental. Either you do it well, or don’t put it in the book at all. Issue si Zafrael cederakan diri sendiri, sawan dia tu ibarat di-sweep off macam tu je. Sekadar dijadikan plot device untuk tarik simpati terhadap watak tu. Which aku fikir tak patut macam tu lah.

Secara general, aku rasa buku ni okay lah untuk dibuat bahan bacaan ringan. Aku masih rasa ada banyak benda yang perlu dibaiki dan dikemaskan. Aku juga rasa penulis ada bakat dan potensi untuk venture dalam genre comedy. Tulisan dia betul-betul bersahaja dan lawak dia kering betul buat aku ketawa sampai rasa nak pecah urat otak.

All in all, aku bagi buku ni rating 3/5🌟.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Em.
285 reviews12 followers
June 14, 2023
note: boleh tahan on crack jugak eh plot twist dia... reminds me a lot of this dark fantasy Japanese manga series featuring some orphanage kids. Chef’s Cuisine also reminds me of an English dark romance book that has its fame on tiktok, I wouldn’t even dare to mention the title here but the main lead rhymes with Z..💀

I don’t like giving not-so-pleasant reviews especially towards locally published book because I know it takes a lot to write and get it published but sadly there are times where things inside the book don’t align with what I look for especially when I’m reading fiction or novella.

I enjoy romance books, I like cute romance but I especially love realistically done cute romance book without an over-the-top plot, setting & background story. Z/Tuan Z/Zafrael (male lead) owns a 30 floors restaurant and calling it “nombor satu terbaik di Malaysia dan nombor satu terbaik di dunia” **and I’m like-drama pukul 7 apakah ini? **, it’s kind of cringe on my behalf, and cringe things would make a story feels cartoonish. Kurang nampak elegant nya di situ.

Also, the part where Dyra asked multiple questions to her colleagues about Zafrael padahal waktu tu Dyra dah kahwin dah pun dengan dia simply doesn’t click with me, like you know, you ARE married to him but you don’t know anything about him??? How does that marriage seem believable in the eyes of her colleagues?? I know it’s a planned marriage but I guess the plot is not smooth enough?

Chef’s Cuisine uses ‘marriage for convenience’ as the trope for its romance where Zafrael is the hero who hopes to ‘save’ Dyra from the unfortunate situations she’s in. The plot twist is good and unexpected (note: hah, nak sangat non-cliche kan?) ngl, I keep flipping the pages to know where the story is heading. Due to the situation where Zafrael refuses to let Dyra knows the actual reason why he wanted to marry her, aku rasa Dyra ni doormat type of heroin juga.. 😭

The romantic progression of Chef Cuisine is unsatisfying. I wished the bond goes deep between Dyra and Zafrael before the word ‘I love you’ is mentioned. It’s lacking of tension in the relationship, I can’t really feel the love is in air especially from Zafrael’s side pastu kau macam tiber nak cakap I love you? The hugging scenes are also repetitive.. it’s cute but cute things don’t get cuter when it’s repetitive, it losses the sparks.

I also completely disagree with the fat jokes /body shaming being used freely throughout the novel. Debab here, debab there... imagine a 12 year old kid reading the book (you never know) and thinking calling people with Debab or lidi is okay, nak2 ada part where Dyra is like ‘saya tak kisah pun kalau awak nak panggil saya debab, sebab comel’. Also please, the leads are 31 and 29 years old respectively, don’t they supposed to act and sound like their age instead of being absolutely childish? A 31 year old guy making THAT ridiculous over-the-top set-up? (decided not to mention about it to avoid spoilers but it’s in part II)... ??? So yes, 😩🥴. Perhaps I’d have enjoyed Chef’s Cuisine better if I were younger. Pls don’t let my review refraining you from reading the book. Lain orang, lain taste.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
September 19, 2022
"Dia tu tak pernah salah. Kalau dia yang tumpahkan air, dia akan salahkan lantai tu sebab wujud dekat situ.”

"Janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk." Aku memetik ayat dari surah Al-Hujurat, ayat
ke-11.

Expectation aku terhadap buku ni memang tinggi sangat sangat sebab buku ni boleh dikatakan famous dekat tiktok dan masa pbakl dulu pun beratur panjang gila semata-mata nak beli buku ni. Selepas je aku habis baca, serius aku cakap sangat berbaloi effort orang yang sanggup beratur panjang berjam-jam.

