Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kronikel Empat Bahtera #2

Gadis Boneka Hadrah

Rate this book
Perdita, gadis pemain boneka meneruskan kelangsungan rumah anak yatim yang dia tumpangi dengan membuat pertunjukan bersama adiknya Hassid, si pemain seruling di pasar pelabuhan Hadrah, ibukota kerajaan Farsina. Pada malam mereka diserang oleh tiga penyangak di lorong gelap kota Hadrah, mereka telah diselamatkan oleh hulubalang istana bernama Jaivad dan tabib bernama Sula.

Erali, putera daripada isteri kedua raja kerajaan Farsina kini lumpuh akibat kemalangan ketika memburu bersama kakandanya, putera mahkota Pharvid. Mengalami kekecewaan dan kesedihan akibat ketidakupayaannya dan tidak mendapat perhatian bondanya yang menumpukan usaha untuk menjamin kedudukan di istana, Erali telah cuba mengambil nyawanya sendiri. Gurunya Ziyad telah berikhtiar supaya Erali kembali pulih. Pencarian Ziyad untuk memulihkan semangat Erali telah menemukannya dengan Perdita dan Hassid, pasukan pertunjukan boneka Hadrah.

Pertemuan insan-insan ini bakal menentukan takdir kerajaan Farsina dan Buana Sepi yang diancam malapetaka yang tidak kenal sempadan benua dan samudera. Kepada Perdita, Hassid, Sula dan Jaivad, Farsina mendedahkan misteri dunianya yang penuh dengan keajaiban dari dasar laut, padang pasir dan puncak gunung.

440 pages, Paperback

First published April 25, 2022

10 people are currently reading
156 people want to read

About the author

Sri Rahayu Mohd Yusop

24 books260 followers
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).

Hasil kerja yang telah diterbitkan:

1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja.
2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002.
3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006.
4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.
5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008.
6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009.
7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka.
8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011.
9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013.
10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013.
11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015.
12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja.
13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara.
14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama.
15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017.
16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua.
17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
89 (64%)
4 stars
42 (30%)
3 stars
5 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews107 followers
June 20, 2022
Siri Kronikel Empat Bahtera! You got a new fan here!

Aku suka Gadis Boneka Hadrah! Aku tidaklah begitu menyukai Puteri Naga Tiberius tapi aku tetap menyambung pembacaan untuk buku kedua dan ternyata ia berbaloi. Penulis mengambil masa lima tahun untuk menyiapkan GBH dan bagiku, penulis berjaya mewujudkan jurang yang besar antara buku pertama dan kedua. Sekuel ini jauh lebih menarik!

#siqahbookreviews | 🌟: 4.8/5
✿ Susunan cerita yang teratur dan kemas dari satu bahagian ke satu bahagian. Plot cerita sungguh memaut hatiku dan watak juga berkembang seiring dengan cerita. Naratif agak panjang untuk setiap bahagian kerana penulis ingin memberi perincian mengenai keadaan pada sesuatu tempat dan watak, namun aku tidak sesekali merasakan naratif panjang itu satu perkara yang membuatkan aku lelah dalam pembacaan. Penulisan juga jauh lebih baik berbanding PNT dengan perbendaharaan kata yang tinggi. Indahnya Bahasa Melayu.

 ✿ Kalau untuk PNT, aku tidak berasa attach dengan watak utama, itu tidak berlaku untuk GBH. Kepribadian yang dimiliki oleh Perdita dan Erali membuatkan aku jatuh kasih buat mereka berdua, dua watak yang bagiku menjadi tunjang utama buku ini. Bukan mereka berdua saja yang aku sukai. Hassid, Tuan Ziyad, Jaivad juga berjaya memikat hatiku. Tidak dilupakan, si comel Pii. Sementara itu, aku masih tidak begitu menyukai Sula walaupun dia banyak membantu dalam plot cerita ini. Mungkin kerana ada beberapa reaksi Sula yang tidak disenangi olehku.  

✿ Biasanya aku mengalami kesukaran untuk menghadam buku yang mempunyai banyak watak. Biarpun demikian, untuk buku ini, aku tidak merasakan begitu kerana kewujudan setiap watak datang bersama kisah terperinci mereka dan dibahagikan juga kepada setiap bahagian/tempat seperti istana dan pasar pelabuhan. Lampiran pada hujung buku ini juga banyak membantu.

✿ Tidak sabar untuk mengetahui kisah di Benua Timur Jauh dan Benua Semilir selepas selesai membaca Epilog 1 dan Epilog 2. Diharapkan agar pembaca tidak perlu menanti lima tahun lagi untuk buku ketiga 🫠

✿ Secara keseluruhan, cerita yang berkisarkan kehidupan tiga adik-beradik ini (Perdita, Hassid, Jaivad) sungguh menyenangkan. Sila baca agar kita boleh sama-sama menantikan buku seterusnya 🫠

Aku kongsikan 8 quotes menarik pilihan dalam GBH:
 
"Dunia di mana keberanian bukan hanya sekadar kata-kata, kebenaran bukan sekadar pemikiran, kasih sayang bukan hanya bingkisan hadiah."
 
