Jump to ratings and reviews
Rate this book

Takluki Dia

Rate this book
Cinta pandang pertama? Perigi mencari timba? Semuanya, Arfabella redah sahaja. Dia nekad menjalankan misi memikat hati Falliq Dhaffa.

Benarkah si dia – lelaki dingin yang hatinya kebal tika berdepan dengan gadis manja seperti Arfabella? Hmmm... bohonglah andai Falliq Dhaffa tidak tercuit dengan tingkah laku selamba Arfabella!

Lalu, tiga syarat diberi andai benar Arfabella mahukan dirinya sebagai suami.

✓ Rule number one, kurangkan cemburu dan lebihkan kepercayaan.
✓ Rule number two, memaafkan dan dimaafkan.
✓ Rule number three, memberi dan menerima.

Pada saat Falliq Dhaffa menyerah untuk meraih kepercayaan Arfabella, ikatan mereka benar-benar diuji. Tiada lagi Arfabella yang sarat dengan cinta. Yang ada, hanyalah luka dan derita!

“Hati abang dan hati Bella, akan bersatu sampai mati. Janji, ikat sampai syurga. Bella ingat, kan?” – Falliq

“Tapi, masih ada ke arah syurga buat kita berdua... dan bersama-sama melangkah ke sana?” – Bella

Andai suatu hari nanti tangan itu kembali menghulur, masih adakah tangan yang menyambutnya? Akan adakah tangan yang bakal menggenggam, tangan yang bakal menarik; dan tangan yang bakal bertaut kembali untuk selamanya?

416 pages, Paperback

Published March 1, 2022

9 people are currently reading
134 people want to read

About the author

Asunnaraa

4 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (30%)
4 stars
67 (39%)
3 stars
40 (23%)
2 stars
8 (4%)
1 star
4 (2%)
Displaying 1 - 30 of 33 reviews
Profile Image for Hana.
9 reviews
March 3, 2023
aku tak faham, kenapa kahwin dengan orang lain kalau hati tu masih tak boleh lupakan orang lama? sebab abang dia minta??

banyak yang tak kena bagi aku dalam cerita ni. mula mula pengenalan Arfabella dan Falliq Dhaffa, arfabella sangat bold dan tunjuk secara terang rasa minat dia dekat dhaffa. dan dhaffa pun aku nampak macam terbuka hati dengan bella. tapi bila dah kahwin tetiba dhaffa cakap dia belum buka hati dekat bella? hehhhh

oklah takpela faham dhaffa masih trauma dengan ex dia hanis, yang dhaffa tunggu bertahun time belajar dulu. tapi rupanya hanis tu bini orang. aduhai sedihnya ko ni dhaf…

pastu masuk pulak watak aliya yang merupakan pembantu dhaffa. masuk part sini dah nampak dah hero yang kurang matang dan tak tahu cara layan dan jaga perasaan isteri. dhaffa sangat tak menjaga hati bella. walaupun isteri dah banyak kali cakap atau luah pasal kelakuan dhaffa tu menyakitkan hati dia, tetap tak diendah. saya sampai penat baca 😅

plus, hubungan bos-pekerja antara dhaffa dan aliya bagi saya macam terlalu mesra. ni lah bila saya kata dhaffa ni kurang matang. tak sedar diri dah beristeri, tapi tetap keluar berdua dengan perempuan/pekerja. mana batas awak brader? 😅 masa event tu, mengarut gila bila dhaffa buat keputusan untuk bawak aliya as partner instead of bella. dahla cara dia putuskan tu, aliya datang bagitahu ada event, dhaffa pun cam “haah ada event. kenapa? awak nak jadi partner saya? boleh. sebab bini saya tak suka tempat crowded” kepala hotak kau la jantan 😄

paling tak boleh blah yang dia bandingkan bella dengan aliya. aliya pakai tudung, bila bella nak pakai tudung? bukannya kau nak guide bini kau. aliya masak kari ikan favourite dhaffa, kena dengan tekak. tapi bila bini kau bagi bekal, kau gi bagi naim pastu gi keluar makan dengan aliya?? ohhh bagi aku dhaffa ni memang— just a plain dayus. even banyak kali bella cuba communicate dengan dhaffa pasal rasa tak selesa dia dekat aliya, ada je dia mengelak. guna alasan aliya tu cuma pembantu. hah pembantu la sangat sampai kena tangkap khalwat. scene ni rasa kesian sangat dekat bella. mesti rasa kena tipu dan khianat sangat. lebih-lebih lagi yang ditangkap khalwat tu SUAMI sendiri, dengan perempuan yang banyak kali dhaffa kata ‘tak perlu risau’.

