Buku ini ditulis bagi mengisi vakum yang kurang diisi oleh penulis-penulis lain khususnya bagi membina semangat haji bagi generasi muda. Sesuatu yang saya fikirkan ketika menunaikan haji pada 2002 dan diikuti oleh umrah pada 2003, 2004, 2006 dan 2008, ternyata rakyat Indonesia membangkitkan semangat haji muda ini. Secara kasar (bukan kajian ilmiah), rata-rata Indonesia diwakili oleh orang muda berpasangan suami-isteri, boleh dikatakan komposisi yang seimbang antara orang muda dan warga emas. Berpaksikan kepada keinginan ini, usaha bagi menulis catatan perjalanan dan tarbiah haji bagi orang muda sepatutnya dikongsi bersama. Semua individu Muslim mahu melaksanakan haji tetapi menangguhkan hasrat kerana dua faktor utama iaitu belum sampai seru dan himpitan kewangan. Buku ini disusun bagi memberi kita peluang berfikir, belum sampai seru dan himpitan kewangan dapat diatasi, justeru merealisasikan haji muda.
Kandungan buku ini meliputi aspek seruan haji, menggoncang minda keinsafan, mencadangkan persediaan, cabaran haji dan panduan kewangan bagi bakal tetamu Allah. Bagi saya, seruan haji sepatutnya lahir dari dalam diri dan diterjemahkan melalui perbuatan. Semua orang perlu mencari ‘seruannya’ sendiri dengan membuat perancangan haji semasa muda, berazam sungguh-sungguh dan diikuti dengan doa. Justeru, buku ini ditulis bagi menggarap peluang dan
1. Mengajak menunaikan kewajipan haji ketika usia muda Pengolahan jalan cerita memberi inspirasi kepada pembaca betapa pentingnya melaksanakan haji pada usia muda.
2. Menjemput pembaca berfikir falsafah Haji. Terdapat empat konteks yang cuba saya ketengahkan. Pertama, hakikat seru. Kedua, taubat dan mohon keinsafan. Ketiga pentingnya ilmu dan mendekati sejarah nabi. Keempat apakah bentuk pendidikan haji yang menuntut kita laksanakan khususnya selepas selesai haji. Mampukah dan layakkah kita memohon Syurga Firdaus atau sekadar berada di syurga setinggan?
3. Memberi panduan haji Sedikit panduan ringkas persediaan haji meliputi aspek fizikal, kewangan dan rohani. Buku ini disusun mengikut perjalanan penulis sebelum, ketika berada di tanah suci dan selepas melengkapkan haji. Ia ditambah nilai dengan pengalaman umrah selepas haji.
4. Tips pengurusan kewangan haji Semua insan bercita-cita untuk ke tanah suci, kemungkinan selepas pencen. Apabila perkara ini dibincangkan dengan teman-teman, perkara pokok yang difikirkan adalah di mana hendak mencari duit? Buku ini memberi sedikit tip kepada bakal haji muda dan ibu bapa dalam merancang kewangan keluarga dan anak-anak serta sesuai menjadi panduan umum pengurusan kewangan kepada pembaca.
5. Pelengkap kepada siri buku ‘Travelog Haji‘ yang diasaskan oleh Prof Dr. haji Muhd Kamil Ibrahim dan Penerbit PTS Islamika. Buku terdahulu, ‘Travelog Mengubah Sempadan Iman’ (selepas ini dirujuk sebagai THMSI) membimbing pembaca terus ke Mekah terlebih dahulu dan kemudian Madinah. Buku ini pula memimpin pembaca bagi menghayati haji semasa di Madinah bagi menggarap peluang memperoleh haji terbaik sebelum melangkah ke Mekah. Pembaca akan memperoleh manfaat daripada kedua-dua buku dengan catatan perjalanan yang berbeza. Dari sini (khusus bakal tetamu Allah yang pertama kali melangkah ke tanah suci), mereka akan mendapat gambaran perjalanan daripada dua perspektif dan bolehlah membuat perancangan perjalanan haji dari awal. Hakikatnya, kedua-dua buku mengajak pembaca berfikir dan mencadangkan panduan berguna yang dapat dimanfaatkan oleh bakal tetamu Allah.
