Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lalang di Lautan Ideologi

Rate this book
Sejarah pergolakan dan perlawanan di dunia ini tidak dapat lari dari idea-idea pembebasan. Seperti yang diperkatakan Hegel, bahawa sejarah dunia adalah sejarah kesedaran akan idea pembebasan. Dalam lautan sejarah ini, pelbagai idea pembebebasan telah muncul malah berlawan antara satu sama lain. Ada idea yang dipegang erat sehingga mati, sebagai pegangan mutlak yang dipanggil sebagai ideologi. Setiap ideologi yang lahir ingin membebaskan manusia dari sesuatu. Apakah kita kini, sebagai manusia baharu di atas muka bumi, perlu menggagaskan ideologi baharu? Atau kita gerakkan semula ideologi-ideologi lama untuk dipraktikkan dengan cara yang baharu? Ataukah sebenarnya kita sudah berada di dunia pasca-ideologi? Di mana kita belajar dari lautan ideologi-ideologi yang ada dan memeluk hanya kebenaran. Kebenaran yang rentas ideologi, hanya kebenaran, di mana pun ia berada. Buku ini merupakan himpunan esei yang memfokuskan hal-hal politik, falsafah, dan ideologi yang akhirnya cuba untuk menjawab persoalan ini.

362 pages, Paperback

First published April 1, 2022

2 people are currently reading
18 people want to read

About the author

Syed Ahmad Fathi

17 books93 followers
Syed Ahmad Fathi is an author and editor based in Malaysia. His writing regularly appeared on local online portals and in prints. He authored several non-fiction books and has edited numerous anthologies. He runs the blog Meniti Jambatan Masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (45%)
4 stars
11 (55%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Eisya.
66 reviews4 followers
April 6, 2023
Sebenarnya sekitar dua minggu sahaja- berbanding kemaskini Goodreads saya yang mencatat masa selama 4 bulan- saya mengambil masa membaca buku ini. Bacaan yang pertama adalah sewaktu musim pilihan raya, PRU15. Bacaan yang kedua pula adalah sekitar minggu ini, buat menjadi perhentian RnR saya ketika lelah membaca buku akademik.

Lalang di Lautan Ideologi merupakan sekuel kepada Berfikir Tentang Pemikiran , buku yang membantu meluaskan pemikiran belia saya menuju dewasa.

INTIPATI BUKU:

Buku ini merupakan kompilasi artikel penulis Syed Ahmad Fathi dari pelbagai portal yang menjadi medan beliau berkongsi buah fikir. Susunan adalah berdasarkan tema, dan antara tema yang paling menarik bagi saya ialah Falsafah Politik, Drama Politik Nasional dan Renungan.

Berikut saya senaraikan tema-tema secara tertib:

1. Rencana Umum
2. Masalah Demokrasi
3. Drama Politik Nasional
4. Ekonomi
5. Falsafah Politik
6. Politik Kesihatan
7. Falsafah dalam Filem
8. Tokoh
9. Isu-Isu Nasional
10. Isu-Isu Antarabangsa
11. Palestin-Israel
12. Renungan

Dalam Lalang di Lautan Ideologi, penulis mengajak kita berfikir, berlayar di samudera lautan ideologi. Selang beberapa batu, kita berlabuh di pulau Demokrasi. Namun setelah beberapa lama menetap, kita merasakan Demokrasi bukan untuk kita, maka kita berpindah ke pulau Anarkisme, Kapitalisme- Dan begitulah seterusnya, tiada yang sempurna menurut cita rasa kita. Berikutan tiada yang sempurna, maka kita memilih untuk menjadi lalang, itulah yang dimaksudkan oleh judul buku ini.

Pendekatan penulis mengkritik ideologi membantu saya memaknai ideologi-ideologi tersebut dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, dari pembacaan, saya dapati saudara penulis sungguh berminat mengupas pemikiran Bakunin terhadap ideologi Anarkisme. Saya persoalkan, apakah kegunaan ideologi anarkisme ini untuk saya yang rakyat marhaen ini?