dan saya tak puas hati dengan ending aliya. tiba-tiba hilang macam tu je. takde balasan ya dekat dia sebab kacau rumah tangga orang. dan bagi saya, aliya memang HOMEWRECKER. saya memang nampak aliya salah. dia memang tahu dhaffa tu suami orang, tapi tetap menggatal. dah tahu laki tu ada bini, dah kenapa kau nak terlebih baik masakkan untuk dia? dahlah letak harapan “mungkin aku ada peluang” dengan assumption yang dhaffa tak baik dengan bella. geli lah aku pompuan macam ni. and sampai kena tangkap khalwat pun, cara dia minta maaf pun tak kena. kalau aku ni dah buat aliya ni melutut cium kaki, baru nak kenal dunia dah reti ek kau nak ambik laki orang. lempang kang. minta maaf pun kat pasaraya, kenapa tak ajak jumpa explain elok-elok kalau kau tu tak salah sangat? tapi bila dhaffa ajak jumpa, boleh pulak dia pergi? eh eh gatalnya kau


ending dia sangatlah cepat ya bagi saya, akan bagi lebih bintang kalau hero tu grovel lebih. saya rasa dalam beberapa chapter terakhir je penulis buat hero menyesal, tu pun tak menyesal sangat. pujuk isteri pun macam tak berapa make sense. tuptup dah berbaik.. rasa macam— tiber?? saya memang tak puas hati dengan cara penerimaan bella kepada dhaffa. dah lepas mereka berpisah, time skip selama 5 tahun tapi tak terasa 5 tahun pun 😅

banyak kali dhaffa lukakan bella tapi bila nak mintak maaf, gi jaga anak bini time pantang pastu lari gi switzerland?? hahh mende ko ni bang???? kau nak minta maaf tu ikhlas ke tak? cakap bella ego, ha memang well deserved la kau main dengan betina lain pastu kantoi ingat senang bini kau nak terima balik? saya boleh rate effort dhaffa nak berbaik dengan bella hanyalah di level C- ya. yang aku tak faham kenapa dia kena gi switzerland smapai 5 tahun? kenapa kau tak duduk je malaysia dan guna 5 tahun tu buat pikat anak bini kau balik? tinggal anak bini sampai anak pun tak kenal bapak. tuber datang jadi “Uncle Iq”. make it make sense laaaa

and saya tengok ramai yang marah dekat bella. deme ni tak pernah kena curang ke? ingat kena curang ni tahun ni sakit tahun depan okay? aduh letih aku membacanya. luka curang ni takkan pernah sembuh. lagi lagi bila laki kau yang dah kongsi bantal tu yang buat. memag patutla bella marah sampai taknak kembali ke dhaffa. tengok dhaffa pun pujuk sampai habis pantang je nyah.. tu pun effort C-. yakinke laki tu takkan ulang balik? baru je nak rindu balik, eh dah lari switzerland.. adoi buang masa je laki macam ni

dah la panjang sangat ni. nanti nak marah lagi saya sambung
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
December 24, 2022
Sikap Bella yang selamba tackle kawan baik abangnya, Arfan.

Mereka kahwin selepas Arfan berjumpa dengan Falliq. Tertanya kenapa terlalu cepat.

Awal perkahwinan okaylah sebab Belle ni masak, gosok baju pun tak pandai. But dia belajar masak dari ibu mentuanya.

Kehadiran Aliya pembantu Falliq buat Falliq tidak sedar ada kalanya dia menyinggung perasaan isteri. Belle terasa sangat diabaikan. Sikit² Lia.. sikit² Lia.

Kemuncak Belle rasa ditipu bila exhibition company Falliq, Belle tak di-offer suaminya as partner. Falliq choose bawa Aliya alasan assistant Falliq.

Lagi satu bila plan yang dibuat oleh Falliq, disalah ertikan bila Falliq salah sent message ke Aliya instead of Belle. Pertembungan berlaku, Falliq terkejut, Aliya happy Falliq buat surprised dan Belle pulang ke rumah dengan hati yang kecewa.

Belle frust. Apa yang dia buat semua untuk Falliq tapi Falliq langsung tak cinta kat Belle. Asyiklah suh tunggu².

Akhirnya mereka berpisah (tak duduk sama) bila Falliq kena tangkap khalwat dengan Aliya.

Falliq minta maaf dan baru tersedar dia perlukan Belle.. tapi Belle dah kecewa sangat.

Bila Belle bersalin, Falliq jaga Belle dan Asy tapi Belle tetap dengan egonya.

Ego sampai ke 5 tahun tau.. huhh lamanya hubungan suami isteri ini. Falliq ada cuba untuk berbaik.. pujuk isteri.. message call tapi Belle ignored.