Secara ringkasnya Dyra ni berjumpa balik dengan Zafrael yang boleh dikatakan musuh zaman sekolah dia semasa dia nak interview kerja. Siapa sangka Zafrael la majikan tempat kerja tu. Dyra ni dia sorang je yang berani dengan Zafrael. Pekerja yang lain semua takut dan terlalu hormatkan Zafrael. Aku tak nak cerita panjang takut spoil, kemudian mereka pun berkahwin atas sebab tertentu la dan selepas kahwin tu la macam-macam kejadian menimpa mereka berdua ni especially si Dyra.

Buku ni ada dua bahagian. Bahagian 1 sangat sweet, kelakar, sedih pun ada sebab mak Dyra ni haih aku tak faham macam mana la wujud mak yang tak suka anak sendiri hanya disebabkan anak tu berbadan chubby. Sepatutnya mak la yang perlu memainkan peranan penting untuk support anak especially dari segi mental supaya anak tu tak insecure dan rendah diri.

Bahagian 2 pulak banyak bermain dengan emosi. Bayangkan Dyra bangun dari koma dan semua orang cakap apa yang dia lalui semua tu sebenarnya cuma halusinasi. Semua kebenaran akan terbongkar dalam bahagian 2 ni.

Buku ni memang cukup rencah. Kelakar dia menjadi sangat dan tak try hard. Sweet dia pulak sangat natural dan tak cringe langsung. Plot twistsssss dia tak rilek weh. Bila satu-satu kebenaran tu terbongkar memang terkejut gila!!!!! Siapa sangka kan penjahat tu macam tu siap sanggup buat bini sendiri lagi 🤬. Elemen islamik pun boleh dikatakan banyak jugak la dimasukkan oleh penulis dan sesuai dengan situasi tersebut. Bila dah baca muka surat akhir-akhir baru korang akan faham kenapa tajuk dia chef’s cuisine 😈

Overall memang sangat best! 😭🤌🏻Tolonglah baca segera! Lama betul aku peram buku ni dalam rak buku harini baru terbuka hati nak baca. Dia punya best tu sampai nak habiskan terus harini.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
June 28, 2023
Interesting plot with mind-boggling plot twists. For some, this could be a little gore. For a first published physical book, I applaud the author for her attempt.

Enemies to lovers trope? Oh gawd yes. This round, the FL takes charge flirting with the ML. Now that's interesting.

The only problem I have with this book is the body-shaming as well as the derogatory names used towards the FL. If it was just one or two times, then I'd still be okay. But at least, the characters reconciled and the air was cleared for them.

The book also touches a lot of other issues issues - family relationship, self-harm, PTSD, however, it was not elaborated much. I think that's the best way to avoid from spreading misinformation about sensitive topics like these.

It's just towards nearing the end, the plot felt like kind of draggy, as if it was done just for the sake of adding extra few pages in the book.

Now I understand why the title is Chef's Cuisine. Overall, I understand why this book is a hype among teens and young adults. But for readers my age, this might not appeal much to them. Oh gosh I sound like a decaying grandma, help 🙃
Profile Image for najah samser.
42 reviews1 follower
June 12, 2024
DNF sebab gaya penulisan dia macam budak budak. very straight out from wattpad! nama panjang FL tu pun aku cringe 😭 kekayaan si ML tu sangat tak realistik langsung. i know this is non fiction but still, need reality check.

Selepas itu, ML panggil FL debab, it sounds so rude and cringe. padahal dua dua umur nak 30 series. sangat childish and debab is definitely NOT a cute word.
like “debab… kenapa ni..” IM WHEEZING AND CRINGINGGG AAAA

ya itu antara sebab utama saya DNF.

Plot dah menarik cumanya gaya penulisan tu kebudak budakan. Saya memang dah cuba paksa diri ni baca tapi tak boleh !! Saya harap sangat ada remastered version punya penulisan sebab saya memang nak sangat baca buku ni.

maafkan akak yang umur 20+ ni huhu… maybe im the problem.