"Kematian satu-satunya bentuk keadilan yang tidak memandang darjat. Kita mesti berdamai dengan kematian. Salah satu cara berdamai dengan kematian ialah dengan meninggalkan sesuatu yang baik untuk dipelajari oleh manusia yang tinggal selepas kematian kita."
 
"Bangsa manusia hanya ada kematian di hadapan mereka. Aku hanya menjalani masa antara kelahiran dengan kematian."
 
"Manusia tetap akan membuat pilihannya, berdasarkan nalurinya, berdasarkan siapa dirinya yang sebenar; kita akan tetap membuat pilihan berdasarkan apa yang ada dalam hati kita."
 
"Impian yang mustahil itulah yang memberi keberanian."
 
"Semua benda baik atau jahat bermula dengan satu perasaan, satu gerak hati. Gerak hati itu menjadi satu bisikan."
 
"Kita semua berpegang pada janji dalam hati kita, jika kita ada hati perut. Janji untuk setia, janji untuk melindung, janji untuk menyayangi. Tamadun manusia dibina atas janji-janji itu." 
 
"Pengalaman hanya dikumpulkan dengan perjalanan hidup."

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Azida Ishak.
28 reviews7 followers
May 23, 2022
Menyelak muka surat pertama, gerak hati saya sudah berkata bahawa buku ini akan jadi bacaan yang memuaskan. Penulisan Kak Sri dalam buku ini jauh lebih baik berbanding Puteri Naga Tiberius. Kagum dengan kosa kata dan susunan ayatnya yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Rasa berbaloi membeli buku sebaik ini dengan harga mampu milik.

Perincian yang banyak diberikan menjadikan pembaca seperti saya senang hendak membayangkan worldbuildingnya. Saya suka dengan watak Perdita yang mula-mula nampak seperti gadis biasa, namun di akhir cerita dia bangkit menjadi gadis yang kuat. Rindu kepada Sula juga terubat apabila dia memunculkan diri membantu Perdita, Jaivad dan Hassid, menjadi tulang belakang kepada perjuangan mereka. Watak Putera Pharvid juga berkesan kejahatannya dan saya puas hati dengan pengakhiran yang menimpanya.

Saya suka watak binatang peliharaan Hassid, si cilik pien-fu bernama Pii. Kak Sri tidak meletakkan Pii sebagai filler semata-mata, tetapi ada fungsi dan kepentingannya kepada tunjang cerita. Penyakit yang menjangkiti Raja Farangis (disebabkan sifat tamak halobanya), serta kejadian yang berlaku kepada Pharvid (kerana kekejamannya terhadap mahkluk lain) sangat setimpal, menampakkan bakat Kak Sri sebagai seorang penulis yang berpengalaman dan berkebolehan menulis plot yang tidak sia-sia.

Paling seronok bila membaca bahagian Epilog 2, ada terselit sedikit ruang untuk Putera Basilius menyuarakan rintihan hatinya, "Sulahanen, di mana kau?". SUKA SANGAT. Saya harap ada babak happy ever after untuk mereka. Secara keseluruhan, saya sangat puas hati dengan buku ini. Semoga penerbit terbuka hati untuk terus menerbitkan sambungan untuk siri ini. Tahniah Kak Sri!
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
June 7, 2023
This book dah masuk dalam list antara buku fantasi terbaik yang saya baca. And of course, dah masuk dalam senarai comfort books saya. Those feeling bila you rasa macam 'rumah'.

How do I even start? Bila nampak nama Sula, mulalah rasa dejavu lain macam. Jujur saya cakap, saya kurang gemar Puteri Naga Tiberius sebab penulisannya nampak sedikit tergesa-gesa dan saya rasa kurang mendalami karakter Sula dan juga Putera Basilus. Perbualan antara karakter dalam buku Puteri Naga Tiberius juga nampak tidak kena memandangkan cerita ini berlatar-belakangkan fantasi dan bukan cerita moden.

Tetapi, untuk buku kedua Kronikel Empat Bahtera ni, saya punya pembacaan sangatlah pantas dan rasa teruja. Saya dapat selami karakter-karakter dalam Gadis Boneka Hadrah, Perdita, Erali, Jaivad dan Hassid. World building, percakapan antara karakter juga ternyata buatkan saya rasa saya berada di dunia fantasi.

Dan semua tahu plot cinta dalam buku yang fokusnya fantasi sebenarnya lebih baik berbanding kisah cinta dalam novel cinta haha.

Banyak juga kritikan yang ditulis oleh penulis dalam buku ini, dan saya gemarkannya. Memasukkan kritikan di dalam buku fantasi adalah perkara yang saya nanti-nantikan di dalam setiap buku fantasi kerana kritikan tersebut berbentuk halus dan hubung kaitnya terhadap kita di masa sebenar dan nyata itu ternyata sangat dekat.

Saya sangat suka scene pembebasan Dukun Laut, tak senang duduk saya dibuatnya. Ya Tuhan, serasa melihat babak-babak dalam Lord of The Rings ketika mana musuh datang mendekat untuk membunuh watak-watak baik di dalam cerita-cerita ini. Sungguh, penulis berjaya buatkan bulu roma saya meremang membaca scene tersebut.