Nak salahkan siapa sekarang? 5 tahun tau. F salahkan Belle. Keras betul hati.
Profile Image for meenie.
321 reviews3 followers
May 31, 2025
weh asal buku ni weh 😭😭😭😭 bukanlah tak best langsung cuma tak worth my times and i put a high expectation on it. 💔💔💔💔

permulaan; okay menarik. bella suka dengan dhaffa. punyalah try hard nak dapatkan dhaffa ni tapi dalam masa sama dhaffa ni macam suka balik dekat dia? fast forward kawin, tapi lah rupanya ada rahsia si dhaffa ni sorok dari bella. itu satu, satu lagi masalah rupanya dhaffa ni konon tak serahkan 100% cinta dia dekat bella. i macam eh? kau yang ajak kawin? pastu sibuk bermonolog kata ‘abang harap satu hari nanti abang akan ada rasa cinta mendalam dekat bella’

NYAH KO YANG AJAK BELLA KAWIN PASTU KAU GUILT TRIP MACAM KENA PAKSA KAWIN ???!!! tak paham aku. anyway, not my cup of tea. kalau korang suka buku yang kawin, laki tu beria at first pastu end up isteri dia rasa syak wasangka pastu tiber lah cerai pastu isteri mengandung pulak out of nowhere. ha bacalah. thats all.
Profile Image for marble .
62 reviews1 follower
July 6, 2022
Sebelum baca novel ni... guwe risau betul ya. Takut nak hadap part sedih tu xvsjaakakoa. Tapi, bila dah banyak terhasut dan dihasut oleh orang lain, kita redah aje la.

Takluki Dia mengisahkan tentang Arfabella yang jatuh cinta pada pandangan pertama kepada Falliq Dhaffa. Yalah, lelaki handsome siapa je tak suka kan hshshs. Bella pulak jenis straightforward, memang dia ngorat la si Falliq tu. Mula-mula tu nampak Falliq ni macam tak layan. Bila dah selalu sangat Bella kacau dia, mananya hati tak terusik.

Bila diorang dah kahwin, I love how Falliq cuba untuk mengenali Bella walaupun dia masih terikat dengan kisah silam. Bella pulak, I love how bila dia cuba improve diri dia untuk jadi isteri yang baik kepada Falliq. Bella tahu dia tak pandai masak tapi dia cuba untuk belajar. Falliq pulak takdenya paksa-paksa dia untuk memasak apa semua. Saya mahukan lelaki seperti Falliq satu bzsgjaaolakah.

Tibanya konflik, AKU SAKED HATI 😌👍🏻. Kata-kata Falliq sangat menyebalkan hatiku ya. Kenapalah dia perlu cakap ‘begitu’ dengan Bella. Memang start sini aku geram aje memanjang. Sedih pun hilang sekali ya 😭🖐🏻. Tak suka betullah bila Falliq duk sebut nama orang yang tak sepatutnya disebut tu depan Bella. Dia macam... KAU TAK TAHU KE ISTERI KAU TU TENGAH MARAH KE SEDIH KE APA 😔. SAYA MAGHOH.

And... Part last-last tu love gila ya. Banyak sangat nasihat yang Kak Syu selitkan. Thank you tulis masterpiece ini, Kak Syu ❤️
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
December 13, 2022
First time Arfabella jumpa Falliq Dhaffa terus love at the first sight gitu😏perigi cari timba? yes itulah Bella. her mission nak 'try' Dhaff🙈Dhaff ni dingin so boleh ke Bella nak try?🤔will see boleh ke tak. But once si dingin ni bermanis kata aiyoo tempias sampai sini tau bang😮‍💨

"𝐭𝐚𝐤𝐥𝐮𝐤𝐢 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 & 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐥𝐥𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐬𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚"

Okay waktu moment happy, tiba- tiba something jadi buatkan Bella yg always trust Dhaff terus hilang kepercayaan dia😣Hilang Bella yg full with love🙁

"𝐭𝐡𝐞 𝐝𝐚𝐦𝐚𝐠𝐞𝐬 𝐢𝐬 𝐝𝐨𝐧𝐞."

Ujian rumahtangga sangat mencabar ye untuk Bella & Dhaff. Sakit dia terasa sangat. Apa jadi sebenarnya? and apa yg disorok oleh Dhaff actually?

Overall, Ad tak sangka yg this book will make me cry and emotional🤧selsema terus kita wak😂their journey tu masyAllah kuat ye ujian tu. siapa nak rasa geram, sedih, sakit hati haa bacalahh dialukan. tapi yg penting nama ML & FL sedap dooh😏for me yes i enjoy🥰and my favourite quotes from this book is ..

"𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐥𝐚𝐩."

sila cari, beli , baca awak-awak🤍
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
November 21, 2023
3.7 ⭐️
Satu percubaan yang baik. Gaya bahasa yang agak matang. Penulis bijak memainkan emosi pembaca.