Apa apa pun kepada penulis, masih ada ruang penambahbaikan, saya harap awak tak patah semangat sebab review yang diberi :) semoga berjaya untuk buku yang akan datang.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
May 11, 2022
Plot twist tak rilek.
Gula tumpah pun tahap tak rilek. Sweet je baca.
Tapi jalan cerita agak serabut. Kejap ini — kejap itu. Kejap ini balik.
But untuk first novel dari that author, thumbs up!
Keep it up, author!
Profile Image for Siqahiqa.
592 reviews106 followers
September 18, 2022
Novel yang bukan main hype di Twitter dan TikTok sehingga aku turut membeli dan terus membacanya apabila novel ini sampai di tangan. Punyalah semangat berkobar-kobar. Bukan mudah sebuah novel untuk aku baca sejurus selepas beli. Well, you know me, TBR menggunung tinggi 🙈

Gaya penulisan yang bersahaja disulamkan dengan dialog kelakar membuatkan proses pembacaan menjadi lebih seronok. Namun, itu tidak berlaku sepanjang masa ye. Emosi menjadi penuh amarah dalam setiap adegan yang wujudnya mak Dyra. Rasa nak dicili-cilikan mulut mak cik ni. Emosi kembali stabil dan terhibur apabila tiba pada adegan Dyra bersama Zafrael dan rakan sekerja mereka.

Zafrael boleh diangkat sebagai hero pujaan hati. Hihi. Bersifat pelindung dan manis sekali. "Sejambak sayur” 😂 Aku tak suka sangat dengan sikap Dyra yang suka melawan, fikir dia je betul, dan berdendam. Tapi, aku simpati dengan perkara yang dihadapi Dyra mengenai mak kandungnya. Sedih! Bercucuran air mata membaca luahan isi hati seorang anak kepada ibunya.

Novel ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama lebih santai manakala bahagian kedua lebih banyak menimbulkan pertanyaan. Bagiku, jawapan kepada setiap pertanyaan dalam novel ini sangat di luar kotak. Langsung tidak terfikir sampai ke situ. Idea penulis sangat WOW! 😱

Cuma, ada beberapa perkara yang tidak menepati citarasa aku. **SPOILER** Bahagian 2 dimulakan dengan “ini semua hanya mimpi”. Serius, aku turn off masa baca part ni. Hilang sedikit keseronokan ketika membaca. Walaupun semua itu bukan mimpi, tetap tidak boleh dilupakan rasa kecewa yang pernah wujud. Selain itu, semua misteri/plot twist dikumpulkan pada bahagian akhir novel. Bagiku, novel ini akan menjadi lebih menarik sekiranya pendedahan ini diberikan sedikit demi sedikit agar pembaca (read aku) dapat memahami sesetengah perkara yang berlaku di awalan cerita. Contohnya, tidaklah aku rasakan adegan lampu candelier dan lif rosak hanya sekadar untuk merapatkan hubungan dua watak utama. Sedangkan dua adegan ini membawa makna yang lebih besar sebenarnya.

Secara keseluruhan, Chef’s Cuisine mencukupi dalam memberi aku keyakinan untuk membaca karya penulis yang seterusnya.

🌟: 3.7/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
March 2, 2023
2 ⭐

SPOILER ALERT

Aku tertarik selepas baca beberapa bab dia wattpad.

Aku suka unsur misteri dlm novel ni, banyak ayat berkias-kias sampaikan Dyra salah faham, aku pun salah faham. Aku suka Dyra, dia kuat dan dia cuba untuk dapatkan jawapan walaupun terpaksa bahayakan nyawa sendiri. Tak paham dengan logik/alasan Mak Dyra, kenapa dia dianak tirikan, disalahkan macam tu sekali dan lepas tu berbaik macam tu je...

Sikap Zafrael terlalu protective memang menyusahkan lagi Dyra. Dia sepatutnya berterus terang dan percaya pada isteri sendiri. Dia ingat Dyra akan duduk saja? Dia mangsa tapi dalam pada masa yang sama dia tak tahu apa-apa langsung.

Iisu-isu cannibalism tu macam tak berapa sampai. Tak ada permulaan, pertengahan dan penghujung jalan cerita berkenaan cannibalism. Ramai yang sukakan plot twist yang macam tu tapi isinya memang tak ada.

Banyak plot twist, peristiwa penting dikumpul sehingga ke penghujung jalan cerita dan penutup jadi terlalu drastik. Unsur komedi yang tak kena pada tempat. Agak keliru, patutkah aku sedih dalam scene ni atau macam mana?
Profile Image for Sarah Azmi.
54 reviews1 follower
March 8, 2023
Alright hands down dan standing ovation to one of effalee’s work! Queen of plot-twist dan plot yang gila-gila plus kelakar yang bukan main. Lets cut to the chase.