Saya suka semuanya, jadi saya bagi 5 ⭐

Dan, epilog nombor 2 tu. Hahaha, menjerit-jerit saya dibuatnya bila baca. Dah lah baca waktu PBAKL23 kemudian dapat tahu buku no 3 dah diterbitkan dah beberapa hari PBAKL23 bermula. Pergi PBAKL23 terus beli, semua sebab tak sabar betul nak tahu apa yang jadi pada Sula dan ..... (siapa baca PNT boleh teka siapa haha)

Tahniah Sri Rahayu Mohd Yusop atas penulisan buku ini!

Sumpah yang dikhianati seumpama cermin yang pecah. Siapa yang berpegang padanya akan terluka tatkala melihat wajah mereka yang retak
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
March 30, 2024
Pengembaraan Sula ke Farsina membawanya bertemu dengan Jaivad. Dan seiring berjalannya waktu, dia ditemukan juga dengan dua beradik Perdita dan Hassid yang merupakan pemain boneka di pasar. Malah mereka mendapat peluang untuk bekerja di istana Farsina di bawah Putera Erali.

Jalan cerita untuk naskah ini lebih kemas dan kurangnya lambakan maklumat jika dibandingkan dengan naskah yang terdahulu. Pace penceritaan laju dan sangat seronok membacanya.

SH mulanya sedikit keliru tentang dengan siapa Sula menaiki kapal merentasi samudera. Rasanya di naskah pertama menyebut nama Askele. Tetapi naskah ini menyebut Asclepius. Rupanya orang yang sama. Penat je rasa bergaduh dengan diri sendiri.

Membaca tentang Gharsap yang berkelana dengan ilmu membaca bintang, membuatkan SH terkenangkan pengembara Melayu dulu-dulu. Mereka sememangnya menggunakan alam sebagai panduan dalam perjalanan mereka. Bintang, angin, awan, burung-burung dan pelbagai lagi adalah antara alatan membantu kelancaran sesebuah kembara.

Pharvid ni perangai dia memang boleh buat darah mendidih ye. SH yang baca ni pon panas. Mesti Erali tu tahan sabar je kan dengan perangai samseng dan kaki buli Pharvid ni. Dia dan ayahnya Farangis memang nampaklah ciri anak beranak tu. Sama-sama bengis, ego, keras kepala. Segala yang buruklah untuk mereka. Jauh berbeza dengan Erali.

Mula-mula SH rasa menyampah juga dengan Erali ni. Terasa dia sangat lembik sebagai seorang lelaki. Tetapi perkembangan wataknya memang sangat menarik. Bukanlah dia berubah drastik tetapi nampak perubahan yang berlaku secara berperingkat. Yelah kalau secara drastik nanti nampak pula tidak realistik.

Dan sudah tentu watak Sula dan Perdita memang SH suka. Mereka menggambarkan kekuatan wanita yang bukannya daripada tenaga tetapi mental dan kecekalan mereka. Punya prinsip mereka tersendiri yang sukar untuk digugah. Bukanlah wanita-wanita tersakiti yang terpaksa bergantung kepada lelaki.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books53 followers
June 23, 2022
Sejujurnya saya belum habis membaca Puteri Naga Tiberius (PNT) kerana naskhah itu tertinggal di kampung. Kemudian, ditakdirkan dengan buku ini, maka selepas ini baca PNT. Mengenali Sri Rahayu dengan novel-novelnya yang banyak memenangi sayembara, tentunya saya akan mengubah mood pembacaan daripada realisme kepada genre fiksyen sains dan fantasi. Nyata, Gadis Boneka Hadrah (GBH) memuaskan pembacaan awal saya dalam genre ini.

GBH menawarkan sebuah kembara fantasi yang boleh bergerak sendiri walaupun tidak membaca kronikel pertamanya, PNT (Tapi sebaik-baiknya dibacalah siri awalnya). Babak dimulakan dengan watak-watak utama yang tersendiri, kemas dan mudah untuk membayangkan figura dan perwatakannya; Sula, Asclepius, Nakhoda Zulkifli, Jaivad, Perdita dan Hassid. Bab 1 pun dah mengikat pembacaan dengan plot yang menarik dan berkembang kemas selepasnya.

Sri Rahayu dalam novel ini membawa isu yang tak lapuk dalam sejarah ketatanegaraan, kemanusiaan, kekeluargaan dan tentunya konflik yang diselesaikan dengan penuh liku. Menariknya, virus yang menjadi salah satu konflik bertepatan dengan situasi semasa, Covid-19, tapi situasinya lebih ganas, kritikan kepada kerakusan raja yang zalim terhadap makhluk laut. Mungkin boleh disamakan dengan perupaan Zombi. Sejarah memang berulang, tinggal kita belajar atau tewas berkali-kali seperti sisyphus.

Sula dan Perdita, wanita yang mendominasi cerita dengan kelebihan-kelebihan yang membuatkan kita teringin memilikinya - Sula dengan kemahiran perubatan tradisional berasaskan pembacaan kitab perubatan dan belajar secara langsung daripada yang pakar, dan Perdita yang memiliki kegeniusan berbahasa, mengolah cerita dan kemandirian yang unggul. Sudah tentu tidak bersifat feminis, novel ini menawarkan gabungan watak lelaki yang juga melengkapkan isu yang dibawa.