Cuma plot di hujung2 agak lewah sedikit. Apa-apapun tahniah untuk kelahiran naskhah ini. Keep it up.
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
June 8, 2022
[Buku 35 | 2022] 3.3/5⭐️
Profile Image for Bay.
260 reviews4 followers
August 12, 2023
mula-mula agak boring. sebab too much good to be true. but the angsty part? fuhh macam patutt la dhaffa begging belle. and dhaffa pn menyesal so goood la. hahaha i teared up sikit scene asy dgn dhaffa tu
Profile Image for GibbS.
28 reviews5 followers
August 16, 2022
Dalam penulisan, sebaiknya hanya menggunakan satu patah nama sahaja. Jenuh nk baca nama watak hero dari mula sampai tamat.
Profile Image for Ayu.
21 reviews
January 8, 2024
The guy really stupid and no grovelling. Smh. Dia tak curang tapi dia tetap bodoh.
Watak perempuan je terseksa. Lelaki? Takat 5 tahun lepastu no grovelling hm. Not worth it.

Also
Tak suka penulis guna nama penuh ML hampir setiap pages.
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
June 16, 2025
Not the FML named Arfabella. Cringe.

Through out the book, writer wrote MML punya long name. Rasa macam dihantui. Falliq Dhaffa. Falliq Dhaffa. Falliq Dhaffa. Falliq Dhaffa. Can you imagine how tiring i am to read his long name throughout the whole book? At the end i literally read it as Falliq only, sebab it is my book now and i can do whatever i want including changing MML's name to Hammilton if i wanted to.
Profile Image for evanna lee.
13 reviews
September 14, 2023
Semalam baca, harini habis tak sampai 24 jam lagi, achievement untuk aku hihi.

Takluki Dia, tak terniat pun untuk aku nak pilih and baca this book, but I love the writing style! Tak serabut kan kepala aku, senang jer aku baca! I loike!

Falliq Dhaffa and Arfabella, dorang kenal tak lama pun, tempoh dorang tu singkat sangat and tup tup Falliq ajak kahwin? Tak ker terpinga-pinga Bella, memang la love at first sight, but wow?

Sampai akhirnya Falliq and Bella bahagia, both characters ni actually grey colour tau, masing masing ada kekurangan, tapi nak fokus la, part Bella efforts gila, untuk nak memasak, nak jadi wife yang baik semua dia usaha demi Falliq, the efforts is just wow to me!

Falliq pula, dia ni takdelah red flag pun, tu aku cakap dia greyish tau, sebab masa awal awal dia and sampaikan dorang ada "masalah" tu tetap dia jalankan tanggungjawab, dia takdelah layan macam sampah dekat Bella, cuma salah dia sebab dia terlalu melayan sangat watak ketiga tu, which is Lia.

Aku kan si kari ikan ni, aku memang nak hempuk kepala dia, tak perlu nak banding dan ingatkan pasal orang lain dalam kepala kau tu Falliq. How can you ask someone else to be your partner and not your wife? Ni aku geram pasal si Kari Ikan ni.

Tapi itulah aku cakap, tak semua salah Falliq, but lepas daripada 5 tahun tu, tak perlulah lebih lebih pun, isi dalam buku ni dah cukup untuk Falliq terseksa lepas apa yang dia buat, communication is the key, itu jer. So dah cukup rasa sebenarnya bagi aku.

Masing masing try to be more matured, sebab umur makin menua, bukan makin muda, jadi memaafkan tu dan reda itu perlu dalam kehidupan manusia.

Okay that's it! Adakah bagus? Yes go grab this book, mudah untuk dibaca! Saya suka maybe lepas ni aku try grab Our Silent Battle pulak! Btw, this is my opinion!
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
September 3, 2023
Aku suka baca novel ni, walaupun dia pain, buat aku nangis bila baca tapi aku puas. Pengajaran yang paling terkesan dalam cerita ni adalah jangan meletakkan pengharapan kita kepada manusia. Ia akan melukakan kita. Letak sepenuh pengharapan kita dekat Allah. Pencipta kita. Biar kita hilang cinta manusia, tapi jangan hilang cinta Dia. Itu lebih memeritkan. Buat kita hilang arah tujuan.

Memang saya boleh katakan seorang Falliq Dhaffa ni bodoh bila melebihkan perasaan Aliya, pembantu dia lebih daripada isteri sendiri. Dan watak Aliya tu pun bodoh jugak sebab dah tahu suami orang, jagalah batas tu. Janganlah meletakkan maruah diri tu rendah sangat jadi perempuan oiiii. Banyak lagi lelaki bujang kat luar. Laki orang jugak kau nak jatuh cinta.