Chef’s cuisine ni memang aku enjoy gila baca. Funny, bubbly, and extroverted FL bertemu dengan cold, heartless, introverted ML. Macam nice kan bunyi dia? Both of the leads are high-school enemies yang dipertemukan semula waktu Dyra nak cari kerja dekat one of biggest restaurant kepunyaan Zafrael, musuh dia waktu sekolah. But ia tak berhenti setakat tu je, there’s more to Zafrael hidden secret once Dyra got to know him more deeply. Lagi gila bila Zafrael masuk meminang Dyra. Nak tahu apa jadi memang kena baca CC. Aku taknak cerita lebih lah nanti terspoil pulak kan XD

For those yang tak pernah baca karya effalee, mungkin akan banyak rasa terkejut kot dengan plot yang ada dalam CC ni. But for me, i have read her few stories dalam wattpad (Perfect Antithesis & Twin’s Territory) yall should give those stories a try. Same humour, same heartbreak, same pain, crazy storyline.

I enjoy the humour and sarcastic joke between Dyra and Zafrael dalam ni. Chemistry diorang kalau gaduh atau joking around memang best. Not a big fan of them being lovey dovey bila dah kahwin. Rasanya dalam buku ni sejak mereka kahwin, banyak sangat hugging scene yang bagi aku selalu sangat berlaku sampai aku rasa macam ‘lah dah lah tu’. Bukan sebab nak pertikaikan, cuma bagi aku macam banyak sangat repetitive scene romantik diorang ni, plot sebenar macam lari jauh. Ha but tak mencacatkan story pun. Love language Dyra dan Zafrael after they got married memang more to physical touch betul.

Romance to action to thriller real quick bila dah sampai part II of this book. I’m not complaining since its giving you this adrenaline rush sebab nak tahu apa berlaku sepanjang baca buku ni. Effalee memang suka guna plot macam ni kot dalam story dia. Since aku dah boleh figure out how her stories work, so it didn’t give me that gasp effect but kudos to her for making this a masterpiece!

Anyway, i love the story. I enjoyed it so much. Ending dan pengakhiran yang agak rush jugaklah bagi aku untuk watak antagonist. Kalau kasi more thrill dan mindfuck mungkin lagi seronok baca.

My comment is for those yang tak pernah baca karya effalee di wattpad, mungkin boleh baca buku CC ni dulu untuk first try. Mungkin you all akan lebih terkejut dan tak menyamakan sangat plot penulis yang pernah ada di wattpad hehe. Lepastu kalau dah habis baca CC, boleh teroka karya effalee di wattpad. You’re not gonna regret reading it. Mindblown gila.

I give CC a 4/5. Great story. Hilarious characters. Crazy storyline. Creative ideas for the plot.

P/s: You all kena take seriously dengan cover buku CC ni. Yang cover buku second edition ye, yang warna biru tu. There’s more to that sebenarnya. Later you will know why its that way.
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
November 17, 2022
Lucu, misteri dan terlalu gelap..Novel cinta yg diadun dgn vibe yg berbeza..Terhibur dgn adegan babak lucu dalam bahagian pertama novel ni..Bahagian kedua lebih kepada merungkai segala rahsia dan persoalan yg terjadi..Tahniah untuk buah tangan pertama dari penulis..
Profile Image for Mslvoe.
2,037 reviews196 followers
December 23, 2022
Pada awalnya F in dilemma tau. Sebab kawan kata ada unsur² thriller. F kurang sikit. I am more to romance genre.

Masa book fair F dengan yakinnya grab tanpa pusing kiri kanan. Focus membeli kang macam² terbeli 😁

Awal² baca dah rasa syiok.. bila Dyra dah kerja pun rasa smooth je bacaan. F curious kenapa ada je sesuatu berlaku kat Dyra. Scene loveydovey couple ni pun buat F gelak berdekah². Sweet jugak diaorang ni.

Bila accident tu berlaku, Dyra bangun lepas koma dan semua orang cakap Dyra belum berkahwin.. F sedih tau. Kenapa jadi lagu ini? What happen?

Bila Dyra jumpa Zafrael, ya ampun camtu je Zaf halau Dyra. Bini dah setengah mati rindu kat lelaki, tapi Zaf buat² tak kenal.