Sewaktu mengkritik, penulis menyedarkan saya bahawa tidak semua manusia mempunyai common interest (kepentingan) yang sama. Saya bersetuju dengan hujah penulis, hal ini kerana, setiap manusia mempunyai pandangan hidup yang berbeza. Keturunan, pergaulan dan pengalaman membentuk cara fikir seseorang. Oleh itu, saya sedar bahawa yang sesuai menurut saya tidak semestinya sesuai menurut yang lain. Meskipun begitu, di daerah anarkisme ini, perkara yang perlu saya berikan lebih perhatian ialah seruan untuk perjelaskan pandangan hidup dan identiti diri. Barulah daripada situ- jikalau saya ini seorang anarki-, saya berupaya berdiri menjadi tunjang semangat pembebasan bagi seluruh khalayak anarkis.

Selain inti kupasan penulis, saya amat meminati cara beliau membumikan falsafah- yang saya percaya, sebahagian antara kita mempunyai stigma akan beratnya istilah falsafah tersebut. Walhal, falsafah, menurut penulis, membantu kita memahami dunia menggunakan akal. Supaya kita sentiasa memaknai kejadian yang berlaku di sekeliling kita.

Suka saya kongsi akan keterujaan intelek saya membaca buku ini. Hal ini kerana, seperti yang saya katakan di awal resensi, sesi bacaan saya yang pertama adalah ketika musim PRU15. Dan saya membaca bab Drama Politik Nasional sewaktu beratur di saluran mengundi, alangkah dramatiknya adegan yang bermain di fikiran saya pada waktu itu!

Sesi bacaan yang kedua pula adalah pada awal bulan April ini. Penulis ada memuatkan artikel Solidariti Hartal Doktor Kontrak di bab Politik Kesihatan. Kebetulan pula, isu tersebut kembali hangat baru-baru ini berikutan Mogok Doktor Malaysia. Jadi, kupasan penulis membantu saya mempunyai gambaran yang lebih jelas akan perkara tersebut.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews321 followers
September 24, 2025
Buku ini boleh dikatakan sebuah buku yang agak berkualiti dari sudut wacana dan intelektual, walaupun belum mencapai tahap "mendalam" seperti karya akademik klasik yang pernah aku baca. Himpunan esei ini menyentuh isu - isu politik, falsafah, dan ideologi dengan gaya penulisan yang reflektif dan quite kritikal.

Saudara SAF menulis dengan nada yang jelas, tidak berselindung, dan berani menyentuh persoalan besar seperti kebebasan, ideologi, dan pasca-ideologi. Dia banyak merujuk kepada tokoh-tokoh besar seperti Hegel dan mengaitkan sejarah dunia dengan perjuangan kesedaran manusia terhadap kebebasan. Cumanya dia tidak memihak kepada mana - mana ideologi secara mutlak - yang ini mengurangkan serba sedikit kepuasan aku usai bacaan.

Mungkin dia ingin mengajak kita untuk memeluk kebenaran yang melampaui ideologi, kalau betul niat dia adalah ini, aku kira ia 1 pendekatan yang segar dan terbuka. Dalam dunia yang semakin terpolarisasi, elok juga untuk kita menilai semula pegangan dan melihat dunia dengan lensa yang lebih kritikal dan bebas.

Jika aku bandingkan karya ini dengan karya falsafah akademik seperti Althusser, Foucault, atau Syed Muhammad Naquib al-Attas umpamanya, buku ini adalah pengantar dan refleksi, bukan analisis mendalam yang bersifat teknikal atau metodologikal. Ini bukan kelemahan mutlak — kerana buku ini sesuai dibacamereka yang ingin memahami ideologi secara lebih terbuka dan tidak dogmatik.

3.8 / 5 stars
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.