Bagi saya tempoh 5 tahun tu baguslah untuk diorang muhasabah diri masing-masing. Perbaiki diri dan belajar untuk mencintai diri sendiri dahulu sebelum cintakan orang lain. Yang paling kesian bila ibu ayah tak bersama adalah anak. Kesian dekat Daiyan Asyyraf tu. Tapi dia seorang anak yg bijak dan sangat sayangkan mummy dia. Walau apapun yang dia buat mesti dia akan ingat pesan Arfabella. Such a sweet boy. 🤗

Actually, ni cerita kedua yang saya baca daripada penulis Asunnaraa. Karya pertama beliau saya baca adalah cerpen Ruang Nyaman dalam ACRC. Dan saya boleh cakap saya suka gaya penulisan beliau. Very smooth dan sayang nak letak bila dah baca. Congrats Kak Syu.
Profile Image for Eiline.
42 reviews
June 30, 2022
[RATE : 4.3]

Citer ni tak slow tau, tapi tak jugak cepat. Disebabkan chapter dia yng pendek dalam 5-10 muka surat je 1 bab, buatkan aku rasa selalu nak baca.

Cerita ni tak ada orang ketiga ye, semua watak baik (tapi mungkin cara yang salah), dah cerita ni lebih kepada miscommunication antara main character.

Apa yg aku suka?
1. Layan Falliq. Walaupun dia tak cintakan Bella, dia ambik berat, dia puji bella, dia pujuk bella (sebab bella ni manja dan mudah menangis), walaupun bella masak tak sedap (sebab baru belajar) Falliq tetap bagi semangat. Tak lupa juga Falliq ni setia.
2. Usaha Bella. Anak orang kaya yang dibesarkan dengan kasih sayang yang berlebihan daripada keluar, tak reti buat kerja rumah dan masak (first time masak kari ikan, dia buat kari ikan parang. padah tak tau nama ikan, main ambik je pape ikan yg depan mata). Tapi lepas kahwin, dia berusaha belajar masak dgn mak mertua dia sebab tak nak Falliq tinggalkan dia. Tak lupa juga, sangat ceria (Happy virus).
3. Cerita ni buat aku sedar yang bila kau terlalu sukakan seseorang sampai lupa sia yang kau utamakan (Bella pakai tudung sebab Falliq, bukan sebab ikhlas), akhirnya kau akan terluka angat sangat.

Apa yang aku kurang minat?
1. maybe sebab aku dapat vibe Nurul Ain (7 Hari Mencintaiku) bila aku baca part Aliya. Geram sangat. *Aliya baik ye semua (cuma lumbah manusia, akan suka dekat lelaki)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for d ☁️.
108 reviews3 followers
June 3, 2023
hmm where do i start.. wasnt super good but wasnt bad either? it was truly meh. i felt like falliq’s reasons for acting the way he does was not enough to justify it at all. so the whole thing felt like a big red flag move to me and was just rlly questionable. and i was abit confused abt some parts too.. couldve just been a me problem maybe but 🤷🏻‍♀️ and ngl i found arfabella’s character at the start abit annoying too but we love to see character growth into a strong woman!! wouldve given two stars if not for that + the strong message at the ending. the ending itself added a whole star to my overall rating
Profile Image for neazthl.
10 reviews
July 6, 2023
I'm sorry but this book isn't my cup of tea.



Storyline dia majority main tarik tali between the main character. Somehow, I got it what the heroine felt, but she just too egoist. Even the hero always runaway from the problem. The problem doesn't solve by itself. We have to face it, not to runaway from it. And I really hate it, when the hero act as if he is the only one have a bad past. I got really bored in the half of the book. The ' curang ' part, tak berapa perlu rasanya dalam cerita ni.

Full rating:

3/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
September 17, 2023
[BOOK 128]

Takluki Dia by Asunnaraa.
.

"Make yourself happy with, or without me. Abang takkan selalu boleh ada dengan Bella. I'm a very busy man. Lagipun, kita baru beberapa bulan kenal. Abang tak kenal Bella dengan betul, macam tu juga dengan Bella. Mungkin, kita akan ambil masa yang lama untuk kenal antara satu sama lain."
.
"Tapi tak bermakna abang akan lepaskan tanggungjawab abang sebagai suami Bella. Bella isteri abang."
.

Tak suka Dhaffa. Full stop.
.

Aku rasa 1/3 of this book, quite promising. Suka la karakter Bella yang tak segan silu mengurat Dhaffa, kawan abangnya. Aku pun suka je Dhaffa masa ni, sebab dia jenis karakter cool guy gitu. Alaa lagipun Dhaffa ni attracted je dengan Bella tu, kalau tak, takdenya dia nak bid jam mahal gila untuk Bella. Cumanya, Dhaffa masih trauma dengan luka masa silam.
.