Jadi, bagaimana cerita diolah? Cerita bermula dengan persoalan-persoalan besar tentang pemerintahan, kerakusan pemerintah dan orang-orangnya yang kemudian menjadi satu tragedi dan dendam. Jaivad mempunyai misi utama dalam hidupnya walaupun terpaksa membuat keputusan yang perit. Berkhidmat dengan Putera Erali menyampaikan maksud bahawa dunia ini masih ada orang (waris pemimpin) yang baik. Mengubah sesuatu yang zalim memang sukar. Pertemuan kembali dengan Sula dan kesaktian-kesaktian yang membantu (bunian, jin, makhluk laut dll) membuatkan novel ini kaya dengan olahan fantasi yang kemas dan tidak mengganggu kepercayaan pembaca.

Saya suka apabila seni halus (syair, tradisi bercerita) dipaparkan seimbang dengan seni pertahanan diri (pertarungan dan perlawanan fizikal).

Apa yang saya dapat melalui novel ini? Sebuah pengembaraan mengasyikkan dan gaya bahasa penulis yang lancar memudahkan pembacaan divisualkan.

Menunggu kronikel seterusnya!
Profile Image for Bayuu Haikalson.
160 reviews2 followers
May 13, 2022
Buku kedua daripada empat Kronikel Empat Bahtera ini sungguh mengasyikkan. Page turner juga lah karya ini.

Ceritanya berkisarkan mengenai sebuah kerajaan yang mempunyai raja yang tidak berkeperimanusianan langsung. Dua putera yang berlain ibu. Seorang yang mewarisi sifat raja nya dan seorang lagi berlawan sifatnya. Seorang pengawal diraja yang mempunyai dendam lama yang disimpan. Terdapat juga watak seorang gadis pemain boneka dan adik nya, seorang peneman setia di sampingnya. Dan juga beberapa watak terdahulu di buku pertama yang pertama, Sula memang wajib ada nya. 😂

Aku suka penulis memasukkan beberapa watak haiwan mistik atau purba di dalam karya ini. Tetapi boleh minta nanti dalam buku ketiga, masukkan haiwan mistik yang ada di alam melayu? 👉🏻👈🏻

Ada beberapa scene itu, bila kau baca macam kau jadi tak faham dan kau kena baca dua kali. Ianya macam tergantung. Macam mana dia boleh tahu, peliknya. Hah, macam itu lah perasaan aku. It is okay, kau teruskan pembacaan sebab nanti akan diterangkan di dalam babak seterusnya. Macam ada missing puzzles lah.

Babak yang terbaik sekali lepas Hari Ulang Tahun Farangis itu, situ memang page turner habis lah. Kau kena habiskan juga.. itu lah keseronokan yang abadi bagi aku. 😆

Tapi aku berharap sangat aku dapat baca scene perlawanan antara putera raja ini. Disebabkan terkesan dengan watak Pharvid. Aku berharap ada babak pertarungan antara Pharvid dengan siapa-siapa pun. Baru nampak dia kuat..! Ada beberapa scene yang sedih dan kecewa tak kuat sangat. Rasanya perlu details lagi.

Apa-apa pun aku enjoy dengan keseluruhan karya ini. Seronoknya. Tak sabar untuk buku ketiga dan keempat untuk Kronikel Empat Bahtera ini.
Profile Image for Mirul.
48 reviews6 followers
September 21, 2022
Selesai juga akhirnya 'kelana' fantasi aku dalam buku kedua 'Kronikel Empat Bahtera' ni.

Untuk tempoh waktu 5 tahun yang diambil penulis untuk hasilkan Gadis Boneka Hadrah, pada aku satu perkembangan yang tersangat significant dari pelbagai aspek.

Sebenarnya ada terlalu banyak bahagian-bahagian dari buku Gadis Boneka Hadrah yang aku suka sampaikan aku pun tak tahu apa lagi yang perlu ditulis😅


Antaranya:

1. Kemesraan gurau senda Sula dengan Alscepius di penutup kisah sebelum pelayaran baru bermula.

2. Kejadian malam ulang tahun Raja Farangis yang menjadi turning point keseluruhan kisah kali ni.

3. Dan semestinya, peta dunia yang menjadi kegilaan fantasy reader macam aku ni 😂


Penulis memang sengaja 'menyiksa' kesabaran aku dengan memberi gambaran apa yang akan berlaku di masa akan datang dalam Epilog 2.


"𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘻𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢. 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦 𝘻𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘩𝘶𝘳𝘶-𝘩𝘢𝘳𝘢, 𝘉𝘢𝘴𝘪𝘭𝘪𝘶𝘴" - Khelthrai


𝘾𝙃𝘼𝙊𝙎 𝘼𝙂𝙀 𝙄𝙎 𝘾𝙊𝙈𝙄𝙉𝙂!!!