Isi Kandungan
Bab 1: Antara Keseronokan Duniawi Dan Mencari Keredaan Allah Bab 2: Haji : Kekuatan Visi dan Hakikat Seru Bab 3: Kursus Haji dan Taubat Bab 4: Semangat Haji Arwah Abah Bab 5: Muasasah, Mercedes Biru dan Pakej Haji Bab 6: Tempoh Haji 32 Hari Bab 7: Mengapa Pergi Haji Pada Usia Muda ? Bab 8: Ujian Perubatan Bab 9: Mekah Bakal Diserang Bab 10: Cabaran Emosi Melanda Dua Ibu Bab 11: Jeddah : Imigresen Oh, Imigresen... Bab 12: Tenangnya Madinah Bab 13: Kedamaian Raudah Bab 14: Kenapa Solat Jenazah Tiada Rukuk dan Sujud Bab 15: Kehebatan Baqi Bab 16: Ratapan Uhud Bab 17: Malaikat Subuh I : Gula-gula Murah Bab 18: Di mana Rumah Helikopter Bab 19: Kaedah Perhubungan Ketika di Tanah Suci Bab 20: Solat 40 Waktu di Masjid Nabawi Bab 21: Ziarah Wida’ Bab 22: Tayar Bas Bab 23: Pemandu Bas Kena Ketuk Kepala Bab 24: Umrah Wajib Bab 25: Hilangnya Selera Makan & Restoran Afnan Bab 26: Tabiat Orang Kita Bab 27: Macam Mana Hendak Keluarkan Duit Di Mekah? Bab 28: Solat Jumaat Yang Menyeksakan Bab 29: Persiapan Wukuf Bab 30: Perjalanan Wukuf, Satu Keinsafan Bab 31: Arafah Yang Dipersiakan Bab 32: Sesat di Mina Bab 33: Tawaf Penuh Cabaran Bab 34: Lontaran Maut - Jamrah Bab 35: Buat Apalah Pergi Jemur Batu? Bab 36: Maafkan Saya Makcik Yah Bab 37: Tumbang Dengan Gelaran “Haji” Bab 38: Hajah...
More than 16 years experience in the corporate sector in the field of corporate strategy, Deputy CFO(internet sector), corporate finance, costing, property mgmt and Head finance & Admin. Active in delivering talks at corporate and business conferences & seminars. A member of Balanced Scorecard resource team and vast experience in Strategic Planning.
bagus utk memotivasikan golongan muda untuk pergi haji ketika usia masih muda. Menjelaskan perancangan yg perlu dilakukan sebelum menunaikan haji dari segi, ilmu & kewangan.
Buku ni bercerita mengenai pengalaman penulis buat ibadah haji. Pengalaman dari mula sampai akhir haji. Ada jugak diselitkan tips-tips untuk golongan muda macam kita ni untuk p haji time muda ni. Bagus olahan cerita ni. Sebab bila aku baca dok bayang la, kalau aku p waktu tua, mesti tak larat. Macam mana nak buat tawaf? Lagi satu, macam mana nak didik sifat sabaq dalam diri? Kalau kat Malaysia ni pun, orang potong kereta kita pun, dah keluar bahasa sanskrit moden bagai, apatah lagi kat sana kalau orang potong ‘Q’, kompom ko mendidih jerkan. Memang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi la.
Subhanallah walhamdulillah. Itu yang terucap apabila saya memulakan pembacaan buku ini. Tersentuh hati tatkala membaca doa di awal buku ini. Menitis air mata menyelusuri perjalanan penulis bersama kaum keluarganya. Sememangnya saya juga sudah lama menyimpan hasrat menunaikan haji di usia muda.
Seingat saya ketika saya berada di tingkatan 2 atau 3, guru ERT ketika itu baru pulang dari menunaikan haji dan beliau bersungguh-sungguh bercerita dan menasihatkan kami pergi menunaikan haji di usia muda. Katanya kudrat orang muda jauh lebih baik dari orang tua. Banyak kelebihan pergi di usia muda. Kesihatan yang baik, faktor fizikal yang baik, memberi kelebihan yang banyak kepada orang muda. Tetapi seperti kata penulis sewaktu arwah abahnya membawanya membuka akaun TH, “Seperti remaja lain, tentu sekali perkara-perkara orang tua tidak diambil kisah”.
Kemudian, memasuki institusi pengajian tinggi, sekali lagi minda saya diketuk oleh pensyarah yang ketika itu mengajar saya di semester ketiga, beliau menyentuh mengenai simpanan dan biasiswa yang diperoleh. Beliau turut menyarankan supaya kami membuat tabungan dari sekarang untuk menunaikan haji. Sejak dari detik itu, keinginan saya kembali kuat dan semangat menabung juga berkobar-kobar. Namun, sehingga kini saya masih belum dapat menunaikan haji Insya Allah satu hari nanti saya pasti akan pergi. Jika boleh bersama seluruh ahli keluarga jika diizinkan Allah (“,)
Mengandungi 53 Bab yang dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Bahagian Pertama : Sebelum berangkat, Bahagian 2 : Madinah al-Munawwarah, Bahagian 3 : Cabaran di Mekah, Arafah dan Mina, dan Bahagian 4 : Pascahaji : Cabaran dan Panduan. Sememangnya apabila kita benar-benar niat kerana Allah dan ikhlas dalam melakukan sesuatu, Allah akan memberi kemudahan dari pelbagai cara yang tidak pernah kita jangkakan. Ramai orang yang mengatakan “belum sampai seru” lagi untuk menunaikan haji. Walhal pada hakikatnya, ia sering berkumandang. Cuma kita sahaja antara mahu dan sambil lewa.