Lepas tu, out of sudden, Dhaffa ajak Bella kahwin. Haaa..Dan bermulanya 1/3 buku yang mana, aku dah mula tak suka Dhaffa.
.

Aku sedih mengenangkan Bella je yang duk cakap I Love You bagai, tapi Dhaffa diam je. Ataupun dia akan cakap "abang tahu."
.

Dan nampak la effort Bella untuk belajar masak semua. Dan tidak dinafikan, Dhaffa ialah suami yang baik. Dia terima kelemahan Bella.
.

Sehinggalah munculnya watak Alia. Alia yang penuh dengan segala kelebihannya, mula mengatasi Bella yang penuh dengan kelemahan. Tanpa sedar, Dhaffa mula melebihkan Alia, walaupun Dhaffa ni tak sukakan Alia pun. Tapi Alia suka Dhaffa.
.

Haaa..dan bila kantoi, maka bermulalah another 1/3 of this book, yang aku tak suka Dhaffa sepenuhnya. Entahlah. Sebenarnya, Bella pun ada salah. tapi dua ketul ni ego. Tak nak mengalah. Yang menjadi mangsa ialah anak.
.

Overall, okay je. Nak kata pain, sikit je.
Profile Image for Fiqa Najwa.
66 reviews
September 21, 2022
Fallliq Dhaffa. Dalam hijau ada merahnya, dan dalam merah ada hijaunya. Get it? Some might be disagree with me but for me seorang lelaki yg dah berkahwin ada sikap mcm tu mengibarkan bendera merah ye. Daripada sinopsis katanya lelaki dingin tapi aku tak nampak mana dingin nya atauu falliq ni belum cukup dingin lagi? But after dia berubah bendera hijau sentiasaaa hehe. Seorang yg mulut manis pandai berkata². Sesiapa yg love language dia word of affirmation (?) confirm suka dgn dia ni HAHAHAHA .

Arfabella. Seperti dalam sinopsis, seorang gadis yg manja dan tak tau malu ye. Jatuh cinta pandang pertama dengan Falliq terus cari cara nak pikat dia. Ohmy dia punya mengayat dengan mulut lepas dia tu aku yg malu kadang² hahaha tapiii semua berubah lepas kahwin. Nak tau kena baca la... she's a strong woman la lepas kahwin, respect masih bertahan walaupon diambang² kemusnahan. Kalau aku kat tempat dia tu dah takleh fikir apa² dah tu. Lagi satu usaha dia nak jadi isteri terbaik tu sangat awhh, mad respect!!

Cerita ni boleh la dikatakan 50% romance 50% pain kot. Basically drpd buku ni kita dapat belajar mengikhlaskan dan mencari Dia. Untuk siapa yg tak suka orang ketiga atau SALAH FAHAM sbb orang ketiga ohnooo buku ni akan bagi korang sakit hati. Geram weh dgn Falliq niiii nak kata bodo tapi bijakkk haaaaa. Untuk gaya penulisan Asunnaraa (kak syu) ni okay saya boleh masukk cuma satu laaaa jangan la kakkk di tulisnya nama panjang watak dekat setiap ayat 😭 penat saya membacanya last last saya sebut nama pendek diorg je tapi jenuh jugak la nak menukar setiap ayat. Kuddos kak utk kelahiran buku yg pertama bawah penerbitan!! Semoga lepasni makin berjaya dan improve 💖
1 review
August 26, 2023
‼️𝙎𝘼𝙔𝘼 𝙉𝘼𝙆 𝙇𝙀𝙏𝙂𝙊 𝙏𝘼𝙆𝙇𝙐𝙆𝙄 𝘿𝙄𝘼 𝙍𝙈 30 𝙄𝙉𝘾𝙇 𝙋𝙊𝙎𝙏𝘼𝙂𝙀 𝙎𝙈 𝙎𝘽𝘽 𝘽𝙐𝙆𝙐 𝘽𝘼𝙍𝙐 𝙇𝘼𝙂𝙄 ! boleh dm ig @norareadsly

𝗦𝗲𝗰𝗼𝗻𝗱 𝗰𝗵𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗿𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲; 𝗚𝗿𝗼𝘃𝗲𝗹; 𝗨𝗻𝗿𝗲𝗾𝘂𝗶𝘁𝗲𝗱 𝗹𝗼𝘃𝗲; 𝗕𝗿𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿’𝘀 𝗯𝗲𝘀𝘁 𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱; 𝗦𝗹𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗰𝗵𝗲𝗮𝘁𝗶𝗻𝗴; 𝗦𝗵𝗲 𝗳𝗲𝗹𝗹 𝗳𝗶𝗿𝘀𝘁 𝗯𝘂𝘁 𝗵𝗲 𝗳𝗲𝗹𝗹 𝗵𝗮𝗿𝗱𝗲𝗿
𝗣𝗲𝗿𝘀𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗿𝗮𝘁𝗶𝗻𝗴: 𝟯 ⭐️