Ada time F confused tau.. bab cerita ini agak bercelaru sikit. Sekejap loveydovey.. sekejap kena culik. Pening jap 🤭

Apa² pun boleh tahan best kisahnya.
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
May 10, 2023
Yeay habis! Cerita ni bestttt tapiiii tak sampaiiiiiiii. Semua okayyyy. Actually clinche tapi clinche jenis lain. Aku rasa kann kalau part hujung2 tu kalau diexplain & dikembangkan lagii mmg 5/5 aku bagi ehek. Dyra sengal sangat la 😭🤣 taklehh aku dgn budak tu astaga. Ade jeeeeee modal sengal dia tu walaupun dalam cedera manapun.. utk plot twist, boleh predict siapaaaa sebenarnyaa. Rupaaanyaaa oh? Dia? Ah gituuu. Pastu kannn part "kebenaran" tu bagi aku cam tiber sikit. Mcm eh? Yeke? Ehhh biar betul? Sebab mcm tiada hint langsung pastu tetiba begitu pulak macamm ehhh??? Huhuhu


Patutler ada part 1 part 2 rupanya okayyy
Part 1 sweet cair manis pavlova bagaii
Part 2 ha lain cikett sebab makin ke depan, byk kebenaran terungkap.

Once again, cerita ni best tapiiiiii tak sampai 😭 aku pun tak tahu apa definisi "tak sampai" bagi aku tu tapii tak smpaii. Tak tahu. Mcm ada yg kurang. Tapi bestla jugakk sebab dia buat semua tu bersebab and rupanyaaaaaaa tajuk novel ni pun ada sebab nokk. AND PATUTLAAA COVERRRR NOVEL GITU EKKKKKKKK OKKK FAHAMMMMM. Kalau cover 1st dulu kan, mcm comell jee tapi cover 2 ni lagi nampakkkkk apa sebenarnya yg nak disampaikan kpd pembaca bila hbis baca. RASA MACAM OHH OKKK KINDA RELATED HAHAHA

Ok done buku 2 utk 2023. Dah weh, assignment berlambak tu😭💔 ok bye sayonara. Terima kasih daun pudina
Profile Image for Hanim.
49 reviews1 follower
January 13, 2023
Sometimes I blame my age bila I tak boleh nak accept certains writing. Am I too old bila I rasa sikit2 ‘this is cringe that is cringe too.’

I setuju dengan satu review di GR yang mengatakan tak jumpa part thriller even dah setengah buku dah baca. Even awal2 I dah rasa kena ‘gigih’ nak habiskan. Banyak lopong, sebab tiba2 kawin macam tu je. Her mother benci sangat2 dekat dia just bcs dia tak sama macam kakak. Seems off sikit. 500 pages tapi rasa macam banyak ‘kurang’.

Also maybe time part suspense author tak perlu selitkan comedy dalam ayat. Rasa macam tiba2 pulak. Part romance kita buat bergula, time suspense seharusnya kita buat mendebarkan pembaca 😉

I suka juga this kind of novel yg mana ada banyak genre. Cuma maybe next naskah boleh hasilkan writing yg lebih kemas, tersusun, kurang lopong dan lain2 penampahbaikan. All the best ya author! Dont give up on writing if this is your passion :)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
June 2, 2023
Bahagian I dalam novel ini lebih kepada genre romantik komedi yang mana separuh novel ni tiada langsung cerita yang brrsifat thriller. Cuma sedikit persoalan misteri namun tak begitu ditekankan. Pertemuan semula Dyra dan Zafrael yang merupakan musuh sejak sekolah membawa kepada sebuah perkahwinan. Alasan Zafrael adalah ingin membantu Dyra kurus namun alasan sebenar dirahsiakan.

Aku suka watak Dyra yang kelakar dan suka melawan cuma sifat curiosity dia yang terlalu sedikit sehingga langsung tak mempersoalkan perkara pelik yang berlaku pada dia agak frustrated. Bukankah manusia ni punya sifat curiosity yang tinggi? Nak masuk ke penghujung cerita baru dia bertanya semua perkara sehingga aku rasa macam too much info at one time. Watak Zafrael tipikal lelaki kaya kerek, sejuk beku Antartika dan mempunyai aura misteri namun baik hati. Cuma level kekayaan dia dan level restoran serta kehebatan dia rasa agak nonsense tapi anggap ja macam tengah tengok drama Korea.