( 5⭐ )
Profile Image for Nurul Tasneem.
177 reviews7 followers
April 16, 2023
Much much better than the 1st book! Tak sabar nak jumpa dengan Basilius semula untuk next book hihi. Penulis dah officially masuk list fav local author :D
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
March 26, 2023
Finished reading this splendid sequel last night, 4th Ramadan 1444H.

As a sequel to Puteri Naga Tiberius, this novel is mind-blowing but not without flaws, which, however, have been balanced by some extra points owing to the author's acute awareness of some stuff, depicted so well in some chapters.

**Mild spoiler alert**

For example, when a prey animal was surrounded by a group of hunters, she showed us how it reacted by nature in that situation.

I also like it when the author painted a detailed picture of the mountain palace. This instantly reminded me of Jane Austen's works, namely Pride and Prejudice, where I could imagine vividly how the place looked like.

There are some more details that I already put in my previous notes while reading, which I do not care to elaborate here to avoid heavy spoilers.

Now, some gripes.

Sula was supposed to forget all the adventurous and amazing experiences she had the moment she used Asclepius's stick. From what point to which point she should forget them? There was a hint in the first book, but the author has overlooked that in this sequel. For instance (my suggestion), Sula was surprised to find how she knew of certain things, but she couldn't recall how she came to have that skill or knowledge. I hunted for that kind of explanation in the latter chapters, but to no avail.

So there, it's only one head-scratching part that I found unresolved, and I don't know how the author would redeem it, but I think I should mention it here so she can take note for the upcoming sequel, which I await with bated breath.

In a nutshell, I love this sequel, yet I wanted to pull my hair for the unresolved part, but the pluses outweigh the minus, so that brings me to give the 5-star rating.
Profile Image for Nadhirah Idris.
33 reviews
July 9, 2025
Sayang betul nak habiskan cerita ni. Sebab nanti nak kena cari sambungan dia pula 😂

Buku no 2 ni memang layannn, ada masa baca laju ada masa slow pace. Ada masa kita pun Wow terkejut bila baca sampai nak p kerja pun boleh sambung layan sekejap. Yang penting Sula & Perdita dua-dua raja mahkota nak melamar dyorang, tapi disebabkan masing-masing ada mission, dan mission dia adalah mencari di mana nakhoda zulkefli~


Pemerintah mana pulalah yang takda hati perut ni pergi ceroboh tempat orang ni !? Dan naga-naga kenapa mengamuk sangat ni ?!
Profile Image for Hyeyeongie.
187 reviews19 followers
June 27, 2022
Pembacaan yang lebih mengasyikkan! 5🌟

Kali ini kita ikuti pelayaran Sula ke Benua Pasir; dari pelabuhan Farsina ke kota Hadrah. Mustahil lautan tenang tidak bergelora. Dari awal cerita sudah ada pergelutan yg berlaku dek ketamakan Raja Farangis. Sula kini terpaksa menetap di bandar, membawa diri dgn imej yg berbeza.

Lain benua lain bangsanya, di dalam GBH, ada dua watak cilik yang mengangkat separuh perjalanan kisah ini; Perdita si pemain boneka & Hassid si peniup seruling. Satu kemalangan menimpa kedua-duanya mempertemukan mereka dengan Sula & juga seorang hulubalang yang pernah menyelamatkan Sula suatu ketika dahulu (read: tall, dark & handsome😹)

Sekali lagi, penulis tidak menulis kisah cinta Sula (although you cant help not to swoon over the heroes) tetapi pengembaraan beliau. Sekuel kepada Puteri Naga Tiberius ini lebih luas alam fantasinya, tersusun plotnya dengan watak-watak baru yang membuatkan aku teruja sepanjang pembacaan 😆 (seriously, Basilius who?)

Penceritaan Gadis Boneka Hadrah lebih mudah dihadam, bab demi bab buat kita tertanya-tanya background story watak-watak lain seperti Jaivad, Perdita & Hassid. Dialog Gadis Boneka Hadrah juga tak kekok malah lebih berjiwa (Sula-Asclepius banters ftw! 🤣)

Aku masih kagum dengan penulis kerana mampu menyiapkan hikayat ini dalam masa 2 bulan sahaja tanpa jurnal kajian, segalanya dilakar dari memori! 👏🏻👏🏻👏🏻

P/s: buku ini ada DUA EPILOG yg akan bikin kalian panas punggung menunggu buku ketiga 🤣

P/p/s: aku syaki ada sindrom Bawang Merah sbb dlm buku ini pun aku lebih tertarik dgn putera raja berbanding hulubalang perkasa 🤣

Terima kasih Penerbit X atas bukunya! 😘
Profile Image for Fennimoore.
144 reviews11 followers
June 4, 2022
“Kau tak kenal raja yang budiman
jika tak kenal raja yang bengis.”

5✨

Perdita dan adiknya, Hassid si pemain seruling, merupakan duo yang sering membuat persembahan boneka di perlabuhan Hadrah, ibu kota Kerajaan Farsina, untuk menampung kehidupan mereka di rumah anak yatim. Perjalanan kehidupan mereka mulai berubah apabila suatu hari. Sula, seorang tabib perlabuhan, dan Jaivad, seorang hulubalang istana, menyelamatkan mereka daripada bahaya.