Bella merupakan gadis yg ceria dan manja. Satu hari tu dia jumpa dengan kawan baik abang dia di kafe mamanya, Falliq Dhaffa. Sebab dah jatuh suka, jadi Bella guna pelbagai cara nk tawan hati Dhaffa tu. Sampai la tiba2 Dhaffa ajak Bella kahwin. Bella ni zero. Apapun tak tahu tapi sbb nk senangkan suami, dia belajar bnyk benda tapi sayang, segala benda yg dibuat tak bermakna sangat pun dimata suami dia. Lagi2 bila dia tahu, hanya dia je yg cintakan suami dia.

First of all, don’t let my review influence your opinion.. this is what i feel honestly bila baca..

📌 reason kenapa saya rate tu sebab feeling tak sampai masa baca.. idk whats wrong i dont blame anyone I blame myself 😭 mungkin gaya bahasa kaksyu tak sampai kat saya 😩 Ada part yg sedih tapi tak tahu kenapa susah betul air mata nk keluar 😭😭 so i can’t feel the pain

📌 also the part yg mystery guy tu muncul like no proper explanation ke pasal dia 🥲 takkan mcm tu je kesudahannya 🥹 sedih sikit

📌 Part yg saya suka, bila Dhaffa grovel.. dia tak la grovel kaw kaw tapi dapat la buat saya rasa kesian dgn dia.. Dua2 ada character development like Bella lebih mature dan Dhaffa lebih tahu nk hargai isteri dia

📌 Sepanjang baca saya geram haha geram dgn si Dhaffa ni rasa cam “ya rabb bodohnya jantan ni” dia ni 🚩boleh pulak dia lebihkan perempuan lain dri bini dia 🔪

Itu je kot haha maaf la this is what i feel masa baca.. again, this is my opinion.. taste lain2 ceunah 💋
Profile Image for muffinbubble.
39 reviews
December 1, 2025
Siapa yang cakap cerita ni tak best? Best jelaa. Light conflict. Trope: She falls first, he falls harder. Miscommunication. Second chance. 💗

Kita mulakan dengan karakter ML. Aku tak tahu nak kategorikan si Falliq Dhaffa ni as red flag ke green flag. Berselang-seli. Dia punya layanan pada Arfabella memang bagus awal-awal, tapi makin lama memang minta makian!

Boleh pula dia tak sedar yang dia lukakan Bella?! 🤬 Lepas muncul Aliya, aku dah start bencikan Dhaffa. Ajak perempuan lain instead of isteri sendiri teman pergi event? Eh jantan, kau boleh cakap Bella ni jangan fikir bukan-bukan? Eh dia isteri, dia ada haklah! Memang si Dhaffa ni tak guna. Kan kena tinggal padan muka.

Dari awal aku memang side Arfabella. Cuma aku memang tak boleh berlembut macam dia after suami aku buat macam tu. Boleh panggil abang lagi. Padahal dah tahap kena tangkap basah. Itu memang melampau.

Bella dah bagi segala effort tau 😭 Bab masak bubur yang waktu Dhaffa demam tu, aku hampir nangis tau. Effort tu belum cukup untuk Dhaffa rupanya… Betullah orang kata, bila jadi green flag sangat ni pada orang kadang-kadang boleh turns to red flag behaviour. Itulah Dhaffa. Layanan pda staf semua sama katanya! 🙄

Tapi bagus tindakan Bella bila dia abaikan suami dia 5 tahun. Tak mudah terima semula. Good girl. If i was her, i will do the same thing. Nak pulihkan luka di hati is not easy!

Dan, aku ingatkan Uncle Iq tu orang baru. Aku dah neves tau 😭 Nasib baik orang sama. Okeylah ending, cuma rasa tak puas.

Overall 4/5 ⭐️⭐️⭐️⭐️ oh ya, ini karya pertama author saya baca dan saya suka baca novel melodrama macam ni heheee
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
May 4, 2024
Cinta pandang pertama. Itulah hakikat Bella saat pertama kali nampak Dhaffa duduk semeja dengan abangnya di kafe milik ibu mereka. Tak lepas peluang, terus dia cuba tackle si mamat beku ni sampailah si dia cair dan setuju untuk berkahwin. First off, buku ni bagi aku so-so je. Tak berapa nak kena dengan jiwa aku kot.