Masuk Bahagian II bermula part misteri iaitu kenapa Dyra menjadi sasaran satu kumpulan badut ni sehingga menyebabkan Dyra accident dan koma. Selepas koma, cubaan menculik Dyra beberapa kali sehingga menemukan Dyra dengan satu perkara yang sangat gila dan mengejutkan. Rahsia Zafrael juga terbongkar sehingga membuatkan Dyra menjauhkan diri dari semua orang. Plot twist dalang sebenar dia sangat menarik cuma watak villain tu kurang memberi impak pada aku sebab hanya diketengahkan di penghujung cerita dan rasanya level pengaruh dia sehingga mampu control polis dan mahkamah agak exaggerated sebab pada aku Zafrael lagi berpengaruh dan hebat berbanding dia. Apapun pengakhiran Dyra dan Zafrael tetap manis walaupun banyak peristiwa pahit berlaku.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for lysareading.
307 reviews42 followers
November 28, 2022
Before I dive in dgn lebih details, I nak tanya: Mana nak cari lelaki seperti Zafrael Aisar ya? Selain boleh buat perut I kenyang, I doa dia boleh letak nama I sebagai waris untuk restoran terulung dia tu *lol* nampak kan mata duitan haha at least I secure the asset!

If I ada member mcm Zafrael dgn Dyra ni confirm colorful hidup. Sorang stern, sorang lagi tak boleh kalah bila kena usik. Asyik bertekak tu satu, kkdg boleh jadi kelakar & cheesy pula. Tetapi lagi perit, bila wujud manusia mcm ibu Dyra tu. Level benci dkt anak tu, mashallah ↠ baik hilang jelah dkt muka bumi (ง︡'-'︠)ง Oh ada sorang lagi pakcik tua patut dikuburkan hidup-hidup juga.

The genre transition is absolutely the spotlight for this book. Part I display more of the rom-com while part II continued with mystery/thriller. Refreshing sebab it was unpredictable and addictive to read. But guys, this book is more than that. Untuk manusia mcm I yang suka thriller dan misteri, part II was my spice!

However, ada certain things yg not up to my alley and need to be emphasized in the triggered scene such as body shaming, verbal assault and mental illness. Especially the self-harm issue yg sekadar dilalukan begitu sahaja without proper closure. It's just my two cents. Overall, this book still give an impact on me, and well done Effalee!
Author 6 books27 followers
September 24, 2022
4.5 ⭐ untuk bahagian pertama. Terus terang part 1 sangat ok. Suka watak dan perwatakan hero dan heroin. Matang dan kelakar. Saling melengkapi antara satu sama lain. Nama panggilan mereka pun comel-comel.

3⭐ untuk bahagian kedua. Bukan tak best tapi kurang sikit jika nak dibandingkan dengan bahagian pertama. Mungkin sebab imaginasi tinggi, hampir semua plot twist dapat teka dengan tepat😅

Overall kisah Dyra dan Zafrel ni best untuk dibaca. Ada jugak tersenyum dengan gelagat mereka berdua.
.
.
Rasanya ini pertama kali baca novel tentang kanibal. Menarik dan tak terfikir pun pasal ni.
.
.
.

3.7⭐ untuk keseluruhan cerita
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
October 16, 2023
Buku ni rasa macam combination Dheos x Jika Aku

Jujurnya aku tak berapa gemar dengan gaya penulisan yang over-the-top sbb it kinda dampen my mood, rse cam over kerek lol and some part feels sangat dragggyyyy, macam dalam loop, esp bila Z susah sgt nk terus terang dgn D, I was like "bruhh can we just get over it??"☠️☠️

Despite that, there's certain part yang aku enjoy, partly sebab aku pernah baca twist yg lebih kurang sama, i guess that might be the reason why it blew over masa last year pbakl but like i said maybe sbb aku dh pernah jumpa similar twist dlm other book, so the novelty is not there for me. But i still manage to finish it within the day so kudos to writer👏🏻. Curious about her latest work now
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
July 24, 2023
Tak tahu nak komen apa, cuma nak komen, buku ni sedap teruk. Saya baca satu malam terus habis.