Jika kalian telah mengikuti saya dalam Twitter mahupun Instagram Story, kalian akan tahu bahawa pembacaan saya sangat menyeronokkan. Cerita di dalam buku ini berlaku lima tahun selepas kejadian di Kerajaan Semilir dan Sula telahpun menjadi lebih dewasa jika dibandingkan dengan ketika dia di Kerajaan Semilir.

Mungkin disebabkan saya telah membaca Puteri Naga Tiberius, saya cenderung untuk membandingkan buku ini dengan PNT. Pada pendapat saya, Pn Sri Rahayu telah meningkatkan kualiti penulisan beliau. Setiap adegan di dalam buku ini telah berjaya membuatkan saya ingin menyelak muka surat seterusnya kerana perjalanan cerita GBH sangat laju dan tidak kekurangan aksinya. Tambahan pula, dalam buku ini, pembaca diberi gambaran Peta Buana Empat Bahtera dan Peta Kerajaan Farsina, dan justeru menambah kualiti pembacaan saya sendiri kerana perjalanan watak-watak utama di dalam buku ini tidak terhad kepada hanya Hadrah sahaja.

Kepelbagaian watak di dalam buku ini seperti Perdita, Jaivad, Hassid, Sula, Putera Erali, Guru Ziyad, dan Putera Mahkota Pharvid, diceritakan dengan baik dan sebagai pembaca, saya boleh mengimaginasikan perasaan setiap watak yang dituliskan di dalam buku ini. Tidak kurang juga dengan cara penyampaian world building. Jika dibandingkan dengan PNT, cara penyampaian world building dalam GBH tidak terlalu in-your-face tetapi diceritakan melalui sudut pandangan dan perjalanan setiap watak.

Saya, sejujurnya, sangat teruja kerana kita akan melihat Basilius dari PNT dalam buku ketiga. Harap-harap buku ketiga nanti diterbitkan dalam masa terdekat.

Dan sekiranya ada yang teringin mahu plagiatkan ulasan saya, sila sedar diri ya.
Profile Image for Amira.
38 reviews
July 4, 2025
Everything must come to an end. Towards the ending of the story, I kind of delayed myself for a little while. The story is great that I couldn't put myself to say, it's finally over. It's done & dusted.

I'm ecstatic with the second book from the Kronikel Empat Bahtera series ❤️. I actually enjoyed this more than the first one, maybe because the silaturrahim among the siblings. Perdita, Hassid & Jaivad. The pet, as their companion, made the story much more interesting and to loveeeeee. I'm a sucker for pet companions in books 🥹.

What I enjoyed the most from this book is the conversations the characters have between each other, as well as the bonding between the siblings. It's a warm feeling for me. I get to know the characters (main & minor) a little bit more. The development of the characters is amazing too!

I really hoped Sula would one day recollect her memories and reconcile with the Prince & her dragon. There was a one scene where she had a longing & missing feeling for her dragon when she saw Hassid has Pien-fu 🥹🥹🥹.

One of the reason why it's a solid 5 star - it's the new mythical creature mentioned in the book (which turned out to be on the front cover). I've always read in Western novels about griffins, sirens or vampires. I'm so impressed with how our local author, madam Sri Rahayu, managed to make a high fantasy novel in Malay including mythical creatures. I'm in awe! I can't wait for the third book!! Really looking forward to it!!

Ps: I learned many new vocabs ✨️
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews340 followers
September 19, 2025
Novel kedua dalam siri ini membawa kita ke kota Hadrah, ibu kota kerajaan Farsina, yang menjadi pentas kepada kisah yang terus menyentuh jiwa dan menggugah minda.

Perdita, seorang gadis pemain boneka, dan adiknya Hassid, pemain seruling, berjuang untuk kelangsungan rumah anak yatim yang dorang tumpangi dengan membuat pertunjukan di pasar pelabuhan.

Kehidupan dorang berubah apabila diselamatkan daripada serangan penyangak oleh Jaivad, hulubalang istana, dan Sula, seorang tabib. Di istana, Erali, putera daripada isteri kedua raja, mengalami kelumpuhan dan kemurungan akibat kemalangan, serta pengabaian dari ibunya yang lebih mementingkan kedudukan politik. Usaha gurunya Ziyad untuk memulihkan semangat Erali membawa mereka kepada Perdita dan Hassid, dan pertemuan ini menjadi titik mula kepada perubahan besar dalam kerajaan Farsina dan seluruh Buana Sepi yang diancam malapetaka dari dasar laut, padang pasir dan puncak gunung.

Watak yang diberi perhatian dalam buku kedua ni adalah Perdita seorang gadis pemain boneka, yang menjadi lambang ketabahan dan seni sebagai alat penyembuhan dan perlawanan. Hassid pula, dengan serulingnya - menjadi suara yang menghubungkan dunia nyata dan dunia mistik. Erali ialah potret kompleks seorang putera yang terperangkap antara takdir dan kehendak, antara kelemahan tubuh dan kekuatan jiwa. Ziyad, sebagai guru, membawa dimensi falsafah dan spiritual yang memperkaya naratif. Sula dan Jaivad pula menjadi penjaga nilai kemanusiaan dan keberanian dalam dunia yang sedang runtuh.