Sepanjang pembacaan, saya mempelajari banyak perkara dan ilmu daripada pengalaman penulis. Antaranya ialah perlulah mempunyai hati yang bersih dan tulus, niat yang ikhlas, semangat, kesabaran, memupuk sifat-sifat mahmudah serta membuang sifat mazmumah dalam diri, menjalin silaturahim, melatih diri empati terhadap orang lain, bersedekah, dan mempunyai EQ yang tinggi.
Menunaikan haji bukanlah satu perkara ringan malah ia merupakan satu bentuk tarbiyah yang menyeluruh bagi seorang muslim. Dengan gambaran yang diceritakan oleh penulis, amat benarlah mengapa digalakkan golongan muda pergi menunaikan haji. Memetik hadith Rasulullah SAW yang bersabda “Sesiapa hendak menunaikan haji hendaklah dilakukan segera, kerana mungkin di antara anda ada yang akan sakit, hilang kenderaannya atau ada keperluan lain.” Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad, Baihaqi, Thahawi dan Ibnu Majah.
Buku ini memberi gambaran awal kepada bakal-bakal haji dan memberi sedikit panduan mengenai keadaan di sana. Selain membaca catatan perjalanannya, banyak tip yang diperolehi sebagai panduan kelak. Antaranya ialah keadaan pertama yang dialami ketika mendarat di King Abdul Aziz Hajj Airport (KAAHA) di mana jemaah-jemaah haji terpaksa menunggu lama di tambah lagi dengan keadaan lapangan terbang yang tidak begitu memuaskan. Ujian baru bermula. Pada awalnya masih lagi terbawa-bawa sikap ego dan kurang sabar dalam diri namun ada sahaja orang yang mengingatkan dan memberi nasihat.
Peristiwa-peristiwa pelik dan penuh hikmah juga tidak terkecuali berlaku pada penulis dan ahli rombongannya. Saya terkesan dengan cerita Malaikat Subuh 1 : Gula-gula merah. Penulis sakit tekak sehingga hilang suaranya. Ketika membaca al-Quran di masjid, dia didatangi oleh seorang tua yang menepuknya dari belakang dan menghulurkan ‘gula-gula murah’. Subhanallah, rupa-rupanya gula-gula murah itulah suaranya pulih seperti sediakala. Sungguh, ada pengajarannya di sini. Elakkanlah memandang rendah akan sesuatu yang murah dan rendah tarafnya daripada kita. Dan satu perkara yang selalu juga dilupai iaitu Allahlah yang berupaya menyembuhkan sesuatu penyakit melalui apa cara sekali pun. Dan ubat yang ada seperti yang diberi oleh doktor hanyalah sebagai asbab atau cara untuk menyembuhkan penyakit.
Banyak lagi yang dirakamkan di dalam buku ini. Amat berguna untuk semua pembaca insya Allah. Buku ini membawa sedikit kelainan berbanding buku-buku mengenai haji yang ada di pasaran. Semoga ia menjadi pencetus kepada terbukanya hati-hati pembaca yang belum mahu menunaikan haji (“,) Syabas kepada penulis.
Alhamdulillah, peluang menunaikan umrah baru-baru ini sememangnya pengalaman berharga, walaupun cuma dua minggu, pelbagai ragam kami anak beranak lalui bersama. Ayah hilang sebentar di celahan jemaah di Masjidil Haram, kami mengalami business-scammed di Madinah, kesalahan dalam rukun umrah dan bermacam lagi. Lantas, saya terfikir bagaimana mahu melepaskan ayah dan ibu sendirian ke Tanah Haram untuk menunaikan haji selama sebulan, kerana sememangnya cabaran di Rumah Allah bukanlah emosi semata-mata, tetapi juga secara fizikal.
Mungkin saya perlu mengambil nasihat penulis: mulakan dengan simpanan yang konsisten, doa banyak-banyak, InsyaAllah ada rezeki, giliran (jemputan Allah) mungkin juga datang awal.