Pembinaan plot yg tak buat pembaca tertunggu-tunngu, plot juga tak meleret2, karakter watak pun upmhhh sangat!! Habis satu chapter buat kita rasa tak sabar nak tahu apa jd dkt next chapter. Saya sangat suka cara penulis menulis watak Dyra. Bukan tipikal perempuan lembik. Watak Zafrael pun, cukup segalanya.

Omg you guys part 2 buku ni?!!!

Akhir kata, saya dh ulang baca 2 kali 😆
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
June 11, 2022
Jalan ceritanya menarik dan berjaya menarik saya membaca tanpa henti. Bahasanya santai dan plotnya kemas.

Agak mengagumkan bila dikatakan ini merupakan novel pertamanya.
Profile Image for Amal Lee.
276 reviews34 followers
October 9, 2022
Saya cukup terhibur. Good job penulis 😂
Profile Image for Fatini Zulkifli.
432 reviews41 followers
October 21, 2024
Dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah tentang terjalinnya hubungan Dyra dan Zafrael. Bahagian kedua pula ialah tentang misi mereka dalam menumpaskan budaya kanibal dalam dunia penyajian makanan.

Bahagian pertama kelakar. Sangat light. Ia tentang konflik ibu yang toksik yang hanya menyayangi anak lain yang cantik sedangkan Dyra gemuk. Namun, Dyra landed a job di restoran prestij dan kahwin dengan bos. Pengakhiran bahagian pertama menarik sebab ada plot twist di mana semua itu adalah mimpi.

Pada bahagian kedua, ada komplot sesama sendiri bagi menumpaskan jenayah bunuh bersiri bagi mendapatkan bekalan daging manusia. Ia percubaan yang bagus untuk menerapkan plot twist dan isu kanibal walaupun plot twist itu rasa macam kurang umpphh....

Lama jugalah nak sampai ke bahagian yang berkaitan dengan kulit buku. Muka surat 400+ baru ada elemen misteri yang tertera pada kulit buku. Lenguh nak baca dan cari, "Mana elemen misterinya?".

Sedikit ketidakpuasan hati pada bahagian kedua. Saya meluat dengan percintaan Dyra dan Zafrael yang sangat meleweh sampai saya malas nak baca. Jadi, saya langkau bab cinta sebab panjang dan asyik ulang benda sama. Ia mengganggu plot utama tentang kanibal. Kemudian saya tak suka Dyra bertukar jadi seorang yang sangat menjengkelkan. Masa bahagian pertama, wataknya menyeronokkan. Tapi di bahagian kedua, Dyra annoying sebab dia ni banyak tanya dan pushy mcm budak-budak.

Kemudiannya, elemen misteri dan horror tak sampai sebab diganggu oleh lawak yang tak bertempat. Macam tak kena.
Profile Image for Aina (Elfbookstagram).
23 reviews6 followers
June 13, 2022
Chef Cuisine by Effalee
.
Sebelum aku mulakan review, izinkan aku menjerit sepuas-puasnya HUARGHHHHHH😫!! Why Zafrael!! Why!!! Okay puas sikit huhu🥲
.
Awal review pun aku da persoalkan kenapa Zafrael buat macam tu. You know what? Org yang kau percaya n sayang berani sembunyikan perkara terbesar dalam hidup dia dibelakang isteri sendiri. Tapi apa yang Zafrael buat tu eventho nampak dark side dia, tp dark side yg motifnya baik. Korang boleh brain tak? Siapa je nak percaya kan?
.
Trust issue dalam novel ni memain peranan penting ya. Kalau aku ditempat Dyra, kepercayaan aku dah mula menipis tau sebab macam tak logik. Tak logik pun, tetap kena terima kenyataan hidup.

"A reality, that is too harsh to be true."

Aku admire dengan personaliti heroin iaitu Dyra. Dia banyak mulut, tp setiap pertanyaan dia mewakili kita as reader. Curiosity membuak-buak. Awalan cerita, molek je sweet sana sini tumbang lori gula bertan-tan🫣. Sampai selak helaian lain, aku rasa mcm "aikk, buku yang sama ke ni" hahahah🤣.
.
Aku x expect langsung dalam story ada story yg lain.. Susunan plot bagi aku naiss untuk first debut penulis🫶. Scene2 sgt related, bila nak hmpir ending, rasa lebih rancak/fast pace. Sebab? kena lah baca sendiri🤪. Aku igt plot twist dia sekali je. Nope!! Dah twist, twist lagi.. Otak aku pun rse mcm diperah2 ye🧠😵‍💫.
.
Tolong lah, nnt reprint novel ni korang beli tau. AINA MENGHASUT NI!!!
.
“Don’t fall for me. You’ll get nothing but disappointment!” -Zafrael