Kisah menjadi semakin menarik dan genting.

4.6 / 5 stars
Profile Image for Izuan.
80 reviews7 followers
June 28, 2022
Satu cerita yang menarik yang dipersembahkan oleh penulis. Jika orang bertanya kenapa saya suka buku ini, aku akan jawab:

1. Aku suka gaya penulisan oleh penulis yang bagi aku ada unsur simbolik dan sindiran kepada kita dan masyarakat.
2. Pembinaan dunia yang digubah oleh penulis yang mampu menghidupkan imaginasi aku sebagai pembaca.
3. Perkembangan watak yang ditunjukan oleh penulis yang tidak lari dari peranan dalam cerita novel ini. Setiap watak dilihat mempunyai keunikan tersendiri.
4. Perkara yang aku paling suka adalah permainan konflik yang dicipta oleh penulis adalah nyata sama ada dalam dunia realiti atau fantasi. Bagi aku, konflik adalah merupakan intipati bagi novel ini. Konflik kuasa, konflik perhubungan dan konflik diri antara yang dimainkan oleh penulis dalam novel ini, yang dalam dunia nyata pun, konflik ini sentiasa berlaku.
Profile Image for Ili.
59 reviews1 follower
May 17, 2022
As expected, sedap buku ni. Aku suka part penulis detailing on certain things contohnya tempat, benda, atau haiwan. Serius rasa macam baca Harry Potter versi BM. Haha. Sebab ni jugalah aku suka buku ni dan buku sebelum ni.

Masih ada yang boleh diperbaiki lagi macam aku ada juga blur part tiba-tiba Farangis jadi buas tu, eh, apesal ni? Depa berlakon ke apa. Haha. Lambat sikit la baru aku faham oh, kena penyakit. Haha.

Tapi aku harap buku gini boleh jadi filem. Mesti best tengok imaginasi penulis direalisasikan macam Harry Potter. So kesimpulannya kalau korang Potter Head, recommended untuk baca novel ni dan novel sebelum ni.
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
June 23, 2024
Sebab ramai dah bagi feedback, tak ada apa nak ulas sangat sebab ternyata sangat menarik dibaca 😍 siri kedua ni berbanding yang pertama. Satu perkara yang aku suka untuk siri ini adalah setiap penceritaan mahupun dialog ada "wisdom"/pengajaran nya tersendiri dan bukannya sembang kosong dan macam biasa banyak perkataan2 baru yang aku belajar.

Terima kasih penulis ✨
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
May 23, 2022
Gadis Boneka Hadrah merupakan buku ke-2 siri Kronikel Empat Bahtera yang dah lama aku nanti-nantikan. Penantian lebih empat tahun akhirnya berbaloi. Penulis sekali lagi berjaya memukau dengan kisah masyarakat yang menarik dengan elemen yang tidak dijangka.

Secara jujurnya, bila habis membaca buku Puteri Naga Tiberius, aku tak dapat membayangkan bagaimana cerita itu akan berkembang. Apakah yang akan berlaku dalam pengembaraan Sula setelah semua peristiwa yang berlaku sebelum ini luput dari ingatannya.

Aku rasa itulah kelebihan kisah fantasi, apa saja boleh berlaku asalkan penulis berjaya menyakinkan pembacanya tentang perkara tersebut.

Gadis Boneka Hadrah menceritakan tentang kisah dua orang anak yatim - Perdita dan Hassid. Mereka menyara hidup dengan membuat persembahan boneka di pasar pelabuhan Hadrah. Hidup mereka mula berubah apabila Perdita ditawarkan melakukan persembahan kepada Putera Erali di Istana Farsina.

Istana Farsina kelihatan seperti syurga dunia tapi sebenarnya kehidupan di sana ibarat neraka. Kekejaman Putera Mahkota Pharvid berleluasa dan tiada siapa dapat mengawalnya. Di istana ini juga Perdita akhirnya mengetahui apa yang terjadi kepada ayahanda Nakhoda Zulkefli yang ditangkap lima tahun lalu.

Jadi di mana Sula? Gadis beracun dalam buku pertama. Ada, Sula menjadi penyembuh di pelabuhan. Sula menjadi lebih matang dan bijak menggunakan kelebihannya. Gabungan kisah Perdita, Putera Erali, Hassid, Sula, Jaivad dan banyak lagi watak lain berjaya digarap dengan kemas. Tak sabar rasanya menanti kembara mereka yang seterusnya.
8 reviews
July 5, 2022
Selepas habis baca, rasa nak PM Kak Sri Rahayu supaya cepat-cepat buat sambungan tapi macam kejam la pulak 😅🤭 Tak sabar nak tunggu PBAKL23! Tahniah Kak Sri!
Profile Image for iameasiey.
3 reviews
September 23, 2022
I just finished this book in 3 days sbb on/off plus busy. Bahagian belakang dh laju. Aku nak comment sikit pendapat aku tentang GBH.

First, pasal character development. For me, character sula dlm ni mcm lari sikit. Sbb dlm book 1 dia nampak lemah lembut and bertimbang rasa gila. Tapi dlm ni, dia cam jadi tegas and cam suka marah sbb dia selalu naik suara..