Arfabella, walaupun banyak kurangnya, dia sentiasa usaha untuk jadi yang lebih baik. Aku suka dengan watak dia. Cumanya, dia terlalu menyayangi Dhaffa sampai lupa untuk diri sendiri. Dhaffa, si lelaki beku sebelum nikah dan yang manes selepas akad. Masalahnya, dia ni banyak sangat bagi mixed signal. Geramlah. Dah nikah tapi belum mampu nak buka hati? Please, janganlah dera hati isteri macam tu awak😭😭😭. Atas dasar apa perkahwinan kau tu aduh geram je aku.

Cerita ni agak perlahan bagi aku. Peak sikit waktu Aliya muncul, memanaskan hati aku. Babak sweet tu ada tapi tak sampai sangat kat aku hahaha. Plot dan penceritaan okay cuma hujung-hujung tu peranan family both side tu macam takde perkaitan. I mean, bila family Bella ada, family Dhaffa langsung tak dimention dan sebaliknya, like besan-besan ni musuh ke apa?

Tempoh masa yang memisahkan mereka tu mendewasakan. Tapi agak terkilan jugakla aku sebab Dhaffa tak fight lagi dan terus je ikut kata Bella (tapi I'm glad Bella stood her ground). Lepas tu tak fight dengan hak dia atas Asy sampai budak tu cuma kenal dia sebagai kawan paklong. Tak sakit ke wei. Ish. Nasib baiklah happy ending for all.

Anyway, good effort penulis untuk cerita ni. See you in next book
Profile Image for sraeads .
17 reviews
May 22, 2023
I rated it as 4.9/5
I thought it would just be light and no heavy conflict, but you're wrong. When they got married, she realized she didn't know anything about housework which I thought was weird. but it's not really strange because she grew up in a rich household. While she was learning to cook and do housework, her husband decided to hire another personal assistant. and guess what, SHE IS A GIRL. and she knows how to cook too and always cooks for her very beautiful husband. when he has a wife, he accepts food and compares his wife to that skank. I don't know what else to say. I had to cry because of how stupid her husband was. please gentleman or boys or man, respect your wife. don't ignore the red flags when 'someone' comes in your marriage or relationship. and please don't compare your wife. It's no use if you're good, handsome, rich, well mannered, but you're stupid hurting your wife. end up, melongo isteri pergi. so in my opinion, don't.
(if you don't understand what im saying it's okay because i dont understand either.)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
September 18, 2022
Kena dengan tea saya, biasalah perigi mencari timba ni. Arfabella ni sangat bold and bubbly. Saya suka watak dia, dan watak Daffa pun memang kena chemistry. Great match orang kata. Love sangat bella ni dari zero to hero semata demi cinta. Cumanya kat belakang saya rasa mereka bazirkan banyak masa just to figure out their own feelings, kesian dekat anak. + yang tak make sense bagi saya is Daffa ni umur dah berapa takkan tak faham-faham cara dia treat staff macam mana. Mana ada boss bawak staff sampai gitu, plus you are married man. Wife tak suka mcm mana but occasion like that cornfirm akan follow juga aduyaii, tempah bala namanya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Eyqa.
20 reviews
June 17, 2024
Marah dengan Arfan sebab korbankan masa depan adik sendiri walaupun tahu yang kawan baik dia tu masih tak move on.

Marah dengan Falliq Dhaffa sebab dah hilang baru nak menyesal. Lagipun dah jd isteri. Yang nak curiga sbb trauma dulu macam tak logik. Lagi marah bila dia selamber puji si Aliya tu. Padan muka bila isteri dah kering hati.

Cerita ni nak sedih. Tapi dia macam tertahan-tahan dalam hati. Mungkin kecewa & sakit hati lebih dari rasa sedih nak nangis. Sbb tak boleh keluar air mata.

Sekarang ni nak tahu. Sapa Hanis? Sapa Hana? Dan sapa lelaki misteri yang tau segalanya pasal Bella????
41 reviews
June 1, 2023
the story is perfecttttttt, awal ii tu mmg agak pelik jugak sbb perangai bella main lps je kat Dhaffa tapi lama ii faham jugak. Aku dari mula tak suka dengan watak Aliya tu, tak tau kenapa padahal baca belum betul ii smpi setengah page novel, jujur cakap perangai Aliya tu sgt menyakitkan hati, tahan je diri dari baling buku ni😅. tapi overall, 10000000/10
5 reviews1 follower
December 22, 2023
For me, it's so so only. Too many 'holes' in the story. It's a fast phase storyline. It's a cliche love story but not everything is bad. There are some good advices, beautiful words we can learn and take noted.

Maybe the characters name can be shorten in next book.
Displaying 1 - 30 of 33 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.