No Zafrael, bila aku dah tahu perkara sebenar, aku rasa nak hug jerr Zafrael ni🥹🫶. Dyra, please take care of Zafrael. He deserved more. Hmmm😌 (meroyan)
.
Rating: 4.8⭐
Overall mmg nais and manesss jerr. Aina mmg suka mix genre macam ni. Nak kata sweet romantik, ada jugak. Misteri pun ada.. Aihh bacalah sendiri kalau nak tahu🫶❤️. Tahniah Effalee, I'm looking forward for ur next manuscript okay😉. Hug🥰
Profile Image for Hida.
119 reviews12 followers
December 29, 2022
My own rate for this book : 4/5

Apa yang aku boleh cakap : Buku ni sangat lawakkkkkkk, aku tak expect the comedy part. Aku selalunya memang suka baca novel tanpa tau the details/blurb sbb aku suka feel bila baca tu macam fresh sbb tak tau apa2 😌

Buku ni mcm dark comedy vibe 😆 Kadang2 scene yang punya la serious, tak jd serious ya disebabkan cara penulisan author. Ni buku first yang aku baca cara penulisan mcm ni. Aduyai, terhibur aku. Aku cuma tak boleh go sikit time 'body shaming' part, tp mgkin sbb nak menggambarkan mcm tulah org di luar sana rasa kan. 😖 Tapi plot twist dia pergghhh mantap ya, byk giler plot twist, dalam plot twist, ada plot twist lg 🤯 Bab plot twist mmg thumbs up 👍 Cuma mcm aku ckplah, kalau certain part tu penulisan lg serious, mesti lg feels. Just opinion aku je la.

Tapi, apa-apapun buku manés selalunya penulisan memang agak santai dan oklah untuk aku for a light read 😌 #emptycanvashida
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
June 3, 2024
Superrrr bestt!!! No wonder la buku die time baru kluar tu hype giler… aku sejenis manusia yg tenang2 dlu..so xde la berebut beli time asyik out of stock tu… semua element cukup…

1st baca je dah kelakor… si hero dok la ejeke heroin tembam.. 14 tahun kemudian..masih la tembam..hahhahaa..lawak2…

Cerita mcm mane si dira ni blh jumpa balik zafreal yg dah jadi chef z yg sgt amat terkemuka… mamat ni pny la muka ketat susah nak ckp skali dgn minah tembam ni elok je sembang..cute sgt relationship diorg… kawen sbb nak train jadi kurus..ade ke? Saje je cipta alasan kan..

Pastu bile dah bab bercinta tu..alaa…apo sweet nor shubennye ni.. then ade unsur2 misteri..ade crime sikit here and there… aku bab ni kureng sikit sbb sis tak minat..

Overall superrrr best!!! Aku terhibur..maknenye fun element tu ade!! Syok baca… good job writer..layak la org berebut beli buku tu.. 🥰😝😘😍🤩
Profile Image for Hyacinth ⋆˚✿˖°.
16 reviews
August 24, 2023

I have a high expectation on this book, mungkin sebab banyak orang recommend dekat tiktok. Malangnya, I kurang gemar dengan gaya penulisan dia, and also characteristics for both ML and FL. Plot menarik, tak tipu. lagi-lagi bila part 2, I tak bosan baca. Cuma tulah, I kurang sikit bahagian tu je. Ending dia macam rushing sikit (kot) like segala plot twist dia sumbat dekat ending. pasal abang dia, bapak dia sendiri semua tu. tapi terkejut beruk jugaklah kita yang membacanya. Mungkin, kalau I baca buku ni masa I form 2, masa I bergelumang dengan Wattpad, I akan suka buku ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Manissah.
49 reviews3 followers
August 14, 2024
Overrated. Cringe. Gaya penceritaan yang childish. Immature and tak logic. Benda yang patut diceritakan, tak diceritakan langsung. The first 3/4 of this novel meleret sangat. Dah tinggal suku baru nak rushing explain semua benda. Agak anticlimactic. But, main plot dia agak menarik dah, cuma gaya penceritaan tak kena. Sama macam TT.
Displaying 1 - 30 of 235 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.