Second, naratif dia panjang sangat. As example, dari scene birthday raja farangis sampai nak bunuh dukun laut. Mungkin aku je kot yang payah nak faham.. Aku tahu nak tulis naratif ni payah betul especially action scene. Kau kena imagine every pergerakan dia and try to tulis. Akak Sri Rahayu, you've done your best but I hope you can improve jadikan ayat tu a bit ringkas and senang difahamkan untuk orang ii mcm aku TvT

Third, bila dia mention pasal pien fu and description dia, aku terus terbayang kelawar waktu zaman awal covid dulu. Time istana mcm kubu tu aku terbayang pkp yang mmg betul ii berlaku.

Fourth, buku ni macam banyak sangat pasal kerajaan farsina sampai hero and heroin (erali & perdita) mcm tenggelam. Aku harap next book boleh mendalam lagi kisah main character.

And lasttt, one of my favourite things bila baca siri kronikel empat bahtera; the nasihat yang selalu buat aku terkedu. Fikir, hadam dalam ii isi yang cuba disampaikan. I was like- "woah.. "

Setakat itu sahaja comment yang aku boleh bagi.. Kepada penulis, teruskan menulis dan memantapkann dari segi character dan juga jalan cerita okayy. I would like to apologise if any of my comments may accidentally terguris hati akak. Take it as a compliment and im looking forward to your next book srslyyy. Goodluck akak!! Have a great day/ night!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti Hajar.
19 reviews
August 21, 2023
Dah habis baca kedua. Saya macam... Wow. Lain betul dengan Puteri Naga Tiberius. Serius. Kali ni penulis tak terlalu ketengahkan tentang world-building dia, malah lebih fokuskan kepada setiap karakter, membuatkan pembaca lebih memahami sudut setiap watak dalam cerita ni. Penceritaan yang sangat2 baik bagi saya. Suka dengan interaksi setiap karakter, especially Sula dengan Asclepius😂

Walaupun crush saya Basilius, tapi Erali pun saya suka jugak😂 Erali walaupun lemah secara fizikal, tapi dia ada kekuatan dari segi mental. Dan dia lebih diharap berbanding Pharvid. Lega betul saya bila baca pengakhiran cerita ni. Tapi sedih la, memang tak de happily ever after ke untuk heroine2 cerita ni :') mesti je ada putera untuk ditinggalkan. Kesian pulak saya dengan Erali hahahah😂

Overall, best! Suka dengan peningkatan kualiti tulisan penulis!
Profile Image for Huda Harith.
48 reviews
September 4, 2022
Sejujurnya, lebih dari 5 bintang. Perjalanan cerita tak membosankan langsung. Perkenalan setiap watak dalam cerita ni, dapat difahami dan pengakhiran watak pun, for me perfect.

Contoh watak gharsap, memang akhir tu dia tolong asclepius sampai ke alburaq, tapi bagi aku, cara dia lawan karmak tu menarik.

Hadrah lagi menarik dari puteri naga tiberius.

Tak sabar nak baca sambungan daxia nanti. Benua lain. Adakah buku terakhir tu, puteri dari semua benua bergabung untuk melawan dengan sesuatu yang dahsyat dari benua asal?
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
December 17, 2023
Siri kedua dalam Kronikel Empat Bahtera. Seronok dan banyak pengajaran. Beberapa bahagian yang wow dan cukup untuk buat pembaca kagum. Cuma ada jugalah pengulangan pattern dengan Puteri Naga Tiberius. Kalau Puteri Naga Tiberius menolak tawaran Raja Basilius untuk menjadi Ratu Tiberius, Gadis Boneka Hadrah menolak tawaran Raja Erali untuk menjadi Ratu Farsina.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for sn_fiq.
162 reviews11 followers
September 2, 2022
I don't know if it's just me and my bad memory but I think there was no correlation between this book and the 1st book.

Not until I reached the ending and the dots are slowly connecting (in my brain).

Ada pulak kejutan kat bahagian akhir tu, terus rasa tak sabar nak baca buku ketiga.
Profile Image for Mieya.
43 reviews
June 8, 2023
I want to read all this series...cuma sekarang nak tahu...berapa banyak buku sebenarnya siri ni...sebabnya saya dah ada 3 buku...

Benda yg jd persoalan Pii nie sebenarnya apa..apa makhluk pien-fu nie sebenarnya...kelawar atau naga kecil?
13 reviews
August 5, 2025
novel kedua selepas puteri naga tiberius. agak lambat pembacaan untuk novel kedua ini . imaginasi penulis sangat tinggi , kekadang ada bahagian saya rasa susah untuk diterjemahkan terutama bab persembahan boneka. watak Sula & Perdita ditonjolkan sebagai perempuan yang punya cita cita tinggi selain daripada duduk selesa menjadi permaisuri sebuah kerajaan .
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izzati Sofea.
56 reviews1 follower
April 20, 2023
Tak sabar nak nantikan sambungan pengembaraan mereka!
54 reviews
October 25, 2023
Best buku ni....bravo untuk puan penulis!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.